You are on page 1of 5

5.

0 FUNGSI-FUNGSI ALAT ARTIKULASI DAN KEDUDUKAN DAERAHNYA

Tiga jenis alat artikulasi.

1) Alat bahagian dalam tubuh’


2) Alat artikulasi
3) Daerah artikulasi

Alat-alat bahagian dalam tubuh

Bahagian dalam tubuh adalah bahagian yang memulakan sesuatu gerakan udara
seperti paru-paru, trakea, kotak suara, pita suara, epiglottis dan farinks.

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok


RAJAH 1: ALAT-ALAT DALAM BAHAGIAN TUBUH

Paru-paru adalah bahagian yang bertanggungjawab menyedut udara dan


mengepam udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi bahasa.Kebanyakkan
bunyi yang dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-
paru. Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung pada proses pengembangan dan
penguncupan paru-paru. Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang disedut
masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak seperti semasa kita bernafas
biasa.

Trakea adalah saluran udara di antara larinks dan paru-paru. Alat seperti pipa
ini membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk paru-paru, dan
keluar kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang imanipulasi oleh alat
dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi.

Larinks pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu yang dinamakan pita
suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara.

Pita suara ini terdiri daripada dua keeping tisu nipis yang dipanggil pita suara.
Dua keping pita suara ini dapat dirapatkan menjadi tertutup rapat dan direnggangkan
menjadi terbuka luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan
keluar menghasilkan bunyi seperti apabilak ita melafazkan bunyi awal kata habis
dalam bahasa Melayuu. Manakala apabila dirapatkan hingga tertutup, iaitu sehingga
tisu pita suara ini menyentuh satu sama lain, maka udara melaluinya menyebabkan
ianya bergetar. Inilah yang menghasilkan bunyi yang dinamakan bersuara. Tinggi
rendah kelangsingan bergantung pada bagaimana pita suara diubah suai. Ruang di
antara pita-pita suara ini dinamakan glottis. Di kawasan inilah terhasilnya bunyi
hentian glottis.

Kotak suara, pita suara terletak di dalam kotak suara ini. Kotak suara ini terdiri
daripada beberapa keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini
dikenali sebagai halkum. Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu
fungsi biologinya dan fungsi bahasa. Fungsi biologinya dalah bagi melindungi paru-
paru dengan menahan butir-butir makanan dan juga cecair daripada memasuki
trakea. Sementara fungsi bahasa, pula ia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
mengikut kedudukan posisinya yang diubah suai.

Epiglotis pula ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu
masuk ke larinks. Semasa makan atau minum, epiglotis berfungsi sebagai penutup
kepada masuknya makanan dan minuman ke trakea. Epiglotis tidak mempunyai
fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan laluanm kepada udara
melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain.

Farinks ialah pipa yang membentuk kerongkong yang menghubungkan


larinks dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak dan rongga hidung.

Esofagus bukanlah alat yang terlibat dalam artikulasi. Ia adalah saluran yang
membawa makanan dari mulut ke usus.

Alat-alat artikulasi

Alat artikulasi adalah alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi. Alat-alat
ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi,
batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat ini terbahagi kepada
dua, iaitu aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan
manakala pasif pula adalah sebaliknya. Alat artikulasi aktif adalah lidah, bibir,
lelangit lembut dan gigi bawah.

Lidah adalah alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah
terbahagu kepada hujung lidah, depan lidah dan belakang lidah. Hujung lidah boleh
digerakkan ke depan dank e belakang bagi menghasilkan bunyi, depan lidah pula
boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras dan belakang lidah (atau akar lidah)
boleh diangkat menyentuh lelangit lembut.

Bibir, kedua-dua bibir boleh digerakkan menyentuh antara satu sama lain,
atau bibir atas menyentuh gigi bawah dan sebaliknya bagi menghasilkan bunyi.
Gigi, gigi bawah boleh digerakkan ke atas bagi menyentuh bibir atas.
Lelangit lembut, boleh digerakkan ke bawah bagi menyentuh belakang lidah dan ini
dapat menghasilkan bunyi sengau.

Alat artikulasi pasif adalah gigi atas dan lelangit keras. Gigi atas, tidaklah
boleh digerakkan. Oleh sebab itu, ia dipanggil alat pasif, yakni alat lain
menyentuhnya. Lelangit keras, adalah juga alat pasif. Ia boleh disentuh oleh alat
artikulasi aktif seperti depan lidah.

Daerah Artikulasi

Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa


menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila
daerah sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa
yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi ynag berlainan.

Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu


bunyi itu dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi
tersebut. Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi
dan lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang
dihasilkan adalah bunyi [ t ]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tak bersuara
kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepas secara serta-merta dengan
tidak menggetarkan pita suara. Dalam hal ini pita suara bergetar maka bunyi yang
dirujuk itu dikatakan bersuara sebaliknya pula jika tidak bergetar, maka bunyi ynag
dihasilkan itu dinamakan sebagai tak bersuara.

Ujian boleh dilakukan bagi menentukan sesuatu bunyi itu bersuara ataupun
tidak dengan meletakkan jari pada halkum atau larinks. Apabila pada masa
menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku, maka bunyi tersebut
diklasifikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan
ialah meletakkan jari di dalam telinga. Kemudian lafazkan bunyi bersuara, maka
yang akan kedengaran nanti adalah bunyi berdesir atau dalam bahasa Inggeris
dikatakan hissing dan buzzing. Ini menunjukkan pita suara sedang bergetar.
RAJAH 2: ALAT-ALAT SERTA DAERAH ARTIKULASI

Pelabelan Bunyi Bahasa

Kesemua alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi


vokal, konsonan dan diftonmg yang dilabelkan mengikut alat dan daerah
pengeluaran yang terlibat. Untuk konsonan, keadaan pita suara juga memainkan
peranan yang penting kearana klasifikasi bersuara dan tak bersuara akan diambil
kira. Selain itu, cirri penting bunyi konsonan adalah lafaznya yang berbeza-beza
akibat sekatan yang berlaku semasa melafazkannya. Pengklasifikasian seperti ini
tidak berlaku untuk bunyi vokal kerana kesemua bunyi vokal adalah bersuara dan
tiada sekatan pengaliran udara berlaku semasa lafaz.

You might also like