You are on page 1of 4

2.

10 KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI


Menurut Mansor Abu Talib (2010) dalam Kemahiran Asas Kaunseling (Untuk Para
Kaunselor) refleksi merupakan pengulangan kembali pokok atau isi kata-kata klien secara
tepat, padat dan ringkas. Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Md Yusof (2008) dalam buku
Penghantar Kaunseling menyatakan bahawa terdapat tiga jenis refleksi yang akan digunakan
oleh kaunselor iaitu refleksi perasaan, refleksi isi dan refleksi pengalaman.

P E
N
G
A L
A
M
A
N

I
S
IP
E
R
A
S
A
A
N

K
H
M
U
R
K

E M A
IR A N
E M B
A T
E F L E
S I

RAJAH 1 : KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI


2.10.1 REFLEKSI PERASAAN
Menurut Sapora Sipon (2008) dalam buku Penghantar Kaunseling menjelaskan bahawa
refleksi perasaan merupakan pernyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap
yang dinyatakan oleh klien supaya kauselor dapat memberi tumpuan kepada klien terhadap
perasaan atau sikap yang dialami olehnya. Selain itu, refleksi ini juga merupakan salah satu
cara untuk membuat kesimpulan oleh kaunselor terhadap tingkah laku klien yang dapat
membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya.

Dalam video tersebut kaunselor telah membuat refleksi tentang perasaan yang dihadapi
oleh klien sewaktu pergaduhan antara ibu bapa klien iaitu, perasaan takut. Selepas itu,
kaunselor juga telah mendapatkan kepastian daripada klien dengan memberikan refleksi seperti
ini : Ooh, takut sangat ya? Seterusnya, kaunselor juga telah membuat refleksi perassan
kliennya yang tidak suka dengan pergaduhan ibubapa kliennya. Oleh itu kemahiran ini memberi
ruang kepada klien untuk mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan akan memberi
kelegaan kepada klien tersebut. Ini merupakan salah satu kekuatan bagi kemahiran ini.
2.10.2 REFLEKSI PENGALAMAN
Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (2005) dalam
buku Kaunseling Individu Apa dan Bagaimana Edisi Kedua berpendapat bahawa refleksi
pengalaman ini akan dibuat oleh kaunselor setelah memerhatikan gerak - geri tubuh badan
semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien. Kita perlulah memahami bahawa refleksi
ini bukan sahaja memerlukan perkara-perkara untuk didengar dengar mulut tetapi kaunselor
juga sentiasa perlu memerhati cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah, air muka
dan sebagainya.
Daripada video tersebut, kaunselor juga telah membuat refleksi pengalaman daripada
apa yang dikatakan oleh klien itu. Menurut video itu, klien tersebut baru pindah dari sekolah
yang lain. Kaunselor telah pun memahami klien bahawa dia masih lagi belum sesuaikan dirinya
dalam sekolah yang baru dipindah itu. Kaunselor juga berwaspada dengan kesenyapan
kliennya dan kesenyapan itu wujudlah kerana dia masih lagi belum menyesuaikan dirinya
dengan suasana sekolah yang baharu itu. Oleh itu, klien akan berasa bahawa dirinya sentiasa
diambil berat oleh kaunselor. Kekuatan bagi kemahiran ini ialah klien akan menceritakan segala
luahan hati kepada kaunselor tanpa berselindung.
2.10.3 REFLEKSI ISI
Menurut Mansor Abu Talib (2010) dalam Kemahiran Asas Kaunseling (Untuk Para
Kaunselor) menyatakan bahawa refleksi kaunselor yang memfokuskan kepada isi percakapan
klien dan menyatakan semula dengan perkataan kaunselor itu sendiri. Pernyataan yang
dinyatakan oleh kaunselor tentang isi percakapan klien perlulah ringkas, padat dan tepat
supaya klien berasa didengar dan difahami.
Dalam video rakaman tersebut kaunselor telah pun mengulang balik tentang apa yang
dikatakan oleh klien itu. Daripada isi percakapan, kaunselor telah pun mendapat tahui bahawa

punca masalah yang mewujudkan pergaduhan antara ibu bapa klien tersebut dan bagi
memastikan apa yang dicakap oleh klien itu, kaunselor telah pun menyatakan isi percakapan
klien itu dengan menggunakan ayatnya yang tersendiri. Kekuatannya ialah, klien akan berasa
bahawa kaunselor dapat memahami perasaannya dan berasa tenang hati. Klien juga akan
berasa bahawa luahan hati dan perasaannya sentiasa diambil kira dan dihormati oleh
kaunselornya.
2.11 KEMAHIRAN MEMBUAT INTERPRETASI
Menurut Sapora Sipon (2008) dalam buku Penghantar Kaunseling Individu menyatakan
bahawa satu proses yang digunakan untuk memberikan maklum balas kepada klien dikenali
sebagai kemahiran membuat interpretasi. Kemahiran ini menjadikan seseorang klien itu
berupaya untuk melihat masalahnya dari sudut pandangan yang berbeza. Melalui kemahiran
ini, seseorang kaunselor akan menambah kenyataan yang dibuat oleh klien apabila kaunselor
dapat memahami perkara yang sembunyi ataupun perkara yang tersembunyi yang mana klien
sendiri mungkin tidak menyedarinya secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Dalam video tersebut, kaunselor itu dapat menjelaskan makna, perkara atau isu yang
telah dibawa oleh klien mengikut fahamannya. Sebagai contohnya, kliennya telah menghadapi
masalah tidak dapat tumpukan perhatian dalam pelajarannya akibat daripada pergaduhan
antara ibubapa. Klien juga telah menyatakan bahawa dia sedang tinggal di rumah neneknya
dan kadang-kala neneknya tegur dan pukulnya. Maka kauselor itu, memberi penjelasan bagi
kliennya tentang kenapa neneknya tegur dan pukulnya. Selain itu, kaunselor itu telah memberi
peluang kepada kliennya melihat masalahnya dari segi sudut yang lain. Sebagai contohnya,
klien tersebut dapat menyedari bahawa apabila dia tinggal di rumah neneknya, dia dapat
menumpukan perhatian dalam pelajaran dan terdapat juga peningkatan dalam pelajaran.
2.12 KEMAHIRAN MEMBUAT KLARIFIKASI dan KEMAHIRAN MENEROKA
Menurut Sapora Sipon (2008) dalam buku Penghantar Kaunseling Individu menyatakan
bahawa kemahiran ini digunakan untuk mendapatkan maklumat atau penjelasan yang lebih
dalam daripada klien sewaktu klien menggunakan perkataan atau ayat yang tidak jelas, tidak
spesifk, umum ataupun kabur ketika menyatakan masalahnya. Kemahiran meneroka membantu
kaunselor untuk memahami masalah klien dengan lebih jelas dan dalam. Oleh itu, kaunselor

akan menggunakan soalan-soalan tertentu di mana klien perlu mejelaskan dengan lebih teliti
tentang masalahnya.
Dalam video ini, kaunselor telah memberikan banyak soalan terhadap kliennya supaya
dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh kliennya dengan lebih jelas. Sebagai contohnya
dalam video ini kaunselor telah menanyakan punca ibubapanya gaduh. Apabila klienya telah
menyatakan punca ibubapanya gaduh, kaunselor juga mengulangan lebih jelas tentang apa
yang dikatakan oleh kliennya itu sendiri supaya dapat memahami pernyataan yang dinyatakan
itu dengan lebih jelas. Maka, dalam situasi ini, kaunselor telah menggunakan kedua-dua
kemahiran ini dengan betul.
2.13 KEMAHIRAN MENGHADAPI KESENYAPAN
Menurut Sapora Sipon (2008) dalam buku Penghantar Kaunseling seseorang kaunselor
itu mestilah menguasai kemahiran ini kerana kaunselor mestilah tahu masa yang sesuai untuk
sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkan kesenyapan itu. Walau
bagaimanapun, kaunselor haruslah mengelakan kesenyapan yang terlalu kerana ia akan
menghentikan terus pokok cerita yang diperbincangkan tadi.
Dalam video ini, bagi mengelakan kesenyapan yang berlaku pada diri klien, kaunselor
telah pun bertanyakan soalan dan memberi pandangnya tentang masalah klien. Ini merupakan
salah satu kelemahan dalam kemahiran ini. Kaunselor tidak memberikan masa kepada klien itu
untuk berfikir. Kaunselor perlulah memberi masa kepada klien untuk mengimbas kembali diri
masing-masing semasa sesi kauseling itu. Pemberian masa kepada klien membuka peluang
untuk menghabiskan hujahnya yang tidak sempat diluahkan.

You might also like