You are on page 1of 18

PANTUN

PUISI TRADISIONAL
PANTUN

 Pantun ialah karangan berangkap yang


menggunakan bahasa-bahasa indah.
 Ia adalah nilai masyarakat Melayu, sebab itu
tidak disebutkan penciptanya.
 Sifat pantun yang sederhana, ringkas dan
mudah menjadikan pantun sebagai puisi
tradisional yang masih kekal dan popular
sehingga kini.
Ciri-ciri Pantun

 Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap


yang sempurna dari segi maknanya.
 Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu
lagi bahagian maksud.
 Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah
pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah
maksud.
 Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah
pembayang dan baris kedua adalah maksud pantun.
 Contoh:
 Pantun Empat Kerat
Pembayang

Pulau Pandan jauh ke tengah, Maksud


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
 Contoh:
 Pantun Dua Kerat Pembayang

Maksud

Gendang gendut tali kecapi,


Kenyang perut suka hati.
 Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
 Bagi pantun dua kerat, rima akhir dalam bentuk ‘aa’ .
 pantun empat kerat, rima akhir dalam bentuk ‘abab’
 Contohnya:

Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)


Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)
 Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5
perkataan.
Contoh:

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

 Setiap baris dalam pantun mempunyai 8 hingga 12 suku


kata.
Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.

Ikan siakap ikan senohong,


Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,


Sudah dibaca harap balas.

Emas perak tembaga suasa,


Malas bergerak tidak merasa.
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Kumbang jarak kumbang jagung,


Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas,


Siapa kemudian kena kemas.

Buah cempedak dalam gantang,


Siapa hendak dia datang.
Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata itik, awak kata ayam,


Sudah kena jentik baru nak diam.
Maksud Pantun

1 Berharap agar rakan sudi membantunya lagi.


2 Orang yang banyak berkata-kata selalu bercakap


bohong.

3 Berharap agar rakan membalas surat yang telah


diterima.

4 Orang yang malas berusaha tidak akan berjaya.



5 Orang yang bijak mudah memahami sesuatu

perkara.

6 Setiap orang mestilah bertanggungjawab atas semua


perkara yang telah dilakukannya.

7 Orang yang terakhir mestilah berkemas.


8 Jika berhajatkan sesuatu, kita mestilah berusaha


untuk mendapatkannya.
9 Penipu dan pencuri dipandang hina

oleh masyarakat.

10 Setelah ditegur barulah tahu


membawa diri.
Aspek-aspek Sastera

Tema

Nasihat tentang amalan baik dalam hidup.


Persoalan

1. Orang yang rajin hidup senang manakala


orang yang malas hidup susah.
2. Orang yang banyak bercakap cenderung
berbohong.
3. Orang yang mencuri dan menipu dibenci
oleh masyarakat.
Bentuk

1. Bilangan rangkap - 10 rangkap.


2. Bilangan baris - 2 baris satu rangkap.
3. Rima akhir - aa
Gaya Bahasa

1. Imej alam  durian


Contoh:
 daun keladi
 ikan  cempedak
 emas  itik
 perak  ayam
 kumbang
2. Unsur bunyi
(a) Asonansi
Emas perak tembaga suasa
(asonansi vokal a)

(b) Aliterasi
Berani buat berani tanggung
(aliterasi konsonan b)

You might also like