You are on page 1of 121

PENGANTAR MORFOLOGI:

GOLONGAN KATA DAN AKRONIM

Disediakan Oleh:

Muhammad Adib Bin Misslani

Aminnulhakim Bin Abdul Isa

Ahmad Amsyar Bin Abdullah

Pusparajan A/L Thiagarajan


KA AS
TA H
NA AK
MA N AM
A
A M KAT

KATA
NAMA
KAT
AMA A
TER NAM
TI N B IT A
A N AN
A G
T
KA
KATA NAMA AM

 Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan


nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan
sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat,benda,dan sebagainya secara umum seperti dalam
contoh dibawah

 Orang: Ayah, Polis, Perempuan Dll


 Haiwan: Ayam, Itik, Buaya Dll.
 Benda: Televisyen, Komputer, Bank Dll.
 Tempat: Stadium, Jalan Raya, Pulau Dll.
 Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu KONKRIT DAN
ABSTRAK.
 Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat
dipegang, dirasa atau dilihat.
 Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya
dibayangkan atau dikhayalkan.
 Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan
kata terbitan.
Contoh: senyum - senyuman
 Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan
pada awal ayat.
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya
digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama
ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa

KATA NAMA KHAS

Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama


binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama
tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut
sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh
perkataan ditunjukkan seperti di bawah

Benda : Sri Aman, Volvo, Parker 45,


Hikayat Hang Tuah, Dll
Orang : Cik Rafidah, Inspektor Azman,
Dr. Long Dll
Binatang : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
Tempat : Kampung Bahru, Shah Alam,
Kuala Lumpur Dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas


ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
KATA GANTI
KATA GANTI TAK TENTU
DIRI

KATA GANTI
NAMA KATA GANTI
TEMPAT
KATA GANTI
TANYA
KATA GANTI
NAMA
TUNJUK
Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk
mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti
nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk
bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk
bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
1) KATA GANTI DIRI PERTAMA
Saya, Beta, Aku, Patik, Kami, Kita

KATA GANTI
DIRI

2) KATA GANTI DIRI KEDUA


Awak, Engkau, Kamu, Anda, Saudara,
Saudari, Tuan Hamba
3) KATA GANTI DIRI KETIGA
Ia, Dia, Beliau, Mereka, Baginda,
-Nya
KATA GANTI TAK TENTU

Kata ganti tak tentu menunjukkan


sesuatu atau seorang secara tidak tentu.
Contoh: apa-apa, mana-mana, siapa-
siapa, dan bila-bila
KATA GANTI
NAMA TEMPAT

Kata ganti nama tempat digunakan untuk


menggantikan nama sesuatu tempat.

Contoh: sana, sini, dan situ.


KATA GANTI NAMA TUNJUK

Kata ganti nama tunjuk digunakan


untuk menunjukkan tempat atau cara.

Contoh: ini, itu, begini, dan begitu.


KATA GANTI TANYA

Kata ganti tanya digunakan untuk


membentuk ayat tanya.

Contoh: apa, berapa, siapa, dan


seumpamanya.
KATA NAMA TERBITAN

Kata Nama menerima empat jenis imbuhan;


awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan
awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata
akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya.
Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan
imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan
sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
AWALAN
 Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata
bilangan tingkat dan kata nama.

 Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan
ini.

 Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-".

 Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk


perkataan yang tepat.

 Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:

 Penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada


maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi
maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan
membawa erti-erti berikut:

• Orang Yang Membuat : Penulis, Pencipta, Pentadbir


• Sesuatu Yang Menyebabkan Jadi : Pengasih, Pemanis,
Pendingin
• Orang Yang Selalu Atau Suka : Penidur, Pemalas, Perokok
• Orang Yang Mempunyai Sifat : Pemalu, Pemurah,
Pembengis
• Milik Sifat Seseorang : Pemuda, Pembesar
• Ukuran Bagi Waktu Atau Tempat : Pemeluk, Penanak,
Pelaung
• Hasil Atau Kesan Daripada Sesuatu : Penyakit, Pendapat
• Awalan "Pe(n)-" Berubah Bentuk Mengikut Fonem
Pertama Dalam Kata Dasar:
• Awalan "pe(n)-" berubah bentuk mengikut fonem pertama
dalam kata dasar:
• Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan
perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut
sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji.
Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan
(kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan
seperti penggosok disebut peng-go-sok.
• Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan
"me(n)-" untuk kata kerja
pe-
 Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam
"pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya.

 Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya


boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:

 Pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta

 Penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah,


pesakit
“PER”

Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk


mengimbuhkan kata dasar yang sering
dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan
awalan “ber-".
AKHIRAN

• Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama


yang memberi maksud tertentu kepada
perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan
membawa erti-erti berikut.
• Benda, bahan yang dilakukan kata dasar:
kiriman, makanan
• Hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
• Tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan
• Benda kata dasar yang besar atau luas: lautan
APITAN

ke-…-an
• Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa
erti-erti berikut:
hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan keadaan yang
disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan

pe(n)-…-an

• Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud


tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa
erti-erti berikut:
• Perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
• Hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
• Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)" untuk
kata kerja.
per-…-an

Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang


memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
•Perbuatan: pertandingan, pergeseran
•Tempat: perumahan, perkuburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan
imbuhan “ber" untuk kata kerja.
SISIPAN

Sesetengah kata dasar boleh diubah atau


diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan
sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-".

Contoh: tapak → telapak; kuning →


kemuning.
Kata Kerja
Pendahuluan Penggolongan Kata
Kerja

Kata Kerja

Pembentukan Kata
Kerja
Pendahuluan

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti


bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.
Terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai
beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek,
pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.
Penggolongan Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Kerja Aktif Kata Kerja Pasif


Kata Kerja Aktif
• Kata Kerja Yang Hadir Dalam Ayat Aktif, Iaitu Ayat Yang
Mengutamakan Subjek Asal Sebagai Judul Atau Yang
Diterangkan.
• Terbahagi Kepada Dua Jenis, Iaitu:
i. Kata Kerja Aktif Tak Transitif
ii. Kata Kerja Aktif Transitif
KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF

• Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang


tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya.

• Terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu:


i. Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.
ii. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.
KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF TANPA
PELENGKAP

• Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata


kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.
• Contoh ayat:
i. Semua orang pulang.
ii. Adik saya masih tidur.
• Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur
keterangan, yang berfungsi memberikan maklumat
tambahan.
• Contoh ayat:
i. Semua orang pulang pada waktu petang.
ii. Adik saya masih tidur di serambi.
• Contoh-contoh lain kata kerja aktif tak transitif tanpa
pelengkap ialah:

menangis pergi
duduk kembali
menyanyi bersembahyang
berdoa bangun
hinggap memutih
tumbuh berdiri
runtuh berjalan
memberontak tercengang
KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP
1. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata
kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.

2. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang


mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.

3. Contoh ayat:
i. Keadaan bapanya beransur baik.
ii. Mereka tinggal di Kampung Paya.
• Kata adjektif sebagai pelengkap :
Lukanya beransur baik.
Suasana dalam mesyuarat itu menjadi tegang.

• Frasa sendi nama sebagai pelengkap :


Keluarga encik ali berasal dari pahang.
Mereka menetap di kampung ini.

• Kata nama sebagai pelengkap :


Ali menjadi guru sandaran.
Pak samad ada sawah di kampung.
KATA KERJA AKTIF TRANSITIF
• Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
• Contoh ayat :
i. Saya telah menjawab surat itu.
ii. Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya.
• Contoh-contoh lain kata kerja aktif transitif :
Menendang bola Menghulurkan tali
Membuka pintu menjaga keamanan
Mengayuh basikal mengeksport getah
Merujuk surat tuan memulihara alam sekitar
KATA KERJA PASIF
• Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses
transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat
pasif.

• Contoh ayat :
i. Surat itu telah saya jawab.
ii. Tugasnya tidak diabaikan oleh pegawai itu.
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Transitif
(Ayat Aktif) (ayat pasif)

mengaturkan diaturkan
membelah dibelah
mencampakkan dicampakkan
mendenda didenda
mengekori saya ekori
menggaulkan kami gaulkan
mengharungi anda harungi
menjahit kujahit
PEMBENTUKAN KATA KERJA
• Kata kerja dalam bahasa melayu terdiri daripada empat
bentuk, iaitu :

i. Kata kerja tunggal


ii. Kata kerja terbitan
iii. Kata kerja majmuk
iv. Kata kerja ganda
KATA KERJA TUNGGAL
• Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa
imbuhan.
• Kata kerja jenis ini tidak sebanyak kata kerja yang
terbentuk dengan imbuhan dan boleh hadir sebagai
predikat tanpa imbuhan.
• Kebanyakkan kata kerja demikian bersifat tak transitif.
• Contoh :

Ada Ikut
Balik Jaga
Pulang Keluar
KATA KERJA TERBITAN

• Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada


proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-
perkataan terbitan.
meN- beR-

Awalan kata teR-


dipeR- kerja

di-
mempeR-
Bentuk awalan meN-
• meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar
yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, r, l, w, dan y.
• Contohnya:
Masak - memasak
Nanti - menanti
Nyala - menyala
Rayu - merayu
Lawan - melawan
Wangi - mewangi
Yakin - meyakinkan
• Termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula
dengan huruf p, t, k, dan s.
• Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk
sengau yang sama daerah artikulasinya (homorganik), iaitu
m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s.
• Contoh :
– Pesan - memesan
– Tari - menari
– Karang - mengarang
– Sinar - menyinar
• meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar
yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman
yang bermula dengan huruf f, p, dan v dan gugus
konsonan yang bermula dengan huruf b dan p . Contoh:

beri - memberi
bantu - membantu
bilas - membilas
• Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf
pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata
asalnya ialah:
Veto - memveto
Fatwa - memfatwakan
Proses - memproses
Plagiat - memplagiat
Brek - membrek

• Terdapat beberapa perkataan yang bermula degan


huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggap
kecualian. Contohnya :
Pelopor - mempelopori
Pelawa - mempelawa
• Men- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar
yang bermula dengan huruf d, c, j, sy, dan z, serta
perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s
dan perkataan pinjaman yang mengandungi gugus
konsonan yang juga bermula dengan huruf t dan s.
Contohnya :
Deru - menderu
Cuci - mencuci
Jemur - menjemur
Syarat - mensyaratkan
Zalim - menzalimi
Tadbir - mentadbir
Swasta - menswastakan
• Men- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata
dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh, dan h (bunyi
konsonan) dan a, e, i, o, dan u (bunyi vokal). Seperti peng-,
meng- juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata
dasarnya bermula dengan hururf k, termasuk gugus
konsonan yang bermula dengan huruf k. Contohnya:
Gali - menggali
Ghairah - mengghairahkan
Khayal - mengkhayalkan
Hantar - menghantar
Ambil - mengambil
Ejek - mengejek
Ikut - mengikut
Olah - mengolah
Ulang - mengulang
• Awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada
kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan
melayu mahupun kata pinjaman, contohnya :
Cat - mengecat
Bom - mengebom
Had - mengehadkan
• Kecualian timbul pada kata pinjaman yang bermula
dengan gugus konsonan, iaitu awalan meng- tidak
berubah menjadi menge-, contoh :
Stor - menstor
Brek - membrek
Klip - mengklip
JENIS KATA KERJA BERAWALAN MEN-

•Kata kerja aktif transitif tanpa akhiran


•Kata kerja aktif transitif berakhiran
•Kata kerja aktif tak transitif
Bentuk Awalan beR-

• Perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja


yang bersifat tak transitif, sama ada memerlukan
pelengkap atau tidak memerlukan pelengkap
• Pada dasarnya, terdapat satu bentuk awalan ber-, yakni
ber-, yang digabungkan dengan semua kata dasar.
Contohnya :
Angkat - berangkat
Ikut - berikut
Ekor - berekor
Nyanyi - bernyanyi
• Apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah
menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi.
Contohnya :
Ber + rasa - berasa
Ber + renang - berenang
Ber + raja - beraja
Ber + rendam - berendam

Jenis kata kerja berawalan ber-

• Tak transitif tanpa pelengkap.


• Tak transitif berpelengkap.
Bentuk Awalan teR-
• Pada dasarnya terdapat satu bentuk awalan ter-, iaitu
ter- yang digabungkan dengan semua kata dasar,
contohnya :
Ikat - terikat
Ambil - terambil
Bubuh - terbubuh
Warta - terwarta

Jenis kata kerja awalan teR-


• Kata kerja aktif
• Kata kerja pasif
Bentuk Awalan di-

• Awalan di- sebagai pembentuk kata kerja pasif


mempunyai hanya satu bentuk, iaitu di-, contohnya:

Sapu - disapu
Tulis - ditulis
Pukul - dipukul
Baca - dibaca
Jenis kata kerja berawalan di-

• Kata kerja yang dibentuk dengan awalan di- ialah kata


kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang
ketiga. Contoh :

Tulis - ditulis
Panjat - dipanjat
Gulai - digulai
Hukum - dihukum
Bentuk Awalan memper-
• Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja
yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-.
• Bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-.
• Dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan
men- kecuali dalam ayat perintah
• Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif.
• Contoh :

Memper + alat - memperalat


Memper + isteri - memperisteri
Memper + cepat - mempercepat
Jenis Kata Kerja Berawalan Memper-

• Perkataan yang dibentuk dengan awalan memper- ialah


kata kerja aktif transitif.
• Contohnya :

Memperalat
Memperkemas
Memperoleh
Memperdaya
Bentuk Awalan dipeR-

• Awalan diper- ialah awalan yang membentuk kata kerja


pasifynag wujud dalam satu bentuk, diper-.
• Contoh :

Diper + alat - diperalat


Diper + isteri - diperisteri
Diper + cepat - dipercepat
Jenis kata kerja berawalan diper-

• Jenis katayang dibentuk dengan diper- ialah kat kerja


ayat pasif yang subjek asalnya daripada orang ketiga.
• Contoh :
Isteri - diperisteri
Besar - diperbesar
Kacang - diperkacang
-i
-kan

Akhiran kata
kerja
Bentuk Akhiran -kan

• Akhiran –kan mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu –


kan.
• Contoh :

Baca - bacakan
Masak - masakkan
Tidur - tidurkan
Bangun - bangunkan
Jenis kata kerja akhiran -kan

• Akhiran –kan membentuk kata kerja transitif.


• Biasanya kata kerja yang menerima akhiran –kan
menerima juga awalan men- atau di- dan hadir dalam
ayat aktif transitif atau pasif.
• Kata kerja yang menerima akhiran –kan tanpa awalan
wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja.
• Akhiran –kan boleh juga hadir dalam ayat dengan
beberapa imbuhan lain, iaitu men-…-kan, ber-…-kan,
memper-…-kan, di-…-kan, dan. Diper-…-kan
Bentuk Akhiran -i

• Akhiran –i mempunyai satu bentuk, iaitu –i.

Jenis kata kerja berakhiran -i

• Akhiran -i membentuk kata kerja transitif.


• Wujud dengan awalan meN- atau di-.
• Kata kerja yang hadir dengan akhiran –i tanpa awalan
wujud hanya dalam dua bentuk tertentu.
meN-…-kan beR-…-kan beR-…an

meN-…-i
di-…-kan

Apitan mempeR-…-
di-…-i Kata Kerja kan

mempeR-…-i ke-…-an

dipeR-…-i
dipeR-…-kan
Bentuk Apitan meN-…-kan
• Bentuk meN-…-kan mempunyai kelainan-kelainan yang
jumlahnya sama banyak dengan jumlah kelainan untuk awalan
meN-.

Jenis kata kerja yang terbentuk

• Kata kerja yang terbentuk dengan apitan men-…-kanialah kata


kerja transitif.
• Ayat transitif aktif dengan kata kerja berapitan men-…-kan
terdiri daripada dua jenis, iaitu :

i. Yang menerima satu objek


ii. Yang menerima dua objek
Bentuk Apitan beR-…-kan
• Terdapat satu bentuk apitan ber-…-kan, iaitu ber-…-
kan yang digabungkan dengan semua kata dasar.
• Apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan
berubah menjadi satu r melalui proses peleburan
bunyi.

Jenis kata kerja berapitan beR-…-kan

• Apitan ber-…-kan membentuk kata kerja tak transitif


yang memerlukan pelengkap.
Bentuk Apitan beR-…-an
• Terdapat hanya satu bentuk kecuali dalam kata dasar yang
bermula dengan huruf r.
• Dua r yang bergabung akibat pertemuan ber- dengan
huruf awal dalam kata dasar akan berubah menjadi satu r,
melalui proses peleburan bunyi.
• Contoh :
ber + rentet + an - berentetan

Jenis kata kerja yang berapitan ber-…-an

• Kata kerja yang terbentuk melalui ber-…-an ialah kata


kerja tak transitif.
Bentuk Apitan meN-…-i
• meN-…-i mempunyai kelainan yang jumlahnya sama
banyak dengan jumlah kelainan untuk meN-.

Jenis kata kerja yang berapitan meN-…-I

• Membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif.


• Terdiri daripada dua jenis :

i. Ayat aktif transitif yang menerima satu objek


ii. Ayat aktif transitif yang menerima dua objek
Bentuk Apitan di-…-i
• Apitan di-…-i ialah bentuk pasif bagi meN-…-I

Bentuk Apitan mempeR-…-kan

• Terdapat hanya satu bentuk apitan jenis ini, iaitu mempeR-


…-kan.

Jenis kata kerja yang berapitan mempeR-…-kan

• Kata kerja yang terbentuk dengan apitan mempeR-…-kan


ini bersifat transitif.
Apitan mempeR-…-i
• Terdapat hanya satu bentuk apitan ini, iaitu memper-…-i.
• Apitan ini tidak begitu produktif.
• Hanya bentuk berikut yang wajar dianggap sebagai jenis
kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-…-i ini
iaitu :
i. memperingati
ii. memperkawani
iii. mempersuami
iv. memperisteri
Bentuk Apitan ke-…-an
• Terdapat hanya satu bentuk apitan ini, iaitu ke-…-an.

Bentuk Apitan dipeR-…-kan

• Terdapat hanya satu bentuk apitan ini, iaitu dipeR-…-kan.

Jenis kata kerja yang berapitan dipeR-…-kan

• Kata kerja yang terbentuk dengan apitan dipeR-…-kan ini


wujud dalam ayat pasif.
Apitan dipeR-…-i

• Terdapat hanya satu apitan ini, iaitu diper-…-i.


• Tidak begitu produktif.
• Wujud hasil daripada perkembangan bahasa.
• Contoh :
i. Diperingati
ii. Diperkawani
iii. Dipersuami
iv. Diperisteri
Sisipan Kata Kerja

Sisipan -el- Sisipan -er- Sisipan -em-

(getar) geletar – menggeletar (sabut) serabut - berserabut (guruh) gemuruh - bergemuruh


Penggand
aan
Berentak
Penggand
aan
Separa

KATA
KERJA
GANDA

Penggand
aan
Penuh
PENGGANDAAN PENUH KATA KERJA

• Proses penggandaan seluruh kata dasar.


• Contoh :

i. Gelak - gelak-gelak
ii. Agah - agah-agah
iii. Pusing - pusing-pusing
PENGGANDAAN SEPARA KATA KERJA
• Proses yang menggandakan sebahagian daripada kata
dasar.
• Bagi golongan kata kerja, penggandaan berlaku pada
kata dasar yang berimbuhan, dengan hanya sebahagian
kata dasar yang digandakan.
• Contoh :

i. Berlari-lari
ii. Doa-doakan
iii. Gigit-menggigit
iv. Bersalam-salaman
PENGGANDAAN BERENTAK KATA KERJA
• Proses menggandakan kata dasar berdasarkan rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar.
• Penggandaan berentak persamaan bunyi konsonan,
contohnya :
Bolak-balik susup-sasap
Mandi-manda mundar-mandir

• Penggandaan berentak persamaan bunyi vokal,


contohnya :
Cerai-berai gotong-royong

• Penggandaan berentak bebas, contohnya :


Ulang-alik
MAKNA BENTUK PENGGANDAAN

• Menunjukkan perbuatan yang berulang-ulang.


• Menunujukkan perbuatan yang panjang.
• Menunujukkan perbuatan yang bersungguh-sungguh.
• Menunujukkan perbuatan yang saling berbalasan atau
dilakukan oleh dua pihak terhadap satu sama lain.
KATA ADJEKTIF

 Dikenali juga sebagai kata sifat.


 Digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata
nama
 Terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif
dan unsur-unsur keterangan.
 Didahului atau diikuti oleh penguat.
 Contoh:
a) Adik saya tinggi
b) Orang muda itu baik sungguh
c) Suaranya masih sungguh merdu sekali
JENIS KATA ADJEKTIF
Terbahagi kepada sembilan jenis :

Kata Adjektif Sifatan Atau Keadaan


Kata Adjektif Makna
Kata Adjektif Ukuran
Kata Adjektif Bentuk
Kata Adjektif Waktu
Kata Adjektif Jarak
Kata Adjektif Cara
Kata Adjektif Perasaan
Kata Adjektif Pancaindera
KATA ADJEKTIF SIFATAN ATAU KEADAAN

 Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian atau


keadaan sebagai unsur keterangan nama
 Contoh:
a) Budak baik selalu dipuji.

KATA ADJEKTIF WARNA

 Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna


sebagai unsur keterangan
 contoh:
a) Warna pakaian seragam kami ungu
KATA ADJEKTIF UKURAN

 Jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran


sebagai unsur keterangan.
 Contoh:
a) Ketua pasukan itu tinggi orangnya
KATA ADJEKTIF WAKTU

 Jenis perkataan yang memberi pengertian konsep masa


sebagai unsur keterangan.
 Contoh:
a) Kanak-kanak suka makan makanan segera

KATA ADJEKTIF JARAK

 Jenis perkataan yang memberi pengertian konsep


antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata
nama.
 Contoh:
a) Rumahnya paling hampir dengan sekolah
KATA ADJEKTIF CARA
Jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan
kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama.
Contoh:
a) Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan.

KATA ADJEKTIF PERASAAN

Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian


konsep perasaan, sebagai penerang, kata nama dan
harus diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh:
a) Dia amat merindui emaknya
KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

 Jenis perkataan yang memberi pengertian konsep


rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan
kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama
Contoh:
a)Wajah perawan itu manis
b)Gadis molek itu anak pak hamid
c)Bunyi biolanya amat mersik
d)Pemuda itu suka memakai minyak wangi
e)Jangan suka memakai pakaian lembap
f)Rumah kepunyaan ali itu selesa benar
PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF

• Terbahagi kepada empat jenis :

i. Kata adjektif tunggal


ii. Kata adjektif terbitan
iii. Kata adjektif ganda
iv. Kata adjektif majmuk
KATA ADJEKTIF TUNGGAL
Terhasil daripada bentuk kata dasar, tanpa gabungan
Dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami
proses- proses lain seperti penggandaan sebagai
penerang kata nama, dan menerima sama ada kata
bantu dan kata penguat atau tidak tersebut
 Contoh:
a) Pada malam ini bulan sungguh terang
b) Warna kuning digemari oleh kakaknya
KATA ADJEKTIF TERBITAN
Terdiri dari satu kata dasar yang menerima imbuhan sama ada
imbuhan awalan, apitan, dan sisipan
 awalan kata adjektif (ter-dan se-)
Contoh: dalam kumpulan kami dialah yang termuda
Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya
Apitan kata adjektif (ke-…-an)
Contoh: sifat kemelayuannya begitu mononjol
Sisipan kata adjektif (-em-,-el-,-er-,-in-)
Contoh: bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak
Bilik selerak itu kepunyaan abangku
Bunyi gerodok itu kedengaran apabila tabung itu jatuh
Sastera melayu moden ialah sastera sinambung daripada

sastera melayu lama


KATA ADJEKTIF GANDA
Terbahagi kepada tiga cara:
 Penggandan penuh ≈ gandakan kata adjektif tunggal
≈ Boleh menerima apitan ke-…-an
Contoh: rumah di bandar itu besar-besar
Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan
 Penggandaan separa ≈ sebahagian dari kata dasar diulang
Contoh: pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian

tunangnya
 Penggandaan berentak ≈ gandakan kata dasar mengikut rentak

bunyi
Contoh: kejadian rompakan itu berlaku pada waktu makam yang
gelap-gelita
KATA ADJEKTIF MAJMUK
Terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau
lebih yang membawa makna tertentu
• Contoh: Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi
peraduan fesyen kebaya
Terdapat sejumlah kata adjektif yang membawa maksud kiasan,
terdiri daripada simpulan bahasa
• Contoh: Ali disukai ramai kerana ia ringan tulang
Terdapat rangkaian kata adjektif yang seolah-olah kata adjektif
Majmuk. Bentuk frasa yang boleh menerima penyisipan siantaranya
• Contoh: Tua muda – tua dan muda
Cantik malas – cantik dan manis
Kata adjektif dalam bentuk perbandingan
 Digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan:
i. Darjah biasa
ii. Darjah bandingan
iii. Darjah penghabisan

Darjah biasa
 Bagi menunjukkan darjah biasa
Contoh:
a) Malam ini bulan terang
DARJAH BANDINGAN
Terdapat dua cara:
Bandingan yang sama ≈ kata adjektif dengan awalan se-,
≈ Se-, boleh diganti dengan sama,
Contoh:
a) Gadis itu secantik puteri raja
b) Gadis itu sama cantik dengan puteri raja

 Bandingan yang berbeza ≈ kata adjektif yang menggunakan kata


penguat lebih atau kurang
Contoh:
a) Kami menang kerana lebih cekap daripada pasukan lawan
DARJAH PENGHABISAN
Terdapat enam cara:
 Se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh:
a) Sepandai-pandai tupai

 Ter- + kata adjektif


Contoh:
a) Termasyur

 Paling + kata adjektif


Contoh:
a) Paling cerdik
DEFINISI KATA TUGAS

• Kata tugas ialah perkataan yang tergolong dalam golongan kata


yang bersifat pelbagai jenis atau dikenali sebagai heterogen iaitu
tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa seperti frasa
nama,frasa kerja dan frasa adjektif.

• Terdapat 17 jenis kata tugas


JENIS-JENIS KATA TUGAS
KATA SENDI NAMA
KATA HUBUNG
KATA BANTU
KATA SERU
KATA TANYA
KATA BILANGAN
KATA NAFI
KATA PEMERI
KATA PENGUAT
KATA PENEGAS
KATA BANTU

• Kata bantu ialah kata yang bertugas membantu frasa kerja,frasa


adjektif dan frasa sendi nama.

• Kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata bnatu


aspek dan kata bantu ragam.
KATA BANTU ASPEK
• Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa.

Masa lampau
Masa kini
Masa hadapan
• Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang,
masih, akan, belum dan mula.
• Contoh ayat

1. Nelayan itu telah pulang ke rumah dengan rezeki yang


mencukupi.
2. Buah itu belum masak lagi.
KATA BANTU RAGAM
• Kata ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.
• Contoh kata ; seperti,hendak ,mahu,harus,mesti,boleh,
dapat,enggan,patut dan mungkin.
• Contoh ayat ;
1. Masyarakat Malaysia harus menekankan kepada prinsip rukun
negara yang telah ditetapkan.
2. Ahmad akan ke sekolah.
3. Kereta api itu mula bergerak.
4. Buah itu belum masak lagi.
KATA HUBUNG

• Kata hubung ialahperkataan yang digunakan untuk


menggabungkan perkataan rangkai kata dengan perkataan rankai
kata ayat dengan ayat.

• Kata hubung terbahagi kepada dua.


KATA HUBUNG

KATA HUBUNG GABUNGAN

KATA HUBUNG PANCANGAN


KATA HUBUNG GABUNGAN

• Kata hubung gabungan ialah sejumlah perkataan yang digunakan


untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan seperti
lalu,dan,serta,tetapi,atau, dan sambil.

• Contoh ayat :

1. Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok

2. Kakak memandu kereta sambil mendengar lagu


KATA HUBUNG PANCANGAN
• Kata hubung pancangan ialah sejumlah perkataan yang
digunakan bagi menhubungkan klausa yang tidak setara
pada klausa yang utama dalam ayat majmuk
pancangan.

• Kata hubung ini terbahagi kepada tiga, iaitu

1. Kata hubung pancangan relatif


2. Kata hubung pancangan komplemen
3. Kata hubung pancangan keterangan
KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
• Kata relatif ialah perkataan yang berfungsi sebagai penghubung
klausa utama dan klausa kecil. bentuk kata hubung relatif ialah
yang

• Contoh ayat ;

1. Budak yang sedang membaca itu adik saya.


2. Buku yang dibeli oleh ahmad itu ialah buku sejarah.
3. Saya membeli baju yang berwarna hijau.
4. Yang berjaja kain itu jiran saya.
5. Yang indah itu bahasa
6. P.Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang.
KATA HUBUNG PANCANGAN
KOMPLEMEN
• Kata komplemen berfungsi sebagai penghubung kepada klausa yang
menjadi pelengkap kepada klusa utama.

• Dua kata komplemen sering digunakan dalam ayat ialah bahawa dan
untuk.

• Contoh ayat ;

1. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.


2. Kami tidak sedar bahawa mereka ialah perompak yang sedang
dicari oleh pihak polis.
3. Untuk memaksa dia hadir ke sekolah tidak wajar.
4. Kita harus sentiasa ingat bahawa nyawa lebih penting daripada duit.
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
• Kata keterangan berfungsi menghubungkan klusa yang menjadi
keterangan pada klausa utama.
• Contoh bentuk kata keterangan ialah ;

1. Syazrin sering dipuji oleh pensyarah Bahasa melayu kerana rajin


membuat tugasan yang diberinya.

2. Persembahan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan

3. Ekonomi Malaysia akan meleset jika modal tidak mencukupi.


KATA SERU
• Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi sebagai meluahkan
perasaan dan digunakan dalam ayat seruan

• Contoh kata seru :

1. Aduh
2. Cis
3. Wah
4. Aduhai
5. Amboi
6. Syabas
7. Wahai
8. Oh
• Contoh ayat seru :

1. Aduh,sakitnya kakiku!

2. Wah,cantiknya baju dia!

3. Oh,tuhanku,selamatkanlah mangsa gempa bumi di haiti!

4. Amboi,comelnya kucing yang bertompok hitam belaka itu!


KATA TANYA
• Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanya sesuatu
atau untuk menyoal sesuatu.

• Contoh kata tanya ;

1. Mengapa
2. Berapa
3. Bila
4. Bagaimana
5. Apa
6. Siapa
KATA BILANGAN
• Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada
frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.Kata bilangan dibahagikan
kepada beberapa jenis mengikut ciri maknanya.
• Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu.
• Contohnya ; dua, dua puluh, tiga ratus, sepuluh ribu, sejuta dan sebagainya.

Contoh ayat ;
1. Dua hari lagi saya akan berangkat ke Itali.

2. Harga sekilo garam ialah enam puluh sen.


3. Penduduk warga asing di negara kita sudah mencecah sebanyak satu juta.

4. Gaji sebulan seorang doktor swasta ialah sepuluh ribu ringgit malaysia.
• Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tidak tentu
• Contohnya:
• Segala, semua, para, beberapa, sekalian, banyak, seluruh,
banyak, sedikit, dan sebagainya.
• Contoh ayat ;

1. Segala persiapan telah dibuat.


2. Semua pelajar wajib hadir pada esok.
3. Mesyuarat itu melibatkan para guru pelatih ambilan
januari 2009.
4. Para hadirin yang sekalian.
• Kata bilangan yang membawa maksud himpunan.
• Contohnya :
beribu-ribu,beratus-ratus,berabad-abad,berguni-guni.
• Contoh ayat :

1. Berpuluh-puluh ribu penonton telah menyaksikan perlawanan bola


sepak.
2. Kedudukan nilai mata wang negara kita jatuh ke akibat
kemelesetan ekonomi.
3. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan atas kesalahan
mencuri pensel.
KATA NAFI
• Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa prediket,iaitu
frasa nama,frasa kerja,dan frasa sendi nama.Ada dua bentuk kata nafi iaitu
bukan atau tidak.

• Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.

• Contohnya ;

1. Makanan itu bukan untuk Hakim.


2. Projek itu bukan usaha saya.
3. Kapal terbang itu bukan dari Kuala Lumpur.
4. Epal itu bukan warna kuning.

5. Buku itu bukan kepunyaan saya .


• Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa
adjektif.

• Contohnya ;

1. Saya akan tidak akan datang lagi.


2. Rumah itu tidak kecil sangat.
3. Kenyataan itu tidak benar dari segi konteks.
4. Tugasan yang kamu telah buatkan itu tidak kemas.
KATA PENGUAT
• Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti
frasa atau kata adjektif dan juga menguatkan maksud tersirat dalam
kata atau frasa adjektif.

Kata penguat hadapan


Kata penguat belakang
Kata penguat bebas
KATA PENGUAT HADAPAN
• Kata penguat hadapan ialah perkataan yang terletaknya
dihadapan kata adjektif.

• Contohnya :

1. Terlalu
2. Paling
3. Agak
4. Cukup
5. Makin
6. Kurang
• Contoh ayat :

1. Pokok kelapa itu terlalu tinggi.


2. Laut itu agak dalam.
3. Harga bijih timah makin kurang.
4. Bahan yang dirujuknya itu kurang sesuai.
5. Baju batik yang kamu telah pakaikan tadi itu terlalu cantik.
6. Harga minyak paling mahal dipasaran dunia.
7. Masakan isteriku paling sedap.

8. Pakaian itu kurang sesuai untuk kamu .


KATA PENGUAT BELAKANG
• Kata penguat belakang ialah perkataan yang diletakkan dibelakang
kata adjektif.

• Contohnya :

1. Sekali
2. Benar
3. Betul
4. Nian
KATA PENGUAT BEBAS
• Kata penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas
iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
• Contohnya ;
1. Amat
2. Sangat
3. Sungguh
• Contoh ayat ;
1. Pakaian seragam polis itu amat kemas.
2. Baju yang kamu telah pakai itu sangat besar
KATA PENEGAS
• Kata penegas ialah perkataan yang memberikan penekanan pada
bahagian- bahagian tertentu dalam ayat.

• Terdapat dua jenis kata penegas iaitu ;

1. Kata yang menegaskan hanya frasa predikat. Contohnya ; -kah,-


tah,dan,-lah.
2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama
sebagai subjek. Contohnya ; juga,jua,pun,sahaja,lagi dan memang.

• Kehadiran –kah,-tah,dan,-lah sebagai kata penegas frasa predikat


hanya berlaku apabila frasa predikat itu mengalami proses
pendepanan.
• Jenis kata penegas yang kedua iaitu, hanya,memang,juga,pun,jua,dan lagi.

• Contohnya :

1. Hanya dia sahabat karib saya.


2. Memang wanita itu bakal isterinya.
3. Barang itu hanya boleh dibeli di kedai.
4. Kami juga ingin ke Pekan.
5. Rombongan pengantin lelaki belum tiba lagi.
6. Mereka ada pun disini.
7. Budak-budak memang suka akan permainan itu.
KATA PEMERI
• Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
• Pemerihalan dapat dilakukan melalaui dua cara iaitu ;

1. Secara persamaan antara subjek dgn predikat,dengan penggunaan kata


pemeri ialah.
2. Secara huraian tentang subjek oleh predikat,dengan penggunaan kata
pemeri adalah.
• Contoh ayat ;

1. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara.
2. Bahasa melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga
austronesia.
KATA SENDI NAMA
• Kata sendi merupakan kata yang digunakan untuk menyambung
frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa dalam ayat.
• Contoh kata sendi ialah daripada,dari,bagi,untuk,di, dengan.
• Contoh ayat
1. Mereka baru pulang dari Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Mak Jah pergi ke klinik dengan anaknya.
4. Mereka akan ke Kuantan esok.
5. Sila kembalikan buku teks itu kepada Cikgu Sulaiman.
6. Masyarakat hendaklah peka terhadap alam sekitar bagi
memelihara dan memulihara alam sekitar.
Akronim
• Akronim merupakan perkataan-perkataan yang dibentuk
dengan cara menggabungkan suku-suku kata tertentu
daripada beberapa perkataan, menjadi sebagai satu
perkataan.
• Dibentuk daripada penyingkatan beberapa perkataan.
• Contoh:

i. Kugiran dibentuk daripada perkataan kumpulan,


gitar, rancak.

You might also like