You are on page 1of 9

CABARAN DALAM MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK

1. Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang amat beruntung kerana didiami


oleh pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai
budaya,agama dan kesenian yang pelbagai dan unik. Di samping itu, Malaysia juga
telah menjadi salah satu negara yang maju walaupun baru mencecah separuh abad
usia kemerdekaan. Ini mampu dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya
hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubunga ini telah terbentuk sejak
dahulu lagi dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan kita sendiri berjaya
dicapai dengan adanya perpaduan dan tolak ansur antara semua etnik.
Kecemerlangan ini telah berlanjutan dengan membolehkan Malaysia terus bangun
dari peralihan zaman sehingga kini telah mencapai status negara membangun yang
mana semakin menghampiri kepada taraf status negara maju. Dengan adanya
perpaduan dan hubungan yang baik ini, pelbagai kejayaan telah dicapai. Dengan
kepesatan kemajuan dan pembangunan, peningkatan pencapaian ekonomi,
kemanan dan keharmonian yang mana bertunjangkan perpaduan etnik telah
membawa Malaysia jauh lebih maju dihadapan berbanding negara-negara serantau
yang juga mempunyai etnik yang berbilang kaum. Menjadi satu kebiasaan
mendengar pujian dan kekaguman pelancong asing dan orang luar terhadap
keharmonian dan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia dimana setiap orang
tanpa mengira kaum,agama,warna kulit dan budaya dapat duduk semeja tanpa
merasa terancam dari segala segi. Dengan keamanan inilah kita menjadi sebuah
negara bangsa yang berjaya dan dikagumi.
Namun begitu, masih terdapat keluhan dari berberapa pihak yang
menimbulkan isu tentang hubungan etnik. Yang pertama ialah golongan yang pernah
melalui era perpaduan dalam masyarakat dimana mereka membesar, bermain,
belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarakat majmuk dengan kepelbagaian
etnik, budaya, dan agama. Golongan ini sering membuat perbandingan antara
masyarakat sekarang dengan masyarakat dulu dimana pada mata mereka
masyarakat sekarang seperti sudah hilang perpaduan. Mereka berpendapat
hubungan etnik pada zaman sekarang ini tidak lagi semurni zaman dahulu kerana
telah dikotori oleh politik. Politik zaman sekarang tidak lagi benar-benar
memperjuangkan hak kepentingan rakyat namun lebih kepada mementingkan ahli
politik itu sendiri. Masalah inilah telah menimbulkan kepincangan dalam hubungan
antara etnik dimana yang menerima akibat dan dipermainkan oleh mainan politik.
Keluhan itu juga datangnya daripada golongan yang melihat hubungan etnik sebagai
sesuatu yang tidak relevan. Mereka hanya melihat kepentingan sendiri, sama ada
individu ataupun kelompok dalam segi ekonomi atau politik pada masa sekarang
atau masa depan sebagai sesuatu yang lebih penting. Usaha mencapai perpaduan
yang dijalankan dilihat sebagai boleh melemahkan secara sengaja atau tidak
kepentingan dan kedudukan mereka yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti,
bahasa, budaya, ekonomi, serta politik. Mereka melihat perpaduan dan toleransi ini
sesuatu yang melemahkan kedudukan mereka dari segala segi dimana
menunjukkan seolah-olah mereka tidak mempercayai konsep kesaksamaan.
Perkara-perkara inilah yang akan menjadi duri dalam daging dalam keamanaan dan
keharmonian hubungan etnik di negara kita.
2. Cabaran yang dihadapi dalam hubungan etnik.

Di sebalik kejayaan kita dalam membentuk perpaduan dan hubungan yang baik
dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia, masih terdapat sedikit kepincangan
dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan ini. Keharmonian hubungan etnik
masih perlu ditekankan kerana terdapat ancaman yang boleh menjejaskan hubungan
antara entnik dan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat berberapa
faktor yang menimbulkan konflik dan ancaman dalam masyarakat kita. Faktor yang
pertama ialah perbezaan unsur kebudayaan. Perbezaan dari segi agama, bahasa
dan adat ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana setiap kaum mempunyai
kebudayaan mereka sendri yang menjadi identiti mereka. Namun begitu, elemen ini
akan menjadi ancaman jika sensitivitinya disentuh dan dipersoalkan. Faktor yang
kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat kurangnya interaksi. Faktor ini
timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa yang berlainan
bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak memahami bahasa lain, ia juga boleh
menimbulkan salah sangka kerana kita tidak memahami apa yang diperkatakan.
Faktor yang seterusnya ialah perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan yang juga
telah mengakibatkan kurangnya interaksi antara kaum. Ini berlaku apabila tempat
tinggal dan pekerjaan adalah mengikut kaum dimana percaya atau tidak perkara ini
masih lagi wujud. Faktor keempat ialah wujudnya kekeliruan dan kesamaran tentang
sesuatu isu dalam negara. Ini boleh menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak
mengambil langkah segera untuk menerangkan sasuatu isu. Ini bagi mengelakkan
pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan
pemikiran rakyat dan masyarakat. Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia
sosial kepada masyarakat lain.mereka merasakan identiti bangsa mereka akan
tercemar jika memberi ruang kepada kaum lain dalam budaya mereka. Faktor
terakhir ialah dominisi kaum dalam sesuatu bidang sama ada dari segi
politik,perniagaan atau pembangunan. Setiap kaum akan cuba untuk mengekalkan
dominasi mereka dalam bidang mereka dan ini akan menyebabkan kaum lain tidak
dapat memecah masuk kedalam bidang tersebut. Dengan adanya konflik seperti
diatas, maka usaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan etnik perlu
diteruskan. Namun begitu, usaha ini tidak mudah kerana adanya cabaran-cabaran
yang menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata.
Terdapat lima cabaran utama yang menjadi duri dalam daging yang boleh
menjadikan usaha memupuk hubungan etnik menjadi sukar. Walaupun cabaran ini
mungkin nampak kecil dan sepertinya tidak mengganggu gugat keharmonian
Negara, namun ia masih menjadi api dlam sekam yang mungkin secara sedikit demi
sedikit menghakis keamanan dan keharmonian hubungan antar etnik-etnik di
Malaysia.

2.1 Cabaran dari segi politik

Dunia politik sememangnya penuh kontroversi dimana terdapat pelbagai


individu yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan. Parti-parti politik
wujud demi mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat dan demi
Negara namun begitu pada zaman sekarang , sebenarnya perkara ini tidak
wujud dan jika benar-benar ada sekalipun, amatlah jarang dan susah ditemui.
Cabaran timbul kerana setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri yang
bertujuan untuk memelihara hak kaum, meperjuangkan nasib dan menyuarakan
pendapat mereka. Namun begitu, terdapat pemimpin yang bermain taktir kotor
dengan menghasut, meracuni pemikiran rakyat dan mengapi-apikan sentiment
perkauman demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini menyebabkan setiap
kaum seolah-olah berdendam,bersangka buruk dan tidak mahu berbaik-baik
akibat termakan hasutan mereka. Cabaran juga timbul apabila sesetengah
kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya
sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan
berburuk snagka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk
menampakkan kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan
dan prinsip mereka sendiri dan setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda
mereka sendiri, namun begitu terdapat juga parti yang memelihara dan
mementingkan perpaduan namun kebanyakan etnik memilih untuk menyokong
parti etnik mereka sahaja.
2.2 Cabaran dari segi ekonomi

Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara dan menjadi penggerak


utama kemajuan. Jika kita lihat, sistem ekonomi kita sejak kita mencapai
kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Cabaran dari segi ekonomi yang
pertama ialah perbezaan dari segi pekerjaan. Perbezaan pekerjaan ini
sebenarnya wujud akibat dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh kerajaan
British semasa mereka memerintah di tanah Melayu. Kerajaan British telah
memisahkan kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal
mereka. Kaum Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampong dan luar
Bandar sebagai petani atau nelayan, orang india kebanyakan menjadi buruh di
estet-estet dan lading-ladang manakala orang cina pula berada di Bandar sebagai
pelombong dan peniaga. Ini telah menwujudkan perasaan curiga antara kaum dan
telah menwujudkan jurang ekonomi antara kaum serta polarisasi antara kaum.
Akibat dari dasar itu masih lagi dapat dilihat pada masa sekarang dimana sector
perniagaan masih lagi di dominasi oleh orang cina dan kebanyakan orang India
masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan
interaksi sosial kerana mereka hanya dapat meluangkan banyak masa ditempat
kerja dengan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari
kaum sama, maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungan
kaum yang sama. Ini menyebabkan perasaan perkauman dan kurangnya
hubungan semakin menebal.

Cabaran kedua dari aspek ekonomi ialah wujudnya dominasi kaum dalam
satu-satu bidang tertentu yang menyebabkan kaum lain tidak dapat menyelit
masuk ke dalam bidang tersebut kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus
mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Sebagai contoh, seperti yang kita
tahu, bidang perniagaan telah di dominasi oleh kaum cina sejak dahulu lagi. Dan
sehingga sekarang, masyarakat cina masih lagi mendominasi sektor tersebut
walaupun mereka digalakkan untuk menceburkan bidang lain seperti polis dan
perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor
penjawat awam namun tidak beitu mendapat sambutan. Rujuk lampiran 1.
Mereka yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari
dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging
mereka. (Dr. Ridhuan Tee, 2009).
Di Semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3 peratus daripada jumlah
pertubuhan perdagangan runcit, manakala kaum Cina sebanyak 60.8 peratus dan
kaum India sebanyak 6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan Bumiputera
adalah lebih rendah iaitu 17.4 peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagi
pertubuhan perdagangan borong, pemili-kan kaum Cina adalah jauh lebih tinggi.
Di Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki 85.2 peratus daripada jumlah
pertubuhan perdagangan borong berbanding dengan 10.2 peratus Bumiputera
dan 2.9 peratus kaum India. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan kaum Cina
adalah 94.5 peratus dan Bumiputera sebanyak 3.8 peratus .Kaum melayu pula
kekal engan sektor pertanian,penjawat awam manakala kaum india juga masih
lagi di estet dan penjawat awam. Keadaan ini telah menyebabkan ketidak
seimbangan pendapatan dan wujudnya jurang ekonomi yang besar dalam
kalangan kaum. Walaupun kerajaan telah menjalankan dasar-dasar, DEB dan
RMK, kerajaan hanya mampu mengurangkan jurang ini dan bukannya
menghapuskannya.ini menyukarkan pembentukan hubungan etnik lantaran
wujudnya jurang-jurang ini kerana tidak ada percampuran antara masyarakat yang
berlainan taraf memandangkan mereka terpisah dari dunia masing-masing.
Golongan yang berpendapatan lebih tinggi pastilah tinggal di kawasan elit dan
mewah dan sekali gus memisahkan mereka dari golongan yang lain.

Disamping wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk mengaut


keuntungan secara maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing-masing
mementingkan etnik sendiri terlebih dahulu dalam mengejar kekukuhan tapak
dalam sektor ekonomi. Ini dapat dilihat dalam sektor awam sendiri. Rujuk lampiran
2. Selain itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri diberikan peluang dan
bukannya dari etnik lain. Seperti terjadinya satu kes baru-baru ini dimana seorang
Melayu telah berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old Town white coffe untuk
memohon membuka francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima
ialah pihak Old Town tidak memberi peluang ini untuk orang Melayu Islam. Ini
jelas menunjukkan terdapatnya unsur mementingkan kaum sendiri dalam
membuka peluang perniagaan. Begitu juga dalam member peluang pekerjaan
dimana kebanyakannya memilih pekerja dari bangsa sendiri untuk diambil bekerja.
Ini bukan sahaja menghalang pembentukan dinamika ekonomi, ia juga akan
menggagalkan usaha untuk memupuk hubungan etnik.
2.3 Cabaran dari segi sosial

Dari segi juga terdapat cabaran yang menjadikan usaha pemupukan


hubungan etnik menjadi pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran
dan interaksi sosial antara kaum. Apabila perkara ini berlaku, tidak akan timbul
rasa kepercayaan dan kekitaan dalam diri setiap kaum dan etnik. Apabila
tiada kepercayaan maka satu hubungan yang baik tidal mungkin dapat
dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada pemisahan yang berlaku.

2.3.1 Pemisahan dari segi fizikal.

Pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi


yang memisahkan etnik. Kedudukan yang jauh terpisah telah Ini di tambah
lagi oleh dasar pecah dan perintah yang mengasingkan pemerintahan dan
penempatan dimana orang melayu berada diluar Bandar untuk menjalankan
kegiatan ekonomi bertani dan ke laut. Orang India pula berada di estet dan
ladang untuk bekerja disana sedangkan orang cina berada di Bandar untuk
melombong dan menjalankan perniagaan. Untuk menyempurnakan dasar ini,
British telah menyediakan segala kelengkapan termasuk system pendidikan di
tempat yang diasingkan ini. Akibat pemisahan ini, bukan sahaja
merenggangkan hubungan dan interaksi,tetapi juga menguatkan lagi
etnosentrisme dan menimbulkan prasangka antara kaum.

2.3.2 Pemisahan dari segi pendidikan

Pemisahan ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british


memperkenalkan sistem sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut
bahasa ibunda masing-masing dalam menjalankan P&P. Terdapat 3
jenis sekolah vernakulaar iaitu mengikut kaum, Melayu, Cina dan Tamil.
Sekolah Tamil ditubuhkan di kawasan estet memandangkan kaum India
mendiami kawasan estet. Setiap kaum lebih suka menghantar anak-
anak ke sekolah kaum etnik masing-masing yang mana menyebabkan
perpaduan melalui pendidikan tidak dapat dijalankan. Ini akan
melahirkan generasi yang tiada semangat perpaduan yang utuh. Ini
kerana mereka hanya berinteraksi dalam kalangan mereka ketika
disekolah. Kekurangan interaksi ini akan meghalang mereka menenali
bangsa-bangsa lain dan membina kepercayaan terhadap kaum lain.

2.3.3 Pemisahan dari segi agama dan budaya

Faktor ini merupakan faktor yang tidak dapat dielakkan kerana


semua kaum mempunyai kepercayaan,budaya dan agama
mereka yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai semangat yang
menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka.
Mereka hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak
mahu membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika
terdapat yang lain selain bangsa mereka. Identity bangsa
mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya. Disamping
itu,terdapat juga juga batasan dan peraturan sosial yang perlu
diambil kira kerana perbezaan budaya. Ini kerana apabila
terdapatnya perbezaan ini, kita tidak tahu apa yang diperkatakan
dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa lain. Masalah
bahasa ini juga menunjukkan akan kurangnya interaksi dimana
pelajar tidak bnyak bergaul dan bersaidIni menunjukkan wujud

2.3.4 Kontrak sosial

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum


merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan
parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Kontrak ini
diwujudkan idengan tujunan untuk menyelesaikan perbezaan
kepentingan diri atau kelompok masing – masing. Ia juga bagi
memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa
menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
Kontrak ini juga akan memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-
temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan
dan mesti kekal selama-lamanya demi keamanan dan kemakmiran negara. Ia juga
memastikan memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan
kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan dan
seterusnya akan menimbulkan isu yang dapat menggugat hubungan yang terbina.
Antara isi kandungan kontrak ini ialah yang pertama, Orang Melayu akan menerima
dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara dimana seperti yang
dicadangkan oleh prinsip Jus Soli dan orang Cina dan India harus mengiktiraf
Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan. Mereka juga harus mengiktiraf agama
Islam sebagai agama persekutuan serta kedaulatan Raja – Raja Melayu. Orang Cina
dan India juga mesti mengiktiraf dan menerima hak keistimewaan pertuanan orang
Melayu.

You might also like