You are on page 1of 32

BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 1

FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

1.0 PENGENALAN

Sifat mudah ubah yang wujud dalam bahasa, serta juga asimilasi bahasa, menyebabkan
struktur sesebuah bahasa itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Disebabkan
perubahan bahasa ini, maka wujud kelemahan kepada penutur dari satu generasi untuk
memahami bahasa yang dituturkan oleh generasi yang lain, terutama bahasa yang digubakan
generasi yang datangnya dari zaman yang berbeza latar masanya.

Penemuan pada awal kurun kesembilan belas mendapati bahawa bahasa Eropah, seperti
bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis mempunyai perkaitan dengan bahasa-bahasa dari
tamadun awal seperti bahasa Latin, Yunani dan Sanskrit; dan ini membawa kepada
pengkajian dalam memahami sifat dan sejarah bahasa. Kajian terhadap persamaan bahasa
antara bahasa Eropah yang berbeza sebenarnya telah dilakukan sebelum kurun ke sembilan
belas (Comrie, 1998) menunjukkan berlaku proses persilangan dan asimilasi bahasa yang
mewujudkan pelbagai bahasa yang mempunyai ragam, nahu, tatabahasa dan struktur yang
berbeza-beza.

Kepelbagaian bahasa yang wujud di dunia ini menyebabkan ketidakupayaan kepada setiap
individu untuk menerima atau menghantar maklumat yang hadir dalam bahasa yang berlainan
dengan bahasa yang digunakan individu berkenaan, selain mewujudkan jurang untuk
berkomunikasi kerana batasan atau limitasi berbahasa, dan ini mendorong kepada
bercambahan bidang penterjemahan yang membolehkan pemindahan warta dilakukan dalam
memastikan proses pertukaran maklumat, pemindahan ilmu dan menjalinkan hubungan
melalui bahasa dapat berlaku.

Bidang perterjemahan telah dianggap penting sejak berkurun-kurun lamanya dengan


penterjemahan kitab Bible secara besar-besaran pada zaman peluasan dan penyebaran agama
Kristian di Eropah, diikuti dengan penterjemahan Al-Quran semasa era kegemilangan Islam,
terutamanya dengan peranan institusi seperti Baitul Hikmah dalam zaman pemerintahan
kerajaan Abbassiyah di Baghdad, Iraq. Penterjemahan pada zaman dahulu hanya tertumpu
kepada kitab-kitab atau bahan bacaan umum yang diperlukan dalam penyebaran agama,
penaklukan dan penjajahan kawasan-kawasan baru.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 2
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Berdasarkan penemuan-penemuan artifak di tapak kerajaan Assyria (Babylon Purba)


membuktikan bahawa proses penterjemahan terlah berlaku sejak 5000 tahun dahulu semasa
kerajaan ini berada di bawah pemerintahan Maharaja Sargon (Norizah Ardi et. al., 2008).
Tujuan penterjemahan ini untuk membolehkan pemindahan maklumat dilakukan ke atas
wilayah-wilayah pemerintahan kerajaan Assyria dilakukan, selain menjalankan hubungan
diplomatik dengan tamadun-tamadun yang lain, dan menyebarkan ajaran atau
fahamanberunsur ketuhanan. Penemuan ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa
penterjemahan bukanlah satu cabang ilmu linguistik yang baru kerana proses ini telah berlaku
semenjak tamadun awal manusia lagi.

Selain itu, penemuan batu bersurat yang mempunyai 2 bahasa yang berlainan di tapak
kerajaan Mesir Purba memperkuatkan lagi dakwaan bahawa proses penterjemahan
merupakan cabang ilmu yang telah wujud semenjak manusia mula mengenali bahasa dan
tulisan. Kini, penterjemahan terus berkembang dan tumpuan telah berubah meliputi pelbagai
isu seperti terjemahan sebagai satu keseniaan; kesetiaan kepada penulis, teks atau pembaca;
jenis-jenis terjemahan dan kaedah yang berkesan.

Era ini telah mendorong kepada kemunculan dua aliran dalam bidang penterjemahan, iaitu
terjemahan semantik (makna) dan terjemahan komunikatif (dinamis).

Terjemahan semantik (makna) pada asasnya adalah terjemahan yang menghuraikan makna
konteks setepat-tepatnya seperti yang terdapat di dalam teks asal atau bahasa sumber setakat
yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran. Manakala terjemahan
komunikatif (dinamis) adalah bertujuan untuk menghasilkan pada pembaca teks sasaran
kesan yang sehampir mungkin seperti yang diperoleh oleh pembaca teks asal (Newmark,
1981).

Perkembangan bahasa dan budaya serta ilmu dalam era moden ini telah menyebabkan setiap
bahasa di dunia ini perlu mewujudkan suatu pertalian yang membolehkan masyarakat
berkomunikasi dalam menjana pelbagai bidang ilmu. Justeru itu walaupun sesuatu bahasa itu
tidak mempunyai pertalian genetik atau secara ringkasnya; pertalian kekeluargaan, bahasa-
bahasa tersebut masih lagi mampu untuk berkongsi ilmu melalui bidang penterjemahan.
Ainon Mohammad, dalam kertasnya ―Pembinaan Bahasa dan Pembangunan Negara‖ yang
dikemukakan di Universiti Pertanian Malaysia (1984) telah menyatakan;
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 3
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

…Meiji telah memilih pemuda-pemuda yang pintar untuk dilatih di negara-


negara Eropah dan belajar bahasa-bahasa asing dengan tujuan khusus untuk
menterjemahkan ilmu-ilmu Barat ke dalam bahasa Jepun. Pemuda-pemuda itu
dihantar ke Russia untuk menterjemahkan bukubuku militer, ke England untuk
buku-buku falsafah dan Jerman untuk buku-buku sains dan perubatan. Dalam
usaha itu Meiji menubuhkan biro terjemahan yang menjadi asal usul Universiti
Imperial Tokyo hari ini. Semenjak Perang Dunia II, negeri Jepun telah
menterjemahkan 150,000 tajuk buku dari seluruh dunia.

Kenyataan ini membuktikan betapa pentingnya bidang terjemahan dalam usaha menjana ilmu
apabila bahasa menjadi faktor penghalang. Penterjemahan amat penting dalam mewujudkan
kesefahaman antara bahasa-bahasa yang berbeza. Perkembangan ilmu penterjemahan ini
membolehkan pemindahan makna dilakukan tanpa sebarang halangan terutamanya limitasi
bahasa.

Bidang penterjemahan memerlukan kepekaan seseorang penterjemah untuk menganalisa teks


mencakupi laras bahasa, teknik pengolahan, cara penyampaian serta juga pemilihan
perkataaan, selain unsur kebudayaan dan semantik.

1.1 DEFINISI TERJEMAHAN

Penterjemahan selalunya didefinisikan dengan merujuk kepada pertukaran perkataan yang


mempunyai makna yang sama dengan teks asal. Larson (1984), mendefinisikan
penterjemahan sebagai “… transferring the meaning of the source language into the receptor
language‖. Ini jelas menunjukkan bahawa makna menjadi ukuran kepada hasil kerja
terjemahan.

Sejak kemunculan linguistik moden maka muncul pendapat seperti Catford (1965:20) dalam
Norizah Ardi et. al. (2008), yang mentakrifkan terjemahan sebagai ―The replacement of
textual material in one language by equivalent textual material in another language‖.
Manakala Nida (1974) pula menyatakan terjemahan sebagai;

―Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural


equivalent of the source language message, first in terms of meaning and
secondly, in terms of style.‖
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 4
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Penterjemahan secara ringkasnya mampu disimpulkan sebagai proses pemindahan makna dan
warta melalui pertukaran perkataan-perkataan, pengubahsuaian ragam ayat dll daripada
bahasa sumber kepada bahasa sasaran dengan menitikberatkan aspek-aspek yang telah
digariskan dalam teori dan amalan penterjemahan agar mutu dan gaya kepengarangan teks
asal mampu dikekalkan sebaik mungkin.

Menurut Catford (1996:1), proses penterjemahan merupakan operasi yang dilakukan pada
bahasa, iaitu satu proses menggantikan teks dalam satu bahasa kepada satu teks dalam bahasa
lain, manakala Kamus Dewan (2007:1670) mendefinisikan terjemahan sebagai ―…pindahan
(karangan dll) daripada suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa…‖. Ainon
Mohamad dan Abdullah Hassan (2003) dalam Norizah Ardi et. al. (2008) pula
mendefinisikan terjemahan sebagai;

Terjemahan seharusnya memberikan gambaran yang sesuai dan jelas tentang


segala maksud dan idea karya dalam bahasa sumber dan seboleh mungkin
menyampaikannya dengan gaya dan bentuk yang paling bersahajake dalam
bahasa sasaran, tanpa menhelaskan maksud dan mutu teks asal.

Asmah Hj. Omar dalam Mohd. Taib Osman (1985) menyatakan bahawa

…language is an index to culture. This means that language reflects the culture of
its speakers – the way of life they lead as well their physical and social
enviroment…

Justeru, terjemahan bukan sekadar mengalihkan bahasa tetapi juga menyampaikan


maklumatmaklumat kebudayaan yang terkandung dalam teks asal. Oleh itu seandainya
sesuatu teks yang diterjemah itu terpisah daripada konteks masyarakatnya maka sukar untuk
menghasilkan proses komunikasi yang berkesan.

Walaupun pelbagai definisi diberikan berkenaan proses penterjemahan, namun proses ini
merupakan cabang ilmu linguistik yang begitu penting dalam menjadi medium pertukaran
maklumat daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Penterjemahan tidak lagi tertumpu
kepada proses penukaran perkataan semata-mata, sebaliknya aspek penterjemahan meliputi
proses pemindahan makna, budaya, aspek kepengarangan dll.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 5
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

1.2 PROSES MENTERJEMAH

Proses terjemahan amat penting dalam memastikan pemindahan makna dilakukan secara
sistematik dan tepat. Kesilapan atau ralat semasa peringkat-peringkat tertentu dalam proses
terjemahan termasuk kesilapan dalam mentafsir, makna yang tidak sampai, kesilapan ejaan
dan pemahan teks mampu menyebabkan kesalahfahaman terhadap teks asal kalangan
pembaca. Menurut Peter Newmark (1981), secara umum terdapat peringkat-peringkat dalam
proses penterjemahan iaitu yang meliputi tiga aspek;

Penafsiran dan Analisis Teks Sumber


Pada peringkat ini, penterjemah haruslah membaca teks sumber secara keseluruhan dengan
teliti dan memahami isi kandungan teks itu.

Prosedur Terjemahan
Di peringkat kedua ini penterjemah perlu membuat rujukan kepada kamus-kamus dan glosari
tertentu atau pun sebarang rujukan lain yang difikirkan perlu bagi mendapatkan penerangan
yang jelas dan tepat.

Penulisan Semula Teks


Pada peringkat ketiga, kerja-kerja terjemahan dimulakan dengan cara menterjemah setiap
ayat secara berasingan. Kerja-kerja pemilihan perkataan dan penstrukturan ayat haruslah
dilakukan dengan berhati-hati. Penggunaan kata penghubung yang sesuai amat penting bagi
mewujudkan sebuah teks yang koherens. Di samping itu penterjemah haruslah amanah dan
tidak membuang atau meringkas dan memendekkan sesuatu ayat apatah lagi fakta teks
sumber. Akhirnya pembacaan semula teks secara menyeluruh haruslah dilakukan.

Manakala menurut Nida & Tuber (1969: 33) dalam Norizah Ardi et. al. (2008: 33)
menyatakan bahawa proses penterjemahan juga meliputi beberapa peringkat;

Menganalisis Teks
Langkah ini merupakan langkah pertama untuk menterjemah sesuatu bahan atau teks. Pada
peringkat ini, teks asal akan dianalisa untuk mendapatkan pemahaman yang secukupnya
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 6
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

terhadap teks asal, ini termasuklah; memahami struktur permukaan teks, jenis-jenis frasa,
makna atau mesej yang ingin disampaikan, nahu ayat dll.

Analisa teks amat penting dalam memastikan penterjemah benar-benar memahami hasrat
penulis, selain menjamin kelancaran proses penterjemahan.

Pemindahan Warta
Pada peringkat ini maklumat dan maksud yang telah dianalisis dipindahkan secara
berperingkat ke dalam bahasa sasaran. Penterjemah haruslah bijak dalam membuat
penyesuaian terhadap warta yang ingin diterjemah supaya maksud dan maklumat yang ingin
disampaikan mampu dikembangkan dengan baik dalam bahasa sasaran.

Penyesuaian ini penting supaya teks yang diterjemah menepati keadaan sosio-masyarakat
dalam bahasa sasaran dan mempunyai padanan yang difahami oleh pembaca. Seandainya
laras bahasa yang digunakan tidak menepati tahap penguasaan bahasa golongan pembaca
sasaran, maka penterjemah harus pandai mengasimilasi teks supaya bersesuaian dengan
konteks pembaca.

Menstruktur Semula
Setelah peringkat pemindahan warta dilakukan, penterjemah harus menstrukturkan semula
teks dalam bahasa sasaran. Penstrukturan semula bergantung pada pelbagai gaya bahasa yang
dianggap bersesuaian, ciri-ciri utama pada gaya bahasa dan kaedah-kaedah yang tepat untuk
mencitrakan teks seperti yang terkandung dalam teks asal. Penstrukturan semula harus
meliputi penstrukturan ayat, frasa, nahu, tatabahahasa dll.

Menyemak Teks Terjemahan


Penyemakan teks terjemahan dapat memastikan teks yang diterjemah benar-benar menepati
panduan teori dan amalan penterjemah. Pada peringkat ini, teks terjemahan disemak supaya
keralatan semasa peringkat-peringkat menterjemahan seperti kesilapan dari segi ejaan,
penyusunan ayat, tatabahasa dll mampu dikurangkan atau disifarkan supaya kredibiliti
penterjemah tidak dapat dipertikaikan.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 7
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

1.3 SYARAT PENTERJEMAH

Sebelum kedatangan teori terjemahan moden, seseorang yang mengetahui dua bahasa, telah
dianggap berkelayakan untuk menjadi penterjemah tanpa memerlukan pengetahuan lanjut
termasuk penguasaan terhadap budaya kedua-dua bahasa. Namun setelah pengenalan konsep
teori dan amalan penterjemahan yang menjadi pedoman bagi para penterjemah, maka
seseorang yang ingin menjadi penterjemah harus memenuhi syarat-syarat seperti berikut;

Menguasai bahasa sumber secara mendalam


Keperluan ini dikehendaki untuk membolehkan seseorang penterjemah mengetahui selok-
belok keistimewaan dan kelainan bahasa sumber supaya dapat membezakan makna yang
terkandung dalam teks asal agar dapat mentakrifkan maksudnya dengan tepat (Ainon Mohd
dan Abdullah Hassan, 2005).

Mengetahui bahasa sasaran


Mengikut pakar terjemahan hari ini, seseorang penterjemah harus juga menguasai bahasa
penerima dengan sama baik, jika bukan dengan lebih baik, supaya penterjemah dapat
mengolah teks sasaran dengan jelas, mudah difahami, struktur ayat yang mantap, elakkan
kesamaran dan tiada kesalahan bahasa di samping teks yang dihasilkan juga tidak berbau
terjemahan. Semua ini akan membolehkan penterjemah menghasilkan sebuah teks terjemahan
dengan bahasa yang indah, halus, berimaginasi dan menjimatkan kata-kata, serta kepakaran
menggunakan segala jenis struktur bahasa yang ada padanya dan memiliki perbendaharaan
kata yang luas (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005).

Pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan


Untuk menjamin supaya makna atau maklumat yang terkandung dalam teks asal dapat
dipindahkan dengan tepat dan sempurna daripada bahasa sumber ke dalam bahasa penerima,
seseorang penterjemah harus menguasai bidang yang hendak diterjemahkan. Ini adalah
penting, bukan sahaja untuk penterjemahan teks-teks khusus dan teknikal, tetapi juga untuk
penterjemahan karya-karya kesusasteraan. Ini bukan saja melibatkan soal ilmu malahan turut
berkait dengan laras bahasa yang digunakan dan penggunaan pelbagai konsep dan istilah-
istilah bidang yang diterjemahkannya (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005).
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 8
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Mengetahui teori dan amalan terjemahan


Pada suatu masa dahulu, penterjemahan dianggap sebagai suatu tugas untuk mencari
perkataan-perkataan padanan yang boleh menggantikan perkataan-perkataan asal dalam
bahasa sumbernya. Ini tidak lagi dianggap benar kerana penterjemah juga bertanggungjawab
untuk memindahkan idea, maklumat dan gaya teks yang diterjemahkan. Ini bermaksud
bahawa penterjemahan perlu dibantu oleh ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam bidang
teori dan kaedah terjemahan semasa menjalankan tugasnya (Ainon Mohd dan Abdullah
Hassan, 2005).

Memiliki pengetahuan am
Penterjemah haruslah juga seorang yang peka dan memiliki pengetahuan am yang baik. Ini
merangkumi peristiwa semasa, suasana politik, ekonomi, geografi, budaya dan adat serta
sejarah. Faktor ini juga adalah penyumbang kepada penghasilan teks terjemahan yang baik
(Muhammad Bukhari Lubis dll, 1998).

Amanah
Ciri amanah ini adalah merupakan ciri yang penting kepada seorang penterjemah, untuk
menunjukkan kesetiaan serta kejujurannya dengan tugasan yang dipikul. Penterjemah tidak
boleh mengambil jalan pintas dalam kerja-kerja penterjemahannya dengan cara seperti
menambah, membuang, meringkas atau memendekkan maksud teks sumber. Namun
demikian, penambahan perkataan untuk menjadikan sesuatu ayat betul tata bahasanya dan
tidak membawa makna baru bukanlah merupakan satu kesalahan (Muhammad Bukhari Lubis
dll, 1998).

1.4 SINOPSIS NOVEL TWILIGHT

Novel Twilight karya Stephenie Meyer merupakan novel pertama dari siri saga Twilight dan
merupakan novel bestseller New York Times dan telah difilemkan dengan judul yang sama.

Novel ini meletakkan fokus kepada watak utama, Isabella Swan, seorang anak gadis yang
terpaksa berpindah ke sebuah pekan yang suram bernama Forks untuk menetap bersama-
sama bapanya. Isabella kemudian berkenalan dengan seorang jejaka tampan bernama Edward
Cullen yang sangat misteri. Edward yang mempunyai kulit yang putih melepak, mata yang
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 9
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

memukau, suara yang mempesonakan dan kelebihan luar biasa, amat diminati kalangan
pelajar-pelajar wanita di Forks. Perkenalan ini membawakan episod baru dalam kehidupan
Isabella.

Di awal perkenalan, Edward yang cuba menyembunyikan identiti sebenarnya, namun


akhirnya terpaksa akur apabila rahsianya itu terbongkar, dan apabila Isabella mengetahui
kebenaran disebalik insan yang bernama Edward, dia cuba untuk menjauhkan diri daripada
Edward. Namun semakin hari perasaannya yang berlainan terhadap Edward gagal dibendung
lagi. Perasaan cinta yang menebal menutupi segala kekurangan Edward, kendatipun Isabella
mengetahui bahawa Edward bukan manusia biasa sepertinya.

Keluarga Edward dapat menerima kehadiran Isabella dengan baik, tetapi konflik lain pula
mengasak pasangan kekasih ini. Pertembungan antara kepercayaan konservatif manusia
terhadap pontianak, pemburuan kepompong pontianak lain yang mengejar Isabella dan
konflik percintaan 3 segi memperkuatkan lagi perkembangan plot novel ini.

Twilight bukan sekadar kisah percintaan biasa, Twilight kisah percintaan antara 2 bangsa;
pontianak dan manusia.

1.5 PENYATAAN MASALAH

Penterjemahan kebiasaannya hanya merujuk kepada penukaran perkataan dalam bahasa


sasaran supaya menyamai makna perkataan dalam bahasa asal, walhal penterjemahan
sebenarnya harus menjadi lebih luas dengan memahami konteks pemindahan makna daripada
teks asal dalam bahasa sumber kepada teks terjemahan dalam bahasa sasaran.

Seandainya proses pemindahan makna ini gagal difahami oleh penterjemah, dikhuatiri teks
terjemahan yang dihasilkan akan menyebabkan sesebuah bahan yang diterjemah gagal
menyampaikan hasrat penulis, menyebabkan kesalahfahaman kepada pembaca dan
melenyapkan makna sebenar yang ingin disampaikan.

Laporan ini akan membentangkan analisa perbandingan terjemahan ekstrak novel Twilight
karya Stephenie Meyer dengan melihat pelbagai kaedah seperti yang terkandung dalam teori
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 10
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

penterjemahan. Kaedah dan anlisis yang dinilai ialah kaedah terjemahan, analisis kontrastif,
analisis semantik dan kaedah menterjemah unsur budaya.

Ekstrak novel ini akan digunakan dalam analisis perbandingan untuk menilai aspek-aspek
yang telah digunakan untuk menterjemah novel ini.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 11
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

2.0 ANALISA PERBANDINGAN TERJEMAHAN

2.1 KAEDAH TERJEMAHAN

Dalam analisis ekstrak novel Twilight ini akan melihat kepada aspek penggunaan kaedah
terjemahan yang dibahagikan kepada dua kaedah;

 Kaedah terjemahan lama (Kaedah Formal); Pinjaman (borrowing), literal dan calque.
 Kaedah terjemahan baru (Kaedah Dinamis); Persamaan, transposisi dll.

2.1.1 KAEDAH LAMA

Dalam ekstrak novel Twilight ini wujud penggunaan kaedah terjemahan lama yang juga
dikenali sebagai Kaedah Formal. Kaedah ini meliputi kaedah pinjaman (borrowing, kaedah
peniruan (loan translation/calque) dan kaedah penggantian/ harafiah (literal translation).
Kaedah pinjaman berlaku hasil daripada pertembungan atau kontak bahasa. Bloomfiled
(1933:44) dalam Norizah Ardi et. al., (2008) berkata peminjaman kata boleh dibahagikan
kepada peminjaman budaya, peminjaman intimate dan peminjaman dialek.

Kaedah pinjaman ini kebiasaannya berlaku apabila tidak wujud persamaan atau padanan
antara sesuatu unsur dalam bahasa sasaran dari segi teknik, konsep, peristilihan dll. Unsur-
unsur ini akan dipinjam terus dari bahasa sumber tanpa mengalami sebarang bentuk
modifikasi. Dalam ekstrak novel Twilight ini, penggunaan Kaedah Pinjaman hanya dilakukan
untuk merujuk kepada kepada petempatan bangsa Red Indian, La Push. Penggunaan
perkataan La Push amat ketara sebagai terjemahan pinjaman kerana merujuk kepada satu
unsur tempat yang sama sekali tidak wujud dalam bahasa Melayu

Teks Sumber : ―Do you remember Billy Black down at La Push?‖ La Push is the tiny
Indian reservation on the coast.

Terjemahan : ―Kamu ingat tak Billy Black yang tinggal di La Push?‖ La Push ialah
kawasan penempatan kecil masyarakat Red Indian di pinggir pantai.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 12
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Selain itu, perkataan Red Indian dalam teks terjemahan di atas juga merupakan kata pinjaman
kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam bahasa Melayu, disebabkan bangsa Red Indian
hanya menetap di benua Amerika. Contoh lain Kaedah Pinjaman yang wujud dalam ekstrak
novel ini ialah;

Teks Sumber : In the Olympic Peninsula of northwest Washington State, a small town
named Forks exists under a near-constant cover of clouds.

Terjemahan : Di Peninsula Olimpik ke barat laut Washington, terdapat sebuah bandar


kecil dipanggil Forks yang hampir sentiasa diliputi awan.

Dalam ekstrak teks di atas, perkataan Peninsula tidak diubah suai oleh penterjemah kerana
tidak wujud padanan perkataan yang tepat, kendatipun perkataan Semenanjung dalam bahasa
Melayu yang membawa maksud yang hampir sama, namun masih gagal memberikan
interpretasi yang berkesan terhadap teks terjemahan.

Kata pinjaman seperti perkataan La Push, Peninsula dan Red Indian ini merupakan kata
pinjaman tulen tidak asimilasi kerana tidak wujud sebarang perubahan perkataan atau struktur
ejaan untuk disesuaikan dengan bahasa Melayu.

Selain Kaedah Pinjaman, Kaedah Peniruan turut diaplikasikan dalam penterjemahan teks
Twilight ini. Kaedah peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa
sasaran, namun istilahnya sahaja yang ditiru atau diterjemah. Walaupun terdapat 2 jenis
peniruan, namun Kaedah Peniruan yang digunakan dalam ekstrak teks ini menggunakan
pendekatan peniruan struktur yang memasukkan atau mewujudkan struktur baru dalam
bahasa sasaran.

Teks Sumber : Charlie is Police Chief Swan to the good people of Forks.

Terjemahan : Charlie merupakan Ketua Polis di Forks.

Perkataan Police Chief diubah dan disesuaikan sebagai Ketua Polis dalam bahasa sasaran
kerana disesuaikan dengan pola sintaktik dalam bahasa sasaran. Kata pinjaman peniruan ini
digolongkan sebagai kata majmuk yang dipinjam.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 13
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Kaedah terjemahan lama yang sering digunakan penterjemah dalam mana-mana terjemahan
termasuklah ekstrak terjemahan novel Twilight ini ialah Kaedah Penggantian atau Literal.
Kaedah penterjemahan ini sememangnya digemari kebanyakan penterjemah kerana kaedah
ini merupakan kaedah yang ideal dalam proses pemindahan maklumat sama ada pada
peringkat leksikal mahupun peringkat sintaksis.

Kaedah ini digunakan dengan menggantikan perkataan tanpa mengalami sebarang perubahan
struktur ayat atau susunan ayat yang ketara. Hal ini bermakna proses penterjemahan cuma
melibatkan proses pertukaran perkataan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran.
Kaedah ini sering digunakan untuk menterjemah frasa-frasa ayat yang lebih ringkas dan
membawa makna yang langsung. Dalam ekstrak novel Twilight, penterjemahan frasa ayat
menggunakan Kaedah Literal adalah seperti berikut;

Teks Sumber Terjemahan


( rujuk lampiran teks I) (rujuk lampiran teks II)

…I loved Phoenix. …Aku menyukai Phoenix.

…Wow. Free. …Wah, percuma!

―I don't mind. I want you to be happy here.‖ ―Ayah tak kisah. Ayah mahu kamu gembira
di sini.‖

Kaedah Literal ini merupakan asas kepada penterjemahan yang digunakan oleh kebanyakan
penterjemah kerana penterjemahan ini mementingkan penyampaian makna tanpa mengubah
struktur ayat sedia ada.

2.1.2 KAEDAH BARU

Kaedah penterjemahan baru atau Kaedah Dinamis yang diperkenalkan dalam memperbaiki
kaedah penterjemahan lama supaya proses penterjemahan akan menjadi lancar dan maklumat
mampu disampaikan dengan lebih jelas. Kaedah penterjemahan baru boleh dibahagikan
kepada;

 Kaedah Transposisi (Transposition)


BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 14
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

 Kaedah Modulasi (Modulation)


 Kaedah Persamaan (Equivalence)
 Kaedah Penyesuaian (Adaptation)
 Kaedah Penyamaan/Padanan Fungsian
 Kaedah Pengembangan (Expansion)
 Kaedah Generalisasi

Hasil analisis dalam terjemahan ekstrak novel Twilight menunjukkan wujudnya penggunaan
kaedah penterjemahan baru untuk menterjemah novel ini. Pengaplikasian kaedah
penterjemahan baru memastikan mutu penterjemahan diperbaiki supaya pembaca memahami
karya ini menyamai atau hampir menyamai karya asal dalam bahasa sumber.

Kaedah Transposisi atau Transposition merupakan kaedah terjemahan yang mengubah atau
menukar kedudukan frasa atau klausa dan golongan kata dalam bahasa sasaran tanpa
mengubah maksud warta atau maklumat (Norizah Ardi et. al., 2008). Kaedah ini digunakan
untuk menyampaikan warta dalam bahasa sasaran supaya kelihatan bersahaja dan
memperjelaskan lahi kandungan warta yang mungkin mengelirukan.

Kaedah Transposisi ini meliputi kaedah transposisi golongan kata dan kaedah transposisi dari
segi struktur ayat. Menurut Norizah Ardi et. al. (2008);

Kaedah transposisi golongan kata merupakan kaedah terjemahan yang


menggantikan kelas sesuatu kata atau elemen dan bahasa sumber dengan kelas
kata atau elemen yang lain dalam bahasa sasaran yang mempunyai makna yang
sama tetapi tidak mengubah mesej secara keseluruhan. Perkara yang ditukar
hanya kelas kata dan bukannya makna kata tersebut.

Dalam analisis kedua-dua teks, kaedah transposisi golongan kata ini digunakan seperti contoh
yang diberikan;

Teks Sumber : ―Mom's fine. It's good to see you, too, Dad.

Terjemahan : ―Ibu sihat. Saya juga gembira dapat jumpa ayah.‖


BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 15
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Penggunaan perkataan fine yang ditransposisikan menjadi sihat dan perkataan good kepada
gembira merupakan contoh pengaplikasian kaedah ini. Kelas perkataan ini diubah supaya
menepati pemahaman pembaca, tetapi maksud ayat sama sekali tidak diubah.

Manakala kaedah transposisi dari segi struktur kata pula melibatkan kaedah yang menukar
struktur tatabahasa bahasa sumber dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud teks.
Kaedah ini boleh digunakan dalam lingkungan bahasa yang sama. Kepentingan kaedah ini
menyampaikan maksud teks (dalam konteks ayat) dengan mengaplikasikan perubahan
struktur ayat. Contoh seperti yang dinyatakan;

Teks Sumber : It’s good to see you, Bells.

Terjemahan : Ayah gembira berjumpa dengan kamu, Bella.

Teks Sumber : It was seventy-five degrees in Phoenix, the sky a perfect, cloudless blue

Terjemahan : Cuaca amat baik di Phoenix dengan suhu tujuh puluh lima darjah dan
langit terhampar kebiruan, cerah tidak berwarna

Selain itu, penggunaan Keadah Modulasi turut digunakan untuk menyampaikan warta dalam
gaya yang paling bersahaja dan mudah difahami. Kaedah ini diaplikasikan melalui
penterjemahan dengan mengubah padanan satu lawan satu perkataan di dalam frasa atau ayat
tetapi mengekalkan maksud atau konsep asal (Norizah Ardi et. al., 2008). Kaedah ini
digunakan untuk menterjemah peribahasa, ujaran lisan, simpulan bahasa dll. Penyampaiannya
mampu mewujudkan 2 variasi; positif atau negatif.

Secara umumnya, keadah ini boleh menunjukkan perbezaan antara dua bahasa dalam situasi
yang sama tetapi cara pemikiran yan bertentangan. Kebiasaan ini timbul kerana konflik
penyampaian mesej konkrit ke bentuk abstrak, contohnya;

Teks Sumber : In the Olympic Peninsula of northwest Washington State, a small town
named Forks exists under a near-constant cover of clouds.

Terjemahan : Di Peninsula Olimpik ke barat laut Washington, terdapat sebuah pekan


kecil dipanggil Forks yang hampir sentiasa diliputi awan.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 16
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Teks Sumber : Neither of us was what anyone would call verbose, and I didn't know what
there was to say regardless.

Terjemahan : Kami bukan jenis yang orang panggil kaki borak, malah aku tidak tahu apa-
apa yang hendak aku cakapkan.

Perkataan northwest dapat ditafsirkan sebagai ―utara-barat‖ jika diterjemah secara literal,
namun dalam konteks ayat ini, utara-barat sama sekali tidak mewakili apa-apa arah dalam
bahasa sasaran. Maka, penterjemah telah menggubah kepada perkataan barat laut sebagai
kata ganti dalam ayat ini yang mempunyai arah yang sama seperti nortwest. Selain itu,
perkataan verbose yang mempunyai membawa maksud yang hamper kepada perkataan
speechless, tidak diterjemah sebagai kelu atau tidak mampu berkata apa-apa, sebaliknya
penterjemah menggunakan perkataan kaki borak untuk mengubahsuai ayat supaya warta yang
ingin disampaikan dapat diterjemah dengan baik.

Selain penggunaan Kaedah Transposisi dan Modulasi, pengaplikasian Kaedah Persamaan


(Equivalence) juga dikesan dalam ekstrak teks ini. Menuru Nida (1969) dalam Norizah Ardi
et. al. (2008), persamaan yang perlu dilakukan oleh seseorang penterjemah ialah persamaan
yang sehampir mungkin dan persamaan yang lazim. Kaedah Persamaan ini diaplikasikan
pada pelbagai peringkat termasuk peringkat leksikal, sintaksikal dan persamaan wacana.
Persamaan yang diwujudkan kebiasaannya mengfokuskan kepada aspek norma, stail dan
aspek budaya.

Secara amnya, persamaan terdekat dan persamaan sejadi digunakan dalam Kaedah
Persamaan dan bergantung kepada konteks dan nilai budaya sepertiyang terdapa dalam
ungkapan idiomatik. Kesimpulannya, tiada perkataan yang benar-benar mempunyai makna
yang tepat dalam kedua-dua bahasa; bahasa sumber dan bahasa sasaran. Dalam teks ini,
Kaedah Persamaan dikesan dalam baris ayat yang berikut;

Teks Sumber : ―Ch — Dad, I don't really know anything about cars. I wouldn't be able to
fix it if anything went wrong, and I couldn't afford a mechanic…‖

Terjemahan : ―Ch… Ayah, saya tak tahu apa-apa tentang kereta. Saya tak akan dapat
betulkan kalau ada apa-apa yang tak kena. Saya juga tak akan mampu upah
mekanik…‖
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 17
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Persamaan perkataan dad dalam teks sumber mampu disesuaikan maksudnya dengan
perkataan ayah dalam teks sasaran, selain itu perkataan cars juga mampu disesuaikan dengan
perkataan kereta yang mempunyai fungsi dan rupa yang sama dalam bahasa sasaran.

Kaedah Pengembangan merupakan kaedah yang menghuraikan dan memperincikan lagi


warta dengan menambahkan patah-patah perkataan atau baris-baris ayat supaya dapat
memperjelaskan lagi kepada pembaca mengenai maklumat-maklumat baru dan tambahan.
Kebiasaannya, Kaedah Pengembangan ini dilakukan untuk memperincikan perihal yang tidak
wujud dalam bahasa sasaran. Dalam teks ini, berlaku pengembangan beberapa baris ayat.,
sebagai contoh perkataan just unavoidable dikembangkan sebagai sekadar sesuatu yang tidak
dapat dielakkan untuk memberikan kefahaman kepada pembaca dan menyesuaikan dengan
konteks bahasa sasaran, seperti berikut;

Teks Sumber : I didn't see it as an omen — just unavoidable…

Terjemahan : Aku tidak menganggapnya mala petaka – sekadar sesuatu yang tidak dapat
dielakkan…

Sifat-sifat bahasa yang banyak dipengaruhi oleh aspek sosio-budaya menyebabkan


kedangkalan dalam beberapa aspek penterjemahan, secara tidak langsung menyebabkan
beberapa perkataan atau ayat tidak boleh diterjemah secara literal, modulasi dll. Maka,
kaedah yang paling tepat untuk mendapat padanan perkataan ialah melalui Kaedah
Penyamaan atau Padanan Fungsian. Kaedan Penyamaan/Padanan Fungsian merupakan
kaedah yang menterjemah fungsi warta supaya dapat memberi reaksi yang sama kepada
pembaca terjemahan seperti reaksi yang diterima oleh pembaca teks sumber (Norizah Ardi et.
al., 2008).

Dalam penterjemahan novel Twilight ini, penterjemah turut menggunakan Kaedah


Penyamaan atau Padanan Fungsian untuk mendapatkan padanan perkataan. Contoh yang
dapat diberikan seperti berikut;

Teks Sumber : I didn't see it as an omen — just unavoidable…

Terjemahan : Aku tidak menganggapnya mala petaka – sekadar sesuatu yang tidak dapat
dielakkan…
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 18
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Perkataan omen dan mala petaka mempunyai fungsian yang membawa pengertian ―sesuatu
perkara yang buruk dan dielak daripada berlaku‖. Padanan fungsian ini terhasil apabila situasi
yang berbeza dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran, tetapi mampu membawa fungsi yang
hampir atau paling serupa digunakan untuk menjadikan padanan perkataan untuk proses
terjemahan. Selain itu, dalam ekstrak novel ini, perkataan wow yang digunakan turut
digantikan dengan menggunakan perkataan wah yang mempunyai impak atau kesan yang
sama seperti teks asal (contoh juga boleh dirujuk seperti yang terdapat dalam jadual contoh
yang diberikan dalam Kaedah Penterjemahan Lama – Kaedah Literal).

Kaedah penterjemahan baru yang terakhir dikesan digunakan dalam penterjemahan ekstrak
novel Twilight ini adalah Kaedah Penyesuaian atau Adaptasi. Kaedah Penyesuaian
merupakan kaedah terjemahan yang dianggap terbebas (Norizah Ardi et. al., 2008). Kaedah
ini digunakan untuk menggantikan sesuatu perkataan atau ayat supaya perbezaan antara
budaya yang terdapa dalam dua bahasa tidak dikesan oleh pembaca.

Menurut Newmark (1981), adaptasi budaya bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran
merupakan ciri unik Kaedah Penyesuaian. Dalam kes yang memerlukan pemaknaan yang
paling hampir ke dalam bahasa sasaran, kaedah ini digunakan supaya tidak timbul perbezaan
yang ketara. Contoh Kaedah Penyesuaian yang dikesan adalah seperti berikut;

Teks Sumber : ―Tell Charlie I said hi.‖

Terjemahan : ―Sampaikan salam ibu pada ayah kamu.‖

Penyesuaian yang dilakukan apabila ayat yang menggunakan panggilan nama seperti yang
terdapat di atas digantikan kepada perkataan yang menggunakan panggilan hormat dalam
keluarga. Panggilan nama kepada seseorang yang lebih tua, terutamanya kalangan keluarga
dianggap kurang sopan dalam budaya bahasa sasaran, sebaliknya panggilan nama dianggap
sebagai normal dalam budaya bahasa sumber, menyebabkan penterjemah mengubah struktur
teks supaya bersesuaian dan menepati konteks budaya bahasa sasaran.

Kesimpulannya, pemilihan kaedah yang tepat dan sesuai bagi menterjemah sesebuah teks
atau warta amat penting supaya penyampaian warta dan makna teks dapat diterjemah dengan
baik. Pemilihan ini bergantung kepada pelbagai aspek supaya menepati kehendak budaya
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 19
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

masyarakat dalam bahasa sasaran dan memberikan reaksi yang sama kepada pembaca warta
terjemahan seperti membaca dalam teks dalam bahasa sumber.

2.2 ANALISIS KONTRASTIF

Perbezaan dalam dua bahasa merupakan isu yang harus difahami oleh mana-mana
penterjemah. Perbezaan ini mampu dilihat dan dianalisis menggunakan kaedah Analisis
Kontrastif. Menurut Norizah Ardi et. al. (2008);

…Analisis kontrastif ialah kaedah untuk menganalisis persamaan dan perbezaan


antara dua bahasa atau lebih, atau menganalisis dialek-dialek dengan tujuan
mencari aturan yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan pengajaran bahasa (keedua atau asing), terjemahan atau
linguistik sejarah/perbandingan.

Analisis kontrastif dalam analisa ini akan melihat kepada dua aspek sahaja iaitu;
perbandingan pada peringkat kata, frasa dan perbandingan pada peringkat ayat.

2.2.1 PERBANDINGAN PADA PERINGKAT KATA

Nik Safiah Karim et. Al. (1995) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
mengkategorikan kata dalam bahasa Melayu kepada empat bahagian utama; iaitu kata kerja,
kata adjektif, kata nama dan kata tugas. Manakala menurut Noorizah Mohd. Noor dan
Rosniah Mustafa (2002) dalam Norizah Ardi et. al. (2008) membahagikan bahasa Inggeris
kepada pecahan; nouns, pronouns, verbs, adjectives, adverbs, preposition dan conjuction.

Dalam analisis terhadap ekstrak novel Twilight ini didapati wujud penjamakan ayat yang
berlaku dengan mengubah bentuk asal perkataan tersebut daripada bahasa sumber. Perbezaan
dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dari segi pembentukan dan cara penggunaan
tatabahasa dan grammar menyebabkan ada ketikanya perkataan tertentu terpaksa diubah
supaya menepati konteks makna.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 20
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Dalam ekstrak novel Twilight ini, dikesan beberapa pengubahsuaian melibatkan penjamakan
perkataan dilakukan. Kebiasaannya, penjamakan perkataan yang merujuk kepada jumlah atau
nisbah melebihi nilai tunggal ini ditandai dengan tambah –s dalam bahasa sumber.
Contohnya seperti jadual di bawah;

Teks Sumber Terjemahan


( rujuk lampiran teks I) (rujuk lampiran teks II)

Of course she had Phil now, so the bills Memanglah dia ada Phil sekarang, jadi
would probably get paid,… mungkin bil-bilnya akan berbayar,…

My mom looks like me, except with short Cuma rambut ibu pendek selain kelihatan
hair and laugh lines. garis-garis usia di wajahnya.

Selain itu, perbezaan penggantian kata nama juga merupakan antara kelainan yang wujud
antara dua bahasa pada peringkat kata. Penggunaan perkataan he dan she dalam ekstrak novel
dalam bahasa sumber merupakan pronoun yang merujuk kepada jantina, manakala dalam
bahasa sasaran, kata nama sama sekali tidak merujuk kepada jantina. Contoh ayat seperti
berikut;

Teks Sumber : ―He used to go fishing with us during the summer,‖ Charlie prompted.

Terjemahan : ―Dulu dia selalu pergi memancing dengan kita semasa musim panas,‖ balas
ayahku.

Perbezaan penggunaan kata nama seperti ini juga merupakan bentuk kebiasaan dalam kaedah
Analisis Kontrastif pada peringkat kata kerana wujud perbezaan syntax atau nahu dalam
kedua-dua bahasa; bahasa sumber dan bahasa sasaran. Dalam bahasa sasaran (bahasa
Melayu), perkataan awak, dia, kamu dll merupakan kata ganti nama yang umum, dan boleh
ditujukan kepada kelompok atau individu berdasarkan kesesuaian tanpa mengira jantina.

Selain itu, kata ganti nama yang lain melibatkan penggunaan nama yang diganti dengan kata
ganti nama juga dikesan dalam ekstrak teks ini.

Teks Sumber : ―Tell Charlie I said hi.‖

Terjemahan : ―Sampaikan salam ibu pada ayah kamu.‖


BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 21
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Dalam contoh di atas dapat dilihat kata ganti nama I diterjemah kepada ibu. Dalam budaya
bahasa sasaran, penggunaan kata ganti nama amat dipengaruhi oleh tatatingkat atau taraf
sosial dan juga aspek kesopanan serta kemesraan (Norizah Ardi et. al., 2008). Padanan ganti
nama dalam bahasa sasaran (bahasa Melayu) dipengaruhi oleh ciri-ciri seperti taraf penutur,
tujuan penutur dan individu yang ditujukan percakapan itu.

2.2.2 PERBANDINGAN PADA PERINGKAT FRASA

Menurut Nik Safiah Karim et. al. (1993), frasa bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada
empat jenis, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Manakala
dalam bahasa Inggeris pula terdapat enam jenis frasa; noun phase, verb phase, adjectivial
pase, adverbial phase, prepositional phase dan conjunctional phase.

Selain itu, harus diingat oleh penterjemah bahawa hukum bahasa Melayu yang menekankan
konsep D-M yakni D (diterangkan) dan M (menerangkan) amat berbeza daripada bahasa
Inggeris. Unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama
dan disusuli oleh unsur yang menerangkan dalam binaan frasa yang berikut (Norizah Ardi et.
al., 2008). Contoh yang dikesan dalam ekstrak novel Twilight ini ialah seperti di bawah;

Teks Sumber : In the Olympic Peninsula of northwest Washington State, a small town
named Forks exists under a near-constant cover of clouds.

Terjemahan : Di Peninsula Olimpik ke barat laut Washington, terdapat sebuah pekan kecil
dipanggil Forks yang hampir sentiasa diliputi awan.

Perbandingan antara perkataan small town dan pekan kecil merupakan struktur frasa dalam
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang memperlihatkan reversal atau pengubahsuaian
susunan perkataan berlaku; jika penterjemah menterjemah secara literal, maka small town
akan diterjemahkan sebagai kecil pekan. Seain itu, penukaran struktur frasa Olympic
Peninsula kepada Peninsula Olimpik supaya bersesuaian dengan hokum D-M dalam bahasa
Melayu merupakan contoh perbandingan yang wujud pada peringkat frasa.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 22
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

2.3 ANALISIS SEMANTIK

Penterjemahan mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan pengkajian makna atau
bidang semantik. Teori penterjemah perlu digandingkan dengan teori semantik untuk
menghasilakn terjemahan yang benar-benar berkualiti dan mampu menyampaikan akal
fikiran penulis seperti yang dinyatakan oleh Puteri Roslina (2007) dalam Norizah Ardi et. al.
(2008: 66).

Istilah semantik berasal dari pengasimilasian perkataan semantikos dalam bahasa Yunani
yang membawa maksud bermakna. Manakala dalam peristilah akademik, semantik
merupakan cabang kajian ilmu linguistik yang mengkaji tentang hubungan antara elemen-
elemen bahasa seperti perkataan, predikat, subjek, dan elemen-elemen berunsurkan alam.

Analisis makna atau analisis semantik merupakan analisa yang dilakukan untuk
menghuraikan makna konteks setepat-tepatnya dengan makna yang terdapat dalam teks
sumber. Penterjemahan tetap akan berkisar dalam budaya asal. Pada kebiasaannya terjemahan
jenis ini akan menghasilkan teks yang lebih rendah mutunya daripada teks asal, akibat
daripada kehilangan makna. Penterjemah akan membaca sesuatu ayat dan cuba
memahaminya dan kemudian akan menterjemahkannya setepat-tepatnya setakat yang
dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran.

Selain itu penterjemah akan cuba sedaya upaya mengekalkan idiomatik dan ideolik serta
bentuk ungkapan penulis teks sumber. Dalam penterjemahan ini, kesetiaan penterjemah
adalah kepada penulis. Justeru itu terjemahan makna atau semantik ini terpisah dari masa dan
ruang tempat (Newmark, 1981).

Setiap perkataan mewakili makna tertentu dalam bahasa. Dalam bahasa Melayu sendiri,
wujud makna yang berbeza untuk perkataan yang sama. Tambahan lagi, perkataan tertentu
juga tidak disebut kerana mempunyai makna pantangan yang menjadi tabu dalam kehidupan
masyarakat Melayu.

Dalam ekstrak novel ini, wujud penterjemahan yang menekan konsep analisis semantik
dalam memperlihatkan kredibiliti penterjemah itu supaya menepati kehendak pembaca
sasaran.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 23
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Teks Sumber : I didn't see it as an omen — just unavoidable…

Terjemahan : Aku tidak menganggapnya mala petaka – sekadar sesuatu yang tidak dapat
dielakkan…

Perkataan omen merupakan kata-kata yang menunjukan seolah-olah sumpahan atau perkara
buruk, dan padanan fungsi yang diterjemah dalam ekstrak ini ialah perkataan mala petaka.
Dalam konteks masyarakat Melayu, perkataan mala petaka memberikan makna pantangan
kerana mewujudkan perasaan takut dalam masyarakat. Hal seperti ini menyamai perkataan
omen yang ditakuti kalangan masyarakat barat kerana membawa makna musibah.

Selain itu, penggunaan perkataan yang membawa maksud yang hampir serupa seperti contoh
di bawah;

Teks Sumber : I loved Phoenix.

Terjemahan : Aku menyukai Phoenix.

Menjadikan terjemahan ini lebih tepat kerana seandainya perkataan loved itu diterjemahkan
sebagai menyintai, maka ketepatan konteks makna ayat tersebut akan dipersoalkan,
disebabkan perasaan cinta itu sendiri merujuk kepada obsesi yang amat mendalam terhadap
sesuatu yang disayangi, sehingga mampu berkorban apa-apa sahaja. Namun dalam
kehidupan manusia normal, kita tidak mampu berkorban semua perkara untuk sesebuah
bandar atau kawasan tempat tinggal menyebabkan istilah menyintai kurang tepat digunakan
dalam baris ayat ini. Perkataan loved juga boleh diterjemahkan sebagai menyayangi,
menyenangi dll.

2.4 KAEDAH MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA

Bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling
berkomunikasi atau berhubung samada dalam bentuk tulisan, lisan, mahu pun bahasa isyarat
dengan tujuan menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain. Melalui bahasa, manusia
dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, peraturan masyarakat, dan
seterusnya menyesuaikan dirinya dengan gaya hidup sesebuah masyarakat. Oleh kerana sifat
sesuatu bahasa dipengaruhi oleh budaya masyarakat penutur, maka tidak mungkin bahasa
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 24
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

dipisahkan daripada budayanya. Manakala penterjemahan yang mementingkan perhubungan


antara bahasa sudah tentu turut melibatkan budaya.

Penterjemahan merupakan suatu usaha mengalihkan fikiran dan perasaan yan ditulis dalam
bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran. Menterjemah bukanlah sekadar menggantikan
perkataan, tetapi sebaliknya suatu usaha memindahkan fikiran dan perasaan penulis ke dalam
bahasa sasaran dengan memelihara gaya, buah fikiran dan perasaan dengan latar belakang
yang terdapat pada karya asli itu. Ini membuktikkan kepada kita bahawa budaya dan
penterjemahan ini mempunyai suatu ikatan yang erat dan saling mempengaruhi serta tidak
mungkin dapat dipisahkan. Fenomena ini memberi kesan yang amat besar ke atas teori dan
teknik-teknik terjemahan.

Samovar, Porter dan Jain (1981), mendefinisikan budaya sebagai satu kelaziman tingkah laku
yang dipersetujui bersama suatu kumpulan manusia dalam sebuah masyarakat pada satu
ketika untuk tujuan hidup berharmoni. Manakala Goodenough (1957), pula menyatakan
budaya bukan terdiri daripada barang-barang, tingkah laku atau perasaan tetapi ianya adalah
cara-cara manusia melihat, mengait dan mentafsir perkara-perkara. Dari itu dapatlah
dikatakan bahawa budaya ini adalah cara atau gaya hidup sesuatu masyarakat, di mana
sesuatu pengetahuan tentangnya diperolehi secara sosial, dan bukannya hanya sekadar
sesuatu yang diwarisi.

Dalam ekstrak teks ini, wujud unsur budaya dalam bahasa sumber seperti panggilan nama
hormat yang berbeza dan disesuaikan supaya berpadanan dengan unsur budaya bahasa
sasaran. Contohnya;

Teks Sumber : ―Tell Charlie I said hi.‖

Terjemahan : ―Sampaikan salam ibu pada ayah kamu.‖

Panggilan nama sahaja untuk ibu bapa merupakan tindakan yang dianggap tidak beradap
dalam bahasa Melayu. Penterjemah menukarkan nama Charlie kepada panggilan ayah
supaya bersesuaian dengan budaya bangsa Melayu yang menekankan konsep kekeluargaan.
Sebaliknya, dalam budaya masyarakat Inggeris, panggilan nama sahaja dianggap kebiasaan
dan tidak melanggar adab-adab dalam budaya masyarakat ini.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 25
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

Selain itu, terdapat penterjemahan unsur warna dalam ekstrak teks ini, seperti yang berikut;

Teks Sumber : It was seventy-five degrees in Phoenix, the sky a perfect, cloudless blue

Terjemahan : Cuaca amat baik di Phoenix dengan suhu tujuh puluh lima darjah dan langit
terhampar kebiruan, cerah tidak berwarna

Warna biru merupakan warna asas dan mudah diterjemah daripada bahasa sasaran kerana
mempunyai padanan warna yang bersesuaian. Warna biru atau blue dalam bahasa sumber
boleh dipindahkan tanpa diungkapkan mengikur unsur-unsur budaya dalam bahasa tertentu.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 26
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

3.0 CADANGAN TERJEMAHAN ALTERNATIF

Penterjemah boleh memperbaiki penterjemahan dengan menggunakan bahasa yang lebih


santai berbanding penterjemahan yang banyak menggunakan Kaedah Penterjemahan Lama.
Dalam memperbaiki mutu terjemahan, penterjemah boleh menggunakan Kaedah
Penterjemahan Baru yang banyak menekankan konsep penterjemahan secara bersahaja dan
sejadi dalam memastikan penterjemahan yang dilakukan bukan sahaja mampu
menyampaikan makna semata-mata, sebaliknya dapat menghasilkan perasaan yang sama
kepada pembaca seperti perasaan ketika membaca teks dalam bahasa sumber.

Selain itu, penterjemah juga kurang berjaya memberikan gambaran seperti yang terdapat
dalam teks asal, keadaan pekan Folks yang digambarkan sebagai kelam. Sebaliknya
penterjemah menterjemahkan keadaan pekan Folks sebagai suram, namun tidak
dikembangkan penjelasan mengenai tahap kesuraman menyebabkan pembaca cuma merasai
suasana kesuraman seperti kawasan yang tidak mempunyai ramai penduduk.

Penterjemah juga boleh meringkaskan kebanyakan ayat supaya tidak terlalu melewah
sehingga membosankan pembaca. Hal seperti ini dianggap penting dalam penterjemahan
kerana penyingkatan sesetengah ayat yang dapat menyampaikan maksud yang serupa amat
digalak-galakkan supaya tidak mewujudkan perasaan yang membosankan ketika membaca.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, melalui kajian terhadap ekstrak teks ini didapati banyak Kaedah
Penterjemahan Lama digunakan kerana kaedah ini sememangnya dianggap kaedah yang
paling popular dan digemari kalangan penterjemah untuk menterjemah sesebuah teks.

Selain itu, penggunaan kaedah lain dalam mentafsirkan setiap baris ayat merupakan cara
untuk penterjemah mewujudkan jiwa dalam hasil terjemahan ini supaya menjadi karya yang
lebih baik, namun begitu masih wujud kekurangan dalam hasil terjemahan menyebabkan
sesetengah perkataan atau baris ayat gagal menyampaikan warta seperti yang diharap-
harapkan oleh penulis asal.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 27
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

5.0 RUJUKAN

Ainon Mohd dan Adullah Hassan (2005). Teori Dan Teknik Terjemahan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ainon Mohd dan Adullah Hassan (2003). Teori Dan Teknik Terjemahan Edisi Ketiga. dalam
Norizah Ardi et. al. (2008). Pengantar Prinsip Penterjemahan. Petaling Jaya: August
Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar. Language And The World-View Of The Malay Peasants. Dalam Mohd.
Taib Osman, ed. (1985). Malaysian World-View. Southeast Asian Studies Program.
Norizah Ardi et. al. (2008). Pengantar Prinsip Penterjemahan. Petaling Jaya: August
Publishing Sdn. Bhd.
Catford, J.C. (1965). A linguistic Theory of Translation. dalam Norizah Ardi et. al. (2008).
Pengantar Prinsip Penterjemahan. Petaling Jaya: August Publishing Sdn. Bhd.
Nida, E. A. & Taber, C. (1969). The Theory and Practice of Translation, With Special
Reference To Principle and Procedure Involved In Bible Translating. dalam Norizah
Ardi et. al. (2008). Pengantar Prinsip Penterjemahan. Petaling Jaya: August Publishing
Sdn. Bhd.
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2007). Pengantar Penterjemahan Bahasa Melayu. Norizah Ardi
et. al. (2008). Pengantar Prinsip Penterjemahan. Petaling Jaya: August Publishing Sdn.
Bhd.
Catford, J.C. (1996). Teori Linguistik. Diterjemahkan oleh Uma a/p Iyavoo dan Koh Chung
Gaik (1996), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Newmark, Peter (1981), Approaches To Translation. Diterjemahkan oleh Zainab Ahmad dan
Zaiton Ab. Rahman (1994 ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et al. (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Bukhari Lubis et al. (1998). Penerjemahan Arab Melayu, Peraturan Dan Dasar.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Larson, Mildred L. (1984). Meaning-based translation: A guide to cross-language
equivalence. Lanham, MD: University Press of America.
Comrie, Bernard (1998). Ensaiklopedia Bahasa Utama Dunia. (Aishah Mohd. ed.) Kuala
Lumpur: DBP
Nida, Eugene A. (1964). Towards a Science of Translating, Leiden : E.J. Brill.
Kamus Dewan (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 28
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

6.0 LAMPIRAN

6.1 LAMPIRAN I

Bahasa Sumber
(Versi Inggeris)
________________________________

FIRST SIGHT the refrigerator, gas in her car, and


someone to call when she got lost, but
MY MOTHER DROVE ME TO THE still…
AIRPORT WITH THE WINDOWS rolled ―I want to go,‖ I lied. I'd always been a
down. It was seventy-five degrees in bad liar, but I'd been saying this lie so
Phoenix, the sky a perfect, cloudless blue. frequently lately that it sounded almost
I was wearing my favorite shirt — convincing now.
sleeveless, white eyelet lace; I was ―Tell Charlie I said hi.‖
wearing it as a farewell gesture. My carry- ―I will.‖
on item was a parka. ―I'll see you soon,‖ she insisted. ―You
In the Olympic Peninsula of northwest can come home whenever you want — I'll
Washington State, a small town named come right back as soon as you need me.‖
Forks exists under a near-constant cover of But I could see the sacrifice in her eyes
clouds. It rains on this inconsequential behind the promise.
town more than any other place in the ―Don't worry about me,‖ I urged. ―It'll
United States of America. It was from this be great. I love you, Mom.‖
town and its gloomy, omnipresent shade She hugged me tightly for a minute, and
that my mother escaped with me when I then I got on the plane, and she was gone.
was only a few months old. It was in this It's a four-hour flight from Phoenix to
town that I'd been compelled to spend a Seattle, another hour in a small plane up to
month every summer until I was fourteen. Port Angeles, and then an hour drive back
That was the year I finally put my foot down to Forks. Flying doesn't bother me;
down; these past three summers, my dad, the hour in the car with Charlie, though, I
Charlie, vacationed with me in California was a little worried about.
for two weeks instead. Charlie had really been fairly nice about
It was to Forks that I now exiled the whole thing. He seemed genuinely
myself— an action that I took with great pleased that I was coming to live with him
horror. I detested Forks. for the first time with any degree of
I loved Phoenix. I loved the sun and the permanence. He'd already gotten me
blistering heat. I loved the vigorous, registered for high school and was going to
sprawling city. help me get a car.
―Bella,‖ my mom said to me — the last But it was sure to be awkward with
of a thousand times — before I got on the Charlie. Neither of us was what anyone
plane. ―You don't have to do this.‖ would call verbose, and I didn't know what
My mom looks like me, except with there was to say regardless. I knew he was
short hair and laugh lines. I felt a spasm of more than a little confused by my decision
panic as I stared at her wide, childlike — like my mother before me, I hadn't
eyes. How could I leave my loving, erratic, made a secret of my distaste for Forks.
harebrained mother to fend for herself? Of When I landed in Port Angeles, it was
course she had Phil now, so the bills would raining. I didn't see it as an omen — just
probably get paid, there would be food in
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 29
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

unavoidable. I'd already said my goodbyes ―What year is it?‖ I could see from his
to the sun. change of expression that this was the
Charlie was waiting for me with the question he was hoping I wouldn't ask.
cruiser. This I was expecting, too. Charlie ―Well, Billy's done a lot of work on the
is Police Chief Swan to the good people of engine — it's only a few years old, really.‖
Forks. My primary motivation behind I hoped he didn't think so little of me as
buying a car, despite the scarcity of my to believe I would give up that easily.
funds, was that I refused to be driven ―When did he buy it?‖
around town in a car with red and blue ―He bought it in 1984, I think.‖
lights on top. Nothing slows down traffic ―Did he buy it new?‖
like a cop. ―Well, no. I think it was new in the
Charlie gave me an awkward, one- early sixties — or late fifties at the
armed hug when I stumbled my way off earliest,‖ he admitted sheepishly.
the plane. ―Ch — Dad, I don't really know
―It's good to see you, Bells,‖ he said, anything about cars. I wouldn't be able to
smiling as he automatically caught and fix it if anything went wrong, and I
steadied me. ―You haven't changed much. couldn't afford a mechanic…‖
How's Renée?‖ ―Really, Bella, the thing runs great.
―Mom's fine. It's good to see you, too, They don't build them like that anymore.‖
Dad.‖ I wasn't allowed to call him Charlie The thing, I thought to myself… it had
to his face. possibilities — as a nickname, at the very
I had only a few bags. Most of my least.
Arizona clothes were too permeable for ―How cheap is cheap?‖ After all, that
Washington. My mom and I had pooled was the part I couldn't compromise on.
our resources to supplement my winter ―Well, honey, I kind of already bought it
wardrobe, but it was still scanty. It all fit for you. As a home-coming gift.‖ Charlie
easily into the trunk of the cruiser. peeked sideways at me with a hopeful
―I found a good car for you, really expression.
cheap,‖ he announced when we were Wow. Free.
strapped in. ―You didn't need to do that, Dad. I was
―What kind of car?‖ I was suspicious of going to buy myself a car.‖
the way he said ―good car for you” as ―I don't mind. I want you to be happy
opposed to just ―good car.‖ here.‖ He was looking ahead at the road
―Well, it's a truck actually, a Chevy.‖ when he said this. Charlie wasn't
―Where did you find it?‖ comfortable with expressing his emotions
―Do you remember Billy Black down at out loud. I inherited that from him. So I
La Push?‖ La Push is the tiny Indian was looking straight ahead as I responded
reservation on the coast. ―That's really nice, Dad. Thanks. I
―No.‖ really appreciate it.‖ No need to add that
―He used to go fishing with us during my being happy in Forks is an
the summer,‖ Charlie prompted. impossibility. He didn't need to suffer
That would explain why I didn't along with me. And I never looked a free
remember him. I do a good job of blocking truck in the mouth — or engine.
painful, unnecessary things from my ―Well, now, you're welcome,‖ he
memory. mumbled, embarrassed by my thanks.
―He's in a wheelchair now,‖ Charlie We exchanged a few more comments
continued when I didn't respond, ―so he on the weather, which was wet, and that
can't drive anymore, and he offered to sell was pretty much it for conversation. We
me his truck cheap.‖ stared out the windows in silence.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 30
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

6.2 LAMPIRAN II

Bahasa Sasaran
(Versi Bahasa Melayu)
_________________________________ ketika merenung mata besarnya yang
seperti anak-anak. Bagaimana aku boleh
PANDANGAN PERTAMA meninggalkan ibuku yang penyayang ,
tidak menentu dan gila-gila ini menjaga
Ibu menghantar aku ke lapangan terbang dirinya sendiri? Memanglah dia ada Phil
dengan menaiki kereta, dengan tingkap sekarang, jadi mungkin bil-bilnya akan
yang dibuka sepanjang perjalanan. Cuaca berbayar, ada makanan di dalam peti sejuk,
amat baik di Phoenix dengan suhu tujuh ada petrol untuk keretanya, dan ada
puluh lima darjah dan langit terhampar seseorang untuk dihubungi jika dia sesat,
kebiruan, cerah tidak berwarna. Aku begitupun…
memakai baju kegemaranku – baju ―Bella memang nak pergi,‖ aku
berenda tanpa lengan yang berlubang- berbohong. Aku memang tidak pandai
lubang; sebagai tanda perpisahan. Barang berbohong, tetapi kebelakangan ini sudah
yang ku bawa di dalam beg di tangan pula acapkali aku mengucapkan kebohongan itu
ialah sehelai jaket berhud. sehingga kedengaran begitu meyakinkan
Di Peninsula Olimpik ke barat laut sekarang.
Washington, terdapat sebuah pekan kecil ―Sampaikan salam ibu pada ayah
dipanggil Forks yang hampir sentiasa kamu.‖
diliputi awan. Hujan lebih kerap turun di ―Yalah.‖
pekan yang tidak penting ini berbanding ―Ibu akan jumpa kamu tidak lama lagi,‖
dengan tempat-tempat lain di Amerika dia berkeras.
Syarikat. Dari pekan yang suram dan ―Kamu boleh balik rumah bila-bila
redup inilah ibu dan aku membawa diri masa kamu suka – ibu akan cepat balik
ketika aku berusia beberapa bulan. Di bila kamu perlukan ibu nanti.‖
pekan ini jugalah aku terpaksa meluangkan Bagaimanapun , aku melihat riak
setiap cuti musim panasku selama sebulan pengorbanan dalam matanya disebalik
sehingga usiaku empat belas tahun. Pada janjinya itu.
usia itulah, aku akhirnya bertegas untuk ―Jangan risaukan Bella,‖ gesaku.
tidak ke sana lagi. Sejak itu, sudah tiga kali ―Keadaan tentu seronok. Bella sayang
musim panas aku bercuti di California ibu.‖
bersama-sama ayahku, Charlie. Ibu merangkulku dengan erat selama
Aku hendak membuang diri ke Forks seminit, dan sebaik sahaja aku menaiki
sekarang – tindakan yang kuambil dengan pesawatku, ibu telah tiada.
rasa penuh takut. Aku amat membenci Penerbangana dari Phoenix ke Seattle
Forks. mengambil masa empat jam, dan sejam
Aku menyukai Phoenix. Aku suka akan lagi perjalanan menaiki pesawat kecil ke
matahari dan bahang yang membakar. Aku Port Angeles, kemudian sejam lagi
suka akan bandar yang berselerak dan menaiki kereta ke Forks. Menaiki pesawat
bertenaga. tidak merisaukan aku. Bagaimanapun ,
―Bella,‖ sapa ibuku – yang keseribu kali sejam di dalam kereta bersama-sama
– sebelum aku menaiki pesawatku. ―Bella Charlie, ayahku agak merisaukan aku.
tak perlu buat semua ni‖ Selama ini ayahku menerima segala
Wajahku mirip wajah ibu. Cuma yang berlaku dengan agak baik. Dia
rambut ibu pendek selain kelihatan garis- kelihatan begitu gembira apabila bersama-
garis usia di wajahnya. Aku diruntun panik samanya buat pertama kali dengan
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 31
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

kemungkinan akan menetap. Dia telah pun ―Kereta apa?‘ aku mula curiga denagn
mendaftarkan aku di sebuah sekolah tinggi cara dia menyebut ‗kereta yang sesuai
dan akan membantuku memiliki sebuah untuk kamu‘ sebagai sekadar ‗kereta yang
kereta. sesuai.‘
Tetapi sudah tentu aku akan rasa kekok ―Er, sebenarnya sebuah trak. Chevy.‖
dengan ayahku. Kami bukan jenis yang ―Ayah dapat dari mana?‘
orang panggil kaki borak, malah aku tidak ―Kamu ingat tak Billy Black yang
tahu apa-apa yang hendak aku cakapkan. tinggal di La Push?‖ La Push ialah
Aku tahu yang ayahku agak keliru dengan kawasan penempatan kecil masyarakat
keputusanku – seperti ibu aku tidak Red Indian di pinggir pantai.
pernah merahsiakan rasa benciku akan ―Tak‖
Forks. ―Dulu dia selalu pergi memancing
Ketika aku mendarat di Port Angeles, dengan kita semasa musim panas,‖ balas
hujan sedang turun. Aku tidak ayahku.
menganggapnya mala petaka – sekadar Patutlah aku tidak ingat. Aku bijak
sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Aku melupakan perkara pahit yng tidak penting
telah sedia mengucapkan selamat tinggal daripada ingatanku.
kepada matahariku. ―Dia sekarang berkerusi roda ,‖
Ayahku telah sedia menungguku sambung ayahku apabila aku tidak
dengan kereta peronda polisnya. Hal ini menjawab,‖ Jadi dia tak dapat memandu
pun sudahku jangka. Charlie merupakan lagi. Dia hendak jualkan traknya itu
Ketua Polis di Forks. Niat sebenar aku dengan harga yang murah kepada ayah.‖
hendak membeli sebuah kereta pada saat ―Trak itu di kilang tahun berapa?‘
aku kesempitan wang adalah kerana aku Daripada perubahan riak wajahnya, aku
tidak mahu dipandu ke sana ke mari di tahu bahawa itulah soalan yang diharap-
bandar itu di dalam kenderaan yang harapnya tidak aku tanyakan.
berlampukan merah biru pada ―Er, Pak Cik Billy dah banyak ubahsuai
bumbungnya. Tiada apa-apa yang enjinnya – sebenarnya kereta itu baru
memperlahankan lalu lintas selain polis beberapa tahun.‖
peronda. Aku berharap dia tidak meremehkan
Charlie memelukku janggal dengan aku dengan percaya yang aku akan
sebelah tangan sebaik sahaja aku turun dari mengalah dengan mudah. ―Bila dia beli
pesawat. trak tu?‖
―Ayah gembira berjumpa dengan kamu, ―Ayah rasa dia beli traknya pada tahun
Bella,‖ katanya sambil tersenyum ketika 1984.‖
dia spontan mendapatkanku dan ―Dia beli semasa masih baru ke?‖
menenangkan aku. ― Kamu tak banyak ―Er, tak. Ayah rasa kereta itu kereta
berubah. Apa khabar ibu kamu?‖ baru pada awal enam puluhan – atau
―Ibu sihat. Saya juga gembira dapat seawal-awalnya, penghujung lima
jumpa ayah.‖ puluhan,‖ dia tersipu-sipu mengaku.
Cuma beberapa buah beg yang kubawa ―Ch… Ayah, saya tak tahu apa-apa
kebanyakan pakaian Arizonaku terlalu tentang kereta. Saya tak akan dapat
telap untuk Washington. Aku dan ibu telah betulkan kalau ada apa-apa yang tak kena.
telah mengumpul semua pakaian musim Saya juga tak akan mampu upah
sejukku, tetapi masih terlalu sedikit. mekanik…‖
Semuanya mudah dimuatkan di but kereta ―Betul, Bella. Barang itu masih baik.
peronda ayah. Mereka tak buat lagi model macam tu.‖
―Ayah dah dapatkan kerata yang sesuai Barang itu, aku memikir-mikir
untuk kamu, cukup murah,‖ katanya ketika sendiri… ada beberapa kemungkinan –
kami memakai tali pinggang keledar.
BBM422: PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN 32
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM

sekurang-kurangnya sebagai nama


singkatan.
―Berapa murah?‖ apa-apa pun,
bahagian itulah yang tidak dapat aku
bertolak ansur.
―Sayang, bolehlah dikatakan yang ayah
dah belikan untuk kamu. Sebagai hadiah
kepulangan kamu.‖ Ayahku melirik ke
arahku dengan riak penuh harap.
Wah, percuma!
―Ayah tak perlu buat macam tu. Saya
baru nak beli kereta sendiri.‖
―Ayah tak kisah. Ayah mahu kamu
gembira di sini.‖ Matanya memandang
tegak ke depan ke arah jalan raya ketika
mengucapkan kata-katanya itu. Ayahku
tidak begitu pandai meluahkan perasaan.
Sifat inilah yang aku warisi daripadanya.
Jadi, aku pun turut memandang ke depan
ketika menjawab.
―Baiklah kalau begitu. Terima kasih.
Saya amat menghargai pemberian itu.‖
Tidak perlulah aku menambah bahawa
berasa gembira tinggal di Forks adalah
perkara mustahil. Dia tidak perlu turut
sama menanggungnya. Aku pun tidak
menjangkakan akan mendapat trak – atau
enjin – percuma.
―Er, yalah, sama-sama,‖ dia
mengumam, malu-malu dengan ucapan
terima kasihku.
Kami berbual seketika tentang cuaca,
yang lembap ketika itu, dan perbualan
kami sampai di situ sahaja. Kami
kemudian duduk seperti tunggul sambil
merenung keluar tingkap.

You might also like