You are on page 1of 32

Pinjaman Perumahan

P I N JA M A N A N DA

Pinjaman
Perumahan

Program pendidikan pengguna oleh:


kandugan 1 Pengenalan 10 Skim bayaran berperingkat
Opsyen membuat
2 Membeli rumah pembayaran terdahulu
Dari sudut kemampuan Pembayaran terdahulu
terhadap sebahagian
3 Tabungan daripada pinjaman
Simpanan KWSP
Mencari pembiaya 11 Penalti bagi penyelesaian
awal
4 Memohon pinjaman: Dokumentasi
Dokumen yang perlu
dikemukakan 12 Laporan penilaian
Insurans
6 Fi dan caj
13 Pengeluaran pinjaman
7 Mengukur keupayaan anda Hak-hak dan tanggungjawab
membayar balik pinjaman peminjam dan institusi
kewangan
8 Margin pembiayaan
Tempoh pinjaman 16 Soalan yang sering ditanya
Ciri-ciri pinjaman
24 Glosari
9 Pakej pinjaman yang biasa
ditawarkan oleh institusi
kewangan
Pengiraan kadar faedah
berasaskan baki harian
berbanding dengan
baki bulanan

Penafian
Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja.
Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat
lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak
seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat
guaman.
Tarikh: 21 Januari 2003
Pengenalan
Membeli rumah memang menyeronokkan. Mungkin ia adalah barangan
paling berharga yang dibeli dalam seumur hidup anda. Memahami langkah-
langkah yang terlibat di dalam pinjaman perumahan boleh membantu anda
Membeli menjimatkan masa dan mengelakkan keraguan dan keresahan.

dengan cara yang bijak Buku kecil ini bertujuan untuk menyumbang idea kepada anda mengenai
pelbagai isu yang berkaitan dengan pembelian rumah dan menggariskan
memerlukan banyak langkah utama yang perlu dibuat. Ia menyediakan panduan asas dan
perancangan, kaji selidik mengupas istilah-istilah teknikal serta memberikan tip-tip berguna kepada
anda sewaktu memohon pinjaman perumahan.
dan kesabaran
MEMBELI RUMAH DARI SUDUT KEMAMPUAN
Membeli rumah Membeli rumah adalah satu peristiwa besar Sebelum memasuki sebarang perjanjian
ialah suatu dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, untuk membeli rumah, anda perlu terlebih
pertimbangan dan perancangan yang rapi dahulu menyiapkan belanjawan diri dan
pembelian dan teliti adalah perlu. keluarga anda, untuk mengenal pasti
harga rumah yang mampu anda miliki.
terbesar Jika anda ingin membeli rumah yang masih
dalam pembinaan, anda perlu mengkaji
Sebagai panduan, komitmen bulanan
seperti ansuran rumah dan kereta tidak
yang akan anda latar belakang pemaju berkenaan. Anda
boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan
hendaklah memastikan bahawa pemaju:
buat dalam kasar isi rumah.
• Mempunyai lesen sah yang dikeluarkan
seumur hidup anda oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Sumber kewangan untuk membiayai
pembelian rumah, adalah terdiri daripada
Tempatan (belum luput)
kesemua atau sebarang kombinasi perkara-
• Mempunyai lesen pengiklanan dan permit perkara berikut:
jualan sah yang dikeluarkan oleh penguat
i. Tabungan
kuasa tempatan
ii. Pengeluaran daripada Kumpulan Wang
Anda berhak bertanya kepada pemaju
Simpanan Pekerja (KWSP) dan/atau
maklumat mengenai lesen dan permit
tersebut. Anda juga boleh merujuk kepada iii. Kemudahan pinjaman daripada institusi
Kementerian Perumahan dan Kerajaan kewangan
Tempatan untuk mendapatkan maklumat
lanjut. Pemaju yang mempunyai rekod
yang baik akan mengurangkan risiko projek
terbengkalai.

2
TABUNGAN bahawa, setelah mengambil pinjaman
perumahan, anda akan sering berurusan
Anda hendaklah mempunyai simpanan
dengan institusi kewangan berkenaan
peribadi yang mencukupi untuk
untuk tempoh yang begitu lama. Oleh itu
menjelaskan bayaran muka dan kos
anda perlu mengambil kira faktor-faktor
sampingan yang lain. Anggaran yang bijak
lain dan tidak tertarik kepada kadar faedah
ialah di antara 10%-20% daripada harga
yang rendah sahaja. Berikut ialah antara
rumah sebagai bayaran muka dan di antara
faktor yang harus diambil kira:
3%-5% lagi adalah sebagai kos sampingan,
seperti bayaran guaman dan duti setem. • Bagaimana profesionalnya sikap institusi
kewangan sewaktu berurusan dengan
pelanggan?
SIMPANAN KWSP
• Adakah ia menawarkan perkhidmatan
Anda juga boleh mengeluarkan wang
yang berkualiti dari segi kecekapan dan
daripada ‘Akaun 2’ anda untuk membuat
kebolehpercayaan?
bayaran muka. Sila hubungi pejabat KWSP
yang berdekatan untuk membuat • Apakah pakej yang ditawarkan dan pakej
pertanyaan berhubung dengan kelayakan yang mana satukah yang paling sesuai
untuk membuat pengeluaran tersebut. untuk anda?

• Apakah caj-caj yang dikenakan kepada


MENCARI PEMBIAYA anda? Contohnya ialah fi guaman, fi dan
caj berkaitan yang dibayar kepada
Anda perlu membuat tinjauan dan
Kerajaan, fi pengeluaran pinjaman dan
perbandingan terhadap produk pinjaman
sebagainya. Anda juga hendaklah
yang terdapat di pasaran sebelum memilih
dimaklumkan bila dan berapa kerap
institusi pembiaya anda. Sila ambil ingatan
pembayaran caj-caj tersebut harus dibuat.

3
Institusi kewangan yang inovatif • Dokumen perjanjian jual beli/resit
biasanya menawarkan pakej pinjaman pembayaran deposit atau tempahan/
yang lebih menarik dan sesuai untuk surat tawaran daripada pemaju
anda dan tambahan pula permohonan
• Sesalinan surat hakmilik tanah (jika ada)
diproses dengan lebih cepat dan tanpa
banyak kerenah. Masa yang diambil • Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib
untuk pinjaman anda diluluskan dari jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku
tarikh anda mengemukakan akaun simpanan/resit simpanan tetap
permohonan yang lengkap ialah lebih
• Laporan penilaian harta (untuk rumah
kurang satu hingga dua minggu.
sudah siap) dan/atau

• Jika anda bekerja sendiri, anda perlu


MEMOHON PINJAMAN: DOKUMEN
melampirkan dokumen pendaftaran
YANG PERLU DIKEMUKAKAN
perniagaan, penyata bank untuk 3
Anda perlu menghantar dokumen- bulan terakhir, penyata kewangan
Sesetengah dokumen asas berikut sebelum institusi terkini dan dokumen lain yang boleh

institusi kewangan memproses permohonan


anda:
menyokong sumber pendapatan anda.

kewangan • Sesalinan kad pengenalan atau pasport


Walau bagaimanapun, sesetengah
institusi kewangan mungkin
mungkin memerlukan anda memerlukan dokumen sokongan
tambahan.
dokumen sokongan • Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini

tambahan • Penyata cukai pendapatan (borang J)


yang terkini atau borang EA

4
Selepas bersetuju untuk menerima surat
tawaran pinjaman, anda perlu melantik
seorang peguam untuk menyiapkan
dokumentasi pinjaman. Biasanya, anda
akan memilih peguam dari senarai panel
peguam yang disediakan oleh institusi
kewangan tersebut. Sebahagian daripada
dokumen ini akan dikemukakan kepada
jabatan Kerajaan berkenaan untuk
pendaftaran dan kepada Pejabat Setem
untuk pembatalan setem.

Selepas proses di atas selesai, dokumen-


dokumen berdaftar ini hendaklah
diserahkan kepada institusi kewangan
berkenaan dan anda akan diberikan
sesalinan Perjanjian Pinjaman. Pada amnya,
masa yang diambil untuk menyiapkan
proses undang-undang dokumentasi ini
adalah tidak melebihi 6 bulan.

5
FI DAN CAJ

Anda adalah juga dikehendaki menjelaskan kos-kos berkaitan seperti fi perkhidmatan profesional
dan caj yang dikenakan oleh pihak Kerajaan. Berikut ialah senarai sebahagian daripada fi dan caj yang
mungkin dikenakan ke atas anda:

Jenis Kadar

Duti Setem
• Perjanjian jual beli 1% ke atas RM100,000 pertama
0.5% untuk RM4,900,000 seterusnya

• Perjanjian pinjaman 0.5% daripada jumlah pinjaman atau RM5 bagi setiap RM1,000

• Pindah hakmilik 1% ke atas RM100,000 pertama


(untuk rumah sudah siap sahaja) 2% untuk RM400,000 seterusnya

Fi Pengeluaran Pinjaman Mungkin berbeza bagi negeri, pejabat tanah dan jenis harta
Termasuk fi untuk pendaftaran cagaran, yang berlainan.
caj untuk carian tanah dan fi untuk carian Sebagai contoh, di Selangor and Wilayah Persekutuan,
kebankrapan fi dan caj yang dikenakan berada dalam lingkungan
RM300 hingga RM700.

Kadar (RM) Jumlah Pinjaman (RM)


Fi Pemprosesan
50 sehingga 30,000
Dikenakan sekali sahaja untuk tujuan
100 30,001 – 100,000
memproses permohonan pinjaman anda
200 100,000 ke atas

Sila ambil maklum bahawa jenis caj dan jumlah caj yang dikenakan akan berubah dari semasa ke semasa.
Anda perlu berjumpa dengan pegawai institusi kewangan anda untuk mendapatkan nasihat lanjut dan
mengadakan perbincangan jika ada sebarang kemusykilan berhubung dengan jenis fi dan khidmat guaman.

6
MENGUKUR KEUPAYAAN ANDA
MEMBAYAR BALIK PINJAMAN

Institusi Berdasarkan kriteria umum, jumlah


ansuran bulanan rumah anda tidak
kewangan sepatutnya melebihi 1/3 daripada jumlah
mempunyai pendapatan isi rumah. Jika anda
mempunyai deposit tabungan atau deposit
kriteria tetap, fakta ini boleh digunakan untuk
menyokong permohonan pinjaman anda
yang memandangkan ianya akan turut diambil
kira oleh institusi-institusi kewangan
berbeza dalam menilai kelayakan pinjaman anda.
Institusi kewangan mempunyai kriteria
dalam yang berbeza dalam menentukan
menentukan kemampuan membayar balik pinjaman.
Bagi pinjaman yang berkadar faedah
kemampuan terapung, anda juga perlu peka bahawa
membayar balik pembayaran bulanan anda akan
meningkat dengan ketara apabila kadar
pinjaman faedah meningkat.

Sebagai contoh, sekiranya kadar pinjaman


asas (BLR) mengalami kenaikan, kadar
faedah bagi pinjaman anda juga akan naik
dan begitulah juga dengan ansuran.
Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan

7
kes, institusi kewangan akan membenarkan TEMPOH PINJAMAN
anda membayar ansuran mengikut jumlah
Tempoh pinjaman boleh ditetapkan
bulanan asal dan kemudiannya pelarasan
untuk sebarang tempoh asalkan ianya
dibuat dengan melanjutkan atau
tidak melebihi 30 tahun atau sehingga
mengurangkan tempoh pembayaran balik.
peminjam mencapai umur 65 tahun
Anda bolehlah bertanya kepada institusi
(atau sebarang umur lain yang
kewangan anda berhubung perkara ini.
ditentukan oleh institusi kewangan),
mengikut mana yang dahulu.
MARGIN PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan yang disediakan CIRI-CIRI PINJAMAN


oleh institusi kewangan bergantung
Lain institusi kewangan lain pakej yang
kepada nilai pasaran (bagi rumah sudah
ditawarkan. Anda perlu meneliti kesemua
siap sahaja) atau harga belian rumah,
ciri pakej pinjaman dan tidak hanya
mengikut mana yang lebih rendah.
membuat keputusan berdasarkan kepada
Margin pembiayaan boleh mencecah
satu ciri tertentu sahaja. Kadar faedah
sehingga 95% daripada harga rumah.
hanyalah satu faktor yang perlu
Margin pembiayaan mungkin dipengaruhi
dipertimbangkan tetapi ciri-ciri lain seperti
oleh faktor-faktor berikut:
terma pembayaran balik yang fleksibel
• Jenis hartanah boleh menjadikannya seimbang, malah
mungkin lebih menjimatkan. Umumnya,
• Lokasi hartanah
pakej pinjaman yang ditawarkan oleh
• Umur peminjam institusi kewangan adalah sama ada
dalam bentuk pinjaman berjangka atau
• Jumlah pendapatan peminjam
kemudahan overdraf atau kombinasi
kedua-duanya.

8
PAKEJ PINJAMAN YANG BIASA • Kombinasi Pinjaman Berjangka dan
DITAWARKAN OLEH INSTITUSI Kemudahan Overdraf
KEWANGAN
– Kemudahan yang menggabungkan
• Pinjaman Berjangka pinjaman berjangka dan overdraf.
Sebagai contoh, 70% diberi sebagai pinjaman
– Pinjaman dengan kadar bayaran ansuran
berjangka dan 30% sebagai overdraf
bulanan yang tetap untuk tempoh
tertentu, misalnya selama 30 tahun – Bahagian pinjaman berjangka perlu
dibayar balik
– Bayaran ansuran merangkumi jumlah
pokok dan faedah yang dikenakan – Pembayaran balik overdraf diberi
kefleksibelan
• Kemudahan Overdraf
– Kemudahan kredit yang boleh PENGIRAAN KADAR FAEDAH
digunakan bila-bila masa berdasarkan BERASASKAN BAKI HARIAN BERBANDING
had kredit yang telah ditentukan DENGAN BAKI BULANAN

Lain institusi – Bayaran ansuran bulanan tidak Bergantung kepada produk yang ditawarkan,
ditetapkan tetapi faedah dikira institusi kewangan mungkin mengenakan
kewangan lain berdasarkan baki harian kadar faedah yang dikira berasaskan baki
pakej yang – Keperluan membayar balik pinjaman
harian atau baki bulanan. Bagi yang
berasaskan baki harian, kadar faedah dikira
ditawarkan adalah fleksibel dan peminjam bebas
untuk menggunakan semula kemudahan
setiap hari manakala yang berasaskan baki
bulanan, faedah dikira sebulan sekali
pinjaman yang telah dibayar balik
berasaskan kepada baki pada bulan lepas.
– Faedah yang dikenakan adalah biasanya Dalam kedua-dua keadaan, jumlah pinjaman
lebih tinggi daripada pinjaman berjangka pokok akan dapat dikurangkan setiap kali
pembayaran ansuran dibuat.

9
SKIM BAYARAN BERPERINGKAT terdahulu. Pakej pinjaman hendaklah
diteliti untuk menyemak sama ada anda
Di bawah skim ini, jumlah pembayaran
dibenarkan untuk membuat pembayaran
balik adalah rendah di peringkat
terdahulu atau pembayaran ansuran
awal pinjaman tetapi beransur-ansur
melebihi tahap biasa. Kefleksibelan untuk
meningkat pada tahun-tahun berikutnya.
membuat pembayaran terdahulu dan
Kaedah ini akan memberi peluang
pembayaran faedah berasaskan baki harian
kepada pembeli rumah untuk
boleh menyumbang kepada pengurangan
mengurangkan beban pembayaran di
caj faedah dengan ketaranya. Anda juga
peringkat awal supaya lebih banyak
boleh memilih untuk membuat
wang dapat digunakan untuk tujuan lain.
pembayaran balik pinjaman sementara
Bila pendapatan pembeli meningkat,
rumah masih di dalam pembinaan untuk
kemampuan kewangan peminjam akan
mengurangkan lagi caj faedah. Apa yang
turut meningkat, sekali gus menjadikan
penting ialah anda mesti membuat
ia mampu membuat pembayaran balik
pembayaran balik pada atau sebelum
pada tahap yang lebih tinggi.
tarikh yang ditetapkan.
Skim pembayaran berperingkat sesuai

Perjanjian untuk pembeli rumah yang ingin


membeli rumah yang lebih mewah tetapi
PEMBAYARAN TERDAHULU TERHADAP
SEBAHAGIAN DARIPADA PINJAMAN
Pinjaman dihalang oleh keupayaan membayar
balik di peringkat awal. Ramai peminjam berasa ada baiknya
ialah kontrak yang memendekkan tempoh pinjaman
dengan membuat pembayaran terdahulu
ditandatangani OPSYEN MEMBUAT
terhadap sebahagian daripada baki
PEMBAYARAN TERDAHULU
di antara peminjam pinjaman melalui lebihan wang tabungan
Lain institusi kewangan lain pula terma- atau bonus tahunan. Pada amnya, jumlah
dengan institusi terma dan syarat-syarat yang dikenakan pembayaran terdahulu untuk sebahagian
kewangan berhubung dengan pembayaran daripada pinjaman ini boleh dibuat dalam

10
apa-apa jumlah. Walau bagaimanapun, wang tunai tersebut. Oleh yang demikian,
sesetengah institusi kewangan mungkin sesetengah institusi kewangan tidak
mengehadkan jumlah yang boleh dibuat mengenakan penalti sekiranya anda memberi
pembayaran terdahulu, manakala ada notis yang cukup (seperti yang dinyatakan
juga yang mungkin mengenakan penalti. dalam syarat-syarat dan terma-terma
Pengurangan caj faedah yang amat pinjaman) atau jika penyelesaian dibuat
berkesan ialah dengan membuat pembayaran selepas mencapai tempoh minimum bagi
terdahulu pada tahun-tahun awal tempoh pinjaman dikehendaki kekal dalam buku
pinjaman. institusi kewangan tersebut.

PENALTI BAGI PENYELESAIAN AWAL DOKUMENTASI

Institusi kewangan mungkin mengenakan Dokumen utama untuk permohonan


penalti apabila pinjaman diselesaikan pinjaman perumahan ialah Perjanjian
sepenuhnya lebih awal. Pada amnya, penalti Pinjaman.
yang dikenakan adalah sama ada berasaskan
Perjanjian Pinjaman ialah kontrak yang
kadar sama rata atau faedah untuk ‘x’
ditandatangani di antara peminjam
bulan (contohnya, 1 bulan faedah). Apabila
dengan institusi kewangan. Perjanjian
institusi kewangan meluluskan sesuatu
Pinjaman mengandungi peruntukan utama
pinjaman untuk tempoh tertentu, institusi
seperti terma-terma pinjaman, pinjaman
berkenaan telah mengunjurkan bahawa
pokok, kadar faedah, kadar faedah ingkar,
pinjaman tersebut akan dijelaskan sehingga
caj penalti dan syarat pembayaran balik.
selesai seperti mana yang telah dipersetujui.
Ia turut menghuraikan kewajipan peminjam
Berdasarkan unjuran ini, institusi kewangan
dan pembiaya serta hak-hak dan bentuk
telah membuat perancangan aliran wang
tindakan setiap pihak sekiranya berlaku
tunai dan sebarang penyelesaian awal
pelanggaran syarat-syarat perjanjian.
akan menggangu perancangan aliran

11
Dokumen-dokumen lain yang memerlukan INSURANS
tandatangan anda ialah “Surat Ikatan
Insurans adalah terlalu penting untuk
Serah Hak”, “Dokumen-dokumen Cagaran”
diabaikan bila anda membeli rumah
dan “Surat Kuasa Wakil”. Sila ambil ingatan
kerana ia memberi anda dan orang yang
bahawa di sepanjang tempoh pinjaman
disayangi ketenangan fikiran dalam
tersebut, rumah anda telah dicagarkan
bentuk jaminan kewangan jika berlaku
kepada institusi kewangan berkenaan (iaitu
kemalangan.
institusi kewangan mempunyai tuntutan
ke atas rumah anda). Sama ada anda Terdapat 2 jenis insurans penting untuk
membeli rumah sudah siap atau masih dipertimbangkan:
dalam pembinaan, anda perlu meminta
• Polisi Insurans Pemilik Rumah/Kebakaran
penjelasan daripada peguam anda
mengenai peruntukan-peruntukan utama Insurans jenis ini menyediakan perlindungan
yang terkandung di dalam perjanjian serta untuk rumah anda terhadap malapetaka
implikasinya. seperti banjir, kebakaran, rusuhan, petir
dan kerosakan akibat perbuatan khianat.
Untuk rumah jenis hakmilik strata seperti
Memikirkan LAPORAN PENILAIAN
pangsapuri atau kondominium, anda tidak
perlindungan Laporan penilaian mungkin diperlukan jika perlu membeli polisi insurans kerana
anda membeli rumah yang telah siap dibina Perbadanan Pengurusan mungkin telah
insurans daripada pemiliknya. Institusi kewangan
akan melantik penilai hartanah daripada
menginsuranskan keseluruhan bangunan.
Anda perlu mendapatkan sijil pengganti
adalah sangat senarai panel penilai untuk membuat Polisi Induk yang dikeluarkan oleh syarikat
mustahak penilaian. Fi nilaian yang dikenakan untuk insurans untuk disampaikan kepada
khidmat ini adalah beberapa ratus ringgit institusi kewangan. Ini adalah penting
ke atas bergantung kepada nilai hartanah.

12
supaya institusi kewangan sedar bahawa tersebut. Institusi kewangan mempunyai
rumah tersebut telah diinsuranskan dan panel insurans masing-masing. Mereka
tidak perlu lagi membeli polisi yang boleh mengatur insurans bagi pihak anda
berasingan ke atas rumah anda. Dalam dan kemudiannya premium tahunan akan
hal ini, anda dikehendaki menyerahkan dicajkan ke akaun pinjaman anda.
hak anda ke atas polisi tersebut kepada
institusi kewangan.
PENGELUARAN PINJAMAN
• Insurans Nyawa Gadai Janji
Institusi kewangan akan mengeluarkan
Insurans jenis ini memastikan pembayaran pinjaman (membuat pembayaran)
penuh ke atas baki belum jelas pinjaman setelah mendapat nasihat daripada pihak
bila berlaku hilang upaya atau kematian. peguam bahawa proses perundangan
Premium biasanya telah diambil kira telah sempurna dan dokumen pinjaman
di dalam jumlah pinjaman dan diagihkan adalah lengkap. Dengan ini, anda akan
mengikut tempoh pinjaman. Premium dimaklumkan mengenai tarikh dan
hanya perlu dicaj sekali dalam tempoh jumlah pembayaran ansuran pertama
pinjaman. Tidak timbul lagi premium yang yang perlu dibuat.
perlu dibayar sama ada sebulan sekali atau
setahun sekali.
HAK-HAK DAN TANGGUNGJAWAB
Seandainya pinjaman telah dibayar balik PEMINJAM DAN INSTITUSI KEWANGAN
sepenuhnya lebih awal, pada amnya anda
Peminjam dan institusi kewangan
mempunyai opsyen untuk memohon
mempunyai hak-hak dan tanggungjawab
pembayaran balik premium untuk baki
masing-masing di sepanjang tempoh
tempoh yang belum luput atau
pinjaman. Antara yang terpenting ialah:
meneruskan perlindungan insurans

13
HAK
• Peminjam
– Hak untuk mendapat akses kepada
segala maklumat yang boleh
mempengaruhi keputusan untuk
membuat pinjaman

– Hak untuk dilayan secara profesional,


bersopan dan tanpa prasangka

– Hak untuk berunding terhadap


perubahan pada syarat-syarat
dan terma pinjaman

– Hak untuk mendapat maklumat


yang tepat dan benar mengenai
akaun pinjamannya

– Hak untuk mengambil tindakan


undang-undang sekiranya berlaku
pelanggaran kontrak

• Institusi Kewangan
– Hak untuk mendapat maklumat lengkap
mengenai kedudukan kredit peminjam

14
– Hak untuk mendapat maklumat yang • Institusi Kewangan
tepat dan benar mengenai peminjam
– Bertanggungjawab untuk
– Hak untuk menerima pembayaran melaksanakan segala yang perlu
balik faedah/ansuran bulanan ke atas bagi pihak peminjam seperti yang
pinjaman mengikut jadual dinyatakan di dalam perjanjian
pinjaman
– Hak untuk mengambil tindakan undang-
undang sekiranya berlaku keingkaran/ – Bertanggungjawab untuk berunding
pelanggaran kontrak dengan peminjam sebelum membuat
sebarang perubahan terhadap Institusi kewangan
TANGGUNGJAWAB terma dan syarat, fi dan maklumat berhak untuk
lain yang berkaitan
• Peminjam mendapatkan
– Bertanggungjawab untuk menjawab
– Bertanggungjawab untuk memahami
keseluruhan terma dan syarat pinjaman
sebarang persoalan yang dibangkitkan
oleh peminjam
maklumat
– Bertanggungjawab untuk sentiasa
mematuhi terma dan syarat yang telah
Pegawai pinjaman di setiap institusi yang tepat
ditetapkan
kewangan bersedia membantu anda dan benar mengenai
dan menjelaskan isu yang anda tidak
– Bertanggungjawab untuk mengajukan pasti. Anda seharusnya meluangkan peminjam mereka
pertanyaan dan mendapat penjelasan masa berbincang mengenai pinjaman
yang memuaskan mengenai semua aspek perumahan anda secara terperinci
pinjaman supaya anda boleh memilih kemudahan
pinjaman yang menepati keperluan anda.
– Bertanggungjawab untuk membayar
fi, caj, faedah dan bayaran ansuran
mengikut jadual

15
S&J
SOALAN YANG SERING DITANYA

Berapakah harga rumah yang Ini bergantung kepada pendapatan dan jumlah komitmen kewangan lain anda.
saya mampu? Mengikut amalan biasa, kebanyakan pembeli rumah membeli rumah berharga
di antara 1.5 dan 2.5 kali pendapatan tahunan mereka. Sebagai contoh, jika seorang
pembeli memperolehi pendapatan RM40,000 setahun, dia mungkin akan membeli
rumah berharga RM60,000 hingga RM100,000. Di samping itu, bayaran ansuran
bulanan tidak seharusnya melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar bulanan anda.
Dalam menilai keupayaan anda membuat pembayaran balik, institusi kewangan juga
akan mengambil kira pembayaran balik hutang anda yang lain seperti pinjaman
kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit.

Berapa banyakkah yang Ini bergantung kepada nilai rumah anda, pendapatan anda dan keupayaan anda
boleh saya pinjam? untuk membayar balik. Margin pembiayaan boleh menjangkau sehingga 95%
(termasuk MRTA). Semakin tinggi margin pembiayaan, semakin tinggilah ansuran
yang perlu anda bayar. Di samping itu, pada kadar faedah yang tertentu, tempoh
pinjaman yang lebih pendek memerlukan anda membayar ansuran yang tinggi.

Berapa lamakah pinjaman Biasanya masa yang diambil ialah di antara satu hingga dua minggu untuk
diproses? pinjaman anda diluluskan bermula dari masa dokumen lengkap dikemukakan.
Anda hendaklah mendapatkan senarai semak dokumen perlu untuk
mengelakkan sebarang kelewatan.

16
Apakah perbezaan di antara Dalam pembiayaan konvensional, pinjaman belum jelas anda terdiri daripada jumlah
pembiayaan konvensional dan pinjaman pokok dan faedah yang dikenakan. Kadar faedah ini adalah sebenarnya kos
pembiayaan secara Islam? yang ditanggung oleh institusi kewangan untuk mendapatkan dana. Pembiayaan secara
Islam mengamalkan konsep menjual dan membeli di mana institusi kewangan membeli
rumah tersebut dan kemudiannya menjual semula kepada anda pada harga yang
melebihi harga belian.

Kenapakah penilaian ke atas Penilaian diperlukan jika anda membeli rumah yang telah siap. Institusi kewangan
rumah diperlukan? menghendaki penilaian dibuat untuk menentukan sama ada harta berkenaan
menyediakan nilai cagaran yang mencukupi untuk pinjaman yang diberi. Ia juga
menyediakan anggaran sama ada harta yang anda beli adalah berpatutan dengan
apa yang anda bayar.

Perlukah saya melantik seorang Ya. Anda perlu melantik seorang peguam untuk menyiapkan dokumentasi pinjaman
peguam? Bolehkah saya memilih anda. Biasanya, institusi kewangan akan mengajukan senarai panel peguam yang
peguam saya sendiri? sudah biasa dengan segala keperluan dokumentasi mereka untuk anda membuat
pilihan. Jika anda ingin memilih peguam anda sendiri, anda perlu berbincang dengan
institusi kewangan berkenaan.

17
Siapakah yang membayar yuran Pada amnya, yuran guaman akan dibayar oleh pembeli. Walau bagaimanapun, ada
guaman? pemaju dan institusi kewangan yang menawarkan yuran guaman percuma sebagai
sebahagian dari pakej pemasaran mereka. Di samping itu, ada juga institusi kewangan
yang menawarkan pembiayaan bagi yuran dokumentasi.

Apakah akan terjadi sekiranya Sekiranya ini berlaku, anda perlu menghubungi institusi kewangan anda untuk
saya menghadapi masalah berbincang dan merumuskan skim pembayaran balik yang sesuai, termasuk langkah
kewangan dan gagal membayar memanjangkan tempoh pinjaman anda.
balik pinjaman?

Bolehkah saya membayar Biasanya, institusi kewangan akan mengenakan penalti bagi penyelesaian awal.
balik keseluruhan pinjaman lebih Penalti yang dikenakan adalah di antara 2% - 5% daripada jumlah baki pinjaman
awal dari tempoh yang telah belum jelas, bergantung kepada institusi kewangan. Ini juga bergantung kepada jenis
dipersetujui? produk yang anda pilih dan bila anda mengambil keputusan untuk menebus pinjaman
anda. Sila ambil maklum bahawa terdapat keperluan tempoh minimum yang perlu
anda patuhi sebelum penyelesaian penuh boleh dibuat.

Bolehkah pengecualian Sebarang pengecualian adalah berdasarkan budi bicara pihak institusi kewangan
penalti diberi untuk semata-mata.
pembayaran terdahulu?

18
Mengapakah baki pinjaman Pada tahun-tahun awal pinjaman, sebahagian besar ansuran disalurkan untuk
belum jelas saya masih tinggi di pembayaran faedah pinjaman. Jadi, jika anda membayar sebahagian daripada
peringkat awal tempoh pinjaman pinjaman lebih awal dari jadualnya untuk mengurangkan jumlah pinjaman pokok,
walaupun pembayaran ansuran beban faedah dapat dikurangkan dengan banyaknya dan ini memendekkan
telah dibuat? tempoh pinjaman anda.

Bolehkah saya membayar Ini bergantung kepada terma dan syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam
ansuran melebihi jumlah ansuran perjanjian pinjaman anda. Dengan membayar lebih setiap bulan, anda boleh
bulanan? mempercepatkan proses membayar balik pinjaman. Bila anda membuat bayaran
lebih, pastikan bayaran itu digunakan untuk mengurangkan pinjaman pokok.
Walau bagaimanapun, jika anda membayar balik pinjaman sepenuhnya dengan
sekali gus atau membayar balik sebahagian sahaja daripada pinjaman, anda
dikehendaki memberi notis kepada institusi kewangan anda. Tempoh notis
biasanya adalah di antara 1 hingga 3 bulan.

Adakah saya memerlukan Ini bergantung kepada budi bicara institusi kewangan dan kedudukan kredit
penjamin? peminjam.

19
Adakah institusi kewangan Hak institusi kewangan untuk mengenakan caj tersebut adalah seperti yang dinyatakan
berhak untuk mengenakan caj di dalam terma dan syarat-syarat pinjaman.
pelbagai ke atas akaun
pinjaman saya seperti caj
bayaran lewat, kos guaman,
insurans dan sebagainya?

Berapa lamakah tempoh Pada amnya, institusi kewangan membenarkan tempoh tangguh di antara 7-14 hari
tangguh (grace period) untuk untuk anda membayar ansuran. Bayaran yang diterima selepas tempoh tangguh
membayar ansuran/faedah? tersebut akan dikenakan denda lewat.

Bilakah institusi kewangan Untuk rumah yang dalam pembinaan, institusi kewangan akan membuat bayaran
melepaskan pinjaman kepada progresif apabila siap setiap peringkat pembinaan seperti yang diakui oleh Sijil Perakuan
pemaju? Arkitek. Untuk rumah yang telah siap, pinjaman anda akan dilepaskan apabila lengkap
proses dokumentasi atau kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan diperolehi,
seperti kelulusan daripada Kerajaan Negeri.

20
Bolehkah saya membeli rumah Institusi kewangan akan mempertimbangkan permohonan anda berdasarkan merit
secara bersama tetapi pinjaman setiap permohonan, dalam keadaan berikut:
perumahan dipohon atas satu
• Pemilik bersama adalah pasangan suami isteri, dan salah seorang daripada mereka
nama sahaja?
tidak bekerja dan yang seorang lagi bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pinjaman

• Pemilik bersama mempunyai hubungan kekeluargaan seperti antara anak dengan


ayah/ibu, dan kedua ibu bapa tidak bekerja dan si anak yang bertanggungjawab ke
atas pinjaman tersebut

Walau bagaimanapun, peraturan di atas adalah terpulang kepada budi bicara


institusi kewangan dan mereka boleh juga mempertimbangkan keadaan lain yang
tidak disebutkan di atas.

Jika pemaju menjadikan Ya. Anda masih bertanggungjawab membayar balik pinjaman berdasarkan kepada
projeknya terbengkalai, adakah perjanjian pinjaman yang ditandatangani antara anda dan institusi kewangan. Walau
saya masih perlu membayar bagaimanapun, memandangkan institusi kewangan mempunyai hak ke atas harta
faedah dan bayaran ansuran? tersebut, anda perlu membincangkan cadangan pembayaran balik dengan institusi
kewangan. Anda juga patut melaporkan hal ini kepada Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan.

21
Apakah akan berlaku bila Bila pinjaman telah dijelaskan sepenuhnya, institusi kewangan, melalui peguamcaranya,
pinjaman telah dijelaskan akan melepaskan cagaran ke atas harta tersebut. Institusi kewangan juga akan
sepenuhnya? menarik balik sebarang tuntutan ke atas harta berkenaan. Dengan ini, hakmilik akan
dipindahkan kepada anda.

Apakah akan berlaku sekiranya Ahli keluarga terdekat si mati boleh membuat tuntutan melalui mahkamah ke atas
peminjam yang tidak membeli harta si mati. Beliau boleh membuat pilihan sama ada meneruskan pembayaran balik
insurans meninggal dunia? pinjaman atau menebusnya kembali. Walau bagaimanapun, kebanyakan institusi
kewangan mewajibkan peminjam membeli perlindungan Insurans Nyawa Gadai Janji
(MRTA) untuk memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku.

Apakah tindakan yang boleh Kalau anda gagal membuat pembayaran balik sebanyak 3 kali berturut-turut, institusi
diambil oleh institusi kewangan akan mengambil langkah sewajarnya untuk membatalkan pinjaman
kewangan jika saya gagal tersebut. Berdasarkan keadaan paling buruk, institusi kewangan akan merampas harta
membuat pembayaran balik? berkenaan untuk dilelong bagi membayar balik pinjaman. Sekiranya masih tidak
mencukupi, peminjam masih perlu membayar perbezaan di antara harga lelong dan
baki pinjaman tersebut.

22
Apakah cara paling mudah Institusi kewangan menawarkan rangkaian perkhidmatan yang pelbagai untuk
untuk membuat pembayaran menjadikan urusan anda lebih mudah. Di antara kaedah alternatif untuk membuat
ke atas pinjaman saya? pembayaran balik pinjaman ialah:

• Membuka akaun tabungan/semasa dan mengeluarkan arahan pindahan tetap


pada kadar fi yang minimum (dikecualikan jika anda menyimpan deposit dan
membuat pinjaman juga di institusi yang sama)

• Melalui pemindahan ATM

• Perbankan Internet

• Khidmat Perbankan Telefon

• Mendeposit cek di mesin automatik atau menghantar cek anda terus


kepada institusi kewangan

Adakah wajar saya Pertimbangan utama yang diberikan dalam pembiayaan semula ialah apakah kos
mempertimbangkan untuk yang terlibat. Seperti yang anda sedia maklum, anda telah membelanjakan jumlah yang
membiayai semula pinjaman besar untuk pinjaman pertama anda. Sebagai contoh, anda perlu membayar yuran
jika saya ditawarkan kadar pemprosesan, yuran guaman, fi setem dan yuran pemindahan hakmilik. Pembiayaan
faedah yang lebih rendah? semula bermakna anda perlu mengulangi pembayaran caj-caj yang sama sekali lagi.
Sebelum anda bercadang untuk membiayai semula, anda perlu memastikan bahawa
penjimatan kadar faedah rendah adalah mencukupi untuk mengatasi keseluruhan kos
yang berkaitan dengan pembiayaan semula, termasuk caj penalti, jika ada.

23
GLOSARI Dokumentasi
Satu set dokumen yang perlu ditandatangani
Amaun Pokok
berhubung dengan sesuatu pinjaman seperti
Jumlah yang dipinjam daripada institusi
perjanjian pinjaman, borang dan dokumen-
kewangan tetapi tidak termasuk faedah dan
dokumen lain yang berkaitan. Keseluruhan
caj-caj yang lain.
dokumen ini akan membentuk satu set rekod
Bayaran Muka yang lengkap bagi sesebuah pinjaman.
Jumlah permulaan yang perlu dibayar kepada
Fi Iltizam
penjual oleh pembeli.
Fi yang dikenakan oleh institusi kewangan
Borang Permohonan kerana mengetepikan sejumlah tertentu dana
Borang yang digunakan untuk yang tidak digunakan oleh peminjam. Biasanya
memohon pinjaman. dikenakan ke atas kemudahan overdraf.

Cagaran Fi Pengeluaran Pinjaman


Harta persendirian yang digunakan untuk Pelbagai jenis fi yang berkaitan dengan
menjamin pembayaran bagi sesuatu pinjaman. pengeluaran pinjaman seperti fi pendaftaran
Peminjam menghadapi risiko kehilangan harta cagaran, fi carian tanah dan fi carian
tersebut sekiranya pinjaman tidak dibayar. kebankrapan yang dilakukan oleh pihak institusi
kewangan dan peguam yang mengendalikan
Caj Lewat
proses dokumentasi berhubung pinjaman
Penalti yang dikenakan oleh institusi kewangan
tersebut. Fi tersebut dibayar dahulu oleh pihak
kerana gagal membuat bayaran ansuran
institusi kewangan atau peguam dan
mengikut jadual.
kemudiannya dikenakan ke atas peminjam.

24
Hartanah Kadar Faedah
Merujuk kepada harta di atas tanah (seperti Amaun yang dikenakan ke atas peminjam
rumah, pangsapuri, kondominium dan tanah oleh pemberi pinjaman dalam bentuk peratusan
lapang (seperti lot banglo). daripada jumlah pinjaman.

Ingkar Kadar Faedah Terapung


Kegagalan untuk membayar balik Istilah yang digunakan untuk menerangkan
ansuran/faedah bulanan kepada institusi sifat sesuatu pinjaman di mana faedah yang
kewangan apabila tiba tempoh matang. dikenakan boleh berubah akibat kenaikan atau
kejatuhan sesuatu penunjuk seperti Kadar
Institusi Kewangan
Pinjaman Asas.
Kesemua bank perdagangan dan syarikat
kewangan yang berlesen di bawah ABIK 1989 Kadar Pinjaman Asas
dan juga bank Islam yang dilesenkan di bawah Kadar faedah minimum yang dikira oleh
Akta Perbankan Islam 1983. sesebuah institusi kewangan berdasarkan satu
formula yang mengambil kira kos dana dan
Insurans Nyawa Gadai Janji (MRTA)
lain-lain kos pentadbiran.
Insurans Nyawa Gadai Janji adalah sejenis
insurans berjangka yang nilainya berkurang
mengikut tempoh pinjaman. Insurans jenis
ini memberi perlindungan gantirugi ke atas
baki terhutang pinjaman sekiranya berlaku
kematian atau kehilangan upaya kekal kepada
peminjam. Insurans ini biasanya dikira bagi
memenuhi keseluruhan jumlah terhutang
sesuatu pinjaman.

25
Kadar Sama Rata Overdraf
Istilah yang digunakan untuk menerangkan Sejenis kemudahan kredit yang diberikan
sifat kadar faedah yang dikenakan sebagai kepada pemegang akaun semasa yang layak.
peratusan tetap ke atas sesuatu pinjaman Peminjam dibenarkan untuk mengeluarkan cek
di sepanjang tempoh pinjaman. Pembayaran dengan jumlah yang melebihi baki kredit yang
balik bagi jumlah yang tetap ke atas pinjaman terdapat dalam akaun, tetapi terhad kepada
jenis ini biasanya ditentukan sebelum jadual jumlah maksimum yang telah diluluskan dahulu
pembayaran balik berkuat kuasa. Misalnya, oleh institusi kewangan.
jumlah faedah bagi pinjaman sebanyak
Pembayaran Berperingkat
RM10,000 pada kadar sama rata 10% ialah
Suatu skim pembayaran pinjaman yang
RM1,000 setahun, yang dikenakan sehingga
memberi fleksibiliti pembayaran ansuran rendah
pinjaman ini selesai dijelaskan.
pada tahun-tahun awal pinjaman tetapi
Laporan Penilaian beransur-ansur meningkat pada tahun-tahun
Sebuah laporan analisa bertulis yang berikutnya selaras dengan peningkatan kuasa
disediakan oleh jurunilai bertauliah yang membeli peminjam.
menyatakan maklumat berhubung dengan
Pembayaran Terdahulu
nilai sesuatu hartanah.
Pembayaran sebahagian atau keseluruhan
Margin Pembiayaan daripada pinjaman sebelum tempoh matang.
Amaun pinjaman yang diberi oleh institusi
Pembiayaan Semula
kewangan yang dinyatakan secara peratusan ke
Proses pembayaran balik sebahagian atau
atas nilai harta benda yang dicagarkan untuk
keseluruhan pinjaman yang sedia ada dengan
pinjaman tersebut.
tujuan untuk mendapatkan pinjaman baru
sama ada daripada institusi kewangan yang
sama atau institusi kewangan yang lain.

26
Perampasan Penjamin
Tindakan perundangan yang boleh diambil Orang perseorangan atau entiti yang terikat
oleh pihak institusi kewangan untuk mendapatkan oleh undang-undang untuk menjelaskan
semula jumlah yang terhutang daripada pinjaman yang diambil oleh seseorang peminjam,
seorang peminjam yang telah ingkar membayar jika peminjam tersebut gagal menjelaskan
balik pinjamannya. Harta benda yang pinjamannya.
dicagarkan oleh peminjam bagi pinjaman
Perjanjian Jual Beli
berkenaan akan dijual untuk menjelaskan
Kontrak bertulis yang ditandatangani oleh
jumlah yang terhutang tersebut.
pembeli dan penjual, di antaranya menyatakan
Penalti Pembayaran Terdahulu terma dan syarat-syarat bagi penjualan hartanah.
Fi yang dikenakan oleh institusi kewangan
Pinjaman Belum Jelas
ke atas pembayaran terdahulu keseluruhan
Baki hutang, termasuk faedah dan lain-lain
pinjaman. Fi yang dikenakan biasanya
yang belum dijelaskan.
dikira berdasarkan peratusan tertentu daripada
jumlah pinjaman atau bersamaan dengan Pinjaman Berjangka
jumlah faedah untuk tempoh ‘x’ bulan. Sejenis pinjaman yang mana pembayaran
semula telah ditentukan untuk satu tempoh
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah
masa yang tetap, misalnya selama 10 tahun.
Hasil campuran pendapatan kasar bulanan
kesemua ahli keluarga yang bekerja sebelum
ditolak cukai pendapatan, Socso, KWSP,
ansuran pinjaman atau potongan-potongan
lain, dicampur pula dengan pendapatan
tambahan seperti gaji kerja lebih masa,
komisen dan lain-lain.

27
Polisi Insurans Pemilik Rumah/Kebakaran Tempoh Pinjaman
Sejenis insurans polisi yang menggabungkan Jumlah tahun yang diambil untuk membayar
tanggungan dan perlindungan kepada pemilik balik keseluruhan jumlah pinjaman dan faedah
rumah terhadap kerugian yang disebabkan mengikut jadual pembayaran balik yang telah
oleh ribut taufan, kebakaran, perbuatan khianat dipersetujui.
dan risiko-risiko lain.

Surat Hakmilik
Satu surat perundangan yang mengesahkan
hakmilik ke atas sesebuah harta.

Surat Kuasa Wakil


Dokumen perundangan formal yang memberi
kuasa kepada seseorang untuk bertindak bagi
pihak seseorang yang lain.

Surat Pentadbiran
Geran representasi yang dikeluarkan oleh
Mahkamah Tinggi kepada seseorang yang
membolehkan beliau menguruskan harta
seseorang yang meninggal dunia tanpa
meninggalkan wasiat.

Surat Penerimaan Tawaran


Surat yang menyatakan kesediaan pemohon
untuk menerima tawaran pinjaman yang telah
diluluskan oleh pihak institusi kewangan.

28
Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.my
ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama

You might also like