You are on page 1of 49

Laporan

EKSEKUTIF 1995 -
2000
PERSATUAN PENCAK SILAT GERAK
41

 Matlamat dan Tujuan

 Pengurusan dan Pentadbiran

 Kurikulum dan Sukatan

Pelajaran

 Jenis-Jenis Mesyuarat
 Gelanggang dan Cawangan

 Kegiatan Tahunan

 Kegiatan Intelektual dan E-

Silat
1. MATLAMAT DAN TUJUAN

Kegiatan Persatuan Pencak silat Gerak 41 (PSPSG41) sebenarnya


sudah bermula sejak tahun 1981, kemudian diterima secara rasmi
sebagai ahli bergabung PERSIB pada 30hb. Mei, 1988. Pada tahun
1995 PSPSG41 mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama
seterusnya mengesahkan dan menguatkuasakan perlembagaan
PSPSG41 pada 29hb. Januari, 1995. Sejak itu kegiatan PSPSG41
semakin terancang dan tersusun rapi berdasarkan objektif
persatuanyang digariskan dalam perlembagaan iaitu;

1.1 Mengetengahkan bahagian dari kekayaan dan kelainan aliran


Pencak Silat Brunei Darussalam (Cakak) dan Pancak Silat Gerak
41.

1.2 Menjambatani masyarakat kepada Pencak Silat dan


memotivasi generasi muda khususnya, untuk mendekati,
mempelajari dan mengilmui Pencak Silat.

1.3 Memartabatkan Pencak Silat ke tahap yang lebih unggul,


ilmiah dan disenangi dengan segala kekhususannya dan
keunikannya yang menjurus kepada pemurnian.

1.4 Memanfaatkan disiplin Pencak Silat sebagai wahana pengisian


jelama Brunei Darussalam dan wadah kreatif penyaluran ilmu
dan nilai-nilai luhur.

1.5 Memanipulasikan media Pencak Silat dalam pengaktualisasian


falsafah Melayu Islam Beraja.

1.6 Menampilkan Pencak Silat sebagai salah satu komponen aktif


dalam proses pembangunan agama, bangsa dan negara.

2. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PSPSG41 diurustadbir oleh dua majlis iaitu Majlis Kehormat dan


Majlis Eksekutif. Majlis Kehormat adalah kehormatan tertinggi
terdiri dari penasihat, pengasas atau pendiri yang merupakan
sumber atau rujukan tertinggi khusus dalam hal ehwal persilatan.
Manakala Majlis Eksekutif adalah jawatankuasa yang berperanan
secara langsung dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
persatuandalam menjalankan tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan. Ahli Majlis Kehormat (Lampiran A) dan
Majlis Eksekutif (Lampiran B) bagi sesi 1998/2000 ada dilampirkan.

3. KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN


Sebagai sebuah persatuanmoden beberapa pembaharuan telah
diperkenalkan agar pengajaran dan pembelajaran pencak silat
menjadi lebih sistematik. Antaranya PSPSG41 berjaya menyusun
kurikulu

4. JENIS-JENIS MESYUARAT

Dalam merancang kegiatan dan perkembangan, PSPSG41 secara


berterusan mengadakan beberapa jenis mesyuarat iaitu;
4.1 Mesyuarat Agung diadakan setiap 2 tahun sekali.
4.2 Mesyuarat Eksekutif diadakan setiap 2 bulan sekali.
4.3 Mesyuarat Teknikal diadakan sebelum sesuatu projek
dilaksanakan.
4.4 Mesyuarat Penggal diadakan 3 bulan sekali.
4.5 Mesyuarat Tergempar diadakan bila wujud sesuatu masalah
yang perlu diselesaikan segera.
4.6 Mesyuarat Akhir Tahun diadakan di penghujung tahun
sebagai langkah penilaian kegiatan.

5. GELANGGANG DAN CAWANGAN

Terdapat 3 jenis Gelanggang PSPSG41 dengan taraf masing-


masing iaitu Gelanggang Pusat, Gelanggang Khas dan
Gelanggang Cawangan. Berkat ketitihan mengembangkan
persatuanakhirnya PSPSG41 berjaya membuka Gelanggang atau
Cawangan di keempat-empat daerah yang pada masa ini
berjumlah 18 buah cawangan seluruh negara iaitu;

5.1 Gelanggang Pusat (Gelanggang Berjasa, Kg. Setia B)


Keramaian Ahli: 100 orang
Jurulatih: Hj. Ramlee Hj. Shahdan (Guru Muda)
Jadual Latihan: Setiap Jum`at dan Ahad

5.2 Gelanggang Khas

5.2.1Gelanggang Guru Tua I, Kg. Burung Lepas


5.2.2Gelanggang Guru Tua II, Perumahan Tungku
5.2.3Gelanggang Guru Utama, Kg. Mata-Mata
5.2.4Gelanggang Ketua Jurulatih, Kg. Salambigar

5.3Gelanggang Cawangan

5.3.1Cawangan Pusat Belia, Bandar Seri Begawan


Keramaian Ahli: 70 orang
Jurulatih: Artison Hj. Mohamad (Jurulatih Tingkat I)
Jadual Latihan: Setiap Isnin dan Khamis

5.3.2 Gelanggang Seri Kencana, Cawangan SM


Awang Semaun, Sungai Kebun
Keramaian Ahli: 60 orang
Jurulatih: Anuar Hj. Minggas (Jurulatih Tingkat I)
Jadual Latihan: Setiap Isnin dan Khamis

5.3.3 Cawangan SM Sayyidina Umar al-Khattab, Mukim


Lumapas
Keramaian Ahli: 70 orang
Jurulatih: Hj. Aziz Hj. Ajak (Jurulatih Muda)
Jadual Latihan: Setiap Selasa dan Rabu

5.3.4 Gelanggang Jerudong*


Keramaian Ahli: 20 orang
Jurulatih: Jasmin Hj. Mohamad (Guru Muda)
Status: Direhatkan.

5.3.5 Cawangan SM Sayyidina Hassan, Tanjung


Bunut
Keramaian Ahli: 40 orang
Jurulatih: Rozaiman Makmun (Guru Muda)
Jadual Latihan: Setiap Isnin dan Rabu

5.3.6 Cawangan Universiti Brunei Darussalam, Tunku


Keramaian Ahli: 60 orang
Jurulatih: Zulkifli Lareho dan Zatul Karamah
(Jurulatih Muda)
Jadual Latihan: Setiap Isnin dan Khamis

5.3.7 Cawangan Maktab Duli PMAMB, Gadong*


Keramaian Ahli: 30 orang
Jurulatih: Nurulhikam Hj. Mat Din
Status: Dinilai kembali

5.3.8 Cawangan Temburong, Mukim Amo & Kg. Piasau-Piasau


Keramaian Ahli: 50 orang
Jurulatih: Shahmin Abdullah (Jurulatih)
Jadual Latihan: Setiap Jum`at dan Ahad

5.3.9 Cawangan SM Berakas, Jalan Muara


Keramaian Ahli: 40 orang
Jurulatih: Jamarul Dahlan (Jurulatih Muda)
Jadual Latihan: Setiap Selasa dan Khamis
5.3.10Cawangan SR Anggerek Desa, Berakas
Keramaian Ahli: 90 orang
Jurulatih: Cikgu Bakri Hj. Bintang (Jurulatih Muda)
Jadual Latihan: Setiap Jum`at

5.3.11Cawangan BSRC, Panaga Seria


Keramaian Ahli: 30 orang
Jurulatih: Abd. Rashid Hj. Hamdan (Jurulatih Tingkat
I)
Jadual Latihan: Setiap Selasa

5.3.12Cawangan Kompleks Sukan Tutong, Tutong


Keramaian Ahli: 120 orang
Jurulatih: Abd. Rashid Hj. Hamdan (Jurulatih Tingkat
I)
Jadual Latihan: Setiap Jum`at

5.3.12Cawangan SMJA, Bandar Seri Begawan


Keramaian Ahli: 30 orang
Jurulatih: Khairul Nasrin Hj. Awg. Besar
Jadual Latihan: Jum`at dan Ahad

Keramaian ahli yang disebut di atas adalah berdasarkan pendaftaran


awal yang hanya dicatatkan mulai tahun 1996. Sedangkan ahli-ahli
yang sebelumnya langsung tidak dicatat. Jadi adalah sukar
menentukan jumlah sebenar keseluruhan ahli PSPSG41 disamping
terdapatnya beberapa pesilat senior yang melatih secara bersendirian
dan tidak mendaftarkan ahli mereka. Oleh yang demikian statistik di
atas yang berjumlah 810 adalah keahlian sejak tahun 1996.

6 KEGIATAN TAHUNAN

Berikut adalah beberapa kegiatan PSPSG41 yang diungkayahkan


secara berterusan (ongoing project) yang selalunya dijadikan
projek tahunan perguruan.

6.1 Nobat Prasetia: Pengertian istilah menurut Kamus Dewan;


NOBAT: Gendang besar, duduk di penghadapan, dihadap
orang. PRASETIA: Niat atau janji yang teguh. Dalam konteks
PSPSG41 “NOBAT PRASETIA” adalah satu majlis beradat yang
menandakan bermulanya kegiatan perguruan, didasari oleh
semangat dan kesatuan, dalam rangka memajukan
PersatuanPencak silat Gerak 41. Disamping itu NOBAT
PRASETIA juga adalah simbolik membuka gelanggang bagi
tiap-tiap cawangan PSPSG41 oleh Ketua Gelanggang
(Jurulatih) masing-masing mengikut adat, adab dan tertib
yang ditentukan. Jadi Nobat Prasetia adalah acara
pembukaan PSPSG41 apabila memasuki musim atau tahun
baru.

6.2 Hari Kebangsaan: KKBS melalui Bahagian Kebudayaan


hampir setiap tahun turut melibatkan PSPSG41 bagi acara
persembahan padang.

6.3 Demo Silat: Demonstrasi Pencak Silat adalah instrumen


utama persatuandalam mengembangkan cawangan ke
seluruh negara sekaligus sebagai alat untuk me“recruit” ahli-
ahli baru. Biasanya sasaran Demo Silat adalah sekolah-
sekolah menengah dan rendah kerajaan dengan kerjasama
Pengetua atau Guru Besar sekolah berkenaan.

6.4 Tamu Silat: Projek ini baru diperkenalkan pada tahun 2000
yang insya-Allah akan dijadikan sebagai acara tahunan. Tamu
Silat bertujuan mempertemukan perguruan-persatuansilat
dalam satu gelanggang yang dipenuhi rasa persaudaraan.
Dengan demikian masing-masing persatuandiberi
kesempatan menampilkan aliran permainan sebagai promosi
persilatan mereka.

6.5 Kem Kerabat: Kem Kerabat dihasratkan dapat menampung


dan mengisi musim cuti sekolah ahli-ahli (kerabat) PSPSG41
dengan aktiviti-aktiviti sehat dan positif yang bersifat
educational dalam masa yang sama cuba menanamkan
semangat sepersatuanwalaupun berlainan cawangan. Jadi
Kem Kerabat adalah media persatuanuntuk menghimpunkan
seluruh kerabat yang aktif untuk berekreasi bersama
keluarga di musim cuti penggal persekolahan.

6.6 Ekspedisi Silat: Ekspedisilat adalah merupakan kembara


atau perjalanan kerabat yang kanan (senior) ke destinasi-
destinasi tertentu dalam rangka memperkaya dan
memantapkan pelajaran yang diterima.
6.7 Doku Silat: Persatuanjuga cuba mendokumentasikan
(merakamkan) secara perlahan-lahan dan berperingkat-
peringkat teknik-teknik tempur, jurus, bunga, langkah, jalan
dan sebagainya untuk rujukan sesama kerabat khususnya
para Jurulatih cawangan.

6.8 PANCA: PANCA adalah akronim bagi Pertandingan Antara


Cawangan PSPSG41. PANCA diadakan bagi memilih wakil
rasmi PSPSG41 ke setiap kejuaraan daerah, kebangsaan
hinggalah ke peringkat antarabangsa.
6.9 Hari Keputeraan: Seperti biasa setiap kali menjelang
musim perayaan Hari Keputeraan PSPSG41 akan terlibat
melalui 2 jalur utama iaitu sebagai jawatankuasa
penyelenggara dan juga berpartisipasi sebagai atlit pencak
silat untuk sama-sama memeriahkan sambutan perayaan.

6.10 Anugerah Sukmawira: Ini adalah progam penghargaan


bagi kerabat yang telah berjaya mengharumkan nama
perguruan, memberi sumbangan yang bermakna,
mengembangkan persatuansecara aktif, bersaing di jalur
prestasi tinggi sebagai atlit elit negara dan sebagainya.
Kekadang anugerah juga diberikan kepada aktivis pencak
silat kalangan bukan ahli PSPSG41 sebagai mengenang dan
menghargai sumbangan mereka yang turut menjulang tinggi
dan mewarnai persada persilatan tanahair.

6.11 Silathon: Silathon diungkayahkan bagi mengukuhkan


kedudukan kewangan persatuandisamping dapat memberi
sedikit sumbangan kepada - kebajikan. Semasa Silathon yang
pertama PSPSG41 telah berjaya mengumpulkan sumbangan
derma lebih B$10,000 ringgit daripada keluarga ahli, orang
ramai dan syarikat swasta.

6.12 Bengkel Kejurulatihan: Bengkel diadakan khusus untuk


para Jurulatih Muda dan Jurulatih PSPSG41 agar lebih
berwibawa, dipercayai, bertanggungjawab dan yang penting
agar mereka mampu menyampaikan aliran silat Gerak 41
secara benar mengikut kurikulum dan sukatan pelajaran yang
telah ditentukan dan materi standard yang berlaku di dalam
perguruan.

6.13 Latihan Eksklusif: Latihan ini khusus untuk pesilat kanan


(pemegang Arat Merah ke atas) PSPSG41 sebagai ruang
untuk mengulangkaji pelajaran lalu serta pemerkasaan
pesilat dengan kaedah, teknik, taktik, strategi atau
ringkasnya ilmu silat yang lebih advance lagi.

6.14 UKA: UKA adalah akronim bagi Ujian Kenaikan Arat lazimnya
diadakan setiap 6 bulan sekali mengikut pencapaian dan
kemampuan kerabat. UKA bermula dengan peringkat Arat
Putih (Asas), kemudian Arat Kuning (Rendah), seterusnya
Arat Merah (Menengah), baru naik ke Arat Hijau (Lanjutan)
yang membawa pangkat Jurulatih Muda, terakhir diadakan
ujian ke Arat Hitam (Tinggi) iaitu kelayakan sebagai Jurulatih
penuh. Biasanya peningkatan dari Arat Putih membawa ke
Arat Hitam memakan masa 7 tahun.

6.15 Seri Pahlawan: Seri Pahlawan adalah gelar kumpulan yang


diberikan kepada 10 orang kerabat PSPSG41 yang telah
diserapkan dalam Seri Irama Group. Melalui Group ini
mereka turut mempromosikan persilatan Gerak 41 di jalur
performing art secara professional.

6.16 Trasila: Kegiatan PSPSG41 biasanya diakhiri dengan Trasila


iaitu singkatan bagi Tratak Silaturrahim. Trasila berfungsi
sebagai majlis penutup gelanggang atau penutup kegiatan
persatuansetiap hujung tahun, majlis juga diteruskan dengan
Mesyuarat Akhir Tahun bagi merumuskan, menilai dan
merancang kegiatan tahun berikutnya.

7 KEGIATAN INTELEKTUAL DAN E-SILAT

7.1 Dengan perkembangan kegiatan, keahlian dan cawangan


PSPSG41 telah memperkenalkan sebuah newsletter rasmi
persatuandengan nama Warta Gerak 41. Dengan warta ini
pihak pengurusan dan pentadbiran pusat dapat
memberitahukan perkembangan semasa dan maklumat-
maklumat yang perlu diketahui oleh seluruh kerabat
PSPSG41. Dengan maklumat atau cerita yang sama
diharapkan dapat pula menanamkan citarasa, jatidiri dan
semangat sepersatuanyang murni.

7.2 PSPSG41 juga kerap menyumbangkan artikel mengenai


kegiatan semasa persatuankepada Media Permata atau
mendapat liputan oleh Borneo Bulletin. Disamping media
cetak tempatan artikel PSPSG41 juga dipaparkan dalam
kolum khas oleh majalah luar negeri seperti Majalah Seni
Beladiri Malaysia.

7.3 Signifikan disebut persepsi kalangan reformis PSPSG41


bahawa perkembangan Information and Communication
Technology sangat wajar dimanipulasikan sebagai wahana
menduniakan pencak silat Brunei Darussalam. Atas
landasan pemikiran ini al-Hamdulillah PSPSG41 telah
berjaya melancarkan Laman Web rasmi persatuandi alamat
http://www.silatbrunei.org. Perkembangan terbaru
PSPSG41 turut menggunakan Egroup juga atas alamat
silatbrunei@egroups.com sebagai forum menyampaikan
informasi dan komunikasi sesama kerabat. PSPSG41 juga
memanfaatkan internet untuk menyimpan dokumen-
dokumen penting persatuandi http://www.freedrive.com
Sedikit cerita dari e-silat ini PSPSG41 telah menerima
ucapan penghargaan, salam perkenalan bahkan keinginan
untuk belajar dengan PSPSG41 dari USA, UK, Afrika Selatan
dan sebagainya.

LAPORAN KEGIATAN
PERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN
1995
Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung PSPSG41

JANUARI

29.1.1995 / 2.00 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia: Penutupan Gelanggang dan
Persidangan Agung pertama PSPSG41. Tetamu Kehormat majlis ialah Awang Sumadi
bin Sukaimi, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (JBS).

FEBRUARI

Rehat sempena puasa Ramadan dan Hari Raya `Adi il-Fitri.

MAC

19.3.1995 / Ahad / 2.00 petang / Bilik Mesyuarat, Stadium Negara Hassanal Bolkiah:
Majlis Dialog JBS & MBDBM dan Kerabat. DP, YDP, TYDP dan SUA sebagai perwakilan
PSPSG41 telah turut diundang oleh MBDBM bagi menghadiri Majlis Dialog tersebut
berkisar sekitar pergerakan belia dan pembangunan negara. Majlis merasakann
perlunya memikirkan semula arah perjalanan belia. Sewajarnyalah fokus pergerakan
belia menjurus ke arah melahirkan belia berkualiti, seimbang dan berdaya maju.
Pedoman hidup belia adalah Berjihad Untuk Mencapai Kemenangan dan Keredaan
Allah. Majlis menyimpulkan; 1. Perlunya model program belia, 2. Wujudkan jaringan
(network)/rangkaian kerja antara sesama organisasi belia dan JBS, 3. Tempat
pelaksanaan aktiviti belia yang bersesuaian,4. Program belia yang sifatnya semi
akademik, 5. Sikap kepemimpinan.

24.3.1995 / Jum`at / 2.00 petang / Rumah DP (Tuan Haji Musa): Mesyuarat Tergempar
yang pertama selepas Sidang Agung. Hadir: DP, YDP, TYDP, NYDP I, NYDP II & SUA.
Sidang mesyuarat membincangkan dan mengesahkan pengunduran diri Makmun bin
Hj. Masri selaku NYDP I. Majlis melantik Abdullah bin Hj. Abd. Rahman (NYDP II) bagi
menyandang jawatan NYDP I yang baru. Majlis juga sepakat melantik Hj. Abd. Wahab
bin Hj. Salleh bagi menduduki jawatan NYDP II yang baru dikosongkan.

APRIL

6.4.1995 / Khamis / 9.00 pagi – 4.00 petang: Lawatan ke Pasukan Polis Di-Raja Brunei
dan Demonstrasi Pencak Silat. Seramai lebih kurang 40 orang ahli termasuk Guru
Utama dan Jurulatih telah mengikuti lawatan tersebut, antara bahagian-bahagian
yang dilawati ialah Kawat, Rusuhan (RU), Kelas, Model Mahkamah, Model Balai Polis &
Lock-Up, dan Dewan Persidangan. Di Dewan Persidangan ahli-ahli telah
mendengarkan ceramah khas bertajuk Jenayah Belia – Penglibatan Dalam Dadah.
Selesai sesi ceramah PSPSG41 berpeluang pula mempersembahkan demonstrasi
Pencak Silat di hadapan Timbalan Penguasa Polis/Pesuruhjaya Polis dan Pegawai-
Pegawai Kanan, disamping peserta dan penonton bagi pertandingan akhir Bola
Tampar Pasukan Polis Di-Raja Brunei. Bahagian terakhir yang dilawati selepas demo
ialah Cawangan Lalulintas dan Peronda.

17.4.1995 – 11.6.1995 / 3.00 – 6.00 petang / Gelanggang Pencak Silat, SNHB: Kursus
Wasit Juri. Mewakili PSPSG41 ialah Rozaiman, Ak. Shamsul Bahri, Mohd. Arshad dan
Mohd. Alif Syafi‘i. Kesemua mereka telah berjaya menamatkan Kursus Wasit Juri
dengan cemerlang, yang berlangsung selama 8 minggu setiap hari Jum`at dan Ahad.

MEI

18.5.1995 / Khamis / 9.00 - 11.00 pagi / Bilik Gerakan Silaturrahim, Pejabat Daerah
Brunei dan Muara: Mesyuarat Pertandingan Silat Cakak Asli Brunei, Pencak Silat
Melayu, Pencak Silat Olahraga dan Pencak Silat Seni sempena sambutan Hari
Keputeraan KDYMM Sultan. Hadir: DP, YDP dan SUA. Wakil PSPSG41 telah
menyuarakan tentang nasib Pencak Silat Seni yang semakin diketepikan dan kurang
diberi perhatian sebagaimana Pencak Silat Olahraga dan seterusnya mencadangkan
agar Pencak Silat Seni turut dipertandingkan dalam acara Pencak Silat sempena Hari
Keputeraan.

JUN

6.6.1995 / Selasa / 8.30 – 9.00 pagi: YDP dan SUA mengadakan perjumpaan dengan
Guru Besar dan Guru Pengawas ECA Sekolah Rendah Mata-Mata Gadong bagi
membincangkan kemungkinan dan kesediaan Guru Besar membenarkan PSPSG41
membuka gelanggang dan menjalankan latihan Pencak Silat dengan menggunakan
Dewan SRMM. Jawapan yang diterima adalah positif dan disambut baik oleh pihak
sekolah.

7.6.1995 / Rabu / 2.00 petang / Bilik Gerakan Silaturrahim, Pejabat Daerah Brunei dan
Muara: Mesyuarat Teknikal. Iaitu membincangkan persiapan bagi pertandingan
Pencak Silat sempena Hari Keputeraan. Antara agenda yang dibincangkan saranan
dan buah fikiran wakil PSPSG41 dalam mesyuarat 18.5.1995 telah diberi perhatian
dan dipertimbangkan. Hasilnya, ahli sidang telah memutuskan untuk meniadakan
Pertandingan Pencak Silat Olahraga sempena Hari Keputeraan ini dan digantikan
dengan Pertandingan Pencak Silat Seni. Ini merupakan suatu yang bermakna bagi
PSPSG41 dalam upaya memartabatkan Pencak Silat Seni khususnya yang identik
dengan Negara Brunei Darussalam.

13.6.1995 / Selasa / 5.30 petang / Bilik Mesyuarat SNHB: Mesyuarat Pertandingan


SCAB dan PSM sempena Hari Keputeraan. Mesyuarat telah dipengerusikan sendiri
oleh YDP PERSIB. Wakil PSPSG41: DP, YDP, TYDP dan SUA. Agenda mesyuarat 1.
Pertandingan SCAB dan PSM, 2. Pertandingan PS Olahraga, 3. Persembahan Pencak
Silat.

16.6.1995 – 17.6.1995 / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: Pertandingan Olahraga


Pencak Silat Terbuka, PERSIB. Beberapa tenaga utama dalam PSPSG41 telah dilantik
menjadi jawatankuasa dan dipinjamkan bagi sama-sama menjayakan pertandingan
tersebut, antara mereka ialah; DP (Hj. Musa): Duduk di Dewan Pendekar. YDP (Hj.
Ibrahim): Penyambut Tetamu dan Pengawas Jemputan. TYDP (Cikgu Nasib): Penjaga
Masa. NYDP I (Abdullah): Penjaga Lampu. SUA (Cikgu Rusli): Juruacara I. B (Jasmin):
Pemukul Gong. TB (HJ. Ramlee): Pemukul Gong. AK. Shamsul Bahri: Juruacara II.
Mohd. Arshad: Pemungut Kertas Penilaian.

20.6.1995 / Selasa / 9.00 – 10.30 pagi / Bilik Gerakan Silaturrahim, Pejabat Daerah
Brunei dan Muara: Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan SCAB & PSM dan
Persembahan Pencak Silat sempena Hari Keputeraan. Hadir DP, YDP dan SU. Agenda:
Ramai dan peserta perlawanan, Perincian perlawanan, Persembahan dan lain-lain.

21.6.1995 / Rabu / 9.00 pagi / Bilik Bacaan, Pusat Belia: Taklimat Jama`ah Hakim
SCAB & PSM sempena Hari Keputeraan.

23.6.1995 / Jum`at / 9.30 – 10.30 pagi / Dewan Gerak Badan Polis Jerudong: DP, YDP,
SUA mengadakan perjumpaan dan taklimat dengan Pg. Bakar dan Pg. Sabtu antara
ahli Dewan Guru (DG) PSPSG41 bagi membincangkan kemungkinan membuka
gelanggang di Balai Polis Jerudong bagi anak-anak remaja Polis sekitar Balai Polis
Jerudong. Latihan insya-Allah akan dimulakan hari Ahad ini.

25.6.1995 / Ahad / 9.00 – 10.30 pagi / Dewan Gerak Badan, Balai Polis Jerudong:
Latihan pertama bagi ahli-ahli baru PSPSG41 cawangan Balai Polis Jerudong.

_____ / 3.00 petang / Pusat Belia: Cabutan undi untuk peserta-peserta yang menyertai
Pertandingan SCAB & PSM bagi kategori Remaja dan Dewasa.

26.6.1995 – 28.6.1995 / 2.00 petang / Dewan Muhibbah: Latihan Persembahan


Pencak Silat sempena Hari Keputeraan bagi wakil-wakil persatuanyang terlibat iaitu
guru dan jurulatih.

30.6.1995 – 1.7.1995 / Jum`at dan Sabtu / Dewan Muhibbah: Pertandingan SCAB &
PSM pusingan awal sempena Hari Keputeraan.

JULAI

2.7.1995 / Ahad / 7.30 malam / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: Pertandingan SCAB &
PSM sempena Hari Kepuetraan peringkat separuh akhir dan akhir. Ariffin peserta
PSPSG41 berjaya masuk ke peringkat akhir bagi SCAB kategori remaja manakala
Rozaiman, Mohd. Ali Hanafiah dan Idris berjaya ke peringkat akhir bagi PSM kategori
Dewasa.

11.7.1995 – 13.7.1995 / Sehari suntuk / Dewan Muhibbah: Pertandingan Pencak Silat


Olahraga Remaja.

14.7.1995 / Jum`at / 8.00 pagi – 5.00 petang / Dewan Muhibbah: Pertandingan Pencak
Silat Seni.

21.7.1995 / Jum`at / 2.00 petang – 11.00 malam / Pusat Belia: Pertandingan SCAB,
PSM dan PSS (Pencak Silat Seni) peringkat kebangsaan 1995. Dan pertandingan akhir
Pencak Silat Olahraga terbuka PERSIB. DP (Hj. Musa) dilantik menjadi Pengurus
Pasukan bagi Daerah Brunei dan Muara. YDP (Hj. Ibrahim) pula dilantik memegang
jawatan Jurulatih Seni bagi Daerah Brunei dan Muara sekaligus selaku Pengawas
Peserta. TYDP – Pemyambut Tetamu, NYDP I – Pemukul Gong, SUA – Juruacara, B & TB
– Penjaga Masa.

22.7.1995 / Sabtu / 8.00 malam / Pusat Belia: Pertandingan diteruskan bagi acara
akhir SCAB, PSM dan PSS.

24.7.1995 – 25.7.1995 / Pusat Belia: Pertandingan Pencak Silat peringkat kebangsaan


diteruskan dan penyampaian hadiah kepada pemenang dan cenderamata kepada
jawatankuasa dan para wasit, juri dan hakim.

30.7.1995 / Ahad / 9.00 pagi – 12.00 tengahari / Tanjung Bunut: PSPSG41 terlibat
sama dalam Majlis KDYMM Bersama Rakyat bagi Daerah Brunei dan Muara di Sekolah
Menengah Saiyyidina Hassan bagi acara 1. Persembahan Seni Pencak Silat Gabongan
PERSIB, 2. Memata-matai bahan pameran bagi kejirana dan belia.

OGOS

6.8.1995 / Ahad / 9.00 pagi: PSPSG41 dikiutsertakan dalam Perarakan Berganduri


bersama Jawatankuasa Kejiranan Kampung, Pasukan Polis Di-Raja Brunei sempena
perayaan Hari Keputeraan.

7.8.1995 – 14.8.1995 / Gelanggang Pencak Silat, SNHB: Kursus Jurulatih Pencak Silat
Olahraga, kali pertama 1995. Mewakili PSPSG41: YDP, NYDP dan Hamidon bin
Othman.

SEPTEMBER

16.9.1995 / Sabtu / 7.30 – 8.00 pagi / RTB: SYA diundang ke Studio 1, RTB bagi
diwawancarai dalam rancangan Rampai Pagi, bersama pengacaranya Hj. Bahmin.
To[pik wawancara ialah mengenai Majlis Pembukaan Gelanggang, Penyerahan Arat
dan Perlantikan Jurulatih Muda yang dilangsungkan pada 17hb. September, 1995 di
Pusat Belia mulai jam 2.30 petang.

17.9.1995 / Ahad / 2.00 petang / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: Majlis Pembukaan
Gelanggang, Penyampaian Arat dan Perlantikan Jurulatih Muda PSPSG41. Tetamu
Kehormat YAM Pg. Penggawa Pg. Hj. Mokhtar Puteh bin Pg. Hj. Rajid YDP PERSIB.
Sebelah pagi AJK membuat persiapan teknikal, jamuan dan lain-lain. Tepat jam 1.00
petang para ahli berkumpul, 200 petang jemputan dan para ibu-bapa/penjaga ahli
hadir. Kira-kira 2.45 petang majlis dimulakan. Kumpulan Putra Seni (KPS) tuturt
diundang bagi mengiringi majlis dengan orkestra gulintangan. Majlis berjalan lancar,
lebih teratur, kemas dari yang pertama. Kehadiran juga memuaskan baik ahli
mahupun badasn induk, PERSIB. Antara yang turut hadir SUA PERSIB, Hj. Alidon, Hj.
Kuming, Pg. Hj. Jaluddin, Hj. Zulkifli, Hj. Pulau, Guru Silat Cengkaman Harimau Ghaib
(Sulaiman) dan ahli-ahlinya, Pengetua SMAS, Timbalan Pengarah JBS dan Penasihat
PSPSG41 Awang Sumadi. Ahli-ahli cawangan Jerudong, Temburong, SMAS, SMML,
UBD, Pusat Belia dan Gelanggang Utama. * Satu dari slot yang cukup mengharukan
Pg. Penggawa ketika membuat sabda semena-mena mengalirkan air mata. Mungkin
mengingatkan penerimaan, pergolakan dan pergerakan persilatan tanahair. Pada
majlis seumpama ini yang pertama, semasa membuat sabda juga, YAM telah
mengumumkan PSPSG41 sebagai persatuancontoh.
27.9.1995 / Rabu / 2.30 petang / Pejabat Pemangku Timbalan Pengarah, JBS: Secara
tidak formal mengadakan dialog bersama Awang Sumadi. Hadir dalam majlis dialog
ini DP, YDP, TYDP, SUA dan Hj. Pulau. Hasil perbincangan sangat memberangsangkan
dan lunak-lunak belaka. Dialog adalah sekitar hura-hura mengadakan pertandingan
SCAB & PSM yang disempenakan dengan Jubli Perak BSB, Awang Sumadi mengalu-
alukan projek yang dicadangkan.

30.9.1995 / Sabtu / 8.00 pagi / Pejabat Pg. Penggawa / Istana Darul Hana: Muzakarah
dengan Pg. Penggawa bagi emaklumkan dan merestui projek yang bakal
diungkayahkan, selaku YDP PERSIB. YAM merestui dan menasihatkan agar projek
disegerakan.

OKTOBER

1.10.1995 / Ahad / 11.00 pagi: Majlis Perkahwinan bagi Hj. Ramli bin Hj. Mat Suhaili,
salah seorang pemegang arat hitam, Jurulatih PSPSG41.

Sebelah petang pukul 2.00 DP, YDP, TYDP, NYDP I, SUA dan Hj. Pulau bermuzakarah
di rumah DP bagi membincangkan cadangan projek Pertandingan Pencak Silat
sempena Jubli Perak BSB.

5.10.1995 / Khamis / 8.45 – 9.45 pagi / Studio 1, RTB: SUA sekali lagi diwawancarai
dalam Rampai Pagi dengan pengacara Helen Thu. Topik wawancara ialah
Perkampungan Gerak 41 kali ke 10 (penggambaran) 1995. Bertempat di Taman
Rekreasi Bukit Shahbandar, pukul 8.00 pagi pada hari Ahad, 8hb. Oktober, 1995.

8.10.1995 / Ahad / 8.00 pagi – 12.00 tengahari / Arena Serbaguna, Taman Rekreasi
Bukit Shahbandar: Buat kali yang ke 10 PSPSG41 berkesempatan lagi
mengungkayahkan penggambaran Seni Pencak Silat, aliran Gerak 41. Hari ini juga
merupakan hari kemasukan tidak rasmi ahli-ahli cawangan Maktab Duli PMAMB,
Gadong.

12.10.1995 / Khamis 2.00 petang / Pejabat Awang Sumadi, JBS: Dialog II bersama
Awang Sumadi bagi persiapan cadangan projek Pertandingan Pencak Silat sempena
Jubli Perak BSB. Hadir bersama YDP, TYDP dan Hj. Pulau.

14.10.1995 / Sabtu / 7.00 – 11.00 malam / Dewan Utama, Pusat Persidangan


Antarabangsa: Majlis Brunei Darussalam – India Tourism Promotions Festival.
PSPSG41 turut diundang bersama-sama kumpulan kebudayaan, KKBS NBD bagi
menjayakan majlis tersebut di atas, bagi satu pakej persembahan kebudayaan Brunei
Darussalam termasuk Seni Pencak Silat sebagai salah satu dari item budaya yang
dipromosikan. Hadir YDP, TYDP, SU, B, TB dan ahli-ahli.

17.10.1995 / Selasa / 3.00 petang / Dewan Persidangan, Maktab Duli PMAMTB: Majlis
Perjumpaan antara perwakilan dari PSPSG41 pusat dan ahli-ahli PSPSG41 cawangan
MD. Hadir: DP, YDP, TYDP, SU, Guru Pengawas Cikgu Markandi, Pengerusi Rozaiman
dan ahli-ahli seramai lebih 30 orang.

21.10.1995 / Sabtu / petang: Dialog Informal (susulan) bersama Cikgu Sumadi.

23.10.1995 / Isnin / 2.00 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia: Perjumpaan pertama
perwakilan dari PSPSG41, Karate (Shito Ryu), Tae Kwon Do dan Tai Chi. Wakil
PSPSG41 DP, YDP dan SUA. Perjumpaan adalah bagi membincangkan cadangan
projek Festival Seni Beladiri.
29.10.1995 / Ahad / 7.30 malam / Dewan Legar, Pusat Belia: Perjumpaan Rasmi
perwakilan jawatankuasa (PSPSG41, JBS dan PERSIB) yang pertama bagi
membincangkan cadangan projek pertandingan pencak silat sempena Jubli Perak
BSB. Antara yang hadir Awang Sumadi dan anak buah (Pegawai-Pegawai Kanan JBS),
wakil PERSIB Hj. Pulau dan Pg. Hj. Tajuddin.

NOVEMBER

6.11.1995 / Isnin / 2.30 petang / Dewan Legar, Pusat Belia: SUA PERSIB Hj. Adinin
meminta untuk berjumpa dengan AJK PAPASG41 iaitu perjumpaan awal bagi
menumbuhkan kefahaman tentang projek kerjasama pertandingan pencak silat
anatar PSPSG41, JBS dan PERSIB yang sudah sampai ke pengetahuan YDP PERSIB.
Terutamanya soal penyaluran kewangan dan bentuk kerjasama.

16.11.1995 / Khamis / 3.20 petang / Bilik Persidangan SNHB: Mesyuarat JBS, PERSIB,
PSPSG41 dan perwakilan persatuangabungan PERSIB. Membincangkan cadangan
projek PSPSG41 yang akan diselajurkan dengan semacam “Gelanggang Silih
Berganti” yang dibuat di Indonesia, cadangan YDP PERSIB. Keputusan sidang,
pengerusi majlis yang juga selaku YDP PERSIB dengan secara rasmi menunjuk
PSPSG41 selaku pelaksana projek yang dicadangkan. Bentuk kerjasama yang
dipersetujui adalah projek dianjurkan oleh PERSIB dan JBS dan dikendalikan oleh
PSPSG41.

__.11.1995 / Bubungan 12: Beberapa orang ahli PSPSG41 bersama ahli-ahli


persatuanlain dan AJK PERSIB mewakili PERSIB bagi Bengkel Gulintangan selama
beberapa hari.
DISEMBER

1.12.1995 / Jum`at / 7.30 malam / Gelanggang Pencak Silat, SNHB: Pemilihan bagi
peserta Silat Seni untuk ke Selangor. Tetapi pertandingan tidak dapat diteruskan
kerana ketiadaan Doktor Pertandingan, demikian bantahan bertulis yang telah dibuat
oleh PSPSG41. Jawatankuasa penganjur mengumumkan pertandingan pada malam
ini dibatalkan.

3.12.1995 / Ahad / 11 pagi / Sungai Besar: Majlis perkahwinan salah seorang


pemegang arat hitam, Jurulatih PSPSG41

5.12.1995 / Selasa / 7.30 malam / Ruang Terbuka bahagian bawah pintu masuk
utama orang ramai SNHB: Pertandingan Silat Seni yang telah dibatalkan tempoh hari
diteruskan dengan sedaya upaya memenuhi pra syarat pertandingan sebagaimana
yang sewajarnya.

17.12.1995 / Ahad / 11.00 pagi / Kg. Tarap Bau: Majlis perkahwinan bagi Abdullah bin
Hj. Untong salah seorang pemegang arat hitam, Jurulatih PSPSG41.

20.12.1995 – 28.12.1995 / Selangor, Malaysia: DP, YDP dan pesilat-pesilat kanan


PSPSG41 yang telah memenangi pertandingan silat seni semasa pemilihan khas yang
diadakan pada 5hb. Disember, 1995 lepas mewakili NBD selaku kontinjen rasmi
negara bagi menyertai Festival Silat Seni Nusantara ke II di Selangor, Malayisa.
PSPSG41 akan bertandingan dalam kategori Tari Solo Tangan Kosong – Mohd. Ali
Hanafiah, Tari Solo Bersenjata – Hj. Ramli, Tempur Kosong – Hairo Faizal & Mohd. Ali
Hanafiah dan Masal. Sementara bagi kategori Tempur Bersenjata pula diwakili oleh
pesilat dari Silat Cengkaman Harimau Ghaib. Turut menyertai ahli rombongan ialah
DP, Tuan Hj. Musa yang dilantik menjadi hakim, Hj. Ibrahim selaku Jurulatih, Cikgu
Nasib (TYDP) dan Pg. Sabtu selaku pemerhati PSPSG41. TYDP berkesempatan juga
menghadiri Konvensyen Dunia Persilatan dan Pembangunan menjelang abad 21
selaku wakil tidak tercatat negar.

31.12.1995 / Ahad / 2.00 petang: DP, YDP, B dan beberapa ahli-ahli cawangan pusat
(BSB) berangkat ke Temburong bagi persiapan awal pembukaan gelanggang bari di
Daerah tersebut. Perasmian Gelanggang PSPSG41 cawangan Kg. Piasau-Piasau,
Temburong iaitu cawangan kedua dibuka di Daerah Temburong selepas cawangan
Mukom Amo akan dilakukan oleh Pegawai Daerah sendiri, dan dipengerusikan oleh
Pegawai Kanan, Jabatan Penerangan Daerah Temburong. Sementara Penghulu dan
Ketua Kampung berkenaan pula masing-masing dilantik menjadi penasihat bersama
cawangan. Pembukaan rasmi ini akan berlangsung pada 1.1.1996.
LAPORAN KEGIATAN
PERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN
1996
Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang ,Setiausaha Agung PSPSG41

JANUARI

1.1.1996 / Isnin / 9.30 - 11.00 pagi / Kg. Piasau-piasau, Temburong: PEMBUKAAN


RASMI CAWANGAN PSPSG41 dan Penyerahan Arat bagi Gelanggang Kg. Piasau-piasau
(22 km dari Pekan Bangar) seramai 53 orang ahli berdaftar. Tetamu Kehormat ialah
Yang Mulia Hj. Maidin bin Ahmad, Pegawai Daerah Temburong. Cawangan Kg. Piasau-
piasau dan majlis hari ini dipengerusikan oleh Awg. Sarkawi bin Hj. Salleh
Mohammad, Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan, Daerah Temburong selaku
wakil bersekutu PSPSG41 bagi Daerah Temburong.

5.1.1996 / Jum‘at / 8.00 - 10.00 malam / Rumah Pengantin, Kg. Setia B: Guru Utama,
Jurulatih dan beberapa orang pesilat telah bertandang ke Rumah Awang Rusli Bujang,
Setiausaha dan Ketua Jurulatih yang akan melangsungkan perkahwinan pada 7hb.
Januari. Beliau telah menganjurkan Mini Sayembara Pencak Silat Seni sempena
Malam Berjaga-jaga di rumah beliau sendiri.

7.1.1996 / Ahad / 2.00 petang / Rumah Pengantin, Kg. Setia B: Majlis Perkahwinan
bagi Setiausaha dan Ketua Jurulatih PSPSG41, Awang Rusli Bujang. SELAMAT BERAJA
SEHARI.

13.1.1996 / Sabtu / 3.30 petang / Britainia House - Rangmahal: Rundingan Tidak


Rasmi - DP, YDP, TYDP, NYDP dan Setiausaha berunding bagi menganjurkan projek
Pertandingan SCAB & PSM dan Perkampungan PERSIB (Gelanggang Silih Berganti).

17.1.1996 / Rabu / 2.00 petang / Rumah Pg. Penggawa: Perjumpaan dengan Pengiran
Penggawa - DP, YDP dan SU telah berjumpa Yang Amat Mulia Pg. Penggawa di
pejabat Istana Darul Hana, bagaimanapun YAM telah “berpencen” jadi kami
menjumpai YAM di tempat kediaman YAM jalan Tutong, bagi membincangkan usulan
YAM agar PSPSG41 mengungkayahkan “Gelanggang Silih Berganti”.

FEBRUARI

Rehat sempena puasa Ramadan dan Hari Raya ‘aidi l-Fitri.

MAC

3.3.1996 / Ahad / 2.00 petang / Rumah Baru Guru Tua, Kg. Burung Lepas: Sambutran
Hari Raya. Kerabat G41 berkumpul di rumah Guru Tua, Tuan Haji Musa bin Pengarah
Hj. Jair bagi menyambut Hari Raya kemudian bertandang ke rumah Guru Utama, Tuan
Haji Ibrahim bin Hj. Mohd. Yussof. Semasa di rumah Guru Tua, majlis diteruskan
dengan pemberitahuan tidak rasmi mengenai “Gelanggang Silih Berganti”, Festival
Seni Bela Diri dan Demo Pencak Silat.

23.3.1996 / Sabtu / 9.00 - 11.00 pagi / Dewan Serbaguna, SM Sayyidina Hassan:


DEMO PENCAK SILAT - Guru Tua, Guru Utama, Ketua Jurulatih, Jurulatih I & II dengan
29 pesilat pilihan telah berangkat ke SM Sayyidina Hassan bagi membuat satu
pertunjukan khas aliran Pancak Silat Gerak 41 sekaligus membuka dan merasmikan
Cawangan PSPSG41 di SM Sayyidina Hassan.
APRIL

12.4.1996 / Jum‘at / 2.30 petang / Kantin, Maktab Duli: UJIAN KENAIKAN PERINGKAT -
bagi Cawangan Maktab Duli. Ujian telah dihadiri dan dinilai oleh Guru Utama, Guru III
(Makmun), Jurulatih Kanan, Ketua Jurulatih, Jurulatih I & II, Jurulatih Muda dan
beberapa pesilat bantu.

19.4.1996 / Jum‘at / 2.30 petang / Kantin Maktab Duli: perkara 12.4.1996 disambung
lagi.

21.4.1996 / Ahad / 8.30 - 10.10 malam / Jln. Manggis Dua: PAKATAN FUTURIS G41 -
Generasi Pewaris ke 3 - Pergerakan G41 suatu penilaian. Hadir Rusli, Jasmin,
Roszaiman, Sukardi, Zulikram.

25.4.1996 / Khamis / 7.00 - 11.00 malam / Jln. Manggis Dua: PAKATAN FUTURIS G41 II
- Hadir Rusli, Jasmin, Roszaiman, Nurulhikam, Hanafi, Yusra, Ghafar.

MEI

5.5.1996 / Ahad / 2.00 - 4.00 petang / Auditorium Maktab Duli: MAJLIS PENYAMPAIAN
ARAT bagi pesilat-pesilat Cawangan Matab Duli. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah
Cikgu Bujang bin Mas‘ud, Pemangku Pengetua MDPMAMB. Hadir sama Guru-guru
Kanan Maktab Duli, Guru Moksin Limbang, ahli-ahli Cawangan Sayyidina Hassan,
Cawangan Kg. Piasau-piasau dan Cawangan Pusat.

15.5.1996 / Rabu / 9.40 - 10.00 pagi / RTB: Guru Tua dan Setiausaha telah
diwawancarai dalam rancangan Rampai Pagi RTB bagi Sayembara Pencak Silat Seni
Intra Perguruan.

16.6.1996 / Khamis / 2.00 - 4.00 petang / Rumah Pg. Jaya Indera: DP, YDP dan SU
“menjarum-jarumi” serta mengingatkan YAM akan jemputan PSPSG41 bagi majlis
Sayembara Pencak Silat Seni Intra Persatuanyang mana YAM nanti adalah Tetamu
Kehormat di majlis itu nanti.

19.5.1996 / Ahad / 2.00 - 6.00 petang / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: SAYEMBARA
PENCAK SILAT SENI INTRA PERSATUAN- Tetamu Kehormat ialah Pengiran Jaya Indera,
YDP PERSIB. Ini adalah satu acara yang gilang-gemilang sekali yang telah
diungkayahkan oleh G41 dengan penuh kesungguhan dan dalam semangat
kekeluargaan. Sayembara ini adalah bermaksud mempersiapkan dan mendedahkan
ahli, mengeratkan rasa seperguruan, menonjolkan kelainan aliran G41 dan
menghalusi teknik. Buat pertama kalinya PSPSG41 telah mengendalikan majlis
seumpama ini dengan “cuba” memenuhi syarat atau peraturan pertandingan
antarabangsa, termasuklah di segi teknikal pertandingan, lengkap dengan doktor dan
para juri. Untuk Sayembara ini Gelanggang Pusat dan Awang Semaun menghantar - 2
pasukan, Pusat Belia - 1, Mukim Lumapas - 2, Maktab Duli - 2, Sayyidina Hassan - 2,
dan Mukim Amo & Kg. Piasau-piasau - 1. Akhirnya Gelanggang Awang Semaun
berjaya meraih gelar Juara Keseluruhan.

24.5.1996 / Jum‘at / 2.30 petang / Rumah Baru Guru Utama, Kg. Mata-mata: Ahli
Jawatankuasa Eksekutif G41 telah berkumpul bagi membincangkan ide mengadakan
Majlis Do‘a Kesyukuran bagi Kenaikan Pangkat Gelaran bagi YAM Pg. Penggawa
menjadi Pg. Jaya Indera dan Selamat Sempurnanya Sayembara PSSIP.
30.5.1996 / Khamis / 2.30 petang / Rumah Pg. Jaya Indera, Jln. Tutong: DP, YDP dan
SU mengadakan pertemuan dengan YAM Pg. Jaya Indera tentang undangan ke Majlis
Do‘a Kesyukuran yang akan diadakan pada 9hb. Jun di Dewan Pelangi bermula jam
2.00 petang. YAM tidak ada halangan. Teruskan sabda YAM.

JUN

1.6.1996 / Sabtu / 2.00 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia: MESYUARAT AGUNG
PERWAKILAN PERSIB. Antara “tuah” atau sebaliknya keputusan mesyuarat melantik
beberapa kerabat PSPSG41 terdiri dari HJ. Musa dilantik TYDP, Cg. Rusli selaku SUK,
Cg. Nasib selaku TB dan Hj. Ibrahim selaku KLPSS.

* Mulai dari saat ini wujud konflik dalaman dan luaran, baik yang menyentuh soal
organisasi, teknikal mahupun peribadi, samada yang menyangkut pengurusan dan
pentadbiran PSPSG41 sendiri mahupun PERSIB sebagai badan induk. Ternyata “politik
orang silat” menjejaskan kemajuan dan keharmonian G41 sendiri. Secara sederhana
dapat dikatakan bahawa keterlibatan G41 di dalam Kebangsaan banyak
mendatangkan yang “kurang baiki dari yang baik.”

7.6.1996 / Jum‘at / 2.00 - 6.00 petang / Dewan Serbaguna, SM Mukim Lumapas: UJIAN
KENAIKAN PERINGKAT (Putih ke Kuning) bagi 28 pesilat Cawangan SM Mukim
Lumapas, 2 pesilat Cawangan Awang Semaun, 1 pesilat Cawangan Pusat Belia dan 2
pesilat cawangan Pusat.
Ramai pesilat: Putera 17 orang, puteri 15 orang. Sementara 2 pesilat putera
dinaikkan ke arat Merah. Firdaus diumumkan sebagai Pesilat Terbaik Putera
sementara Nurul Safinah dipilih sebagai Pesilat Terbaik Puteri. Firdaus juga adalah
Pesilat Harapan.
Hadir: Guru Utama, Guru II (Hj. Wahab), Jurulatih Kanan, Ketua Jurulatih, Hj. Ramlee,
Jasmin dan Roszaiman. Pesilat dari cawangan Maktab Duli juga turut membantu dan
menyemarkkan majlis.

9.6.1996 / Ahad / 2.00 - 4.00 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia: MAJLIS
KESYUKURAN KENAIKAN PANGKAT GELARAN PENGIRAN PENGGAWA YDP PERSIB
MENJADI PENGIRAN JAYA INDERA & SELAMAT SEMPURNANYA MAJLIS SAYEMBARA
PENCAK SILAT SENI INTRA PERGURUAN. Kehadiran Istimewa Awang Sumadi Sukaimi,
AJK Tertinggi PERSIB dan Perwakilan Cawangan G41.

JULAI

5.7.1996 / Jum‘at / Dewan Muhibbah / Lapangan Terbang Lama Berakas:


Pertandingan SCAB & PSM sempena HK 1996 bagi Daerah Brunei Muara. Oleh kerana
4 “orang kuat” G41 “duduk atas kursi PERSIB” maka PSPSG41 telah banyak terlibat
secara langsung sepanjang pengendalian pertandingan, daripada pembentukan
jawatankuasa, penyediaan perlengkapan pertandingan sehinggalah ke saat majlis
bersurai dan acara “memanyap-manyap”!

20.7 - 26.7.1996 / UBD: 9th. ASEAN UNIVERSITY GAMES. Sebagaimana dalam


pertandingan sempena Hari Keputeraan acara ini juga tidak kurang memenatkan
kerabat G41, “kita menjadi penat kerana pekerjaan yang kita buat kali ini lebih
berdasarkan atau kerana sebab-sebab tanggungjawab yang dipikulkan. Berlainan
dengan pekerjaan yang sebelumnya yang selalu kami buat adalah bersandarkan
kerelaan dan keiskian kami mengendalikan pertandingan Pencak Silat lagipun antara
kami terjalin perasaan kekeluargaan yang murni!
26.7 - 31.7.1996 / Indoor Stadium, Stadium Negara Hassanal Bolkiah: Pertandingan
Akhir SCAB dan PSM. Tetamu Kehormat ialah YAM Pg. Anak Hj. Abdul Aziz. Lagi
tenaga kami disumbangkan untuk negara.

OGOS **

8.1996 / BSB: Sempena sambutan perayaan Hari Keputeraan PSPSG41


menggabungkan diri (atas permintaan Jawatankuasa Tertinggi Pengawasan Kejiranan)
dengan Pengawasan Kejiranan untuk menyertai acara Perarakan Berjalan Kaki.

8.1996 / Taman SOAS, BSB: Disamping terlibat dalam Perarakan Kaki PSPSG41 juga
dijemput untuk membuat persembahan padang dalam Majlis KDYMM Bersama
Rakyat.

SEPTEMBER **

9.1996 / KRBS, Panaga Seria: PSPSG41 diundang oleh Bahagian Silat dan Kuntau,
Kelab Ria Brunei Shell, untuk membuat Demonstrasi Pencak Silat di padang bola
Panaga Recreation Club. Ini adalah kesempatan yang cukup baik, kerana bersama-
sama G41 yang mewakili masyarakat Pencak Silat juga turut membuat demo ialah
Karate, Tae Kwan Do, Tai Chi dan Kung Fu/Wushu (Tarian Naga).

OKTOBER **

10.1996 / Gelanggang Pusat, Kg. Setia B: Buat kesekian kalinya PSPSG41 dikunjugi
oleh organisasi luar, kali ini Gelanggang Pusat, Kg. Setia B dilawati oleh para Belia
yang sedang menjalani kem belia anjuran JBS. Adab meyambut tetamu diraikan
semeriah mungkin. Al-hamdulillah paling sedikit dengan persembahan Pencak Silat
G41 telah dapat menampilkan satu pilihan lain cara hidup hari ini yang kalau anak-
anak muda turuti sama akan membuahkan hasil yang positif dan menguntungkan.

NOVEMBER **

11.1996 / Gelanggang Olahraga, Stadium Negara Hassanal Bolkiah: Beberapa pesilat


G41 menyertai Kursus Jurus Wajib anjuran PERSIB.

Rehat sempena musim peperiksaan.

DISEMBER **

12.1996 / BSB: Kesibukan kerabat G41 banyak tertumpu kepada acara PERSIB.
Nota Kaki
** Bermula dari bulan Julai hinggalah ke bulan Disember Setiausaha kurang aktif mencatat aktiviti-aktiviti persatuankerana komitmen sebagai Setiausaha Kehormat dalam PERSIB. Banyak-banyak mohon
maaf. Sehubungan dengan ini sekiranya ada di kalangan abis kita yang menaruh catatan-catatan kegiatan katani besar harapan saya kalau catatan atu dapat katani kongsikan agar dapat saya
sempurnakan laporan ani. Terima kasih.

LAPORAN KEGIATAN
PERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN
1997
Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang ,Setiausaha Agung PSPSG41

JANUARI
8.1.1997 / Rabu / 4.00 petang / Rumah DP, Kg. Burung Lepas: Persiapan Mesyuarat
Agung - Para anggota Badan Kehormat dan Badan Eksekutif berkumpul bagi
membincangkan persiapan awal sebelum mengadakan Mesyuarat Agung kali kedua.

Rehat sempena puasa Ramadan dan Hari Raya ‘aidi l-Fitri.

FEBRUARI

2.1997 / Taman SOAS, BSB: PSPSG41 dipinta oleh JBS Bahagian Kebudayaan agar
sama-sama meyumbangkan persembahan bagi acara padang sempena Sambutan
Hari Kebangsaan. Untuk acara ini PSPSG41 dikehendaki mengumpulkan seramai 100
orang pesilat.

23 - 25.2.1997 / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: PERTANDINGAN PENCAK SILAT


TERBUKA PERSIB - Tujuannya bagi memilih pesilat ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia
yang akan diadakan pada bulan April nanti. Sebahagian Jawatankuasa Eksekutif dan
ahli PSPSG41 terlibat mengendalikan pertandingan dan memberikan bantuan
teknikal. PSPSG41 juga menyertai pertandingan Wiragana, Wirasanggha dan
Wiraloka. Keputusannya ialah
Wiragana - Perak - Hanafi
Wirasanggha - Perak - Ak. Moksin & Joe, Gangsa - Yusra & Yoi.
Wiraloka Jurus Wajib - Gangsa - Ak. Moksin & rakan.
Wiraloka Jurus Bebas - Emas - Hanafi & rakan, Perak - Hj. Ramlee & rakan.

MAC

7.3.1997 / Jum‘at / 2.00 - 5.00 petang / Rumah YDP PERSIB, Jln. Tutong: Rundingan
Tidak Rasmi - DP, TYDP dan SUA hadir bagi menyerahkan Laporan SUK PERSIB
Kejuaraan Terbuka PERSIB pada 23 hingga 25hb. Februari lalu. Juga bagi
memaklumkan akan Kejuaraan Nusantara, Sukan SEA dan Kejuaraan tahun 1999.

9.3.1997 / Ahad / 3.30 - 5.00 petang / Gelanggang Terpilih, Kg. Setia B: Lawatan Silat
ur-Rahim oleh PersatuanPencak Silat Pancir Muda Gayong Keceh @ Kiceh NBD.
Lawatan disertai oleh AJK/Ahli Majlis Tertinggi Persatuandan AJK/Ahli Kelab Pencak
Silat SR Delima Satu. Rombongan berjumlah 35 orang dan disambut oleh PSPSG41
seramai 40 orang. Rombongan pelawat diketuai oleh Hj. Adanan bin Ahad, Pengerusi
PPSPMGK. Tujuan lawatan ialah bagi mengeratkan ukhuwwah islamiah dan silat ur-
rahim, menambah pengalaman, pengurusan gelanggang, sikap mencintai budaya,
program pertama. Rombongan disambut dengan Salam Perguruan, Alu-aluan oleh
YDP, DP, SUK PERSIB (Hj. Pulau), Ucapan balas Hj. Adanan dan taklimat oleh SUA
tentang pengurusan, pentadbiran dan persilatan diselang seli dengan demo Pancak
Silat G41 antaranya Tiga Serampang, Langkah atas bata, Bantingan, Pukulan 15,
Wirasanggha, Latihan mengesan. Persembahan balas oleh PPSPMGK Tari Silat,
Pukulan, Bunga Solo Tangan Kosong, Bunga Solo Bersenjata Tek Pei dan diakhiri
dengan jamuan dan ramah mesra. Sembah Penutup - Wiragana G41 dan Wiragana
GK (bersenjata kipas). Persembahan akhir G41 ialah Gerak Asas 1,2 & 3 dan menutup
gelanggang. Penyampaian cenderamata dan ucapan akhir, majlis berakhir kira-kira
pukul 5.00 petang.
Juga pada hari yang sama selesai lawatan, SUA PSPSG41 mengambil kesempatan
untuk mengingatkan AJK G41 tambahan tugas bagi para KG dan SUG agar dapat
menyiapkan program 1997 dan jadual latihan cawangan masing-masing. Perjumpaan
berakhir kira-kira jam 7.00 malam.

13.3.1997 / Jum‘at / 8.00 malam / Rumah YDP, Kg. Mata-mata: MESYUARAT


EKSEKUTIF bagi membincangkan Majlis Penghargaan Pesilat G41. Hadir DP, YDP,
TYDP, SUA, B, TSUA dan Nurulhikam. Sidang menetapkan bahawa majlis berkenaan
akan digelar ANUGERAH SUKMAWIRA - Mengenag Jasa Mu dan Penghargaan Satria
Muda G41. Cadangan gelar yang akan dianugerahkan ialah Pahlawan Laila Perkasa
atau Pendekar Laila Bernudi. Majlis insya-Allah akan diadakan pada hari Ahad, 30hb.
Mac bermula jam 2.00 petang. Tetamu Kehormat nanti ialah Pengarah JBS, manakala
tokoh pertama yang akan dianugerahi ialah YDP PERSIB dan 20 orang pesilat G41.
Majlis pada hari tersebut akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung G41 kali kedua.
YDP juga mengumumkan Sinjang dan Lakar G41 yang baru menggantikan motif
sinjang yang sebelumnya.

30.3.1997 / Ahad / 2.00 - 4.30 petang / Dewan Serbaguna, Pusat Belia BSB:
ANUGERAH SUKMAWIRA - Mengenang Jasa Mu dan Penghargaan Satria Muda G41.
Hadir AJT PERSIB, Pg. DP Salim, Ketua-ketua Kampong, Ibu-bapa pesilat berjumlah
kira-kira 100 orang. Persembahan turut disertai oleh PPM Gayong Kiceh, Tae Kwan Do
dan Tai Chi. Seramai 20 orang pesilat menerima pingat Satria G41, 18 pesilat
menerima pingat Satria Muda G41 dari kesemua cawangan. Majlis selesai sekitar jam
4.30 petang. Antara Sabda Emas YAM berisi akan imbas kembali jasa Pencak Silat
yang meyumbangkan pingat emas yang pertama bagi NBD dalam Sukan SEA, untuk
Kejuaraan Dunia di KL nanti pesilat hendaklah tetapkan hati, yakin, konsentrasi dan
kuatkan iman. YAM juga mengucapkan “terima kasih” kepada PSPSG41.

30.3.1997 / Ahad / 5.00 - 6.15 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia BSB: MESYUARAT
AGUNG ke 2 PSPSG41. Mesyuarat Agung dihadiri oleh wakil-wakil Badan Kehormat
iaitu Dewan Pendekar, Dewan Guru, Dewan Jurulatih serta ahli-ahli Badan Eksekutif.
Sesuai dengan ketetapan-ketetapan di dalam Perlembagaan PSPSG41 Mesyuarat
Agung kali ke 2 selamat sempurna dijalankan dengan segala kesederhanaan. Majlis
diteruskan dengan lantikan pemegang jawatan baru iaitu Ketua Gelanggang dan
Setiausaha Gelanggang yang iikuti dengan ikrar taat setia masing-masing.

APRIL

22.4 - 1.5.1997 / Stadium Merdeka, Kuala Lumpur: KEJUARAAN DUNIA PENCAK SILAT -
beberapa ahli G41 terlibat antaranya SUA selaku Deputy Chef De Mission, DP selaku
Pengurus Pasukan. Sementara wakil pesilat G41 ialah Hanafi, Yusra, Ghafar, Yoi dan
Faruq yang akan menyertai kategori Wiraloka Jurus Bebas.

MEI

6.5.1997 / Selasa / 5.00 petang - 8.00 malam / Rumah YDP, Kg. Mata-mata:
MESYUARAT EKSEKUTIF hadir DP, YDP, SUA dan para KG & SUG. Perjumpaan ini lebih
merupakan post-mortem sekitar Kejuaraan Dunia PS di KL. Serta membincangkan
langkah susulan mencipta Jurus Cakak, serta pertandingannya, pakaian rasmi dan
arat G41.

8.5.1997 / Ahad / 7.00 pagi - 1.00 petang / Tasek Lama, BSB: DP, YDP, SUA dan
beberapa kerabat G41 telah berangkat ke Tasek Lama sebagai riadah tambahan
disamping mengadakan mini tution, mini latihan, mencipta Jurus Cakak dan sambil
santai sekitar persilatan bersama Guru Tua.
JUN

Dalam rangka merekod dan mendokumentasikan persilatan G41 Jawatankuasa


Eksekutif G41 sekitar bulan ini membuka langkah memberanikan diri cuba
merakamkan aliran permainan Pancak Silat Gerak 41 ke dalam pita video. Kerabat
Kerja “Dokusilat” G41 sempat merakamkan Gerak Asas, Pukulan 15 dan beberapa
pukulan dan gerakan yang sedikit advance. Bagaimanpun projek ini terhenti
sementara kerana komitmen yang lebih besar.

JULAI

4.7.1997 / Jum‘at / 3.15 - 6.15 petang / Gelanggang Utama PPSPMGK, Kg. Sungai
Akar: Beberapa wakil G41 terdiri dari Ketua Jurulatih, Jurulatih I & II, dan Jurulatih
Muda telah dijemput oleh PersatuanPencak Silat Pancir Muda Gayong Kiceh bagi
menghadiri Majlis Penyampaian Kenaikan Peringkat di Gelanggang Utama mereka
beralamat 3, simpang 40-69, Kg. Sungai Akar, Jalan Muara.

Di bulan ini juga tenaga ahli G41 telah diperbantukan kepada PERSIB dalam
mengendalikan pertandingan Pencak Silat sempena Hari Keputeraan bermula
daripada peringkat rundingan sehinggalah ke peringkat perlaksanaan pertandingan.
Pada aspek lain PSPSG41 sengaja kurang menyertai pertandingan bagi mengelakkan
kompleksiti.

OGOS

10.1997 / Terengganu: FESTIVAL NUSANTARA III - sudah menradisi G41 mewakili


negara dalam festival ini, di mana kali ini G41 telah diwakili oleh Hj. Ramlee, Ghafar,
Fadillah, Joe dan Khairul bagi kategori Wiraloka Jurus Bebas sementara Hamidon dan
Hj. Seruji pula akal menyertai kategori Wirasanggha. Bagaimanapun saingan cukup
hebat di temasya pertandingan yang dimaksudkan, dan ternyata
negara/negeri/provinsi lain lebih bersedia sehingga menutupi peluang kepada
pasukan kita.

SEPTEMBER

19.9.1997 / Jum‘at / pagi dan petang / Dewan Serbaguna, Pusat Belia BSB:
SAYEMBARA PENCAK SILAT INTRA PERSATUANII - Sebelah pagi bermula pukul 8.00
hingga 11.30 acara saringan dijalankan iaitu bagi menapis dan memilih satu pasukan
terbaik yang akan mewakili tiap-tiap cawangan. Manakala sebelah petang adalah
dikhususkan bagi persembahan juara-juara sahaja. Acara dimulakan jam 2.30
petang. Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Hj. Talib bin Hj. Berudin, Pengarah JBS.
Antara mustika ucapan beliau ialah tentang kedudukan Pencak Silat dalam era
globalisasi ini dengan membuat perbandingan dalam era zaman silam. Juga
diucapkan akan kesungguhan orang Barat mempelajari dan mengkaji Pencak Silat
sehingga mampu menumbangkan pencabar dari negara pendiri Pencak Silat, silat
harus dipupuk sejak dari peringkat sekolah, jangan memperdagangkan silat, libatkan
anak muda dalam persilatan, guru jangan mempengaruhi anak muridnya bahawa
silatnyalah yang terbaik kerana ini mendorong kepada sikap angkuh, tubuhkan Pusat
Persilatan Kebangsaan, Pencak Silat hendaklah digunakan ke arah kebajikan. Selesai
Ucapan TK dijemput untuk menyisipkan keris kepada perguruan-persatuanjemputan
iaitu Setapak Nata, Gayong Kiceh dan Cengkaman Harimau Ghaib sebagai tanda
persaudaraan daripada G41. TK juga diperkenalkan kepada pesilat-pesilat cawangan
yang mengambil bahagian iaitu Cawangan Gelanggang Terpilih, Pusat Belia, Awang
Semaun, Sayyidina Umar, Maktab Duli, Universiti, dan Berakas. Perarakan Ibu Keris
membelah gelanggang dan penyampaian ANUGERAH PAHLAWAN SEJATI kepada
Guru Tua - Tuan Haji Musa dan Guru Utama - Tuan Haji Ibrahim disampaikan oleh
Jurulatih Kanan Cikgu Nasib dan Ketua Jurulatih Cikgu Rusli. Nurulhikam membuka
gelanggang sambil membawa Keris Pusaka G41 menyerahkan kepada Ketua
Pertandingan Cikgu Rusli tanda acara sudah dimulai. Pengumuman juara-juara
pertandingan dan persembahan oleh para juara bagi setiap kategori yang
dipertandingkan. Persembahan oleh perguruan-persatuanjemputan. TK juga sudi
meyampaikan hadiah kepada pemenang seterusnya beredar menikmati jamuan.

OKTOBER

Rehat sempena musim “dingin” dan peperiksaan

10.1997 / Jakarta: SUKAN SEA - Sepanjang bulan ini G41 tertumpu pada persiapan
dan pertandingan untuk Sukan SEA. Di mana buat pertama kalinya dalam sejarah
persilatan G41 telah berjaya menghantar wakil bagi menyertai Sukan SEA di Jakarta
iaitu khusus bagi menyertai acara Pencak Silat. Hamidon dan Hj. Seruji mengikuti
kategori Wirasanggha manakala Hj. Ramlee, Ghafar, Fadillah, Khairul dan Joe masing-
masing mengikuti kategori Wiraloka Jurus Bebas. Walaupun gagal meraih pingat
tetapi pasukan G41 telah berjaya menampilkan suatu persembahan yang cukup baik.

NOVEMBER

Rehat sempena musim peperiksaan.

30.11.1997 / Ahad / 2.00 - 4.00 petang / Dewan Gimnesium KRBS, Kuala Belait:
Mewakili G41 SUA & Jurulatih II bertandang ke Kuala Belait atas jemputan Bahagian
Silat dan Kuntau KRBS bagi meyaksikan Pertandingan Pencak Silat Seni Terbuka
Daerah Belait. Tetamu Kehormat di majlis itu ialah YDP PERSIB.

DISEMBER

12.1997 / pagi & petang / Masjid Kg. Setia: PSPSG41 telah diundang oleh AJK projek
PERKAMPONGAN BUDAYA bagi membuat demonstrasi dan persembahan Pencak Silat
dan kraftangan.

12.1997 / 2.00 - 6.00 petang / Gelanggang Terpilih, Kg. Setia B: PSPSG41 telah dipilih
oleh BK (Bangkita Kuning) Production bagi mengisikan satu episod dari siri
dokumentari Ristaan Tradisi yang disiarkan di TV Brunei menerusi satelit.
Penggambaran ini mengambil masa 2 hari iaitu hari Jum‘at dan Ahad. Bagaimanapun
durasi dokumentari tersebut cumalah 26 minit. Menurut krew BK Production rakaman
ini mungkin juga untuk Rancangan Rampai Pagi.

21.12.1997 / Ahad / 1.00 - 6.00 petang / Rumah SUA, Kg. Salambigar: TRASILA 97 -
Lengkapnya ialah Tratak Sila tur-rahim. Sebelum ini projek-projek akhir tahun ini
kadang-kadang dalam bentuk penggambaran, riadah/rekreasi ke pantai atau hutan
simpan, perkampongan dan sebagainya. TRASILA disertai oleh hampir seluruh
cawangan kecuali Gelanggang Universiti. Konsep dan format pertandingan adalah
unik di mana penampilan Pencak Silat adalah ditentukan sendiri oleh para peserta.
Hasilnya di hari pertandingan kita telah dapat meyaksikan daya kreativiti yang tinggi
oleh para kerabat antaranya ada yang bercorak komidi, drama, tragedi, demonstrasi
dan sebagainya. Akhirnya pertandingan ini dimenangi oleh Gelanggang Awang
Semaun sebagai Johan Terpilih, juara kedua ialah Gelanggang Pusat Belia sebagai
Johan Berbakat dan juara ketiga ialah Gelanggang Sayyidina Hassan sebagai Juara
Harapan. Sebenarnya majlis hari ini juga diteruskan dengan pembukaan dan
perasmian Cawangan Gelanggang Salambigar yang akan dipimpin sendiri oleh Cikgu
Rusli. Maka mengambil sukut baik di hari yang bersejarah ini Guru Tua, Guru Utama,
Jurulatih Kanan, Jurulatih I dan Jurulatih II semuanya telah turut gelanggang
memainkan Pencak Silat masing-masing.
27 - 28.12.1997 / Sabtu & Ahad / Tasek Merimbun, Tutong: Seramai 12 orang kerabat
G41 diketuai oleh Jurulatih I Hj. Ramlee telah mengadakan perkhemahan di ulu Tasek
Merimbun bagi meningkatkan kehalusan, kepekaan dan kecintaan kepada alam
sekitar sambil menghubungkaitkannya dengan persilatan.

29.12.1997 / Isnin / 5.00 petang / Rumah YDP, Kg. Mata-mata: RUNDINGAN AKHIR
TAHUN - iaitu bagi menganalisa perkembangan dan kemajuan sepanjang tahun 1997
dan merangka program kerja bagi tahun 1998.

LAPORAN KEGIATAN
PERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN
1998
Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung PSPSG41

JANUARI

Rehat sempena puasa Ramadan dan Hari Raya ‘aidi l-Fitri.

FEBRUARI

15.2.1998 / Ahad / Pagi / Rumah YDP PERSIB: Mesyuarat PERSIB, hadir Guru Tua, Cigu
Nasib dan Cigu Rusli. Agenda perkembangan semasa.

21.2.1998 / Sabtu / Malam / Sunagi Buluh: Persembahan Pencak Silat sempena Majlis
Perkahwinan, sejauh ini baru sekali G41 membuat persembahan bagi sama - sama
mem“bising-bisingkan” (Malam Berjaga-jaga) Majlis Perkahwinan anak buah Pg.
Sabtu. Majlis Berjaga-jaga ani sungguh berjaya kerana kerabat G41 telah benar-benar
berjaya membuat pengantin dan urang-urang di sana BERJAGA kerana menyaksikan
aksi sepak terajang G41.

MAC

1.3.1998 / Ahad / Petang / Jerudong Rumah TYYP PSPSG41: Majlis Penghargaan, di


“tuanrumahi” oleh Cigu Nasib, 2 orang guru telah dianugerahkan gelaran Pahlawan
Setia iaitu Tuan Haji Lakat dan Tuan Haji Matzin kerana jasa-jasa mereka
memberikan sumbangan dan sama-sama turun-tangan mengajarkan Pencak Silat di
tahun-tahun awal penubuhan G41.

12.3.1998 / Khamis / Petang / Sekolah Menengah Berakas: Demo Pencak Silat,


diadakan 2 sesi iaitu sesi pertama pukul 2.00 hingga 3.00 petang dan sesi kedua
pukul 4.00 hingga 5.00 petang. Demo disaksikan oleh pelajar-pelajar PE iaitu
Menengah 1 dan 2. Kerabat G41 juga turut mengkedepankan Orkestra Gulintangan
G41. Pelajar-pelajar di sana telah memberikan respon yang positif dan menyamankan
hati. Insya-Allah kelas di sana akan dimulai sedikit masa lagi.

29.3.1998 / Ahad / Pagi & Petang / Gelanggang Tawakkal: Ujian Kenaikan Arat (UKA)
iaitu bagi Arat Putih ke Kuning dan Kuning ke Merah. 7 orang pesilat dari Cawangan
Seri Kemanca, Pusat Belia dan Awang Semaun.

APRIL

3.4.1998 / Jum`at / Petang / Gelanggang Tawakkal: Dokusilat, walaupun 3 bulan lepas


kita telah dijerebui, gelanggang katani telah diselimuti oleh asap tebal, namun
katani tetap dibajui oleh semangat silat yang “kancang”. Dengan memakai baju
semangat ani katani masih punya ruang waktu untuk merakamkan beberapa teknik
jurus dan buah baru sebagai kesinambungan daripada projek dokusilat katani yang
terhenti tahun lepas.

5.4.1998 / Ahad / Petang / Gelanggang Tawakkal: UKA untuk peringkat Putih naik ke
Kuning dan Kuning naik ke Merah. Dalam masa yang sama seramai 8 orang pesilat
Arat Merah diuji untuk naik ke peringkat Hijau yang membawa taraf Jurulatih Muda.
Ujian mereka adalah khusus bidang Kejurulatihan

8.4.1998 / Rabu / Petang / Burung Lepas Rumah PE PSPSG41: Majlis Penghargaan


yang disponsori oleh Guru Tua Tuan Haji Musa. Seramai 8 orang Jasawan G41 telah
diberi cenderamata peribadi oleh Guru Tua iaitu yang berbentuk pedang dan keris.
Majlis seumpama ini membayangkan semangat rela berkorban di kalangan kerabat
G41 yang menjadikan katani walih daripada organisasi lain.

10.4.1998 / Jum`at / Petang / Gelanggang Tawakkal: UKA lanjutan untuk pesilat arat
Merah. Ujian untuk mereka diteruskan lagi dalam bidang Persilatan.

12.4.1998 / Ahad / Petang / Gelanggang Tawakkal: UKA, ujian terakhir untuk


peringkat arah Hijau iaitu adat Penyiraman (mandi air bunga 7 warna).

24.4.1998 / Jum`at / Petang / Gelanggang Tawakkal: UKA penyudah arat Hijau,


Perasapan Kemenyan dan Penyampaian Arat. Pada hari inilah mereka terus diberi
gelaran masing-masing. Ada yang bergelar Bayu Cempaka, Seri Sejagat, Seri
Buana, Seri Bentara, Laila Budi, Indera Sejati dan macam-macam lagi.
Sesungguhnya 4 siri ujian yang dijalani oleh pesilat Hijau katani yang telah diaturkan
secara peribadi oleh Guru Utama Tuan Haji Ibrahim benar-benar menerbangkan
mereka ke “Gerbang Minda” dan kesedaran baru.
Kesemua UKP di atas diadakan di Gelanggang Tawakkal, Mata-mata. Satu UKP juga
telah diadakan di Gelanggang Pusat Belia untuk pesilat Arat Putih ke Kuning dan
Kuning ke Merah. Suasana ketika itu adalah sangat membanggakan bilamana ujian
dijalankan sepenuhnya oleh para Jurulatih Muda diketuai oleh Jurulatih II, Cikgu
Jasmin. Syabas Pesilat Hijau!

26.4.1998 / Ahad / Petang / Gelanggang Tawakkal: Sesi Penggambaran, RTB dengan


kerjasama BK Production turut merakamkan aktiviti persilatan PSPSG41 untuk
segmen Sepanjang Jalan dalam rancangan Rampai Pagi.

29.4.1998 / Gelanggang Tawakkal: Semangat Guru Utama yang tidak sembarana


dalam menjalankan ujian ini turut ketampiasan ialah para Jurulatih Cikgu Nasib, Cikgu
Rusli dan Cikgu Hj. Ramlee telah ditauliahkan oleh Guru Tua dan Guru Utama untuk
dapat “menurunkan” permainan kedua. Pancaran cahaya keguruan Guru Utama
katani atu benar-benar telah membukakan alam nirwana persilatan yang tidak
terbatas.

MEI

1.5.1998 / Jum`at / Petang / Gelanggang Tawakkal: Sambungan sesi penggambaran


Jurus dan Teknik beladiri PSPSG41 iaitu khusus untuk Jurus dan Buah Helang.

__.5.1998: Edisi sulung Warta Gerak 41 mula diedarkan. Dalam kolum “Laila Sembah”
Pengarah dan Penyunting Warta Gerak 41 bermadah, “Sampai hari ani, macam-
macam perkara telah katani ungkayahkan dengan sukses semata-mata dalam
kerangka “memartabatkan” Silat orang Brunei. Di mana dengan tiket Gerak 41 kita
telah melayarkan citra Pencak Silat Gerak 41 ke audience (khalayak) dunia termasuk
para internouts dan websurfers yang berpencak di dalam komputer. Ia tah nya Urang
Tua-tua “Kalau bakarih, barisi marih”. Nah di tangan abiskita sekarang ani kami
sajikan lagi dengan WARTA GERAK 41 sebagai berita rasmi perguruan. Mudah-
mudahan dengan WARTA GERAK 41 ani akan tercetus rasa persamaan di segi memori
dan citarasa Gerak 41.”

6.5.1998 / Rabu / Petang / Maktab Duli PMAMB: Demo Pencak Silat (lebih merupakan
perjumpaan). Sambutan cukup baik walaupun orang katani yang datang ke sana
lebih meriah (lebih ramai) daripada orang di sana. Seminggu selepas perjumpaan itu,
latihan telah dimulakan dipimpin oleh Jurulatih Muda G41 dari Gelanggang Tawakkal .

8.5.1998 / Jum`at / Petang / Rumah YDP PSPSG41: Majlis Do`a Kesyukuran, ekoran
dari selamat sempurnanya kenaikan taraf 8 orang Jurulatih Muda dan 3 orang
Jurulatih ditauliahkan ke peringkat permainan kedua.

15.5.1998 / Jum`at / Kg. Salambigar Rumah SUA PSPSG41: Mesyuarat Eksekutif,


hampir semua ahli Majlis Kehormat dan Majlis Eksekutif G41 berhimpun di
Gelanggang Seri Kemanca rundingan berkisar sekitar projek besar G41 iaitu
SILATHON, Memohon Bantuan Kewangan dari Yayasan SHHB, Lawatan Silat ur-Rahim
ke Limbang dan Ujian Kenaikan Arat. Bagaimanapun kita masih menunggu jawapan
daripada pihak kerajaan. Sidang menjadi agak panas sepanas pisang goreng
berikutan dengan masalah berbangkit yang dikemukakan oleh Ketua Gelanggang
(KG) Maktab Duli yang juga mewakili Gelanggang Universiti, Nurulhikam.
Bagaimanapun dengan semangat kekeluargaan G41 masalah ini dapat ditangani
dengan bijaksana dan suasana menjadi dingin semula. Setiausaha Agung (SUA) juga
sempat membacakan beberapa cabutan perlembagaan G41 untuk pengetahuan
semua kerabat supaya semua mempunyai maklumat yang konsisten.
21.5.1998 / Khamis / Malam / Tasek Merimbun: Cg. Hj. Ramlee bersama-sama pesilat
Arat Hijau pergi ke Tasek Merimbun untuk “Mengisi Arat” yang disyaratkan lebih afdal
dibuat di tempat sunyi, sewaktu tengah malam.

23.5.1998 / Kg. Setia: Beberapa orang Kerabat Muda Gerak 41 dari Gelanggang
Terpilih diminta untuk membuat persembahan silat oleh keluarga pengantin sewaktu
Malam Berjaga-jaga di Kampung Setia.

24.5.1998 / Pagi / Mentiri: Merikih Wasai Mentiri – Rupa-rupanya penerbit Rampai Pagi
bagi segmen Sepanjang Jalan inda jara merakamkan aktiviti katani untuk dipaparkan
kepada masyarakat umum melalui TV, iaitu setelah diurang berjaya merakamkan
aktiviti silat G41 di Gelanggang Tawakkal. Kini diurang berminat untuk merakamkan
ekspedisilat katani pulang. Jadi setelah bermesyuarat, JEK (Jawatankuasa Eksekutif)
bersetuju untuk berekspedisi ke Wasai Mentiri.

26.5.1998 / Malam / Kg. Burung Lepas, Rumah Hj. Musa: Bermula hari ini dan insya-
Allah akan diteruskan setiap malam Rabu para Jurulatih dan Jurulatih Muda akan
mendalami Silat Brunei arah Guru Tua. Disamping silat, Guru Tua juga menurunkan
Ilmu-ilmu dan Petua orang tua-tua!

28.5.1998 / 10.00 - 11.30 pagi / Gelanggang Seri Kemanca: Perjumpaan pertama


dengan bakal-bakal pelatih Cawangan Berakas (Sekolah Menengah Berakas) yang
akan digabungkan dengan Cawangan Seri Kemanca. Perjumpaan bertujuan bagi
membincangkan hari dan masa yang sesuai untuk latihan disamping menerangkan
syarat dan peraturan G41.

JUN

1.6.1998 / Pagi / Wasai Salambigar: Hari ani G41 sepatutnya pergi ke Wasai Dadap
(sudah dirikih oleh Hj. Ramlee kelamari) bagi menggantikan Wasai Mentiri. Namun
kerana ketidakbelakuan pihak RTB rancangan terpaksa dibatalkan. Tetapi oleh kerana
ada sebahagian ahli yang inda sempat diberitahu, ekspedisi diteruskan jua dan
diubah haluan ke Wasai Salambigar/Sungai Akar. Kerabat yang hadir adalah dari
Cawangan Seri Kemanca dan Rasyid. Kami sempat berlatih silat di wasai ani dengan
kedudukan separuh badan dalam air.

10.6.1998 / SNHB: Mesyuarat Persiapan SEA Games, PERSIB.

12.6.1998 / SNHB: Mesyuarat Persiapan SEA Games, PERSIB. Wujud kesungguhan


untuk berkerja dalam SEA Games ganya bilangan yang terlibat amat sedikit dan
tetap jua personal yang sama.

12.6.1998 – 26.61998: Kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri untuk menjalankan Silathon G41 adalah satu kejayaan besar yang pernah kita
capai. Jangka masa untuk Silathon adalah bermula dari 12/6 hingga 26/6. JEK telah
memasang beberapa strategi dengan menubuhkan kumpulan Elit G41 yang akan
ditugaskan mengaga orang-orang penting dan berpengaruh di Brunei Darussalam.
Seramai 120 orang kerabat dari 9 buah cawangan menjalankan kutipan di cawangan
masing-masing.

22.6.1998 / Malam / BSB: Silathon, Kumpulan Elit G41 telah cuba melanggar target-
target tertentu.
25.6.1998 / Siang / BSB: Silathon, hari terakhir untuk menjalankan kutipan Kumpulan
Elit G41 sekali lagi melanggar target-target terbaru antaranya Eric Goh Foundation,
Pejabat Pg. Bendahara, Abd. Razak Holding, Hongkong Bank dan Standard Chartered
Bank.

26.6.1998 / Malam / Kg. Mata-Mata, Rumah YDP: Dikiralah hasil kutipan sementara di
rumah Ka Ji, dengan berat hati Bendahari mengumumkan bahawa hasil kutipan tidak
lebih 4,000 ringgit.

27.6.1998 / Siang / Pusat Belia: Raptai (rehearsal) bagi sambutan kemuncak Silathon
Gerak 41.

28.6.1998 / Petang / Pusat Belia: Adalah hari yang ditunggu-tunggu bagi acara
kemuncak Silathon: Pertemuan Juara-Juara Gerak 41. Majlis hari atu seperti
biasa cukup meriah apalagi dengan kehadiran para kerabat dari cawangan-cawangan
Gerak 41 dan ditambah dengan persembahan khas oleh para Juara G41 sejak tahun
1990 hingga 1997. Pendeknya acara itu gilang gemilang tiada terbilang, TETAPI
hanya dengan ketiadaan sistem pembesar suara majlis kelihatan agak muram dan
menjadi cacat sedikit! Tetamu Kehormat terpaksa diubah disaat akhir! Bila diselidiki
mungkin surat katani inda diterima pihak-pihak tertentu, tak tau macamana?
Demikianlah tadi dugaan, mula-mula hasil kutipan kurang memberangsangkan.

29.6.1998 / SNHB: Mesyuarat Persiapan SEA Games, lanjutan PERSIB. Perbincangan


khusus dalam hal pengagihan bidang tugas.

JULAI

3.7.1998: Pemikiran awal untuk mengadakan Bengkel Kejurulatihan G41 sudah


tercetus dan berlegar di kepala Guru Utama. Diikuti dengan rundingan tidak formal di
kalangan beberapa orang JEK. Target asal ialah 24/7 dan 25/7 tetapi kerana
komitmen kerabat G41 pada hari tersebut tarikh cadangan diubah ke 27/7 dan 28/7.

7.7.1998: JEK menerima panggilan telefon dari Istana Nurul Iman, kerana ada kurnia
dari Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

9.7.1998 / Malam / SMB: Memandangkan kerabat Cawangan Berakas rata-ratanya


belum sempat melihat demo tempoh hari, maka Guru Utama sendiri telah
berkesudian membuat mini demo. Ka Ji telah berjaya memainkan pertunjukan yang
memukau para kerabat di sana. Secara kebetulan seramai 41 orang telah hadir pada
malam atu!

10.7.1998: Tindakan susulan, Bengkel Kejurulatihan G41, bermula dari ide abstrak
bertukar kepada tindakan kongkrit, Ka Ji sudah komited dan mula menyusun Jurus
Baku (Standard) G41 di Gelanggang Tawakkal. Sementara itu Cg. Rusli cuba
menyiapkan initial procedure termasuk kertas kerja, surat-menyurat dan lain-lain.

10.7.1998 / Malam / RTB: Enam orang pesilat G41 membuat latihan pertama
bersama-sama Kumpulan Liau Badar untuk program TV RTB iaitu Menjunjung Duli
sempena Perayaan Hari Keputeraan KDYMM ke 52 tahun.

17.7.1998 / Petang & Malam / Pusat Belia: Pertandingan Awal Pencak Silat peringkat
Daerah Brunei Muara.

19.7.1998 / Pusat Belia: Pertandingan Akhir Pencak Silat peringkat Daerah Brunei
Muara, keputusan akhir yang melibatkan pesilat-pesilat PSPSG41 ialah;
Juara Pertama
1. Finalis (Cakak Remaja).
2. Anuar (Tunggal).
3. Dk. Rosmah (Tunggal)
4. Hamidon dan Hj. Seruji (Ganda)
5. Aziz dan Rahman (Ganda R)
Juara Kedua
1. Amri (Tunggal).
2. Gandam & Ak. Moksin (Ganda).
3. Rafidah & pasangan (Ganda)
4. Hamidon (Kuntaw Dewasa).

23.7.1998 / Pagi / SR Anggerek Desa: Kali ini G41 mendapat tawaran untuk membuat
satu demo atas tuah Ak. Moksin (Syabas, dan terima kasih Ak. Moksin). Demosilat
diadakan di Sekolah Rendah Anggerek Desa, Berakas. Pesilat G41 yang sempat hadir
antaranya Cg. Rusli, Cg. Hj. Ramlee, Cg. Jasmin dan beberapa Jurulatih Muda.
Walaupun Jurulatih G41 datang agak lewat (payah untuk keluar pejabat) namun
Jurulatih Muda yang hadir ketika itu dapat mengendalikan demo dengan penuh
keyakinan, perkara ani diucapkan sendiri oleh cigu-cigu di sana. Lebih 100 orang
murid menyaksikan demo dengan penuh keiskian. Seusai demo pedemo-pedemo
G41 dibawa ke pejabat Guru Besar untuk berunding sambil berehat. Rundingan
cukup panjang tetapi menarik dan menjanjikan. Insya-Allah cawangan di SR Anggerek
Desa akan lebih maju kerana sokongan padu daripada Guru Besar (orang silat jua
rupanya) sendiri.

23.7.1998: Persiapan Bengkel Kejurulatihan G41. Merisik Dr. Ustaz Hj. Abd. Aziz
Hanafi untuk menyampaikan Ceramah Umum, al-hamdulillah beliau bersetuju.

23.7.1998: G41 ditelefon lagi oleh pihak Hongkong Bank.

24.7.1998: Akhirnya sebagaimana persyaratan yang telah diberikan oleh KHEDN agar
kita menghantar laporan kepada mereka maka Setiausaha Agung dan Bendahari
mengira sekali lagi hasil kutipan yang muktamad, seperti berikut;
G. Terpilih – $1007.90
G. Awang Semaun - $273.70
G. Pusat Belia - $540.83
G. Berakas - $941.55
G. Saiyyidina Umar - $528.10
G. Maktab Duli – 250.60
G. Saiyyidina Hassan - $338.30
G. Universiti $442.71
G. Tawakkal $537.00
Cg. Rusli $5369.00 (iaitu semua sumbangan yang dinisbahkan atas kad 0003).
Ini menjadikan jumlah besar kutipan ialah $10, 229.69 (Sepuluh Ribu Dua Ratus Dua
Puluh Sembilan Ringgit Enam Puluh Sembilan Cent Sahaja.) Ahli-ahli yang berjaya
membuat kutipan $100.00 ke atas ialah;
1. Cg. Rusli $5369.00 (GBR)
2. Cg. Hj. Ramlee $475.00 (GTP)
3. Rosmini $226.00 (GBR)
4. Hj. Ibrahim $212.00 (GTW)
5. Cg. Jasmin $183.00 (GPB)
6. Razimie $140.00 (GBR)
7. Shahrul $132.00 (GBR)
8. Hj. Musa $120.00 (GTW)
9. Md. Azmi $113.00 (GUV)
10. Nurulazmi $109.00 (GTW)
11. Cg. Ali $103.00 (GSU)
12. Zamrani $102.00 (GUV)
13. Azri $101.00 (GBR)
14. Cg. Nasib $100.00 (GSH)

25.7.1998: Setelah kunci kira-kira dapat diselesaikan Setiausaha dan Bendahari


pergilah ke KHEDN untuk menghantar laporan Silathon Gerak 41.

25.7.1998 / 7.35 pagi - 3.00 petang / Benutan Tutong: Hj. Ramlee, Anuar dan Finalis
kan ke Tasek Merimbun tapi tidak jadi kerana banjir. XPDC ditukar haluan ke
Empangan Benutan. Lauk-lauk di sana cukup meriah sama meriahnya dangan di
Tasek Merimbun.

27.7.1998 – 28.7.1998 / Kompleks Sukan Mengalit: Bengkel Kejurulatihan Gerak 41.


Bengkel telah dibuka rasmi oleh Dato Paduka Hj. Talip bin Hj. Berudin, Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan yang sempat menyuarakan 2 perkara penting dalam
ucapan beliau iaitu pertama agar kita memanfaatkan sepenuhnya tenaga dan ilmu
para guru tua di NBD yang masih hidup dalam kerangka memahami rahsia ilmu
persilatan sebenarnya, dan kedua agar kita mewariskan silat kepada generasi baru
dengan penuh penghayatan serta pemahaman gerak yang benar.
Setelah pembukaan rasmi bengkel diteruskan dengan Pembentangan Guru Tua
berkisar sekitar Pembinaan dan Pengisian Jurulatih (atau pertahanan diri luar
dan dalam), sebelah petangnya dikembangkan pula oleh Dr. Hj. Abd. Aziz Hanafi
yang membincangkan Silat Dari Perspektif Islam. Kedua-dua tokoh ini iaitu antara
tokoh agama dan tokoh silat mereka benar-benar memahami bidang mereka, dan
dapat pula menyampaikan ilmu yang sangat dalam maknanya kepada para peserta
bengkel, yang pada dasarnya mereka memberitahukan bahawa Silat memang
disyari`atkan oleh Islam dan sebarang ilmu pengisian (tenaga dalam) pada dasarnya
diterima oleh Islam asalkan tidak membawa kepada syirik.

Lewat petang itu acara diteruskan dengan sesi Penyusuan Jurus Baku G41 oleh
Guru Utama dan Ketua Jurulatih sehingga jam 6.30 petang. Di sebelah malamnya
pula peserta bengkel telah diaturkan dengan Dialog Seni bersama Cigu Rusli. Tetapi
ada sedikit gendala yang menyebabkan acara terpaksa diberhentikan lebih awal
(harap-harap perkara ani dapat katani selesaikan secara terbuka, yang
katani tackle problemnya bukan orangnya!, Bibit-bibit kecil ani selalunya makin
membengkak kalau inda diubati, jangan biarkan camatu saja seolah-olah inda ada
apa-apa berlaku, maka sampai bila-bila pun inda akan selesai).

Pada 28.7.1998 Bengkel Kejurulatihan G41 diteruskan dengan pembentangan oleh


Cigu Nasib (Jurulatih Kanan) sekitar Disiplin Jurulatih dan Pelatih. Pembentangan
cukup mudah untuk difahami, mudah-mudahan para ahli dapat mengambil iktibar.
Selanjutnya Guru Utama membentangkan Prinsip-prinsip Dasar Latihan, menurut
Ka Ji ada 3 azimat penting yang perlu ada pada setiap Jurulatih iaitu Kepercayaan,
Keyakinan dan Kewibawaan diri. Cuba tah dalami setiap satunya, kalau masih belum
faham cuba tanyakan arah Ka Ji. Pembentangan terakhir dibuat oleh Setiausaha
Agung (Ketua Jurulatih) mengenai Pengurusan Persatuandan Persilatan. Cg.
Rusli cuba menyedarkan peserta bengkel akan peri pentingnya pengurusan sesebuah
organisasi, disamping cuba melihat satu alternatif dan orientasi pergerakan silat di
zaman ani. Kedua-dua elemen ani pula mestilah ditunjangi dan dilatarbelakangi oleh
pola fikir yang mengarah kepada jati diri orang Brunei. Selesai pembentangan para
peserta bengkel membuat sedikit persiapan untuk majlis penutupan rasmi sebelah
petang nanti. Pukul 2.30 petang Tetamu Kehormat sampai iaitu Yang Amat Mulia
Pengiran Jaya Indera Pg. Hj. Mokhtar Puteh bin Pg. Hj. Rajid, Yang Di-Pertua PERSIB.
Kehadiran dan “kebatahan” Yang Amat Mulia bersama-sama kerabat G41 semasa
majlis penutupan rasmi dalam suasana yang riang membayangkan kesediaan dan
kepedulian Yang Amat Mulia terhadap pembangunan Pencak Silat. Melalui bengkel 2
hari ani katani telah mencapai 23 resolusi yang perlu katani jadikan iktibar dan
laksanakan.

31.7.1998: Keraja paling akhir berhubung kait dengan Silathon YDP, Setiausaha dan
Bendahari pergi ke IBB cawangan Gadong untuk membuka Akaun Simpanan
PSPSG41 berkat salah seorang ahli G41 (Shufian) yang bekeraja di sana urusan hari
atu menjadi mudah, al-Hamdulillah sekarang G41 telah mempunyai akaun sendiri!

8.8.1998 / Pusat Belia: Latihan Bersama.*


15.8.1998 / P. Belia: Latihan Bersama.*
22.8.1998 / P. Belia: Latihan Bersama.*
26.8.1998 / GA Semaun: Latihan Bersama.*

∗ Latihan Bersama ani sebenarnya adalah inisiatif pesilat cawangan Awang


Semaun, Saiyyidina `Umar, Berakas, Saiyyidina Hassan dan Pusat Belia. Ada
sekali semasa di Pusat Belia waktu kan abis berlatih ada tia 2 urang German siuk
ia meliat ahli G41 belatih. Rupanya diurang atu penggemar seni beladiri jua,
sempatlah ia memainkan seninya iaitu Kung Fu. Katanya diurang suka meliat
latihan silat. Tumpuan latihan adalah Jurus Baku. Antara yang datang berlatih
adalah Tenno Gelap, Penjejak Awan, Si Adik, Si Chili, Ji Fat, Raja Utara, Long Kai,
dan banyak lagi.

20.8.1998 / Tasek Merimbun: 13 orang Kerabat G41 kembali lagi beraksi dan
bermalam di Tasek Merimbun, kali ani bertujuan untuk “mengisi Arat” dengan Ayat
Pelindung iaitu bagi yang balum sampai hari atu. Seperti biasa upacara mengisi arat
bermula jam 12.00 tengah malam selesai jam 1.40 pagi. Lepas atu masing-masing
jadi bersemangat untuk memainkan permainan peringkat kedua, kepuasan nampak
terbayang di wajah masing-masing, dengan daya imaginasi tersendiri.

1.9.1998 / Tasek Merimbun: Hj. Ramlee, Aji dan Anuar ke Tasek Merimbun lagi, rupa-
rupanya bukan saja lauk-lauk di sana dapat diurang pancing tapi hati diurang pun
sebenarnya sudah terpancing untuk terus berkunjung ke Tasek Merimbun.

4.9.1998 / 2.00 petang / Rumah Ketua Kampung Setia B: G41 diberi penghormatan
untuk mempersembahkan silat sempena lawatan Peserta Kapal Belia.

13..9.1998 /Rumah YDP PERSIB: Guru Tua dan Cigu Rusli dipanggil mesyuarat di
rumah PJI bagi membincangkan persediaan SEA Games.

17.9.1998 / Benutan Tutong: Kali ani Hj. Ramlee dan Anuar berdua saja menangkap
ikan Karuk, Sepat, Barah-Barahan, Patian.

23.9.1998 – 29.9.1998 / Padepokan Jakarta: Buat julung-julung kalinya JKE G41 diutus
ke Jakarta bersama beberapa orang JKT PERSIB menghadiri RATNIK II ataupun
Mesyuarat Teknikal II. Mesyuarat adalah bagi memutuskan cadangan untuk
membakukan pertandingan Silat Seni serta mengemaskinikan sistem pertandingan
Silat Olahraga. Satu hal yang perlu dihighlight di sini ialah sikap urang katani,
terutamanya dalam hal cara berfikir dan membuat keputusan yang sangat kritikal
dalam perkembangan dan penentuan ataupun orientasi pertandingan silat masa
hadapan. Malangnya “ke-bijak-bestari-an” atu kurang dimiliki. Mudah-mudahan di
masa akan datang akan lebih ramai lagi pesilat intelektual katani yang boleh diayau-
ayaukan. Kami balik membawa homework iaitu untuk menyediakan Jurus Baku
masing-masing nanti.

4.10.1998 / 2.00 petang / Rumah YDP PERSIB: Meeting lagi iaitu membincangkan
persediaan SEA Games.

5.10.1998 / KS Menglait: Hari ini adalah perjumpaan Jawatankuasa Penyusunan Jurus


Baku yang pertama yang terdiri dari Pg. Hj. Jaludin, Cigu Hj. Shamsudin, Pg. Tajuddin,
Pg. Karim, Ka Ji Braim, dan Cigu Rusli tetapi perjumpaan atu inda mampu memberi
masukan yang positif, apa nya urang inda batamu cerita. Jadi kami bertindak proaktif
iaitu mencadangkan satu set Jurus Baku yang andang tersusun rapi kemudian
barulah diurang komen dan tokok tambah. Maka kami terpaksalah memerah otak
dan tenaga pada waktu-waktu free bagi menyusun Jurus Cakak (Baku) dan Jurus
Ganda di Gelanggang Tawakkal dan Gelanggang Burung Lepas pada 6/10, 7/10, 8/10,
dan 9/10 akhirnya selepas 4 hari atu al-hamdulillah Jurus Baku telah dapat kami
siapkan resipinya dan telah jadi satu hidangan yang cukup lumayan tinggal
menyajikan saja lagi kepada Jawatankuasa Penyusunan. Setelah dipratontonkan
(preview) kepada diurang pada 7/10 dan selepas 9/10 nampaknya diurang inda
banyak komen bahkan Pg. Hj. Jaludin sebagai Pengerusi Penyusunan telah
memberikan persetujuannya.

11.10.1998 / Pagi – Tengahari / Pantai Pangkalan Pinang Tutong: G41 diminta oleh
Jawatankuasa Belia/Perundingan Mukim di sana untuk membuat persembahan silat
sempena Hari Muhibbah diorang.

16.10.1998 / KS Menglait: UKA, Seramai 27 pesilat dari cawangan Berakas dan


Awang Semaun telah diuji untuk dinaikkan ke peringkat Kuning dan Merah. Ani
adalah ujian terbesar pernah katani buat yang melibatkan ramai pesilat dalam satu
masa. Namun dengan keyakinan guru, para jurulatih dan pesilat sendiri UKA dapat
direalisasikan. Dalam beberapa adegan Ka Ji, Cigu Nasib sendiri inda mau alah lalu
turun gelanggang dengan penuh semangat dan turut menggrading pesilat-pesilat.

30.10.1998 / Gelanggang UBD: UKA, 8 orang mahasiswa pesilat diuji untuk naik ke
Arat Kuning dan Merah. Salah seorang mahasiswa yang terlibat adalah seorang
bangsa Sudan iaitu Khalid. Majlisnya agak sederhana tetapi cara pelaksanaannya
adalah efektif sekali. Semuanya sudah tersedia, J/K dan para Jurulatih tinggal datang
ke sana saja, ada minuman lagi tu! Semua atu diungkayahkan sendiri oleh pesilat
Gelanggang UBD.

1.11.1998 – 8.11.1998 / Padepokan Jakarta: Empat orang sepersatuanjadi satu suara


(Empat Satu !!!) diterbangkan ke Jakarta iaitu Cigu Rusli, Jasmin, Joe dan Ak. Moksin.
G41 telah berkorban dan menaja tiket pergi balik untuk diurang kecuali Cigu Rusli
semata-mata memenuhi pra syarat Bengkel yang tidak dapat terpenuhi oleh Jabatan
Belia dan Sukan. Keberangkatan kami kali ani adalah untuk menyertai Bengkel Kerja
PERSILAT Penyusunan Jurus Baku. Ketibaan kami inda disambut oleh siapa-siapa di
sana, pasal kami datang dua hari lebih awal. Walaupun demikian kami inda
membuang waktu lalu berlatih lagi memasakkan Jurus Cakak dan Ganda yang telah
dipersetujui di Brunei. Diringkaskan cerita kehadiran kami bagi pihak urang disana
adalah cukup menyenangkan dan diurang mengagumi komitmen kami dalam Silat.
Menyimpulkan hasil bengkel tersebut sebenarnya adalah sangat membanggakan
kami secara peribadi dan Negara Brunei Darussalam secara umumnya. Mana inda,
hasil Jurus Baku yang disusun atu inda keterlaluan jika dikatakan 40% diambil dari
Indonesia, 35% dari Brunei, 20% dari Singapura, dan dari 5% Malaysia.
13.11.1998 / Pagi / Studio RTB Tutong: Berikutan dengan Demo Silat tempoh hari
seorang penerbit Rampai Pagi telah tertarik hati untuk mewawancarai wakil G41
sebagai tetamu diurang. G41 telah diwakili oleh Rozaiman Makmun, Timbalan
Setiausaha Agung G41. Wawancara berjalan lancar dan cukup menjanjikan.

15.11.1998 / Pagi / Rumah Ka Ji: Hari ini adalah kali pertama Ka Ji mengawinkan
anaknya disamping menolong-nolong dan membuat persiapan pada hari
persandingan Orkestra G41 sempat mengiringi dan melatarbelakangi majlis
perkahwinan yang gilang gemilang atu dengan irama sensasi gulintangan.

20.11.1998 / Gelanggang UBD: UKA, Untuk meraikan kedua-dua siri ujian tadi
diadakanlah satu Majlis Penyampaian Arat di UBD iaitu bagi pesilat-pesilat dari
Cawangan UBD, Awang Semaun dan Berakas. Majlis diadakan dengan penuh makna.
Guru Utama, Jurulatih Kanan, Ketua Jurulatih, Para Jurulatih dan Jurulatih Muda
semuanya ada. Bahkan hari ani G41 turut didatangi oleh seorang wartawan majalah
Seni Beladiri Malaysia iaitu Pak Ngah, beliau sempat menyatakan kekagumannya
dengan G41 serta orally melantik Cigu Rusli sebagai Wakil Wartawan Seni Beladiri di
Brunei Darussalam.

24.11.1998 / 2.30 petang / Pusat Belia: agi mesyuarat SEA Games.

25.11.1998 / Gelanggang Maktab Duli: UKA, Pesilat-pesilat cawangan ini turut


menjadi ruat untuk diuji setelah melihat rakan sepersatuandiurang diuji beberapa
hari yang lalu. 13 pesilat pra-U terlibat.

12.1998 / Malam / Rumah Hj. Lakat: Sempena Malam Berjaga-jaga keluarga


pengantin telah mengadakan Mini Pertandingan Silat. Malam itu kerabat G41 juga
sempat melihat sendiri bagaimana orang-orang lama bermain Silat Brunei dengan
cantik sekali.

4.12.1998 / Gelanggang Maktab Duli: Al-hamdulillah semua pesilat GMD telah pass
UKA dan dinaikkan ke Arat Kuning. Maka hari ani telah diadakan Penyampaian Arat
oleh Guru Utama kepada diurang dalam satu Majlis yang sangat sederhana tetapi
cukup memberangsangkan.

11.12.1998 / Pagi / Kompleks Sukan Tutong: Dalam upaya melebarkan sayap G41 ke
seluruh negara dirancangkanlah satu demo di Daerah Tutong sebab dalam masa
yang sama G41 telah mempunyai seorang Jurulatih Muda yang memang orang
Tutong. 90% pedemo-pedemo G41 bermalam di Rest House serta sempat menghadiri
majlis kenduri di rumah Rasyid. Demo pada hari atu memang mendapat perhatian
dan kerjasama dari pihak Jabatan Belia dan Sukan Tutong, JKT PERSIB Tutong, RTB
Tutong malangnya kami kekurangan audience. Tapi inda apa sebab yang hadir pada
hari tersebut adalah orang-orang penting, bahkan kami telah menerima satu tawaran
lagi untuk mengadakan satu demo di salah sebuah sekolah/maktab di Tutong dan
satu sesi wawancara yang diminta oleh RTB. Disegi corak persembahan tidak
keterlaluan dikatakan bahawa ini adalah penampilan demo yang terbaik dan rapi
pernah kami buat. Item-item persembahan menepati konsep demo. Kami telah
membahagikan persembahan kepada tiga, iaitu Silat Tradisi, Silat Kreatif dan Silat
Kontemporari.

Sepanjang tahun 1998: Dokusilat, kali ani khusus memperkatakan “G41 dalam
media”. Iaitu samada dalam media cetak (buku, surat khabar) mahupun media
elektronik (TV, Radio, Internet). Adanya berita ataupun cerita mengenai G41 dalam
media adalah rahmat untuk katani kerana ia adalah merupakan satu cara
mempromosikan G41 kepada masyarakat umum. Untuk rencana ani setinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada salah seorang pesilat katani iaitu
Nurulhikam HM Din. Alhamdulillah berkat kegigihannya melihat, membaca dan
menulis pergerakan G41 berita-berita mengenai kegiatan katani malar terpapar
dalam surat khabar. Misalnya artikal bertajuk “Pesilat UBD menjalani Ujian” dalam
Media Permata, Selasa, 10/11/1998. Kemudian ada lagi satu artikel “Demo Gerak 41
di Belait” juga dalam Media Permata. Turut mencatatkan kegiatan katani ialah
seorang bangsa Inggeris berasal dari Australia, Tony Casella. Beliau telah menulis
dalam Borneo Bulletin “Silat a discipline of self-defence”. Mr. Tony sebenarnya adalah
kawan Cigu Rusli dan beliau sangat berminat untuk mendalami kebudayaan Brunei
termasuk Silat, sayangnya kontraknya kan habis bulan April ani. Kalau inda ia boleh
jadi Duta G41 di Australia. Karya tulis mengenai G41 inda terbatas di Brunei sahaja
malahan sebuah majalah “Seni Beladiri” dari Malaysia juga tertarik untuk
memaparkan persatuankatani. Antara artikel yang sudah diurang keluarkan ialah
sebuah kajian ilmiah oleh Cigu Rusli bertajuk, “Aliran Silat yang dominan di Brunei
Darussalam”. Kemudian Pak Ngah yang ada melawat Gelanggang katani juga
menulis cerita bertajuk, “PSPSG41 Majlis Penyampaian Arat” dan “UBD, Pantang
Cabar Guru”. Melalui kaca tv pula sebagaimana yang diketahui Timbalan Setiausaha
Agung katani iaitu Roszaiman Makmun juga telah diwawancarai dalam rancangan
Rampai Pagi oleh RTB Tutong. Lain lagi berita-berita semasa mengenai kegiatan
katani yang sering dibuat liputan oleh RTB samada untuk Berita Nasional ataupun
Rancangan Juara.

Sepanjang tahun 1998: Perbelanjaan PSPSG41, sehingga kini G41 telah membeli 100
pasang baju silat lengkap dengan arat, logo G41 dan replika bendera Brunei. Bahkan
masih ada lagi dalam 120 pasang yang sedang ditempah. G41 juga membeli satu set
gulintangan, 20 beg silat G41, sebilah keris dan sebilah parang besi putih. Kita juga
telah mencetak 4 macam sijil iaitu Sijil Keahlian, Sijil Kecapaian, Sijil Kejurulatihan
dan Sijil Penghargaan serta 1 rim Letter Head G41. Dan beberapa perbelanjaan kecil
lainnya. Untuk semua ani katani telah menggunakan wang G41 sebanyak $7,000.00.
Walaupun duit katani berkurangan tetapi hajat utama silathon katani telah menjadi
kenyataan iaitu untuk membeli satu set gulintangan yang kalau mengikut kiraan dulu
seluruh hasil kutipan silathon inda cukup. Namun dengan turunya nilai matawang
Rupiah kita telah mampu membeli satu set gulintangan iaitu termasuk Gandang
Labik, Canang 1, Canang 2, Canang 3, Gong, dan Tawak-tawak.
LAPORAN KEGIATAN
PERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN
1999
Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung PSPSG41

Pendahuluan

Secara simboliknya semasa Laman Web rasmi G41 dilancarkan


(http://www.silatbrunei.org) pada 20hb. November, 1999 lalu sebenarnya tepat 41
hari saja lagi tinggal untuk kita memasuki new millenium. Sebelum mengembara ke
alaf baru kita perlu satu senjata canggih disamping keris [Siapa kata di era yang
serba mungkin ani keris inda lagi relevan! Sebagai analogi lihat filem science fiction
Star Wars – Episode I Jedi pakai Lightsaber (bentuk pedang) dan Sith pakai Double
Lightsaber (bentuk tambong)] iaitu internet. Itulah sebabnya kita melancarkan
Laman Web tidak lain sebagai lambang dan alat kesiapsiagaan katani menghadapi
tahun 2000. Sepanjang abad ini (tahun 1000 hingga 1999) nenek moyang katani
telah menciptakan seterusnya mewariskan kepada kita satu sistem beladiri yang
multi-dimensional, komprehensif cukup praktikal dan efektif. Pencak Silat dilatih di
kampung-kampung seterusnya dibawa ke istana. Hari ini Pencak Silat makin
mendunia dari Gelanggang Nusantara diangkat dan dikembangkan di Gimnasium
atau Studio Pencak Silat seluruh dunia termasuk Asia terus ke Eropah juga Australia
membawa ke Afrika hingga ke Amerika. Dan sekarang Silat yang malar dikaitkan
dengan dunia mistik sudah berbaur dengan dunia elektronik, satu sisi yang tidak
pernah terfikir oleh kita iaitu alam CYBER. Saban hari gelanggang SIBER bercambah
terutamanya oleh aktivis Pencak Silat bukan Melayu. Mereka lebih terkedepan
mempromosikan Pencak Silat bahkan semakin baik pembawaannya. Salah satu
faktor yang boleh diungkit ialah mereka menerima sistem beladiri Pencak Silat bukan
setakat satu seni tradisional, tetapi diterimapakai secara teoritikal, akademik dan
transparent. Satu fenomena yang makin ketara sekarang ialah mereka dapat bersilat
lebih baik dari kita ! Jadi seperti yang sering diungkapkan lebih baik katani menjadi
seorang FUTURIS (bukan tukang ramal) yang sentiasa melihat jauh ke hadapan
mengambil suatu yang berharga dari masa depan untuk menerangi kehidupan masa
kini. Bukan menjadi REVERSIONIS yang sentiasa melihat ke belakang, kagum dengan
masa lampau. Jadi agar lebih konstruktif katani ciptakan, jelmakan dan hadirkan
lagenda keperkasaan zaman silam dalam kehidupan hari ini sambil membalik cermin
waktu melihat kemungkinan-kemungkinan di masa hadapan, agar terwujud persepsi
yang jelas untuk kehidupan hari ini. Nah mulai hari ani fikir-fikir tah abiskita,
macamana kan mengekalkan kependekaran orang Melayu jangan sampai qiblat
pencak silat bertukar arah ke Barat! Jangan sampai untuk menumpahi ambuyat
katani terpaksa belajar di restoran Pizza Hut!!!

JANUARI - OGOS

Januari – Ogos 1999: SEA Games, PSPSG41 berperanan dalam SEA Games melalui 2
jalur iaitu sebagai Jawatankuasa Tertinggi / Kerja dan sebagai Atlit Elit. Sebagai
jawatankuasa G41 inda kurang 23 kali turun naik ke MPH meeting dan membuat
persiapan. Pesilat G41 yang berjaya diserapkan sebagai atlit kebangsaan pula, pada
peringkat saringan pertama ialah Hamidon, Hj. Seruji, Ali Hanafiah, Anuar, Zulazmi,
Khairul Nasrin, Ak. Moksin, Gandam, Noraishah, Dk. Rosmahwati dan Jabaidah
masing-masing bagi acara Jurus Tunggal, Jurus Wajib, dan Wira Sanggha. Setelah
difinalisasikan hanya pasangan Hamidon & Hj. Seruji (Wira Sanggha) dan Dk.
Rosmahwati & Noraishah (Jurus Wajib) yang terpilih menjadi skuad kebangsaan bagi
SEA Games 99. Dalam konteks G41, SEA Games telah menampakkan;
 Sejauh mana dan Kesatuan PERSIB serta para aktivis Pencak Silat.
 Keupayaan urang katani menyelenggarakan kejohanan.
 Sistem kerja para penggerak utama Pencak Silat.
 Pemikiran dan citarasa Pencak Silat urang-urang katani.
 Sambutan masyarakat.
 Konsep kemenangan sebenar.
Kesimpulan SEA Games dari acara Pencak Silat bahawa Pencak Silat sekarang sudah
benar-benar mendunia, objektif dan transparent. Seiringan dengan ini PSPSG41 harus
lebih bersedia menghadapi dan menerima seterusnya mengolah perubahan dan
perkembangan yang bakal berlaku. Pada aspek organisasi PSPSG41 seharusnya
harus mampu bergerak sebagai “PersatuanSwasta” yang dinamik dan proaktif serta
menumpukan perhatian kepada pembangunan silat yang lebih perkasa dan raksaksa
sifatnya, demi kelangsungan aliran Pencak Silat Brunei Darussalam.

FEBRUARI

5.2.1999 / DPB, Berakas: Disamping atu G41 juga turut diundang seterusnya
membuat persembahan oleh Majlis Belia Brunei sempena Lawatan Belia Korea di
Balai Sarmayuda DBP.

MAC

10.3.1999 / BSRC: Demo Pencak Silat.

APRIL, MEI dan JUN

Komitmen SEA Games.

JULAI

17.7.1999 / Tutong / Rumah Abdul Rashid: Persembahan Pencak Silat sempena majlis
perkahwinan.

24.7.1999 / Kg. Lupak Luas / Rumah Hj. Ramlee: Persembahan Pencak Silat sempena
majlis perkahwinan.

OGOS

22.8.199 / Kg. Setia / Rumah Hj. Lakat: Persembahan Pencak Silat sempena majlis
perkahwinan.

Undangan-undangan macamani penting jua untuk G41 iaitu sebagai salah satu usaha
PROMOSI Silat katani jua. Jadi berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak yang
mengundang, tapi banyak-banyak-banyak terima kasih lagi kepada pesilat G41 yang
sudi bertandang.

SEPTEMBER

Menikmati kejayaan SEA Games.

OKTOBER
3.10.1999 / KS Menglait: UKA, Kerana komitmen SEA Games semua jadual UKA
tertunda ke bulan Oktober dan November. UKA adalah bagi peringkat Asas (Putih),
Rendah (Kuning) 43 orang dan Menengah (Merah) 12 orang.

17.10.199 / Gelanggang Terpilih: UKA peringkat Lanjutan (Hijau) melibatkan 17 orang


pesilat.

20.10.1999 / Balai Polis Pekilong Muara: Persembahan Pencak Silat sempena lawatan
Ketua Polis Singapura.

G41 juga menerima tawaran mengiringi majlis perkahwinan dengan gulintangan.


Bayaran diagihkan dengan kadar 70% untuk pemain dan 30% untuk perguruan.

NOVEMBER

5.11.1999 / Gelanggang Terpilih: UKA terakhir diadakan untuk 14 orang Jurulatih


Muda bagi mendapatkan ijazah Jurulatih. Semua UKA berjalan seperti yang dirancang
dan diharap-harapkan. Syabas dan tahniah kepada seluruh anggota G41 yang telah
berjaya dinaikkan arat, lebih-lebih lagi pesilat G41 yang dinaikkan taraf menjadi
JURULATIH iaitu;

Barisan Jurulatih G41


Hanafiah (H Satria Jaya), Rashid (P Seri Sejagat), Fadzillah (P Bayu Cempaka),
Zamrani (PS Pancaran Suci), Azmi ((PS Cahaya Kilat), Ghafar (P Panca Nur), Ak.
Moksin (P Seri Bentara), Anuar (PS Kencana Satria), Khairul (P Wira Samudera),
Artison (P Satria Cahaya), Maslin (PS Irama Indera), Amri (P Laila Budi).

Pesilat-pesilat terpilih ini telah berjaya membuktikan keseriusan dan kesetiaan


mereka kepada persatuanserta menguasai Pencak Silat Gerak 41 dengan matang.
Masing-masing mereka telah diujicuba dengan hikmat-hikmat buah pukulan yang
penuh muslihat, membuat langkah 17, mematikan langkah dan gerak Guru/Jurulatih
yang menyerang mereka, diberi gelar permainan seperti Kucing, Singa, Harimau,
Helang, Ular, Seladang, Tembadau. Sesi ujian diakhiri dengan memecah piasau. Al-
Hamdulillah mereka semuanya berjaya dengan “kuasa” Allah SWT jua. Sementara itu
5 orang jurulatih veteran pula dinaikkan taraf menjadi Guru Muda iaitu;

Barisan Guru Muda G41


1. Cg. Nasib (PS Gema Wijaya)
2. Cg. Hj. Ramlee (SP Teratai Sukma)
3. Cg. Rusli (KK Seri Kemanca)
4. Cg. Jasmin (SP Pusaka Nilam)
5. Cg. Rozaiman (PS Indera Sejagat)

UKA tahun ini juga mencatatkan sejarah tersendiri, dalam pertemuan inilah detik-
detik awal Pa Moksin yang selama ini dirahsiakan hubungannya dengan G41
dijinakkan semula secara terbuka bahawa beliau adalah salah seorang dari
pemegang amanah Guru Tua (Mahaguru) PSPSG41 selain Paji Musa. Mulai saat inilah
beliau sering kelihatan bersama aktivis G41 ke hulu ke hilir memberikan semangat
baru kepada seluruh kerabat G41. Maka sekarang (untuk sementara/tidak rasmi)
bolehlah didefinisikan bahawa G41 itu didasari oleh 4 aliran punca, iaitu Cakak Asli,
Silat Melayu, Silat Cahaya dan Panca Sunda. Dan setiap satunya pula
mempunyai pelbagai kembangan misalnya Cakak, ada Cakak Pohon, Cakak Kampar,
begitu pula Panca Sunda didalamnya termasuk Betawi, Cikalong, Cimandi, Cipecut,
Selendang Merah, Gayong dan sebagainya untuk huraian lanjut boleh bertanya
langsung kepada kedua-dua Guru Tua katani.
DISEMBER

6.12.1999 / Sek. Men. Arab Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan: Demo Pencak
Silat, satu perkembangan positif dalam acara Demonstrasi Pencak Silat ialah corak
persembahan katani telah menjurus kepada pakej yang agak standard dan dibantu
oleh para artis demo yang mantap. Pencak Silat yang dipersembahkan inda lari dari
konsep Silat TRADISI, Silat KREATIF dan Silat KONTEMPORARI. Dengan pendekatan ani
G41 telah berjaya memukau audience. Misalnya masa di Sekolah Arab penuntut-
penuntutnya masih inda berganjak dari tempat duduk padahal persembahan G41
sudah habis! Sebenarnya kami sengaja bagi suspense yang penting mudah-mudahan
minat diurang inda habis di sana dan G41 sekurang-kuranya dapat pula menggamit
mereka untuk mempelajari Silat.

Sepanjang tahun 1999: Kembara G41 ke Tasik Merimbun sudah menjadi rutin, tahun
ani saja inda kurang 21 kali diurang ke sana disamping sekali-sekala tukar angin ke
Pantai Muara dan Jerudong Park. Urang-urangnya inda lain Cikgu Hj. Ramlee, Tenno,
Penjejak Awan, Viking, Vector, Penjejak Badai, Long Kai, Puteri Impian, Bebek, Ryu,
Halus, Damit, Biji, Hati Murah, Black Knight, dan beberapa orang lagi. Kemuncaknya
ialah pada 2hb. Disember dimana Pa Moksin, Cikgu Rusli dan Cikgu Jasmin termasuk
orang-orang kanan Cawangan Universiti turut berangkat hadir. Ada 3 tujuan utama
G41 beriadah di Tasik Merimbun pertama Mengisi Arat kedua Menghayati Kehidupan
Semulajadi dan ketiga Mendengani Hj. Ramlee. Rumah ala Istana Melayu Lama yang
ada di Tasik Merimbun adalah lokasi yang paling unik dan cantik dalam rangka cuba
mengalamnyatakan pengalaman batin para pesilat. Proses mengisi Arat bermula
dengan Dialog Pendekar (Pa Moksin) sementara menunggu pukul 12.00 tengah
malam kemudian Imam (Artison) projek membacakan hikmat ayat yang akan ditulis.
Tepat pukul 12.00 pesilat akan mula menukilkan kalam / ayat tertentu di atas kain
hitam sehingga selesai mungkin mengambil masa 2 jam. Kain dilipat sedemikian
rupa oleh Penghulu (Cg. Rusli) rombongan untuk diserahkan kepada pesilat. Pengarah
(Hj. Ramlee) projek seterusnya bertanya pengalaman batin masing-masing pesilat.
Apapun bentuknya aktiviti di sana matlamatnya ataupun iktikad kami adalah bagi
melatih, membentuk dan membina kekuatan dalaman yang jitu, terkawal dan
terarah. TAPI sebagai langkah berjaga-jaga agar jangan sampai tersasar ingat-ingat
jua kata-kata guru katani “kalau belajar biar berguru ! sama-sama baguru sama-
sama bamurid.”

Disediakan oleh,
AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung dan Ketua Jurulatih, PersatuanPencak silat Gerak 41
PO Box 3041, BSB BS8675 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
LAPORAN KEGIATAN
PERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN
2000
Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung PSPSG41
PENDAHULUAN

Assalamu‘alaikum / Salam Pencak Silat,


Kerabat Gerak 41,

enario G41 di suku pertama tahun 2000 cukup padat dan menjanjikan.
S Tirai alaf baru dibuka dengan majlis NOBAT PRASETIA, diikuti dengan
persembahan padang untuk Hari Kebangsaan kemudian Demo Silat Tour,
Tamu Silat dan Kem Kerabat. Bukan memadah ke diri, kenyataannya G41
cukup cemerlang mengisi abad 21 ani. Dari kelibat kegiatan-kegiatan pratama, G41
kelihatannya cukup optimis, penuh berwibawa, berdaya maju, lebih proaktif. Dengan
perkembangan cemerlang ini katani harus MALAR “mencermin diri” supaya dapat
“lebih mengilala” diri sendiri. Jangan sampai hanyut di gelombang arus prima. Kalau
dapat kita kenalpasti kebidaan dalam gerakan persatuanakan katani USAI supaya
G41 jadi lebih MULIA, dan andai ada kelawaan dalam gerakan persatuanakan katani
BISAI kan agar G41 jadi MULIA jua. Kerja-kerja sukarela yang kita buat ani
memerlukan jiwa yang besar untuk dapat menekuninya, pun miatu seberat mana
pun beban yang di tanggung inda membari-bari bila wujud suatu PENGHARGAAN.
Selama bersama G41 seakan tiada terasa kengalihan kerana perjuangan yang sering
disertai minat dan kesedaran. Ringkasnya dalam konteks Negara Brunei Darussalam
bila disebut Silat terus lah disinonimkan atau dikaitkan dengan G41. Maka kali ani
sekadar sama-sama memberi ingat, tingkatkan kepedulian terhadap cawangan-
cawangan seluruh negara. Usahakan menghadiri majlis G41 sebagai agenda penting
bukan sampingan. Wujudkan perasaan saling bertanggungjawab atas apa saja
kegiatan G41. Kefahaman dan keprihatian kerabat senior mengenai semua ini amat
penting demi kelangsungan hidup G41, katani perlu lebih ikhlas, jujur, telus
(transparent), terbuka dalam menghadapi sebarang isu atau masalah berbangkit.
Masalah yang ada perlu diselesaikan sesegeranya. Bahtera G41 yang kita layari
bersama sudah jauh ke tengah lautan, sangat tidak waras untuk kita membiarkannya
karam, jauh sekali untuk berpatah balik sedangkan destinasi yang dihajati sudah
semakin hampir! Lagi pun Guru Tua pernah berpesan “Menggengam Bara Api Biar
Sampai Jadi Arang.” Mudah-mudahan abiskita Kerabat G41 dapat sama-sama
memikirkan apa yang tersurat di sini dan dapat pula menyimpulkan apa yang
tersirat.

JANUARI
Rehat sempena Hari Raya `Aidi l-Fitri

FEBRUARI
4.2.2000 / Jum`at / Petang / Gelanggang Berjasa, Kg. Setia B: Nobat Prasetia,
Setiausaha Agung G41 memperkenalkan satu lagi istilah baru untuk membuka
gelanggang tahun 2000 iaitu NOBAT PRASETIA. Majlis diadakan di Gelanggang Pusat
G41. Majlis sepatutnya WAJIB dihadiri oleh para ahli Dewan Guru Tua, Guru, Jurulatih
dan Jurulatih Muda. Majlis ani adalah semacam satu “Anjakan Paradigma” untuk G41
kerana selepas atu G41 mendapat suntikan semangat dan tafsiran baru siapa G41
sebenarnya. Untuk pertama kali Liau bertandang ke Gelanggang Pusat G41
didampingi oleh Guru Utama dan “digimbari” dengan jiwa silat yang cukup perkasa.
Dalam ungkapan kalimat Liau yang dilontarkan dengan nada pilu sudah cukup untuk
membuat kami sendu lumpuh dalam keyakinan sendiri. Liau menekankan
kesempurnaan. Menyempurnakan diri, jiwa, silat dan menyempurnakan hidup dengan
huraian kata-kata yang berlapik, dalam dan philosophical. Ka Ji sebelum atu
menyatakan betapa silat telah menjadi alat silaturrahim yang berkesan. Menyatukan
Guru dan Murid, Bapa dan Anak, Dangsanak dan Saudara. Orang jadi kawan. Majlis
ani mendapat perhatian umum dan sempat menelurkan kontroversi apabila Media
Permata memuatkan 2 muka penuh di halaman tengah bersama gambar-gambar
yang unik dan penuh makna. Namun apapun yang tercatat dalam Media atu adalah
suatu KEBENARAN buat G41, tapi kebenaran yang berat untuk diterima dari kalangan
warga silat bukan G41.

5.2.2000 / Sabtu / Petang / Jabatan Arkib Negara: Penyusunan Gerak Silat untuk
Hari Kebangsaan 2000, Mesyuarat persiapan dan penyusunan Gerak Silat untuk
persembahan padang Hari Kebangsaan 2000 selepas Hari Raya di Jabatan Arkib
Negara, bahkan perjumpaan awalnya sudah bermula pada 10/11/99 di Dewan Air
Mulih Pusat Kesenian.

Komitmen nasional G41 yang pertama selepas Raya 2000 adalah Persembahan Silat
sempena Hari Kebangsaan 2000 bermula 5/2 selepas atu latihan inda beranti-ranti
rancak dijalankan di Menglait melibatkan beberapa persatuanlain iaitu Skim, Harimau
Ghaib, Gayong Kiceh, Selendang Merah, Panca Sukma, Seni Beladiri, Depok Betawi
dan G41. Gerak yang diciptakan diambil dari gerak-gerak khusus persatuanyang
terlibat dengan memberikan empat lima langkah disamping Gerak Cakak sebagai
gerak compulsory. Akhirnya terbentuklah Jurus HK2000. Latihan diadakan di
Menglait, Dewan Serbaguna, Stadium Negara dan penghabisannya baru tah di Taman
SOAS. Dalam persembahan gala yang berjumlah 400 orang ani G41 menghantar 100
pesilat iaitu suku dari jumlah keseluruhan! Ada beberapa hal yang sehat untuk
dibangkitkan dalam mengukuhkan JATIDIRI perguruan. Misalnya katani boleh berbakti
kepada negara, kemudian Persembahan atu somehow telah berjaya
mengetengahkan perguruan-persatuanyang aktif di Brunei. Perhimpunan 8 buah
organisasi silat ani adalah manifestasi kemampuan mereka untuk memberikan
cabaran, sanggup menanai amanah bila diberi peluang yang adil.

10.2.2000 / Khamis / Pagi / Bilik Mesyuarat Seksyen Sukan TV RTB: G41 dijemput
menghadiri satu mesyuarat bagi membincangkan cadangan diurang kan membuat
dokumentari mengenai Silat sebagai satu sukan tradisi.

10.2.2000 / Khamis / Media Permata: telah menyuratkan NOBAT PRASETIA G41 dua
halaman penuh berwarna. Satu artikel yang menghangatkan gelanggang G41 dan
juga gelanggang-gelanggang yang bersaudara dengan G41 bahkan mungkin juga
gelanggang bukan G41. Bila direnung-renung dan difikir-fikir kerana kehangatan atu
tah baru nampak bakteria-bakteria yang menimbulkan penyakit dalam G41. Maka
syukur al-Hamdulillah doktor-doktor G41 insya-Allah bolehlah berusaha mencari ubat
penyembuh atau membunuh kuman-kuman yang merusak atu. Artikel atu
sebenarnya melaporkan secara jujur bagaimana Nobat Prasetia dilangsungkan. Dan
ia adalah satu bentuk promosi G41 yang berkesan dan berjaya.
13.2.2000 / Ahad / Pagi / Kg. Manggis: Grup Gulintangan G41 diundang untuk
menyerikan majlis perkahwinan.

20.2.2000 / Ahad / Pagi / Kg. Luagan Duduk: Grup Gulintangan G41 diundang lagi
untuk menyerikan majlis perkahwinan.

23.2.2000 / Rabu / Pagi / Taman SOAS: Persembahan Silat Jurus H2K sempena
sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2000.

__ . 2.2000: Dalam sibuk-sibuk G41 membuat persiapan menyambut Hari


Kebangsaan seorang kenalan G41 dari Malaysia membuat kunjungan mengejut arah
katani atas undangan peribadi Guru Tua. Encik Jalal salah seorang pesilat dari
Gayong Fatani bertaraf Jurulatih. Beliau sebenarnya lebih condong kepada Silat
Olahraga sedang G41 lebih berjiwa Seni dan bersifat keBruneian. Atas dasar
persaudaraan layanan mesra G41 diberikan tanpa bakira-kira. Sepanjang
keberadaannya di sini beliau sempat mengongsikan sedikit teknik-teknik seni dan
olahraga, beliau juga sempat menegur sistem persatuankatani, cara latihan, gelaran
para guru dan jurulatih dan macam-macam lagi.

26.2.2000 / Sabtu / Pagi / Tutong: Demo Silat, dalam masa yang relatif singkat ani
G41 telah berjaya mengelolakan 5 demo silat. Jejak Wira G41 bermula di SM Sufri
Bolkiah, sekolah ani adalah khusus untuk penuntut perempuan jadi jangan harap
banyak laki-laki!!! Jadi untuk memikat audience di sana kami tampilkanlah aksi-aksi
yang seksi dan handsome. Maksudnya mutu persembahan yang menarik. Kemudian
kami berangkat lagi ke MIB (Ma`had Islam Brunei). Sebagaimana di Sufri Bolkiah tadi
Pengetuanya bermurah hati membenarkan semua pelajar-pelajar diurang turun
menyaksikan demo kami. Jadi khalayak katani adalah berjumlah ribuan. Inda heran
rasa penat dan lelah kami terubat dengan usul orang meliat yang penuh keiskian atu.
Satu bukti kejayaan demo ani adalah apabila 2 minggu selepas atu G41 telah
didatangi seramai lebih 120 ahli baru di Kompleks Sukan Tutong yang menyatakan
hasrat hendak berguru! welldone!

27.2.2000 / Ahad / Malam / Sengkarai, Tutong: Rombongan G41 sempat “mengala-


alakan” permainan sesama sendiri sempena Majlis Perkahwinan Rashid, Jurulatih
G41. Akhirnya hakim yang disuapkan dengan pelbagai aksi memikat memenangkan
pesilat G41 yang berjaya tampil dengan kelainan dan penuh penghayatan iaitu
Khanafi bagi kategori pesilat bagak, dan Haziq dari Cawangan SR Anggerek Desa
memenangi kategori pesilat damit.

MAC
2.3.2000 / Khamis / Malam / Baitun Nur: Seri Pahlawan, Keberuntungan di luar
dugaan G41 di tahun 2000 ani ialah apabila YAM Pg. Anak Abd. Wadood (Seri Irama
Group) mengikutsertakan 10 orang artis beladiri G41 untuk menyelangi Konsert
Suara Emas dengan persembahan Silat yang turut menampilkan artis Siti Norhaliza.
Konsert dirancangkan pada 7/4 anjuran PENJURU. Diringkaskan cerita konsert atu
inda jadi kerana masalah dalaman, namun latihan sebanyak 6 kali (pukul 8.30 hingga
12.00 malam) bermula 2/3 setiap khamis dan Isnin di (Istana) Baitun Nur cukup
MENGESANKAN. In the end of the day YAM memberitahu bahawa kerjasama Seri
Irama Group dan Seri Pahlawan (Gelar yang diberikan sendiri oleh YAM kepada artis
G41) insya-Allah akan dilanjutkan kiranya ada kesempatan dan kesesuaian.
Tertariknya pihak istana kepada G41 seperti YAM sendiri adalah satu rahmat dan
kehormatan buat katani semua. Beliau sempat memuji disiplin dan ketepatan waktu
latihan yang diamalkan oleh G41.

3.3.2000 / Jum`at / Kompleks Sukan Menglait: Ada panggilan mesyuarat dari PERSIB
untuk membincangkan cadangan JBS agar PERSIB menganjurkan pertandingan silat
bagi memilih wakil Brunei ke SUKMA disempenakan juga dengan sambutan Hari
Kebangsaan. Pertandingan akan diadakan pada 7/8/9hb. April.
3.3.2000 / Jum`at / Media Permata: Satu lagi artikel Silat Hari Kebangsaan dalam
Media Permata juga ada menyebut G41 secara umum.

Majalah Seni Beladiri Malaysia edisi Mac 2000 pula muka surat 24 kolum Aktiviti
memaparkan G41 Lancar Laman Web. Juga sebuah artikel yang amat disenangi dan
sangat menguntungkan G41. Cuma sampai sekarang nama “Merah Delima” penulis
artikel atu masih jadi tanda tanya? Siapakah gerangan orangnya? Tetapi siapa pun
dia terima kasihlah brader. Biar tia anonymous dulu supaya lebih misteri.

5.3.2000 / Ahad / Pagi / Kg. Setia: Grup Gulintangan G41 diundang untuk menyerikan
majlis perkahwinan.

5.3.2000 / Ahad / Petang / Bilik Silaturrahim Pusat Belia: Ahli Majlis Kehormat dan
Majlis Eksekutif G41 mengadakan Mesyuarat Penggal dengan agenda-agenda yang
BESAR-BESAR antaranya Artis Beladiri, Latihan Eksklusif PSNSHC, Cabaran Silat 2000,
Demo Tutong, Kem Kerabat, Dokumentari Sukan, Tamu Silat, Silathon 2000, Grup
Gulintangan, Cawangan SMJA & Sayyidina Hassan, Kejohanan Silat Hari Kebangsaan
dan Mengaktifkan kembali Cawangan-Cawangan G41. Mesyuarat berjalan dalam
suasana yang menyenangkan, perwakilan G41 semakin matang dan tahu prosedur
menghadiri mesyuarat dengan berkesan.

10.3.2000 / Jum`at / Malam / Asrama Putera UBD: G41 Cawangan UBD mengundang
artis beladiri Majlis Tamu Silat ke Asrama Universiti untuk membincangkan persiapan
awal. Sambutan awal kawan-kawan katani dari persatuanlain boleh tahan, mereka
turut sama memberikan sumbangsaran yang ikhlas dan berguna.

Mulai 17.3.2000 / Jum`at / Malam / Gelanggang Ketua Jurulatih: Latihan Eksklusif,


dalam hal ujian ani Ahli-Ahli Dewan Jurulatih dan Barisan Jurulatih Muda nanti juga
akan menjalani ujian kelayakan khas untuk menerima CAMPA. Untuk pengetahuan
bersama Latihan Eksklusif PSNSHC telah dijalankan pada 17/3 (20 orang), 22/3 (24
orang), 24/3 (10 orang), 31/3 (9 orang), 5/4 (11 orang), 13/4 (8 orang), 16/4 (8
orang). Sehingga kini kami telah belajar Langkah Tiga, Tiga Bunga, Empat, Empat
Bunga, Cangkah Empat, Cangkah Enam dan Putaran Angin. Setiap langkah punya
makna tersendiri, bukan langkah sebarang langkah. Ada langkah Laksmana, Langkah
Hulubalang pun ada. Setiap gerak ada falsafahnya antara mengundur diri atau
memberi sekali, antara sabar atau cabar, 8 kali mengucap jangan kali ke 9 terus
layan. Setiap kata ada sambutnya, Nur Yaqin … Nur Qul Yaqin … bukan terus-terus
Brunei Yakin. Setiap Praktik ada saja teorinya, apakah dia original, atau natural atau
pun sulit.

Ringkasnya sesi yang sudah berjalan tidak ternilai harganya dengan sentuhan
langsung dari pewaris dan pemegang amanah yang empunya silat. Inda mustahil
satu waktu katani pun akan diiktiraf sebagai pewaris yang sah silat ani asal bakarih
baru berisi marih. Jadi masih belum terlambat untuk membelakukan diri berlatih
bersama-sama kami yang baru pandai “SIKIT-SIKIT” ani. “Kalau inda ada masa,
MASAKAN !!!”

20.3.2000 / Isnin / Pagi dan Petang / Dewan Serbaguna SNHB: Pertandingan Silat
Olahraga Sekolah-Sekolah dimulakan. G41 tidak terlibat banyak dalam
pertandingan ani, tetapi ada memberikan sedikit khidmat sokongan yang bernilai.
Kemudian beberapa orang pesilat katani atas nama sekolah-sekolah tertentu berjaya
meraih Pingat Emas. Tahniah dari kami untuk anda semua.
25.3.2000 / Sabtu / Malam / Gimnisium UBD: Tamu Silat, buat julung-julung kalinya
Kelab Silat Varsiti PSPSG41 cawangan UBD menganjurkan Majlis Tamu. Tetamu
kehormat adalah Penolong Pengarah Akademi Pengajian Brunei (APB). Tamu Silat
turut menghadirkan Gayong Kiceh, Selendang Merah, Panca Sukma, Setapak Nata
dan Gerak 41. Manakala Harimau Ghaib yang menyatakan kesediaannya, tidak dapat
hadir disaat-saat akhir kerana ada acara-acara diurang yang lebih utama. Ditakdirkan
acara malam atu bertembung dengan Tilawatil Qur’an Belia ASEAN maka jemputan-
jemputan khususnya dari pihak UBD terpaksa berbagi masa. Tetapi sambutan
masyarakat kampus dan luar kampus cukup baik, kan dikira-kira menjangkau jua 300
orang. Bertolak dari Tamu Silat ani beberapa aspek teknikal boleh dijadikan bahan
berfikir dan jayadiri. Pertama G41 Cawangan UBD mampu mengadakan Tamu Silat
ani secara mandiri sedang Jawatankuasa Tertinggi G41 hanya bertindak selaku
fasilitator, sehingga dengannya G41 taraf cawangan dapat menyumbang dan turut
mengisi kalendar utama perguruan, bayangkan kesemua cawangan G41 mampu
berbuat macamani? Kedua G41 telah bersikap Pahlawan Sejati kerana dengan jujur
dan ikhlas melibatkan sama sambil membantu perguruan-persatuanlain bergerak di
jalur perdana, iaitu satu landasan kongkrit untuk diurang melokakaryakan aliran
masing-masing. Ketiga jalinan persahabatan antara persatuanmakin dapat dipererat,
dan banyak lagi. Khusus untuk Tamu Silat ani segunung penghargaan dan terima
kasih diucapkan kepada Skuad Intelektual katani dari UBD yang dikepalai oleh
Rozaiman Makmun, Guru Muda G41.

30.3.2000 / Khamis / Pagi / Kg. Batu Marang: Penggambaran (khusus untuk G41)
dimulakan untuk segmen wawancara bagi rancangan Dokumentari Silat Tradisi.

APRIL
1.4.2000 / Sabtu / Malam / Taman Selera: Grup Gulintangan dan beberapa pesilat
G41 membuat mini persembahan di Taman Selera BSB atas undangan KPS (Zefri
Ariff), beliau mementaskan paket majlis perkahwinan yang di dalamnya disisipkan
adegan silat khusus dalam adat berjaga-jaga, grup gulintangan katani pula
memainkan bunyi latar untuk keseluruhan pementasan.

2.4.2000 / Ahad / Pagi dan Petang / Pantai Muara: Kem Kerabat, semasa muzakarah
G41 dalam majlis Nobat Prasetia Setiausaha Agong G41 telah mengagih-agihkan
beberapa tugas kepada Jurulatih G41. Salah satunya ialah Kem Kerabat yang
diamanahkan kepada Khairul Nasrin. Sejak dari mula SUA yakin beliau mampu
melaksanakannya seperti BIASA tetapi Pantai Muara telah menyaksikan beliau dapat
mengungkayahkan majlis ani secara LUAR BIASA. Amanat diberikan kepada beliau
pada 4/2, beberapa hari/minggu selepas atu beliau terus merundingkan kepada SUA
hal-hal seperti acara, tema, kain rentang, minuman, soal tinggal di asrama, mengisi
malam di asrama, pengangkutan, bas, kebenaran ibu-bapa, baju kenangan dan
sebagainya. Semua perkara yang dibincangkan ani benar-benar jadi kenyataan.
Sehingga Kem Kerabat G41 yang diadakan pada 1dan 2hb. April atu adalah the best
thing ever happen to G41.

Tujuan utama Kem Kerabat ani adalah untuk menjalinkan rasa sepersatuankalangan
ahli G41 dari seluruh cawangan disamping sebagai promo terbuka G41. Berdasarkan
tujuan ani digabungjalinkanlah ahli dengan nama-nama Pahlawan, Panglima,
Laksmana, Hulubalang, Pendekar, Bentara, Perwira, Satria dan Damong Pateh.
Cawangan yang terlibat adalah Tutong (KST, SMSB, MIB), UBD, SMAS, SMSU, SMSH,
SRAD, SMB, BS, MD, PB dan GT. Seterusnya diadakan sesi ice-breaking diikuti dengan
9 acara Game Silat. Games yang dijalankan adalah Naik Rakit, Melangkah Batu,
Serampang Tiga, Pesan Guru, Umban Kayu, Tarik Kalat, Mengilala Jurulatih dan
Timbang-Timbang. Setelah semua permainan dijalankan G41 benar-benar dapat
mencapai objektif Kem Kerabat sesuai dengan tema yang dipilih KENAL, ERAT dan
MESRA. Bahkan dari puing-puing keriangan terdengar suara-suara lunak yang
menyatakan rasa kesedihan untuk mengakhiri majlis hari atu!!!

Satu perkara positif yang patut disinggung dalam hal penugasan Jurulatih baru ani
adalah fenomena terbitnya idea-idea baru dalam pengungkayahan majlis oleh
kalangan jurulatih-jurulatih baru. Misalnya kediaku tergamam melihat aksi-aksi fresh
dan original yang dipertontonkan kepada khalayak ramai dalam Demo G41. Iaitu
gerak-gerak yang tidak terfikir oleh angkatan kami sebelumnya. Perkara ini menjadi
possible berlaku hanya setelah para jurulatih diberi ruang dan kepercayaan
sepenuhnya untuk berkarya dan mengendalikan sesuatu projek seperti Kem Kerabat
dan Demo Silat.

7, 8 & 9.4.2000 / malam / Dewan Serbaguna SNHB: Pertandingan Pencak Silat


bagi memilih wakil Brunei ke SUKMA di Pulau Pinang. G41 tidak serius dengan
pertandingan atu kerana salah hati/patah hati/berusik hati/inda puas hati dan
macam-macam lagi, ganya hati-hati kalau terlampau mengikut hati “mati”, ikut rasa
binasa, telampau takut maut, telampau mengajar boleh jadi kurang ajar! Kan halnya
tindakan katani memulaukan diri untuk sementara waktu ani adalah sebagai tanda
protes aman. Di kesempatan lain insya-Allah akan katani banar-banari semua
kategori Pencak Silat yang dipertandingkan iaitu Silat Seni, Silat Cakak, Silat Melayu
(Kuntau) termasuk Silat Olahraga. Kalau hasrat ani jadi kenyataan maka insya-Allah
atu akan jadi sejarah tersendiri buat G41 di kurun ani.

12.4.2000 / Rabu / Pagi / Bilik Silaturrahim Jabatan Daerah Brunei dan Muara:
Mesyuarat Kejohanan Silat sempena Hari Keputeraan 2000.

Mental-Set G41 dalam menghadiri setiap mesyuarat ani adalah untuk sedapat
mungkin mengurangi komitmen - komitmen langsung G41 terutamanya dalam
memegang portfolio atau sebarang jawatan penting. Tindakan ani adalah untuk
mengimbangi penglibatan G41 yang dianggap makin memonopoli dan dicemburui
oleh pihak-pihak tertentu.

15.4.2000 / Sabtu / Pagi / SR Batu Marang: Demo Silat, Artison selaku Pengarah
Demo terpaksa mengorbankan hari sekolahnya pada hari ini semata-mata memenuhi
permintaan SR Batu Marang untuk mengadakan Demo Silat di sana. Baik jua adek-
adek katani dari Cawangan SR Anggerek Desa bersama Cigu Bakri ada mendengani
dan Artison ditemani oleh Shahrani.

22.4.2000 / Sabtu / Petang: Lanjutan penggambaran Silat Cakak G41 di Pantai Serasa
dekat Kompleks Sukan Air di sana. Sesi penggambaran ini adalah untuk Dokumentari
Silat Tradisi.

MEI
4.5.2000 / Khamis / Petang / Pusat Belia: Mini-Bengkel Menambat Dastar dan
Menapih Sinjang, oleh YDP sendiri. Kemahiran ini adalah sebagai masukan baru
untuk kerabat yang terlibat, guna diaplikasikan semasa persembahan, pertandingan
mahupun majlis-majlis perkahwinan.

10 – 15.5.2000 / Jakarta, Padepokan Pencak Silat: Mesyuarat Asia Pacific Pencak


Silat Federation, SUA PSPSG41 bersama beberapa JKT PERSIB berangkat ke Jakarta
bagi menghadiri perkara di atas. Mesyuarat adalah bagi mendengarkan laporan
perkembangan mengikutsertakan pencak silat ke dalam Asian Game dalam konteks
APPSF. Walaupun sekadar mendengar laporan namun kehadiran kami ke sana adalah
amat penting agar Brunei Darussalam dapat berperan lebih aktif seterusnya
memberikan bantuan yang terdaya bila diperlukan.

21.5.2000 / Ahad / Pagi / Penanjong Kem: Persembahan (Demo) Silat, sempena


Pertandingan Olahraga antara Kadet-Kadet Tentera Senegara. Jawatankuasa
pertandingan memberikan kepercayaan kepada PSPSG41 untuk mengisi secara
bermakna majlis pada hari itu agar lebih meriah. Permintaan ini disahut dengan baik.
Pegawai-pegawai Kanan tentera nampaknya berpuas hati dengan persembahan artis
beladiri PSPSG41, sehingga mereka dengan yakin memberikan kata awal agar
PSPSG41 melatih (jadi koreografer) seluruh kadet tentera untuk membuat suatu
persembahan beladiri tahun depan dalam projek tato tentera.

24.5.2000 / Rabu / Petang / Maktab Duli: Demo Silat, dalam upaya menggiatkan
kembali cawangan ini satu mini demo telah diadakan guna memperkenalkan atau
memberikan gambaran kepada pelajar MD tentang konsep beladiri yang terdapat di
dalam PSPSG41. Demo disaksikan oleh hampir semua penghuni asrama putera dan
puteri.

29.5.2000 / Isnin / Pagi / Sekolah Rendah Kiarong: Demo Silat, berikutan kejayaan
PSPSG41 di cawangan SR Anggerek Desa, Guru Besar SR Kiarong mengundang
PSPSG41 agar memperagakan silat di sekolah diorang. Dewan penuh oleh murid-
murid sekolah yang sangat tertarik dengan aksi-aksi lasak dan akrobatik daripada
artis beladiri PSPSG41. Tambahan lagi rakan-rakan mereka dari SRAD turut beraksi.
Sekurang-kurangnya kami dapat memberitahu mereka bahawa silat sebagai seni
mempertahankan diri bangsa Melayu adalah tidak kurang hebatnya dengan beladiri
import.

30.5.2000 / Selasa / Petang / HEP UBD: Pihak Hal Ehwal Pelajar UBD mengundang
kami ke pejabat mereka untuk merundingkan apakah silat “mampu” dijadikan model
kegiatan ko-kurikulum UBD bila diberikan unit. Maka dengan penuh yakin kami
memberikan jawapan insya-Allah mampu, kerana sebagai sebuah persatuanmoden
sistem pembelajaran PSPSG41 sudah tersusun dan terarah. Dengan bahan-bahan
pelajaran, peringkat pencapaian dan lainnya silat dalam konteks PSPSG41 adalah
sangat OBJEKTIF! Bererti dapat diberi nilai seperti subjek atau kursus lain di UBD.

31.5.200 / Rabu / Petang / Gelanggang Berjasa, Kg. Setia: Majlis Penganugerahan,


majlis ini diselenggarakan tanpa pengetahuan jawtankuasa tertinggi
persatuansebagai kejutan untuk mereka. Majlis adalah bagi menghargai jasa-jasa
para Guru, Jurulatih dan pesilat G41 yang berjaya mengukir prestasi cemerlang
mengikut bidang tugas masing-masing. Pada hari ini juga Gelanggang Terpilih yang
bertaraf Gelanggang Pusat persatuansecara rasmi diubah nama menjadi Gelanggang
Berjasa.

JUN
18.6.2000 / Ahad / Pagi & Petang / SR Pusar Ulak: Pertandingan Uji Cuba PSC
Harimau Ghaib, acara hari ini sebenarnya bertembung dengan mesyuarat PERSIB
namun undangan PSCHG lebih dulu dijanjihi, maka jawatankuasa tertinggi G41
terpaksa berbagi dua. Kehadiran kami ke sana adalah sebagai jemputan untuk saling
menikmati kecapaian masing-masing.

23.6.2000 / Jum`at / Petang: Mesyuarat persiapan pertandingan pencak silat


sempena sambutan perayaan Hari Keputeraan KDYMM ke 54 tahun.

25 – 28.6.2000 / Surabaya, Gelora (Gelanggang Olahraga): Lanjutan dari mesyuarat


APPSF tempoh hari di Jakarta kami (Jawatankuasa Tertinggi PERSIB) dikehendaki
hadir ke PON (Pekan Olahraga Nasional) bagi menyaksikan acara pertandingan
pencak silat. Hadirnya kami adalah sebagai manifestasi kekukuhan organisasi pencak
silat kalangan negara pendiri. Perkara ini penting kerana turut hadir bersama kami
adalah beberapa orang jawatankuasa penilai dari IOC yang punya suara keramat
memutuskan boleh atau tidak pencak silat diikutsertakan dalam Asian Games di
Fusan, Korea nanti.
JULAI
2.7.2000 / Ahad / Pagi / VIP Room, Dewan Serbaguna SNHB: Mesyuarat Pra AGM
PERSIB, mesyuarat hari ini sebenarnya bertujuan menghimpunkan seluruh ahli-ahli
gabungan PERSIB sebagai pertemuan awal sebelum Mesyuarat Agung PERSIB
diadakan bulan November nanti. YDP sempat memberitahukan beberapa projek
mega mendatang dan perkembangan semasa yang berhubungkait dengan kegiatan
pencak silat.

7 – 12.7.2000 / Dewan Serbaguna SNHB: Pertandingan Pencak Silat peringkat


Daerah Brunei Muara sempena Hari Keputeraan 2000. Persatuanseperti biasa
terlibat sebagai jawatankuasa mahupun sebagai pesilat yang ikut bertanding.

21.7.2000 / Jum`at / Pagi / Bilik Silaturrahim Pusat Belia: Mesyuarat Tergempar,


dengan semangat kekeluargaan Jawatankuasa Tertinggi PSPSG41 cuba mencari jalan
penyelesaian pergolakan besar yang sedang menghantui PSPSG41. Akhirnya dengan
kuasa Allah kami dapat menemukan bahawa di sebalik semua ini adalah berpunca
dari fitnah yang sengaja disebarkan kerana kepentingan sendiri dan ingin merosak
keharmonian PSPSG41.

21.7.2000 / Jum`at / Petang / Rumah PITA: Demo Silat, YDP Tanah Jambu
mengundang G41 agar membuat sedikit persembahan silat sebaik sahaja Mesyuarat
Agung mereka selesai. Demo ini mereka hasratkan untuk memancing anak-anak
muda kampung agar melibatkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat seperti pencak
silat. Kebetulan beberapa minggu yang lalu isu al-Ma`unah sempat merancaukan
persepsi masyarakat terhadap kemurnian pencak silat. Kesempatan ini kami gunakan
untuk memberikan informasi betapa pencak silat sarat dengan nilai-nilai luhur dan
betapa unsur-unsur khurafat telah berjaya dikikis dan tidak lagi menodai seni beladiri
Melayu ini.

23 – 26.7.2000 / Dewan Serbaguna SNHB: Pertandingan Pencak Silat Akhir


Peringkat Kebangsaan sempena sambutan perayaan Hari Keputeraan 2000.

30.7.2000 / Ahad / Pagi / SMJA: UKA, Ujian Kenaikan Arat adalah bagi pesilat-pesilat
arat putih khusus dari Cawangan SMJA yang telah menjalani latihan sejak beberapa
bulan yang lalu di bawah bimbingan Jurulatih Khairul Nasrin. Hampir 30 orang pesilat
baru terlibat dibantu oleh para Jurulatih Muda.

OGOS
6 – 10.8.2000 / Malam / Baitun Nur: Latihan intensif Seri Pahlawan bersama Seri
Irama Group.

12.8.2000 / Sabtu / Malam / As-Sarraa: Makan Malam oleh Pasukan Polis Di-Raja
Brunei sempena Hari Keputeraan KDYMM ke 54 tahun. Seri Pahlawan yang
terdiri dari pesilat kanan G41 diserapkan dalam Seri Irama Group untuk menampilkan
satu paket persembahan kebudayaan yang merangkumi seni suara, muzik, tari dan
silat selama 30 minit. Persembahan tersebut adalah yang terbaik dari yang terbaik
pernah dibuat kerana beberapa faktor penting iaitu latihan yang serius (mencukupi),
kehadiran yang konsisten, disiplin ditambah lagi oleh sistem lampu, muzik live yang
professional, kesesuaian pentas dan tidak kurang motivasi kecemerlangan yang
seing dibibir-bibirkan oleh ketua group.
SEPTEMBER
5.9.2000 / Selasa / Petang / Bangunan KKBS: Mesyuarat bersama wakil KKBS dan
beberapa kumpulan seni budaya untuk persembahan Malam Gala APEC.

13.9.2000 / Rabu / Pagi / Bangunan KKBS: Wakil G41 diperbantukan untuk sesi
penggambaran video dan foto bersama kumpulan Senandung Budaya KKBS.

17.9.2000 / Ahad / Petang / Taman Rakis, UBD: UKA, Ujian Kenaikan Arat peringkat
Asas dan Rendah terutama untuk pesilat cawangan UBD seramai hampir 40 orang.
Beberapa pesilat Cawangan SMAS, Pusat Belia, Berakas, Salambigar dan Tutong juga
diselajurkan.

OKTOBER
6.10.2000 / Jum`at / Petang / Gelanggang Berjasa, Kg. Setia B: UKA peringkat
Menengah (pemegang Arat Merah). 12 orang pesilat terlibat dari Cawangan Awang
Semaun, UBD, Tutong, Temburong, SMJA dan Maktab Duli. Pesilat peringkat ini
menerima gelar Jurulatih Muda.

8.10.2000 / Ahad / Petang / Gelanggang Berjasa, Kg. Setia B: UKA peringkat Lanjutan
(pemegang Arat Hijau). 10 orang pesilat terlibat dari cawangan Gelanggang Berjasa,
UBD dan Berakas Salambigar. Pesilat yang lulus dengan ujian peringkat ini menerima
gelar Jurulatih. Bagaimanapun UKA mereka ini hanyalah kelayakan untuk menerima
Arat Hitam. Taraf mereka sebagai Jurulatih baru disahkan setelah menjalani proses
memecah.

14.10.2000 / Sabtu / Malam / Rumah YDP, Kg. Mata-Mata: Penganugerahan Ijazah


ke 5 iaitu Ijazah Panci Suria Seri Satria oleh Guru Utama kepada Cikgu Nasib, Cikgu
Hj. Ramlee dan Cikgu Rusli.

15.10.2000 / Ahad / Petang / Cawangan SMJA: Perasmian Cawangan SMJA dan


Penyampaian Arat untuk semua cawangan yang telah menjalani UKA. Cawangan-
cawangan yang terlibat adalah SMJA, Awang Semaun, UBD, Berakas Salambigar,
Pusat Belia, Tutong, Maktab Duli, Sayyidina Hassan, Temburong dan Gelanggang
Berjasa. Majlis perasmian dan penyampaian arat dan sijil disempurnakan oleh Cikgu
Haji Mahrub bin Haji Murni Pengetua SM SMJA. Beliau tidak lepas dari menekankan
silat sebagai salah satu komponen jatidiri bangsa. Beliau berkali-kali mengucapkan
tahniah dan syabas kepada PSPSG41 kerana dalam era globalisasi PSPSG41 tidak
sahaja berjaya menambahkan bilangan tetapi berjaya disegi perkembangan
intelektual iaitu dengan pelancaran laman web rasmi perguruan. Tetamu Kehormat
melihat bahawa setelah PSPSG41 mantap di Brunei tidak mustahil akan berkembang
di Nusantara seterusnya antarabangsa. Baginya PSPSG41 bukan setakat generasi
mempunyai kemahiran fizikal tetapi turut didokong oleh putera puteri yang
intelektual.

19.10.2000 / Khamis / Malam / Gelanggang Guru Utama: Penganugerahan Ijazah


ke 2 atau permainan kedua khusus untuk pesilat bertaraf Jurulatih tingkat I. Ijazah
pertama disahkan dengan ujian memecah bergelar Ijazah Panci. Manakala peringkat
ke 2 ini bergelar Ijazah Panci Suria. Ijazah ke 3 pula bergelar Ijazah Panci Suci Satria
dan Ijazah Panci Seri Satria adalah anugerah yang tertinggi. Jurulatih yang terlibat
adalah Cikgu Jasmin, Rozaiman, Azmi, Zamrani, Khairul, Anuar, Rashid, Fadzillah dan
Ghafar.

29.10.2000 / Ahad / Petang / Bilik Silaturrahim, Pusat Belia: Mesyuarat Agung ke 4


NOVEMBER dan DISEMBER
Rehat sempena musim peperiksaan dan bulan puasa.

You might also like