P. 1
SPA 205

SPA 205

|Views: 3,620|Likes:
Published by Hanim Husaif

More info:

Published by: Hanim Husaif on May 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/01/2014

pdf

text

original

MODUL SPA 205 SAINS GUNAAN I

MURALY THAREN A/L RENGASAMY (KKKUANTAN) MOHD AMIN BIN ALI (KKKUANTAN)

UNIT PENGAJIAN AM SAINS GUNAAN

(i)

BIODATA PENULIS :

MURALY THAREN A/L RENGASAMY Unit Pengajian Am (Sains Gunaan), Kolej Komuniti Kuantan, B-24, Jalan IM 3/13, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Tel. 09 - 5721331 Sarjana Muda Sains Pendidikan(Fizik) (UKM), Sarjana Sains (Fizik Gunaan) (UM)

MOHD AMIN BIN ALI Unit Pengajian Am (Sains Gunaan), Kolej Komuniti Kuantan, B-24, Jalan IM 3/13, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Tel. 09 - 5721331 Sarjana Muda Sains Pendidikan (Fizik dan Komputer) (UTM),

( ii ) GRID KURIKULUM MODUL
SAINS GUNAAN [ SPA 205 ] Grid kurikulum modul ini berdasarkan kepada kurikulum yang sedang dijalankan di kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. TOPIK KESINAMBUNGAN HIDUP MAKANAN DAN NUTRISI BAHAN SINTETIK DAYA KERJA UNIT 1: KESINAMBUNGAN HIDUP 1.0 Pengenalan 1.1 Pertumbuhan Sel 1.2 Pembiakan 1.3 Kehamilan 1.4 Keturunan Genetik MAKANAN DAN NUTRISI 2.0 Pengenalan 2.1 Nutrisi 2.2 Pencemaran Makanan 2.3 Teknologi Makanan BAHAN SINTETIK 3.0 Pengenalan 3.1 Bahan Tradisional dan Bahan Sintetik 3.2 Logam dan Aloi 3.3 Bahan Seramik 3.4 Polimer 3.5 Komposit DAYA 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 KERJA 5.0 5.1 5.2 5.3 Pengenalan Daya Dalam Daya Dalam Daya Dalam Daya Dalam UNIT 1 2 3 4 5

UNIT 2 :

UNIT 3 :

UNIT 4 :

Sistem Sistem Sistem Sistem

Mekanik Bendalir Elektrik Terma

UNIT 5 :

Pengenalan Kerja Dalam Sistem Mekanik Kerja Dalam Sistem Bendalir Kerja Dalam Sistem Elektrik

( iii )

PERNYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar semester 2 yang mengikuti kursus peringkat Sijil di Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penggunaan modul ini dapat membantu pelajar untuk belajar secara kendiri dengan bimbingan daripada pensyarah. Menerusi perlaksanaan amali di makmal pelajar berupaya menghubungkaitkan konsep sains dengan penggunaan praktik pada persekitaran kerja serta kehidupan harian. PRA SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah daripada pelajar kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendaftar untuk mengikuti pengajian dalam semester 2 di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam semua kursus pengajian. OBJEKTIF AM MODUL Dia akhir modul ini, pelajar dapat : Memahami Kesinambungan Hidup dari segi pertumbuhan sel, pembiakan, kehamilan dan keturunan genetik. Memahami Makanan dan Nutrisi serta pencemaran makanan dan teknologi makanan. Memahami Bahan Sintetik, tradisional, logam, aloi, seramik, polimer dan komposit. Memahami Daya dalam sistem mekanik, bendalir, elektrik dan terma. Memahami Kerja dalam sistem mekanik, bendalir dan elektrik.

( iv )
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL 1. Modul ini dibahagikan kepada 5 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama. 2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada kod subjek, unit dan halaman.

SPA 205 / 1 / 1

Subjek Unit 1 Halaman 1 3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan. 4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut :-

OBJEKTIF Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran.

INPUT Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.

(v)

AKTIVITI Bahagian ini mengandugi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti. FAKTA KUNCI Isi / ringkasan penting yang berkaitan dengan input.

PENILAIAN KENDIRI Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan. 6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.

( vi )

PERALATAN DAN SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA MODUL 1. 2. 3. 4. 5. 6. VCD LCD Komputer Television Model tertentu Buku rujukan

RUJUKAN 1. Van Valkenburg, 2000. Asas Elektrik Buku Satu, Dua dan Tiga. IBS BUKU Sdn. Bhd. 2. Yusof Ahmad, 2000. Mekanik Dinamik. Johor Bharu: Percetakan Universiti Teknologi Malaysia. 3. David Plum and Martin Dwownie, 1997. A Foundation Course In and Dynamics.-------. 4. Frederick J Eugene Hecht, 9th 1997. College Physics. McGraw Hill. 5. -----, 2nd ed.Jun 93. Priciples of Technology / Developed by Center for Occupational Research and Development .( U.S. ) 6. JM. Chapman,-----. Basic Electricity Part 3 . 7. Chang See Leong dan Lock Siah Liong, 2003. Fizik Tingkatan 4. Selangor: Pelangi. 8. Mah Chee Wai, 2002. Biologi SPM. Petaling Jaya: Sasbadi. 9. Peter Ling Chee Chong, Chin Kok Goon dan Choong Choe Hin. 2004. Eksplorasi Sains Tingkatan 4. Selangor: Fajar Bakti. 10. Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah dan Lim Yean Ching, 2005. Kimia Tingkatan 4. Selangor: Pelangi. 11. Gan Wan Yeat dan Choong Choe Hin, 2003. Sukses Biologi SPM. Selangor: Fajar Bakti. 12. Laila Binti Othman dan Maznah Binti Abdullah, 2002. Pengurusan Makanan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: JPT.

( vii )

PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENAMBAHBAIKAN MODUL DALAM P&P

Pengenalan
Pelaksanaan modul akan membawa perubahan dari segi peranan pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Konsep penggunaan modul dalam proses p&p adalah seperti berikut: I. Modul adalah alat bantuan mengajar (ABM) dalam bentuk nota yang berstruktur dan dinamik dan masih terdapat kelemahan. Oleh itu ianya perlu penambahbaikan dari masa ke semasa. II. Modul adalah sebagai ABM yang dibekalkan dengan input, aktiviti dan penilaian kendiri yang direka bentuk dan dirangka untuk membantu pelajar dalam proses P&P. III. Pensyarah boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk merancang penggunaan modul dalam P&P mengikut kesesuaian topik, kebolehan pelajar dan peruntukan masa. IV. Pensyarah tidak dibenarkan membaca terus isi kandungan modul kepada pelajar semasa sesi kuliah. Sesi kuliah adalah untuk memberi penerangan, perbincangan dan menjalankan aktiviti lain untuk mengukuhkan kefahaman pelajar. V. Peranan pensyarah sudah berubah menjadi seorang fasilitator. Pelajar perlu diberitahu bahawa mereka bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka. Pensyarah akan memberi galakan dan panduan untuk melaksanakan aktiviti yang terdapat dalam modul serta menyelesaikan masalah yang timbul dalam P & P. VI. Semasa menggunakan modul, interaksi antara pelajar perlu digalakkan melalui kerja kumpulan, perbincangan dan lain-lain. VII. Pelajar digalakkan menjadikan penilaian kendiri sebagai asas untuk menentukan tahap pencapaian mereka. Pastikan kemajuan yang dicapai mendapat perakuan daripada pensyarah modul.

( viii ) PENAMBAHBAIKAN MODUL i. Modul ini direka bentuk untuk pembelajaran yang berkesan mengikut kesesuaian pelajar, perubahan kurikulum, perubahan teknologi maka ianya tidak statik dan boleh dilakukan penambahbaikan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat kesilapan fakta atau ralat dalam modul ini adalah menjadi tanggungjawab pensyarah yang menggunakan modul ini untuk membuat pembetulan/penambahbaikan dalam proses P & P. Pensyarah yang telah membuat penambahbaikan pada modul ini hendaklah menyerah atau memaklumkamnya kepada Penyelaras Penulisan Modul di kolej masing-masing. Penyelaras Penulisan Modul kolej berkenaan hendaklah memaklumkan atau menyerahkannya kepada kolej yang bertanggungjawab membina dan membangun modul ini Kolej yang bertanggungjawab membina dan membangun modul ini hendaklah melakukan penambahbaikan dan seterusnya menghantarkannya kepada Pusat Modul Kolej Komuniti (PMKK), KPTM. PMKK akan menghantar penambahbaikan dalam bentuk “hardcopy” dan “softcopy” kepada semua kolej yang menggunakan modul ini. Dengan ini proses penambaikan adalah berterusan dari masa ke semasa dan menjadi tanggungjawab bersama semua kolej yang menggunakan modul ini.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

SENARIO PENGGUNAAN MODUL DALAM P&P

( ix )

Secara amnya terdapat beberapa kaedah menggunakan modul dalam proses P&P. Pensyarah boleh memilih kaedah yang sesuai dengan mengambilkira keupayaan pelajar serta masa yang diperuntukkan. Sebahagian daripada kaedah ini dipersembahkan melalui empat senario pembelajaran berikut. Walau bagaimanapun pensyarah boleh mencari kaedah-kaedah lain selain dari yang dinyatakan mengikut kreativiti masing-masing.

Sebagai persediaan awal sebelum kuliah seterusnya. Pastikan semua pelajar mempunyai salinan modul, anda hanya perlu memberikan arahan seperti ini.

Minggu depan saya mahu anda semua membaca dan memahami UNIT 5. Kita akan bincang dalam kelas mengenai perkara-perkara penting mengenai topik dalam unit tersebut.

Dalam situasi seperti ini, pelajar dapat mengetahui tajuk yang akan dibincangkan pada kuliah berikutnya dan sudah boleh membuat persediaan awal. Pensyarah boleh menggunakan isi modul sepenuhnya jika isi kandungan pada unit itu mencukupi atau memperkayakan lagi P&P dengan bahan tambahan sendiri.

(x)

Dalam senario ini pensyarah menyampaikan pengajaran dengan menggunakan modul yang disediakan dan setiap pelajar mestilah mempunyai salinan sendiri. Pensyarah mengajar dengan tidak menggunakan nota sendiri.
Contoh situasi dalam kelas Semester 2, Modul Sains Gunaan I “Pada hari ini kita akan belajar topik yang bertajuk PERTUMBUHAN SEL. Tajuk ini dijelaskan dalam UNIT 1, modul SPA 205. Sila buka unit berkenaan.” “Dalam masa 2 jam ini, ikuti modul ini sepenuhnya dan buat semua aktiviti yang disediakan. Jika ada masalah, kita bincang bersama. Tetapi yang pentingnya anda perlu usaha sendiri terlebih dahulu. Pecahkan kepada lima kumpulan dan belajar secara berkumpulan”

Pelajar belajar dalam kumpulan di mana seorang ketua dilantik untuk menjadi pengerusi perbincangan atau mengajar rakan-rakannya. Seorang ahli dilantik sebagai kaki sibuk (devil’s advocate) yang bertanyakan soalan. Ahli yang lain membantu jika ketua kumpulan tidak mempunyai jawapan. Semasa aktiviti, setiap ahli mencuba secara sendirian. Jika jawapan tidak diperolehi, mereka berbincang dalam kumpulan. Jika tidak dapat diselesaikan barulah dikemukakan kepada pensyarah. Tugas pensyarah ialah memastikan perbincangan secara kumpulan dilaksanakan. Sekali-sekali masuk dalam mana-mana kumpulan dan bertanya soalan untuk meninjau keupayaan pelajar.

( xi )

Pensyarah mengajar seperti biasa menggunakan notanya sendiri tanpa berpandukan kepada modul. Walau bagaimanapun, setiap pelajar sudah ada salinan mereka sendiri. Di akhir kuliah, pensyarah berkata kepada pelajar.

Pelajar sekalian, apa yang saya sampaikan pada hari ini terdapat dalam UNIT 4 modul kita. Jika anda tidak faham sepenuhnya apa yang saya sampaikan tadi, balik nanti ikuti unit berkenaan hingga tamat. Minggu depan kita adakan ujian untuk menilai anda!

Dalam kes ini, modul dijadikan sebagai ABM tambahan untuk pengkayaan dari apa yang disampaikan oleh pensyarah. Pelajar mempunyai dua set maklumat serta banyak contoh penyelesaian. Isi kuliah dan isi kandungan modul saling membantu kefahaman pelajar.

( xii )

Modul hanya menjadi bahan pembelajaran kendiri oleh pelajar. Pensyarah tidak menggunakan langsung modul tetapi menggunakan bahan sendiri sepenuhnya. Pelajar menjadikan modul sebagai bahan pengkayaan kepada isi kuliah yang disampaikan oleh pensyarahnya.

( xiii ) SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR
Tajuk Modul : _________________________ Kod Modul : _____________

Nama Pelajar : _______________________ Kursus

No. Pendaftaran: ____________

: ____________________________________

Nama Penulis Modul : ______________________________ Sila gunakan skala berikut untuk penilaian

anda.

4 3 2 1

Sangat setuju Setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju

Arahan : Tandakan √ pada ruangan skor yang dipilih. Bil ELEMEN PENILAIAN 1 1 2 3 4 5 6 7 A. FORMAT Susun atur muka surat adalah menarik. Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca. Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan input. Carta dan gambar senang dibaca dan difahami. Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difahami. Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami. Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas. 1 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 B. ISI KANDUNGAN Saya faham semua objektif dengan jelas. Saya faham pada idea yang disampaikan. Cara persembahan idea adalah menarik. Semua arahan yang diberikan mudah difahami. Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit ini. Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab. Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri. Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya. Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami. Gaya penulisan menarik. Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah. Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini. Penggunaan modul ini menarik minat saya. 2 3 4 SKALA 2 3

4

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /1

UNIT 1

KESINAMBUNGAN HIDUP
OBJEKTIF AM : Setelah mengikuti unit ini anda boleh:Memahami struktur sel dan peranan DNA, kromosom, proses mitosis dan meiosis serta aplikasi proses meiosis. Mengetahui pembiakan seks, pensenyawaan buatan dan kaedah pencegahan kehamilan. OBJEKTIF KHUSUS Setelah menyelesaikan unit ini anda akan dapat:Mengenalpasti bahagian-bahagian sel haiwan dan sel tumbuhan serta bahagianbahagian yang menghubungi fetus dan ibu. Menerangkan peranan DNA kromosom , proses mitosis, meiosis, pensenyawaan, permanian beradas, pensenyawaan in-vitro genetik dan pembiakkan. Menghuraikan kepentingan mitosis, meiosis, kebaikan permanian beradas dan Hukum Mendel I. Memperihalkan peranan mitosis dalam kultur tisu, pengklonan tumbuhan dan haiwan. Membandingkan dan membezakan kebaikan dan keburukan pengklonan. Menghubungkaitkan pencegahan kehamilan dengan pensenyawaan oleh gen-gen tertentu dengan variasi. Menyenaraikan kaedah-kaedah pencegahan kehamilan. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus. Menghitung nisbah atau peratus genotip dan genotip generasi pertama dan kedua yang terhasil mengikut kacukan monohibrid.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /2

INPUT 1A

1.0

PENGENALAN

Pertumbuhan sel, pembiakan, kehamilan dan keturunan genetik. 1.1 PERTUMBUHAN SEL 1.1.1 Struktur sel • Sel tumbuhan mengandungi dinding sel, membran plasma, sitoplasma, vakuol, kloroplas, mitokondria dan nukleus. • Sel haiwan mengandungi membran sel, sitoplasma, mitokondria dan nukleus.(Lihat Rajah 1.1)

mitokondria
sel tumbuhan
Rajah 1.1 menunjukkan sel haiwan dan sel tumbuhan

sel haiwan

1.1.2 DNA dan Kromosom Kromosom yang terdapat dalam nukleus sesuatu sel merupakan struktur bebenang halus dan panjang. Ia dibina daripada molekul asid nukleik (DNA) dan protein.(Lihat Rajah 1.2) Fungsinya ialah sebagai pembawa maklumat pewarisan (gen) dan terlibat dalam pembahagian sel.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /3

Rajah 1.2 menunjukkan model DNA Sumber: Sukses biologi SPM, Fajar Bakti

1.1.3 Mitosis dan Sitokinesis Sel dalam organisma boleh dibahagikan kepada dua iaitu sel soma dan sel gamet. Sel soma terhasil melalui proses mitosis.( Lihat Rajah 1.3) Sel gamet terhasil melalui proses meiosis.

Rajah 1.3 menunjukkan peringkat-peringkat proses mitosis Sumber: Sukses biologi SPM, Fajar Bakti

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /4

Bilangan kromosom dalam sel soma (proses mitosis) sentiasa tetap tetapi berlainan bagi organisma yang lain. Mitosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak. Setiap nukleus anak mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang sama. Sitokinesis ialah pembahagian sitoplasma. Berlaku selepas pembahagian nukleus untuk menghasilkan dua sel anak.

pencerutan

Sel anak

Rajah 1.4 menunjukkan sitokinesis dalam sel haiwan. Sumber: Sukses biologi SPM, Fajar Bakti

Rajah 1.5 menunjukkan sitokinesis dalam sel tumbuhan. Sumber: Sukses biologi SPM, Fajar Bakti

Dalam sel haiwan , sitokinesis berlaku melalui pencerutan membran sel dan bentukkan mikrofin sehingga menjadi dua sel anak.( Lihat Rajah 1.4) Dalam sel tumbuhan, bermula dengan pembentukkan vesikal di tengah sel yang bercantum membentuk plat sel, sehingga dinding baru terbentuk.( Lihat Rajah 1.5) 1.1.4 Aplikasi Proses Mitosis Kultur tisu ialah satu teknik pengkulturan sel tunggal atau cebisan tisu atau organ haiwan atau tumbuhan secara in-vitro (dalam kaca). Tujuan kultur tisu adalah untuk membiakkan sel haiwan dan tumbuhan melalui kaedah pembiakan aseks. Ini dilakukan dengan cebisan tisu/ sel yang telah diekstrak dimasukkan ke dalam kaca yang mengandungi larutan medium bernutrien yang komposisinya kimia ditetapkan. 1.1.5 Pengklonan Tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /5

Teknik terkini pengklonan melibatkan manipulasi gen untuk menghasilkan yang menyerupai induknya.( Lihat Rajah 1.6) Melalui teknik ini, a) Klon yang dihasilkan mempunyai ciri yang lebih baik. b) Klon yang terhasil seiras dengan induk. c) Klon yang terhasil boleh dibiak dan dihasilkan dengan cepat.

Rajah 1.6 menunjukkan proses kultur tisu untuk menghasilkan klon dalam tumbuhan. Sumber: Sukses biologi SPM, Fajar Bakti

Kebaikan Dan Keburukan Pengklonan Kebaikan • Membolehkan pemilihan baka yang baik.

Keburukan • Kesan sampingan diketahui. masih belum

• Dapat dihasilkan dengan cepat, banyak • Klon tidak menunjukkan variasi dari segi dengan mewarisi semua ciri. genetik. • Melibatkan pembiakan vegetatif. Tidak melibatkan agen pendebungaan dan • Tidak berupaya menentang penyakit berlaku bila-bila masa. baru atau perosak. • Klon mencapai kematangan singkat dan menjimatkan kos. dengan • Mungkin mengalami mutasi semulajadi yang boleh membahayakan manusia dan alam sekitar. • Klon-klon bakteria yang berguna dapat proses pemilihan digunakan untuk menjaga alam seperti • Menghalang semulajadi dalam alam yang boleh pembersihan tumpahan minyak dan menyebabkan kemunculan spesis baru. pelupusan bahan toksik.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /6

AKTIVITI 1A

a) ________________ merupakan struktur bebenang halus dan panjang dalam nukleus sel. b) Peringkat pertama dalam mitosis ialah _________________. c) Sitokinesis berlaku selepas peringkat ________________ dalam mitosis. d) Mitosis berlaku dalam sel __________. e) Senaraikan 2 aplikasi proses mitosis i) ______________________________________

ii) ______________________________________ .

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /7

MAKLUM BALAS 1A

a) Kromosom b) Profasa c) Telofasa d) Soma e) i) Kultur tisu ii) Pengklonan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /8

INPUT 1B

1.2 PEMBIAKAN 1.2.1 Meiosis dan Sitokinesis

Meiosis I

Meiosis II

Rajah 1.7 menunjukkan peringkat-peringkat proses meiosis. Sumber: Eksplorasi Sains Tingkatan 4, Fajar Bakti

Dalam meiosis I, kromosom homolog berpasangan (Diploid) dan semasa pembentukkan sel anak pasangan kromosom homolog berpisah dan bergerak ke sel yang bertentangan.( Lihat Rajah 1.7) Semasa pasangan kromosom homolog, proses pindah silang iaitu pertukaran bahan genetik berlaku.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /9

Dalam meiosis II, dua sel anak membahagi secara mitosis menghasilkan empat sel anak yang haploid. Proses sitokinesis berlaku pada peringkat telofasa I dan telofasa II. Meiosis menjamin bilangan kromosom diploid sesuatu organisma yang menjalankan pembiakan seks sentiasa dikekalkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Meiosis membawa kepada variasi genetik dalam spesis yang sama. Ini berlaku semasa pindah silang dalam metafasa I. 1.2.2 Pembiakan seks Pembiakan seks melibatkan induk jantan dan induk betina untuk menghasilkan gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovum) yang selepas melalui persenyawaan akan menghasilkan zuriat.( Lihat Rajah 1.8) Proses mengawan (dalam haiwan) dan proses pendebungaan (dalam tumbuh-tumbuhan).

Proses persenyawaan Pengabungan gamet jantan dan betina untuk menghasilkan satu sel tunggal yang disebut zigot. Sel gamet
Rajah 1.8 menunjukkan skema ringkas proses pembiakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sumber:Biologi SPM, Sasbadi

Proses meiosis yang berlaku dalam pembentukkan gamet menyebabkan bilangan kromosom menjadi 23. Pensenyawaan mengabungkan kromosom menjadi 46 semula. gamet-gamet menyebabkan bilangan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /10

Rajah 1.9 menunjukkan pembentukan zigot dalam manusia. Sumber: Sukses biologi SPM, Fajar Bakti

Gambarajah menunjukkan pembentukkan zigot manusia yang mempunyai 46 kromosom dalam sel induk.( Lihat Rajah 1.9) 1.2.3 Persenyawaan Buatan Membantu pasangan suami isteri yang tidak mendapat anak. Ada beberapa teknik, diantaranya ialah :a) Teknik permanian beradas digunakan apabila suami mandul (sperma suami kurang pekat atau tidak aktif). -Sperma dari penderma disuntik ke dalam uterus semasa pengovulan dengan tidak melibatkan perhubungan seks. b) Teknik in-vitro digunakan apabila isteri mengalami masalah tiub fallopio tersumbat. (Lihat Rajah 1.10) - Persenyawaan yang berlaku diluar badan ibu. -Isteri diberi suntikan hormon untuk mempercepatkan perkembangan ovum dalam ovarinya. - Ovum dikeluarkan daripada ovarinya sebelum tempoh pengovulan dengan menggunakan alat laparoskop. - Sperma dari suami dicampurkan dangan ovum dalam satu piring petri untuk pensenyawaan. - Dengan adanya nutrien, zigot terbentuk dibiarkan sehingga berkembang 8 sel, embrio tersebut dipindahkan kepada endometrium melalul serviks (dinding uterus). -Juga dikenali sebagai bayi tabung uji.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /11

Rajah 1.10 menunjukkan langkah-langkah dalam persenyawaan in vitro. Sumber: Biologi SPM, Sasbadi

Kebaikan permanian beradas a) Teknik yang lebih selamat untuk mendapatkan anak kerana identiti sperma yang tidak diketahui latar belakang genetik dan kesihatan penderma ditapis oleh doktor pakar. b) Boleh memilih baka yang baik untuk haiwan ternakan contoh lembu. 1.2.4 Pencegahan Kehamilan Kehamilan boleh dicegah dengan menggunakan kaedah-kaedah yang boleh menghalang persenyawaan gamet-gamet. 4 kaedah percegahan kehamilan ( Lihat Rajah 1.11)

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /12

a) Kaedah fizikal - kondom - diafragma - alat intrauterna(IUD) b) Kaedah kimia - pil pencegah kehamilan - spermisid c) Kaedah biologi - teknik kalendar - teknik mukus - teknik suhu - teknik pengunduran d) Kaedah pensterilan - kaedah pemandulan

Rajah 1.11 menunjukkan pelbagai kaedah pencegahan kehamilan. Sumber: Biologi SPM, Sasbadi

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /13

AKTIVITI 1B

a) Proses pembahagian sel induk yang menghasilkan empat sel anak ialah _______________. b) Dalam proses meiosis, kromosom diploid pada sel induk akan menghasilkan kromosom ________________ pada sel anak. c) Proses meiosis berlaku dalam sel __________________. d) Proses persenyawaan seks lengkap apabila __________________ bertemu _____________. e) Teknik permanian ________________. beradas dan in-vitro merupakan persenyawaan kaedah

f) Teknik kalendar, mukus, suhu dan pengunduran ______________untuk pencegahan kehamilan.

merupakan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /14

MAKLUM BALAS 1B

a) Meiosis b) Haploid c) Gamet d) Sperma/Ovum e) Buatan f) Biologi

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /15

INPUT 1C

1.3 KEHAMILAN 1.3.1 Hubungan antara Fetus dan Ibu

Rajah 1.12 Menunjukkan fetus, plasenta dan pertukaran bahan-bahan di antara darah fetus dengan darah ibu. Sumber: Biologi SPM, Sasbadi

Plasenta terdiri daripada tisu embrio yang berkembang dalam dinding uterus ibu semasa fetus membesar.( Lihat Rajah 1.12) Tali pusat menghubungkan fetus dengan plasenta. Ia mengandungi vena dan arteri untuk mengangkut makanan, oksigen dan hasil kumuhan.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /16

Kapilari darah ibu dan plasenta dipisahkan oleh membran yang nipis. Makanan dan Oksigen dalam darah ibu yang datang terus daripada aorta meresap keluar dari salur darah ibu ke dalam kapilari darah plasenta. Darah fetus dan darah ibu tidak bercampur, fetus seakan terlindung daripada bahan-bahan yang berbahaya yang terkandung dalam darah ibu. Bahan-bahan seperti alkohol, dadah, bahan-bahan pencemaran seperti asap rokok serta virus dapat menembusi plasenta ke dalam peredaran darah fetus. 1.3.2 Perhubungan Fetus Semasa mengandung, penjagaan diri ibu sangat penting untuk perkembangan fetus. Ibu mengandung harus:a) Menjaga kesihatan diri. b) Mengambil nutrisi yang baik dan seimbang (banyakkan protein, garam mineral dan vitamin). c) Mengelakkan diri daripada mengambil dadah, alkohol, rokok dan mengambil ubat tanpa arahan doktor. d) Melakukan senaman ringan.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /17

AKTIVITI 1C

a) ________________ menghubungkan fetus dengan plasenta. b) Makanan dan oksigen dari darah ibu meresap keluar dari saluran darah ibu ke dalam kapilari darah __________________. c) Bahan-bahan seperti _________________,_________________ , ___________, dan _______________ dapat menembusi plasenta ke dalam peredaran darah fetus. d) Semasa mengandung, ibu- ibu perlu mengambil _______________,___________ dan_________________ untuk perkembangan fetus yang sihat.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /18

MAKLUM BALAS 1C

a) Tali pusat b) Plasenta c) Alkohol, dadah, bahan-bahan percemaran dan virus d) Protein, garam mineral dan vitamin

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /19

INPUT 1D

1.4 KETURUNAN GENETIK 1.4.1 Konsep Genetik Satu cabang sains biologi yang mengkaji mekanisma pewarisan ciri-ciri yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi berikut. Istilah genetik Gen Alel Maksud istilah

Unit-unit asas pewarisan yang diperturunkan Gen-gen pada lokus yang sama pada kromosom homolog yang mengawal ciri-ciri yang sama Gen Gen yang mempamerkan kesan fenotip bagi sesuatu ciri-ciri dominan yang kawalnya Gen resesif Gen yang mempamerkan kesan fenotip bagi suatu ciri-ciri yang dikawalnya dalam keadaan homozigot sahaja iaitu kedua-dua gen resesif Hetorozigous Mempunyai 2 gen pada alel yang mengawal ciri-ciri yang sama adalah berbeza (1 resesif, 1 dominan) Homozigous Mempunyai 2 gen pada alel yang mengawal ciri-ciri yang sama adalah sama (kedua-duanya resesif atau dominan) Genotip Merujuk kepada komposisi genetik dalam sel-sel sesuatu organisma Fenotip Merujuk kepada ciri-ciri yang boleh dilihat, diukur dan dikesan (ciri-ciri luaran) Variasi genetik boleh diwariskan,Variasi ini wujud kerana ada dua gen pada alel yang mengawal ciri-ciri yang sama. Contohnya dalam eksperimen Mendel yang mengkaji ketinggian pokok kacang pea ada dua gen mengawal ketinggian(T, gen dominan, t, gen resesif). Bila dua gen T wujud pada sel anak, pokok kacang pea yang terhasil adalah tinggi. Bila dua gen t wujud, pokok kacang pea yang terhasil adalah rendah. Gabungan gen resesif dan dominan, mempamerkan sifat gen dominan. Anak pokok kacang pea yang dihasilkan adalah tinggi.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /20

Pelbagai sifat-sifat genotip juga dikawal oleh gen. Contohnya i) bentuk daun, buah, bunga dari segi saiz, bentuk dan warna. Dalam manusia, ciri-ciri seperti kebolehan mengulung lidah, lekapan cuping telinga dan kumpulan darah merupakan variasi yang dikawal oleh gen. 1.4.2 Hukum Mendel 1 Gregor Mendel telah mengkaji pewarisan satu sifat pada tumbuhan kacang pea hijau. Kacang pea tinggi tulen (homozigous) dikacukkan dengan kacang pea kerdil tulen (homozigous) Di generasi pertama ( F1 ), Mendel mendapati semua pokok yang terhasil adalah tinggi.( Lihat Rajah 1.13) Kacukan F1 sesama sendiri, beliau mendapati 75% pokok kacang generasi kedua adalah tinggi, 25% lagi adalah pokok kerdil.

Rajah 1.13 menunjukkan skema kacukan monohibrid Mendel sehingga terhasil generasi F2. Sumber: Eksplorasi Sains Tingkatan 4, Fajar Bakti

Rajah skema genotip pada Rajah 1.13 boleh juga ditunjukkan dalam bentuk Jadual Punnett. (Lihat Rajah 1.14)
Gamet Jantan Gamet betina T t T TT (tinggi) Tt (tinggi) t Tt (tinggi) tt (kerdil)

Gen sifat tinggi (T) – gen dominan, Gen sifat kerdil (t) - gen resesif. Rajah 1.14 menunjukkan jadual Punnett untuk kacukan monohibrid Mendel bagi generasi F1.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /21

Kesimpulan Hukum Mendel 1 a) Ciri-ciri pewarisan organisma ditentukan oleh faktor-faktor (gen) yang wujud dalam pasangan. b) Semasa pembentukkan gamet, setiap gamet hanya membawa satu faktor daripada pasangan tersebut. c) Apabila dua bentuk alternatif bagi sesuatu faktor hadir pada satu organisma, hanya bentuk faktor dominan akan menonjol sebagai fenotip. 1.4.3 Pembiakbakaan Dilakukan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan produktiviti. Penghasilan anak-anak tumbuhan dan haiwan yang lebih berkualiti melalui pengacukkan induk-induk ciri baka yang bermutu tinggi. Sifat- sifat baik pembiakbakaan ialah i) Masa kematangan dipendekkan ii) Kualiti dan kuantiti hasil pertanian meningkat iii) Tanaman dan ternakan dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik dengan persekitaran iv) Peningkatan daya ketahanan terhadap penyakit dan serangan serangga perosak. Beberapa contoh hasil pembiakbakaan adalah seperti berikut:Tumbuhan/Haiwan Spesis Dikacukkan Kelapa Sawit Palma Disiefera - Hasil minyak tinggi Palma Dura - Buah lebih cepat masak Lembu Lembu Kelantan - Banyak lemak Lembu Furiesia - banyak susu Kambing Kambing tempatan - susu banyak Kambing Jumnapari -Daging banyak Hasil Palma Tenera - Hasil minyak tinggi - Buah lebih besar - Berbuah lebih banyak

- Lembu banyak susu dan lemak Menyesuaikan diri dengan persekitaran - Baka baru banyak susu dan daging

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /22

1.4.4 KEJURUTERAAN GENETIK Merupakan proses manipulasi secara saintifik pada gen dan kromosom dalam sel hidup dengan mengubah kandungan genetik organisma supaya gen bagi sifat yang kurang baik disingkirkan atau gen bagi sifat yang baik diperkenalkan. Teknik ini telah digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan dari bakteria seperti insulin. Contohnya insulin dihasilkan dengan memasukkan gen yang mengawal insulin manusia ke dalam bakteria. Ini menyebabkan ia membiak dengan cepat dan banyak menghasilkan insulin.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /23

AKTIVITI 1D

a) _________________ merupakan unit-unit asas pewarisan yang diperturunkan. b) Alel ialah gen-gen yang berada pada lokus yang kromosom________________ yang mengawal ciri-ciri yang sama. c) Genotip heterozigous akan gen___________________. menunjukkan fenotip yang sama dikawal pada oleh

d) Hukum_____________________ menyimpulkan bahawa ciri-ciri organisma ditentukan oleh faktor yang wujud dalam pasangan.

pewarisan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /24

MAKLUM BALAS 1D

a) Gen b) Homolog c) Dominan d) Mendel 1

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /25

FAKTA KUNCI

1. Sel tumbuhan mengandungi dinding sel, membran plasma, sitoplasma, vakuol, kloroplas, mitokondria dan nukleus. 2. Sel haiwan mengandungi membran sel, sitoplasma, mitokondria dan nukleus. 3. Fungsi kromosom dan DNA ialah sebagai pembawa maklumat pewarisan (gen) dan terlibat dalam pembahagian sel. 4. Sel soma terhasil melalui proses mitosis manakala sel gamet terhasil melalui proses meiosis. 5. Bilangan kromosom dalam sel soma (proses mitosis) sentiasa tetap tetapi berlainan bagi organisma yang lain. 6. Sitokinesis ialah pembahagian sitoplasma. 7. Kultur tisu ialah satu teknik pengkulturan sel tunggal atau cebisan tisu atau organ haiwan atau tumbuhan secara in-vitro (dalam kaca). 8. Melalui teknik pengklonan, a) Klon yang dihasilkan mempunyai ciri yang lebih baik. b) Klon yang terhasil seiras dengan induk. c) Klon yang terhasil boleh dibiak dan dihasilkan dengan cepat. 9. Meiosis menjamin bilangan kromosom diploid sesuatu organisma yang menjalankan pembiakan seks sentiasa dikekalkan dari satu generasi ke generasi yang lain. 10. Pembiakan seks melibatkan induk jantan dan induk betina untuk menghasilkan gamet jantan (sperma) dan gamet betina (ovum) yang selepas melalui pensenyawaan akan menghasilkan zuriat. 11. Teknik permanian beradas digunakan apabila suami mandul. 12. Teknik in-vitro digunakan apabila isteri mengalami masalah tiub fallopio yang tersekat. 13. Kehamilan boleh dicegah dengan menggunakan kaedah-kaedah yang boleh menghalang persenyawaan gamet-gamet.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /26

14. Plasenta terdiri daripada tisu embrio yang berkembang dalam dinding uterus ibu semasa fetus membesar. 15. Tali pusat menghubungkan fetus dengan plasenta. 16. Bahan-bahan seperti alkohol, dadah, bahan-bahan pencemaran seperti asap rokok serta virus dapat menembusi plasenta ke dalam peredaran darah fetus. 17. Ibu mengandung harus:a) Menjaga kesihatan diri. b) Mengambil nutrisi yang baik dan seimbang (banyakkan protein,garam mineral dan vitamin). c) Mengelakkan diri daripada mengambil dadah, alkohol, rokok dan mengambil ubat tanpa arahan doktor. d) Melakukan senaman ringan. 18. Istilah genetik Gen Alel Maksud istilah

Unit-unit asas pewarisan yang diperturunkan Gen-gen pada lokus yang sama pada kromosom homolog yang mengawal ciri-ciri yang sama Gen Gen yang mempamerkan kesan fenotip bagi sesuatu ciri-ciri dominan yang kawalnya Gen resesif Gen yang mempamerkan kesan fenotip bagi suatu ciri-ciri yang dikawalnya dalam keadaan homozigot sahaja iaitu kedua-dua gen resesif Hetorozigous Mempunyai 2 gen pada alel yang mengawal ciri-ciri yang sama adalah berbeza (1 resesif, 1 dominan) Homozigous Mempunyai 2 gen pada alel yang mengawal ciri-ciri yang sama adalah sama (kedua-duanya resesif atau dominan) Genotip Merujuk kepada komposisi genetik dalam sel-sel sesuatu organisma Fenotip Merujuk kepada ciri-ciri yang boleh dilihat, diukur dan dikesan (ciri-ciri luaran) 19. Kesimpulan Hukum Mendel 1 d) Ciri-ciri pewarisan organisma ditentukan oleh faktor-faktor (gen) yang wujud dalam pasangan. e) Semasa pembentukkan gamet, setiap gamet hanya membawa satu faktor daripada pasangan tersebut. f) Apabila dua bentuk alternatif bagi sesuatu faktor hadir pada satu organisma, hanya bentuk faktor dominan akan menonjol sebagai fenotip. 20. Pembiakbakaan dilakukan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan produktiviti.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /27

21. Sifatv) vi) vii)

sifat baik pembiakbakaan ialah Masa kematangan dipendekkan Kualiti dan kuantiti hasil pertanian meningkat Tanaman dan ternakan dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik dengan persekitaran viii) Peningkatan daya ketahanan terhadap penyakit dan serangan serangga perosak.

22. Merupakan proses manipulasi secara saintifik pada gen dan kromosom dalam sel hidup dengan mengubah kandungan genetik organisma supaya gen bagi sifat yang kurang baik disingkirkan atau gen bagi sifat yang baik diperkenalkan.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /28

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 1.1 a) Labelkan bahagian-bahagian sel dibawah.

i ii iii iv v vi vii

b) Nyatakan empat peringkat dalam mitosis. c) Terangkan bagaimana sitokinesis berlaku dalam sel haiwan. g) Berikan empat kebaikan dan keburukan pengklonan.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /29

Soalan 1.2 a) Labelkan peringkat – peringkat meiosis pada gambarajah yang ditunjukkan di bawah.

i.

Meiosis I

ii.

iii.

iv.

b) Apakah perbezaan dari segi genetik diantara proses mitosis dan meiosis? c) Lakarkan satu cartalir untuk menunjukkan bilangan kromosom dalam sel induk, sel gamet dan zigot manusia. d) Terangkan proses permanian beradas. e) Senaraikan empat kaedah pencegahan kehamilan dalam manusia. Soalan 1.3 a) Lukis dan labelkan bahagian - bahagian yang menghubungkan fetus dan ibu. b) Terangkan bagaimana pertukaran nutrien, oksigen dan bahan kumuh antara ibu dan fetus berlaku.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /30

Soalan 1.4 a) Terangkan maksud istilah-istilah berikut:i) Gen ii) Alel iii) Gen resesif iv) Homozigous v) Fenotip b)

Induk

Gamet (G1)

Generasi pertama (F1)

Sumber: Biologi Spm, Sasbadi
Rajah menunjukkan pengacukkan tumbuhan baka tulen. Namakan proses B yang terlibat dalam penghasilan gamet dan isikan kandungan genetik (i) hingga (viii) bagi gamet dan generasi pertama.

c) Terangkan maksud pembiakbakaan dan berikan tiga contoh tumbuhan/ haiwan yang terhasil melalui kaedah ini.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /31

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1.1 a)

mitokondria

b) c) d)

Profasa, Metafasa, Anafasa dan Telofasa. Dalam sel haiwan , sitokinesis berlaku melalui pencerutan membran sel dan bentukkan mikrofin sehingga menjadi dua sel anak. Kebaikan Dan Keburukan Pengklonan Kebaikan Keburukan • Kesan sampingan diketahui. masih belum

• Membolehkan pemilihan baka yang baik.

• Dapat dihasilkan dengan cepat, banyak • Klon tidak menunjukkan variasi dari segi dengan mewarisi semua ciri. genetik. • Melibatkan pembiakan vegetatif. Tidak melibatkan agen pendebungaan dan • Tidak berupaya menentang penyakit berlaku bila-bila masa. baru atau perosak. • Klon mencapai kematangan singkat dan menjimatkan kos. dengan • Mungkin mengalami mutasi semulajadi yang boleh membahayakan manusia dan alam sekitar. • Klon-klon bakteria yang berguna dapat proses pemilihan digunakan untuk menjaga alam seperti • Menghalang semulajadi dalam alam yang boleh pembersihan tumpahan minyak dan menyebabkan kemunculan spesis baru. pelupusan bahan toksik.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /32

Jawapan 1.2 a) i. Profasa 1 ii. Metafasa 1 iii. Anafasa 1 iv. Telofasa 1. b)

c) Teknik permanian beradas digunakan apabila suami mandul. -sperma dari penderma disuntik ke dalam uterus semasa pengovulan dengan tidak melibatkan perhubungan seks. d) Empat kaedah pencegahan kehamilan ialah:- Kaedah fizikal - Kaedah kimia - Kaedah biologi - Kaedah pensterilan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /33

Jawapan 1.3 a)

b)

Tali pusat menghubungkan fetus dengan plasenta. Ia mengandungi vena dan arteri untuk mengangkut makanan, oksigen dan hasil kumuhan. Kapilari darah ibu dan plasenta dipisahkan oleh membran yang nipis. Makanan dan oksigen dalam darah ibu yang datang terus daripada aorta meresap keluar dari salur darah ibu ke dalam kapilari darah plasenta. Hasil perkumuhan (karbon dioksida dan urea) pula meresap keluar ke ruang darah uterus ibu.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 1 /34

Jawapan 1.4 a)
Istilah genetik Gen Alel Gen resesif Homozigous Fenotip Maksud istilah Unit-unit asas pewarisan yang diperturunkan Gen-gen pada lokus yang sama pada kromosom homolog yang mengawal ciri-ciri yang sama Gen yang mempamerkan kesan fenotip bagi suatu ciri-ciri yang dikawalnya dalam keadaan homozigot sahaja iaitu kedua-dua gen resesif Mempunyai dua gen pada alel yang mengawal ciri-ciri yang sama adalah sama (kedua-duanya resesif atau dominan) Merujuk kepada ciri-ciri yang boleh dilihat, diukur dan dikesan (ciri-ciri luaran)

b) Proses B ialah Meiosis i. T ii. T iii. t iv. t v. Tt vi. Tt vii. Tt viii. Tt c) Pembiakbakaan ialah proses penghasilan anak-anak tumbuhan dan haiwan yang lebih berkualiti melalui pengacukkan induk-induk ciri baka yang bermutu tinggi. Ia dilakukan dalam bidang pertanian dan perternakan untuk meningkatkan mutu dan produktiviti. Beberapa contoh hasil pembiakbakaan adalah seperti berikut:Tumbuhan/Haiwan Kelapa Sawit Spesis Dikacukkan Palma Disiefera - Hasil minyak tinggi Palma Dura - Buah lebih cepat masak Lembu Lembu Kelantan - Banyak lemak Lembu Furiesia - banyak susu Kambing Kambing tempatan - susu banyak Kambing Jumnapari -Daging banyak - Baka baru banyak susu daging dan Hasil Palma Tenera - Hasil minyak tinggi - Buah lebih besar - Berbuah lebih banyak - Lembu banyak susu dan lemak - Menyesuaikan diri dengan persekitaran

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/1

UNIT 2

MAKANAN DAN NUTRISI
OBJEKTIF AM : Setelah mengikuti unit ini anda boleh:Memahami kepentingan diet seimbang, faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan diet, kepentingan teknologi makanan, cara pemprosesan makanan dan mengenalpasti mikroorganisma yang merosakkan makanan. OBJEKTIF KHUSUS Setelah menyelesaikan unit ini anda akan dapat:Menerangkan maksud diet, diet seimbang, maksud dan kepentingan teknologi makanan. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi diet dan merancang diet mengikut keperluan individu. Mengenalpasti mikroorganisma yang merosakkan makanan. Menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan dan aktiviti mikroorganisma. Menentukan kaedah-kaedah pemprosesan makanan serta jenis aditif yang digunakan.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/2

INPUT 2A

2.0

PENGENALAN

Dalam unit ini, anda dapat mempelajari maksud nutrisi, pencemaran makanan dan teknologi makanan. 2.1 NUTRISI Diet ialah pengambilan makanan setiap hari oleh individu. Pemakanan yang baik bermakna diet mengandungi nutrien yang cukup dengan keperluan individu. Diet seimbang bermakna pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien dan bahan makanan dalam kuantiti yang diperlukan.(Lihat Rajah 2.1) Nutrien tersebut ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas.

Rajah 2.1 : Piramid makanan Sumber: Pengurusan Makanan Tingkatan 5, JPT

Kesan diet seimbang ialah tubuh bertenaga tumbesaran sempurna berselera makan sistem pencernaan dan perkumuhan berjalan lancar.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/3

Piramid makanan boleh dijadikan panduan diet seimbang tentang jenis dan jumlah makanan yang disarankan untuk seharian. Faktor yang mempengaruhi diet individu adalah:Umur Jantina Aktiviti fizikal Keadaan kesihatan dan keperluan tertentu Saiz tubuh

PETA KONSEP FAKTOR-FAKTOR KEPERLUAN DIET

protien vitamin mineral pelawas

Protein, karbohidrat, vitamin, mineral Bayi
kanak-kanak

Ibu mengandung

atlit
Keperluan tertentu vegetarian

karbohidrat protien

Bijirin sumber
protein

pesakit remaja
Kurangkan protein dan karbohidrat Lebihkan vitamin, mineral dan pelawas

dewasa tua

Umur

kencing

tekanan manis darah tinggi

kurangkan karbohidrat

Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan diet

kurangkan karbohidrat & lemak

Aktiviti fizikal
Aktif lebih Karbohidrat & lemak kurang aktif kurangkan

saiz tubuh
besar banyak diet kecil kurang lelaki

jantina
perempuan

Protein, karbohidrat, Lemak & mineral

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/4

AKTIVITI 2A

a) Roti membekalkan nutrien______________. b) Bayi memerlukan lebih banyak__________________. c) Remaja perempuan memerlukan lebih____________berbanding remaja lelaki. d) Air dan pelawas menyebabkan penyakit____________. e) Ahli sukan perlu makanan yang mengandungi lebih banyak___________ dan ______________. f) Seorang dewasa mengambil makanan berlemak berlebihan, lebih mudah menghidap penyakit___________.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/5

MAKLUM BALAS 2A

a) Karbohidrat b) Protein c) Ferum d) Sembelit e) Karbohidrat , protein f) Darah tinggi

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/6

INPUT 2B

2.2 PENCEMARAN MAKANAN 2.2.1 Jenis-jenis mikroorganisma Makanan biasanya dicemari oleh mikroorganisma atau bahan kimia. Mikroorganisma terdiri daripada bakteria, kulat, yis, alga dan protozoa.(Lihat Rajah 2.2)

Bakteria

Yis

Kulat Penicillium
Rajah 2.2 : Pelbagai jenis mikroorganisma Sumber:Biologi SPM, Sasbadi

Kulat Mukor

Pencemaran makanan oleh mikroorganisma berlaku akibat tindakan enzim-enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma tersebut. Pencemaran makanan dikenalpasti dengan cara melihat, mencium, merasa dan menyentuh makanan tersebut. Contoh:sosej/ daging masak - berlendir - jalinan kulat minuman - kelihatan keruh - bau busuk susu - terasa masam dan berbuih

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/7

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan aktiviti mikroorganisma adalah:a) Suhu Terdapat tiga zon kawalan suhu • Zon binasa (74 ºC – 100 ºC) - Sebahagian besar mikroorganisma musnah. - Ada mikroorganisma yang berupaya membentuk sel dan spora pada suhu tinggi. • Zon bahaya (16 ºC – 50 ºC) - Pembiakan mikroorganisma adalah aktif. Zon selamat (4 ºC - ( -20 ºC ) - Pertumbuhan mikroorganisma dilambatkan tetapi tidak dimusnahkan. b) pH Kadar pertumbuhan mikroorganisma menjadi lambat jika keadaan pH makanan terlalu berasid atau beralkali. pH paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada pH 6 ≈ 8. c) Kelembapan Keadaan yang lembap merangsangkan kadar pertumbuhan dan aktiviti mikroorganisma. d) Nutrien (makanan) Bahan makanan dan masakan yang berasid rendah serta mengandungi protein dan karbohidrat yang tinggi membantu meninggikan pertumbuhan dan aktiviti mikroorganisma. e) Cahaya Dalam keadaan keamatan cahaya yang tinggi atau sinar ultraungu, pertumbuhan dan aktiviti mikroorganisma terencat dan dimusnahkan.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/8

AKTIVITI 2B

a)________, _____ _, ______, ____ dan protozoa mikroorganisma yang menyebabkan pencemaran makanan.

merupakan

b) Pada pH, _______________ merupakan nilai pH yang paling sesuai untuk pertumbuhan dan aktiviti mikroorganisma. c) Pada suhu yang sangat tinggi, ada bakteria yang membentuk _____________ dan sel yang kering (tidak aktif). d)______________ dapat merencatkan atau memusnahkan pertumbuhan /aktiviti mikroorganisma

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/9

MAKLUM BALAS 2B

a) Bakteria, kulat b) 6 ≈ 8 c) Spora d) Sinar ultraungu

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/10

INPUT 2C

2.3 TEKNOLOGI MAKANAN Merupakan kaedah-kaedah yang digunakan untuk memanjangkan tempoh penggunaan makanan. Diantara kepentingan teknologi makanan adalah seperti berikut:Mengatasi faktor-faktor yang merosakkan makanan mikroorganisma dan pengoksidaan makanan. Memanjangkan tempoh penggunaan makanan. Mengelakkan pembaziran. Mempelbagaikan penggunaan makanan. Meninggikan nilai komersial makanan. 2.3.1 Kaedah pemprosesan makanan penyimpanan makanan. Kaedah 1. Haba a) Memasak b) Pengeringan c) Pensterilan Proses Memasak pada suhu tinggi Kandungan peratus air dalam makanan di kurangkan Memasak pada suhu melebihi 100 0C dalam Tujuan Membunuh bakteria seperti tindakan

melanjutkan

tempoh

Contoh

2. Penurunan Suhu a) Penyejukan 3. Pendehidratan

Daging, ikan dan sayuran Tepung, buahMikroorganisma tidak boleh hidup buahan dan sayuran kering tanpa air Membunuh bakteria Susu UHT dan memusnahkan spora tanpa mengubah nilai nutrisi dan warna Disejukkan pada Mikroorganisma Bebola daging dan 0 suhu 4 C hingga tidak aktif ikan - 20 0C Makanan Mikroorganisma Susu tepung dikeringkan pada tidak boleh hidup tekanan rendah, air aktif tanpa air tersejat tanpa meningkatkan suhu sebelum dibungkus

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/11

Kaedah 4. Pemekatan a) Penggaraman atau halwa

Proses Makanan direndam dalam larutan garam pekat atau dididihkan dengan gula 5.Penambahan aditif Makanan direndam dalam larutan asid makanan cuka (penjerukan) 6.Fermentasi makanan Yis digunakan untuk membentuk hasil penapaian

Tujuan Mikroorganisma kekurangan air

Contoh Daging, telur buah, susu sayur

itik, dan

7. Penyinaran dan Sinar-X dan gama di sinarkan kepada gelombang mikro makanan
Jadual 2.1 : Kaedah – kaedah pemprosesan makanan

Merendahkan pH makanan. Mikroorganisma tidak dapat hidup aktif Kandungan peratus alkohol yang tinggi merencatkan aktiviti mikroorganisma Untuk membunuh mikroorganisma

Cili, halia, bawang dan betik

Beras, pulut, kacang soya dan tempe Makanan dalam tin dan bungkusan

Tempoh penyimpanan makanan dapat dilanjutkan dengan menggunakan kaedah pemprosesan makanan yang bersesuaian. (Lihat Jadual 2.1) Jenis aditif makanan yang digunakan untuk pemprosesan makanan adalah:Bahan pengawet - contoh natrium nitrit dan sulfur dioksida Bahan pewarna - contoh sintetik tartrazine Bahan perisa - contoh monosodium glutamate dan gula Aditif ini tidak mempunyai nilai nutrisi tetapi digunakan untuk Mengawet bahan makanan Memberikan warna Menambah atau mengubah rasa makanan Kesan jangka masa panjang penggunaan aditif makanan dengan banyak adalah seperti berikut :Kesan gerak balas alergik Penyakit ekzema Kemungkinan menghidap kanser Adalah lebih selamat jika pengambilan aditif makanan dielakkan.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/12

2.3.2 Akta makanan Akta makanan 1983 dan peraturan makanan 1985 mewajibkan pengeluar/pengilang makanan yang dibungkus mesti mempunyai label (Lihat Rajah 2.3) yang menunjukkan:Nama sebutan sebenar makanan. Isipadu (bilangan/ berat). Nama dan alamat pengilang. Penandaan tarikh. Senarai ramuan disusun menurun mengikut berat. Aditif makanan yang digunakan. Komposisi khasiat makanan. Cara penyimpanan.

Rajah 2.3 : Contoh bungkusan makanan yang berlabel

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/13

AKTIVITI 2C

a) Pemprosesan makanan adalah satu kaedah untuk _______________tempoh pengunaan makanan. b) Susu UHT menggunakan kaedah _________________sebagai pemprosesan makanan. c) ______________ dan________________ digunakan untuk mikroorganisma dalam kaedah penyinaran dan gelombang mikro. nitrit dan sulfur dioksida d) Natrium __________________ dalam aditif makanan. e) Monosodium glutamate bahan_____________. ditambahkan digunakan dalam membunuh bahan sebagai

sebagai makanan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/14

MAKLUM BALAS 2C

a) Memanjangkan b) Pensterilan c) Sinar-x dan gama d) Pengawetan e) Perisa

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/15

FAKTA KUNCI

1. Diet seimbang bermakna pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien dan bahan makanan dalam kuantiti yang diperlukan. 2. Faktor • • • • • yang mempengaruhi diet individu adalah:Umur Jantina Aktiviti fizikal Keadaan kesihatan dan keperluan tertentu Saiz tubuh

3. Mikroorganisma terdiri daripada:• Bakteria • Kulat • Yis • Alga • Protozoa 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan aktiviti mikroorganisma adalah:• Suhu • pH • Kelembapan • Makanan • Cahaya 5. Diantara kepentingan teknologi makanan adalah seperti berikut:• • • • • Mengatasi faktor-faktor yang merosakkan makanan seperti tindakan mikroorganisma dan pengoksidaan makanan. Memanjangkan tempoh penggunaan makanan. Mengelakkan pembaziran. Mempelbagaikan penggunaan makanan. Meninggikan nilai komersial makanan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/16

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 2.1 a) Nyatakan maksud diet seimbang. b) Senaraikan empat faktor-faktor yang mempengaruhi diet seseorang.

Soalan 2.2 a) Nyatakan mikroorganisma yang menyebabkan pencemaran makanan. b) Terangkan bagaimana faktor-faktor suhu dan pH mempengaruhi kadar pertumbuhan dan aktiviti mikroorganisma.

Soalan 2.3 a) b) c) Terangkan maksud dan kepentingan teknologi makanan. Huraikan kaedah pemprosesan makanan secara fermentasi dan pemekatan. Berikan contoh-contoh makanan yang diproses dengan kaedah tersebut.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 2/17

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 2.1 a) Diet seimbang bermakna pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien dan bahan makanan dalam kuantiti yang diperlukan. b) Suhu, pH, kelembapan, makanan dan cahaya. Jawapan 2.2 a) Bakteria, kulat, yis, alga dan protozoa b) Suhu Terdapat tiga zon kawalan suhu a. Zon binasa (74 ºC – 100 ºC) Sebahagian besar mikroorganisma musnah. b. Zon bahaya (16 ºC – 50 ºC) Pembiakan mikroorganisma adalah aktif. c. Zon selamat (4 ºC - ( -18 ºC ) Pertumbuhan mikroorganisma dilambatkan tetapi tidak dimusnahkan. pH - Kadar pertumbuhan mikroorganisma menjadi lambat jika keadaan pH makanan terlalu berasid atau beralkali. pH paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada pH 6 ≈ 8 Jawapan 2.3 a) Merupakan kaedah-kaedah yang digunakan untuk memanjangkan tempoh penggunaan makanan. Diantara kepentingan teknologi makanan adalah seperti berikut:• Mengatasi faktor-faktor yang merosakkan makanan seperti tindakan mikroorganisma dan pengoksidaan makanan. • Memanjangkan tempoh penggunaan makanan. • Mengelakkan pembaziran. • Mempelbagaikan penggunaan makanan. • Meninggikan nilai komersial makanan. b) Pemekatan - Makanan direndam dalam larutan garam pekat atau dididihkan dengan gula. Fermentasi - Yis digunakan untuk membentuk hasil penapaian. c) Contoh – contoh makanan ialah daging, telur itik, buah, susu dan sayur.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 1

UNIT 3 BAHAN SINTETIK

OBJEKTIF AM : Setelah mengikuti unit ini anda boleh :Mengenalpasti bahan tradisional, bahan sintetik, logam, aloi, bahan seramik, polimer dan komposit. OBJEKTIF KHUSUS : Setelah menyelesaikan unit ini anda akan dapat :Mengasingkan bahan tradisional dan bahan sintetik. Menyatakan sifat-sifat am bahan-bahan tradisional, bahan sintetik, logam, aloi, seramik dan polimer. Menjelaskan dengan contoh kegunaan bahan tradisional, bahan sintetik dan polimer dan komposit. Membandingkan kekuatan regangan logam dengan aloi, dan kekuatan logam dengan aloi. Menghubungkait kegunaan logam dan aloi dalam bidang-bidang pembuatan. Membezakan seramik dengan logam. Menyenaraikan monomer-monomer dan polimer terbitannya. Menerangkan maksud komposit Membanding dan membezakan sifat komposit dengan komponennya.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 2

INPUT 3A

3.0

PENGENALAN

Perbandingan antara bahan tradisional dan sintetik, logam dan aloi, bahan seramik, polimer dan komposit akan dibincangkan. 3.1 BAHAN TRADISIONAL DAN BAHAN SINTETIK • • • • • Bahan tradisional ialah bahan yang diperolehi secara terus dari haiwan , tumbuhan dan alam sekeliling. Contohnya kayu, getah asli, tanih, logam, kulit haiwan, kapas, sutera, bulu dan lain-lain. Bahan sintetik ialah bahan baru yang diperolehi melalui proses kimia. Contohnya plastik, polistirena, kaca dan lain-lain. Jadual 3.1 menunjukkan sifat am bahan tradisional dan bahan sintetik serta kegunaannya.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 3

Sifat Am Bahan Tradisional dan Bahan Sintetik Serta Kegunaannya

Bahan
Tradisional 1. Kayu

Sifat
Menyerap air Terapung dalam air Kuat Tahan lama Mengandungi pulpa Kuat Penebat haba Mulur Mudah dibentuk Kenyal

Kegunaan
Rakit,sampan, perabut, papan pembinaan,kertas

2. Tanih Tanah liat dan pasir 3. Getah asli 4. Logam

Bata, jubin, tembikar, pasu bunga, kaca, simen Tayar, pemadam, belon, pakaian selam, sarung tangan Paku, tin makanan, alatan memasak, barang kemas, dawai elektrik Pakaian kulit Isian bantal, kain selimut Jubah, skaf, kain sutera Baju panas, permaidani Kaca mata, kerusi meja plastik, baju hujan, bekas makanan, pemegang alatan memasak Kain rayon, nilon, poliester, payung, sarung kaki

Mudah dibentuk Berkilat Tahan haba Mudah digilap 5. Kulit Penebat haba tahan 6. Kapas Lembut Ringan 7. Sutera Lembut Ringan Tahan 8. Bulu Penebat haba Bahan Sintetik Boleh terapung 1. Plastik Lutsinar Ringan, mudah diwarnakan Mudah dibentuk Kalis air Penebat haba Berkilat, licin, kalis air 2. Kain sintetik (Petroleum atau gentian Kuat Kenyal selulosa)
Jadual 3.1 : Sifat am bahan tradisional dan sintetik serta kegunaan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 4

AKTIVITI 3A

a) Bahan tradisional ialah bahan yang diperolehi secara terus dari _______ , _____________ dan ___________. b) Kuat, penebat haba, mulur dan mudah dibentuk adalah sifat tradisional bahan ___________. c) Berikan tiga contoh bahan tradisional. d) Bahan tradisional _______ digunakan untuk membuat kertas.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 5

MAKLUM BALAS 3A

a) Haiwan, tumbuhan, alam sekeliling b) Tanih c) Kayu, tanih, getah asli d) Kayu

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 6

INPUT 3B

3.2 LOGAM DAN ALOI • Logam terdiri daripada atom - atom yang sama jenis • Atomnya sama saiz dan bentuk • Rajah 3.2 menunjukkan susunan dan bentuk logam tulen

Rajah 3.2 : Susunan dan bentuk atom logam Sumber : Eksplorasi Sains Ting. 4, Fajar Bakti

• • •

Aloi ialah campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan yang tertentu Unsur utamanya ialah logam Contoh :Aluminium + kuprum + Magnesium Duralumin

Jadual 3.3 menunjukkan perbandingan logam tulen dengan aloi Logam Tulen Aloi

Zarah tersusun padat dan teratur

Zarah asing bertaburan secara rawak dan terselit antara zarah-zarah logam Lapisan mudah menggelongsor di atas Tiada struktur lapisan zarah. Tiada lapisan akan tergelongsor apabila daya di kenakan lapisan yang lain Mulur dan boleh di tempa Lebih keras, kurang mulur dan tidak boleh ditempa
Jadual 3.3 : Perbandingan logam tulen dengan aloi Sumber : Eksplorasi Sains Ting. 4, Fajar Bakti

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 7

Aloi digunakan untuk Menambah kekerasan dan kekuatan logam Mencegah kakisan logam Memperbaiki rupa bentuk logam

Jadual 3.4 menunjukkan jenis aloi, komposisi, sifat dan kegunaannya Jenis Aloi Loyang Komposisi % kuprum % zink % kuprum % timah % kuprum % nikel Sifat Lebih keras daripada kuprum Cantik dan keras Tidak berkarat Cantik dan berkilat Keras dan tahan lasak Tidak berkarat Sangat keras dan tahan tekanan Tidak berkarat Sama dengan keluli karbon tetapi berkilat Lebih tahan kakisan daripada keluli karbon Keras tetapi ringan Kegunaan Alat elektrik, alat dapur Barang perhiasan, pingat Duit syiling Bangunan, kereta, kabel Sudu, garpu dan pisau Badan kapalterbang, tanggga mudah alih Barang perhiasan

70 30 Gangsa 80 20 Kupronikel 75 25 Keluli karbon Keluli nirkarat Duralumin

99 % besi 1 % karbon 74 % besi 8 % karbon 18 % kromium 93 % aluminium 3 % kuprum 3 % magnesium 1 % mangan 96 % timah 3 % kuprum 1 % antimoni

Piuter

Cantik dan keras

Jadual 3.4 : Jenis aloi, komposisi, sifat dan kegunaan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 8

AKTIVITI 3B

a) _________ terdiri daripada atom-atom yang sama jenis. b) _________ ialah campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan tertentu. c) Aloi digunakan untuk menambahkan ____________ dan________ logam. d) _________ adalah keras tetapi sangat ringan, biasa digunakan dalam binaan kapal terbang dan tangga mudah alih.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 9

MAKLUM BALAS 3B

a) Logam b) Aloi c) Kekerasan, kekuatan d) Duralumin

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 10

INPUT 3C

3.3 BAHAN SERAMIK •
• • • •

Ialah bahan tidak organik yang diperolehi apabila tanah liat dibakar dengan suhu tinggi. Tanah liat (aluminium silikat Al2 S2O3) apabila dicampur dengan air ia menjadi lembut dan mudah dibentuk. Sifat ini dikenali sebagai plastik dalam tanah liat. Unsur utama dalam seramik ialah silikon, oksigen dan aluminium. Sifat-sifat am seramik ialah Keras Rintangan haba yang tinggi Penebat elektrik Lengai terhadap bahan kimia Tahan mampatan Jadual 3.5 menunjukkan sifat-sifat am dan kegunaan seramik Sifat Kegunaan Pasu bunga Pinggan mangkuk Periuk Bunga perhiasan Sokongan kepada kabel-kabel besar dan berat Bahan penebat elektrik Membuat palam pencucuh Peralatan makmal

1. Plastik, keras

2. Penebat elektrik 3. Tahan haba 4. Lengai terhadap bahan kimia
Jadual 3.5 : Sifat dan kegunaan seramik

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 11

AKTIVITI 3C

a) Bahan seramik ialah bahan__________yang diperolehi daripada tanah liat dan dibakar dengan suhu tinggi. b) Tiga kandungan utama tanah liat ialah ________, __________ dan __________. c) Sifat _________ dan_________ digunakan untuk membuat pasu bunga. d) Palam pencucuh menggunakan bahan seramik adalah kerana ia________.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 12

MAKLUM BALAS 3C

a) Bukan organik b) Aluminium, silikon dan oksigen c) Plastik, keras d) Tahan haba

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 13

INPUT 3D

3.4 POLIMER • • Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada gabungan banyak unit kecil yang dikenali sebagai monomer. Polimer semulajadi ialah:Otot-otot Getah Kayu Kapas Rambut Polimer sintetik ialah polimer yang dibuat oleh manusia daripada bahan kimia. Bahan kimia yang biasa digunakan ialah petroleum, arang batu dan selulosa. Jadual 3.6 menunjukkan jenis polimer sintetik, monomer, ciri-ciri dan kegunaannya. Monomer Etena Kegunaan Bekas minuman, baldi, barangan plastik Paip PVC, baju hujan, kusyen PVC Bekas polistirena Tali nilon, berus gigi, pakaian nilon Tayar kereta Hos paip Pakaian kain kapas

• •

Polimer Sintetik Plastik

Ciri-ciri Lutsinar Lembut Mudah dibentuk Polivinil klorida Kloroetena @ Vinil Tahan lasak Mudah diwarnakan (PVC) klorida Polistirena Stirena Ringan Kalis air Murah Nilon Heksana-1,6 – Kuat (Poliamida) diamina atau asid Kenyal heksana-1,6 -dioik Getah sintetik Kloroprena Tahan suhu tinggi (Neoprena) Kenyal Kuat Poliester Ester Tidak mudah renyuk
Jadual 3.6 : Polimer sintetik, monomer, ciri-ciri dan kegunaan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 14

AKTIVITI 3D

a)

Polimer ialah___________yang terbina daripada gabungan banyak unit kecil yang dikenali sebagai____________. ______________ dan ___________merupakan polimer

b) _____________, semulajadi.

c) Bahan kimia yang biasa digunakan untuk membuat polimer sintetik ialah __________, ___________ dan gentian selulosa. d) ______________ dihasilkan oleh monomer etena digunakan untuk membuat bekas minuman.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 15

MAKLUM BALAS 3D

a) Molekul berantai panjang, monomer b) Kayu, kapas, rambut, getah c) Petroleum, arang batu d) Polietena

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 16

INPUT 3E

3.5 KOMPOSIT • • • • • Ialah bahan pepejal baru yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih bahan seperti logam, aloi, seramik dan polimer. Bahan yang terhasil mempunyai sifat gabungan bahan asalnya. Umumnya, ia lebih baik sifatnya daripada bahan asal. Jadual 3.7 menunjukkan nama komposit, ciri-ciri dan kegunaannya. Satu siri penyelidikan yang berterusan hingga terhasil bahan dengan sifat sangat istimewa sebelum tujuan penggunaan yang khusus. Antara sifat istimewanya ialah:Cantik Kuat Liat Ringan Kenyal Pengalir haba dan elektrik yang baik Ketegangan tinggi Ciri - ciri Lebih kuat Mengalirkan arus elektrik tanpa sebarang rintangan Kegunaan Binaan bangunan Binaan badan keretapi laju Biomagnet Mesin imej Resonan bermagnet Alatan elektrik Bahan binaan untuk bangunan, jambatan dan jalanraya Bahagian rumah Bingkai kayak Kanta kaca mata Tingkap kereta Tingkap bangunan

Nama Komposit Papan lapis kayu Superkonduktor (logam + seramik + aloi)

Konkrit diperkukuhkan (simen + pasir + logam + batu bata) Plastik diperkukuhkan dengan kaca Kaca fotokromik

Sangat kuat Tahan hentakan Boleh menampung beban yang berat Mudah dibentuk Kuat Ringan Rupa cantik Berubah dari lutsinar kepada berwarna apabila terdedah kepada cahaya

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 17

Jadual 3.7 : Penggunaan komposit

AKTIVITI 3E

a) Komposit ialah bahan pepejal baru yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih bahan seperti _____________, _____________ dan polimer. b) Bahan komposit biasanya mempunyai sifat _____________ bahan asalnya. c) _____________ ialah satu bahan komposit yang diperbuat daripada sebatian logam, seramik oksida, logam dan aloi dapat mengalirkan arus elektrik tanpa sebagai rintangan. d) Komponen penting dalam konkrit ______________ dan ____________. ialah ____________, _________,

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 18

MAKLUM BALAS 3E

a) Logam dan aloi b) Gabungan c) Superkonduktor d) Pasir, logam, batu bata

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 19

FAKTA KUNCI

1. Bahan tradisional ialah bahan yang diperolehi secara terus dari haiwan , tumbuhan dan alam sekeliling. 2. Bahan sintetik ialah bahan baru yang diperolehi melalui proses kimia. 3. Logam terdiri daripada atom - atom yang sama jenis. 4. Aloi ialah campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan yang tertentu. 5. Bahan seramik ialah bahan tidak organik yang diperolehi apabila tanah liat dibakar dengan suhu tinggi. 6. Unsur utama dalam seramik ialah silikon, oksigen dan aluminium. 7. Sifat-sifat am seramik ialah keras,rintangan haba yang tinggi, penebat elektrik, lengai terhadap bahan kimia dan tahan mampatan. 8. Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada gabungan banyak unit kecil yang dikenali sebagai monomer. 9. Polimer sintetik ialah polimer yang dibuat oleh manusia daripada bahan kimia. 10. Komposit ialah bahan pepejal baru yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih bahan seperti logam, aloi, seramik dan polimer

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 20

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 3.1 a) Senaraikan dua bahan tradisional dan bahan sintetik. b) Bandingkan sifat-sifat am bahan tradisional dan bahan sintetik dari segi kekerasan dan kekuatan Soalan 3. 2 a) Mengapakah aloi lebih kuat dan keras berbanding dengan logam tulen ? b) Tuliskan persamaan dan peratusan logam untuk membentuk duralumin. Soalan 3. 3 a) Nyatakan komponen – komponen asas dalam bahan seramik. b) Senaraikan dua sifat seramik dan contoh kegunaannya.

Soalan 3.4 a) Terangkan perbezaan antara polimer semulajadi dengan polimer sintetik. b) Berikan dua contoh bagi polimer semulajadi dan polimer sintetik. Soalan 3.5 a) Nyatakan komponen-komponen utama dalam konkrit. b) Apakah kelebihan konkrit yang dihasilkan berbanding simen biasa.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 21

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 3.1 a) Bahan Tradisional Kayu Tanih Bahan sintetik Plastik Kain sintetik

b) Kekuatan dan kekerasan bahan sintetik lebih baik daripada bahan tradisional. Jawapan 3.2 a) Aloi lebih kuat dan keras berbanding dengan logam tulen kerana zarah asing bertaburan secara rawak dan terselit antara zarah-zarah logam dan menghalang gelongsoran antara lapisan. b) Aluminium + kuprum + Magnesium + Mn 93 % 3% 3% 1% Jawapan 3.3 a) Komponen – komponen asas dalam bahan seramik ialah silikon, oksigen dan aluminium b) Sifat 1. Plastik, keras Kegunaan Pasu bunga Pinggan mangkuk Periuk Bunga perhiasan Sokongan kepada kabel-kabel besar dan berat Bahan penebat elektrik Membuat palam pencucuh Peralatan makmal Duralumin

2. Penebat elektrik 3. Tahan haba 4. Lengai terhadap bahan kimia

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 3 / 22

Jawapan 3.4 a) Perbezaan antara polimer semulajadi dengan polimer sintetik ialah sumbernya. Polimer semulajadi di dapati dari alam sekitar seperti tumbuhan dan haiwan manakala polimer sintetik ialah polimer yang dihasilkan melalui proses kimia. b) Polimer Semulajadi Getah asli Protein Kapas Rambut Jawapan 3.5 a) Konkrit diperkukuhkan (simen + pasir + logam + batu bata) b) Sangat kuat, tahan hentakan, boleh menampung beban yang berat Polimer Sintetik Polistirena Polivinil Klorida Nilon Getah sintetik

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 1

UNIT 4

DAYA
OBJEKTIF AM : Setelah mengikuti unit ini anda boleh :Mengetahui kepentingan daya dalam sistem mekanik, bendalir, elektrik dan terma. Memahami istilah am daya. Menyelesaikan masalah daya dan mengaplikasikannya dalam situasi tertentu. OBJEKTIF KHUSUS : Setelah menyelesaikan unit ini anda akan dapat :Menerangkan kesan daya dalam sistem mekanik, bendalir, elektrik dan terma. Menjelaskan dengan contoh daya seimbang, daya tidak seimbang dan tekanan dalam bendalir. Menerangkan kesan tork dan hubungannya dengan arah gerakan ikut arah jam dan lawan jam. Menerangkan tekanan atmosfera dan aplikasinya dalam kehidupan. Menjelaskan dengan contoh hubungan antara tekanan dalam bendalir dengan kedalaman. Membezakan di antara arus terus dengan arus ulangalik. Mengenalpasti bekalan voltan arus terus dan voltan arus ulangalik. Mengenalpasti komponen penting bagi satu litar elektrik Menentukan voltan bagi litar bersiri dan selari. Menjelaskan situasi di mana juruteknik mengukur voltan dan mengawal suhu. Menjelaskan perbezaan suhu mempunyai kesan terhadap daya dalam sistem terma. Menjelaskan hubungan di antara perbezaan suhu dengan arah pemindahan haba dalam suatu sistem terma.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 2

INPUT 4A

4.0

PENGENALAN

Daya dalam empat sistem yang berbeza iaitu mekanik, bendalir, elektrik dan terma akan dibincangkan. 4.1 DAYA DALAM SISTEM MEKANIK 4.1.1 Apakah itu daya? • • • Kita perlu menarik atau menolak suatu kotak yang berat untuk memindahkan kedudukannya. Tolakan atau tarikan ini dinamakan sebagai daya. Tarikan dan tolakan ini juga berlaku apabila anda mengangkat barang, bernafas, berjalan dan berbasikal. Semua yang kita lakukan diatas menggunakan daya. Dalam industri, semua operasinya bergantung kepada adanya daya. Contoh apabila jentolak meratakan tanah, robot mengangkat barang dan enjin motor dihidupkan. Disamping daya tolakan dan tarikan, daya geseran dan berat juga adalah contoh daya dalam sistem mekanik. Unit daya ialah kgms-2 atau Newton ( N ). Daya boleh disukat dengan spring penimbang yang berskala newton. Berat adalah jisim didarabkan dengan pecutan graviti. Berat ( N ) = jisim ( kg ) x pecutan graviti ( ms-2 ) Dirumuskan sebagai : W = mg Dimana W - berat m - jisim g - pecutan graviti (10 ms-2 )

• • •

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 3

Contoh 4.1 Jika jisim anda ialah 50 kg, kirakan berat anda. Ambil g=10 ms-2 . Penyelesaian Berat ( N ) = Jisim ( kg ) x Pecutan graviti ( ms-2 ) W = mg = 50 x 10 = 500 N 4.1.2 Kesan daya

pecutan graviti,

Rajah 4.1: Menunjukkan kereta dikemekkan

Rajah 4.2 : Menunjukkan budak memukul bola

Rajah 4.1 dan 4.2 menunjukkan beberapa kesan apabila daya dikenakan keatas suatu objek. • Kesan-kesan daya adalah seperti berikut :Mengubah saiz Mengubah bentuk Mengubah kedudukan Mengubah kelajuan dan atau Mengubah arah gerakan

4.1.3 Daya seimbang dan tidak seimbang • Dalam pertandingan tarik tali ada ketikanya penanda pada tali tidak bergerak. Pada masa itu tarikan dari kedua-dua pasukan adalah sama kuat tetapi pada arah yang bertentangan. Pada masa inilah dikatakan daya seimbang. Daya tarikan ke kiri = Daya tarikan ke kanan 100 N Daya seimbang 100 N

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 4

Apabila suatu pasukan itu tidak lagi dapat bertahan, daya tarikan mereka menjadi lemah dan pergerakan akan berlaku kearah daya tarikan yang lebih besar. 80 N 100 N Daya tak seimbang Daya tarikan ke kiri lebih kecil daripada daya tarikan ke kanan. Pergerakan tali itu akan arah ke kanan. Keadaan ini dikatakan daya tak seimbang.

Apabila jumlah daya yang bertindak pada suatu jasad adalah sifar iaitu jumlah daya ke kiri sama dengan jumlah daya ke kanan maka jasad itu berada dalam keseimbangan dan dikatakan daya seimbang. Jika sebaliknya jumlah daya yang bertindak pada suatu jasad adalah bukan sifar iaitu jumlah daya ke kiri tidak sama dengan jumlah daya ke kanan maka jasad itu akan bergerak dan ia dikatakan daya tak seimbang. Contoh 4.2 Kirakan jumlah daya yang bertindak dan nyatakan sama ada daya seimbang atau daya tak seimbang. F1 = 15 N, F2 = 10 N dan F3 = 5 N a) b)

F2 F1 F2 F1 F3

Penyelesaian F1 > F2, maka daya tak seimbang F1 = F2 + F3, maka daya seimbang.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 5

4.1.4 TORK • Dalam sistem berputar seperti membuka tombol pintu, nat tayar ataupun permainan jongkang jongkit, kesan daya yang bertindak itu dikenali sebagai tork.

Daya ( F )

Jarak ( d )
• Tork (Nm) = Daya (N) X Jarak tegak (Lengan)(m)

τ

= F X d (Nm)

Contoh 4.3

F d

Tork sebesar 30 Nm diperlukan untuk membuka nat pada gambar di atas. Jika daya F yang dikenakan ialah 100 N, berapa jarak d minima yang diperlukan untuk membuka nat tersebut? Penyelesaian = FXd 30 = 100 X d d = 0.30 m @ 30 cm

τ

Contoh di atas menunjukkan keadaan tork pada jasad dalam keadaan tak seimbang. • Tork untuk jasad dalam keseimbangan diberikan oleh: Jumlah tork lawan jam adalah sama dengan jumlah tork ikut jam. Tork lawan jam = Tork ikut jam

F 1 d 1 = F2 d2

Nm

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 6

Contoh 4.4

F1

F2

d1m
Pangsi

d2 m

Rajah 4.3 : Menunjukkan satu sistem jongkang jongkit

Berdasarkan rajah 4.3, F1=10 N dan F2=15 N, jarak d1=15 cm. Kirakan nilai d2. F
1

d

1

= F2 d2

10 X 15 = 15 X d2 d2 = 10 cm

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 7

AKTIVITI 4A

a) __________ atau ____________ ini dinamakan sebagai daya. b) Daya boleh disukat dengan spring penimbang yang berskala ________. c) Nyatakan unit bagi daya. d) Kirakan berat yang dihasilkan oleh satu batu bata yang berjisim 1 kilogram. (ambil g = 10 ms-2) e) Nyatakan sama ada daya yang bertindak pada kotak di bawah dalam keadaan seimbang atau tidak seimbang. i) ii)

5N

5N

5N 5N 5N

5N

5N

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 8

MAKLUM BALAS 4A

a) Tolakan , tarikan. b) Newton c) Unitnya ialah Newton (N) atau kgms-2 d) Berat (W) = mg = 1 x 10 = 10 N e) i) Daya tidak seimbang ii) Daya seimbang

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 9

INPUT 4B

4.2 Daya dalam Sistem Bendalir 4.2.1 Apa itu tekanan ? • • Tekanan adalah tolakan ke atas sesuatu jasad dalam sesuatu bendalir dalam keadaan diam atau bergerak. Tekanan ditakrifkan sebagai daya yang bertidak secara normal ke atas seunit luas permukaan,
Daya ( F ), N Tekanan ( P ) = Luas ( A ), m 2

Kerja-kerja seperti membrek kereta, minum melalui straw, pengaliran air dalam paip dan mengisi petrol adalah beberapa contoh tekanan dalam bendalir (Rajah 4.4). Dalam industri kebanyakan operasinya menggunakan tekanan, seperti pergerakan lengan robot, loji pembersihan air untuk air minuman dan jek hidraulik

Rajah 4.4 : Menunjukan beberapa alat yang menggunakan tekanan dalam bendalir.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 10

Apabila pam basikal ditekan, tekanan yang dikenakan dipindahkan kepada udara (bendalir) dalam pam yang menyebabkan tekanannya bertambah. Lebihan tekanan ini menyebabkan udara dipindahkan kepada alat mainan atau tayar.

4.2.2 Tekanan Atmosfera • • • • Tekanan atmosfera disebabkan oleh berat udara yang ada di atas (atmosfera). Lebih tinggi kita bergerak ke atas (menaiki bukit) jumlah udara yang ada di atas kita semakin berkurang yang menyebabkan tekanan atmosfera berkurang. Udara mempunyai berat yang boleh mengenakan tekanan ke atas semua jasad di permukaan bumi. Pada aras laut, tekanan atmosfera ialah 100000 Pa @100 kPa. Tekanan atmosfera semakin berkurangan mengikut ketinggian dari aras laut.

• • •

Udara disedut keluar dari kotak minuman. Didapati bahawa kotak minuman menjadi kemek. Ini berlaku kerana tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar bertindak pada kotak yang tekanan dalamnya dikurangkan.

• • • • •

Sifon merupakan satu cara untuk mengeluarkan cecair daripada bekas seperti air daripada akuarium. Satu tiub yang dipenuhi air dibengkokan dengan hujung yang pendek di dalam air dan yang panjang di luar bekas. Air dalam bahagian tiub yang panjang akan keluar kerana beratnya. Ini akan mewujudkan satu kawasan separa vakum dalam tiub. Tekanan atmosfera akan menekan permukaan atas air untuk mengisi kawasan separa vakum dalam tiub. Ini akan berterusan selagi ada air dalam bekas dan aras air dalam bekas lebih tinggi daripada aras air yang mengalir keluar.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 11

4.2.3 Hubungan tekanan dengan kedalaman cecair

Rajah 4.5 : Tekanan cecair pada bekas berlubang pada aras yang berlainan

Rajah 4.5 menunjukkan bahawa pancutan air pada aras yang berbeza menyebabkan jarak pancutan berbeza. Ini adalah disebabkan oleh : Tekanan pada suatu titik dalam cecair adalah sama dalam semua arah Tekanan dalam suatu cecair bertambah dengan kedalaman, h. Tekanan pada titik-titik yang berada pada kedalaman yang sama adalah sama. Tekanan pada kedalaman yang sama dalam suatu cecair adalah berkadar dengan ketumpatan cecair itu. P = ρ g h N m-2 Di mana, ρ = ketumpatan bendalir g = pecutan graviti h = kedalaman cecair

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 12

AKTIVITI 4B

a) Tekanan ditakrifkan sebagai ______ yang bertindak secara normal ke atas seunit
luas permukaan.

b) Tekanan dalam suatu cecair ____________ dengan kedalaman, h. c) Tekanan atmosfera semakin __________ mengikut ketinggian dari aras laut.
d) Berikan rumus bagi tekanan dalam cecair.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 13

MAKLUM BALAS 4B

a) Daya b) Bertambah c) Berkurang d) P =ρgh

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 14

INPUT 4C

4.3 Daya dalam Sistem Elektrik 4.3.1 Perbezaan antara arus terus (at) dengan arus ulangalik (au). • • Arus terus – di mana arah pengaliran cas (arus) sentiasa sama (satu arah sahaja). Arus ulangalik – di mana arah pengaliran cas (arus) sentiasa berubah-ubah.

Arus (I)

Arus terus

Masa (t) Arus ulangalik Graf di atas menunjukkan perbezaan arus terus dan arus ulangalik yang dipaparkan menerusi suatu OSK.

Jenis arus yang terjana samada at atau au bergantung kepada punca voltan didalam litar. Bateri menghasilkan at dan alternator menghasilkan au. Voltan diukur dalam unit volt ( V ).

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 15

4.3.2 Komponen penting bagi litar elektrik.

Sistem elektrik terdiri daripada :-

Konduktor – bahan yang boleh mengalirkan tenaga elektrik melaluinya. Contoh seperti wayar kuprum,aluminium dan logam-logam lain Alat kawalan – mengawal tutup atau buka aliran tenaga elektrik
Contohnya seperti suis dan alat kawalan suara radio.

Punca voltan – alat yang menjanakan tenaga elektrik. Contohnya bateri dan genarator. Peralatan elektrik – alat yang menggunakan tenaga elektrik yang telah
dijanakan. (Lihat Rajah 4.6) Contohnya peralatan rumah seperti mesin basuh, television, komputer dan sebagainya.

Konduktor Bekalan Beban

Suis
Rajah 4.6 : Litar elektrik ringkas yang mengandungi komponen penting.

4.3.3 Punca Voltan • Punca at selalunya mempunyai dua elektrod satu bertanda positif ( + ) dan satu lagi bertanda negatif ( - ). Bila punca voltan at disambungkan dalam litar, elektron akan bergerak dari elektrod negatif ke elektrod positif. Elektrod negatif elektrod positif • katod anod

Punca voltan boleh disambung dengan dua cara iaitu susunan bersiri atau selari.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 16

Jumlah voltan pada susunan bersiri (Lihat Rajah 4.7) diperolehi dengan menjumlahkan voltan pada semua punca voltan tersebut.

6V

9V

Rajah 4.7 : Sambungan voltan secara siri Sumber: CORD –2 nd Ed.Jun 93

Jumlah voltan bagi litar di atas , VT = 6 V + 9 V = 15 V

Bagi susunan litar selari pula, voltan di antara dua titik adalah sama walaupun lintasan yang berbeza-beza.

6V

X

Y

9V
• Jumlah voltan di antara titik X dan Y, VT = 9 V

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 17

4.3.4 Bagaimana voltan bertindak sebagai daya ? • • Dalam semua sistem elektrik, voltan bertindak sebagai daya. Voltan bertindak mengerakkan cas elektrik seperti mana daya mekanik menggerakkan objek dan tekanan menggerakkan bendalir dan udara. Daya elektrik menjana voltan bila cas positif dan negatif diasingkan. Juruteknik yang bekerja dalam sistem elektrik mesti boleh mengenalpasti punca arus dan arah pergerakan arus dalam litar. Juruteknik juga dapat mengukur voltan pada litar. Untuk melakukan ini, juruteknik harus memahami bahawa voltan menentukan cara arus bergerak seperti mana daya mekanikal menentukan arah pergerakan objek.

• •

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 18

AKTIVITI 4C

a) Bila cas elektrik bergerak berterusan pada satu arah ia dinamakan __________. b) Bila arus elektrik sentiasa menukarkan arah gerakannya maka ia dinamakan ______________ . c) Labelkan komponen yang berlabel a, b, c dan d pada litar elektrik dibawah. b

a d

c

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 19

MAKLUM BALAS 4C

a) Arus terus b) Arus ulangalik c) a - bekalan b – suis c – mentol d - konduktor

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 20

INPUT 4D

4.4 Daya dalam Sistem Terma 4.4.1 Haba dan Suhu • Haba dan suhu adalah dua perkara yang berbeza di mana haba ialah satu bentuk tenaga manakala suhu adalah ukuran darjah kepanasan. Suhu diukur dalam unit Celcius (0C), Fahrenheit (0F) atau Kelvin (K).

4.4.2 Pemindahan Haba

Rajah 4.8 : Pembakar roti

• •

Rajah 4.8 menunjukkan pembakar roti sedang digunakan. Haba dipindahkan dari pembakar roti kepada roti. Arah pemindahan haba di dalam sistem terma adalah sentiasa daripada jasad panas kepada jasad sejuk iaitu daripada suhu tinggi kepada suhu rendah.

4.4.3 Perubahan Suhu sebagai Daya • Kuantiti seakan-akan daya dalam sistem terma ialah perbezaan suhu. Sebagai contohnya kawasan yang bersuhu tinggi ialah pada suhu 90 0C dan kawasan bersuhu rendah pada suhu 40 0C maka perbezaan suhu, ∆T = 50 0C. Tenaga haba sentiasa bergerak daripada kawasan bersuhu tinggi ke kawasan bersuhu rendah.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 21

Kadar pemindahan haba ialah kepantasan tenaga haba dipindahkan daripada satu titik ke titik yang lain dalam suatu jasad bergantung kepada jenis jasad.

Rod Kuprum Rod Kaca Rod Besi Pemanas Paku Besi

Rajah 4.9 menunjukkan tiga rod yang dilekatkan dengan paku besi dengan menggunakan lilin dan pada satu hujung dipanaskan oleh pemanas.

Paku-paku besi pada rod besi, kaca dan kuprum akan jatuh dengan kadar yang berbeza (Lihat Rajah 4.9). Paku besi yang lebih dekat dengan pemanas akan jatuh dahulu. Ini menunjukkan bahawa haba sedang bergerak daripada pemanas (suhu yang lebih tinggi) ke hujung yang satu lagi. Paku-paku pada rod kuprum akan jatuh dahulu dan diikuti oleh paku-paku pada rod besi dan kaca. Ini menunjukkan kadar pengaliran haba adalah lebih cepat pada rod kuprum diikuti oleh besi dan kaca. Juruteknik yang bekerja dalam sistem terma mesti mengenalpasti punca-punca penghasilan tenaga haba dan arah pemindahan haba dalam sistem tersebut. Sebagai contoh dalam industri bakeri, oven digunakan untuk penghasilan haba. Suhu oven perlu dikawal supaya makanan masak pada suhu yang dikehendaki. Dalam kenderaan pula enjin menghasilkan haba dan disejukkan oleh radiator. Suhu pada tempat-tempat berbeza ditentukan oleh alat yang dinamakan termostat. Bacaannya ditunjukkan pada panel meter. Juruteknik perlu memastikan alat-alat yang mengukur suhu berfungsi dengan betul dan tepat supaya tidak menghasilkan kerosakan pada alat tersebut.

• • •

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 22

AKTIVITI 4D

a) ________ ialah satu bentuk tenaga manakala _______ adalah ukuran darjah kepanasan. b) Arah pemindahan haba di dalam sistem terma adalah sentiasa daripada jasad ______ kepada jasad _____ iaitu daripada suhu _______ kepada suhu ______. c) Kuantiti seakan-akan daya dalam sistem terma ialah ______________. d) ___________ialah kepantasan tenaga haba dipindahkan daripada satu titik ke titik yang lain.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 23

MAKLUM BALAS 4D

a) Haba , suhu b) Panas, sejuk, tinggi, rendah. c) Perbezaan suhu. d) Kadar pemindahan haba.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 24

FAKTA KUNCI

1. Tolakan atau tarikan ini dinamakan sebagai daya. 2. Berat adalah jisim didarabkan dengan pecutan graviti. Berat ( N ) = jisim ( kg ) x pecutan graviti ( ms-2 ) 3. Kesan-kesan daya adalah ia dapat mengubah saiz, bentuk, kedudukan, kelajuan dan arah gerakan. 4. Apabila jumlah daya yang bertindak pada suatu jasad adalah sifar maka jasad itu berada dalam keseimbangan dan dikatakan daya seimbang. 5. Jika sebaliknya jumlah daya yang bertindak pada suatu jasad adalah bukan sifar maka jasad itu akan bergerak dan ia dikatakan daya tak seimbang. 6. Tork (Nm) = Daya (N) X Jarak tegak (Lengan)(m)

τ

= F X d (Nm)

7. Tork untuk jasad dalam keseimbangan diberikan oleh: Jumlah tork lawan jam adalah sama dengan jumlah tork ikut jam. 8. Tekanan ditakrifkan sebagai daya yang bertidak secara normal keatas seunit luas permukaan,
Daya ( F ), N Tekanan ( P ) = Luas ( A ), m2

9.

Tekanan dalam cecair bertambah dengan kedalaman dan diberikan oleh formula P = ρ g h N m-2

10. Arus terus – di mana arah pengaliran cas (arus) sentiasa sama (satu arah sahaja). 11. Arus ulangalik – di mana arah pengaliran cas (arus) sentiasa berubah-ubah. 12. Jumlah voltan bagi litar bersiri, VT = V1 + V2 13. Bagi susunan litar selari pula, voltan di antara dua titik adalah sama walaupun lintasan yang berbeza-beza.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 25

14. Arah pemindahan haba di dalam sistem terma adalah sentiasa daripada jasad panas kepada jasad sejuk iaitu daripada suhu tinggi kepada suhu rendah. 15. Kadar pemindahan haba ialah kepantasan tenaga haba dipindahkan daripada satu titik ke titik yang lain dalam suatu jasad bergantung kepada jenis jasad. 16. Dalam sistem mekanikal, daya mengerakkan objek, dalam sistem bendalir perbezaan tekanan mengerakkan bendalir, dalam sistem elektrik perbezaan voltan mengerakkan arus dan dalam sistem terma perbezaan suhu mengerakkan haba.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 26

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 4.1 a) Takrifkan daya dan tork serta nyatakan unit masing-masing. b) Bezakan daya seimbang dan daya tidak seimbang. c) Ali berjisim 50 kg sedang memikul seguni beras berjisim 20 kg. Berapakah jumlah daya yang bertindak ? d) Kirakan daya bersih yang bertindak pada kotak di bawah. Nyatakan sama ada ia dalam keadaan seimbang atau tidak seimbang. i) ii)

5N

5N

5N

5N

6N

5N
e) Mengapakah spanar yang lebih panjang memudahkan membuka nat tayar?

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 27

Soalan 4. 2 a) Nyatakan rumus tekanan dalam cecair. Nyatakan maksud setiap simbol yang digunakan serta unitnya. b) Terangkan mengapa tekanan atmosfera berkurangan dengan ketinggian ? c)

Gambarajah di atas menunjukkan binaan tembok empangan di mana bahagian bawahnya lebih tebal daripada bahagian atas. Jelaskan mengapa binaan tembok empangan lebih tebal di bawah berbanding dengan bahagian atas? Soalan 4.3 a) Berikan dua punca voltan atau bekalan. b) Nyatakan empat komponen utama yang perlu ada dalam suatu litar elektrik ringkas. c) Bezakan arus terus dan arus ulangalik. d) Kirakan jumlah voltan pada litar yang ditunjukkan di bawah i) ii)

4V 4V 4V

4V

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 28

Soalan 4.4 a) Nyatakan tiga unit ukuran yang digunakan untuk mengukur suhu. b) Bezakan antara haba dengan suhu. c) Terangkan arah pemindahan haba dalam sistem terma. d) Kenalpasti bahan manakah di antara kuprum, besi, kayu dan kaca yang mempunyai kadar pemindahan haba yang paling minimum ?

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 29

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 4.1 a) Daya adalah tolakan atau tarikan dan unitnya ialah Newton (N). Tork = Daya X Jarak tegak (Lengan) dan unit bagi tork ialah Nm b) Daya seimbang ialah apabila jumlah daya yang bertindak ialah sifar. Daya tak seimbang ialah apabila jumlah daya yang bertindak bukan sifar. c) W = mg = (50 +20) 10 = 700 N d) i) Daya bersih = 0 N, oleh itu daya seimbang ii) Daya bersih = 1 N ke kanan ,oleh itu daya tidak seimbang e) Spanar yang panjang mempunyai jarak tegak yang lebih besar dan memberikan nilai tork yang lebih besar untuk memudahkan membuka nut tayar. Jawapan 4.2 a) Rumus tekanan ialah P = ρ g h N m-2 Di mana, ρ = ketumpatan bendalir g = pecutan graviti h = kedalaman cecair b) Lebih tinggi kita bergerak ke atas (menaiki bukit) jumlah udara yang ada di atas kita semakin berkurangan yang menyebabkan tekanan atmosfera berkurangan. c) Tekanan dalam cecair bertambah dengan kedalaman. Lebih dalam, tekanan adalah lebih tinggi. Untuk menampung tekanan yang lebih tinggi di bahagian bawah, binaan tembok itu perlulah lebih tebal di bahagian bawah.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 / 4 / 30

Jawapan 4.3 a) Bateri dan generator. b) Bekalan, suis, wayar (konduktor) dan beban. c) Arus terus – di mana arah pengaliran cas (arus) sentiasa sama (satu arah sahaja). Arus ulangalik – dimana arah pengaliran cas (arus) sentiasa berubah-ubah. d) i) VT= 4V + 4V = 8V ii) VT= 4V

Jawapan 4.4 a) Suhu diukur dalam unit Celcius (0C), Fahrenheit (0F) atau Kelvin (K). b) Haba ialah satu bentuk tenaga manakala suhu ialah ukuran darjah kepanasan. c) Arah pemindahan haba di dalam sistem terma adalah sentiasa daripada jasad panas kepada jasad sejuk iaitu daripada suhu tinggi kepada suhu rendah. d) Kayu.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 1

UNIT 5 KERJA
OBJEKTIF AM : Setelah mengikuti unit ini anda boleh :Mengetahui perbezaan kerja dalam ketiga-tiga sistem iaitu mekanik, elektrik dan bendalir. Menyelesaikan masalah kerja dan mengaplikasikannya dalam situasi tertentu. OBJEKTIF KHUSUS : Mengenalpasti dan :Membezakan kerja dalam sistem mekanik, elektrikal dan bendalir. Menerangkan kerja dalam sistem mekanik, bendalir dan elektrik. Menghitung kerja dalam sistem mekanik, bendalir dan elektrik. Menerangkan aplikasi dalam tempat kerja dimana kerja dilakukan dalam sistem mekanik, bendalir dan elektrik.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 2

INPUT 5A

5.0

PENGENALAN

Kerja dalam tiga sistem yang berbeza iaitu mekanik, bendalir dan elektrik akan dibincangkan. 5.1 KERJA DALAM SISTEM MEKANIK 5.1.1 Apakah itu kerja ? Dalam sistem mekanik kerja dilakukan apabila daya dipindahkan pada suatu jarak tertentu dalam arah daya. Unit kerja ialah Joule ( J ) atau Newton Meter ( Nm ) Kerja ( J ) = Daya ( N ) x jarak dalam arah daya ( m ) Dirumuskan sebagai : Dimana W W F S =FxS - kerja - daya ( N ) - sesaran ( jarak dalam arah daya )

Contoh 5.1 Satu objek ditolak berjisim 2 kilogram ditolak oleh satu daya bernilai 10 Newton, Objek itu bergerak 5 meter seperti ditunjukkan pada gambarajah dibawah. Kirakan kerja dilakukan untuk menolak objek tersebut.

F = 10N

5 meter

Penyelesaian : Kerja, W = F x S = 10 ( 5 ) = 50 J

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 3

Dalam sistem berputar pula, kerja dilakukan apabila objek itu berpusing. Kerja ( J ) = Tork ( Nm ) x sudut objek itu berpusing( rad ) Dirumuskan sebagai : W = xθ dimana W = kerja

τ

τ

=Tork = sudut dalam radian

θ

Contoh 5.2 Gambarajah di bawah menunjukkan suatu daya sebesar 50 Newton dikenakan pada spanar yang panjangnya 50 cm untuk membuka 1 nat tayar kereta. Daya yang dikenakan menyebabkan nat itu berputar sebanyak 60°. Kirakan kerja yang dilakukan.

F d

Penyelesaian : Kerja = Tork x sudut putaran W =

τ xθ
θ

= Fd

60 = 50 ( 0.5 ) x Π 180 = 25Π J 3 Sudut radian tidak diambilkira semasa menuliskan unit bagi kerja , iaitu J atau Nm sahaja.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 4

5.1.2 Applikasi Kerja Dalam Sistem Mekanik Kerja dalam sistem mekanik secara linear ataupun putaran adalah hasil daripada daya yang mengerakkan sesuatu objek. Daya ataupun Tork dalam pergerakkan objek adalah perlu supaya kerja dapat dilakukan. Contoh aplikasinya ialah angkat berat, robot pemasangan, kren pembinaan dan konveyer untuk pemindahan barang.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 5

AKTIVITI 5A

a. Bilakah kerja dilakukan dalam sistem mekanik? b. Nyatakan rumus dan unit bagi kerja. c. Kerja dilakukan apabila objek itu berpusing. Nyatakan rumus bagi kerja dalam sistem berputar. d. Satu objek berjisim 10 kg dihasilkan oleh daya tolak 50 N sejauh 500 cm. Kirakan kerja yang dilakukan bagi memindahkan objek tersebut.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 6

MAKLUM BALAS 5A

a) Apabila daya dipindahkan pada satu jarak tertentu dalam arah daya b) W= F x S dan unitnya ialah Newton meter atau Joule, W= kerja, F= Daya, S= Sesaran c) W= x θ dimana W= kerja

τ

τ= tork, θ= sudut dalam radian
d) W= F x S = 50 X 500 100 = 50(5) = 250 J

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 7

INPUT 5B

5.2 KERJA DALAM SISTEM BENDALIR Terdapat dua jenis sistem bendalir iaitu sistem terbuka dan sistem tertutup. Sistem bendalir tertutup direka supaya jumlah bendalir sentiasa dikekalkan dan boleh dikitar semula. Contohnya ialah jek hidraulik, brek hidraulik dan sistem peredaran tubuh. Dalam sistem bendalir terbuka, bendalir bebas bergerak dan tidak dikitar semula dalam sistem tersebut. Contohnya sistem bekalan air, sistem perparitan dan sistem air kereta bomba. 5.2.1 Penerangan Kerja Dalam Sistem Bendalir Dalam sistem mekanik, kerja dilakukan apabila daya yang dikenakan memindahkan suatu objek pada satu jarak tertentu, manakala dalam sistem bendalir kerja dilakukan apabila bendalir bergerak. Kerja dalam sistem bendalir ditakrifkan oleh dua persamaan iaitu: Persamaan 1 : Kerja ( J ) = Perbezaan tekanan (Nm -² ) x Pemindahan isipadu( m³ ) Dirumuskan sebagai W = ΔP x V Linear W = kerja ΔP = Perubahan tekanan (daripada tekanan tinggi kepada tekanan rendah) V = isipadu Persamaan 2 : Kerja ( J ) = Tekanan malar ( Nm-2) x Isipadu bendalir dipindahkan( m³) Dirumuskan sebagai W = P x ΔV Dimana W = kerja P = tekanan malar Δ V = isipadu bendalir dipindahkan

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 8

Contoh 5.3 Satu pam air memindahkan sebanyak 2 m³ air ke satu tangki yang berada 10 meter dari aras perigi . Kirakan kerja yang dilakukan untuk memindahkan air tersebut Diberi g = 10 ms -2 , ρ air = 1000 kgm-3 . Penyelesaian : W = ΔPx V = ρgh x V = 1000 (10) (10) x 2 = 200000 J Perbezaan tekanan , Δ P = hρg diberikan dalam unit 4 Contoh 5.4

100 cm²

Rajah 5.1 Rajah 5.1 menunjukkan contoh kerja bendalir dalam sistem tertutup. Apabila daya F1 =100 N dikenakan pada omboh kecil yang luas keratan rentasnya ialah 100 cm² menyebabkan bongkah naik setinggi 10 cm pada omboh besar yang luas keratan rentasnya ialah 400 cm². Berapakah kerja yang dilakukan dalam sistem ini ? Penyelesaian : W = P x ∆V F P= A = 100 cm² 100 = 1 N cm-2

∆ V = luas bongkah x tinggi = A x t = 400 (10) = 4000 cm³

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 9

Kerja yang dilakukan W = P x ∆V =1 N cm² = 4000 N m = 40 N m = 40 J 100 X 4000 cm³ = 4000 N cm

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 10

AKTIVITI 5B

a. Berikan dua contoh sistem bendalir tertutup. b. Berikan dua contoh sistem bendalir terbuka. c. Bezakan sistem bendalir terbuka dan tertutup. d. Berikan dua rumus yang digunakan untuk mengira kerja dalam sistem bendalir.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 11

MAKLUM BALAS 5B

a) Jek hidraulik, Brek hidraulik b) Sistem Bekalan air, sistem perparitan c)

Sistem Bendalir Tertutup
Direka supaya jumlah isipadu bendalir sentiasa sama dan boleh dikitar semula

Sistem Bendalir Terbuka
Jumlah isipadu bendalir tidak kekal dan tidak boleh dikitar semula

d) i) W= ∆ P x V ,

W= kerja ∆P= perubahan tekanan V= isipadu bendalir W= kerja P= tekanan malar ∆V= perubahan isipadu

ii) W= P x ∆ V ,

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 12

INPUT 5C

5.3 KERJA DALAM SISTEM ELEKTRIK Sistem elektrik adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita. Walaupun kita tidak nampak kerja elektrik sedang dilakukan, apabila cas elektrik dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain, sebenarnya kerja telah dilakukan. Kerja = Daya x Gerakan Dalam sistem elektrik, voltan menyebabkan cas bergerak, maka kerja ditakrifkan sebagai kerja ( J ) = voltan( V ) x pemindahan cas (C) Dirumuskan sebagai W = VQ dimana W = kerja V = voltan ( beza keupayaan ) Q =cas

CONTOH 5.5 Satu motor at 240 V, bekerja selama 5 minit dan arus sebanyak 5 ampere mengalir semasa kerja dilakukan. Kirakan kerja yang dilakukan oleh motor tersebut.(Diberi Q = l t) Penyelesaian : W = VQ Q=lt = 5 ( 5x60 ) = 1500 C kerja, W = VQ = 240 (1500) = 360000 J

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 13

5.3.1 Situasi Kerja Sistem Elektrik Kerja dalam sistem elektrik boleh menghasilkan kesan gerakan, bunyi, haba dan cahaya. Dalam kehidupan harian kita terdedah kepada kesan-kesan kerja elektrik semasa di rumah, sekolah, pejabat atau di kawasan-kawasan industri. Motor elektrik mengerakkan bendalir, kayu, mesin, kerja logam, tali konveyer dan kipas. Kesan haba yang dihasilkan oleh pemindahan cas digunakan dalam pemanas elektrik, pengering pakaian, pengering rambut atau oven. Aplikasinya dalam menghasilkan cahaya, laser dan bunyi tidak dapat dinafikan. Mengukur kerja yang dilakukan membolehkan juruteknik menguji kecekapan pelbagai sistem kerja ( tenaga) dimana kecekapan adalah perbandingan diantara kerja output dengan kerja input. Dengan mengetahui kecekapan bandingan sistem, maka produktiviti keseluruhan dapat dikira.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 14

AKTIVITI 5C

a) Bilakah kerja dilakukan dalam sistem elektrik ? b) Berikan rumus bagi kerja dalam sistem elektrik. c) Satu mentol disambungkan kepada bekalan 240 V menyala selama satu jam. Arus sebesar 0.25 A mengalir melalui mentol itu. Berapakah kerja yang dilakukan? Diberi Q = It.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 15

MAKLUM BALAS 5C

a) Apabila cas elektrik dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. b) W= VQ , W=kerja V=beza keupayaan (voltan) Q=cas yang dipindahkan c) W= VQ = VQ = 240(900) J = 216000 J Q = It = 0.25(60x60) = 900 C

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 16

FAKTA KUNCI

1) Dalam sistem mekanik, kerja dilakukan apabila daya dipindahkan kepada satu objek dalam arah daya. 2) Kerja (J) = Daya (N) x jarak dalam daya (m). 3) Dalam sistem berputar, kerja (J) = kilasan objek (Nm) x sudut objek itu berputar. 4) Dalam sistem bendalir tertutup, isipadu bendalir dikekalkan dan dikitar semula. 5) Dalam sistem bendalir terbuka , bendalir digunakan dan tidak dikitar semula. 6) Kerja (J) = Perbezaan tekanan (Nm¯²) x Pemindahan isipadu (m³) Dirumuskan sebagai W= ∆P xV atau W= Px ∆V 7) Kerja dalam sistem elektrik, dilakukan apabila arus elektrik dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. 8) Kerja (J) = voltan (V) x pemindahan cas (C) dirumuskan sebagai W= VQ.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 17

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 5.1 a) Takrifkan kerja dalam sistem mekanik. b) Berikan rumus untuk mengira kerja yang dilakukan bagi gerakan linear dan gerakan berputar. c) Ali mengangkat 10 bata naik ke tingkat 1 bangunan setinggi 5m. Berapakah kerja yang dilakukan oleh Ali jika jisim setiap bata adalah 1 kilogram. d) “Winch” (takal berlengan) digunakan untuk menarik suatu beban. Diberi panjang logam, L ialah 30 cm, daya (F) yang dikenakan ialah 20 N dan membuat 3 putaran lengkap, berapakah kerja yang dilakukan?

Soalan 5.2 a) Nyatakan perbezaan antara sistem bendalir tertutup dan terbuka. b) Terangkan kerja yang dilakukan dalam sistem bendalir tertutup. c) Di satu kawasan perumahan di mana tekanan air adalah rendah. Pam air telah digunakan untuk mengepam air ke tangki air setinggi 40 m, berapakah kerja yang dilakukan oleh pam tersebut untuk memindahkan isipadu 20 m³ air. Diberi ρ air =1000 kgm-3. Soalan 5.3 a) Takrifkan kerja dalam sistem elektrik dan nyatakan rumusnya. b) Hitungkan jumlah cas diperolehi apabila arus sebesar 0.5 A mengalir selama 2 minit. c) Sebuah cerek elektrik disambung kepada bekalan 240 V memerlukan masa selama 10 minit untuk mendidihkan air, arus sebesar 0.4 A mengalir dalam litar ini. Kirakan kerja yang dilakukan oleh cerek tersebut.

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 18

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 5.1 a) Dalam sistem mekanik kerja dilakukan apabila daya dipindahkan pada suatu jarak tertentu dalam arah daya. b) W = F x S dimana W - kerja F - daya ( N ) S - sesaran ( jarak dalam arah daya ) Dalam sistem berputar, kerja (J) = kilasan objek (Nm) x sudut objek itu berputar. W = xθ dimana W = kerja

τ

τ

=Tork = sudut dalam radian F =mxg = 10 x 10 = 100 N

θ
c) W = F x s = 100 x 5 = 500 J d) W=

τ= F x L
= 20(0.3) = 6N maka, W= 6(6 Π ) = 36Π J

τ

x

θ θ = 3 x 2 Π rad
= 3 x 2 Π rad = 6 Π rad

SAINS GUNAAN I

SPA 205 /5 / 19

Jawapan 5.2 a)

Sistem Bendalir Tertutup
Direka supaya jumlah isipadu bendalir sentiasa sama dan boleh dikitar semula

Sistem Bendalir Terbuka
Jumlah isipadu bendalir tidak kekal dan tidak boleh dikitar semula

b) Kerja ( J ) = Tekanan malar ( Nm-2) x Isipadu bendalir dipindahkan( m³) dirumuskan sebagai W = P x ΔV Dimana W = kerja P = tekanan malar Δ V = isipadu bendalir dipindahkan c) W= ∆p x V W= 400000 (20) = 8000000 J = 8000 kJ Jawapan 5.3 a) Kerja dalam sistem elektrikal, dilakukan apabila arus elektrik dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. kerja (J) = voltan (V) x pemindahan cas (C) dirumuskan sebagai W = VQ. Di mana V – voltan Q – cas yang dipindahkan b) Q = It = 0.5(2x60) = 0.5(120) = 60 C c) W = VQ = 240(240) = 576000 J Q = It = 0.4(10x60) = 240 C ∆P = ρgh = 1000(10) (40) = 400000 Nm-2

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->