P. 1
Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini.

Kesan media cetak dan media elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar. Bahaskan kenyataan ini.

3.0

|Views: 16,111|Likes:
Published by silvia li

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: silvia li on May 06, 2010
Copyright:Attribution Share Alike

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/03/2014

pdf

text

original

Kandungan

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Apa yang dimaksudkan dengan media 2.1 Fungsi media dalam penggunaan sehari-hari

2 3

3.0 Peranan media dalam mempengaruhi kehidupan manusia 3.1 Pengaruh buruk media dalam kehidupan masyarakat 3.2 Kepentingan media dalam kehidupan. 3.3 Penggunaan komputer dalam pendidikan.

5 6 8 10

4.0 Penutup

12

Rujukan

0

1.0 PENDAHULUAN

Memang tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media telah dihasilkan. Manusia sekarang tidak heran dengan kecanggihan yang wujud sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini. maklumat terkini. Media-media inilah yang media cetak berperanan untuk suatu menyebarluaskan hidup bagi

Penciptaan

dianggap

fenomena

manusia pada kurun ke-19 dan ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan senjata yang boleh digunakan untuk keamanan ataupun kemusnahan. Bahkan

Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan bahawa jika meriam memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan organisasi sosial medan.

Menurut menyedarkan

W.Schramm

dalam

Syed

Arabi selain

Idid, dapat Di

media

berperanan sebagai itu,

untuk suara

tentang

semangat

kenegaraan

digunakan samping

perancang negara dan mengajar kemahiran yang baru.

menurut

A.Samad Ismail, seorang tokoh wartawan yang terkenal bahawa peranan media baik media cetak mahupun media elektronik bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat dan fakta, data dan laporan tetapi juga untuk membentuk pendapat dan fikiran umum, mempengaruhi, mendidik serta meningkatkan tahap fikiran, nilai hidup yang baik dan mensejahterakan masyarakat (A.Karim, 1997:3).

Di Negara Brunei Darussakam sekarang sudah terkenal dengan media cetaknya seperti Media Permata, Borneo Bulletin, Pelita Brunei dan majalah-majalah lain.

1

Bahan-bahan

seperti

ini

memang

banyak

mengandungi

banyak

informasi-informasi

yang penting. Media-media ini akan memberikan ilmu pengetahuan yang belum kita ketahui. Kebanyakan orang ingin mengetahui mengenai tips-tips kesihatan, jawatan-

jawatan kosong dan banyak lagi ilmu pengetahuan sama ada yang di dalam negeri ataupun luar negeri. Begitu juga dengan media elektronik seperti radio dan televisyen yang sudah meningkat saluran-salurannya. Dunia hiburan masa kini sudah jauh

meninggalkan zaman.

2.0 Apa yang dimaksudkan dengan media?

Media merupakan alat perantaraan yang menjadi penghubung di antara pemilik media dan sasaran orang ramai. Peranan media amat penting untuk menyampaikan pelbagai berita. bentuk Walau yang maklumat seperti sejak pendidikan, kebudayaan, ini ekonomi, banyak yang hiburan dan

bagaimanapun, berbentuk

kebelakangan

media cara

menyiarkan liar dan

rancangan

mistik, yang

kisah-kisah

jenayah,

hidup

program-program hiburan

tidak

bersesuaian

dengan

budaya

hidup

masyarakat

negara kita. Program-program ini ditayangkan oleh semua saluran media sama ada media cetak mahu pun media elektronik seperti televisyen, empayar internet, media interaktif , akhbar, buku, majalah, artikel dan sebagainya.

Dahulu suratkhabar,

media buku,

hanya majalah

ditunjukkan dan

kepada dan

bahan-bahan berbentuk

bertulis

contohnya seperti

sebagainya

audio-visual

televisyen dan radio. Tetapi hari ini skop media telah berkembang melampaui pelbagai

2

bentuk dan alat seperti Internet, teknologi telefon bimbit seperti SMS. MMS dan multimedia lainnya, malahan melintasi teknologi satelit. Manusia dapat menggunakan media untuk berhubung dalam masa yang sangat cepat, pantas, mudah dan terbuka yang melintasi ruang sempadan dan ruang angkasa.

Media di zaman kehidupan. Dari orang

sekarang yang

benar-benar kecil

menjadi µtuan¶ dalam seluruh sampai konglomerat, semua

aspek

paling

mengenal

perkembangan media, baik dalam bidang informasi, komunikasi, komputer, teknologi, internet dan sebagainya. Media yang berkembang begitu cepat sekali bukan saja

teknologi media itu sendiri, tetapi pengunaan dan pemanfaat media sangat cepat.

Media

mempunyai nilai yang

sangat

positif dalam perkembangan

kehidupan

manusia, namun juga menjadi perosak yang menjerumus manusia ke dalam kegagalan dan kehancuran. Dengan demikian media sebenarnya neutral dalam diri sendiri dan sekarang tergantung kita yang menggunakan alat tersebut, apakah itu dipakai sebagai alat kebenaran atau alat itu digunakan untuk senjata kejahatan.

2.1 Fungsi media dalam penggunaan sehari-hari

Media cetak mahupun media elektronik mempunyai fungsinya yang tersendiri. Lazimnya setiap media tersebut mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan fungsi yang dimainkan agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perspektif yang negatif. Ini dapat di ambil contoh iaitu majalah hiburan seperti Mangga

3

dan Hai, ia memaparkan kehidupan seharian artis dan ada di antara gambar yang disiarkan agak keterlaluan. Bagi mereka yang gemarkan media begitu mereka akan akan

menganggapnya sebagai hiburan

biasa tetapi bagi golongan tertentu,

melihatnya dari sudut yang berbeza dan menganggapnya sebagai keterlaluan serta lari dari budaya dan hukum agama sendiri.

Secara amnya,

para sarjana komunikasi bersetuju

bahawa media mempunyai

empat peranan utama iaitu pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur. Keempatempat peranan ini boleh dilihat dengan jelas berdasarkan sasaran setiap media terbabit dan pengisiannya, adakah ia memberikan manfaat kepada khalayak? Adapun begitu setiap fungsi terbabit mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Khalayak sewajarnya dapat memastikan mereka

menilai sama ada baik atau buruk suatu media bagi yang berfaedah, seperti yang dikatakan

memperoleh maklumat

oleh John R. Wenburg dan William Wilmot bahawa komunikasi itu adalah suatu usaha untuk memperoleh makna¶. Ia juga sejajar dengan Donald Byker dan Loren J.

Anderson yang menafsirkan komunikasi itu satu proses perkongsian maklumat antara dua individu atau lebih.

Jika

di

lihat

secara

mendalam,

keempat-empat

fungsi

media

terbabit

mempunyai kesan baik dan buruk kepada pengguna. Kesan tersebut akan berlaku sekiranya masyarakat terlalu bergantung kepada media untuk mendapatkan maklumat, berita yang tanpa merujuk kepada mana-mana sumber alternatif disebabkan terlalu sibuk bekerja dan sikap individualistik. Begitu juga halnya, sekarang dunia serba

4

moden ini, akan timbul kekeliruan apabila merujuk kepada terlalu banyak sumber, media hanya menyampaikan maklumat berdasarkan agenda dan kehendak organisasi

yang diwakili mereka manakala selebihnya tidak disalurkan kepada masyarakat untuk membuat pertimbangan.

Ini dapat di ambil contoh dalam laporan dari akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan New Strait Times amat berbeza dengan Harakah serta Suara Keadilan. Tetapi kedua-dua jenis akhbar itu tidak menipu khalayak kerana mereka hanya mengutip isi yang hanya menguntungkan organisasi mereka sahaja.

Keadaan bertambah buruk apabila teknologi maklumat berkembang dengan pesat dan timbul media baru yang disalurkan melalui internet seperti blog. Pertumbuhan blog seperti cendawan fenomena baru, selepas hujan sejak akhir-akhir lebih ini menyebabkan wujudnya blog satu

masyarakat

seolah-olah

mempercayai

sedangkan

kredibilitinya tidak diragui.

Berdasarkan

penerangan

di

atas

bahawa

fungsi

media

itu

adalah

sebagai

pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur yang mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada masyarakat.

3.0 Peranan media dalam mempengaruhi kehidupan manusia

Dari sudut Sains Minda, media mempunyai peranan dan pengaruh yang sangat besar dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seseorang individu.

5

Media

terutamanya atau daya

media

cetak

dan

visual besar

adalah kepada

dua seluruh

media

yang

mempunyai dunia atau

pengaruh

hypnosis

yang

penduduk

penggunanya. Media juga adalah channel yang menjadi alat yang paling utama oleh kuasa-kuasa memasukkan tersebut. besar dunia seperti atau Amerika maklumat untuk kepada menyampaikan kepercayaan mesej dan alat media

kepercayaan

pengguna

3.1 Pengaruh buruk media dalam kehidupan masyarakat

Menurut

kajian

Flemming

dan

Levie

(1993)

mengenai

peranan

media

dan

perubahan tingkah laku individu di Amerika Syarikat, beliau mendapati produksi yang digunakan oleh media dengan mudah menarik minat remaja yang sukakan keseronokan dan fantasi dalam kehidupan mereka. Kajiannya mendapati program-program media ini dapat menyediakan pelbagai bentuk keseronokan, permainan video, ruangan sembang, gaya hidup moden, fesyen pakaian terkini, maklumat mengenai barangan dan pelbagai bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh agensi tertentu. Kajiannya juga mendapati, media menyiarkan filem-filem µbox-office¶ yang biasanya menghidangkan adegan yang hangat dan panas seperti pembunuhan, perkosaan, bercumbu, berpelukan, menakutkan dan seram, pertengkaran, pergaduhan, adegan tembak menembak, aksi pergaduhan dan wanita seksi yang mempunyai watak kekuatan luar biasa. Beliau merumuskan dalam kajiannya, kesemua bentuk program-program media ini telah menjadi daya tarikan

untuk diadaptasi oleh golongan remaja dan akan mendedahkan remaja kepada bentukbentuk keganasan melampau yang akan memudaratkan diri sendiri.

6

Dalam kajian Anderson dan Dill¶s (2000) pula mengenai kisah-kisah ganas dalam media dan kesannya terhadap persepsi dan pemikiran pelajar-pelajar di Amerika Syarikat, beliau mendapati individu terutama remaja lebih mudah tertarik dengan

pelbagai adegan yang langsang dan ganas dalam media kerana keadaan psikologi mereka yang belum matang, lebih sukakan hiburan, aktiviti yang lasak dan mencabar. Menurutnya keadaan ini bersesuaian dengan zaman remaja dalam keadaan tidak stabil dan dalam proses membentuk personaliti diri. Kajiannya juga mendapati aktiviti-

aktiviti yang langsang memang sesuai dengan jiwa pelajar-pelajar remaja yang sedang memberontak merumuskan memang dan dalam mempunyai kajiannya berasa kekuatan bukanlah seronok fizikal sesuatu menonton yang yang tinggi. Oleh itu, jika beliau individu yang

menghairankan

tertarik

dan

program-program

langsang

terdapat dalam media kerana ia bersesuaian dengan naluri dan keadaan psikologi pelajar.

Menurut laporan Bahagian Jenayah dan Keganasan di Amerika, pada tahun 2001 terdapat lebih 20,000 kes pembunuhan, 75,000 kes rogol dan 600,000 kes penyerangan fizikal yang berlaku dalam masa setahun (Taylor, PePlau dan Sears, 2001). Pakar-pakar psikologi telah membuat banyak kajian dan mendapati pendedahan kepada kelangsangan dalam media merupakan antara sebab utama mengapa keadaan ini berlaku. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengkaji mendapati perlakuan delinkuan yang terdapat dalam televisyen dan video menjadi pemangkin dalam Browne,

meningkatkan tingkah laku 1999). Keganasan dalam

langsang media

dalam kalangan pelajar meningkatkan

(Pennel dan dan

juga

rangsangan

menyebabkan

7

seseorang itu hilang kawalan semasa berada dalam dunia yang nyata (Anderson dan Dill, 2000). Kajian ini juga menyebut golongan pelajar merupakan golongan yang paling ramai terlibat dengan tingkah laku langsang kesan dari pendedahan berulangan tingkah laku ini dalam media (Pennel dan Browne, 1999).

3.2 Kepentingan media dalam kehidupan.

Sekarang zaman globalisasi ini, manusia sangat membutuhkan teknologi dalam kegiatan sehari-hari. Media juga memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan penggunaan fotokopi teknologi seperti contoh buku-buku dan dihasilkan dengan juga adanya terhasil mesin dengan

untuk

dicetak,

akhbar-akhbar

majalah-majalah

adanya teknologi canggih untuk mencetak sedala media-media yang diperlukan. Selain itu juga, teknologi seperti komputer kini sudah dikenali seluruh masyarakat apatah lagi dengan kemunculan pesat yang internet. dan Penggunaan impak komputer kepada World rancak serta juga dalam melayari dalam mel kini internet pelbagai elektronik, sebagai utama. baru yang telah aspek. forum medium Teknologi semakin

berkembang Kemudahan perbincangan perkongsian, multimedia

memberi

pendidikan Wide Web,

disediakan talian

khususnya semakin

dalam

digunakan

penyebaran interaktif

maklumat web

saluran menjadi

komunikasi fenomena

menerusi

mendapat sambutan ramai seluruh dunia. Pengintegrasian antara kedua-dua teknologi membawa perubahan dalam penggunaan media, khususnya dalam pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan oleh guru dan pelajar di sekolah. Penggunaan media bermaksud penggunaan alat dan bahan yang membawa mesej atau maklumat isi

8

pelajaran

yang

direka

bentuk

untuk

pengajaran

pelajar.

Contoh

media

pengajaran

adalah nota, OHP, video imager, disket, CD-ROM, cakera padat, internet, komputer, VCD, papan putih, DVD, mikrofon, mesin fotokopi, projektor dan seumpamanya.

Kajian

(Rafie,

1994)

mendapati

bahawa

ransangan

media

bercetak

dan

gabungan media dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan. Kajian Toh dan Abd. Rahim (1994) mendapati pelajar yang didedahkan dengan empat mod pengajaran mempunyai motivasi yang tinggi berbanding dengan pelajar yang hanya didedahkan kepada satu mod pengajaran sahaja. Perry (1993) dalam kajiannya

mendapati media pengajaran ini berfaedah kerana ia meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklum balas bagi pelajar dan pengajar, dan kepimpinan dalam teknologi pendidikan dapat diwujudkan. Menurut Jonassen (1999), kemudahan

hiperteks dan hipermedia yang terdapat pembelajaran yang bercirikan

dalam internet dapat menyediakan suasana Pembelajaran menerusi multimedia

konstruktif.

mempunyai banyak

kelebihan dan antara yang utama menurut

Alessi dan Trollip

(2001) dalam buku mereka bertajuk Multimedia For Learning adalah:

i.

Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana saja mereka berada.

ii. Bahan sokongan

pembelajaran

boleh

dirangkaikan

daripada

sumber

tambahan

yang terdapat di seluruh dunia. iii. Pengurusan dan pantas. dan mengemaskini bahan pembelajaran menjadi semakin mudah

9

iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik.

Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat menghasilkan perubahan pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar memperoleh

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan tajuk yang berkenaan. Selain itu, pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran dan yang bermakna dan dapat menarik minat mereka untuk dan

meneruskan

pelajar

mengaplikasikan

pengetahuan

kemahiran yang diperlukan dalam situasi yang perlu.

McGloughlin (1997) dalam bukunya bertajuk Multimedia On Web menyatakan terdapat pelbagai faktor mengapa perlunya teknologi multimedia diintegrasi bersamasama teknologi web atau internet.

3.3 Penggunaan komputer dalam pendidikan.

Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan

minat dan seterusnya pretasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National School Foundation dalam Thomas (2000) terhadap 1735 ibu bapa dan 601 pelajar di Amerika Syarikat mendapati 53% ibu bapa dan 48% pelajar mengatakan penggunaan utama internet ialah untuk menyiapkan kerja sekolah. Kajian menunjukkan 43% kajian menyatakan penggunaan internet dan multimedia daripada

responden

meningkatkan

prestasi pencapaian mereka di sekolah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh MCI

10

(1998)

di

Amerika

Syarikat

yang

berkaitan

dengan

penggunaan

internet

dalam

pendidikan, 91% guru berminat dengan penggunaan internet semasa mengajar. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa lebih 48% guru sudah menggunakan internet dalam pengajaran mereka. Kebanyakan guru dan masyarakat di Amerika Syarikat percaya bahawa internet dapat meningkatkan taraf pendidikan kerana internet dapat

meningkatkan pencapaian pelajar selain menyediakan pelajar kepada kejayaan di masa hadapan dan mengurangkan kos yang perlu guru gunakan dalam aktiviti dalam kelas.

Kajian yang dijalankan oleh Becker (1999) terhadap 2,250 orang guru sekolah di Amerika Syarikat mendapati majoriti seramai 59% guru mempunyai akses internet di rumah dan 39% hanya mempunyai akses internet di sekolah. Dalam penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati 68% guru menggunakan internet atas daya usaha sendiri untuk mencari maklumat bagi tujuan pengajaran. Sementara itu dalam penggunaan internet sebagai alat komunikasi, didapati bahawa hanya 16% guru berkomunikasi dengan menggunakan e-mel dengan guru dari sekolah lain dan hanya 18% guru menghantar informasi, pendapat, cadangan dan hasil kerja pelajar ke laman web.

Oleh yang demikian, penggunaan internet kian berkembang dengan rancak. Di Malaysia pada tahun 2000 hanya sebanyak 700,000 pengguna internet dan pada masa itu hanya sebanyak 250,000 orang guru di negara ini yang memiliki komputer peribadi dan kira-kira 20% saja yang komputer mempunyai ada akses internet. dengan Perangkaan penggunaan ini jelas

menunjukkan

pemilikan

kaitannya

teknologi

11

internet. Pertambahan penggunaan teknologi internet kian berkembang selaras dengan pembangunan ICT di Malaysia.

Keberkesanan

penggunaan

teknologi

maklumat

juga

bergantung

kepada

keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet elektronik pengajaran komputer sudah semakin bertambah malahan yang mereka perlu telah untuk pesat cerah menganggap memudahkan dalam untuk media proses

komputer dan dalam

merupakan

sesuatu mereka.

pembelajaran pendidikan

Perkembangan satu jalan yang

pengunaan menjayakan

merupakan

pendidikan bertaraf dunia.

4.0 Penutup

Secara untuk serta

kesimpulannya,

memang

benar

kesemua

jenis

media

ini

berperanan kita alat

menyebarluaskan membantu dalam

maklumat, tugas dan

untuk

menambahkan sehari-hari.

lagi ilmu Dengan

pengetahuan menggunakan

kegiatan

media kita akan mengetahui apa sahaja maklumat-maklumat yang tidak kita ketahui sebelumnya. Di samping itu juga media berpengaruh kuat dalam menggugat keimanan

12

seseorang jika disalahgunakan media tersebut. Firman Allah Ta¶ala dalam surah AlImran: 104 yang bermaksud:

³Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung.´

Oleh

yang

demikian,

masyarakat

memahami

betapa

kuatnya

peranan

media

untuk mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan yang wujud pada diri manusia datang dari apa yang disimpan dalam minda mereka. Dalam dunia sejagat sekarang, kuasa besar seperti Amerika tidak menjajah secara fizikal tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti media cetak, visual, audio, filem dan internet untuk menjajah kepada minda negara-negara yang disasarkan. Demikian juga halnya maklumat yang diisi dan dimuatkan dalam komputer dan alat-alat perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang memerlukan

kepada penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Oleh itu Allah Subhanahu Wataala awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana firman-Nya

dalam Surah Al-Hujuraat:6 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasakh membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

13

Rujukan Buku: Abd. Karim bin Haji Abu Bakar. Peranan media cetak dalam pembangunan Negara analisa mengenai lidah pengarang, Pelita Brunei (1983-1985), Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam 2000/2001.ms 25-27 Internet: Amar Mahmood. Media sebagai alat membangun atau merosakan minda (Part 1). Jun.13, 2008. Di ambil dari:
http://amarmahmood.com/2008/06/13/media-sebagai-alat-membangun-atau-merosakan-mindapart-1/

Azran Fitri Rahim. Tukang Canang, Peranan Media Massa. Selasa, Ogos 25, 2009. Di ambil dari: http://azranfitri.blogspot.com/2009/08/peranan-media-massa.html Haji Afiq bin Haji Julah. Minda Pembaca. Manfaatkan media untuk menggali ilmu. Di ambil dari: http://www.brunet.bn/news/pelita/14feb/minda.htm Rohani. Artikal Renungan umum: Pengaruh media dalam kehidupan kita. Selasa, 2 Julai 2009. Di ambil dari: http://www.imcmedia.org/index.php/artikel-rohani/41-renungan-umum/300-pengaruhmedia-dalam-kehidupan-kita Rosly bin Kayar. Kelangsangan dalam media dan kesannya terhadap tingkahlaku agresif pelajar, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. April 2007. Di ambil dari: http://eprints.utm.my/6442/1/RoslyKayarMFP.pdf Peranan media massa menurut perspektif Islam. Khutbah Jumaat, 10 Julai 2009. Jabatan Agama Islam Selongor. Di ambil dari: http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=787&Itemid=1

14

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->