You are on page 1of 35

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA
KAMPUS BAHASA MELAYU
TAMADUN ISLAM DAN ASIA
DISEDIAKAN OLEH:
SITI NOOR FATIAH BINTI MOHD YUSOF
(900824-03-5606)
SAADAH BINTI MAH HASSAN
(901011035128)
PISMP 1D
AMBILAN JANUARI 2010
USTAZ MOHD AUFA BIN SANUSI
• Konsep Hak asasi manusia terdiri
daripada dua segi iaitu dari segi
perundangan dan juga dari segi moral.
• Dari segi perundangan, hak asasi manusia
merupakan satu bentuk hak yang dinikmati
oleh seorang warganegara seperti apa yang
telah termaktub dalam undang-undang
negara berkenaan.
• Contohnya,dalam undang-undang penerangan
mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di
bawah perlembagaan.
• Pencabulan hak kemanusiaan yang berkenaan,
mungkin akan membawa kepada tindakan
undang-undang yang sewajarnya.
• Penakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-
undang adalah berbeza dari satu negara ke satu
negara yang lain.
 Dari satu segi moral, Hak asasi manusia merupakan
satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota
masyarakat dengan mengakui wujudnya hak tertentu
yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang
dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya
sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak
termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-
anggota masyarakat berkenaan akan cuba mengelakkan
diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan
penuh perasaan moral.
 Kewujudan dan kesahihan dalam isi kandungan hak

asasi manusia telah menjadi isu pendebatan dalam


bidang falsafah dan sains politik.
• Hak asasi dalam Islam berbeza dengan hak
asasi menurut pengertian umum.
• Dalam islam, hak merupakan kewajiban bagi
negara maupun individu yang tidak boleh
diabaikan. Setiap individu mempunyai
kewajipan untuk menjamin dan
melaksanakan hak-hak ini.
• Sebagai contoh, negara berkewajipan
menjamin perlindungan sosial bagi setiap
individu tanpa membezakan jenis
kelamin,agama mahupun bangsa.
• Islam tidak hanya menjadikan perkara tersebut
sebagai kewajipan negara,bahkan islam juga
memerintahkan negara untuk berperang demi
melindungi hak-hak ini.
• Contohnya,sejarah islam iaitu Abu Bakar telah
memerangi orang-orang yang tidak mahu
membayar zakat untuk menjaga hak muslimin
yang lain.
• Islam juga memberikan hak untuk
memerintah kepada individu yang
melaksanakan pemerintahannya dengan
penuh tanggungjawab, adil dan saksama serta
mengamalkan suruhan Allah SWT. Seperti
mana firmanNya:
• “Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan
kedudukannya di muka bumi, niscaya mereka
menegakkan solat, menunaikan zakat,
menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah
perbuatan mungkar. Dan kepada Allah-lah
kembali semua urusan." (QS. 22: 4)
Jaminan Hak Peribadi
 Jaminan pertama hak-hak peribadi
dalam sejarah umat manusia adalah
dijelaskan Al-Qur’an:
• "Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu memasuki rumah yang
bukan rumahmu sebelum meminta izin
dan memberi salam kepada
penghuninya... dst." (QS. 24: 27-28)
 Jaminan hak kedua dalam islam ialah
penguasa atau pemerintah dilarang mencari
kesalahan rakyatnya melainkan terdapat bukti
yang kukuh dan saksi yang benar.

 Individu pula dilarang mencari atau


menceritakan keaiban yang ada pada individu
yang lain.
• Hak untuk hidup.
• Hak Kebebasan Beragama
• Hak Atas Keadilan
• Hak Persamaan Taraf
• Hak untuk mendapatkan pendidikan.
• Hak Untuk Kebebasan Memberikan Pendapat
• Hak Mendapat Pekerjaan
• Hak Pemilikan
Hak Hidup
 Hak hidup merupakan hak asasi paling utama
bagi manusia.
 Hak hidup merupakan kurnia daripada Allah s.w.t
kepada setiap manusia.
 Perlindungan hukum islam terhadap hak hidup
manusia dapat dilihat daripada ketentuan-
ketentuan syari’ah yang melindungi dan
menjungjung tinggi darah,nyawa. Ini dapat dilihat
melalui larangan membunuh qishash dan
larangan membunuh diri.
 Membunuh merupakan salah satu daripada
dosa besar yang diancam dengan balasan api
neraka.
 Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-
Nisa ayat 93 yang membawa erti berikut :-
“ Dan barang siapa membunuh seorang
muslim dengan sengaja maka balasanya
adalah neraka jahanam, kekal dia di
dalamnya dan Allah s.w.t murka keatasnya
dan melaknatnya serta menyertakan azab
yang berat keatasnya”.
 Qishash merupakan sambungan daripada
larangan membunuh, Qishash merupakan saksi
hukum mengenai kejahatan terhadap diri dan
jiwa orang lain.
 Qishash diwajibkan oleh Allah s.w.t sebagai
satu tindakan pencegahan untuk memelihara
kelangsungan hidup umat manusia yang adil,
aman, dan tenteram.
 surah A-Baqarah ayat 178 yang diertikan “ Hai
orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas
kamu Qishash dalam masalah pembunuhan,
orang merdeka dengan orang merdeka, hamba
sahaya dengan hamba sahaya, dan perempuan
dengan perempuan”.
• HAK KEBEBASAN BERAGAMA
Kebebasan dan kemerdekaan merupakan salah
satu elemnen dalam Hak Asasi Manusia, ini
termasuklah hak kebebasan untuk memeluk
agama sesuai dengan keyakinanya.
 Islam turut melarang secara keras mengenai
adanya pemaksaan terhadap keyakinan orang
lain mengenai agama yang telah dianutinya.
Hal ini telah dijelaskan dalam surah Al-
Baqarah ayat 256
“ Tidak ada paksaan untuk (memeluk)
agama islam, sesungguhnya telah jelas
mengenai jalan yang benar dan sebaliknya”
 Kemerdekaan untuk beragama telah wujud
dalam pelbagai cara. Antaranya tiada paksaan
untuk memeluk sesuatu agama atau
kepercayaan tertentu atau meninggalkan
agama yang telah diyakininya. Selain itu, islam
memberikan kekuasaan kepada orang-orang
bukan islam ( ahli agama) untuk melakukan
apa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan
agama islam.
 Islam turut menjaga kehormatan dan status
ahli kitab, bahkan mereka juga turut diberi
kebebasan untuk mengadakan perdebatan
dan bertukar pemikiran serta pendapat dan
mengelakkan kekerasan dan paksaan.
 HAK ATAS KEADILAN
 Keadilan merupakan prinsip dasar dalam

agama islam. Keadilan juga merupakan


disiplin mutlak untuk menegakkan dan
menjaga kehormatan manusia. Surah Al-Nahl
ayat 90, telah memberikan ertinya :-
 “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu

berlaku adil dan membuat kebajikan,


memberi kepada kaum kerabat, dan Allah
s.w.t melarang perbuatan keji, kemungkaran
dan permusuhan ”.
 Keadilan merupakan hak setiap manusia dan
telah menjadi elemen utama dalam
keharmonian setiap perhubungan setiap
individu. Disebabkan itulah, telah menjadi
hak setiap individu untuk memohon
perlindungan daripada penguasa yang sah,
dan telah menjadi kewajipan bagi para
pemimpin untuk menegakkan keadilan dan
memberikan jaminan keamanan yang cukup
kepada warganya.
 HAK PERSAMAAN TARAF
 Islam adalah agama yang tidak memandang

perbezaan darjat hanya berdasarkan warna


kulit, bangsa, kekayaan dan sebagainya
 . Pembahagian manusia berdasarkan bangsa,

warna kulit hanyalah bertujuan untuk


menjadikan kita untuk saling berkenalan antara
satu sama lain.
 Al qur’an telah menjelaskan definisi persamaan

taraf antara manusia di dalam Surah Al-Hujarat


ayat 13 yang membawa erti :-
  

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu
lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu
pelbagai bangsa, bersuku-suku agar kamu saling
mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia
antara kamu adalah mereka yang paling bertakwa
”.
 Pembahagian manusia mengikut bangsa dan
warna kulit bukanlah untuk menjadikan bangsa
terbabit berbangga dengan bangsanya.
 Secara dasarnya, keunggulan seseorang manusia
adalah berdasarkan ketakwaanya dan keimanan
kepada Allah s.w.t. Hal ini telah dijelaskan oleh
Rasullah s.a.w dalam sabdanya :-
  

 “ Orang Arab tidak memiliki kelebihan terhadap
orang bukan Arab, juga orang bukan arab tidak
memiliki kelebihan terhadap orang kulit hitam .
atau orang kulit hitam tidak memiliki kelebihan
terhadap orang kulit putih. Kamu merupakan
anak-anak Adam dan Adam diciptakan dari tanah
”.
 Mahupun terdapat persamaan dalam islam
ianya adalah mengcakupi persamaan kedudukan
seseorang itu di hadapan hukum. Islam telah
memberikan kepad umatnya hak yang sama
berkaitan hukum. Ertinya adalah setiap orang
mempunyai kewajipan dan hak-hak yang sama di
hadapan Allah s.w.t. Oleh sebab demikian, setiap
orang haruslah diperakukan dan diberikan mandat
yang sama dalan menjalankan ketentuan hukum.
 HAK MENDAPATKAN PENDIDIKAN
 Setiap orang memiliki hak untuk
mendapatkan pendidikan dan pembelajaran.
Setiap orang mempunyai hak untuk
mendapatkan pendidikan yang bersesuaian
dengan tahap kemampuan dirinya. Menurut
agama islam mendapatkan pendidikan
bukan hanya merupakan satu hak, tetapi
ianya merupakan satu kewajipan bagi setiap
manusia. Hak ini telah dinyatakan oleh hadis
Nabi Muhammad s.a.w yang telah
diriwayatkan oleh Bukhari
“ Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi
setiap manusia ”.
 Pendidikan sangat berkepentingan dalam
kehidupan, kerana melalui pendidikanlah orang
akan menyedari harga diri dan martabat sebagai
manusia.
 Selain itu, pendidikan dapat membuka dan
mengembangkan akal pemikiran manusia
terhadapt kenyataan hidup di alam semesta ini.
 Pendidikan juga dapat memberikan kesedaran
kepada manusia untuk memperjuangkan
haknya.
 Allah s.w.t telah memberikan penghargaan
kepada orang yang berilmu, dimana dalam
Surah Al-Mujadilah ayat 11 dinyatakan bahawa
Allah s.w.t meninggikan darjat orang-orang
yang beriman dan orang-orang yang berilmu.
HAK KEBEBASAN MEMBERIKAN PENDAPAT

 Setiap orang mempunyai hak untuk


menyatakan pendapat namun tidak melebihi
batas-batas hukum dan norma-norma yang
lainnya.
 Ertinya, tidak seorang pun dibolehkan untuk

menyebarkan fitnah dan berita-berita yang


mengganggu tatatertib umum dan
mencemarkan nama baik orang lain.
 Malahan, sewaktu mengemukakan pendapat

haruslah melontarkan idea yang dapat


memberikan kebaikan dan menggelakkan
kemungkaran.
Sejak dari dahulu lagi, islam telah
mengamalkan prinsip kebebasan memberikan
pendapat.
 Pada zaman nabi, telah menjadi satu

kelaziman para sahabat bertanya kepada Nabi


Muhammad s.a.w mengenai beberapa
masalah berkaitan dengan perintah Allah s.w.t
yang telah diwahyukan kepadanya.
Kebebasan memberikan pendapat juga
dijamin oleh Lembaga Syura, lembaga
musyawarah dengan rakyat, yang dijelaskan
oleh Allah s.w.t dalam surah Asy-Syura ayat
38 yang diertikan :-
“ Dan urusan mereka diputuskan dengan
musyawarah di antara mereka”.
 Prinsip musyawarah ini sangat penting
dalam islam, kerana menurut Al-Qur’an
setiap orang diperintahkan untuk
mengadakan musyawarah dalam
menyelesaikan pelbagai urusan dunia yang
dihadapinya.
HAK MENDAPAT PEKERJAAN
 Islam bukan hanya menyatakan bekerja

sebagai hak, malahan ianya wajib. Bekerja


merupakan satu kehormatan yang perlu
dijamin, sebagaimana yang telah disabdakan
oleh Nabi Muhammad s.aw :-
 “ Tidak ada makanan yang lebih baik
dimakan ileh seseorang daripada makanan
yang telah dihasilkan dari tanganya sendiri ”. (
HADIS RIWAYAT BUKHARI )
  

 Selain itu, islam turut menjamin hak seseorang
itu sebagai pekerja, seperti yang terdapat di
dalam hadis dibawah :-
“ Berilah pekerja itu upahnya sebelum kering
kerigatnya ”. ( HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH )
 Antaranya adalah bekerja dan berusaha dalam
islam adalah wajib, maka setiap orang muslim
dituntut bekerja dan berusaha dalam
memakmurkan hidupnya. Sebaliknya agama
islam tidak menyukai orang yang malas bekerja
(menggangur). Islam turut memandang rendah
kepada orang yang mengemis, yang
bergantung hidupnya kepada orang lain
dengan meminta-minta.
  Kedua, islam mengalakkan kebebasan
dalam mencari rezeki dan kebebasan untuk
mengumpulkan kekayaan.
 Setiap muslim berhak memilih pekerjaan

yang hendak dilakukan, dan apa yang


dilakukan mestilah mendapat syari’at islam.
 Selain itu, islam juga menyatakan bahawa

bekerja merupakan satu ibadah kepada Allah


s.w.t.
 HAK PEMILIKAN
 Islam merupakan agama yang menjamin hak

pemilikan yang sah dan mengharamkan


penggunaan cara yang salah dan songsang
untuk mendapatkan harta orang lain yang
bukan haknya.
 Hak ini telah dibuktikan melalui firman Allah

s.w.t dalan surah Al-Baqarah ayat 188 yang


diertikan :-
 “ Dan janganlah sebahagian kamu memakan
harta sebahagian yang lain di antara kamu
dan jalan bathil dan janganlah kamu bawa
urusan harta itu kepada hakim agar kamu
dapat memakan harta benda orang lain itu
dengan jalan berbuat dosa padahal kamu
mengetahuinya ”.
 Disebabkan faktor inilah islam melarang
perbuatan riba dan setiap usaha yang
merugikan.
 Islam turut melarang perbuatan penipuan
dalam menjalankan proses perniagaan.  
 Islam telah mengariskan Hak Asasi
Manusia mengikut dua kategori utama iaitu
HAK ALLAH S.W.T dan HAK INSAN.
 Kedua-dua katogeri ini mempunyai akibat

yang berbeza untuk insan dan amalanya.


 Pemerintah negara islam telah diberikan

tugan untu menjaga masyarakat dan


mengembalikan hak-hak yang sepatutnya
kepada pihak yang berwajib jika berlakunya
pencabulan hak-hak tersebut.
 Walaubagaimanapun, hak insan tidak
tidaklah bersifat mutlak.
 Pemerintah negara islam

bertanggungjawab untuk memastikan


pelaksanaan hak-hak tersebut seperti yang
telah digariskan oleh maqasid syariah yang
ke-5 iaitu melindungi agama, akal, nyawa,
keturunan dan harta.
 Islam juga merupakan satu ajaran agama

yang asy-syamul (lengkap).


 Ajaran islam meliputi aspek dan sisi
kehidupan manusia tanpa mengira taraf
dan darjat.
 Islam telah memberikan tuntutan kepada
manusia bermula daripada urusan yang
paling kecil hingga urusan manusia yang
besar.
 Pembinaan tamadun yang mantap mestilah
disertakan dengan elemen hak asasi
manusia yang adil, dan saksama.
 Keruntuhan dan kemajuan sesebuah
tamadun atau bangsa berpunca dan
bergantung kepada hak asasi manusia.
Adakah mereke mengunakanya dengan adil
ataupun tidak.
• Kebebasan mutlak sebenarnya tidak wujud
dalam masyarakat madani kerana masyarakat
bertamaddun ialah masyarakat yang dikawal
oleh sistem, peraturan dan undang-undang.
• Golongan yang menjadikan hawa nafsu
sebagai panduan bukanlah masyarakat yang
bebas, sebaliknya adalah masyarakat yang
sesat.

You might also like