You are on page 1of 81

Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Risalah Siyar As-Suluk


Fi Syarah
Kitab Ibtidai Suluk
Mukatib:

Hadhrat Muhammad Tahair Abdur Rahman


Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Musyarrih wa Muhaqqiq wa Murattib wa Mujammil:

Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi


Naqshbandi Mujaddidi 'Ufiyallahu 'Anhu

Khanqah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah


2010 / 1431

0
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

%
‫ﺭﺳﺂﻟۃ ﺳﻴﺂﺭ ﺁﻟﺴﻠﻮﻙ‬

‫ﻓﻲ ﺷﺮﺡ‬

‫ﻛﺘﺂﺏ ﺇﺑﺘﺪﺁﺉ ﺳﻠﻮﻙ‬


1
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KANDUNGAN
1. MUQADDIMAH - 7

2. KULIAH PERTAMA - 10

3. TAARUF MUALLIF KITAB - 11

4. TAARIF KITAB IBTIDAI SULUK - 12

5. EMPAT JALAN TARIQAT MUKTABAR - 12

6. KELEBIHAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH - 12

7. PERMULAAN SEGALA PENGHUJUNG - 13

8. TARIQAT KHWAJAGAN NAQSHBAND - 13

9. TARIQAT NAQSHBAND DAN ZIKIR KHAFI - 13

10. EMPAT KEADAAN ZIKIR - 14

11. TIGA CARA WUSUL KEPADA ALLAH - 14

12. KEUTAMAAN MURAQABAH - 15

13. ZIKIR KHAFI ISMU ZAT DAN NAFI ITSBAT - 15

14. PENGHASILAN JAZBAH DAN SULUK - 16

15. PERBEZAAN ANTARA SALIK DAN MAJZUB - 16

16. WARNA-WARNA LATAIF - 17

17. HIKMAH PERBEZAAN WARNA LATAIF - 18

18. FANA DAN BAQA - 18

19. KEPERLUAN JAZBAH DAN USAHA SULUK - 19

20. KULIAH KEDUA - 20

21. JALAN MENUJU ALLAH - 20

22. NISBAT YAD DASYAT - 20

2
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
23. FANA NAFS - 21

24. BAQA NAFS - 22

25. TANDA-TANDA FANA NAFS - 23

26. MENCAPAI KERIDHAAN ALLAH - 23

27. PENZAHIRAN AKHLAQ-AKHLAQ ALLAH - 23

28. SIYAR DAN MAQAM - 24

29. MUSYAHADAH RABB TA'ALA - 24

30. MUSYAHADAH HAQQ - 25

31. MURAQABAH - 25

32. INGATAN TANPA KALAM DAN SUARA - 25

33. MENGINGATAI HADHRAT ZAT ILAHI - 25

34. TAARIF ZAT WAJIB AL-WUJUD - 26

35. MENGOSONGKAN FIKIRAN - 26

36. BELAJAR SIFAT KUCING BERMURAQABAH - 26

37. TAWAJJUH QALBI - 26

38. TIGA KAIFIYAT MURAQABAH - 27

39. NAFS FANA FILLAH DAN BAQA BILLAH - 27

40. JALAN FANA NAFS - 29

41. KULIAH KETIGA - 30

42. RABITAH - 31

43. FANA FI MASYAIKH DAN FANA FI RASUL - 31

44. FANA FILLAH DAN BAQA BILLAH - 31

45. BERZIKIR SAMBIL RABITAH - 33

46. MURAQABAH SAMBIL RABITAH - 33

3
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
47. PERKARA PERHATIAN SEBELUM SULUK - 34

48. MUQADDIMAH KITAB IBTIDAI SULUK - 34

49. KELEBIHAN MEMBACA SYAJARAH TAYYIBAH - 35

50. MENGIKHLASKAN NIAT - 37

51. MENCARI SYEIKH MURSHID - 37

52. ADAB MURID TERHADAP MURSHID - 38

53. MENJAUHI AHLI BIDA'AH - 39

54. MENURUTI SUNNAH RASULULLAH - 40

55. AMALAN TARIQAT MENURUTI SYARI'AT - 40

56. MENJAUHI SIFAT TAKABBUR - 41

57. SIFAT SABAR DAN SYUKUR - 42

58. MENINGGALKAN SIFAT TAMAK - 42

59. AHWAL QABADHZ DAN BASAT - 42

60. MEMULIAKAN PARA 'ALIM 'ULAMA - 44

61. INSAN DAN SEPULUH LATIFAH - 44

62. ALAM AMAR DAN ALAM KHALAQ - 44

63. PENGHUJUNG DI PERMULAAN - 45

64. PERMULAAN SULUK PADA ALAM AMAR - 45

65. KESAN ZIKIR PADA LATAIF ALAM AMAR - 46

66. KULIAH KEEMPAT - 47

67. KHULASAH DAN RUMUSAN - 48

68. KAIFIYAT DAN JUMLAH ZIKIR QALBI - 48

69. MUSYAHADAH PENGARANG - 49

70. ADAMI MUSHARAB - 50

4
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
71. ZIKIR YANG SEBATI DAN BERTERUSAN - 50

72. TANDA FANA QALBI - 51

73. DAFTAR NAMA AWLIYA ALLAH - 51

74. RAHSIA MENCAPAI FANA - 52

75. IBRAHIMI MUSHARAB - 52

76. MENGHASILKAN FANA RUH - 53

77. MUSAWI MUSHARAB - 53

78. 'ISAWI MUSHARAB - 54

79. MUHAMMADI MUSHARAB - 54

80. SULTANUL AZKAR - 55

81. ZIKIR NAFI ITSBAT DAN KAIFIYATNYA - 55

82. MENAMBAH BILANGAN ZIKIR - 57

83. BAZ GASHT KETIKA MELEPASKAN NAFAS - 58

84. KESAN ZIKIR NAFI ITSBAT - 58

85. WUQUF 'ADADI - 59

86. FANA BAQA LATAIF ALAM AMAR DAN KHALAQ - 60

87. MENCAPAI FANA NAFS - 60

88. IMAN HAQIQI - 61

89. MENGUTAMAKAN ZIKRULLAH - 61

90. RABITAH MENGHINDARKAN WAS-WAS - 62

91. HIDAYAH MURAQABAH - 62

92. 'URUJ PENJELAJAHAN RUHANI - 63

93. BATASAN ORANG AWAM - 64

94. TARIKAN ORANG KHAWAS - 64

5
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk
95. MERUJUK KEPADA MAKTUBAT - 64

96. ZIKIR SEPULUH LATIFAH DAN MAQAMAT A'LA - 65

97. KHATIMAH - 66

98. SYAJARAH TAYYIBAH MUBARAKAH - 68

99. ISTILAHAT MUJADDIDIYAH - 74

6
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

MUQADDIMAH

A
lhamdulillah, segla puji bagi Allah Tuhan
Pemelihara Sekelian Alam, Maharaja Sekelian
Kerajaan di langit dan di bumi, yang telah
menjadikan segala kesukaran dan segala kepayahan
dalam perjalanan menuju KehadhratNya menjadi
semakin mudah dan senang menerusi keberkatan Para
AwliyaNya, yang telah mengangkat segolongan Para
Zakirin ke martabat yang tinggi di sisi Para Nabi dan
Rasul, dan yang telah menjadikan mereka sebagai asbab-
asbab Hidayah bagi manusia-manusia lain.

Selawat dan Salam yang penuh keberkatan mohon


dilimpahkan ke atas Nabi Junjungan Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa 'Ala
Alihi Wa Ashabihi Wa Baraka Wa Sallam.

Adapun sesudah segala kata pujian dan Selawat Salam;

Maka ini adalah sebuah Risalah yang berjudul Risalah


Siyar As-Suluk sebagai syarahan bagi sebuah kitab
Tariqat Tasawwuf aliran Naqshbandi Mujaddidi yang
berjudul Ibtidai Suluk.

Bermula pada hari Ahad 1 Safar 1431 Hijri bersamaan 17


Januari 2010 Masihi, bertempat di Khanqah 'Aliyah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah, hamba yang dhaif faqir

7
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

haqir ini, Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi,


semoga Allah mengampuninya, kedua ibu bapanya,
sekelian gurunya dan seluruh Ummat Muslimin, setelah
mengadakan majlis Zikir Khatam dan Tawajjuh, dalam
limpahan Faidhz Rahmaniyah beserta ikatan Rauhaniah
dengan sekelian Arwah Para Masyaikh Khwajagan
Akabirin Muqaddasah Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah telah mengadakan kuliah pengajian
membacakan Kitab Ibtidai Suluk dan faqir ini telah
menerangkan isi kandungan kitab tersebut.

Butir-butiran isi pengajian ini telah dicatatkan oleh


seorang murid hamba yang bernama Muhammad Tahair
Bin 'Abdur Rahman, semoga Allah Ta'ala
mengampuninya dan meninggikan martabat Ruhaniah
serta darjatnya di Dunia dan di Akhirat.

Mudah-mudahan Risalah ini mendapat penerimaan dari


sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan sekelian Para
Masyaikh.

Semoga ianya dapat memberikan manafaat bagi sekelian


para pencinta Tariqat Tasawwuf khasnya Silsilah Tariqat
Naqshbandiyah Mujaddidiyah dan yang sebangsa
dengannya, sebagai asbab Hidayat untuk seluruh
Ummat Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan
sebagai bekalan untuk hamba yang faqir ini di

8
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

kehidupan yang kekal. Kami menamakan risalah ini


sebagai:

"Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk".

Kepada Allah kami bertawakkal dan kepadaNya kami


berserah diri.

Faqir Haqir Khak Paey Buzurgan La Syaik Miskin,


Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi
Naqshbandi Mujaddidi Uwaisi
Ghaffarallahu Lahu Wali Walidaihi
Wali Masyaikhihi Wali Jami’il Muslimin.
12 Safar 1431 / 28 Januari 2010

17 Rabi’ Al-Awwal 1431 / 3 Mac 2010

1 Jamad Al-Awwal 1431 / 16 April 2010

18 Jamad Al-Awwal 1431 / 2 Mei 2010

9
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KULIAH
PERTAMA
1 SAFAR 1431 H : 17 JANUARI 2010 M

10
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

TAARUF MUALLIF KITAB

Kitab Ibtidai Suluk ini telah dikarang oleh Hadhrat


Maulana Muhammad Hasan Jan Sirhindi Al-Faruqi Al-
Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih. Beliau yang telah
kembali ke Rahmatullah pada 2 Rejab 1365 Hijriyah,
merupakan seorang Sheikh Sufi lagi ‘Alim dan telah
menulis banyak kitab-kitab dalam bahasa Arab, Farsi,
Urdu dan Sindhi seperti Al-Aqa'id As-Sahihah, Anis Al-
Muridin, Ansab Al-Anjab, Bulughat Al-Quran, Syarah
Hikam Al-Ata'iyah, Tariq An-Najat dan lain-lain.

Hadhrat Maulana Muhammad Hasan Jan Sirhindi


Rahmatullah 'Alaih juga adalah keturunan ke-32
daripada Hadhrat Sayyidina 'Umar Faruq Al-Khattab
Radhiyallahu 'Anhu dan merupakan keturunan ke-11
daripada Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad
Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'Alaih. Beliau yang
dilahirkan di Afghanistan telah berhijrah bersama
ayahandanya ke Sindh dan telah dikebumikan di
Hyderabad, dalam Negara Pakistan.
11
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

TAARIF KITAB IBTIDAI SULUK

Kitab Ibtidai Suluk ini merupakan sebuah kitab Tariqat


Tasawwuf yang membahaskan beberapa persoalan
mengenai Suluk dan pengamalannya di dalam Tariqat
Naqshbandi Mujaddidi.

EMPAT JALAN TARIQAT MUKTABAR

Menurut Hadhrat Maulana Muhammad Hasan Jan


Sirhindi Rahmatullah 'Alaih, terdapat 4 jalan Tariqat
yang muktabar iaitu Suhrawardiyah, Qadiriyah,
Chistiyah dan Naqshbandiyah. Walaupun ada terdapat
berbagai jenis jalan Tariqat yang lain, namun keempat-
empat jenis Tariqah ini adalah yang paling banyak
tersebar di serata benua India dan Asia bahkan di
seluruh dunia.

KELEBIHAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH

Salah satu daripada keunikan yang terdapat pada Tariqat


Naqshbandi Mujaddidi ialah pada permulaan perjalanan
seorang Salik setelah menerima Bai’ah, akan diajar
berkenaan Kaifiat Zikir Khafi iaitu berzikir tanpa
menggerakkan mulut, lidah dan badan. Kebanyakan
Tariqat yang lain hanya akan mengajarkan Zikir Khafi
setelah Salik tersebut berjaya mencapai peringkat yang
tertentu iaitu selepas bermujahadah dan telah menjalani
latihan keruhanian yang begitu lama.

12
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

PERMULAAN SEGALA PENGHUJUNG

Di dalam Maktubat Imam Rabbani, Hadhrat Mujaddid


Alf Tsani Shaykh Ahmad Faruqi telah menyatakan
bahawa, "Penghujung bagi semua Silsilah Tariqat adalah
merupakan permulaan bagi Silsilah Tariqat
Naqshbandi".

TARIQAT KHWAJAGAN SHAH NAQSHBAND

Menurut Para Masyaikh Naqshbandiyah, sebelum era


Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
'Alaih, Tariqat ini telah dikenali sebagai Tariqat
Khwajahgan atau Tariqat Masyaikh-masyaikh dan
mereka mengamalkan Zikir Jihri atau zikir dengan
mengeraskan suara dan meggerakkan-gerakkan badan.

TARIQAT NAQSHBAND DAN ZIKIR KHAFI

Selepas era Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah


'Alaih, Tariqat ini telah dinamakan sebagai Tariqat
Naqshbandi dan bermulalah era pengamalan Zikir Khafi
selepas beliau mendapat ilham daripada Allah
Subhanahu Wa Ta'ala. Zikir Nafi Itsbat secara Khafi juga
dikatakan berasal daripada Hadhrat Khwajah ‘Abdul
Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah 'Alaih setelah beliau
diajar oleh Hadhrat Nabi Khidir 'Alaihissalam.

13
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

EMPAT KEADAAN ZIKIR

Menurut pengarang, terdapat empat kategori zikir yang


mana tiga daripadanya diumpamakan sebagai kulit dan
hanya satu yang diumpamakan sebagai isi:-

1. Zikir hanya pada lidah tetapi hatinya lalai.

2. Zikir di hati tetapi lemah dan tidak kuat.

3. Zikir di hati semakin kuat dan apabila orang tersebut


berhenti berzikir, hatinya turut berhenti berzikir dan
belum mencapai tahap zikir berterusan.

4. Hatinya terus berzikir secara berterusan walaupun


orang tersebut telah berhenti berzikir dan zikir
tersebut telah sebati dengannya.

TIGA CARA WUSUL KEPADA ALLAH

Menurut Hadhrat Maulana Muhammad Hasan Jan


Sirhindi Rahmatullah 'Alaih, terdapat tiga jalan untuk
sampai kepada Allah:-

1. Zikir

2. Muraqabah

3. Rabitah

14
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KEUTAMAAN MURAQABAH

Muraqabah adalah berzikir tanpa huruf dan tanpa suara


dengan membayangkan limpahan Faidhz daripada
Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Muraqabah
lebih tinggi darjatnya daripada Zikir kerana mengingati
Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah lebih baik
daripada mengingati NamaNya. Sebagai contoh,
sekiranya nama ibu seseorang itu adalah Siti Aminah,
mengingati ibunya dengan membayangkan kasih sayang
daripada ibunya dan wajahnya ibunya adalah lebih baik
daripada hanya menyebut nama ibunya Siti Aminah
beberapa kali tetapi hati dan fikirannya lalai.

ZIKIR KHAFI ISMU ZAT DAN NAFI ITSBAT

Di dalam Tariqat Naqshbandi semasa era Hadhrat Imam


Tariqat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah 'Alaih,
Para Salik akan diajarkan Kaifiyat Zikir Khafi Nafi Itsbat
dan kemudian mereka diajarkan Kaifiyat Zikir Kahfi
Ismu Zat. Kemudian semasa era Hadhrat Imam Rabbani
Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah 'Alaih dan sesudahnya, Para Salik telah
diajarkan Kaifiyat Zikir Ismu Zat terlebih dahulu dan
kemudian baharulah diajarkan berkenaan Kaifiyat Zikir
Nafi Itsbat.

15
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

PENGHASILAN JAZBAH DAN SULUK

Para Masyaikh Naqshbandiyah mengatakan bahawa


menerusi Zikir Ismu Zat akan menghasilkan Jazbah
yang bererti tarikan daripada Allah dengan cepat,
sementara menerusi Zikir Nafi Itsbat akan menghasilkan
perjalanan Suluk dengan cepat. Seseorang yang telah
dikurniakan Jazbah oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala
digelarkan sebagai Mazjub Salik manakala seseorang
yang menempuh Suluk dengan Taufiq Allah Subhanahu
Wa Ta'ala dipanggil sebagai Salik Mazjub.

PERBEZAAN ANTARA SALIK DAN MAJZUB

Ada perbezaan yang jelas antara Salik Mazjub dan


Majzub Salik. Seseorang Salik Mazjub telah melalui
berbagai peringkat keruhanian dan mengetahui tentang
selok-belok dalam perjalanan keruhanian. Seorang
Mazjub Salik pula adalah seperti seorang yang telah
ditutupkan kedua matanya lalu dibawa di dalam sebuah
kenderaan dan dibawa dari tempat A ke tempat B tanpa
sebarang usaha dan tidak dapat menikmati
pemandangan dalam perjalanannya. Disebabkan oleh
tarikan Batin atau Jazbah daripada Allah Subhanahu Wa
Ta'ala, kemajuan keruhanian seseorang Majzub Salik
bukanlah disebabkan oleh amalan atau usahanya sendiri.
Dalam Suluk, seseorang Salik menempuh perjalanan
keruhanian dengan usaha dan amalannya, tetapi dalam

16
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Jazbah, segala peningkatan keruhanian adalah semata-


mata limpahan kurniaan dari Allah Subhanahu Wa
Ta'ala. Selagi tidak ada Jazbah atau tarikan daripada
Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka selagi itulah
seseorang itu tidak akan dapat mencapai darjat Wilayat
Kewalian dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

WARNA-WARNA LATAIF

Apabila seseorang Salik berzikir pada setiap Latifah-


Latifahnya secara berterusan, maka Allah Subhanahu Wa
Ta'ala akan Tajallikan cahaya Nur dengan warna-warna
yang berbeza pada Latifah-Latifah tersebut. Menurut
Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh
Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'Alaih dan sekelian
para pengikutnya warna Latifah-Latifah tersebut adalah:-

1. Latifah Qalb - Kuning

2. Latifah Ruh - Merah

3. Latifah Sir - Putih

4. Latifah Khafi - Hitam

5. Latifah Akhfa - Hijau

17
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

HIKMAH PERBEZAAN WARNA LATAIF

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan Para


Masyaikh Naqshbandiyah mengenai warna-warna
Latifah tersebut menurut pengalaman keruhanian
masiang-masing. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh
kepelbagaian kualiti pada latifah-latifah tersebut.
Sepertimana seseorang itu boleh mempunyai pelbagai
kualiti seperti Hafiz, ‘Alim, Ahli Sufi, Pengarang Kitab
dan sebagainya, dimana kepelbagaian kualiti ini terdapat
dalam diri seseorang itu dan pada masa yang sama ianya
tidak mengubah kedudukannya sebagai seorang
manusia. Begitulah juga dengan warna-warna Latifah
yang berlainan itu tidak akan mengubah tempat
kedudukan sebenar Latifah-Latifah tersebut seperti mana
kedudukan Latifah Qalb adalah di sebelah kiri.

FANA DAN BAQA

Fana dan Baqa. Fana adalah Hal atau keadaan dan


terdapat dua keadaan Fana iaitu Sukr yang ertinya
berkeadaan mabuk dan Sahu yang ertinya berkeadaan
sedar. Baqa adalah Maqam. Hal adalah pemberian atau
kurniaan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Maqam
adalah perkara yang perlu diusaha dan dikekalkan oleh
setiap Para Salik.

18
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KEPERLUAN JAZBAH DAN USAHA SULUK

Secara semulajadi, setiap Salik yang berjalan menempuhi


jalan keruhanian memerlukan dua perkara:-

1. Jazbah

2. Suluk

Ada Salik yang telah dikurniakan Jazbah terlebih dahulu


kemudian barulah dia memulakan usahanya menempuh
perjalanan Suluk. Sesetengah Salik pula perlu berusaha
atas jalan Suluk terlebih dahulu dan kemudian baharulah
dikurniakan Jazbah oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Dalam kedua-dua keadaan ini, Salik perlu kepada kedua-
duanya iaitu Jazbah dan usaha Suluk.

Jazbah adalah tarikan Batin dari Allah Subhanahu Wa


Ta'ala dan orang yang dikurniakan tarikan Batin tersebut
dipanggil Mazjub. Usaha adalah Suluk dan orang yang
menjalani Suluk dipanggil Salik.

19
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KULIAH
KEDUA
14 SAFAR 1431 H : 30 JANUARI 2010 M

20
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

JALAN MENUJU ALLAH

Dalam Silsilah Tariqat Naqshbandi ada tiga cara untuk


Wasil atau sampai kepada Allah:-

1. Zikrullah – Ismu Zat dan Nafi Itsbat.

2. Muraqabah – Memerhatikan Faidhz.

3. Rabitah – Tambatan hati dengan Syeikh Murshid.

NISBAT YAD DASYAT

Apabila zikir dalam diri seseorang Salik telah menjadi


sebati dalam badan dan zikir tersebut telah menjadi
berterusan dan tak pernah berhenti, maka akan
terhasillah Nisbat Yad Dasyat.

Apabila ingatan terhadap Allah sudah bersungguh-


sungguh di dalam hatinya, maka Salik akan sampai
kepada Allah dan dapat merasa di dalam dirinya
Kehadiran Kesucian Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
atau sentiasa merasakan beserta dengan Allah.

FANA NAFS

Sekiranya Nisbat Yad Dasyat ini tidak terhasil maka


zikir yang dibuat hanyalah pekerjaan Nafs semata-mata
dan Nafs Salik tidak akan menjadi Fana.

21
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Sekiranya Nafs seseorang Salik tidak mencapai Fana,


maka Salik tersebut akan mudah mengikuti kehendak
nafsunya dan tidak akan mengikuti kehendak Allah
Ta'ala dan dia akan mulai ingkar terhadap perintah-
perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Apabila Nafs telah dapat mengikut segala kehendak


Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka ini adalah merupakan
salah satu tanda-tanda bahawa Salik tersebut telah
mencapai Fana Nafs.

BAQA NAFS

Apabila Salik telah berzikir pada setiap Latifah-latifah


Alam Amar dan zikir tersebut telah sebati dalam dirinya,
maka kesemua Latifah Alam Amarnya akan mencapai
Fana dan seterusnya Baqa.

Daripada maqam Baqa ini, Salik seterusnya akan mudah


terhasil padanya Maqam Musyahadah Qalb. Latifah Nafs
yang belum lagi mencapai Fana tadi akan dapat merasai
bahawa Latifah-latifah Alam Amar telah mencapai Fana.

Warna-warna pada setiap Latifah Alam Amar akan


kelihatan jelas oleh Latifah Nafs. Apabila warna-warna
pada Latifah Alam Amar telah jelas kelihatan oleh
Latifah Nafs, maka akan terhasillah Fana pada Latifah
Nafs dan seterusnya Nafs Salik juga akan mencapai
Baqa.

22
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

TANDA-TANDA FANA NAFS

Tanda-tanda Latifah Nafs telah menjadi Fana adalah


segala kehendak dan keinginan hawa nafsu dan segala
keinginan terhadap perkara keduniaan telah hilang dan
terhapus disebabkan oleh zikir yang berterusan.

Apabila segala Iradah atau keinginannya sudah hilang,


maka Salik hanya akan menuruti kehendak-kehendak
dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja, tiada
perkara lain yang difikirkan oleh Salik melainkan
hanyalah Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata-mata.

MENCAPAI KERIDHAAN ALLAH

Salik hanya akan cenderung untuk beramal dengan


amalan–amalan yang yang dapat mencapai keridhaan
Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Apabila Salik telah mula menuruti hanyalah kehendak


Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata-mata dan beramal
dengan amalan yang diridhai oleh Allah Subhanahu Wa
Ta'ala, maka Allah akan turut Ridha kepadanya.

PENZAHIRAN AKHLAK-AKHLAK ALLAH

Dengan ini, akan terzahirlah akhlak-akhLak Allah


Subhanahu Wa Ta'ala dalam diri Salik seperti sifat
Pengampun, Pemaaf, Pemurah, Pengasih, Penyayang

23
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

dan sebagainya. Salik akan dapat merasakan terzahirnya


akhlak-akhlak Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada dirinya.

Salik akan dapat merasakan dalam dirinya bahawa


segala sesuatu selain daripada Allah akan Fana dan
hanya Allah sahajalah yang akan kekal.

SIYAR DAN MAQAM

Perasaan Fana ini hendaklah sentiasa berlaku dan


sekiranya perasaan ini berlaku sekali-sekala, maka ianya
dinamakan sebagai Siyar yakni berjalan bersiar-siar.
Sekiranya perasaan ini berlaku secara tetap dan
berterusan, maka ini dinamakan Maqam.

MUSYAHADAH RABB TA'ALA

Apabila kaifiyat ini telah terhasil pada diri Salik, iaitu


zikir dalam batinnya telah menjadi Dawam, maka akan
terhasillah Musyahadah Rabb Allah Subhanahu Wa
Ta'ala, seolah-olah Salik telah melihat Allah.

Inilah permulaan pemahaman Tauhid yang sebenar-


benarnya disebabkan terhasillnya pengertian yang sahih
tentang Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Segala-gala
kesyirikan, kekhurafatan dan segala Syirik Khafi yang
tersembunyi akan menjadi hilang dan terlenyap.

24
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

MUSYAHADAH HAQQ

Apa-apa yang diucapkan oleh Salik pada peringkat


Musyahadah ini adalah perkara Haqq yang sebenar-
benarnya disebabkan dirinya telah nampak Musyahadah
atau penyaksian terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Musyahadah terbahagi kepada dua iaitu Musyahadah
Qalb dan Musyahadah Nafs.

MURAQABAH

Apabila kita bertawajjuh menghadapkan pandangan


mata hati kepada Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa
Ta'ala sahaja dan mengharapkan limpahan Faidhz
dariNya, inilah yang dikatakan Muraqabah.

INGATAN TANPA KALAM DAN SUARA

Muraqabah juga dikatakan sebagai salah satu daripada


bentuk zikir di mana tumpuan Salik hanyalah kepada
Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala tanpa menyebut Nama
Allah, iaitu tanpa sebarang kalam mahupun suara.

MENGINGATI HADHRAT ZAT ILAHI

Semasa bermuraqabah, kita hanya tertumpu kepada


Hadhrat Zat Allah dan bukannya kepada kalimah Isim
NamaNya atau bukan kepada lafaz Allah, tetapi ingatan
kepada Zat Allah atau kepada Zat yang empunya Nama
Allah tersebut.

25
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

TAARIF ZAT WAJIB AL-WUJUD

Allah adalah nama bagi Zat Wajibul Wujud yang


terhimpun pada DiriNya segala sifat kesempurnaan dan
bebas dari segala kekurangan dan kebinasaan. Dia
adalah Zat yang tidak ada sesuatu pun yang menyerupai
denganNya.

MENGOSONGKAN FIKIRAN

Salah satu pengertian Muraqabah ialah semasa


bermuraqabah, fikiran mestilah dikosongkan dan jangan
membiarkan sebarang khayalan–khayalan yang selain
Allah daripada masuk ke dalam ruangan fikiran.

BELAJAR SIFAT KUCING BERMURAQABAH

Para Masyaikh menyatakan bahawa sekiranya Salik


hendak belajar Muraqabah, hendaklah belajar dari sifat
kucing yang mana dalam keadaan senyap-senyap,
kucing dapat menangkap tikus.

TAWAJJUH QALBI

Semasa hendak menangkap tikus, kucing akan


memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh hanya
terhadap tikus sahaja dan tidak menghiraukan sebarang
keadaan di sekelilingnya. Semasa Muraqabah, Salik
hendaklah memperhatikan hanya ke arah Latifah–latifah
Qalbinya.

26
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

TIGA KAIFIYAT MURAQABAH

Terdapat tiga cara untuk menghasilkan Kaifiyat


Muraqabah:-

1. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya sehingga zikir


telah menjadi sebati dan kita hanya ingat Allah sahaja.

2. Hendaklah Salik merasakan dalam dirinya bahawa


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berada di hadapannya dan
Allah berada begitu dekat dengannya sehingga lebih
dekat dari setiap urat rambutnya.

3. Kita menafikan apa sahaja benda yang kita lihat dan


yakinkan diri bahawa Allah sahajalah yang wujud dalam
keadaan tiada sesuatu yang dapat menyerupai ZatNya.
Allah adalah Zat yang wujud dan suci daripada segala
rupa bentuk.

NAFS FANA FILLAH DAN BAQA BILLAH

Hendaklah jangan memikirkan selain daripada Allah dan


tumpuan hanyalah kepada Allah semata-mata. Apabila
keadaan ini selalu diamalkan dan keadaan ini telah
menjadi semakin kuat, maka Nafs akan sampai kepada
Fana Fillah dan seterusnya Baqa Billah. Inilah maksud
daripada Fana dan Baqa.

Apabila Nafs telah tenggelam dalam sesuatu yang selalu


difikirkannya atau dikhayalkannya, maka Nafs akan
27
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Fana terhadap perkara tersebut dan seterusnya Nafs


akan menjadi Baqa terhadap benda atau hal yang selalu
difikirkannya atau dikhayalkannya. Nafs akan kekal
ingatannya terhadap benda tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang yang selalu


memikirkan atau mengkhayalkan cara-cara untuk
membuat bagi memajukan dunianya, maka Nafsnya juga
akan turut memikirkan cara-cara yang perlu untuk
perkara tersebut sehingga ke tahap ingatan Nafsnya
tenggelam dalam memikirkan cara-cara memajukan
keduniaannya.

Demikian juga halnya keadaan Nafs ini apabila selalu


dididik dan dilatih untuk tenggelam di dalam
memikirkan Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja,
maka Nafs juga akan akhirnya akan tenggelam di dalam
ingatan terhadap Hadhrat Zat Allah dan ingatannya
akan tetap dan sentiasa berterusan memikirkan Allah
atau disebut sebagai Fana Fillah. Dengan ini, Nafs itu
akan mudah mencapai Baqa Billah iaitu Nafs yang kekal
ingatannya terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Hendaklah kita kekalkan dan yakinkan dalam diri kita


mengenai perkara ini. Dengan menerusi amalan
Muraqabah ini, Salik akan cepat sampai pada keadaan
Wasil Billah, iaitu selalu merasa beserta dengan Allah.

28
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

JALAN FANA NAFS

Catatan Mukatib:

Dalam Tariqat Nafsani seperti Tariqat Chistiyah atau


Qadiriyah, jalan untuk menghasilkan Fana Nafs adalah
melalui Mujahadah, Riyadhah latihan keruhanian dan
Zikir yang banyak dan berterusan menerusi Zikir Jihri
dan Lisani.

Dalam Tariqat Ruhani, seperti Tariqat Naqshbandiyah,


jalan untuk menghasilkan Fana Nafs adalah melalui
Muraqabah dan Zikir Khafi yang berterusan yang mana
Mujahadah tidak diberikan sebarang penekanan.

29
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KULIAH
KETIGA
21 SAFAR 1431 H : 6 FEBUARI 2010 M

30
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

RABITAH

Jalan Ketiga untuk menghasilkan Wasil Billah adalah


dengan Rabitah. Apabila Salik menghubungkan Ruhani
dan hatinya bertaaluk kepada seseorang Wali Allah atau
Nabi dengan adab dan Tawajjuh, maka dengan
sendirinya Ruhaniah Wali Allah atau Nabi tersebut akan
memberikan Tawajjuhnya kepada Salik tersebut.

Warna-warna cahaya Ma’rifat dalam Wali Allah atau


Masyaikh akan mendatangi kepada Salik. Kadang-
kadang Ruh Wali Allah atau Masyaikh atau Nabi akan
datang secara zahir di hadapannya dan memberikan
tunjuk ajar kepadanya.

FANA FI MASYAIKH DAN FANA FI RASUL

Kemudian, Salik tersebut akan Fana di dalam Ruhaniah


Wali Allah atau Nabi yang dipanggil sebagai Fana Fi
Masyaikh atau Fana Fi Rasul.

FANA FILLAH DAN BAQA BILLAH

Selepas Salik mencapai Fana Fi Masyaikh atau Fana Fi


Rasul, seterusnya Salik akan mencapai Fana Fillah.
Sekiranya Wali atau Masyaikh tersebut tidak mencapai
Fana Fillah, maka Maqam yang mana pun seseorang
Wali atau Masyaikh itu berada, akan terlimpah juga
kepada Salik tersebut. Sebab itulah sangat penting bagi
Wali atau Masyaikh tersebut telah mencapai Fana Fillah.
31
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Salik perlu Fana di dalam Wali Allah atau Masyaikh


yang telah Fana Fillah dan Baqa Billah.

Hadhrat Khwajah Muhammad Ma’asum Rahimahullahu


Ta'ala yang merupakan salah seorang putera kepada
Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani
Rahimahullahu Ta'ala telah menulis bahawa mungkin
hanya dengan zikir sahaja, seseorang Salik boleh
mencapai Fana Fillah.

Dengan hanya berzikir, mencapai Fana Fillah ini adalah


satu kemungkinan sahaja. Akan tetapi hanya dengan
berbekalkan dan beramal dengan Rabitah sahaja pun,
seseorang Salik pasti akan mencapai Fana Fillah.

BERZIKIR SAMBIL RABITAH

Menurut pangarang, dalam penjelasannya telah


menerangkan bahawa dalam perjalanan suluk ini, zikir
perlu untuk beberapa peringkat tertentu sahaja dan di
samping itu, hendaklah memulakan perjalanan secara
Rabitah.

Seseorang Salik berzikir pada permulaannya dengan


Zikir Ismu Zat pada setiap Latifah-latifah disertai dengan
Rabitah. Selepas melakukan Zikir Ismu Zat, Salik akan
memulakan Zikir Nafi Itsbat.

32
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

MURAQABAH SAMBIL RABITAH

Selepas melakukan Zikir Nafi Itsbat, Salik akan


melakukan Muraqabah Mujaddidi. Sewaktu
mengamalkan Muraqabah Mujaddidi, Ruhaniah Nabi
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam mesti beserta
dalam Rabitah tersebut.

Perkara ini diterangkan secara ringkas dan perlu


penafsiran yang lebih mendalam. Inilah yang diperolehi
daripada Para Masyaikh dan yang selebihnya adalah
daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

PERKARA PERHATIAN SEBELUM SULUK

Pengarang telah menyatakan bahawa sebelum


memulakan Suluk ada beberapa perkara yang perlu
diberi perhatian:

1. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah.

2. Mencari Murshid yang Kamil, beradab dengannya


dan sentiasa berabitah dengannya.

3. Hendaklah menuruti Syari'at dan menjauhi Bida'ah.

4. Meninggalkan segala perbuatan dosa.

5. Hendaklah mengukuhkan lagi keridhaan terhadap


Allah dan sentiasa bertaslim atau menyerah segala
urusan kepada Allah.
33
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Adalah diharapkan dengan penjelasan ini, Para Salik


yang berjalan di atas Tariqat ini akan mendapat
bimbingan dalam menempuh lautan perjalanan Tariqat
ini.

Mudah-mudahan sehingga mencapai hakikat yang mana


terhasillah buah-buahan dan kemanisan Cinta Mahabbat
dan Ma’rifat Zat. Dia akan memperolehi kenikmatan
yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh
telinga dan nikmat yang tidak pernah terlintas di fikiran.

Semua ini adalah kurniaan dan Fadhal daripada Allah.


Kita memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan
limpahan Faidhz dan Taufiq serta memohon
keridhaanNya.

MUQADDIMAH KITAB IBTIDAI SULUK

Seorang Khalifah pengarang, Hadhrat Mian Khan


Shikarpuri Rahimahullah telah meminta pengarang
supaya menulis sebuah kitab yang menerangkan
bagaimana untuk memulakan Suluk.

Pada awalnya pengarang berasa tidak layak tetapi


merasakan agak penting untuk menunaikan permintaan
Khalifahnya. Diharap dengan penjelasan ini, dengan
mentelaah dan membaca isi kandungannya akan
memberi manfaat kepada Salik.

34
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Di dalam Tariqat Naqshbandi Mujaddidi, untuk


memulakan perjalanan Suluk, ada beberapa syarat yang
perlu diperhatikan supaya mendapat Basirah dalam
urusannya.

Pengarang telah mengarang sebuah sya’ir yang


mengandungi nama-nama Para Masyaikh Naqshbandiah
Mujaddidiah di dalam silsilahnya.

KELEBIHAN MEMBACA SYAJARAH TAYYIBAH

Catatan Mukatib:

Selepas sahaja berbai’ah, Syeikh Tariqat akan


memberikan kepada anak muridnya Syajarah Tayyibah
yang mengandungi nama Wali-Wali Allah atau rantaian
silsilah keruhanian Wali-Wali Allah daripada Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam sehingga kepada Syeikh
Tariqat tersebut.

Dengan membaca Syajarah Tayyibah ini, ikatan


keruhanian terhadap Wali-wali tersebut akan bertambah
dan ini akan menumbuhkan rasa hormat, kasih sayang
dan cinta terhadap Wali-Wali Allah di dalam rantaian
keruhanian tersebut. Ia juga bertujuan untuk mendapat
keberkatan dan limpahan Faidhz daripada mereka.
Dengan memberikan hadiah pahala kepada Wali-Wali
Allah berupa bacaan Al-Fatihah dan Qul Huwallah,
seseorang itu akan mendapat perhatian dan Tawajjuh
Ruhaniah daripada mereka.

35
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Hadhrat Maulana Masihullah Khan Damat Barakatahum


pernah berkata, “Apabila seseorang berbai’ah dengan
Syeikh Tariqat dan bergabung dengan Silsilah
Keruhanian, Arwah Para Wali-Wali Allah yang
terdahulu di dalam Silsilah Keruhanian itu akan
tertumpu kepadanya. Ruh-ruh Awliya tersebut akan
berdoa untuknya. Doa-doa Awliya dan Tawajjuh mereka
akan tertumpu kepada seseorang yang bergabung
dengan Silsilah.”

Daripada kitab Al-Jami' As-Saghir, 1/130:

“Amal seseorang dibawa kepada Allah Ta’ala


pada hari Isnin dan Khamis dan kepada Baginda
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Para Nabi
'Alayhimussalam dan orang–orang terdahulu pada hari
Jumaat. Amal baiknya menyebabkan mereka rasa
gembira dan muka mereka diselubungi dengan
kegembiraan. Takutlah Allah dan jangan membiarkan
amal burukmu menyebabkan kesakitan kepada Si Mati.”

Dari Hadits ini, Para Masyaikh mengatakan bahawa


dengan menyertai Silsilah, Wali-wali Allah ini adalah
seperti "Spiritual Forefather" yakni Para Moyang
Ruhaniah kepada kita.

Di dalam Alam Barzakh, mereka akan mendapat hadiah


pahala yang kita hadiahkan dan dengan ini sesiapa yang
menyertai Silsilah juga akan mendapat limpahan Faidhz
dan doa mereka.

36
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

MENGIKHLASKAN NIAT

Pengarang mengatakan bahawa apabila seseorang Salik


telah berasa Shauq atau suka terhadap Tariqat
Naqshbandiyah, hendaklah dia mengikhlaskan niatnya
dan niatkan di dalam hati:

“Selain daripada mencapai Cinta Mahabbah terhadap


Allah tiada benda yang lain yang hamba inginkan.”

MENCARI SYEIKH MURSHID

Kemudian, hendaklah dia mencari seorang Syeikh atau


Murshid yang zahirnya menuruti Syari'at dan pada
batinnya terdapat cahaya Ma’rifat.

Dalam perjalanan mencari seorang Syeikh atau Murshid,


ada beberapa perkara yang perlu dikenalpastikan kerana
pada zaman yang penuh dengan kemungkaran dan
kelalaian ini, banyak manusia bersifat Syaitan yang
bersembunyi di sebalik pakaian-pakaian yang baik pada
zahirnya.

Syai’r:

Apabila telah ada terlalu banyak Iblis,


Yang berupa seperti rupa bentuk Adam,
Maka, janganlah memberikan tanganmu,
Kepada sesiapa sahaja untuk berbai’ah.

37
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Batin seseorang Murshid yang telah bercahaya akan


menjadi sumber kejayaan apabila kita bersuhbah
dengannya.

ADAB MURID TERHADAP MURSHID

Setelah kita menunaikan Solat Istikharah, maka


hendaklah memperbetulkan niat dan hadir di hadapan
Guru Murshid tersebut dan mengambil Talqin Tariqat
dan hendaklah memperhatikan adabnya dan
menyibukkan diri dengan Zikir yang telah ditalqinkan
olehnya.

Jika berada di hadapan guru Murshid atau tidak,


hendaklah sentiasa beradab dengannya dan janganlah
kita mempersoalkan tentang dirinya di dalam hati atau
pada lidah kita.

Janganlah berpusing-pusing, makan atau minum di


hadapan Syeikh lebih-lebih lagi sewaktu bersuhbah
dengannya. Jangan meletakkan kaki kita di atas barang-
barangnya dan menjaga barangannya ketika
ketiadaannya. Salik hendaklah menyerahkan
sepenuhnya segala urusan keruhaniannya kepada
Syeikhnya dan mengharapkan limpahan Faidhz,
Mahabbah dan Ma’rifat menerusi Syeikh tersebut.

38
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Sebarang was-was dalam hati, janganlah disembunyikan


dari Syeikh dan hendaklah dizahirkan atau memberitahu
kepada Syeikh Murshid tersebut. Dalam setiap hal,
sebaik-baiknya beradab dengan Syeikh kerana beradab
dengan Syeikh adalah perkara dasar dalam
menghasilkan faedah-faedah dalam perjalanan Tariqat.

Syai’r:
Adab adalah mahkota daripada kelembutan Allah.
Hendaklah ianya selalu diletakkan di atas kepala.
Kemudian, ke mana saja kau hendak pergi, pergilah.

Syai’r:
Hendaklah sentiasa memohon Taufiq daripada Allah.
Supaya menjadi orang yang beradab bertata-susila.
Tanpa adab, kita diharamkan dari kelembutan Allah.

MENJAUHI AHLI BIDA'AH

Dalam beradab dengan Syeikh, hendaklah menjauhkan


diri daripada orang-orang Ahli Bida’ah dan tidak
beragama. Pengarang dalam bentuk Syai’r menyatakan
bahawa Murshidnya pernah memberinya satu nasihat:

Hendaklah menjauhkan dirimu dari bersuhbah.


Dengan orang yang bukan Ahli Tariqah.

39
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

MENURUTI SUNNAH RASULULLAH

Disamping itu ketika minum, makan dan dalam urusan


mencari rezeki dan apa sahaja urusan seharian,
hendaklah menuruti Syari’at Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam setiap
amalan dan sentiasa memperhatikan apakah perintah
dan larangan Allah.

AMALAN TARIQAT MENURUTI SYARI'AT

Janganlah kita mengikut resam duniawi yang bersalahan


dengan Syari’at dan hendaklah kita tinggalkan terus
resam duniawi itu. Hendaklah kita menganggap bahawa
Syari’at itu sebagai neraca untuk kita menilai dan
menyemak segala amalan kita.

Sekiranya amalan kita selari dengan Syari’at, maka


anggaplah ia sebagai Nikmat Allah dan sekiranya
amalan kita tidak selari dengan Syari’at, maka hendaklah
kita jauhi. Tariqat adalah khadam kepada Syari’at dan
Tariqat itu perlu untuk mengukuhkan dan menyokong
Syari’at.

Syai’r:
Kita takkan mencapai jalan penyucian hati.
Tanpa kita menuruti Sunnah Baginda Nabi.

40
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Perjalanan penyucian hati akan menjadi mudah


sekiranya Syari’at dituruti dan akan menjadi sukar
sekiranya Syari’at tidak dituruti.

MENJAUHI SIFAT TAKABBUR

Di samping itu, apa sahaja yang telah kita fahami


bahawa sifat Takabbur hendaklah dijauhi kerana apabila
Salik menganggap dirinya telah sempurna, maka dia
tidak akan dapat sampai kepada Allah.

Sifat Kibir dan sombong itu hendaklah dijadikan sebagai


hak Allah semata-mata. Janganlah kita membawa sifat ini
di dalam diri kita. Mafhum sebuah Hadits Qudsi:

“Takabbur adalah dari selendangKu dan


keagungan dan kesombongan adalah pakaianKu.
Barangsiapa yang memakai seledang dan pakaianKu,
maka Aku akan memasukkannya ke dalam Neraka.”

Hendaklah Salik sentiasa merasa lemah, kekurangan dan


berharap penuh terhadap Allah dan jadikanlah ianya
sebagai sifat kita. Apabila sifat ini telah menjadi sifat
yang lazim dalam diri kita dan daripada cermin
keyakinan kita, maka akan nampaklah bahawa diri ini
adalah hamba yang lemah.

41
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

SIFAT SABAR DAN SYUKUR

Segala kedukaan hendaklah dihadapi dengan Sabar dan


segala kesukaan hendaklah dihadapi dengan Syukur.

MENINGGALKAN SIFAT TAMAK

Disamping itu, hendaklah memutuskan sifat Tamak


terhadap orang lain sehingga terhadap anak kita sendiri
pun, hendaklah tiada sebarang harapan ke atas harta
mereka. Segala kerugian dan keuntungan hendaklah kita
anggap ianya keputusan Allah dan ridha terhadap
ketaatan kepada Allah.

AHWAL QABADHZ DAN BASAT

Dalam perjalanan melalui lautan Tariqat, Salik akan


menghadapi keadaan-keadaan yang tertentu yang sering
ditempuhinya terutamanya dalam hal Qabadhz dan hal
Basat. Dalam keadaan Qabadhz, seseorang Salik akan
merasa Ruhaninya keletihan dan tidak larat. Qabadhz
juga terhasil disebabkan oleh Fana Fillah dan Ruhani
yang lemah. Dalam keadaan Basat, Salik akan merasa
kelapangan dan hal keadaan Basat ini terhasil selepas
sedar dari Fana Fillah. Dalam hal ini, janganlah kita
merasa puas hati dangan apa yang kita telah buat dan
jangan lalai.

42
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Catatan Mukatib:

Ketika berlaku Hal Qabadhz, Salik merasakan tiada


kemajuan keruhanian, terasa tertekan, dan kurangnya
rasa kehadiran Allah. Salik juga merasakan hatinya tidak
ada kesukaan terhadap Ibadat seolah-olah tidak ada
kenikmatan dalam berzikir. Dalam hal ini, janganlah kita
bersifat malas.

Hadhrat Maulana Shah Hakim Akhtar Sahib Damat


Barakatahum di dalam kitabnya Ma’arif Matsnawi
mengatakan bahawa keadaan yang dihadapi oleh Salik
adalah semata-mata latihan keruhanian untuk mencapai
kemajuan dalam tingkatan keruhaniannya. Sekiranya
Salik sentiasa merasa kenikmatan dan merasa kehadiran
Allah, kemungkinan sifat tinggi diri dan sombong akan
terhasil dalam diri Salik dan ini akan merosakkan
keruhaniannya.

Kadang-kadang, hal Qabadhz terjadi disebabkan oleh


dosa-dosa. Disebabkan oleh dosa tersebut, kegelapan
telah terhasil di dalam hatinya dan ini akan
mengakibatkan tidak ada rasa kenikmatan di dalam
ibadat. Walaubagaimapun, biarpun apa sahaja yang
menyebabkan hal Qabadhz tersebut, Salik hendaklah
memperbanyakkan Istighfar akan kerana ianya akan
menghasilkan banyak faedah.

43
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

MEMULIAKAN PARA 'ALIM 'ULAMA

Hendaklah kita sentiasa memuliakan Para 'Alim 'Ulama


kerana menuruti Syari’at adalah dengan menuruti
mereka. Ini adalah antara syarat-syarat Tariqat.
Seseorang itu pelu kepada 'Alim 'Ulama kerana Allah
cenderung kepada 'Alim 'Ulama. Perlulah kita fahami
bahawa kita hendaklah memuliakan Para 'Alim 'Ulama.

INSAN DAN SEPULUH LATIFAH

Semoga Allah memberi kejayaan kepada pembaca.


Hendaklah difahami bahawa Para Masyaikh Tariqat
Naqshbandi Mujaddidi dalam kitab-kitab mereka
menyatakan bahawa Insan merupakan suatu himpunan
daripada sepuluh Latifah-latifah. Lima Latifah dari Alam
Amar dan Lima Latifah dari Alam Khalaq.

ALAM AMAR DAN ALAM KHALAQ

Alam Amar merupakan suatu jajahan Ruhaniah yang


terdapat di dalamnya lima Latifah iaitu Qalb, Ruh, Sirr,
Khafi dan Akhfa. Lima Latifah dari Alam Khalaq terletak
di seluruh tubuh badan manusia iaitu Air, Tanah, Angin,
Api dan Nafs Natiq. Nafs Natiq adalah Nafsu yang boleh
bercakap-cakap.

44
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

PENGHUJUNG DI PERMULAAN

Dalam Tariqat Naqshbandi, permulaan Suluk adalah


pada Latifah Alam Amar. Kerana itulah telah dituliskan
dalam kitab-kitab bahawa penghujung kepada Tariqat–
tariqat yang lain adalah tangga permulaan bagi Tariqat
Naqshbandi. Dalam tariqat yang lain, permulaan Suluk
adalah pada Alam Khalaq dan kemudian pada Alam
Amar.

Dalam Tariqat yang lain, proses Tazkiyah Nafs perlu


dilakukan dengan memperbanyakkan Riyadhah dan
latihan-latihan keruhaniah yang berat, kemudian barulah
disibukkan dengan Alam Amar.

PERMULAAN SULUK PADA ALAM AMAR

Dalam Tariqat Naqshbandi, dengan ‘Inayah dan


kurniaan Allah, permulaan Suluk adalah pada Alam
Amar dan latifah-latifah Alam Amar dan kemudian pada
Latifah-latifah Alam Khalaq.

Apabila latifah-latifah Alam Amar semuanya telah sibuk


berzikir, Latifah-latifah Alam Khalaq dengan sendirinya
akan turut berzikir. Kerana itulah dalam Tariqat
Naqshabandi, kita tidak perlu pada latihan-latihan,
Riyadhah dan Mujahadah yang berat-berat.

45
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KESAN ZIKIR LATAIF ALAM AMAR

Catatan Mukatib:

Kelebihan Zikir Ismu Zat pada setiap Latifah adalah


kerana pada setiap kedudukan Latifah mempunyai
kesan–kesan penyucian seperti berikut:

1) Zikir pada Latifah Qalb - Mensucikan hati dari


keinginan dan kecintaan duniawi.
2) Zikir pada Latifah Ruh - Mensucikan sifat marah
dan panas baran.
3) Zikir pada Latifah Sirr - Mensucikan sifat tamak
dan kedekut.
4) Zikir pada Latifah Khafi - Mensucikan sifat hasad
dan dengki.
5) Zikir pada Latifah Akhfa - Mensucikan sifat tinggi
diri dan sombong.

46
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KULIAH
KEEMPAT
28 SAFAR 1431 H : 13 FEBUARI 2010 M

47
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KHULASAH DAN RUMUSAN

Apabila murid mengambil ba’iah daripada Syeikh, pada


awalnya Syeikh tersebut akan mentalqinkan Zikir Qalbi
yang mana Salik tersebut hendaklah menyibukkan
dirinya dengan Zikir Qalbi tersebut.

KAIFIYAT DAN JUMLAH ZIKIR QALBI

Cara mengamalkan Zikir Qalbi adalah seperti berikut :-


1. Hendaklah duduk menghadap ke arah Qiblat
sepertimana duduk Tasyahud dengan beradab.
2. Mata hendaklah ditutup.
3. Lidah ditemukan ke langit-langit mulut.
4. Bertawajuh ke arah Latifah Qalb yang
kedudukannya adalah di bawah tetek kiri dengan
ingatan dan khayalan kepada Allah dan menyebut
Allah Allah secara berterusan.
5. Sekiranya terdapat sebarang Khatrah yakni lintasan-
lintasan ingatan pada hati dan menimbulkan was-
was, maka hendaklah dijauhkan.
48
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

6. Dengan penuh kesungguhan, menyibukkan diri


dengan Zikir Allah, Allah, Allah.

Zikir Qalbi ini tidak ada had jumlah yang ditentukan,


walaubagaimanapun sesetengah Syeikh akan
menganjurkan kepada Salik untuk berzikir sebanyak
24,000 sehari semalam. Sebanyak mana seseorang Salik
itu berzikir, maka dengan kadar itulah dia akan cepat
terhasil Fana.

MUSYAHADAH PENGARANG

Musyahadah pengarang boleh diertikan sebagai


pandangan atau penyaksian batin yang telah dialami
atau yang dilalui oleh pengarang sendiri. Musyahadah
terbahagi kepada dua iaitu Musyahadah Qalb untuk
Alam Amar manakala Musyahadah Nafs adalah bagi
Alam Khalaq.

49
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

ADAMI MUSHARAB

Menurut pengarang, Latifah Qalb berwarna putih dan di


bawah telapak kaki Hadhrat Nabi Adam 'Alaihissalam.
Seseorang Salik yang menjalankan Zikir pada Latifah
Qalb sehingga menghasilkan Wasil kepada Allah, maka
dia dipanggil Adami Musharab yakni seorang yang telah
minum daripada limpahan Faidhz Hadhrat Nabi Adam
'Alaihissalam.

ZIKIR YANG SEBATI DAN BERTERUSAN

Zikir ini hendaklah dilakukan dengan bersungguh-


sungguh sehingga menjadi sebati dan hati itu tidak
sekali-kali lalai daripada mengingati Allah Ta’ala. Zikir
yang telah sebati dalam diri Salik tersebut menyebabkan
hatinya sentiasa berzikir, sehinggakan ketika dia cuba
untuk berhenti berzikir namun dia tidak boleh
memberhentikannya.

50
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Meskipun apabila dia sudah berhenti berzikir, namun


zikir tersebut masih kedengaran di dalam batinnya
secara berterusan.

TANDA FANA QALBI

Tanda-tanda zikir itu telah teguh dan kukuh ialah


walaupun seseorang Salik cuba untuk menyibukkan
dirinya untuk lalai, hati tersebut akan tetap mengingati
Allah Ta’ala. Hal ini dikenali sebagai Fana Qalbi. Nama
lain bagi hal keadaan ini adalah Yad Dasyat.

DAFTAR NAMA AWLIYA ALLAH

Sesudah Salik tersebut mencapai Fana Qalbi, dengan


Amar Ilahi yakni ketentuan urusan Allah, nama Salik
tersebut akan termasuk dalam daftar Para Awliya Allah.
Insya Allahu Ta'ala.

51
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

RAHSIA MENCAPAI FANA

Datuk kepada pengarang telah mengungkapkan kepada


pengarang sebuah syair Ruba'I yang berikut :-

Tutupkan mulut dan tutup mata dan tutup telinga.


Jikalau kamu tidak dapat melihar Nur yang Haqq,
Maka hendaklah kamu memandang kepada kami.

Dalam pengertian sya’ir ini, terkandung rahsia yang ajaib


dan tersembunyi tentang Fana dan kepentingan Rabitah
yang mana untuk menzahirkannya di sini adalah tidak
perlu.

IBRAHIMI MUSHARAB

Selepas berzikir pada Latifah Qalb, Salik akan dianjrkan


untuk berzikir pada Latifah Ruh yang kedudukannya
adalah di bawah tetek kanan. Warna Latifah Ruh adalah
kuning dan berada di bawah telapak kaki Hadhrat Nabi

52
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Ibrahim 'Alaihissalam. Seseorang yang terhasil Fana Ilahi


pada Latifah ini dipanggil Ibrahimi Musyarab.

MENGHASILKAN FANA RUH

Sudah dinyatakan sebelum ini, menurut perjalanan


Tariqat ini, Salik hendaklah bertawajuh kepada maqam
kedudukan Latifah Ruh dan hendaklah bersungguh-
sungguh selalu menyebut Allah Allah sehinggalah
ingatannya terhadap Allah dan zikir tersebut menjadi
teguh sehingga terhasillah Fana pada Latifah Ruh.

MUSAWI MUSHARAB

Sesudah itu, hendaklah Salik itu berzikir pada Latifah


Sirr yang kedudukannya dua jari di atas tetek kiri.
Cahayanya adalah merah dan berada di bawah telapak
kaki dan martabat Hadhrat Nabi Musa 'Alaihissalam.
Pada maqam kedudukan Latifah Sirr, hendaklah Salik
bertawajuh dan berzikir Allah Allah sehinggalah Latifah
Sirr itu hidup dengan Zikrullah. Salik yang berjaya
53
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

mencapai Fana pada maqam kedudukan Latifah Sirr


dipanggil Musawi Mushyarab.

'ISAWI MUSHARAB

Seterusnya Salik akan berzikir pada maqam kedudukan


Latifah Khafi yang kedudukanya di atas tetek kanan.
Cahayanya adalah hitam dan berada dibawah telapak
kaki Hadhrat Nabi Isa 'Alaihissalam. Salik yang berjaya
mencapai Fana Fillah pada Latifah ini dipanggil Isawi
Mushyarab. Pada maqam kedudukan Latifah ini, Salik
hendaklah berzikir seperti yang telah dinyatakan
sehingga Latifah ini hidup dengan Zikir sehingga Fana
Fillah terhasil pada Latifah Khafi ini.

MUHAMMADI MUSHARAB

Seterusnya Salik akan berzikir pada maqam kedudukan


Latifah Akhfa yang tempatnya pada tengah-tengah dada
dan kedudukannya lebih tinggi sedikit daripada Latifah
yang lain. Cahayanya adalah hijau. Latifah Akhfa berada
54
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

di bawah telapak kaki Hadhrat Baginda Nabi


Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Salik yang mencapai Fana Fillah pada Latifah ini
dipanggil Muhammadi Mushyarab. Pada Latifah ini,
Salik hendaklah berzikir seperti yang telah dinyatakan
agar zikir tersebut menjadi teguh dan sebati sehingga
Latifah Akhfa menjadi Fana.

SULTANUL AZKAR

Kemudian dengan sekali gambaran, kelima-lima Lataif


ini hendaklah berzikir sehingga akan sampai waktunya
pada setiap tubuh badannya juga akan berzikir. Itulah
yang dinamakan sebagai Sultanul Azkar.

ZIKIR NAFI ITSBAT DAN KAIFIYATNYA

Selepas melakukan Zikir Sultanul Azkar, hendaklah


dilakukan Zikir Nafi Itsbat. Zikir Nafi Itsbat itu adalah
zikir kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH.

55
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Kaedah melakukan Zikir Nafi Isbat akan dijelaskan


seperti berikut :-

1. Mata hendaklah ditutup.


2. Lidah ditongkatkan di langit-langit.
3. Menyedut nafas dan tahan.
4. Menyebut Kalimah Tayyibah

‫ﻵ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﳏﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬

LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASUL ALLAH

Sebutan di dalam hati dengan secara khayalan hendaklah


digambarkan seperti berikut:-

Menyebut lafaz LA daripada pusat lalu ditarik ke atas,


kemudian apabila menyebut lafaz ILAHA hendaklah
membawanya ke arah bahu kanan dan ketika menyebut
lafaz ILLA ALLAH dengan pukulan yang kuat

56
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

hendaklah dipukul dengan sekuat-kuatnya pada Latifah


Qalb.

Hendaklah berzikir dan sekali tarik nafas. Ketika


melepaskan nafas hendaklah menyebut lafaz
MUHAMMADUR RASULULLAH di dalam hati.
Selepas membuang nafas, hendaklah ditahan kemudian
mengulangi mengucapkan lafaz LA ILAHA ILLA
ALLAH semasa menarik nafas dan mengucapkan lafaz
MUHAMMADUR RASULULLAH SALLALLAHU
'ALAIHI WASALLAM ketika melepaskan nafas.

MENAMBAH BILANGAN ZIKIR

Apabila tariqat zikir ini telah menjadi kukuh dan


berterusan, hendaklah Salik menambah daripada 1
dengan 3 dalam satu nafas dan 3 ketika buang nafas.
Begitulah jumlah bilangan zikir hendalah ditambah
menurut bilangan ganjil seperti 5, 7, 9 dan kemudian 11
sehinggalah kepada 21 dalam satu nafas.

57
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

BAZ GASHT KETIKA LEPAS NAFAS

Ketika kita membuang nafas, hendaklah kita


mengucapkan dengan penuh rasa rendah diri kita
mengucapkan :-

Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi, A'tini


Mahabbataka Wa Ma'rifataka

Yang bererti, “Oh Tuhanku, Engkaulah maksudku dan


keredhaan Engkaulah tuntutanku, Kurniakanlah padaku
Cinta dan Ma'rifat ZatMu”

KESAN ZIKIR NAFI ITSBAT

Sekiranya dalam menahan nafas sambil berzikir, jika


Salik telah mencapai 21, tetapi masih tidak dapat melihat
kesannya, yakni dia tidak mencapai ketenangan hati dan
tidak mendapat Kasyaf Kubur dan pembukaan rahsia-
rahsia, sekiranya perkara-perkara ini tidak terhasil, maka
ketahuilah dan fahamilah bahawa Salik tersebut telah
melanggar syarat-syarat yang dituntut atau ada
kekurangan dalam perlaksanaan Kaifiyat Zikir.

58
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Kemungkinan dia duduk dalam keadaan lupa, maka


itulah dia hendaklah mengulangi lagi Kaifiyat Zikir Nafi
Itsbat. Sekiranya seseorang Salik melakukan zikir
menurut kaedah-kaedahnya, maka sudah pasti natijah-
natijah dan faedah-faedah daripada zikir akan terhasil
padanya seperti ketenangan hati, kasyaf kubur dan
pembukaan rahsia-rahsia.

WUQUF 'ADADI

Dengan kita memerhatikan jumlah bilangan zikir, maka


ini dinamakan sebagai Wuquf Adadi. Salik janganlah
berpuas hati dengan jumlah 21 sahaja, hendaklah dia
meningkatkan lagi sehingga yang seberapa yang boleh
sehingga dia boleh mencapai jumlah 383. Sebanyak
itulah Fadhzal kelebihan daripada Allah dan Allah
memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

59
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

FANA BAQA LATAIF ALAM AMAR DAN KHALAQ

Sekarang kita berbalik kepada perkara yang utama.


Apabila telah tiba ‘Inayat Ilahi dan Latifah-latifah Alam
Amar telah menghasilkan Fana, maka dengan itu
Latifah-latifah itu terhasilnya Baqa. Sesudah mencapai
Fana dan Baqa pada Latifah-latifah ini, Latifah-latifah
Alam Khalaq akan juga mencapai Fana dan Baqa dengan
sendirinya.

MENCAPAI FANA NAFS

Secara khasnya dengan Zikir Nafi Isbat, Latifah Nafs


akan mencapai ketenangan dan Nafs akan
menghindarkan segala-gala keraguan terhadap Allah
dan dia akan mula menuruti segala Hukum-Hukum
Allah dan menerima segala Qadha dan Qadar Allah
kerana segala keinginannya telah mati.

60
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

IMAN HAQIQI

Pada waktu itu, terhasillah Iman yang haqiqi dalam


dirinya. Mafhum ayat Al-Quran, ‘Wahai orang-orang
yang beriman, berimanlah.’ Perkara inilah yang
dimaksudkan dengan segala perbincangan tadi.

MENGUTAMAKAN ZIKRULLAH

Ketahuilah seorang Salik, selagi dia belum mencapai


Fana pada semua Latifah-latifah, dia tidak boleh
menyibukkan diri dengan amalan-amalan yang selain
dari Fardhu, Wajib dan Sunat Mu’akkadah dan juga
tidak perlu mengutamakan Ibadat Nafilah dan Tilawat
Al-Quran kerana Zikrullah adalah lebih berfaedah
daripada Ibadat Nafilah selepas amalan Fardhu dan
Wajib. Tetapi, selepas Salik mencapai Fana dan Baqa,
amalan Nawafil dan Tilawat Al-Quran hendaklah
diperbanyakkan kerana amalan-amalan ini akan
menolong dalam meningkatkan darjat keruhaniannya.

61
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

RABITAH MENGHINDARKAN WAS-WAS

Ketahuilah, ketika berzikir, sekiranya ada was-was dari


syaitan atau sebarang ingatan lain sehingga kita
meninggalkan zikir, maka pada waktu itu juga,
hendaklah dia menggambarkan Murshidnya seolah-olah
dia berada di hadapan kita dan hendaklah bertawajjuh
kepada Murshidnya. Dengan cara ini, akan
mendatangkan faedah yang sempurna.

HIDAYAH MURAQABAH

Jikalau Allah kurniakan dia Hidayat, dengan ingatan


Ilahi, Allah akan mengangkatnya menuju kesempurnaan
dan dengan kesungguhannya yang bertambah, murid
tersebut hendaklah mula melakukan Muraqabah
Sepuluh. Muraqabah ini terbit daripada Muraqabah
Empat. Sesudah itu, Salik hendaklah mula melakukan
perjalanan Suluk ke Daerah-daerah Qaus.

62
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

'URUJ PENJELAJAHAN RUHANI

Ruhaniah kita hendaklah ‘Uruj yakni perjalanan secara


mendaki. Maka sesudah itu, dia akan menjelajah ke
Alam Bayangan Sifat-sifat Allah dan Shuyunat yakni
Pekerjaan dan Urusan Allah. Kemudian dia akan
meningkat kepada Tiga Hakikat :-

1. Hakikat Solat
2. Hakikat Puasa
3. Hakikat Ka’bah

Kemudian dia akan masuk ke dalam Alam Ta’ayin


(Alam yang ditentukan /definite) dan Alam La Ta’ayun
(Alam yang tidak ditentukan/indefinite). Kemudian dia
akan masuk ke Alam Muhabbat Zat dan Alam ‘Ubudiyat
(Alam Kehambaan). Dan dia terus meninggkat sehingga
tiada penghujungnya.

63
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

BATASAN ORANG AWAM

Walaupun dengan huraian-huraian semua Maqam


tersebut, perkara ini adalah terkeluar daripada
kefahaman orang awam. Bahkan, pada kebanyakan
waktu disebabkan mereka tidak faham, mereka
mengingkarinya.

TARIKAN ORANG KHAWAS

Akan tetapi, apabila datangnya pertolongan Allah,


penuntut atau Salik yang berusaha bersungguh-sungguh
dan dia mencapai Fana dan Baqa pada Sepuluh Latifah-
latifah, maka dengan Inayat Ilahi, dia dengan sendirinya
akan ditarik sehingga mencapai tempat yang
dimaksudkan dan pasti akan sampai.

MERUJUK KEPADA MAKTUBAT

Penjelasan secara sempurna dan lengkap ada terkandung


dalam Maktubat Hadhrat Imam Rabbani dan Khazanah
64
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Rahsia iaitu Hadhrat Khawaja Muhammad Ma’asum Al-


Faruqi dan terkandung dalam risalah-risalah mereka dan
risalah-risalah Khalifah mereka. Sesiapa yang
berkehendak, hendaklah merujuk kepada bahan tersebut.
Jikalau merujuk kepada Maktubat Imam Rabbani, dia
akan menemui lautan yang tidak bertepi.

ZIKIR SEPULUH LATIFAH DAN MAQAMAT A'LA

Ketahuilah bahawa Sepuluh Latifah dan Maqamat-


maqamat dan Kashaf dalam Nafi Itsbat meskipun ianya
perkara yang besar dan pada zaman ini, sangat sedikit
insan yang dikurniakan dengan zikir pada Sepuluh
Latifah.

Tetapi jika dibandingkan dengan insan yang mencapai


Maqamat A'la yakni Maqam-maqam yang melebihi
sepuluh latifah-latifah adalah diibaratkan seperti setitik
air dari lautan yang tidak bertepi lagi meliputi.

65
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

KHATIMAH

Adapun langit-langit ini kesemuanya,


Jika dibanding dengan ketinggian 'Arash,
Sangatlah rendahnya namun demikian,
Ia masih jauh lebih tinggi dari tanah.

Pada waktu ini, dengan menurut keperluan masing-


masing, dengan lafaz-lafaz ini, sudahlah mencukupi.
Untuk hal–hal yang selebihnya, maka hendaklah kamu
melapangkan masa dan tinggalkan semuanya.

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menangkap


kami disebabkan kelalaian dan kesalahan kami”.

Doa dan keselamatan terkandung dalam perkara ini.


Risalah in asalnya dalam bahasa Farsi pada tarikh 9
Rabi’ul Awal, Maulud Syarif, 1361H pada waktu
tengahari siap dikaryakan.

66
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

67
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

SYAJARAH TAYYIBAH MUBARAKAH

Ï$! yϑ¡
¡ 9#$ ’ûÎ $γ ã ö ùs ρu M
y ã × /Î $Or $γ
y =è ¹
ô &r πB 7t ‹hÍ Û
s ο; t f t .x πZ 6t ŠhÍ Û
y ± s πZ ϑ
y =Î .x ξ
W Ws Βt !
ª #$ > y ‹ø .x t ?s Ν9s &r
z u ŸÑ #

Apakah tidak kamu perhatikan bagaimana Allah telah


membuat perumpamaan pada kalimah perkataan yang
baik seumpama pohon yang baik dengan akarnya yang
teguh dan cabangnya menjulang ke langit?

Setiap hari sewaktu terbit dan sebelum terbenam


matahari, bacalah "A'uzubillahi Minash-Syaitanir Rajim",
lalu membaca "Bismillahir Rahmanir Rahim" dan "Surah
Al-Fatihah" sekali dan "Surah Al-Ikhlas" sebanyak 3 kali
beserta "Bismillahir Rahmanir Rahim", kemudian
dihadiahkan pahala bacaan tersebut kepada sekelian
Rauhaniyah Para Masyaikh Silsilah ‘Aliyah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah seperti berikut:

"Ya Allah, telah daku hadiahkan seumpama pahala


bacaan Fatihah dan Qul Huwa Allah ini kepada sekelian
Arwah Muqaddasah Masyaikh Akabirin Silsilah 'Aliyah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah."

Seterusnya membaca Syajarah Tayyibah ini pada


kedua-dua waktu pagi dan petang seperti yang tersebut.

68
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

1. Ilahi bihurmati Syafi'il Muznibin Rahmatan lil 'Alamin


Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi
Wa Alihi Wa Ashabihi Wa Baraka Wasallam.

2. Ilahi bihurmati Khalifati Rasulillah Hadhrat Abu Bakar


As-Siddiq Radhiyallahu 'Anhu.

3. Ilahi bihurmati Sahibi Rasulillah Hadhrat Salman Al-


Farisi Radhiyallahu 'Anhu.

4. Ilahi bihurmati Hadhrat Imam Qasim bin Muhammad


bin Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu 'Anhum.

5. Ilahi bihurmati Hadhrat Imam Ja'afar Sadiq


Radhiyallahu 'Anhu.

6. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Abu Yazid Bistami


Rahmatullah 'alaihi.

7. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Abul Hassan


Kharqani Rahmatullah 'alaihi.
69
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

8. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Abu 'Ali Faramadi


Rahmatullah 'alaihi.

9. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Yusof Hamadani


Rahmatullah 'alaihi.

10. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Abdul Khaliq


Ghujduwani Rahmatullah 'alaihi.

11. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Arif Riwagari


Rahmatullah 'alaihi.

12. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir


Faghnawi Rahmatullah 'alaihi.

13. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Azizan 'Ali


Ramitani Rahmatullah 'alaihi.

14. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Muhammad Baba


Sammasi Rahmatullah 'alaih.

15. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal


Rahmatullah 'alaihi.

16. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Khwajagan Shah


Bahauddin Naqshband Rahmatullah 'alaihi.

17. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Alauddin 'Attar


Rahmatullah 'alaihi.

70
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

18. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Ya'qub Carkhi


Rahmatullah 'alaihi.

19. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar


Rahmatullah 'alaihi.

20. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Muhammad Zahid


Rahmatullah 'alaihi.

21. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Darwish


Muhammad Rahmatullah 'alaihi.

22. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Muhammad


Amkangi Rahmatullah 'alaihi.
23. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi
Billah Rahmatullah 'alaihi.

24. Ilahi bihurmati Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf


Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'alaihi.

25. Ilahi bihurmati Hadhrat Qayyum Khwajah


Muhammad Ma'asum Rahmatullah 'alaihi.

26. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Syeikh Saifuddin


Rahmatullah 'alaihi.

27. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Sayyid Nur


Muhammad Budayuni Rahmatullah 'alaihi.

71
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

28. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Mirza


Mazhar Jan Janan Syahid Rahmatullah 'alaihi.

29. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Shah


‘Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'alaihi.

30. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Shah Abu


Sa’id Rahmatullah 'alaihi.

31. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Shah


Ahmad Sa'id Rahmatullah 'alaihi.

32. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Haji Dost


Muhammad Qandahari Rahmatullah 'alaihi.

33. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Haji


Muhammad 'Utsman Damani Rahmatullah 'alaihi.

34. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Haji


Muhammad Sirajuddin Rahmatullah 'alaihi.

35. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana Abu Sa'ad


Ahmad Khan Rahmatullah 'alaihi.

36. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Maulana


Muhammad 'Abdullah Rahmatullah 'alaihi.

37. Ilahi bihurmati Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qiblah


Maulana Khan Muhammad Sahib Mudda Zilluhumul
'Ali.

72
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

38. Ilahi bihurmati Hadhrat Faqir Maulawi Jalalluddin


Ahmad Ar-Rowi 'Afa Allahu 'Anhu.

39. Bar Faqir Haqir, Khak Paey Buzurgan, La Syaik


Miskin ............................................................................ 'Ufiya
'Anhu Par, Raham Farma Wa Mahabbat Wa Ma'arifat Wa
Jami'iyat Zahiri Wa Batini Wa 'Afiyati Darain Wa Bahrahi
Kamil Az Fuyudhzi Wa Barkati In Buzurgan Rozi Ma
Kun.

Robbana Tawaffana Muslimin Wa Alhiqna Bissolihin.

Kepada hamba yang faqir dan hina yang di bawah


telapak kaki Para Masyaikh yang tiada apa-apa lagi
miskin ......................................….……………….……………
semoga di ampunkan, Rahmatilah kami dan
kurniakanlah Kasih Sayang dan Makrifat serta Jam'iyat
Zahir dan Batin serta ‘Afiyat di Dunia dan Akhirat dan
Lautan Kesempurnaan dari Limpahan Faidhz dan
keberkatan Para Masyaikh ini.

Ya Tuhan kami, matikanlah kami sebagai Muslim dan


sertakanlah kami bersama Para Salihin.

73
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

ISTILAHAT MUJADDIDIYAH
'Alim - Seorang yang berilmu

Adab - Tatasusila yang baik

Adam - Nabi pertama di dunia dan bapa sekelian manusia

Ahwal - Hal-hal keadaan yang berubah-ubah

Akhfa - Latifah Muhammadi

Akhlaq - Tingkah laku yang baik serta beradab

Alam Amar - Alam di atas 'Arash

Alam Barzakh - Alam pertengahan antara dua alam

Alam Khalaq - Alam di bawah 'Arash

Alf Tsani - Seribu tahun kedua sesudah Hijrah

Alim - Seorang yang berilmu Agama

Awliya - Para Wali

Bai'ah - Berjanji taat setia

Baqa - Kekal

Baqa Billah - Perasaan sedar dalam ingatan terhadap Allah

Basat - Keadaan kelapangan dalam perjalanan Ruhani

Basirah - Pandangan mata hati

Batin - Bersifat Ruhaniah

Bida'ah - Perkara baru yang direka dalam urusan Agama Islam

74
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Chistiyah - Tariqat Syeikh Muinuddin Chisti

Dawam - Secara berterusan

Fadhal - kelebihan dalam pengurniaanNya

Faidhz - Limpahan Kurnia dari Allah

Fana - Binasa

Fana Fillah - Perasaan binasa diri dalam ingatan terhadap Allah

Hadits - Ucapan Nabi Muhammad s.a.w. yang bersifat baharu

Hal - Keadaan yang berubah-ubah

Haqq - Kebenaran yang hakiki

Hidayah - Petunjuk dari Allah

Iblis - Makhluk pertama yang mengingkari Allah

Ibtidai - Permulaan

Iradah - Kehendak

Isim - Nama

Ismu Zat - Nama Zat iaitu lafaz Allah

Istighfar - Meminta ampun kepada Allah

Istikharah - Meminta petunjuk Allah untuk membuat pilihan

Jazbah - Tarikan dari Allah

Jihri - Secara mengeraskan suara

Kaifiyat - Kaedah dan keadaan perlaksanaan

Kamil - Seorang Insan yang sempurna


75
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Khafi - Tersembunyi

Khalifah - Pengganti dalam urusan Ruhaniah

Khanqah - Zawiyah tempat melatih Para Salik

Khwajagan - Para Akabirin Naqshbandiyah

Khwajah - Syeikh Murshid

Kibir - Merasakan kemuliaan diri lebih besar dari orang lain

Lataif/Latifah - Kehalusan hati-hati sanubari

Mafhum - Sesuatu yang difahami

Mahabbat - Perasaan cinta dan kasih sayang

Majzub - Seorang yang ditarik ke arah Allah

Maktubat - Himpunan surat Imam Rabbani

Maqam - Suatu perhentian Ruhani

Ma'rifat - Pengenalan terhadap Allah

Masyaikh - Para Murshid

Mujaddid - Seorang pembaharu Agama

Mujaddidi - Nisbat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi

Mujahadah - Melawan kehendak Nafsu

Muluk - Kerajaan-kerajaan Allah Ta'ala

Muraqabah - Mengawasi limpahan Faidhz

Murshid - Pembimbing Ruhani

Musyahadah - Penyaksian batin di dalam Diri Ruhani


76
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Nabi - Seorang utusan Allah

Nafi Itsbat - Ucapan Kalimah Tayyibah

Nafs - Latifah Diri pada Alam Khalaq

Nafsani - Yang berkaitan dengan Nafs

Naqshband - Gambaran yang terpahat

Naqshbandiyah - Tariqat Shah Bahauddin Naqshband

Natiq - Yang mampu berkata-kata

Neraka - Tempat orang-orang yang Kafir dan berdosa

Nisbat - Taaluk dan kaitan Ruhaniah

Qabadhz - Keadaan berat dalam perjalanan Ruhani

Qadiriyah - Tariqat Syeikh 'Abdul Qadir Jailani

Qalb - Latifah Adami

Qalbi - Kesemua latifah di dalam dada

Qudsi - Yang bersifat Maha Suci

Rabitah - Ikatan Ruhaniah dengan Syeikh

Rasul - Seorang utusan membawa Risalah Allah

Ridha - Maqam kesempurnaan Ruhani menerima Taqdir Allah

Riyadhah - Latihan keruhanian

Ruh - Latifah Ibrahimi dan Latifah Nuhi

Ruhani - Yang berkaitan dengan Ruh

Sabar - Menahan diri dalam ketaatan


77
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Sahu - Seorang yang sedar dalam Fana

Salam - Kesejahteraan

Salik - Seorang yang berjalan menuju Allah

Selawat - Permohonan Rahmat ke atas Rasulullah

Shauq - Keseronokan Ruhaniah

Sheikh/Syeikh - Seorang pembimbing Ruhani

Silsilah - Rantaian Nisbat sehingga ke Rasulullah

Sirr - Latifah Musawi

Siyar - Perjalanan persiaran Ruhani

Solat - Ibadah yang mengandungi Qiyam, Ruku' dan Sujud

Sufi - Seorang yang mengamalkan Tasawwuf

Suhrawardiyah - Tariqat Syeikh Shihabuddin Suhrawardi

Sukr - Seorang yang mabuk dalam Fana

Suluk - Perjalanan menuju Allah

Sunnah - Cara amalan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

Syaitan - Musuh orang-orang Mukmin

Syajarah - Himpunan nama Para Masyaikh Muqaddasah

Syari'at - Pengamalan Agama Islam yang bersifat zahir

Sya'ir - Susunan kata-kata yang indah dengan maksud

Syirik - Menyekutukan Allah

Syukur - Berterima kasih kepada pemberi nikmat


78
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Tajalli - Penzahiran dan penampakan

Takabbur - Membesarkan diri sendiri

Talqin - Menerima ucapan zikir dari mulut guru.

Tamak - Rakus ingin memiliki sesuatu kepunyaan orang lain

Tariqat - Jalan untuk menuju Allah dengan amalan batin

Tasawwuf - Ilmu penyucian hati dan nafsu

Taslim - Menyerahkah Diri dan Ruhani kepada Allah

Taufiq - Kemampuan untuk mentaati Allah

Tauhid - Mengesakan Allah

Tawajjuh - Menghadapkan pandangan batin ke sesuatu arah

Tayyibah - Yang mengandungi kebaikan

Tazkiyah - Mensucikan Nafs dan segala hawa nafsu

'Ulama - Orang-orang yang berilmu pengetahuan Islam

Wajibul Wujud - Kewujudan yang wajib ada

Wali Allah - Seseorang yang telah mencapai Maqam Wilayat

Wasil - Seseorang yang sampai Kehadhrat Allah

Wasil Billah - Seorang yang sampai kesedarannya beserta Allah

Wilayat - Maqam kewalian

Wusul - Pencapaian Kehadiran Allah

Yad Dasyat - Mengingati Allah secara bersungguh-sungguh

Zakirin - Orang-orang yang selalu berzikrullah


79
Risalah Siyar As-Suluk Fi Syarah Kitab Ibtidai Suluk

Zat - Hakikat bagi sesuatu yang wujud

Zikir - Ingatan terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Zikrullah - Mengingati Allah

80

You might also like