You are on page 1of 23

DISEDIAKAN OLEH :

ALINA JAMALUKHAIR.
SOALAN TUGASAN

MENGANALISIS DASAR PENDIDIKAN


KEBANGSAAN
DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK.
Dasar pendidikan negara sebelum merdeka
mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang
terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah
Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak
tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan
yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi
menyatukan masyarakat yang berbilang kaum.
Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan
Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris
sebagai asas penyatuan sistem persekolahan.
Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju
ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas
merdeka, usaha mewujudkan satu sistem
pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar
pendidikan kini lebih bertujuan membentuk
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu
dasar pendidikan yang lebih baik adalah
penting bagi membentuk negara yang stabil,
bersatu-padu dan progresif.
LAPORAN ABDUL RAZAK 1957
 Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan
Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan
Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini
ialah :-
Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .
Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa
pengantar utama.
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

 Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan


masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di
semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk
menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan
untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi
pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam
Malaysia.
 Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji
Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul
Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan
Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan
Laporan Razak:

1. Sekolah rendah
i. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah


Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina
dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

ii. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.

iii. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang
mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin
belajar.

iv. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan


mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.
2. Sekolah menengah
i. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3
peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3
tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan
pra-U (2 tahun).

ii. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa


Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran
wajib.

iii. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan


sukatan yang sama.

iv. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus


peperiksaan memasuki sekolah menengah.
3. Sistem Peperiksaan
i. Sekolah menengah rendah
Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan
bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran
(SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.

ii. Sekolah menengah atas


Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk
memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang
sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.

iii. Pra-U
Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi
Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki
universiti.
• Laporan Razak telah diluluskan pada April
1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh
orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam
pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina
menentang kerana sesetengah cadangan
dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa
Cina.
LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB
1960
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi
mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah
bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa
ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah
dikemukakan:

1. Bahasa kebangsaan
i. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di
sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi
pengajian tinggi.

ii. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.

iii. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum


masuk ke sekolah menengah
2.   Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan
SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah
aliran Melayu atau Inggeris.

3.   Kenaikan automatik


i. Kenaikan darjah secara automatik di semua
sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan
kerajaan.

ii. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan


secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan
3 tahun sekolah menengah rendah.

iii. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah


tanpa mengira bahasa pengantarnya
4.    Matapelajaran akhlak
  i. Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.
ii. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.
Akta Pelajaran, 1961
Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal
menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui akta ini:

 Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama


tanpa mengira aliran sekolah.

 Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah


rendah ke sekolah menengah sampai institusi pengajian
tinggi.

 Umur minimum meninggalkan sekolah – 15 tahun.


 
Laporan Kabinet (1979 )
    Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang
berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu
kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam
menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar
Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan
kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi
perhatian ialah :-
 Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.
 Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca,menulis
dan mengira ) dan pengajaran pemulihan.
 Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.
 Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
 Pendidikan kerohanian yang kukuh.
 Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang
diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957
ialah untuk menubuhkan satu sistem
pendidikan yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi,
dan politiknya..."
Kerangka Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010

Asas
Pembangunan
Matlamat
Pendidikan
Teras Asas berkualiti untuk
Pembangunan semua
Pendidikan

*Rujuk lampiran 1
Membina Negara Bangsa

Membangunkan Modal
Insan

Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan

Merapatkan Jurang
Pendidikan

Memartabatkan
Profession Keguruan

Melonjakkkan
Kecemerlangan Institusi
Pendidikan
TERAS DASAR MATLAMAT

1) Membina Menyokong hasrat Negara Melahirkan pelajar yang memiliki


negara untuk membina Negara jati diri yang kukuh, patriotik,
Bangsa bangsa dengan masyarakat berpegang teguh kepada ajaran
Bangsa Malaysia bagi agama dan nilai moral, hidup
mengukuhkan perpaduan, sebagai sebuah masyarakat yang
membina identity nasional penyayang, demokratik, liberal,
dan semangat kebangsaan bertolak ansur, berfikiran dan
serta membangunkan sumber berbudaya saintifik serta hidup
manusia bersesuaian dengan bersatu padu.
keperluan Negara.
2) Membangunkan Membangunkan modal insan Memupuk semangat menguasai
Modal Insan yang mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran
pengetahuan dan kemahiran dan kompetensi, menerapkan
serta menghayati nilai-nilai nilai moral dan sikap positif serta
murni. membina disiplin diri di kalangan
pelajar
TERAS DASAR MATLAMAT

3) Memperkasa Menjadikan sekolah Menigkatkan dan mengukuhkan


Sekolah kebangsaan sekolah perpaduan di kalangan pelajar
Kebangsaan pilihan utama masyarakat. pelbagai kaum dan memastikan
semua sekolah mempunyai
kesamarataan beroperasi secara
berkesan.

4) Merapatkan Merapatkan jurang Memastikan semua sekolah dan


Jurang pendidikan antara lokasi, pelajar mempunyai peluang dan
Pendidikan tahap sosioekonomi dan keupayaan yang sama untuk
tahap keupayaan pelajar. cemerlang.
TERAS DASAR MATLAMAT

5) Memartabatkan Memartabatkan profesion Menjadikan profesion keguruan


Profession keguruan dengan dihormati dan dipandang tinggi
Keguruan meningkatkan kualiti guru, sesuai dengan amanah yang
kerjaya guru dan dipikul dalam pembinaan
kebajikan guru. generasi masa hadapan Negara.
6) Melonjakkan Melonjakkan kecemerlangan Pewujudan kluster
Kecemerlangan institusi pendidikan bagi kecemerlangan pendidikan.
Institusi memstikan pendidikan
Pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
TERIMA KASIH

You might also like