P. 1
Asal-usul Bahasa Melayu

Asal-usul Bahasa Melayu

|Views: 634|Likes:
Published by hafizah_90

More info:

Published by: hafizah_90 on May 04, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/07/2013

pdf

text

original

1.

0 ASAL-USUL BAHASA MELAYU

KONSEP BAHASA MELAYU

Definisi Awal Istilah ³Melayu´

Para penyelidik telah memperoleh bukti penggunaan perkataan Melayu sejak abad kedua lagi. Sekitar tahun 100 -150 Masihi, M. Ptolemy telah menggunakaan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut Gerini, istilah ini diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram iaitu merujuk kepada Pulau Sumatera, yan merupakan tempat asal bahasa Melayu. Selain itu, penggunaan perkataan Mela yu ditemukan juga dalam tulisan Cina yang ditulis antara tahun 644 dan 645 Masihi (pada zaman Dinasti Tang). Tulisan itu menyatakan bahawa orang Mo-lo-yue mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina. Para peny elidik percaya bahawa kerajaan Mio-lo-yue yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi, Sumatera.

Satu lagi tulisan Cina yang menyebut istilah Melayu terdapat pada catatan seorang rahib Buddha yang bernama I -Tsing. Beliau menggunakan perkataan mo lo-yu pada dua buah kerajaan di Sumatera yang dilawatinya kira -kira pada tahun 675 Masihi. Kerajaan-kerajaan itu ialah kerajaan Melayu yang berpangkalan di Sungai Batang dan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang. I -Tsing juga mencatatkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mengajarkan bahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha.

Catatan dalam kesusasteraan Cina juga ada menyatakan bahasa yang digunakan di Nusantara. Menurut pengembara Cina yang singgah di Nusantara, bahasa yang dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa K¶un -lun. Bahasa K¶un-lun itu merujuk kepada bahasa Melayu kuno.

Catatan pengembara Cina ini

membuktikan bahasa Melayu kuno telah

digunakan sebagai bahasa perantaraan atau lingua franca pada zaman kerajaan Sriwijaya. Dalam pada itu, catatan -catatan pengembara Cina juga menyebut bahawa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya.

Seterusnya, perkataan Melayu juga turut ditemukan tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang bertarikh 1286 M ya ng ditemukan di Padang Rocore di Sungai Batanghari, Sumatera Selatan.

Di dalam buku Sejarah Melayu pula, perkataan Melayu dikaitkan dengan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu.

Definisi ³Melayu´ daripada Segi Etimologi

Etimologi bermaksud kajian t entang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.

Zuber

Osman berpendapat bahawa perkataan Melayu berasal daripada

perkataan malay yang merupakan kependekan bagi perkataan hima alaya. Perkataan alaya bermaksud ³tempat´ dan hima alaya memebawa maksud ³tempat bersalji´. Sehubungan dengan itu, pergunungan Himalaya dikatakan sebagai tempat asal orang Melayu.

Pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat, ditemukan perkataan Malayapura yang bermaksud ³kota Melayu´ atau ³kerajaan Melayu´. Dengan itu dikatakan perkataan Melayu mungkin berasal daripada perkataan Malayapura.

Perkataan Melayu juga dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu, yang bermaksud ³mengembara´ atau ³pergi ke mana -mana´. Maksud perkataan mlayu ini dikatakan sesuai dengan orang Melayu yang berpindah dari Yunan menuju ke kawasan selatan, menyeberangi Selat Melaka, dan mendarat di Pulau Sumatera.

Mohd. Dahlan Mansor pula berpendapat bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. Sungai itu dinamakan demikian kerana airnya mengalir dengan amat deras seperti berlari . Menurut Van der Tuk pula, perkataan Melayu itu bererti ³menyeberang´ iaitu merujuk kepada orang melayu yang menyeberang atau men ukar agama HinduBuddha kepada Islam.

Definisi ³Melayu´ Berdasarkan Bangsa

Istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa dapat dilihat dalam dua pengertian yang luas dan pengertian yang sempit. Dalam pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada b angsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Kepulauan Melayu. Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga meliputi kawasan Austronesia yang lain, iaitu kawasan di sebelah timur yang merangkumi keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.

Berdasarkan pengertian yang diberikan oleh UNESCO pada tahun 1972, istilah Melayu digunakan untuk merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

Secara umumnya, pengertian Melayu merujuk kepada bangsa Melayu yang menjadi penutur asli bahasa Melayu. Mereka menduduki kawasan -kawasan seperti seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah dan Sarawak, Brunei, pantai timur Sumatera dan sepanjang pantai Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur, pulau-pulau lain di Kepulauan Melayu seperti Riau,Lingga, Bangka, Natuna, Belitung dan Banda, kawasan selatan Thailand terutama di Pattani, kawasan selatan Filipina seperti daerah Zamboanga di pantai selatan Pulau Midanao, termasuk gugusan pulau Sulu dan Palawan, kawasan Champa di selatan Indo-China, Singapura dan kawasan-kawasan penghijrahan bangsa Melayu di seluruh dunia. Di Malaysia, pengertian istilah Melayu menjadi lebih sempit iaitu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di b awah Perlembagaan Malaysia

Perkara 153, seseorang itu ditakrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan Bahasa Melayu, demikian mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Dengan demikian, sekiranya orang itu murtad atau bertukar kewarganegaraan, maka taraf ³Melayu´ yang disandangnya akan hilang.

SALASILAH BAHASA MELAYU

Salasilah bermaksud ³asal -usul´, ³susur galur´ atau ³keturunan´. Oleh hal yang demikian, salasilah bahasa Melayu merujuk kepada kajian tentang asal -usul atau keturunan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia yang tergolong dalam filum Austris. Filum Austris merupakan salah satu kelompok bahasa induk di dunia. Filum ini menguasai hampir separuh benua Asia dan terdiri daripada tiga rumpu n bahasa iaitu bahasa Austronesia yang terdiri daripada bahasa Khasi (di Annam), Nicobar, Mon atau Peguan, Khmer dan Munda, bahasa Cina -Tibet yang terdiri daripada bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam, Annam dan lain -lain, bahasa Austronesia yang terdiri daripa da bahasa di Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.

Istilah Austronesia terhasil daripada kata bahasa Latin austro yang bermaksud ³pulau´. Oleh hal yang demikian, bahasa Austronesia membawa maksud ³bahasa-bahasa di pulau-pulau selatan´. Sebelum adanya istilah Austronesia, istilah yang digunakan ialah Melayu -Polinesia. Ada kalanya pengkaji yang membahagikan rumpun Austronesia daripada rumpun Austronesia Barat dan rumpun Austronesia Timur. Sesetengah pengkaji menamakan rumpun Austronesia Barat seb agai bahasa Hesperanesia manakala rumpun Austronesia Timur sebagai bahasa -bahasa Ocenesia . Rumpun Austronesia Barat melahirkan keluarga bahasa Nusantara atau bahasa Indonesia. Keluarga bahasa ini dapat dibahagikan lagi kepada bahas subkeluarga bahasa Indo nesia Pusat dan subkeluarga Filipina -Formosa.

Kelompok Indonesia Pusat terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa -bahasa bumiputera di Sarawak (kecuali bahasa Bisaya), bahasa -bahasa di Kalimantan, dan bahasa-bahasa di Kepulauan Indonesia.

Kelompok Filipina-Formosa pula terdiri daripada bahasa -bahasa di Filipina, bahasa bumiputera di Sabah, dan bahasa di Brunei (kecuali bahasa Melayu dan bahasa Lun Dayeh).

Secara umumnya, keluarga Nusantara atau Indonesia merupakan keluarga kelompok bahasa yang terbesar deng an kawasannya meliputi Formosa di utara, Maluku di timur ,Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di barat.

Rumpun Austronesia Timur melahirkan tiga keluarga bahasa iaitu keluarga bahasa Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Bahasa ±bahasa yang termasuk dalam keluarga bahasa Melanesia ialah bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia, Irian, New Guinea dan Halmahera. Keluarga bahasa Polinesia merangkumi bahasa bahasa Hawaii, Tonga, Moari dan Kepulauan Easter.

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusant ara. Bahasa Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu antara 200 -300 bahasa. Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa -bahasa tersebut dan termasuk dalam subkeluarga Indonesia Pusat. Dalam subkeluarga Indonesia Pusat itu, bahasa Melayu termasuk dalam golongan bahasa Sumatera, bersama sama dengan bahasa Batak, Aceh, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut. Daripada segi perkembangan bahasa Melayu moden yang digunakan pada masa ini merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu k lasik. Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno manakala bahasa Melayu kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba.

Walau bagaimanapun, anggapan itu tidak disetujui oleh Asmah Haji Omar. Menurut beliau bahasa Melayu moden berasal da ripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu klasik berasal daripada bahasa Melayu induk, bukan bahasa Melayu kuno. Kewujudan bahasa Melayu induk disebabkan terdapat perbezaan yang amat

ketara anatara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik dan bah asa Melayu moden.

Hal ini dapat disimpulkan bahawa bahasa Melayu moden pada masa ini berasal daripada bahasa Melayu purba, iaitu bentuk bahasa Melayu yang paling awal. Bahasa Melayu purba ini dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Bahasa Melayu purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

Namun, dengan pengaruh budaya Hindu yang dibawa oleh para pedagang dan penyebar agama Hindu, kemudian, bahasa Melayu purba akhirnya berkembang menjadi bahasa Melayu kuno dalam bentuk tulisan.

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal usul bangsa Melayu iaitu kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara.

Kawasan Asia Tengah

Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan ber pindah dari utara ke selatan. Mereka dikatakan berasal dari kawasan selatan China. Tempat -tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China. Penghijrahan mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro. Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara kira -kira pada tahun 2500 S.M.

Peradaban orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negrito yang sudah sedia ada di Nusantara. Orang Melayu Proto dikatakan hidup berpindah-randah. Namun demikian, mereka pandai membuat alat bercucuk tanam, barangan pecah-belah dan alat perhiasan. Zaman mereka ini dikenal sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru dan mereka membuat alat-alat daripada batu.

Hipotesis penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula -mula dikemukakan oleh P.Sarasin dan F. Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini kemudiannya diperkukuh oleh Geldern (seorang ahli prasejarah dan professor di Institut Pengajian Asia, Iran pada tahun 1932.

Melalui kajian yang dibuatnya terhadap beliung -beliung batu bersegi panjang, Geldern mendapati bahawa kapak -kapak yang diperbuat dripada batu yang terdapat di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawadi, Sungai Salween, S ungai Yangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain di kawasan Nusantara. Dengan demikian, Geldern membuat kesimpulan bahawa beliung-beliung batu yang dijumpai di Nusantara itu telah dibawa oleh orang -orang Asia Tengah ke Kepulau an Melayu. Penghijrahan Kumpulan Melayu deutro pula dikatakan berlaku kira -kira pada tahun 1500 S.M. Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan, di selatan China. Mereka memiliki tamadun yang lebih maju daripada Melayu Proto. Zaman mereka dikenal sebagai Zaman Logam dan mereka membuat alat perburuan dan pertanian daripada besi. Selain itu, Melayu Deutro pandai dalam bidang astronomi dan pelayaran. Mereka seluruh Kepulaun Melayu. hidup di tepi pantai dan kemudian tersebar hampir ke

Kedatangan Melayu Deutro telah menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman, iaitu di kawasan hutan dan pergunungan. Hal ini sesuai dengan cara hidup mereka yang suka berpindah -randah. Kumpulan Melayu Proto inilah yang menjadi nenek moyang kepada orang Asli sep erti Semang, Jakun, Senoi dan sebagainya.

Kumpulan Melayu Deutro pula menetap di pesisir pantai dan hidup sebagai nelayan. Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengan sungai dan lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian dan memburu binatang. Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat. Mereka berlayar ke pulau pulau di seluruh Kepualuan Melayu yang akhirnya berkembang menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang.

Selain daripada Geldern, terdapat beberapa orng ahli budaya yang turut berpendapat bahawa orang Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Antara mereka termasuklah J.R. Logan yang membuat kajian berdasarkan adat -resam suku bangsa di Asia. Beliau mendapati bahawa wujud persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma (Myammar). Persamaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.

Ahli-ahli budaya lain seperti G.K. Nieman dan R.M. Clark juga membuat kajian tentang adat resam dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Hipotesis pertama ini turut disokong oleh seorang sarjana Melayu, iaitu Asmah Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana dari Indonesia. Asmah Haji Omar berpendapat bahawa penghijrahan orang Melayu dari

daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama. Menurut beliau, ada yang melalui daratan melintasi Tanah

Semenanjung Malaysia, ada yang melalui daratan melintasi Tanah Semenanjung Malaysia, ada yang melalui Lautan Hindi, dan ada pula yang melalui Laut China Selatan. Slametmuljana pula membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa dan berpendapat bahawa bahasa Austronesia yang didalamnya termasuk bahasa Melayu adalah dari daratan Asia. Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan. Salah satunya berkaitan dengan tarikh berlakunya penghijrahan. Tarikh penghijrahan Melayu Proto dan Melayu deutro bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah wujud di Kepulauan Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.

Malah, kalau diteliti daripada segi warna kulit, bangsa Melayu yang berkulit coklat yang tinggal di Thailand selatan, Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina selatan, dan Singapura memang berbeza daripada bangsa di Asia Tengah, baik bangsa Cina di sebelah timur mahupun bangsa India di sebelah barat yang berkulit cerah. Mereka bukan sahaja berbeza daripada segi kulit, bentuk, dan angg ota badan tetapi juga daripada segi bahasa dan kebudayaan.

Selain itu, bukti beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga meragukan. Artifak ini sebenarnya bukan sahaja ditemui di Asia Tengah dan Nusantara, tetapi juga di Amerika dan Eropah. Artifak in i sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia. Apatah lagi secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia Tengah ke Nusantara. Sekiranya beliau memulakan kajian dari Nusantara ke Asia Tengah, mungkin beliau akan menghasilkan kesimpulan bahawa bangsa di Asia Tengah itu berasal dari Nusantara.

Seterusnya, kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa Melayu berasal daripada bahasa di Asia Tengah. Kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa Melayu berasal daripad a rumpun Austronesia, bukan daripada rumpun Cina-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Tibet, Siam, Miao, Yiu dan Burma.
Kawasan Nusantara

Hipotesisi ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Para pengkaji yang mendukung hi potesis ini mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Austronesia, iaitu rumpun bahasa yang menurunkan bahasa Melayu. Antaranya termasuklah Sumatera, Jawa, Formosa, Melanesia, New Guinea dan Filipina. Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang menjelaskan dakwaan mereka.

Bukti yang pertama dapat dilihat daripada segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia. Hasil daripada penyelidikan perbandingan bahasa yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa bahasa -bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk kepada bahasa bahasa tersebut ialah bahasa Austronesia.

Kajian C.A. Mees mendapati bahawa bahasa -bahasa daripada rumpun Austronesia mempunyai persamaan yang banyak daripada segi perkataan, sistem imbuhan, dan susunan tatabahasa. Sebagai contohnya, kata -kata seperti mata, lima, dan telinga sering timbul dalam bahasa -bahasa tersebut.

Penututr bahasa daripada rumpun Austronesia itu dipercayai berpusat di pesisir pantai yang strategik di Kepulauan Melayu. Dar i situlah mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Kajian William Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesi a yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia. Keakrabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang bangsa Austronesia adalah di Indonesia danFilipina.

Seterusnya, kajian kebudayaan juga dapat membuktikan bahawa asal-usul bahasa Melayu adalah dari kawasan Nusantara. Sehubungan dengan itu, seorang sarjana Inggeris bernama John Crawfurd membuat kajian perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Po linesia. Hasil daripada kajian beliau menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas.

Menurut Crawfurd, untuk mencapai taraf kebudayaan yang menonjol itu, kedua-dua budaya itu tentu telah mengalami perkembangan beberapa abad sebelum itu. Berasaskan anggapan ini, beliau membuat kesimpulan bahawa tempat asal usul orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa. Dengan kata lain, bahasa Melayu di Sumatera dan bahasa Jawa (di Pulau Jawa) merupakan bahasa induk kepada bahasa-bahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu. Hipotesis kedua ini juga di sokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil manusia di Nusantara menunjukkan bahawa manusia telah lama mendiami Kepulaaun Melayu. Sebagai buktinya, fosil manusia yang ditemukan menunjukkan bahawa Manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu.

Selanjutnya, kajian terhadap tengkorak manusia menunjukkan bahawa usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yang ditemukan di Asia Tengah. Hal ini terbukti dengan penemuan dua tengkorak di Jawa, iaitu Pithecanthropus Mojokerta dan Pithecanthropus Trinil yang masing -

masing berusia kira -kira 670 000 tahun dan 600 000 tahun berbanding d engan Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) yang ditemukan di China hanya berusia kira-kira 550 000 tahun. Kesimpulannya, nenek moyang bangsa Austronesia dan Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di Nusantara.

Bukti lain ynag menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal di Nusantara juga dapat diselidiki dari sudut geografi.Dari Zaman Pilosen hingga Zaman Pleistosen, Nusantara dan Australia dikatakan terdiri daripada dua buah daratan luas yang telah dihun i manusia. Daratan Nusantara dikenali sebagai Pentas Sunda manakala daratan Australia dinamai Pentas Sahul. Kedua -dua

daratan yang besar ini kemudian berpecah kepada pulau -pulau yang besar dan kecil akibat daripada pencairan gleiser. Pencairan gleiser men yebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau, sama ada pulau yang besar atau kecil. Pentas Sunda berpecah kepada Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia manakala Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea.

Pemisahan antara satu daratan dengan daratan lain ini menyebabkan manusia tinggal di situ berpindah dari satu daratan ke satu daratan yang lain. Daripada huraian ini, dapat disimpulkan bahawa perpindahan manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk asal di Nusantara berpindah disebabkan proses geografi. Justeru, orang Melayu pada asalnya memang penduduk di Nusantara, bukan berhijrah dari Asia Tengah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->