You are on page 1of 1

Hubungan homeostasis sistem respiratori dengan sistem endokrin.

Terdapat hormon yang mengawal kadar pernafasan sama ada dari segi

pelebaran alveoli ataupun peningkatan kontraksi salur darah. Sebagai contoh,

hormone adrenalin yang boleh meningkatkan aktiviti pernafasan. Apabila merasa

takut atau gementar, kalenjar adrenal akan merembeskan hormone adrenalin.

Hormon ini akan meningkatkan kadar pernafasan seseorang bagi menyaingi kadar

degupan jantung yang semakin meningkat dan pada masa yang sama akan

meningkatkan kadar metabolisma. Kadar metabolism yang meningkat secara

automatik akan memerlukan lebih banyak oksigen kerana metabolism memerlukan

oksigen untuk membakar glukosa untuk menghasilkan tenaga.

Kaitan sistem homeostasis pernafasan dengan sistem saraf.

Sistem saraf menghantar impuls dari otak ke bahagian organ dan sistem yang lain.

Contohnya apabila kadar penggunaan oksigen bertambah semasa aktiviti seperti

bersenam dan berlari. Kandungan oksigen di persekitaran dalam badan dan sel

dikesan oleh reseptor yang terdapat di dalam sistem saraf periferal dan maklumat ini

dibawa oleh saraf aferen ke otak yang merupakan tunjang kepada sistem saraf

pusat. Seterusnya, maklumat arahan dari otak dibawa melalui saraf eferen ke efektor

iaitu otot respirasi. Ini akan meningkatkan kadar pernafasan dan kadar penggunaan

oksigen dapat ditampung.

You might also like