KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL 1981

-2006 BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAKIM

1

ISI KANDUNGAN
TAJUK Baja Daripada Tahi Babi Gas Daripada Tahi Babi Penyuntikan Highly Purified Insulin Berpunca Dari Babi Alkohol Menurut Pandangan Islam Gelatin Dalam Ubat Hukum Penyembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) Penggunaan Bulu Babi Masalah Pekerja-pekerja Islam Yang Terlibat Dengan Kerja-kerja Yang Khususnya Untuk Kepentingan Orang-orang Kafir. Minuman Guiness Malta Keluaran Syarikat Guiness Malaysia Berhad Kajian Mengenai Kadar Tumbesaran Dan Pembiakan (Fisiologi) Siput Babi (Achatina Fulica) NO. SLIDE 5 6 7 11 10 10 11 11

12 15 2

Pemeliharaan Babi Bagi Tujuan Kajian Alkohol Dan Kaitanya Dalam Makanan dan Minuman Alkohol Sebagai Penstabil Dalam Minuman Ringan Menurut Islam Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam Penggunaan Ubat Pil Penyakit Jantung Bagi Pesakit-pesakit Yang Sedang Berpuasa Ubat Pelalian Rubella (Imunisasi Rubella) Penyembelihan Ayam Dengan Menggunakan Pelalian µWater Stunner¶ Keju Sebagai Bahan Makanan Penggunaan Agen Aktif Permukaan Dalam Makanan Hukum Menternak Binatang Dua Alam Penggunaan Hormon PSH-P (Otak Babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan Cadangan Penswastaan Unit Makanan Dan Bahan Gunaan Bahagian Hal Ehwal Islam Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam

15 16 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27

28 3

Penggunaan Electrical Stunning Dalam Proses Penyembelihan Lembu Penggunaan Anjing Untuk Mengesan Kiriman Dadah Melalui Pos Bioteknologi Dalam Makanan Dan Minuman Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam Hukum Mengenai Stunning Haiwan Hukum Kaedah Thoracic Sticking Dalam Penyembelihan Haiwan Di Luar Negara Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain) Status Kesucian Ikan Diberi Makanan Tidak Halal Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-jenis Dadah Baru Yang Lain Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

29 30 31 33 34 37 39 40 41 42

4

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 1.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2 12 ± 13 Mei 1981 Bilik Mesyuarat, Majlis Islam Sarawak, Kuching

TAJUK Baja Daripada Tahi Babi

KEPUTUSAN i) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughallazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh. ii) Bahawa Makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal.

5

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 2.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2 12 ± 13 Mei 1981 Bilik Mesyuarat, Majlis Islam Sarawak, Kuching

TAJUK Gas Daripada Tahi Babi

KEPUTUSAN Gas yang diproses daripada tahi babi dengan menggunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci.

6

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 3.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-6 10 Oktober 1983 Bilik Syarahan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

TAJUK Penyuntikan Highly Purified Insulin Berpunca Dari Babi

KEPUTUSAN Hukum menyuntikkan insulin daripada najis mughallazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga hukuman bagi mereka yang menjalankan penyuntikan.

7

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 4.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-7 11 ± 12 April 1984 Bilik Gerakan, Jabatan Kerja Raya, Ipoh, Perak

TAJUK Alkohol Menurut Pandangan Islam (a)

KEPUTUSAN Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses 8 arak adalah halal.

(b)

(c)

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL

TARIKH/TEMPAT

TAJUK

KEPUTUSAN (d) Tapai halal dimakan. (e) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan. (f) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

9

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 5.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-8 24 ± 25 September 1984 Bilik Mesyuarat, Bangunan Berjaya, Kota Kinabalu, Sabah.

TAJUK Gelatin Dalam Ubat

KEPUTUSAN Penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana µdarurat¶. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.

10

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 6.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-7 11 ± 12 April 1984 Bilik Gerakan, Jabatan Kerja Raya, Ipoh, Perak.

TAJUK Hukum Penyembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)

KEPUTUSAN Sembelihan Ahli Kitab yang asliboleh dimakan oleh orang Islam dengan syarat penyembelihannya mengikut kaedah-kaedah sah mengikut syarak.

11

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 7.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-12 21 ± 22 Januari 1985 Tingkat 7, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang

TAJUK Penggunaan Bulu Babi

KEPUTUSAN Penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti samada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan.

12

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 8.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-14 22 ± 23 Oktober 1985 Bilik Mesyuarat Tun Abdul Razak, Tingkat 1, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru

TAJUK Masalah Pekerja-pekerja Islam Yang Terlibat Dengan Kerja-kerja Yang Khususnya Untuk Kepentingan Orang-orang Kafir

KEPUTUSAN Setelah dibincang dengan panjang lebar Mesyuarat telah mengambil keputusan bahawa: (a) Bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor yang menghukumkan haram bagi pekerja-pekerja Islam yang mengangkat dan memindahkan daging-daging babi atau bahan-bahannya daripada kapal-kapal.

13

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL
BIL 9. TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-19 6 ± 7 Oktober 1987 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur. TAJUK Minuman Guiness Malta Keluaran Syarikat Guiness Malaysia Bhd. KEPUTUSAN Muzakarah mengambil perhatian terhadap pandangan-pandangan para ahli kitab seperti berikut: (a) Terdapat satu gerakan melalui cara halus yang cuba mempengaruhi orang-orang Islam dengan perkaraperkara yang sememang dibenci dan dijauhi oleh orang-orang Islam. Tidak lama dahulu minuman Shandy telah dikeluar dengan dakwaan ianya adalah minuman ringan, tetapi setelah dikaji ternyata minuman itu adalah sejenis arak. Setiap umat Islam perlu bersikap curiga dan cemburu terhadap perkara-perkara 14 seumpama ini.

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL
BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK
(b)

KEPUTUSAN
Jawatankuasa Fatwa tidak wajar mengisytiharkan minuman Guiness Malta ini halal walaupun pada hakikatnya minuman ini halal kerana ditakuti akan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat terutamanya golongn remaja dan kanak-kanak. Hal ini adalah disebabkan masyarakat di Malaysia ini mengenali Guiness itu sebagai label kepada minuman keras (stout). Penggunaan nama Guiness, label dan botol yang digunakan pada minuman ini adalah mengelirukan orang ramai. Oleh itu tidak wajar perkataan Guiness itu diletakkan pada nama minuman ini dan label serta botol yang digunakan perlulah diubahsuaikan supaya berbeza dengan Guiness Stout. 15

(c)

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL
BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN
Muzakarah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak pengeluar minuman Guiness Malta mengenai bahan dan cara pembuatannya. Walau bagaimanapun Muzakarah mendapati pihak pengeluar minuman tersebut tidak harus menggunakan apa-apa istilah Islam bagi menarik umat Islam menjadi pelanggan kerana minuman tersebut diproses oleh kilang yang sama dalam memproses dan mengeluarkan minuman yang diharamkan, iaitu Guiness Stout dan disamping jenama dan botol yang digunakan itu boleh mengelirukan dan menimbulkan prasangka buruk di kalangan umat Islam.
16

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 10.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-19 6 ± 7 Oktober 1987 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

TAJUK Kajian Mengenai KadarTumbesaran Dan Pembiakan (Fisiologi) Siput Babi (Achatina Fulica)

KEPUTUSAN Perusahaan menternak siput babi untuk tujuan eksport ke luar negeri sebagai makanan adalah harus.

17

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 11.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-18 25 Februari 1987 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

TAJUK

KEPUTUSAN

Pemeliharaan Muzakarah telah mengambil Babi Bagi Tujuan keputusan bersetuju bahawa Kajian pembiakan babi tidak boleh diperluaskan. Maka pengajian mengenainya seperti di Universiti Putra Malaysia itu adalah tidak sewajarnya wujud dan mestilah mengambil tindakan supaya ditiadakan.

18

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 12.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-19 6 Oktober 1987 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

TAJUK Alkohol Dan Kaitannya Dalam Makanan Dan Minuman

KEPUTUSAN Muzakarah mengambil keputusan bersetuju iaitu tetap berpegang kepada keputusan Muzakarah yang ke-7 pada 11 dan 12 April 1984 mengenai perkara ini seperti berikut: (a)Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
19

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL
BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK
(b)

KEPUTUSAN
Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal. Tapai halal dimakan. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan. Ubat-ubatan dan pewangi yang 20 ada kandungan alkohol adlah harus dan dimaafkan.

(c)

(d) (e)

(f)

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 13.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-22 24 November 1988 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur

TAJUK

KEPUTUSAN

Alkohol Sebagai Kordial yang mengandungi bahan Penstabil Dalam perasa (flavour) yang dimasukkan Minuman Ringan alkohol untuk tujuan penstabilan Menurut Islam adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya: (a) Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak. Bahawa kuantiti alkohol dalam perasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

(b)

21

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 14.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali-22 24 November 1988 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

TAJUK Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam (a)

KEPUTUSAN Bahawa vaksin imunisasi Hepatitis B dihasilkan daripada adalah tidak najis dan (boleh) digunakan tujuan tersebut. untuk yang ragi harus untuk

(b)

Mengesyorkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menggunakan vaksin hasil daripada ragi dalam program imunisasi Hepatitis B yang dijalankan.

22

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 15.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-7 11 ± 12 April 1984 Bilik Gerakan, Jabatan Kerja Raya, Ipoh, Perak

TAJUK Penggunaan Ubat Pil Penyakit Jantung Bagi Pesakit-pesakit Yang Sedang Berpuasa

KEPUTUSAN Jawatankuasa bersetuju dengan pandangan bahawa oleh kerana ubat pil yang digunakan itu tidak masuk melalui rongga anggota, maka penggunaan oleh seorang pesakit jantung yang sedang berpuasa tidaklah batal puasanya dengan syarat diyakini air liurnya tidak masuk melalui rongganya.

23

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 16.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-21 12 September 1988 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

TAJUK Ubat Pelalian Rubella (Imunisasi Rubella)

KEPUTUSAN Bahawa vaksin rubella digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus digunakan suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit rubella.

24

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 17.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-22 24 November 1988 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

TAJUK Penyembelihan Ayam Dengan Menggunakan Pelalian µWater Stunner¶

KEPUTUSAN Penggunaan pelalian Stunner¶ dalam penyembelihan ayam harus. µWater proses adalah

25

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 18.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-26 7 ± 8 Mac 1990 Bilik Mesyuarat Tingkat 11, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Kangar

TAJUK Keju Sebagai Bahan Makanan

KEPUTUSAN Keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhtumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara Islam.

26

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 19.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-26 7 ± 8 Mac 1990 Bilik Mesyuarat, Tingkat 11, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Kangar.

TAJUK Penggunaan Agen Aktif Permukaan Dalam Makanan

KEPUTUSAN Penggunaan Agen Aktif Permukaan di dalam makanan adalah harus dengan syarat sumber agen aktif permukaan tersebut diperolehi daripada tanaman, dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut Islam.

27

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL
BIL 20. TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-26 7 ± 8 Mac 1990 (b) Bilik Mesyuarat, Tingkat 11, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Kangar. Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adlah khilaf ulama¶: (i) Menurut jamhur ulama¶, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam. (ii) Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah 28 harus. TAJUK Hukum Menternak Binatang Dua Alam. (a) KEPUTUSAN Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 21.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-39 21 September 1995 Kota Kinabalu, Sabah.

TAJUK Penggunaan Hormon PSH-P (Otak Babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan. (a)

KEPUTUSAN Hormon PSH-P (Otak Babi) bahan penggalak yang diperolehi dari otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan di dalam bentuk apa juga sekalipun samada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman tersebut berasaskan kepada syubhah. Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada PSHP (Otak Babi) diharamkan bahkan daging dan susunya.
29

(b)

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL

TARIKH/TEMPAT

TAJUK (c)

KEPUTUSAN Pihak yang berkenaan khusunya Jabatan Haiwan di seluruh negara hendaklah memberhentikan serta-merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon PSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.

30

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 23.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-37 23 Mac 1995 Dewan Syura, Tingkat 11, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

TAJUK Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam

KEPUTUSAN Bersetuju menerima kertas tersebut dan meluaskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006% (30-60ppm).

31

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 24.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-22 24 November 1988 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

TAJUK Penggunaan Electrical Stunning Dlam Proses Penyembelihan Lembu

KEPUTUSAN Penggunaan µElectrical Stunning¶ dalam proses penyembelihan lembu adalah harus (boleh).

32

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 25.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-22 24 November 1988 Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

TAJUK Penggunaan Anjing Untuk Mengesan Kiriman Dadah Melalui Pos

KEPUTUSAN Jawatankuasa bersetuju dengan keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertaklid kepada Mazhab Maliki dan menasihatkan kakitangan yang beragama Islam di Jabatan Pos hendaklah memakai sarung tangan ketika bertugas.

33

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL
BIL 26. TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 12 Julai 1999 Dewan Syura, Tingkat 11, Pusat Islam Malaysia TAJUK Bioteknologi Dalam Makanan Dan Minuman (a) KEPUTUSAN Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bioteknologi DNA babi adalah bercanggah dengan syrak dan hukumnya adalah haram. Penggunaan bioteknologi DNA babi dalam pemprosesan barangan, makanan dan minuman belum lagi sampai ke tahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain. Ijtihad ini adalah berpegang kepada kaedah usul fiqh seperti berikut
34

(b)

(c)

(d)

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 27.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-53 27 November 2002 Dewan Syura Aras 9, JAKIM Putrajaya.

TAJUK Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Menigococcal Meningitis Oleh Orang Islam.

KEPUTUSAN Hukum menggunakan vaksin pelalian Meningococcal Meningitis Mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus manakala vaksin pelalian Meningococcal Meningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.

35

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 28.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-70 29 September 2005 Dewan Syura Aras 9, JAKIM Putrajaya.

TAJUK Hukum Menggunakan Stunning Haiwan i.

KEPUTUSAN Kaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt, Pneumatic Captive Bolt dan Non-Penetrative Captive Bolt, (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan. Hanya kaedah Kejutan Electrical (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syaratsyarat berikut:

ii.

36

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL

TARIKH/TEMPAT

TAJUK (a)

KEPUTUSAN Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (Head only stunner) Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan Perlu dikawalselia petugas muslim bertauliah. oleh yang
37

(b)

(c)

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL

TARIKH/TEMPAT

TAJUK iii.

KEPUTUSAN Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat: Kekuatan arus elektrik adalah dkawal supaya tidak mematikan haiwan; dan Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah. Penggunaan dadah dan gas karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksakan atau 38 mematikan haiwan tersebut.

(a)

(b)

iv.

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL

TARIKH/TEMPAT

TAJUK

KEPUTUSAN Muzakarah juga memutuskan supaya keputusan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak yang berurusan dengan pengimportan daging dari luar negara. Hanya daging sembelihan yang memenuhi syarat-syarat sahaja yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

39

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 29.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-70 29 September 2005 Dewan Syura, Aras 9, JAKIM Putrajaya.

TAJUK Hukum Kaedah Thoracic Sticking Dalam Penyembelihan Haiwan Di Luar Negara.

KEPUTUSAN Kaedah Thoracic Sticking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i.Telah berlaku sembelihan sempurna (iaitu telah putus keempat-empat urat Mari¶, halkum dan wadajain); ii.Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna (complete bleeding) atau selepas 30 saat penyembelihan berlaku;
40

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL

TARIKH/TEMPAT

TAJUK

KEPUTUSAN iii. Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah. Muzakarah juga memutuskan supaya keputusan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak yang berurusan dengan pengimportan daging dari luar negara. Hanya daging sembelihan yang memenuhi syarat-syarat tersebut sahaja yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

41

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 30.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-73 4 ± 6 April 2006 Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

TAJUK Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain)

KEPUTUSAN Setelah meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukan oleh ahli-ahli, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa: Haram menggunakan Cuka Wain (Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

42

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 31.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-73 4 ± 6 April 2006 Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

TAJUK Status Kesucian Ikan Diberi Makanan Tidak Halal

KEPUTUSAN Setelah meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa: Ikan yang diperlihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najs atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

43

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL
BIL 32. TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-76 21 ± 23 November 2006 The Legend Hotel, Kuala Lumpur TAJUK Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-jenis Dadah Baru Yang Lain KEPUTUSAN Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan ahliahli Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa: ³Dadah jenis syabu dan dadahdadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybuytric Acid (GHB)´ Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan 44 penggunaannya adalah juga dharamkan.

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL 33.

TARIKH/TEMPAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-76 21 ± 23 November 2006 The Legend Hotel, Kuala Lumpur

TAJUK Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan sabun Tanah Liat

KEPUTUSAN Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan ahliahli Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa: Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.

45

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful