You are on page 1of 3

UJIAN RINTANGAN PENEBATAN

Rintangan penebatan merupakan rintangan yang diukur dalam unit ohm antara bahagian
hidup bagi pemasangan dengan bumi. Rintangan akan disukat menerusi
penebatan yang menutupi konduktor.

Ujian rintangan penebat


pula digunakan untuk menguji samada terdapat litar pintas serta
untuk menguji ketebalan penebat pada kabel. Antara alat untuk menguji litar pintas
adalah
penguji rintangan penebatan.Dalam ujian rintangan penebatan, beberapa ujian ke atas
pemasangan perlu dibuat sebelum pemasangan disambungkan kepada bekalan.

Menguji Voltan
diperlukan bagi menguji voltan yang digunakan untuk ujian rintangan
penebatan. Sekiranya voltan yang digunakan merupakan voltan arus terus, ia perlulah
tidak
kurang daripada dua kali voltan arus terus normal dan sekiranya ia merupakan voltan arus
ulang alik, tidak kurang daripada dua kali voltan p.m.k.d normal; tetapi tidak perlu
melebihi 500 V bagi litar voltan sederhana.

Menguji pemasangan kepada bumi


merupakan ujian yang dibuat dengan semua fius
berada di tempatnya. Semua suis termasuk suis utama ditutup. Jika diperlukan, semua
lampu dan alat boleh dikeluarkan dan boleh diuji secara berasingan. Penebatan yang
disukat ke bumi hendaklah tidak kurang daripada 1 MΩ manakala sukatan bagi alat yang
dibuat secara berasingan hendaklah tidak kurang daripada 0.5 MΩ ke bumi dan 0.5 MΩ
antara kutub atau fasa.
Rajah 7.3 menunjukkan sambungan untuk menguji rintangan penebatan ke bumi bagi
suatu
pemasangan 2-dawai yang telah siap dengan lampu serta alatan lain yang ditanggalkan.
Kabel-kabel bagi kedua-dua kutub ke suis utama dipintalkan bersama dan disambungkan
kepada terminal ‘talian’ pada ohmmeter. Terminal ‘bumi’ bagi ohmmeter pula
disambungkan kepada terminal pembumian pengguna. Ketiga-tiga terminal bagi suis-suis
dua hala hendaklah disambungkan bersama untuk sementara waktu. Alat-alat pemanas
hendaklah diuji secara berasingan dan Rajah 7.4 menunjukkan contoh ujian yang di buat
ke atas cerek elektrik.
Rajah 7.3 : Ujian Rintangan Penebatan Bagi Pemasangan Yang Telah siap.

Rajah 7.4 : Ujian Rintangan Penebatan terhadap Cerek Elektrik

Menguji antara pengalir


dibuat di antara semua pengalir yang disambungkan kepada
mana-mana satu kutub atau fasa bekalan dan di antara semua pengalir kepada mana-mana
satu kutub atau fasa lain pada bekalan. Rintangan penebatan hendaklah tidak kurang
daripada 1MΩ. Rajah 8.5 merupakan satu contoh ujian rintangan penebatan antara
pengalir.
Rajah 7.5 : Menguji di antara konduktor-konduktor bagi satu pemasangan 2-dawai

You might also like