You are on page 1of 9

Penilaian dan Refleksi Program

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 2010 PISMP SEM 1 SN/PJ/SK

JABATAN SAINS

PISMP SAINS/PJ/SK

1
REFLEKSI

Program Bina Insan Guru bagi Fasa Satu dilakukan sebanyak dua siri.Siri
pertama diadakan di dalam institut yang mana ia melibatkan semua guru pelatih
yang mengikuti siri ini.Siri pertama dijalankan untuk melengkapkan bahagian Latihan
Dalam Kumpulan (LDK).Manakala siri kedua yang mana ia melengkapkan semua
program BIG iaitu perkhemahan selama tiga hari dua malam.

Pada siri pertama 8 Ferbuari 2010, LDK ia telah dijalankan di Dewan bakti
selama satu hari.Dimana ia melibatkan beberapa slot yang dijalankan oleh para
kaunselor institut.Program pertama ialah berkenaan kajian kerjaya personaliti yang
mana ia dijalankan selama satu jam.

Melalui slot ini, kami dapat mengetahui bahawa terdapat kerjaya yang
sememangnya dapat dilihat dari ujian personaliti tersebut.Sebagai seorang yang
bakal bergelar guru kita masih terbawa-bawa akan cita-cita yang kita pernah
impikan.Namun, apabila saya melakukan ujian ini saya dapat mengenalpasti bahawa
setiap insan mempunyai perbezaan personaliti yang berbeza.Terdapat insan yang
sememangnya berbeza dari diri kita.

Contohnya terdapat pelajar yang dimana keputusan ujian personalitinya


menunjukkan dia seorang yang berkebolehan dalam menjadi seorang ahli
perniagaan dan usahawan.Malah, ada yang mempunyai kerjaya berbentuk
kemahiran seperti tukang paip,jurutera eletrik dan juruteknik televisyen.terdapat juga
pelajar yang mampu menjadi ahli bahasa iaitu menjadi penulis dan penyajak.

Saya melihat dari perspektikif sebagi seorang pendidik kita harus


mengenalpasti potensi pelajar yang kita didik.Ini kerana sekiranya murid tersebut
mempunyai minat dan kecenderungan kearah sesuatu, sebagai seorang guru kita
harus menyokong mereka .Ini bagi memastikan yang bakat serta kebolehan mereka
tidak disia-siakan.Sebagai contoh pelajar tersebut mempunyai kebolehan melukis
yang baik,maka sebagai seorang guru kita harus menggalakkan mereka menyertai
pertandingan melukis.Berikan sebanyak peluang yang ada untuk menggilap bakat
mereka.

2
Slot yang serterusnya ialah berkenaan Guru Baik dan tidak yang dijalankan
oleh Encik Osman. Di dalam slot ini kami didedahkan kepada cara untuk menjadi
guru yang baik dan ciri-ciri guru yang tidak baik.

Sebagai insan guru yang mantap, kita harus memiliki sikap yang mulia agar
kita dipandang dan dihormati pelajar.Ini untuk melahirkan diri saya dan rakan agar
membentuk diri menjadi seorang warga pendidik yang benar-benar menjalankan
tugas sebagai seorang pendidik yang mengikuti lunas-lunas yang betul.

Jika kita lihat situasi kerjaya sebagai seorang guru pada masa kini, golongan
guru tidak lagi menjadi ikon yang gah seperti suatu masa dahulu.Ini disebabkan oleh
perlakuan sebilangan kecil guru yang melakuakan kesalahan yang melibatkan
jenayah dan perkara yang memalukan seperti kes cabul dan pecah amanah.Jadi
untuk memartabatkan kerjaya perguruan ini, golongan guru yang bakal menjadi guru
ini haruslah mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran realiti diluar
sana.Usaha untuk mengembalikan maruah dan kerpercayaan masyarakat adalah
satu cabaran yang bakal dipikul oleh kami.

Manakala slot yang terakhir adalah berkenaan cara untuk menjadi seorang
guru yang bukan kaki ampu dan guru yang berjaya atas dasar main kotor serta
penuh tipu muslihat.Kerjaya guru merupakan kerjaya yang memerlukan sikap jujur
dan amanah dalam melaksanakan tugas.Ini dapat dilihat dalam situasi pada hari ini,
dimana guru yang ingin naik pangkat atau gaji menggunakan taktik mengampu
pentadbir dan mana-mana pihak yang mampu menbantu mereka dalam
mendapatkan apa yang mereka hajatkan.

Kami diminta membawa sebotol air minuman menggunakan kertas


mahjong.Kerjasama yang dilakukan dalam ahli kumpulan membolehkan kami sampai
ke garisan penamat. Encin Wan Gahazali, selaku kaunselor pada petang tersebut
memberikan kata nasihat berkenaan perkara yang kami baru sahaja
lakukan.Pengalaman yang sebegini bukan sahaja tidak dapat dipelajari didalam
kelas namun ia sememangya satu pengalaman yang berharga.

3
Perkhemahan Tiga Hari Dua Malam

Pada 12,13 dan 14 April 2010 kami telah menghadiri sesi BIG yang kedua.Kali
ini kami telah diberikan taklimat sebelum menghadiri perkhemahan ini.Taklimat
disampaikan oleh Encik Zainal Bin Zakaria pada hari Khamis 8.4.2010.Dia telah
memberikan kami maklumat berkenaan kawasan yang bakal kami berkhemah serta
aktiviti yang bakal kami jalankan.

Pada hari Ahad kami bersama-sama kumpulan yang lain seramai 64 orang
telah berkumpul di stor sukan IPG Kota Bharu untuk diberikan taklimat serta sesi
pengagihan alatan yang bakal kami gunakan.Semua perkara yang kami lakukan
adalah secara bekerjasama dan semua pihak terlibat dalam menyiapkan alatan yang
kami perlukan.Kami dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan
dibahagikan seramai 12 atau 13 orang ahli.Semua ahli kumpulan terdiri daripada
kumpulan Pemulihan,Sains dan Pendidikan Jasmani.

Hari Pertama

Pada 12.4.2010 kami bersiap dan berkumpul di dataran tempat letak kereta
untuk menaiki bas ke Tasik Kenyir.Seawal jan 7.45 pagi kami telah berkumpul
disana dan membawa segala pakaian dan keperluan persendirian yang telah
dinyatakan pada hari taklimat yang lalu.

Setelah selesai berkumpul kami diberikan sedikit taklimat ringkas dan kami
bertolak dari kampus pada pukul 8.30 pagi.Perjalanan mengambil masa selama
empat jam sehingga kami sampai di jeti Tasik Kenyir.Kami memunggah barang
daripada bas ke bot dan sebahagian daripada kami menaiki bot laju untuk ke tapak
perkhemahan Pulau Poh.

Setibanya kami disana kami telah diberikan taklimat berkenaan keadaan


tempat perkhemahan yang kami akan tinggal.Bahan makanan juga telah diagihkan
dan setiap kumpulan dikehendaki memasak makanan untuk kumpulan mereka
sepanjang perkhemahan yang dijalankan.

Kami seterusnya mendirikan khemah dan menyiapkan makanan untuk


dimasak pada waktu malam nanti.Selain itu, setelah selesai mendirikan khemah
kami berehat untuk makan tengahhari dan bersiap untuk solat jamak zuhur dan asar.

4
Pada waktu jam 5.30 petang saya dan rakan-rakan dipanggil untuk
perjumpaan kumpulan oleh penyelaras program.Kami diberikan tugas berdasarkan
kedudukan kami didalam barisan.Contohnya saya yang berdiri paling hadapan
diberiakn jawatan Ketua Kumpulan maka orang kedua dibelakang saya akan menjadi
penolong.Sehingga jam 6 petang maka saya diminta untuk bertukar ke bahagian
paling belakang baris kerana berlaku pertukaran setiap 12 jam.

Pada waktu magrib kami solat jamak magrib dan isya’.Setelah itu kami telah
diberikan tazkirah magrib dari kaunselor dari Jabatan HEP iaitu Tn. HJ.
Norizan.Beliau telah menyampaikan tazkirah berkenaan masalah yang ditimbulkan
oleh pelajar dan menegur sikap yang sepatutnya tidak ada dalam diri bakal seorang
guru.Sememangnya zaman yang kami lalui ini penuh dengan pelbagai rintangan
pancaroba yang bakal mendatang.Situasi diluar sana menunjukkan masyarakat tidak
lagi memandang tinggi tugas seorang guru seperti suatu masa dahulu.Jadi kami
sebagai generasi guru yang akan datang harus mengembalikan semula zaman
kegemilangan kerjaya seorang pendidik itu.

Setelah selesai solat dan tazkirah kami menyambung aktiviti kami iaitu makan
malam dan persiapan untuk menyiapkan makanan untuk aktiviti pada esok
hari.Perbincanga antara kumpulan juga dijalankan untuk mengadakan persembahan
pada malam kebudayaan iaitu pada esok malam.Persiapan bahan untuk memasak
juga dibuat oleh ahli kumpulan untuk memastikan persiapan untuk aktiviti esok dapat
dijalankan secara sempurna.

Saya dan ahli kumpulan saya telah mengadakan perbincangan dan


mengadakan perjumpaan bagi menerangkan perjalanan pada hari esok.Kami juga
telah memberikan senarai nama bagi tugasan kawalan keselamatan pada waktu
malam.Seramai sepuluh orang telah ditugaskan untuk menjalankan kawalan
keselamatan yang bermula pada jam 10 malam hingga 6 pagi.Persiapan bahan
makanan dan minuman juga kami lakukan bagi memastikan ahli kumpulan kami
mendapat bekalan makanan dan minuman yang cukup.

5
Hari Kedua

13.4.2010 kami memulakan aktiviti kami dengan solat subuh berjemaah


bersama Ustaz Lazim dan tazkirah subuh oleh Tn Hj Norizan.Seterusnya kami
bersiap-siap untuk memulakan aktiviti pagi iaitu senaman pagi dan kawad kaki.Kami
telah diberikan tunjuk ajar dari Jurulatih kami iaitu Tn Hj Wan Zil berkenaan cara
untuk mengendalikan senamrobik.Pelbagai gerakan yang kami pelajari dan teknik
untuk mengendalikan senaman tersebut.

Setelah selesai aktiviti tersebut kami bersarapan dan bersiap-siap untuk


menghadiri sesi aktiviti air.Jam 9.00 pagi kami mula bergerak setelah diberikan
taklimat oleh jurulatih aktiviti air. Kami memulakan perjalanan menyusuri jalan
berbukit untuk ke tapak aktiviti air.Seterusnya, kami dibahagikan kepada dua
kumpulan, satu kumpulan akan melakukan aktiviti kayak dan satu kumpulan akan
melakukan aktiviti air.

Saya dan ahli kumpulan saya yang lain melakukan aktiviti air dan melakukan
aktiviti kayak pada waktu petang.Semasa aktiviti air, saya telah diajar cara untuk
bernafas dan berenang dengan menggunakan gaya bebas.Kami diberi tunjuk ajar
cara menggunakan jaket apungan dengan betul oleh Encik. Aziz.Beliau juga
menunjukkan cara untuk menyelamatkan orang yang lemas.

Melalui aktiviti ini kami dapat mempelajari bahawa keselamatan dalam


melakukan aktiviti yang melibatkan sungai dan laut memerlukan persiapan
keselamatan yang rapi.Sekiranya berlaku kecemasan sekurang-kurangnya kita
mempunyai kemahiran dalam melaksanakan bantuan kecemasan serta kemahiran
yang dipelajari.

Sekiranya kita mengabaikan elemen keselamatan yang sepatutnya, maka kita


seumpama menemoah maut yang dicari.Jika kita lihat,kes-kes kematian pelajar yang
mengikuti aktiviti yang melibatkan tahap keselamatan yang tinggi,mereka tidak
menggunakan langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya. Contohnya, kes
pelajar yang bermain perahu naga di Pulau Pinang,bukan semua pelajar
menggunakan jaket keselamatan malah ada diantara mereka yang tidak tahu
berenang.Jadi sebagai seorang bakal guru yang akan mengajar kelak,kita

6
seharusnya menitikberatkan setiap aspek keselamatan yang sepatutnya.Jika berlaku
kemalangan kita yang akan dipersalahkan oleh pihak ibu bapa.

Begitu juga denga aktiviti berkayak yang saya jalankan ketika waktu petang.
Kami di bahagikan kepada pasanga berdua.Saya bersama guru pelatih perempuan
menaiki satu kayak yang mana kami telah diarahkan untuk mengelilingi sekeliling
Pulau Poh.Selama satu jam kami mengelilingi pulau tersebut dengan menggunakan
kayak.Suasana cuaca yang panas terik tidak mematahkan hasrat kami untuk
meneruskan kayuhan untuk sampai ke tempat kami memulakan aktiviti.

Apa yang dapat kami lihat melalui aktiviti ini kami dapat mengetahui bahawa
betapa susahnya hidup seorang manusia yang bekerja sebagai nelayan. Mereka
berusaha untuk membangunkan keluarga dan memastikan keluarga mereka cukup
dengan apa yang ada.Seharusnya kami sebagai bakal guru bersyukur kerana kita
diberikan tugas mendidik anak –anak bangsa yang bakal menerajui Malaysia
kelak.Pembangunan sesebuah nergara terletak kerpada kekuatan rakyatnya
,sekiranya pembina bangsa iaitu guru tidak menjalankan tugas dengan betul maka
akan musnahlah negara.

Bidang pendidikan di Malaysia merupakan satu bidang yang menitikberatkan


segala aspek.Dalam usaha membina sebuah negara maju, pembangunan modal
insan yang seimbang adalah sangat perlu.Contohnya dalam Falsafah Pendidikan
Negara, ada dinyatakan bahawa seseorang individu iaitu modal insan haruslah
seimbang dari segi jasmani,emosi,intelek dan rohani.Sekiranya kita berjaya mendidik
anak murid kita sebagai seorang mekanik, maka kita sudah melunaskan
tanggungjawab kita sebagai pendidik.

Ini kerana dalam membina seorang modal insan yang mampu bekerja atas
kudrat dan kemahiran yang mereka miliki maka sudah berjaya cara kita
mendidik.Sebenarnya, dalam membina modal insan yang sempurna adalah meneliti
setiap isi kandungan falsafah tersebut. Modal insan yang mampu menggunakan
kemahirannya dan fizikalnya untuk berdikari dalam menjana hidup yang mereka
langsungkan.Jadi sekiranya kita berjaya membentuk insan tersebut maka kita telah
menjalankan hasrat negara.

7
Malam kedua kami telah mengadakan Malam Kebudayaan.Persiapan tempat,
dan makanan juga telah dilakukan bagi menyambut malam tersebut.Majlis dimulakan
dengan bacaan doa dan seterusnya setiap kumpulan mengadakan
persembahan.Persembahan bertemakan pendidikan dan pelbagai bentuk
persembahan yang kreatif yang dipersembahkan oleh guru pelatih.

Isu persembahan melibatkan situasi guru pada zaman ini.Di mana pada hari
ini kita dapat lihat ibu bapa tidak lagi menyebelahi guru apabila anak mereka
ditangkap melakukan kesalahan.Situasi sekarang sudah berubah,dahulu guru
merupakan seorang yang menjadi contoh kepada semua murid.Jadi sebagai
generasi guru yang baru ini, kami haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran dan teknik untuk mengembalikan zaman kegemilangan profesion
perguruan.

Hari Ketiga

14.4.2010.Kami memulakan aktiviti pagi seperti setelah selesai bersarapan


kami memulakan perjalanan merentasi hutan untuk sesi “Jungle Trekking”.Sebelum
perjalanan bermula kami diminta membawa bahan masakan untuk dimasak pada
waktu tengahhari nanti.Kami membawa alatan masak dan bahan masakkan yang
kami sudah sediakan pada waktu malam.

Perjalanan didalam hutan sangat mencabar, segala rintangan seperti akar


kayu,jalan yang licin dan batang pokok yang tumbang telah kami lalui dengan
jayanya.Setiap dari kami membawa bekalan air dalm perjalanan kerana ia
mengambil masa selam sejam untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Setelah sampai, kami mula membahagikan tugas untuk memasak .Bahan


masakan dan juga alatan yang kami bawa.Menghidupkan api dengan menggunakan
kayu merupakan satu tugas yang mencabar.Kadangkala api yang dipasang akan
mati dan terlalu besar serta tidak sesuai untuk digunakan untuk
memasak.Namun,kami dapat lakukan segala tugasan yang diarahkan dengan
jayanya.

8
Setelah selesai melakukan aktiviti tersebut kami bersiap-siap untuk
pulang.Segala persiapan dan perkakasan kami sinpan dan kumpul kembali untuk
diletakkan di kawasan kami mula-mula sampai.Seterusnya, kami menghadiri majlis
penutup yang dirasmilan oleh penyelaras program iaitu En Zainal.Selesai aturcara
tersebut kami memunggah barang ke bot dan pulang ke jeti tempat dimana bas
menunggu kami.Perjalanan memakan masa selam 4 jam dan kami selamat sampai
di institut pada jam 9.30 malam.

Hasil daripada pengalaman memasak tersebut kami telah mempelajari cara


untuk masak dan makan ketika mana tiada kemudahan seperti dapur gas dan periuk
yang sempurna.Namun situasi ini mungkin akan berlaku sekiranya saya dihantar
mengajar kawasan pedalaman yang mana kemudahan yang lengkap tidak ada.
Sebagai guru, kita harus mempelajari teknik ikhtiar hidup untuk memahirkan diri
sebelum menghadapi situasi tersebut.Sememangnya program ini banyak
memberikan manfaat serta kesedaran dalam diri saya sebagai bakal guru.

Program ini amat bermakna dalam diri saya kerana saya dapat mempelajari
pelbagai perkara bermula dari segi rohani dan jasmani. Adalah wajar sekiranya
aktiviti ini dijalankan sebagai satu bentuk cara untuk mendidik bakal guru.Saya
berharap agar segala yang saya pelajari dapat dipraktikan kelak.

You might also like