You are on page 1of 8

Peranan Dan Tanggungjawab Guru Yang Sewajarnya Sebagai Pendidik

Professional

Pendahuluan

Ada murid yang belajar hanya dari guru di sekolah, disuapi ilmu dan didik
habis-habisan. Ada yang hanya belajar dari katak yang melompat atau angin yang
menghembus pelan lalu berubah menjadi badai yang memporak-perandakan kota dan
desa. Ada yang belajar dari buah manggis yang jatuh di samping bulan yang
tergantung di langit tanpa tangkai. Ada guru yang banyak berkata tanpa berbuat. Ada
yang lebih pandai berbuat daripada berkata. Ada yang mengadunkan kata dan
perbuatan. Yang istimewa di antara mereka adalah apabila kita melihatnya terus akan
mengingatkan kita kepada Allah, ucapannya akan menambah amalan kita dan
amalnya membuatkan kita semakin cinta akhirat. Inilah guru yang sukar di cari ganti,
tetapi ianya dapat diasus di setiap peringkat.

Guru merupakan asas kepada sesuatu pembangunan, dalam erti kata yang lain
guru ialah insan yang berperanan dan bertanggungjawab dalam mendidik di setiap
peringkat masyarakat. Dalam merempuh arus pembangunan di seluruh pelusuk dunia
ini, pelbagai cabaran yang harus diredah oleh guru bagi mendidik masyarakat supaya
tidak terjerumus ke dalam kegelapan kejahilan. Oleh itu peranan dan tanggungjawab
guru menjadi semakin rumit.

Dari segi bahasanya, peranan seorang guru bermaksud bidang tugas yang
dipegang olehnya. Manakala tanggungjawab seorang guru pula membawa maksud
kewajipan yang dipikul olehnya. Oleh yang demikian guru bukanlah hanya
berperanan dalam mendidik masyarakat sejagat, bahkan ianya juga bertanggungjawab
atas setiap yang dididiknya.

Sebagai seorang guru, kita haruslah mengetahui segala peranan dan


tanggungjawab kita. Ini kerana ramai yang bergelar guru tetapi mengabaikan setiap
tanggungjawab. Di sini marilah kita menghayati setiap peranan dan tanggungjawab
guru.
Peranan Dan Tanggungjawab Guru

 Guru Sebagai Tenaga Pendidik

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia juga dilatih
untuk menguasai segala kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan segala
ilmu kepada seluruh masyarakat khususnya kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai
pengamal ilmu perlulah memainkan peranan bagi menyampaikan ilmu yang berguna
dan bermanfaat kepada pelajarnya.

Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khususnya
kemahiran mengajar seperti:

 Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi


manusia.
 Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta
mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
 Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang
diajar.
 Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang dapat mewujudkan murid
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan sempurna.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru haruslah menyedari tugas


dan amanah yang telah diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan
menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan
perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran pada setiap zaman. Untuk
menghadapi cabaran ini, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri
mereka dari masa ke semasa.

Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan


perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan
yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak
kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang
berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai
agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan
kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai
kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa
perubahan semasa.

 Guru Sebagai Pengarah Pembelajaran

Di dalam kelas, guru berperanan sebagai pengarah pembelajarana. Segala gerak


kerja yang berlaku haruslah dirancang dengan sempurna. Walaupun begitu, guru-guru
juga perlu untuk merangka aktiviti yang baru bagi mengelakan kebosanan. Hal
mengenai ini sering kali berlaku kepada pelajar-pelajar yang di peringkat menengah.
Bagi mengelakan masalah ini, segala pembelajaran tidak harus di lakukan sepenuhnya
di dalam kelas, bahkan ianya akan menjadi lebih seronok sekiranya di lakukan di luar
kelas.

 Guru Sebagai Ibu Bapa Kepada Pelajar

Ibu bapa merupakan guru yang paling utama dalam membentuk akhlak anak-anak
mereka ketika mana bersama dengan mereka . setelah musim persekolahan bermula,
kebanyakan pelajar menghabiskan masa mereka di sekolah. Oleh yang demikian
gurulah yang berhak bertindak sebagai ibu bapa mereka yang kedua. Sekolah juga
merupakan sebuah institusi sosial yang melatih generasi muda supaya berilmu
pengetahuan dan berakhlak mulia. Hal ini dapat dicapai sekiranya guru-guru memberi
perhatian yang bersungguh-sungguh bagi menangani gejala sosial yang dihadapi oleh
masyarakat.

Dalam menangani masalah sosial pelajar ini semua pihak perlu merasa ini adalah
tanggunjawab bersama. Pihak sekolah dan guru-guru perlu memainkan peranannya
manakala masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah
dalam melaksanakan tugas berat ini. Namun demikian, kebelakangan ini terdapat
petanda peranan sekolah dalam menangani masalah akhlak dan moral terlalu lemah.
Ini disebabkan oleh kelemahan-kelemahan guru dan ibu bapa seperti hubungan
interpersonal yang renggang, guru yang kurang bermotivasi dan berdedikasi,
hubungan guru dan murid yang tidak harmoni, kurang keperihatinan yang ditunjukkan
oleh guru-guru terhadap masalah murid, tekanan sosial dan emosi yang tinggi yang
dihadapi oleh murid di sekolah,
Masalah sosial yang membabitkan murid sekolah semakin meningkat dan
membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang
hubungannya dengan masyarakat setempat. Banyak masalah murid dan masalah
masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-hal personal murid
dan hal pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh
pihak sekolah.

Pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan dengan


tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan amaran-
amaran keras terhadap ibu bapa yang dianggap sebagai penceroboh.

Hubungan yang terlalu formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar
di setengah-setengah sekolah menjadikan sekolah seolah-olah satu institusi sosial
yang berjauhan antara dua pihak. Ini menyebabkan banyak konflik dan masalah yang
timbul di antara guru-guru, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat.

 Guru Sebagai Pendisiplin

Guru juga insan yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu
mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma
masyarakat. Sejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-tiap buah
sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang
guru yang bertindak sebagai guru disiplin. Tugas guru disiplin ini adalah untuk
memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebut mengikut undang-undang yang
ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan akan dipantau oleh
guru disiplin.

Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Denda yang
setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan. Isunya
sekarang, adakah tugas guru disiplin sekarang dihormati dan menjadi batu penghalang
kepada pelajar untuk melakukan sesuatu kesalahan?. Kehadiran guru disiplin di
sekolah seolah-olah tidak dihiraukan oleh pelajar hatta pihak sekolah sendiri. Sekolah
lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
sesetengah sekolah sanggup untuk memperuntukan sejumlah wang ke arah
kecemerlangan akademik dengan mengabaikan masalah-masalah displin pelajar.
Pihak pentadbir akan mendabik dada sekiranya sekolahnya terdapat ramai pelajar
mendapat ‘A’ dalam peperiksaan ataupun 100% lulus dalam peperiksaan PMR, SPM
dan STPM. Sekolah tidak mengambil kira nilai-nilai yang ditonjolkan oleh setiap
pelajarnya asalkan matlamatnya tercapai iaitu mendapatkan sebanyak mungkin pelajar
mendapat ‘A’.

Masalah pelajar tidak menghormati guru disiplin semakin runcing apabila terdapat
campurtangan ibu bapa yang lebih menyebelahi pelajar. Terdapat satu kes pada
penghujung tahun 1996, seorang guru disiplin dihadap ke muka pengadilan kerana
merotan seorang murid yang melakukan kesalahan disiplin. Seolah-olah di sini guru
disiplin tidak dihiraukan di sekolah. Dengan demikian guru disiplin akan merasa tugas
dan komitmen yang disumbangkan untuk mengawal disiplin dan salah laku pelajar
adalah sia-sia dan tidak memberi kesan . Oleh itu unit displin di sekolah-sekolah
sekarang ini tidak dapat menolong untuk membenteras gejala sosial dengan
sewajarnya.

 Guru Sebagai Contoh Model Hidup

Guru adalah sebagai contoh hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh
teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat
diterapkan dalam jiwa pelajar.

Pada masa kini, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat perindustrian yang


maju dalam teknologi telah mengalami perubahan sosial yang pesat. Oleh itu guru di
sekolah juga hendaklah memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat
dalam semua bidang bagi mencapai kemajuan. Ini bermakna, pendidikan di sekolah
perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan
pelajar mengikut arus pembaharuan semasa. Ini selaras dengan wawasan negara, yang
mementingkan kemajuan teknologi maklumat supaya konsep pendidikan negara
bercorak ke arah bercirikan teknologi secara saintifik. Dalam kata lain tanggungjawab
guru ini menjadi semakin berat dan komplek kerana rakyat masa depan yang hendak
dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dari segi pemikiran dengan nilai
teknologi tinggi semata-mata, tetapi perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan
etika yang murni.
Jika kita lihat untuk mengimbangi faktor ini sukar untuk dicapai. Selaras dengan
kemajuan teknologi. Kini masalah keruntuhan moral pelajar semakin menjadi-jadi.
Baru-baru ini di dalam akhbar tempatan turut menyuarakan pendapat dan rungutan
ibu bapa mengenai masalah anak dan komputer. Seorang bapa mengadu tingkahlaku
anaknya berubah menjadi liar dan berperangai tidak senonoh berikutan dengan
pertambahan pengetahuan dan maklumat dari internet yang tidak bertapis. Pelajar
mudah mendapatkan sebarang maklumat sama ada sesuai atau tidak dengan cara yang
lebih mudah di zaman kemajuan teknologi maklumat kini. Penerapan nilai murni dan
ketahanan jiwa pelajar perlu disemai oleh guru sebagai pendidik di sekolah di
samping ibu bapa di rumah. Sekiranya ia tercicir dari landasan untuk mencapai hasrat
ini maka akan timbul masalah di kalangan pelajar seperti wujudnya pelbagai masalah
yang menjurus mereka ke arah keruntuhan akhlak remaja masa kini. Sehubungan
dengan itu guru perlu berpaling kepada tugas-tugas yang lebih mencabar dan menguji
kewibawaan guru tersebut di samping tugas utamanya sebagai penyampai ilmu
pengetahuan.

 Guru Sebagai Kaunselar

Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian


pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk
mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap
buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang bermasalah.
Pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah
sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh
masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah
termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap
masalah pelajar.

Namun persoalannya, mampukah program seumpama ini menangani atau


sekurang-kurangnya mengurangi masalah pelajar dari sudut akademik, peribadi
ataupun tingkahlaku pelajar ?. Jika dikaji dengan mendalam, unit kaunseling yang
beroperasi di sekolah telah wujud sejak tahun 1964 lagi, tetapi lebih dikenali sebagai
perkhidmatan bimbingan kerjaya. Bimbingan kaunseling dan Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) pula mula dikenali dalam tahun 1980 an. Kewujudan PRS ini seolah-
olah tidak memberi sebarang makna kerana peranannya agak kabur dan tidak ditonjol
sepenuhnya. Kewujudannya seperti kelab dan persatuan ko-kurikulum yang lain di
sesebuah sekolah. Buktinya, sehingga hari ini masih lagi terdapat pelajar-pelajar yang
terbabit dengan pelbagai masalah sosial atau kes salah laku seperti kes juvana yang
menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan terutamanya di sekolah yang
terletak di kawasan-kawasan bandar. Berita-berita ini sering di dedahkan di dada-data
akhbar. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh majalah MASSA, Mac 1997, jumlah
tangkapan pelajar dalam pelbagai salah laku meningkat iaitu pada tahun 1994 jumlah
tangkapan 3247 pelajar, tahun 1995 jumlah tangkapan 4192 pelajar dan pada tahun
1996 jumlah tangkapan meningkat lagi dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak 4601
pelajar.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis Bukit Aman Kuala
Lumpur, jumlah tangkapan kes juvana mengikut pecahan umur 10 tahun hingga 18
tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat membimbangkan. Dalam tahun 1995,
bilangan pelajar yang ditanggap kerana kes juvana sahaja dari umur 10 tahun hingga
18 tahun adalah seramai 4,192 orang. Ini belum lagi dicampur dengan jumlah pelajar
yang terbabit dengan kesalahan tingkahlaku. Walaupun tidak semua tangkapan kes
juvana melibatkan pelajar sekolah tetapi secara rambangnya tahap umur 10 tahun
hingga 18 tahun melayakkan mereka dikategorikan sebagai pelajar. Sekiranya mereka
tidak terkandas dalam peperiksaan, dibuang sekolah atau malas belajar mereka masih
di alam persekolahan.

Menyedari hakikat inilah, Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk


mewujudkan perkhidmatan kaunselor sepenuh masa yang bersifat proaktif dan
bertaraf profesional di setiap sekolah menengah secepat yang mungkin. Walaupun
begitu, kewujudan kaunselor sepenuh masa masih lagi belum cukup untuk
mengurangkan permasalahan ini. Bagi langkah berjaga-jaga semua guru di setiap
peringkat haruslah di beri khusus sebagai kaunselor. Hal ini bagi meperbanyakkan
kaunselor di setiap sekolah. Guru-guru haruslah sentiasa memantau segala gerak kerja
murid-muridnya supaya mereka tidak terjerumus ke dalam alam yang tidak berfaedah.

Mewujudkan ramai kaunselor di tiap-tiap buah sekolah amat dialu-alukan.


Bagaimanapun, selain daripada menumpukan perhatian di dalam mewujudkan
kaunselor di sekolah-sekolah, perkara penting yang perlu di beri perhatian ialah
kemudahan untuk kaunselor menjalankan tugas mereka. Guru-guru perlu di beri
kefahaman mengenai tugas kaunselor agar pihak guru dan kaunselor dapat
bekerjasama antara satu sama lain.

Kehadiran guru kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani


masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tuampuan sepenuhnya kepada
pelajar. Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung.
Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi
perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran guru kaunselor
di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan
pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua
bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.

Kesimpulan

sebagai seorang guru yang berada di alam yang serba canggih ini kita haruslah
bergerak pantas seperti mana alam ini bergerak. Seorang guru yang ketinggalan akan
menyebabkan kecuaian terhadap muridnya. Bagi cadangannya di sini, saya
menyarankan kepada seluruh warga yang bergelar pengajar supaya menimba segala
ilmu pendidikan supaya kita tidak terleka seperti katak yang berada di bawah
tempurung.

Penutup

Guru merupakan seorang pendidik yang di beri amanah supaya membimbing


masyarakat ke jalan yang berilmu bukanlah sebagai pembimbing kejalan keduniaan
semata-mata. Ingatlah wahai guru-guru sekalian bahawa setiap yang kumu pimpin
akan disoal kelak.

You might also like