You are on page 1of 2

Esei(element 3 folio sejarah)

Wawasan 2020 adalah suatu usaha untuk meletakan Malaysia supaya, `duduk sama

rendah dan berdiri sama tinggi`, dengan negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Justeru, kita perlu memiliki insan yang berjiwa besar dan bersemangat patriotik. Usaha

memupuk semangat patriotik dapat dilakukan melalui sukan dan permainan.

Sukan dan permainan dapat membina modal insan yang patriotik kerana berbangga

sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin

negara. Kita didik supaya menghormati lambang-lambang negara seperti bendera.

Apabila seseorang itu berjaya menjuarai kejohanan yang disertai dengan bangganya

mereka akan mengibar bendera. Mereka tidak rela kalah atau `berputih mata`

sebagaimana Nicol David apabila setiap kali berjaya secara tidak langsung semangat

patriotik dapat dipupuk dalam kalangan ahli sukan yang merupakan antara modal insan

semangat patriotik dan bersemangat setia negara.

Sukan dan permainan dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia

negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan negara. Selain itu,

mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri menjadi adat dalam permainan ada

yang kalah ada yang menang bak kata pepatah,` alang-alang menyeluk pekasan biar

sampai ke pangkal lengan`. Mereka menjadi berani untuk bertarung walaupun lawannya

lebih handal. Justeru, mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Jelaslah peranan sukan dalam membentuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta
bersemangat kekitaan. Acara sukan dan permainan seperti bola sepak, hoki dan ragbi

adalah acara pasukan. Kalah menang bergantung kepada kuatnya semangat kekitaan yang

ada dalam diri para pemain. Mereka perlu bekerjasama dan tolong-menolong per

persefahaman dan muafakat sebaliknya jika bersikap seperti,` enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing` sudah pasti sukar untuk menang. Sukan dan

permainan amat penting dalam memupuk modal insan patriotik.

Selain itu, sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan patriotik yang

berdisiplin. Ahli sukan yang berjaya dan disegani. Mereka perlu memiliki disiplin yang

tinggi, mereka perlu berakhlak dan berbudi pekerti mulia perlu mematuhi peraturan dan

undang-undang pemainan amat penting untuk berkelakuan sopan, bertatasusila dan

berhemah tinggi. Contohnya Lee Chong Wei, pemain badminton negara Malaysia, yang

begitu berjaya dalam sukan Badminton kenara memiliki disiplin yang tinggi. Sehubungan

itu, yang berjiwa patriotik dan berpegang kepada,` biar putih tulang jangan putih mata`.

Jatuh bangunnya sesebuah negara amat berkait rapat dengan modal insannya. Menjadi

tanggungjawab pemimpin hari ini.Menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat

khususnya generasi muda pewaris negara. Mereka perlu berusaha dan produktif mudah

tabah menghadapi cabaran.Jika tiada wawasan 2020 akan tinggal menjadi ungkapan

retorik dan sebuah fatamorgana di mayapada ini.

You might also like