You are on page 1of 40

TAMADUN ISLAM

AKIDAH SEBAGAI BENTENG MASYARAKAT


MENCAPAI KEMAJUAN YANG LUHUR

 DI SEDIAKAN OLEH :
 NOOR SYAHRIZAM BIN BAKRI

(750929-09-5073)
 HASROL BIN ABDUL HAMID

(770923-09-5097)
PENGERTIAN DAN MAKSUD ISLAM

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera ,


aman, harmoni dan dirujuk dari istilah yang memberi
makna menyerah diri kepada Pencipta Yang Maha
Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh
kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan
meninggalkan larangannya
DEFINISI AKIDAH
Definisi Akidah
    
Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu aqada
yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan
pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual
beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah
akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan.
Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang
terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga
tidak mungkin tercerai atau terurai.
           
DEFINISI AKIDAH samb...
 Akidah menurut istilah syara? Bermaksud kepercayaan
atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai
yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki,
yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara?
iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-
rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.
HAKIKAT IMAN
Iman merupakan unsur utama kepada akidah
Keimanan merangkumi kepercayaan kepada Allah, para
malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, Hari Akhirat
dan dengan takdir Allah Subhanahu Wata'ala sama ada
baik ataupun sebaliknya
HAKIKAT IMAN samb...
Menurut Dr. Yousef al-Qardawi, seorang tokoh ulama
terkenal masa kini, iman yang sebenar merujuk kepada
penanggapan atau pencapaian akal manusia mencecah
peringkat yakin, tanpa diseliputi oleh sebarang apa jua
unsur syak dan ragu, disusuli dengan keakuran hati yang
terserlah menerusi ketundukan dan kepatuhan seseorang
terhadap semua perintah dan arahan yang diterima dari
Allah Subhanahu Wata'ala, Tuhan yang diimaninya.
PENGERTIAN “AD-DINN”
Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa
pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup
atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu
pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua
agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan,
ia menjadi Agama Islam yang memabwa maksud suatu
pegangan hidup atau cara hidup
“Sesungguhnya agama di
sisi Allah ialah Islam .”
Surah Al-Imran :ayat 19
KEPENTINGAN AKIDAH/ IMAN DALAM PROSES PEMBANGUNAN YANG LUHUR

Kejayaan gemilang yang dicapai oleh umat Islam pada


zaman silam sebagaimana tercatit dalam lipatan sejarah
amat sesuai untuk menjadi iktibar, pedoman bagi generasi
masa kini dan akan datang.
KEPENTINGAN AKIDAH/IMAN DALAM PROSES PEMBANGUNAN YANG LUHUR Samb..

Kehebatan mereka membangunkan sebuah tamadun yang


unggul di persada dunia, dalam keadaan yang tidak pernah
mengabaikan peranan agama dalam proses pencapaian
kegemilangan tersebut, jelas membuktikan betapa penting
keimanan atau kepercayaan kepada Allah Subhanahu
Wata'ala.
Dalam proses pembangunan supaya seluruh aktiviti dapat
digerakkan secara terancang dan dalam bentuk yang
bersepadu agar ia tidak terkeluar dari skop penunaian tugas
manusia sebagai 'hamba' dan 'khalifah' di atas muka bumi
dengan batasan kuasa dan kapasiti kemampuan yang ada.
KEPENTINGAN AKIDAH/IMAN DALAM PROSES
PEMBANGUNAN YANG LUHUR Samb..
Dengan cahaya keimanan, dapat membentuk seseorang
mukmin yang sempurna, sebuah masyarakat yang
harmoni, negara yang aman dan sejahtera. Keimanan
mampu mencorakkan seluruh aktiviti manusia berasaskan
kacamata 'al-din' agama Islam dan memandu segala
kegiatan pembangunan dengan tujuan supaya seluruh ahli
masyarakat boleh mencapai kebahagian hidup di dunia
dan akhirat.
KEPENTINGAN AKIDAH/IMAN DALAM PROSES
PEMBANGUNAN YANG LUHUR Samb...
Kesan daripada iman dalam diri seseorang akan dengan
sendirinya menjadikannya sebagai manusia yang berguna,
sentiasa bergerak dan berusaha bersungguh-sungguh
dalam apa jua proses pembangunan. Kepentingan iman
dalam proses pembangunan ialah sebagai nadi penggerak
dan pemandu ke arah jalan yang betul yang tidak
bertentangan dengan ajaran syariat Islam.
KEPENTINGAN AKIDAH/IMAN DALAM PROSES
PEMBANGUNAN YANG LUHUR Samb..

Mana-mana projek yang bercanggah dengan syariat Islam


seperti arak, judi, pusat-pusat hiburan maksiat tidak dapat
dinamakan sebagai pembangunan kerana ianya pasti akan
membawa kepada kehancuran dan ini berlawanan dengan
pembangunan itu sendiri yang bermaksud menuju ke arah
kehidupan yang lebih baik atau mengekalkan kehidupan
yang sedia ada pada tahap yang baik.
KEPENTINGAN AKIDAH/IMAN DALAM PROSES
PEMBANGUNAN YANG LUHUR Samb..

Sebab itu setiap pengutusan seseorang rasul akan diikuti


dengan kebangkitan umat yang membawa kebahagiaan di
dunia dan akhirat. Kebangkitan sesuatu umat itu pula
bermula dengan kebangkitan kerohanian iaitu keimanan
atau kepercayaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan
diikuti dengan pencapaian kebendaan yang tinggi
berasaskan aqidah, hukum syarak dan akhlak yang mulia.
KEPENTINGAN AKIDAH/IMAN DALAM PROSES
PEMBANGUNAN YANG LUHUR Samb..
Firman Allah Ta'ala dalam surah al-A'raaf ayat 96:
‫ولو أن أهل القرى ءامنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السمآء واألرض‬

Maknanya:
Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa,
tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari
langit dan bumi.
IMAN DAN TAKWA DALAM PROSES
PEMBANGUNAN
Iman dan takwa adalah dua perkara yang sangat mulia di
sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Membina rumah,
bangunan, kereta, kapal, menimba ilmu dan sebagainya
yang mendatangkan faedah dan manfaat adalah termasuk
dalam amal salih. Namun, amal salih tidak sempurna jika
tidak disertai dengan keimanan yang jitu akan keEsaan
Allah Subhanahu Wata'ala.
Selepas selesai sesuatu projek, bertawakkallah kepada
Allah Subhanahu Wata'ala supaya apa yang diusahakan
akan mendatangkan hasil yang baik dan bermanfaat untuk
kebahagiaan hidup dunia akhirat.
PEDOMAN AL-QURAN
Masyarakat Islam seharusnya perlu tahu bahawa mereka
tidak ada pilihan lain untuk membangunkan negaranya
melainkan mestilah mendapat bimbingan wahyu. Wahyu
itu pula perlu kepada rasul yang membawa, menyampaikan
dan menunjukkan dalam bentuk perbuatan kehendak
wahyu tersebut.
PEDOMAN AL-QURAN samb…

Kebangkitan sesuatu umat itu pula bermula dengan


kebangkitan kerohanian iaitu keimanan atau kepercayaan
kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan diikuti dengan
pencapaian kebendaan yang tinggi berasaskan aqidah,
hukum syarak dan akhlak yang mulia.
PEMBANGUNAN MENYELURUH

Pembangunan yang direncanakan dalam Islam adalah


menyeluruh mengambil kira aspek fizikal dan spiritual,
kebendaan dan kerohanian. Sebagai contoh, bagi projek
pembangunan perumahan kos rendah, setentunya
mengandungi paling kurang tiga buah bilik tidur.
PEMBANGUNAN MENYELURUH Samb.
Ini adalah kerana dalam ajaran Islam perlu mengasingkan
tempat tidur anak-anak lelaki dengan perempuan apabila
sampai peringkat umur tertentu. Begitu juga dengan
projek-projek mega perumahan penduduk, perlu juga
mengambil kira supaya masjid atau balai ibadat
dibangunkan di tempat berkenaan sesuai dengan bilangan
jumlah penduduk yang akan mendiami projek berkenaan.
PEMBANGUNAN MENYELURUH samb…

Hal ini sebenarnya perlu diberi perhatian utama oleh


semua pihak, khususnya kalangan yang terlibat dalam
usaha pembangunan, samada penggubal dasar, jentera
pelaksana dan kalangan yang terlibat dalam mana-mana
projek pembangunan.
PEMBANGUNAN MENYELURUH samb…
Apatah lagi dalam konteks negara-negara membangun
yang pernah dijajah oleh pihak penjajah yang bukan sedikit
meninggalkan warisan idea tentang falsafah pembangunan
dan strategi pelaksanaan yang tidak bersendikan asas-asas
ajaran agama Islam.
Semua pihak perlu memperbetulkan hala tuju apatah lagi
bila sudah tersasar agar mempastikan setiap pembangunan
yang diungkayahkan sekali-kali tidak mengenepikan unsur
'rabbani', khususnya dari aspek falsafah pembangunan
yang mendasari seluruh kegiatannya.
FALSAFAH PEMBANGUNAN BERTERASKAN
AKIDAH YANG SEBENAR
Bagi mengelakkan proses pembangunan berakhir dengan
kegagalan dan kehancuran, falsafah-falsafah yang tidak
berasaskan keimanan kepada Allah Subhanahu Wata'ala
seperti sistem kapitalis dan sosialis komunis hendaklah
diketepikan sama sekali.
Walaupun akal, ilmu, falsafah dan idealogi yang dimiliki
oleh manusia dapat mengenal pasti kebaikan dan
keburukan, tetapi kemampuannya amat terbatas, tidak
mutlak dan banyak dikuasai oleh kepentingan-
kepentingan diri, kebendaan dan nafsu yang tidak pernah
puas.
FALSAFAH PEMBANGUNAN BERTERASKAN
AKIDAH YANG SEBENAR Samb.
Sebagai contoh, teori modenisasi yang diwar-warkan oleh
negara-negara maju adalah berasaskan kepada hepotesis
bahawa negara-negara membangun kekurangan tabungan
dan teknologi dan rakyat pula enggan mengubah cara
hidup sosiobudaya mereka yang dilabel Barat sebagai
penghalang pembangunan.
Teori ini menegaskan bahawa negara Barat adalah model
untuk diikuti negara membangun dan untuk maju negara
berkenaan harus mengimpot modal, teknologi, kepakaran
dan nilai serta institusi dari Barat.
FALSAFAH PEMBANGUNAN BERTERASKAN
AKIDAH YANG SEBENAR samb…

Falsafah ciptaan Barat ini sebenarnya dipenuhi dengan


unsur keraguan dan kekeliruan.
Apa tidaknya, struktur sosioekonomi politik negara-negara
membangun direkabentuk oleh penjajah dan bekas
penjajah sehingga harus sentiasa bergantung kepada
mereka dalam hampir semua kegiatan pembangunan.
FALSAFAH PEMBANGUNAN BERTERASKAN
AKIDAH YANG SEBENAR samb…

Misalnya, untuk mendapatkan modal dan teknologi


moden, negara-negara membangun akan diberi bantuan
atau pinjaman oleh negara-negara maju jika memenuhi
syarat-syarat tertentu seperti membuka pasaran bebas,
menaikkan faedah bank dan cukai yang kesannya boleh
menindas pengusaha-pengusaha tempatan dan rakyat
sesebuah negeri.
KESAN AKIBAT KERUNTUHAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN YANG LUHUR

Usaha-usaha mengkesampingkan peranan iman dalam


proses pembangunan negara akan melahirkan generasi
yang hilang kemanusiaannya walaupun mereka mungkin
terkedepan dari aspek pencapaian material.
Ini adalah kerana mengenepikan aspek keimanan kepada
Allah Subhanahu Wata'ala boleh mengheret
pembangunan itu menjurus ke arah kegagalan dan
menimbulkan generasi yang terlalu mementingkan
kebendaan dan kurang menekankan aspek penghayatan
terhadap prinsip-prinsip ajaran Islam yang luhur.
KESAN AKIBAT KERUNTUHAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN YANG LUHUR Samb.
Maka tidak menghairankan, timbul bermacam-macam isu
keruntuhan moral dan gejala sosial yang diwarnai dengan
berbagai keanekaan ragamnya sesuai dengan
perkembangan kemajuan teknologi terkini. Di tambah lagi
dengan kekayaan yang diperolehi dari keuntungan berlipat
ganda digunakan bagi menaja pelbagai rupa bentuk
kemaksiatan, yang hanya menguntungkan si penaja dan
menghancurkan pihak-pihak yang terjerumus dalam
kancah tersebut.
KESAN AKIBAT KERUNTUHAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN YANG LUHUR samb…
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan mewarnai pembangunan
yang dikecapi, ianya boleh menghancurkan pembangunan itu
sendiri. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Israa ayat 16:
‫وإذا أردنا أن تهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا‬
Tafsirnya:
 Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan
penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu)
orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di
antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan
melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu
dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-
hancurnya.
KESIMPULAN
Masyarakat Islam perlu mempunyai kefahaman yang jelas
tentang konsep pembangunan sebagai kegiatan yang tidak
terkeluar dari tugas manusia sebagai hamba dan khalifah yang
dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk
mentadbir dunia berasaskan ajaran tauhid.
Segala aktiviti pembangunan dalam sebuah masyarakat tidak
harus mengkesampingkan usaha untuk mewujudkan
masyarakat yang bermoral dan beretika serta berpegang teguh
dengan nilai-nilai agama dan kerohanian. Dimensi utama yang
sewajarnya menjadi teras dalam pembangunan sesebuah
negara ialah pembangunan keinsanan menyeluruh dan
bersepadu berakarkan keimanan dan kepatuhan kepada Allah
Subhanahu Wata'ala.
Bibliografi
 
Dr. Yusuf Al- Qardawi(1985). Iman Dan Kehidupan, Dewan Bahasa Dan Pustaka (Dbp).
Kuala Lumpur.

Akmal Hj. Mhd Zain (1984). Asas Pengetahuan Agama Islam, Penerbitan Pustaka Antara.

Ismail Abdul Rahman dan Mohd Nasir Omar (1991). Islam Cabaran dan Isu Semasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman B. Hj. Abdullah (1988). Sejarah Dan Tamadun Islam, Teks Publishing Sdn
Bhd. Kuala Lumpur.

Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah, Munif Zarirddin Fikri Nordin & Solahuddin Ismail
(2002). Tamadun Islam : Satu Sorotan, PTS Publication & Distri Sdn Bhd. Kuala.
Bibliografi

Mustafa Daud(2002). Cabaran Tamadun Islam Pada Alaf Baru Di Malaysia, Utusan
Publication & Distribution Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Mustafa Hj Daud(2001). Tamadun Islam STPM, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.
Kuala Lumpur.

Mahayudin Hj Yahya(1998). Tamadun Islam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Shah Alam.

Dr. Abdul Rahman Abdul Khalid (1986). Garis Pemisah Antara Kufur dan Iman. Pustaka
Kalam, Kuala Lumpur.

You might also like