You are on page 1of 17

1.

0 Analisis Kertas Kerja dan Perjalanan Program Pertandingan Dikir Barat

Pertandingan dikir barat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar


berlaku semasa sepanjang bulan Februari.Hasil daripada permerahtian dan pengamatan
yang dilakukan, kami ingin menyentuh berkenaan beberapa aspek yang dapat
diadapatasikan daripada pertandingan tersebut.Beberapa aspek yang dikaji dan di utarakan
bagi memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

1.0.1 Penubuhan AJK (AHLI JAWATANKUASA)

AJK merupakan tunggak dalam gerak kerja sesebuah pertubuhan atau persatuan.Ia
ditubuhkan dengan bermula jawatan pengerusi,naib pengerusi,setiausaha,bendahari dan
AJK kecil untuk tugas-tugas khas.

Jika kita ambil contoh berkenaan pengurusan pertandingan ini,setiap AJK diberikan
tugas yang tertentu.Bagi tugas persiapan tempat, diberikan tugas kepada AJK Tempat,
begitu juga AJK Pentas, menyediakan persiapan pentas.Setiap AJK mempunyai bidang
tugasan khas yang diberikan.

AJK bertindak sebagai kumpulan yang menjalankan urusan gerak kerja bagi setiap
program.Pemilihan AJK dalam kalangan individu yang berpotensi serta dapat diharap
merupakan satu cara untuk memastikan tugas dilaksanakan dengan baik dan
lancar.Sekiranya AJK tidak menjalankan tugas pasti akan ada kecacatan dalam proses
pelaksanaan program.Pengerusi juga berperanan penting dalam memastikan semua
ahlinya melakukan tugasan yang diberikan.

Tugas pengerusi bukan sahaja mengarah namun membantu sekiranya AJK


berhadapan dengan masalah dalam melakukan tugas yang diamanahkan.Oleh itu sebuah
persatuan yang mempunyai pemimpin yang cekap mampu mencapai matlamat yang mereka
harapkan.Kerjasama adalah perkara yang paling utama dalam menjayakan apa jua gerak
kerja.

Sebuah organisasi yang baik mempunyai pembahagian bidang tugasan yang


sememangnya terdiri daripada barisan tenaga kerja yang pakar.Contohnya, dalam
organisasi tersebut mempunyai unit fotografi,namun apabila unit tersebut tidak mempunyai
tenaga pakar maka unit tersebut tidak dapat melaksanakan tugas dengan sebaik
mungkin.Namun, bagi sesebuah organisasi yang masih belum mantap, mereka wajar
mengadakan satu kurus pemantapan dan pendedahan kepada AJK baru.Salah satu contoh
kursus kepimpinan dan kursus peningkatan profesionalism.

1
1.0.2 Kertas Kerja

Pertamanya berkenaan elemen pengetahuan yang dapat dipelajari dalam


penganjuran program ini.Bermulanya dengan pelaksanaan kertas kerja dan penubuhan
organisasi.Para guru pelatih dapat mengetahui cara dan teknik dalam menghasilkan kertas
kerja yang baik dan mantap.Selain itu penubuhan organisasi membantu guru pelatih dalam
menjayakan program tersebut.Pemilihan individu yang berkemahiran dalam mengendalikan
aturcara serta perjalanan program tersebut haruslan bertepatan bagi memastikan
kelancaran program yang dijalankan.

Kertas kerja yang baik merangkumi semua perkara yang seharusnya mudah
difahami,tepat,berkesan dan rasional.Terdapat beberapa perkara yang seharusnya
diperhatikan dalam usaha menghasilkan kertas kerja yang mantap.Perincian yang tepat dan
berkesan harus dilakukan,ini bagi mengelak berlakunya kelonggaran dalam menguruskan
sesuatu perkara.Melalui perbincangan dan persetujuan yang mendapat kata sepakat semua
ahli,maka semua tugas menjadi mudah dan lancar.

Perbincangan yang mencakupi semua aspek sangat penting bagi memastikan semua
ahli yang bertugas dapat mengetahui semua tugasan dan melaksasnakan dengan
betul.Sekiranya ada antara mereka yang lepas tangan dan tidak dapat melaksanakan
tugasan dengan baik,maka kejayaan program tersebut tidak akan tercapai.Malah,akan
berlakunya kecacatan seperti peralatan yang tidak mencukupi atau berlaku perkara yang
mencacatkan perjalanan program.Setiap perkara harus diperincikan bagi memastikan tiada
sebarang kekeliruan yang akan berlaku.

Kertas kerja yang kami pilih merupakan satu contoh kertas kerja yang sangat
lengkap.Perincian yang dilakukan dan pendekatan yang mudah bagi memudahkan pihak
yang menyemaknya faham akan isi-isi yang diutarakan.Sekaligus,penyataan
belanjawan,tempoh masa,garis panduan yang sewajarnya juga turut dinyatakan dalam
melaksanakan kertas kerja tersebut.Penyusunan Jawatankuasa yang lengkap dan berkesan
merupakan tunjang kepada kejayaan menghasilkan kertas kerja yang berkualiti serta
rasional.

1.0.3 MINIT MESYUARAT

Dalam apa jua pelaksanaan program mesyuarat dan catatan minit mesyuarat adalah
sangat penting.Ia merupakan salah satu item dalam dokumen rasmi yang sangat
penting.Setiap minit mesyuarat dicatat bagi setiap kali perjumpaan.Mesyuarat adalah
perbincangan formal di antara tiga individu atau lebih untuk mencapai objektif bersama

2
melalui proses komunikasi.Mesyuarat juga berbeza mengikut keahlian ,organisasi dan
objektifnya

Kepentingan setiap minit mesyuarat adalah ia menjadi bukti kepada setiap keputusan
yang dikeluarkan dalam perbincangan dalam sesi mesyuarat.Tugas setiausaha adalah
mencatat minit mesyuarat.Ia merangkumi semua aspek dalam perbincangan semasa
mesyuarat.Bemula dengan ucapan pengerusi,perkara-perkara berbangkit dan sebarang
cadangan serta keputusan dalam mesyuarat terbabit.

Setiap keputusan dan kata sepakat dicatat dalam minit mesyuarat bagi memastikan
ianya dijadikan rekod rasmi perbincangan tersebut.Mengikut prosedur yang ditetapkan minit
mesyuarat akan di bentangkan apabila ianya siap dan disahkan oleh ahli mesyuarat bagi
memastikan bahawa ia adalah dokumen yang rasmi dan sudah tetap.

Dalam pertandingan ini mesyuarat diadakan bagi memastikan perjalanan


pertandingan berjalan dengan lancar dan pembahagian tugasan kepada AJK untuk
dilaksanakan.

1.1 Perkara rasional yang terkandung didalam kertas kerja

Perkara rasional yang dapat kami utarakan ialah berkenaan tema persembahan yang
mereka ingin ketengahkan iaitu menggunakan medium persembahan tradisional sebagai
usaha untuk menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia berkenaan konsep 1 Malaysia.

Penyenarai tugasan yang diagihkan mengikut jabatan dan penglibatan semua pihak
yang bertanggungjawab adalah penting bagi memastikan segala usaha yang diketengahkan
dapat dimanfaat oleh semua warga institut.Bermula dengan Jabatan Matematik yang
menganjurkan Pertandingan Dikir Barat yang membawa tema budaya Pantai Timur
merupakan satu contoh pendekatan yang sememangnya wajar dan positif.

Selain dari mengetengahkan program kesenian kebudayaan,Jawatankuasa juga


mengeluarkan kertas cadangan yang mengandungi garis panduan dalam
persembahan.Garis panduan ini bertujuan bagi memastikan tiada unsur-unsur yang tidak
sesuai dalam norma masyarakat Islam.Sebagai contoh persembahan nyanyian perempuan
yang sepatutnya tidak seharusnya dipersembahkan.Jadi,jawatankuasa telah merangka satu
garis panduan yang harus dipatuhi dalam melaksanakan persembahan.Kami menyokong
sepenuhmnya garis panduan yang dinyatakan dalam memastikan kehormatan nama baik
institut akan terjaga.

3
1.1.1 Surat Menyurat

Surat menyurat merupakan perkara yang penting dalam melaksanakan sesuatu


program.Pelbagai bentuk surat yang perlu dibuat bagi memastikan kelancaran urusan
mendapatkan pengesahan untuk kertas kerja.Bagi melicinkan pengurusan kerja yang baik,
surat yang digunakan haruslah ringkas dan tepat.

Sekiranya pengurusan surat yang tidak lengkap dan salah, maka ia akan
melambatkan proses pengrusan yang dilakukan.Contohnya, bagi melaksanakan
pertandingan ini, surat kebenaran dari pihak atasan iaini Tuan Pengarah institut,seterusnya
surat kepada pihak pengurusan kawasan pertandingan,surat kebenaran menggunakan
alatan(Pembesar suara,mikrofon dan LCD),alatan muzik seperti gendang dan
sebagainya.Semua urusan tersebut memerlukan surat sokongan yang mempunyai sistem
rujukan yang lengkap.

Tujuan menggunakan urusan surat menyurat adalah untuk merekod dan menyimpan
semua data dan memastikan kelicinan pelaksanaan program tersebut.Ia juga bertujuan
memastikan protokol pengurusan yang sebenar.Setiap pengeluaran surat ia merupakan
dokumen rasmi yang akan disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Setiap kemasukan surat atau pengeluaran haruslah dicatat bagi memastikan rujukan
senang dibuat pada masa akan datang kelak.Rasminya surat rasmi dihantar menggunakan
tangan.Ia bermaksud surat tersebut dihantar terus kepada penerimanya.Tidak ada surat
rasmi yang menggunakan cara lain untuk dihantar.Ini kerana dalam urusan rasmi
sememangnya ia harus dihantar secara tangan.

1.2 Analisis Program

Melalui analisis yang dilakukan kami mengambil menilai melalui tiga aspek iaitu,
kelancaran program bermula hingga tamat, penglibatan pelajar dan pengelolaan yang
dilaksanakan oleh jawatankuasa program.Hasil daripada analisis ini kami dapat mengupas
beberapa aspek yang menjurus kearah kekuatan,kelemahan,peluang dan penambahbaikan.

Melalui aspek kelancaran program,kami ingin menyentuh berkenaan peraturan dan


terma yang ditakrifkan kepada semua pihak yang terlibat.Jika kita lihat, seharusnya semua
jabatan yang ada di institut mengambil bahagian dalam pertandingan ini,namun masih ada
jabatan yang tidak menghantar penyertaan sekaligus menyebabkan kesukaran bagi pihak
pengurusan untuk melakukan penyusunan program dan pengurusan berkenaan alatan.

Sememangnya kami dapat mengenalpasti beberapa aspek yang berkaitan dengan


perjalanan program ini.Jabatan yang bertugas menguruskan semua perkara yang berkaitan

4
dengan program terbabit,namun ia juga turut dibantu oleh jabatan yang bertanggungjawab
dalam membantu para peserta dalam membekalkan alatan untuk sesi latihan.Pengurusan
kumpulan juga ditugaskan oleh penganjur kepada Jabatan yang menghantar
peserta.Sekaligus,semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung perlu
mengambil tahu akan perkara tersebut.Dari segi pemantauan dan tinjauan, sememangnya
agak kurang dari pihak penganjur.Ini kerana, mungkin kerana kekangan masa dan
kesempatan dalam menguruskan perkara yang lain.Namun, hasil daripada inisiatif yang
diambil sendiri oleh pihak yang bertanding mereka menggunakan peluang untuk
bergerak.Samada dari segi latihan dan peralatan yang diperlukan.

Kesukaran kumpulan-kumpulan yang bertanding ketika itu ialah untuk berkongsi


alatan yang digunakan untuk latihan.Kekangan masa dan juga kekangan keperluan
menjadikan sesi latihan sesetengah kumpulan dilakukan secara bergilir.Malah,ada yang
mengambil inisiatif untuk melakukan latihan pada lewat malam kerana ketidakcukupan
alatan untuk berlatih.Seharusnya,pihak pengurusan menyediakan satu jadual yang lengkap
bagi kumpulan –kumpulan yang bertanding untuk melakukan latihan.Maka, mudah bagi
kumpulan-kumpulann ini melakukan latihan dan mereka hanya perlu menukar jadual untuk
menghadiri latihan mereka.

1.2.1 Masa

Menyentuh kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam sesuatu


pengurusan,contohnya semasa program berlangsung,masa yang diambil untuk memulakan
majlis itu tidak menepati tentatif yang dinyatakan.Majlis yang seharusnya pada malam itu
bermula pada jam 8.00 malam bermula padam 8.45 malam yang menyebabkan peserta
terpaksa menunggu lama dan pihak pengurusan terpaksa meminda masa yang mereka
rancangkan.

Berlakunya kelewatan masa atas sebab kelewatan jemputan yang dijemput untuk
hadir.Ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh mana-mana majlis.Jadi, perkara
terbaik yang boleh dilakukan ialah memastikan aturcara yang bakal direncanakan berjalan
dengan lancar.Persiapan yang terakhir juga boleh dibaikpulih dan disiapkan sementara
menunggu jemputan terhormat.Kemudian apabila semuanya sudah siap maka, bersedialah
untuk menyambut kedatangan jemputan.Kelewatan selama beberapa minit adalah perkara
biasa.Melaikan jumputan yang ditunggu memberi peluang memulakan majlis terlebih
dahulu,sekiranya beliau tidak dapat sampai pada masa yang ditetapkan.

Sekiranya berlaku kelewatan, pihak penganjur haruslah meminda mana-mana


perancangan yang direncanakan.,ini bagi memastikan hadirin tidak menunggu masa yang

5
lama.Ini merupakan cara yang terbaik bagi mengelakkan berlakunya kesuntukan masa.Bagi
memastikan kelancaran program,pengisian masa yang tepat dan baik dapat membantu
melancarkan majlis.Jemputan yang hadir juga sewajarnya diberikan peringatan untuk hadir
dan memberitahu kepada pihak penganjur lebih awal sekiranya tidak dapat hadir.Jika
jemputan tidak mengesahkan kehadiran beliau maka,akan berlakulah situasi majlis terbantut
keranamenunggu jemputan.

1.2.2 Tempat

Pada pertandingan Dikir Barat yang baru sahaja berlangsung,tempat diadakan majlis
tersebut ialah di Dataran Raudah,ini kerana kekangan tempat disebabkan Dewan Wawasan
masih dalam,proses pembikinan penambahbaikkan.Jadi para penonton dan peserta
terpaksa duduk di atas lantai.Manakala jemputan yang dijemput duduk di tempat yang
disediakan oleh penganjur.

Tidak dapat dinafikan,sekiranya kekangan tempat berlangsungnya pertandingan tidak


dapat dielakkan.Melainkan terpaksa juga menggunakan kawasan yang lain.Ini salah satu
kaedah dalam menyelesaikan masalah untuk menempatkan program.Pihak penganjur
sememangnya harus bersedia dalam menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

Bersedia apa jua pelan yang digunakan sebagai pilihan kedua.Contohnya, dewan
yang ditempah digunakan oleh pihak yang lain,maka penganjur harus mencari alternatif bagi
menjalankan aktiviti yang direncanakan. Ini bagi memastikan perjalanan program dan juga
kelancaran program tidak akan terganggu.

1.2.3 Kehadiran

Pada ,malam berlangsungnya pertandingan tersebut,kedatangan adalah pada tahap


yang baik.Ini kerana sambutan yang baik daripada kalangan guru pelatih daripada semua
opsyen.Mereka berkumpul di tempat berlangsungnya pada jam 8.30 malam.Manakala
peserta yang bertanding dikehendaki hadir awal bagi menghadiri sesi pendaftaran yang
diuruskan oleh pihak penganjur.

Sehubungan dengan itu, menyentuh berkenaan kehadiran para penonton, kami


memberikan dua faktor yang memberi kesan kepada kehadiran pelajar.Pertama,pada ketika
itu pelajar masih belum menerima tugasan yang mana ia mengekang pergerakkan
pelajar.Faktor kedua ialah keberkesanan penyampaian maklumat iaini iklaneka berkenaan
pertandingan tersebut.Memo rasmi disebarkan kepada semua kelas dan mereka digalakkan
menyertai majlis tersebut.

6
1.2.4 Sambutan Penyertaan

Pada malam tersebut sebanyak enam kumpulan yang menyertai pertandingan


tersebut mewakili enam Jabatan yang menghantar pentyertaan antaranya, Jabatan
Sains,Pengajian Melayu,Pendidikan Khas, Jabatan Bahasa,Jabatan Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan dan Jabatan Matematik.

Manakala jabatan lain tidak menghantar wakil atas sebab –sebab tertentu.Jika dilihat
dari segi sambutan dari para guru pelatih ,tidak mdapat dinafikan mereka menyokong majlis
yang dilakukan Lihat sahaja kepada penyertaan hampir semua jabatan yang masuk
bertanding membawa penyokong dan peminat masing-masing bagi memeriahkan majlis
pada malam tersebut.

Pada perspekitf sebagai seorang bakal pendidik,kami melihat kebekesanan sebuah


program itu bukan sahaja bergantung kepada peihak pengurusan semata-mata.Namun hasil
sokongan daripada pihak lain membantu kepada kejayaan sesbuah program.Apa makna
sebuah jawatankuasa yang gah namun apa bila program yang mereka tidak mendapat
sokongan dan hanya sebilangan kecil yang menyertainya.

1.2.5 Kesesuaian tentatif program

Program bermula pada jam 8.00 malam bagi memberi ruang kepada para peserta
untuk mendaftarkan diri.Persembahan pertama bermula pada jam 9.00 malam dan setiap
kumpulan diberikan masa selama 10minit untuk melakukan persembahan masing –
masing.Ini bagi memberi ruang kepada persembahan khas daripada kumpulan Muzik.

Berkenaan tentatif program yang kami analisis, sememangnya tidak dapat dielakkan
berlakunya sedikit penangguhan dari segi masa sebenar yang tercatat didalam
tentatif.Selain itu setiap kali selesai persembahan,para peserta akan memngambil masa
untuk bersedia selepas kumpulan lain keluar pentas.Maka,akan ada sedikit ruang masa
yang digunakan untuk melakukan perkara tersebut.Di sini menunjukkan sebarang
persembahan yang melibatkan giliran memerlukan kecekapan dalam menguruskkannya bagi
melancarkan perjalanan majlis.

Kelancaran majlis juga bergantung kepada para peserta dalam memastikan mereka
bergerak dengan lancar pada masa berlangsungnya pertandingan.Dalam pada itu, semua
perkara yang berkaitan dengan kelancaran perlu diberi perhatian agar tidak akan berlakunya
perkara yang akan mencacatkan majlis.

7
2.0 LAPORAN TEMURAMAH PERTANDINGAN DIKIR BARAT

Pada 28 Februari telah berlangsung satu pertandingan dikir barat antara jabatan di
Institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh jabatan
matematik dimana setiap jabatan yang ada di institut ini hendaklah menghantar wakil mereka
untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan dikir barat tersebut
telah berlangsung di dataran pejabat hal ehwal pelajar dimana ianya telah mendapat
sambutan yang begitu meriah oleh para pelajar dan para pensyarah.

Sehubungan dengan itu, bagi menyiapkan laporan ini, saya menjalankan sedikit
temuramah di mana para pelajar dan pensyarah digunakan sebagai model dalam
temuramah ini. Hasil daripada temuramah yang dijalankan keatas seorang pelajar dari
jabatan matematik, dia mengulas serba sedikit tentang rasional program ini dijalankan.
Beliau mengatakan bahawa program ini amatlah baik kerana program seperti ini dapat
mencungkil bakat-bakat baru dari pelajar dan pada masa yang sama dapat memberi peluang
kepada para pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru. Selain itu, dia menambah bahawa
pertandingan yang julung-julung kalinya dianjurkan telah memperkenalkan dikir barat kepada
para pelajar yang bukan berasal dari negeri Kelantan Darul Naim.

Selain itu, saya juga telah menemuramah beberapa orang pensyarah tentang
pandangan mereka tentang pertandingan dikir barat tersebut. Berdasarkan temuramah yang
dijalankan, saya dapat merumuskan bahawa pertandingan ini memberikan impak yang
postitif kepada warga institut. Program ini juga membantu mengeratkan lagi silaturahim di
antara warga institut. selain itu, program ini juga dapat mengisi masa lapang para pelajar
sekaligus dapat mengelakkan para pelajar daripada melakukan aktiviti yang tidak bermoral.
Disamping itu, aktiviti ini dapat membimbing pelajar untuk menguruskan masa dengan lebih
efisen dan juga dapat memberi

Kesimpulannya, pada pendapat peribadi saya, program seperti ini perlulah


diperbanyakkan lagi di institut ini bagi melahirkan bakal guru yang serba boleh dimasa
hadapan. Dalam masa yang sama, program-program seperti ini dapat membantu bakal guru
untuk lebih bersedia pada masa hadapan terutamanya apabila menceburi bidang pendidikan
kelak.

3.0 Penilaian dan Pelaporan Pertandingan Dikir Barat IPG Kampus Kota Bharu
8
Sepanjang program ini dilancarkan iaitu dari 7 Februari hingga 23 Februari terdapat
pelbagai cadangan penambah baikan dan masalah yang perlu dikaji dengan teliti berkaitan
pertandingan dikir barat ini.

Antaranya ialah terdapat sedikit masalah pengurusan berkaitan dengan peralatan


yang disediakan oleh pihak penganjur. Ramai dari responden dan peserta yang mengadu
kerana alatan-alatan muzik yang diperlukan seperti gong dan sebagainya tidak mencukupi.
Peserta terpaksa bergilir untuk menggunakan peralatan ketika sesi latihan dan pertandingan.
Ini dapat menganggu waktu dan kualiti latihan yang dibuat oleh peserta. Pihak penganju
seharusnye menyediakan alatan-alatan muzik dengan mencukupi agar peserta tidak perlu
membuang masa untuk latihan tanpa sebarang alatan muzik.

Selain daripada itu, kami mendapeti terdapat sedikit tidak ketepatan masa
yang berlaku disebabkan penganjur mengambil masa yamg agak lama untuk menyiapkan
pentas pertandingan. Ini menjadi satu faktor masa pertandingan yang tidak mencukupi. Hasil
daripada kelewatan masa oleh pihak penganjur,pertandingan dimulakan agak begitu lewat
dan tamat pada masa yang tidak ada dalam perancangan mereka. Sehubungan dengan
itu,penganjur perlulah menepati masa serta membuat perancangan yang lebih awal seperti
menyiapkan pentas pertandingan selewat-lewatnya 3 jam sebelum pertandiangan. Langkah
ini dapat dilihat sebagai langkah yang baik kerana melalui persiapan yang awal, penganjur
mempunyai masa untuk membuat penilaian pendek sebelum pertsandingan bermula. Ini
dapat menjadikan pertandingan berjalan dengan lebih lancar.

Masalah sambutan dari penonton juga menjadi salah satu isu yang besar
kerana tidak ramai guru pelatih yang datang untuk menyaksikan pertandingan dikir barat ini.
Ini kerana kelemahan pihak penganjur terutamanya dari segi publisiti dan perhubungan.
Kurangnya poster dan info serta maklumat terkini mengenai pertandingan dikir barat ini
menyumbang kepada jumlah penonton yang hadir bagi menyaksikan pertandingan dikir
barat. Sehubungan dengan itu, penganjur perlulah melantik ahli jawatankuasa publisiti dan
perhubungan untuk menyediakan poster,buku program serta menguruskan jemputan kepada
tetamu-tetamu kehormat seperti Pengarah Institut Pendidikan guru Kampus Kota Bahru dan
para pensyarah yang lain.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai respon yang positif dari responden dan peserta
yang hadir. Antaranya ialah pertandingan ini dapat memberi peluang kepada guru pelatih
untuk mencungkil bakat dalam bidang kesenian seperti ini. Ini kerana terdapat ramai guru
pelatih yang mempunyai bakat dalam pertandingan dikir barat.

9
Melalui pertandingan dikir barat ini juga dapat mengisi masa terluang guru pelatih. Ini
dapat mengelak guru pelatih dari membuang masa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah dan tidak sihat. Melalui pertandingan seperti ini yang bukan sahaja menarik malah
menyeronokkan mampu menarik guru pelatih untuk menyertai pertandingan seperti ini kelak.

Selain daripada itu,melalui pertandingan ini,kita dapat lenih mengenali dengan lebih
lanjut tentang kesenian pantai timur terutamanya dikir barat. Walaupun dikir barat berasal
dari bumi Kelantan,namun atas dasar dan konsep 1 Malaysia,kesemua kaum dapat
menyertai pertandingan ini. Pertandingan seperti ini mampu menjadi wadah untuk membina
semangat kerjasama antara guru pelatih disamping memperkenalkan dikir barat kepada
masyarakat luar kelantan.

Selain daripada itu, peraturan pertandingan juga tidak membebankan guru pelatih. Ini
kerana syarat seperti pakainan peserta adalah tertakluk kepada peserta. Pihak penganjur
juga telah menyediakan panduan pertandingan menurut Islam yang nyata dapat memberi
panduan kepada guru pelatih. Yuran penyertaan juga tidak membebankan guru pelatih dan
guru pelatih amat berpuas hati dari segi syarat-syarat pertandingan.

Selain daripada itu,majlis penutup pertandingan dikir barat sangat baik kerana
mengikut protokol dan melibatkan persembahan 3 finalis serta persembahan dari penganjur.
Ini menunjukkan variasi dan komitmen dari penganjur itu sendiri. Hampir kesemua warga
IPGKKB berpuas hati dengan pertandingan dikir barat ini dan diharap mampu memvbuat
pertandingan seperti ini dari masa ke semasa.

10
Refleksi Individu

NAMA:MOHAMAD SYAFIE BIN SAMSIR

MATRIC NO: S11S10010108

Alhamdulillah...

Akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan berkenaan Pengurusan Ko-Kurikulum


pada masa yang jangka.Sememangnya untuk melaksanakan tugasan ini saya harus
menguasai segala hal yang sepatutnya.Bermula dengan pemerolehan
maklumat,perbincangan bersama rakan-rakan dan kolaborasi bersama pensyarah.

Tugasan yang diberikan adalah berdasarkan kajian kes keatas satu program yang
dijalankan di intitusi pelajar .Saya dan rakan-rakan dikehendaki membincangkan elemen-
elemen,konsep dan perkara yang ditekankan dalam melaksanakan sesebuah program.Kami
telah memilih satu program iaitu Pertandingan Dikir Barat.Segala aspek harus dikupas dan
seterusnya merujuk kepada kertas kerja,buku program,surat menyurat,penubuhan AJK dan
pelaksanaan program.

Hasil daripada tugasan ini saya dapat mempelajari berkenaan kepentingan kertas
kerja dan elemen lain dalam menjayakan sesuatu program. Program ko-kurikulum
merupakan pelengkap kepada kurikulum.Sekiranya kedua-dua elemen ini dipisahkan maka
keseimbangan dalam sistem pendidikan akan terjejas.Semasa berada dalam sistem
pendidikan disekolah kelak,penekanan yang sewajarnya harus dilakukan agar murid
menjadikan ia sebagai satu wahana untuk menarik mereka datang kesekolah.

Baru-baru ini satu cadangan pelaksanaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia


menyarankan agar guru-guru dapat menggunakan semua kemahiran mengajar dalam usaha
mengubah corak pembelajaran yang lebih ringkas,menyeronokan dan mapan.Ini bagi
menarik minat pelajar dan anak murid dalam meneruskan sesi pembelajaran dan pengajaran
tanpa rasa bosan dan terkongkong.Tidak semestinya pendekatan bukan akademik tidak
seharusnya menerima perubahan.Kegiatan Ko-kurikulum yang mantap dan berkesan
mampu menarik minat murid untuk menyertainya dan bergiat aktif.

Saya melihat usaha ini sebagai salah satu keputusan yang baik dalam merangka
strategi dalam mencapai hasrat FPK dalam situasi masa kini.Penggunaan ICT dan
multimedia dalam sesi P&P juga penting dalam memperkasakan sistem pendidikan dan
pendekatan murid kepada ilmu pengetahuan.Begitu juga dengan perkembangan ko-
kurikulum yang menggunakan aplikasi ICT sebagai satu bentuk bantuan untuk
memantapkan kemahiran murid-murid.Kelab komputer atau Kelab Siber merupakan salah

11
satu wadah pelajar untuk mempelajari kelebihan ICT dan cara penggunaan yang betul.Ini
membantu mereka untuk mencari maklumat berkenaan matapelajaran yang mereka
pelajari.Jadi tidak dapat dinafikan sememangnya ko-kurikulum adalah pelengkap kepada
kurikulum.

Kesimpulannya, aktiviti ko-kurikulum merupakan aktiviti yang menjadi wadah


pelengkap utama dalam mencapai hasrat FPK.Sehubungan dengan itu peranan
sekolah,guru,pelajar dan pentadbiran merupakan sokongan dan modal bagi memperkasakan
aktiviti tersebut.Kejayaan sesebuah sekolah dapat dilihat dari pelbagai aspek,tidak
semestinya sebuah sekolah yang melahirkan golongan petani dan pekerja awam bukan
sekolah yang berjaya.Namun,nilai individu yang dilahirkan dapat dalam segala aspek,dari
segi kepimpinan,kerajinan,kesunguhan,keimanan dan ketaqwaan dalam melangsungkan
hidup sebagai hamba kepada Allah S.W.T.

12
Refleksi-Muhammad Shafiq bin Mohd Shukri

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya
saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam proses menyiapkan tugasan ini,
banyak pengajaran dapat saya ambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup ini
di samping dapat mendalami tentang menguruskan kokurikulum dengan lebih mendalam..

Pada permulaannya,saya tidak tahu cara untuk menghurai dan menganalisis tentang
sesebuah program. Namun, dari semasa ke semasa dalam masa saya terbabit dalam
tugasan ini, saya mula tertarik dengan pembelajaran ini . Walaupun pada permulaannya
agak sukar untuk menghurai dan menganalisis setiap apa yang terdapat di dalam program
yang telah dianjurkan ,namun banyak perkara baru dapat saya pelajari hasil daripada
tugasan ini.

Selain itu, saya telah dapat mempelajari banyak teknik-teknik menganalisis program
dengan betul disamping menganalisis kelebihan dan kekurangan pprogram yang telah
dianjurkan. InsyaAllah,dengan kemahiran menganalisis dengan betul,saya akan dapat
menjadi seorang guru yang mampu membuat sesuatu analisis dengan tepat dan berkesan.

Walaupun saya perlu banyak menghabiskan masa di perpustakaan dan melayari


internet bagi mendapat sumber yang diperlukan, saya berasa amat gembira kerana saya
juga dapat menimba pengalaman baru daripada tugasan yang diberi.

Secara kesimpulannya, tugasan ini membawa banyak memberi pengajaran dan


faedah kepada saya dalam pelbagai aspek dan menjadikan saya seorang yang lebih peka
terhadap menganalisis sesuatu aktiviti kokurikulum yang dijalankan sama ada di sekolah
mahupun di institut.

13
Refleksi gerko

Mohd Asrul Hafiz B. Ali@Yusof

Pada tugasan kali ini, saya telah dapat menimba pelbagai ilmu baru dan juga tip-tip untuk
menganjurkan sesuatu majlis rasmi. Saya juga telah mendapat gambaran betapa pentingnya
kerjasama sesuatu kumpulan bagi memastikan setiap atur cara majlis berjalan dengan
lancar.

Kumpulan saya telah mengambil kertas kerja daripada kumpulan yang menganjurkan
pertandingan dikir barat untuk dijadikan bahan rujukan dalam tugasan kali ini. Saya juga
telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang telah berlangsung pada awal bulan
februari yang lepas.

Sepanjang minggu latihan, saya telah menjalani latihan bersama rakan-rakan sekelas saya
secara bersungguh-sungguh. Kumpulan kami juga telah mendapat bimbingan daripada
beberapa orang senior opsyen sains dalam memastikan latihan kami dapat berjalan dengan
baik. Latihan kami berjalan selama seminggu dan kami semua telah memberikan kerjasama
yang baik dalam kehadiran.

Latihan kami diadakan pada waktu malam iaitu bermula pada pukul 8 malam hingga pukul
11 malam. Selain daripada kumpulan saya, terdapat juga kumpulan daripada opsyen
matematik, pemulihan dan pendidikan jasmani yang menjalani kumpulan mengikut opsyen
masing-masing.

Oleh kerana kelas kami hanya mempunyai 8 orang lelaki, kami terpaksa menggunakan
khidmat pelajar perempuan kelas kami secara keseluruhan.

Walaubagaimanapun, saya tetap gembira dengan pengajuran pertandingan dikir barat ini
keran inilah kali pertama saya menyertainya dan ianya merupakan pengalaman yang sangat
berharga bagi saya sendiri.

Saya berharap pertandingan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya
setiap pelajar dapat menimba pengalaman baru dalam kehidupan di IPG Kota Bharu ini.
(MOHD ASRUL HAFIZ BIN ALI @ YUSOF)

14
Refleksi

NAMA : WAN MOHD RIDZAUDIN BIN WAN MAJID

NO MATRIK : S11S10010113

Alhamdulillah syukur ke hadarat ilahi keran dengan limpah dan kurnianya dapat juga
saya menyiapkan kerja kursus GERKO walaupun sibuk untuk menghasilkan kerja kursus
yang lain dimana kerja kurus Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) juga diminta supaya
dihantar pada hari dan tarikh yang sama.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih buat pensyarah saya kerana telah banyak
membantu kumpulan saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus GERKO. Nota-nota
yang diberi oleh tuan pensyarah amat berguna sewaktu kumpulan kami berbincang untuk
melaksanakan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang turut serta
berkongsi nota dalam sama-sama menyiapkan tugasan ini.

Kumpulan kami telah membahagi tugas kepada setiap ahli kumpulan dan saya telah
mendapat tugas dimana membuat laporan tentang temuramah yang telah saya jalankan
terhadap beberapa orang pelajara dan pensyarah tentang pertandinga dikir barat yang telah
dilansungkan oleh jabatan matematik. Pada mulanya, saya juga menghadapi beberapa
masalah kerana saya tidak memahami dengan lebih jelas beberapa kehendak soalan.saya
juga perlu memahami dengan lebih mendalam kehendak soalan supaya menepati apa yang
dimahukan oleh soalan. Nasihat dari beberapa pensyarah turut diambil bagi memudahkan
lagi kerja saya.

Selain itu,rakan-rakan dari kelas lain turut membantu tentang serba sedikit mengenai
cara yang betul dalam melakukan laporan. Saya telah ditugaskan untuk menemuramah
beberapa orang pensyarah dan pelajar bagi melaksanakan tugas kerja kursus ini. Hasil
daripada temuramah ini telah membuatkan saya faham tentang positifnya pertandingan-
pertandingan seperti ini diadakan baik kepada pensyarah dan juga pelajar. Pada pendapat
saya, program seperti ini adalah baik kerana pertandingan dikir barat ini dapat
memperkenalkan persembahan tradisional dari negeri Kelantan atau lebih tersohor dengan
panggilan negeri che siti wan kembang. Selain itu, program seperti ini juga dapat melahirkan
bakal guru yang serba boleh.

Sebelum melakukan kerja kursus ini, saya tidak pernah tahu bagaimana untuk
melakukan kertas kerja yang baek. Selain itu saya juga memahami cara untuk menguruskan
mesyuarat. Sebelum memahami perkara diatas saya juga telah merujuk beberapa orang
senior bagi menerangkannya.

15
Akhirnya dapat juga saya menyiapkan,tugasan ini hasil pertolongan dan kerjasama
dari ahli kumpulan .Komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan sangat-sangat
dihargai.Saya amat berharap semoga kumpulan kami diberikan markah atau gred yang
tinggi.Sekian,terima kasih.

16
BIBLIOGRAFI

PANDUAN PENGURUSAN PEJABATPP BIL: 5 Tahun 2007(berkuatkuasa mulai 30 April


2007 &menggantikan Arahan Perkhidmatan 1974)

PEMBENTANGAN MESYUARAT ,DALAM PENGURUSAN SESUATU


ORGANISASI/JABATAN ,IPG SULTAN MIZAN

Pembentangan PENGELOLAAN PERTANDINGAN Norazlan bin Ismail MPKTBR

Pembentangan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Norazlan bin Ismail MPKTBR

Pembentangan PENGURUSAN KEWANGAN Norazlan bin Ismail MPKTBR

Pembentangan PENGURUSAN MESYUARAT Norazlan bin Ismail MPKTBR

Pembentangan,PENGELOLAAN AKTIVITI, Norazlan bin Ismail MPKTBR

Vasudewan T. Arasoo (1987) Kegiatan Ko-Kurikulum Penyeliaan Dan Pentadbiran,Siri


Pendidikan Fajar Bakti.

http://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/fokus-kajian-kes.html

tanah.perak.gov.my/hebahan/minit.ppt

web.mit.edu/brlewis/www/minutes/index.html

www.123helpme.com/preview.asp?id=100420

www.exforsys.com/.../the-importance-of-meeting-follow-up.html

www.moa.gov.my/html/.../penulisan%20minit%20mesyuarat.ppt

www.moe.edu.my:8080/c/document_library/get_file?folderId

17

You might also like