You are on page 1of 38

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan.

Orang dewasa yang


memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu
dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau
leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,
gasing buku benang dan gasing pinang.

Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah,
merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih.
Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga
menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku
atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing
yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke
dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika
melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan


timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat
lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya
maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan
varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing
lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut
dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian
dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter
dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian
gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit
jambuhnya direnggut.

Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat
individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.
Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang
cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan
berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat
danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di
hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau
arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25
meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah
dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang
pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada
dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan
memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-
pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah


pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing
mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah
gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu
gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan
ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya
cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai
pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas
lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti
berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi
pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

Gasing
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing Jepun
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang.
Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada
tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang.
biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali
gasing.

Senarai kandungan
[tutup]

• 1 Jenis gasing
• 2 Cara bermain gasing
o 2.1 Melilit tali
o 2.2 Melilit gasing
o 2.3 Memusing gasing
o 2.4 Memangkah gasing
 2.4.1 Pangkah totok
 2.4.2 Pangkah hentak
 2.4.3 Pangkah layang
 2.4.4 Pangkah tebang
o 2.5 Mengangkat gasing

• 3 Pautan luar

Jenis gasing
• Gasing toyol
• Gasing begelen
• Gasing berembang
• Gasing buku benang
• Gasing jantung
• Gasing kelamar
• Gasing kepala duri
• Gasing kuno
• Gasing lang laut
• Gasing leper
• Gasing leper Kelantan
• Gasing pacitan
• Gasing pangkah
• Gasing piring
• Gasing pinang
• Gasing tanjung
• Gasing telor
• Gasing Cina
• Gasing Melayu
• Gasing uri

Cara bermain gasing


Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun
1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan
daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing
dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua
pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan
membela uri gasing.

Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari
kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali
yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik.
Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan
pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul
hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.
Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan
kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan
pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.
Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin
pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi
akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang
telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan
cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing,
pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa
sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan
ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak
tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan
dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang
diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada
pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.
Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya
dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan
dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan
cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu
gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula
bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.
Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik
dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan
pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk
mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak
bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua
orang.

Memusing gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang
betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan
pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya
gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan
yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan
sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang.
Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan
gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing
mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing
ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak
jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut
hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak
rendah dan dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan
kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala
ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan.
Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke
hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan
dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan
pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,
perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa
digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah
hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.
Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah.
Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini
bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan
gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi
adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula
diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun
tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan
pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai
sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah
dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk
melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini
bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala
dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat,
cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus
keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu,
labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga
merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan
pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak
dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah
gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan
pepat.

Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang
sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing
memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah
pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah
yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan
menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan
berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan
tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali
yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak
akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

Gasing toyol
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan
berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian
sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering
mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan
untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing
lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan
mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri
Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.

Gasing begelen
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan
berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian
sekitar 8 cm.

Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan
gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah
disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei.
Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi
pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak
sahaja.

Gasing jantung
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing jantung adalah gasing berbentuk jantung dan biasanya dimainkan di negeri
Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Gasing jantung ini juga
dikenali sebagai gasing lundu.

Gasing kuno
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing kuno merupakan jenis gasing silam yang pernah dimainkan di negeri Kelantan,
Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor.

Gasing ini merupakan gasing yang masih mengekalkan bentuk lama yang diperbaiki
daripada bentuk berembang. Biasanya ia digunakan untuk memangkah dan diperbuat
daripada kayu merbau, ru, dan keranji. Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan Temerloh,
bentuk amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang.

Gasing Kuno mempunyai bentuk berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai
lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing lang laut


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor,
tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor.

Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia
mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm.
Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu
hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari
atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_lang_laut"

Gasing leper
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional.
Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional.
Gasing ini berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai
lilitan 48 cm dan ketinggian 6 cm.

Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah
sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat
asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran,
tetapi harganya terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan
lama berputar.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_leper"

Gasing leper Kelantan


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang sering dimainkan di Kelantan. Ia
biasanya dimainkan menurut lama tempoh ia berputar.

Gasing leper kelantan merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring
dengan berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6
cm. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain
tradisional. Gasing ini disimpai berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan
lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih
dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya agak mahal.

Gasing pacitan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini
hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula,
gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai
gasing bunut.

Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan
mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah
mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang
kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini
banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang
Sungai Jelai.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_pacitan"

Gasing pangkah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat


pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing
kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku
benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina,
kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

[sunting] Cara bermain permainan gasing pangkah


Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut
dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan
lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75
cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh
permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan
itu tali yang melilit jambuhnya direnggut
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_pangkah"

Gasing tanjung
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing tanjung merupakan gasing yang sering di mainkan di Muar, Johor. Ia dimainkan
dengan setiap pemain bergilir-gilir menjadi pengacau dan pemangkah. Di negeri Selangor
gasing ini dinamakan gasing labu lemak.

Gasing tanjung biasanya diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.
Biasanya gasing tanjung berbentuk buah berembang, dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia
mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian sekitar 10 cm.

Gasing uri
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Gasing uri merupakan sejenis gasing yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri
mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai
dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah,
ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 6 kg.
gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm

GASING PANGKAH PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAKA

GASING pangkah merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi yang mempunyai kesenian tersendiri di mana mengandingankan
kepakaran pembuat dan pemain.

Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri ini sejak abad ke-15 lagi sememangnya
mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada
penghasilan sesebuah gasing itu.

Bagi menghasilkan sebuah gasing pangkah, pembuat gasing akan memastikan jenis kayu yang
baik bagi menjamin ketahanannya di samping keseimbangannya yang menjadi kayu pengukur
kepada kejayaan pemain.

Bagi pemain pula, kepakarannya untuk memangkah dan memastikan gasing pihak lawan berjaya
dipangkah merupakan kesenian permainan itu yang menjadi titik tolak kejayaan sesebuah
pasukan untuk bergelar juara.
Jika di zaman dahulu, permainan gasing pangkah melibatkan pengaruh pawang dan bomoh
untuk memastikan gasing yang berpusing itu mampu bertahan di samping "kepercayaan"
melemahkan semangat lawan dan mengalihkan pemumpuan.

Permainan gasing pangkah bukan sahaja melibatkan penumpuan yang khusus tetapi kepakaran
untuk memangkah dan mematikan gasing lawan juga memainkan peranan kerana setiap
balingan (pangkahan) perlu menepati sasaran.

Di samping itu juga, mengikut kepercayaan masyarakat dahulu, pemainan gasing pangkah juga
boleh menghalau hantu yang merosakkan hasil tanaman disebabkan bunyi dentum yang kuat
apabila hantukan berlaku di antara sebuah gasing dengan sebuah gasing yang lain.

Pelbagai jenis gasing pangkah terdapat di negeri ini antaranya "gasing bulat" atau "gasing
tunjang", "gasing botol" atau "gasing jantung" manakala "gasing leper" pula juga dikenali sebagai
"gasing pereng" atau "gasing merempang".

Penggunaan kayu yang berkualiti dan keras menjadikan sesebuah gasing itu sukar retak atau
pecah bagi menghasilkan sebuah gasing yang mantap apabila berhadapan dengan pihak lawan
ketika pertandingan.

Pembuat gasing akan memastikan kayu yang berkualiti sahaja mampu menghasilkan sebuah
gasing yang mampu bertahan lama antara kayu yang sering digunakan ialah merbau, limaum,
jambu batu, kualang, bakau, rhu dan leban.

Bagi menghasilkan sebuah gasing memerlukan kemahiran serta pengetahuan di samping bakat
dan seni untuk menghasilkan produk yang berkualiti, bentuk yang ringkas termasuk tali bagi
melilit untuk memusingkan gasing.

Tali yang di perbuat daripada benang atau tali terap di mana bahagian pangkal besar dililit di
tangan permain manakala hujung tali yang halus melilitkan di bahagian atas kepala gasing
melawan arah jam.

Permainan gasing kini kurang mendapat sambutan di kalangan generasi muda disebabkan
pengaruh arus perbangunan yang menghasilkan lebih banyak permainan yang baru.

Bagaimanapun, perubahan masa turut mempengaruhi permainan gasing pangkah yang mana
beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda menyertainya di
samping menjadikan permainan itu lebih mencabar.

Pengerusi Lembaga Pengadil Malaysia dan juga Jurulatih Persatuan Gasing Negeri Melaka
(Pergam), Koh Kim Bok berkata, setakat kini sebanyak lapan gelanggang gasing yang masih aktif
antaranya di Bukit Rambai, Serkam dan Bukit Sengeh.

Beliau berkata, gelanggang permainan gasing memerlukan kawasan yang sesuai iaitu tanah
yang rata dan keras di mana keluasan sesuatu gelanggang itu sekitar 14 x 14 meter (m) dengan
penyertaan lapan permain bagi membentuk dua regu.

Ketika ditemui Mingguan Melaka di rumahnya di Bukit Rambai di sini, Koh yang lebih dikenali
sebagai Baba Kim Bok berkata setiap hujung minggu pesatuan gasing akan menjalani latihan
serta mengadakan pertandingan pertunjukan di Gelanggang Gasing Pangkah di Bandar Hilir.

Menurutnya, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan permainan rakyat itu yang kini telah
diadaptasikan lebih berbentuk sukan dalam usaha menarik minat orang ramai menyertainya.
Baba Kim Bok yang pernah mewakili pasukan Melaka dalam beberapa kejohanan gasing
pangkah antaranya "Melayu Merdeka Challenge Shield" pada 1957 lepas.

Penglibatan beliau bukan sahaja sebagai jurulatih dan pengadil perlawanan malah turut membuat
gasing pangkah di samping menjalankan perusahan kecil-kecilan menghasilkan kraftangan
berbentuk gasing.

Mengenai sukan gasing pangkah, Baba Kim Bok berkata setiap gasing perlu mematuhi peraturan
yang ditetapkan iaitu dari segi panjangnya mata gasing, ukur lilit, berat dan juga jumlah uri hidup
(gasing yang masih berpusing setelah dipangkah).

"Jika dulu, kiraan mata ditentukan berapa lama uri berpusing (gasing berpusing) setelah
dipangkah tetapi kini ditukar kepada jumlah uri hidup pula secara tidak langsung dapat
menjimatkan masa," katanya.

Baba Kim Bok berkata, setiap permainan mempunyai dua pihak iaitu pemusing dan pemangkah
di mana pemusing perlu memusingkan gasing mereka di dalam kawasan yang ditetapkan.

"Manakala pemangkah perlu memangkah gasing pemusing sama ada untuk memati atau
mengeluarkan gasing dari kawasan yang ditetapkan sebelum ditentukan jumlah uri hidup,"
katanya.

Beliau berkata, Pergam sememangnya mengalu-alukan golongan muda terutama para belia
untuk menyertai mana-mana persatuan gasing pangkah dalam usaha melahirkan pemain gasing
pangkah yang berkualiti sekaligus mampu mengharumkan Melaka di peringkat kebangsaan.

Menghaluskan Kepala
Gasing Lempar Gasing Adu Dendang Gasing

Seorang pegasing (pemain gasing) asal Tiga buah gasing sedang beradu dindang
dusun Prabumulih, Sumatera Selatan, (lama waktu putaran) dalam Turnamen
melempar gasing ke Arena... Gasing Tradisional...

© All rights reserved. © All rights reserved.


Uploaded on Nov 30, 2007 Uploaded on Nov 30, 2007
Sebelum ditandingkan, gasing 0 comments 1 comment
kepala gasing dihaluskan terlebih
dulu. Bisa dengan menggunakan
pecahan...

© All rights reserved.


Uploaded on Nov 30, 2007
2 comments
Pertandingan gasing menjadi salah satu hiburan yang diminati masyarakat Prabumulih. Foto diambil...

Gasing, sebuah permainan tradisional yang populer dimainkan oleh orang-orang Prabumulih menjelang

PENDAHULUAN
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu
ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang
Melayu dahulu mencari alternative untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang
besar dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat
Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang
terbuang. Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan
sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat
mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan
pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan
lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina
di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang.
Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan
kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan ini
diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat
jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi.
Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah
mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu.
Jika usaha gigih diteruskan pasti suatu ketika nanti gasing akan menjadi permainan yang
digemari. Pemulihan permainan ini diharapkan dapat memaparkan kepada umum tentang
warisan bangsa Melayu yang telah dilupakan agar terus berkekalan.
ASAL-USUL
Unsu seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan
tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarat. Masyarakat Melayu
tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan
sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat
menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan
sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja
dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan,
kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan
hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai tentang pelbagai
perkara.

Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan
inilah yang menyebabkan corak permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah
berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia
pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira
menang. Bagi ahli silat,satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan
buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat
daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang
mungkin. Ketika ligat ia disebut “gah”, yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing.
Daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.

Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada


permainan “laga telur” yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak
ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir
kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk
memusingkan kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusingan tidak tahan
lama.

Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang
berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan pernciptaan alat memburu binatang
yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan
melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk
mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakan sebagai satu
cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakannya dan mengenai sasaran.
Alat tersebuat kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk gasing
yang terdapat pada hari ini.
Perkembangan permainan gasing
Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan
sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan
yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai
jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja
dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga dikalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau
dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di
sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada
dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan.
Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan bentuk dan hanya dimainkan di
sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara
mengendalikannya juga berlainan mengikut kampong, daerah dan ketua permainan.

Namuan begitu, kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing,
memangkah dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah memberla uri ,
melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang
menimbulkan pelbagai bentuk dan sara permainan gasing. Umpamanya terdapat
perbezaan dalam permainan gasing timah dan gaisng leper di negeri kelantan; gasing
peyek dan gasing tempayandi Selangor serta gasing paku di Kedah.

Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan,


peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-
bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain.
Umpamanya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain. Begitu
juga dengan gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata
adalah sama dengan gasing yang dimainkan pemain gasing Kedah dan Patani. Gasing
Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika ditinjau di Riau sendiri,
ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada
pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan
dengan tempat lain.

Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di Negara-negara lain di Asia,


Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak permainan, bentuk
gasing, nama serta golongan yang memainkannya. Oleh itu, ternyatalah permainan gasing
ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hamper semua tamadun.

Walaupun gaisng ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun


pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta
corak permainan gasing. Hasil kesedaran betapa pentingnya kesergaman dalam
permainan gasing ini maka pihak yang bertanggungjawab telah mengmbil tindakan yang
bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti
Malaya yang kemudiannya diikuti dengan Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing,
di Sekolah Dato’ Seri Amar Diraja, Muar, Johor, Pada tahun berikutnya. Tujuannya
adalah untuk menyeragamkan permainan gasing.

PERMAINAN GASING MASA KINI


Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang
diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan
cara untuk menyerbarkan permainan ini secara meluas dan meyeluruh. Peristiwa ini
bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang
diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan
ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit yang dibentangkan oleh
Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya
merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman dahulu.

Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini
dengan kerjasama Kemnterian Kebudayaan Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan
Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar Undang-Undang Permainan Gasing yang
bertempat di Sekolah Dato’ Seri Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah
untuk menyatu dan mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing.
Pada peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan tidak
menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan peraturan gasing
yang dihasilkan.

Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama, satu


mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima
bulan selepas seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat
pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk
mencuba peraturan yang telah digubal. Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973
dalam pertandingan gasing di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.

Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk, iaitu di Wisma Belia,
Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bharu,
Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat
dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis
penubuhan Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Klang pada 20
Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini juga telah diadakan perbincangan tentang
penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5 Disember 1977, Persekutuan Gasing
Malaysia telah ditubuhkan dan didaftar di Melaka setelah melalui beberapa perbincangan.
Gasing Leper Kelantan

Cirri-ciri:

Bentuk: rendah dan juga leper


Berat : 8 kg
Lilitan : 48 cm
Tinggi : 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain
tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama.
Simpaian gasing ini diliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan
dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.

Gasing Uri

Cirri-ciri:
Bentuk : rendah dan agak leper
Berat : 6 kg
Lilitan : 60 cm
Tinggi : 8 cm

Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti
dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika
simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya
besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.
Gasing Kuno

ciri-ciri:

bentuk: sederhana dan


berembang

Berat : 0.6 kg

Lilitan : 30 cm

Tinggi : 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor
dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk
berembang. Biasanya ia hanya di gunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada
kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Baba

Cirri-ciri:

Bentuk : tinggi dan seperti


telur

Berat : 0.6 kg

Lilitan : 38 cm

Tinggi : 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa
digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis,
Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.

Gasing Jantung
Cirri-ciri:

Bentuk: jantung

Berat : 0.25 kg

Lilitan : 20 cm

Tinggi : 12 cm
Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak,
Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing
lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan
negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau,
manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan
sepetir.

Gasing Tanjung
Ciri-ciri:

Bentuk : tinggi dan


Berembang.

Berat : 0.6 kg

Lilian : 30 cm

Tinggi : 10cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan
oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk
memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini
diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

CARA BERMAIN GASING


Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya.
Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara
satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing
membezakan sifat gasing dan membentuk system permainan yang turu berbeza.

Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,


memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing
langkah-langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-

1) melilit tali
2) melilit gasing
3) memusing gasing
4) memangkah gasing
5) mengangkat gasing
Melilit Tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di
jari kelingking. Kedua – dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana
tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik.
Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan
pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul
hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.
Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan
kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan
pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala
bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh
orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.

Rajah menunjukkan cara memasukkan cecincin pangkal


tali gasing ke jari kelingking.

Rajah menunjukkan cara tali dililit pada pangkal tali gasing


di pergelangan tangan.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari
kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri
bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh
pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak
dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih
panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan
lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan
meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan,
kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada
lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau
menegak uri.

Melilit Gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada
lengan dahulu kemudian barulah dililit disekiling gasing. Cara lain adalah seperti yang
diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada
pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.
Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya
dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan
dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilkan
cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu
gasing.

iibu jari tangan kiri menekan rambu tali gasing pada


leher gasing.

cara melilit tali pada gasing lilitan ketiga

llilitan permulaan bagi gasing

cara memegang gasing sebelum dililit dengan tali

Lilitan separuh bahu gasing


lilitan gasing penuh

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula
bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.
Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik
denagn ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan
pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk
mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak
bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua
orang.

Memusing Gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara
yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk
menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang
betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua
jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan
dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di
hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa
menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di
hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah
rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan
tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45
darjah. Pusingan gaya ini agak rendah.

TEKNIK PUSINGAN SORONG TARIK

Langkah awal pemain semasa hendak memusingkan gasing mengikut


cara pusingan sorong tarik.
Gasing dihayunkan dengan kedudukan kira-kira 45 darjah daripada
kaki kiri.

Gasing terus dihayunkan untuk dicampakkan.

Bagi pusingan sentap (rujuk gamba rajah di bawah), gaya pusingan ini
menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan
kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan
tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan kea rah sasaran dengan
kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing
terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan
tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.

Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.


Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing.


Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Terdapat empat gaya pangkahan yang biasa
digunakan oleh pemain dalam apa jua pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak,
pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok

Cara melakukan pangkah totok. Pangkah dilakukan


dari jarak dekat supaya mengenai sasaran.

Gasing dilepaskan ke arah lawan dengan cara


pangkah totok.

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.
Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah.
Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini
bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggan. Jika menggunakan
gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi
adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Pangkah hentak

Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing


yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk
menghentak gasing lawan.

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah


tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang
gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran.
Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah.
Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat
mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh
memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa
pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk
melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper.
Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Pangkah layang

Gasing dipegang lebih tinggi dari paras kepala apabila


hendak melakukan pangkah layang

Pemain mengimbangkan badan untuk melakukan


pangkah layang
Gasing pemangkah ditujukan pada bahu gasing pemusing

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula


hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara
tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan
kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat
dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan
jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang

Kaedah melakukan pangkah terbang; badan


dibongkokkan sedikit dan gasing dihayun ke
belakang pada paras bahu.

Pemain menggunakan cara pangkah tebang


untuk memangkah labu gasing pemusing.

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari


sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk
menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah
tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak
dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk
tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord
kerana sifatnya yang berat dan pepat.
Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula


diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar
terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran,
kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu


menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan
liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah
bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan
diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan
arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing
dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan
untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing
semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak
kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan
gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang
dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana
ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.

Gasing
Permainan gasing memeerlukan kebolehan yang tinggi. Ia dimainkan di merata-rata
tempat di negara ini. Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia
dimainkan selepas musim menuai.

Di pantai Barat Semenanjung gasing yang dimainkan adalah dari jenis yang kecil yang
mempunyai banyak bentuk.

Terdapat dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan
ini terdiri daripada pasukan pemusing dan pasukan pemangkah. Pemusing akan

memusingkan empat buah gasing dalam bulatan. Pasukan pemangkah pula akan cuba
memangkah dan mematikan gasing lawannya. Pasukan itu akan terus memangkah
sekiranya tidak melanggar undang-undang permainan. Sekiranya pihak pemangkah
melanggar undang-undang permainan maka ia pula akan menjadi pemusing.

Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang berjaya
memangkah. Pasukan yang memperolehi mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan
menjuarai pertandingan itu.
Memartabatkan permainan gasing
Oleh: Adnan Mohamad
Gambar: Mahathir Ali

DERINGAN bunyi wisel diiringi tepukan gemuruh penonton setiap kali pemain
membaling gasing ke gelanggang adalah suasana meriah yang kerap dapat
disaksikan apabila ada pertandingan tradisi itu diadakan di Wakaf Changak, Batu
Rakit, Terengganu.
Tetapi sayangnya, permainan tradisi itu hanya dapat disaksikan di kampung tersebut
kerana ia sudah lama dilupakan di kampung lain di negeri Terengganu.
Di Wakaf Changak sendiri, usaha menghidupkan permainan tersebut dalam bentuk
pertandingan juga baru bermula dua tiga tahun lalu dengan sokongan ahli­ahli politik
di Parlimen Setiu.
Bagi orang luar yang pertama kali menyaksikan pertandingan gasing, ia berbaloi
untuk ditontoni kerana mereka dapat melihat sendiri aksi dan gaya seseorang
pemain memangkah gasing lawan untuk muncul sebagai pemenang.
Selain itu, kemenangan peserta juga dinilai berdasarkan kepada berapa lama gasing
itu boleh bertahan berpusing.
Mungkin ada yang tidak percaya jika ada gasing yang boleh berpusing melebihi satu
jam bergantung kepada jenis dan mutu sesebuah gasing.
Biasanya, para pemain berpengalaman akan memilih gasing yang diperbuat
daripada kayu penaga, rhu dan cengal bercampur timah untuk memastikan gasing
mereka berpusing sehingga 30 minit atau lebih satu jam.
Selain kedua­dua faktor itu, pengadil pertandingan turut mengambil kira faktor lain
untuk menentukan pemenang termasuk teknik, gaya membaling dan tempoh masa
lontaran.
Pengerusi K­Bestari Wakaf Chagak (dulu dikenali Kumpulan Pembaca, Pendengar
dan Penonton), Mohamad Abdullah ketika ditemui berkata, pihaknya menganjurkan
pertandingan itu atas dasar mahu mengembalikan semula kegemilangan permainan
tradisi tersebut yang begitu popular sebelum tahun 1980­an.
Kata beliau, usaha murni itu disokong oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (JKKW) negeri yang menyumbang peruntukan termasuk hadiah agar dapat
menarik lebih banyak penyertaan.
"Kami mula mengadakan pertandingan gasing pada tahun 2003 dan sejak itu kami
sepakat mengadakan pertandingan itu setiap tahun agar ia tidak mati begitu saja.
"AlhamdullilIah, sambutan pemain semakin menggalakkan dan dalam pertandingan
yang diadakan baru­baru ini, sebanyak sembilan pasukan menyertainya," katanya.
Setiap pasukan diwakili oleh 25 orang dan mereka terdiri daripada penduduk sekitar
DUN Batu Rakit.
Dalam pertandingan terbaru yang diadakan itu, pasukan Kampung Baru Tepoh
muncul johan dengan membawa pulang wang tunai RMl, 500 serta piala pusingan,
manakala, Bukit Wan dan Bukit Nenasi masing­masing mendapat tempat kedua dan
ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,200 dan RM1,000.
Menariknya, pertandingan gasing itu diadakan secara 'liga' setiap hari Sabtu yang
memakan masa selama tiga bulan berturut­turut bermula Mei lalu.
Antara pasukan gasing yang berentap adalah pasukan K­Bestari wakaf Changak,
Persatuan Belia 4B Darat Batu Rakit, Pancur Sejuk, Padang Kemunting, Gong
Lingai dan Kampung Raja Tepoh.
Mengenai sebab permainan gasing semakin dilupakan orang, Mohamad percaya, ia
mungkin disebabkan tidak ramai lagi orang berminat membuat gasing, selain
masyarakat ada banyak altematif lain untuk berhibur.
"Seingat saya, pada tahun 1970­an hingga awal 8o­an, pertandingan gasing sering
dianjurkan hanya di tiga kawasan di Terengganu iaitu Batu Rakit, Tepoh dan Telok
Pasu.
"Permainan itu biasanya membabitkan masyarakat petani dan setiap kali ada
pertandingan, suasana kampung menjadi seperti pesta setelah habis menuai,"
katanya.
Penduduk kampung pasti terhibur dengan pesta gasing itu kerana permainan lain
sewaktu itu sukar diperoleh.
Para pemenang pertandingan gasing ketika era kegemilangannya dulu pula merasa
diri mereka hebat, apatah lagi digelar jaguh kampung dan secara tidak langsung
disegani oleh masyarakat setempat.
Pendek kata, kehebatan mereka yang sukar ditandingi oleh orang lain kerana sering
memperoleh kemenangan dalam setiap pertandingan menyebabkan mereka sering
mendapat undangan untuk mengadakan persembahan gasing dalam sesuatu majlis
kenamaan.
Selain gasing, permainan wau dan silat seni juga mengalami nasib seperti gasing
kerana kini jarang dimainkan secara pertandingan termasuk di kampung­kampung.

Teknik Bermain
PERMAINAN gasing di gelanggang bermula selepas seorang peserta melepaskan
gasing dengan pelbagai gaya bagi menghasilkan pusingan yang tegak, kuat dan
ligat.
Bagi mendapatkan pusingan seumpama itu, para pemain perlulah mengambil
langkah yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret, borot atau
bergelunsur.
Dalam perrnainan gasing, terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan
meliputi pusingan sorong tarik dan pusingan sentap yang menghasilkan gasing itu
berpusing tegak, ligat dan kuat.
Selepas itu, pemain lain pula akan memangkah gasing yang sedang berfungsi tadi
dengan menggunakan hayunan yang tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan pergerakan yang mantap.
Pangkahan itu juga hendaklah dilakukan dengan betul serta berhati­hati agar tidak
membahayakan pemangkah sendiri.
Jenis pangkahan yang biasa digunakan adalah mengikut keperluan dan kesesuaian
dalam regu setiap perlawanan, misalnya pemangkah pertama memipil, manakala
pemain ketiga dan tekong berfungsi sebagai pembuat uri atau Iilitan.
Jika tekong gagal membuat uri dengan baik bagi menentukan tempuh kelamaan
gasing itu berfungsi kemungkinan pasukannya mengalami kekalahan selain 
faktorfaktor
lain yang ditentukan oleh pengadil.
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah ia perlu diangkat dengan penyokok
gasing dari tapak uri kemudian diletakkan di kubu gasing bagi mempastikan tempuh
masa keligatan gasing itu berfungsi supaya ia dapat ditentukan oleh pengadil.
Penyokok gasing digunakan sekiranya gasing dimainkan dalam pertandingan
berkenaan berbentuk leper dan berat.

Alat bermain dan berhibur


UNSUR seni serta permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia dan
mungkin kedua­duanya sukar dipisahkan daripada kehidupan masyarakat terutama
sewaktu dunia belum begitu terdedah kepada hiburan altematif.
Masyarakat Melayu satu ketika dulu tidak ketinggalan dalam soal itu dan permainan
tradisi termasuk gasing, wau, silat seni dan pelbagai kegiatan kebudayaan mewamai
kehidupan mereka sebagai alat penghi bur bagi mengisi masa lapang.
Gasing misalnya pemah menjadi kegilaan orang kampung di Terengganu, sarna ada
orang tua, muda dan kanak­kanak.
Mereka menyertai pertandingan atau permainan gasing untuk menguji kemahiran,
kecekapan dan kepantasan selain bermatlamat untuk mempereratkan hubungan
masyarakat kampung.
Di Terengganu, sehingga sekarang tidak diketahui dengan jelas asal usul permainan
itu dan mengikut Muzium Negeri Terengganu, satu ketika dulu ia turut popular di
beberapa negara Asia lain termasuk Jepun, Taiwan, China dan Vietnam.
Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah berkata, cara
permainan dan bentuk gasing biasanya berbeza mengikut kampung, daerah dan
negeri masing­masing.
Di Terengganu misalnya, gasing jenis leper atau juga dikenali gasing pangkah begitu
banyak digunakan untuk berlawan gasing mana paling lama berpusing.
Gasing berkenaan mempunyai paksi bulat dan panjang yang diperbuat danpada
kayu keras seperti merbau, keranji dan cengal. Beliau menambah, mengikut cerita
asal usul permainan gasing itu dikaitkan dengan buah berembang yang berbentuk
bulat, licik dan agak leper serta buah itu mudah diperoleh di kawasan pantai.
"Buah itu mudah dipusing dan dan buah berembang itulah, maka timbullah ilham
orang tua­tua dahulu meniru bentuk buah itu yang dihasilkan danpada kayu,"
ujamya.
Bagaimanapun, terdapat lagi sumber lain yang mengaitkan gasing itu dicipta pada
mulanya sebagai alat memburu binatang di hutan dan bentuknya ketika itu adalah
bujur dan leper.
Apabila dilemparkan, alat itu akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai
binatang buruan. Daripada fungsinya itu, orang tua­tua dulu mendapat idea untuk
menjadikannya sebagai permainan dan alat untuk berhibur pula.
Mengenai permainan gasing, Mohd Yusof berkata, peraturan dan cara
mengendalikan gasing juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua
permainan.
"Apa pun, pihak muzium menyanjung tinggi usaha yang dilakukan oleh penduduk
Batu Rakit dalam menghidupkan semula permainan gasing yang nyaris terkubur,”
tegasnya.

You might also like