You are on page 1of 8

GENERASI PERTAMA (1940-1959)

Pada awal tahun 1940-an merupakan projek rahsia Angkatan Tentera Darat
Amerika Syarikat, khusus dicipta menghasilkan senjata-senjata moden dalam
peperangan. Komputer generasi pertama ini menggunakan tiub-tiub vakum untuk
memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol bersaiz
kecil, panas dan mudah terbakar.

Komputer generasi pertama ini digunakan khusus untuk pengiraan saintifik dan
kejuruteraan. Pada tahun 1946, komputer berdigit elektronik pertama yang dinamakan
ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) yang dibina oleh John Mauchly

Tiub Vakum
Univac Computers Eniac Computers
dan Presper Eckert. Pada tahun 1950, EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic
Computer) telah dibina dan pada tahun 1951, UNIVAC-1 (Universal Automatic
Calculator) iaitu komputer berdigit komersil pertama dibina oleh Eckert dan Mauchly
untuk kegunaan dalam bidang perdagangan.

Univac 1
GENERASI KEDUA (1959-1963)

Transistor

Penciptaan teknologi transistor dalam tahun 1947 telah mempengaruhi teknologi


pembuatan komputer. Bermula dari tahun 1959, komponen komputer telah dipasangkan
dengan alat-alat komputer yang telah berjaya meninggikan lagi keboleharapan komputer
tersebut. Disamping itu, saiz fizikal serta keperluan tenaga elektrik juga jauh berkurangan
berbanding generasi pertama yang menggunakan tiub vakum. Ia disebabkan oleh saiz
transistor yang jauh lebih kecil berbanding saiz tiub vakum. Transistor adalah juga lebih
baik dan lebih lama jika dibandingkan tiub vakum.

Penggunaan alat-alat transistor bermula pada tahun 1956 dan dipasangkan dalam
komputer-komputer yang dibuat untuk kegunaan Tentera Amerika Syarikat. Operasi-
operasi yang dijalankan oleh komputer-komputer ini adalah pantas, umpamanya hanya
1/100,000 sat diperlukan untuk mendarab2 angka yang setiap satunya mengandungi 2
digit. Komputer generasi kedua ini menggunakan bahagian peringkat tinggi bahasa mesin
iaitu FORTRAN dan COBOL.Dalam generasi ini,komputer yang terkenal ialah IBM
1620 iaitu komputer skala kecil yang digunakan untuk tujuan saintifik.Manakala IBM
1401 pula ialah sekumpulan komputer skala kecil dan sederhana yang digunakan untuk
bidang perdagangan serta perniagaan.IBM 7049 ialah komputer skala besar yang
digunakan untuk penggunaan saintifik.Selain yang dinyatakan di atas terdapat juga
komputer yang dikeluarkan oleh syarikat lain seperti Borroughs,B2000,Honeywell
400,NCR 300 dan CDC 160.
GENERASI KETIGA(1964 HINGGA AWAL 1970 AN)

Dalam generasi ketiga ini,komponen transistor telah digantikan dengan komponen


mikroelektronik.Ini menyebabkan alat/komponen komputer menjadi lebih kecil ,operasi
bertambah laju di samping meninggikan lagi kebolehharapan alat komputer.Dalam aspek
rekabentuk dalam generasi ini, dua pendekatan teknologi telah digunakan iaitu :

• Litar Hybrid

Litar Hybrid ,disebut teknologi solid logic oleh IBM diperbuat daripada ceramic
yang mengandungi beberapa chips transistor dan diod.Chips ini dihubungkan oleh
litar tercetak yang membentuk satu model berukuran setengah inci
persegi.Seluruh model ini diseliputi unsur-unsur plastik untuk melindungi litar
daripada sebarang kerosakan.

• Litar Terkamir Monolitik

Litar ini lebih kecil dan lebih pantas jika dibandingkan dengan litar pertama tadi.
Ia diperbuat daripada pertumbuhan terkawal litar hablur.Komputer generasi ketiga
ini mula dipasang pada tahun 1965. Antara yang terkenal ialah IBM System 360,
satu siri komputer skala kecil,sederhana dan besar. Akhir tahun 1960an,
pengusaha komputer seperti Burroughs Corp, Honeywell Corp, Control Data
Corp, dan UNIVAC telah mula menggunakan litar terkamir dalam komputer yang
dikeluarkannya.
Komputer IBM 5150

Perkembangan lain ialah pembaca aksara dakwat magnet(magnetic ink characters


reader) atau MICR,peranti pengimbas optik serta peranti storan yang lebih besar dan
pantas.Perkembangan yang penting dalam masa ini meliputi saluran komunikasi bagi
membolehkan sistem komputer menerima input serta mengeluarkan output.Dari segi
perisian pula,perisian lebih cekap telah dicipta untuk menjalankan pelbagai tugas
juruoperasi komputer secara automatik.
Generasi Keempat(awal 1970 an hingga sekarang)

Komputer pada generasi ini telah menggabungkan ciri-ciri yang lebih baik seperti
ingatan semikonduktor yang mengandungi litar VLSI dan LSI,bentuk yang lebih kecil
jika dibandingkan dengan transistor serta penggunaan teknik storan maya secara
meluas.Akhir tahun 1970an pengusaha telah mula menggunakan litar microminiature
untuk membuat mikropemproses,mikrokomputer dan chips ingatan. Mikropemproses MC

First Microprocessor Was Produced By Ted Hoff For Intel In 1971-The Intel
4004
6800 buatan Motorola misalnya mengandungi 68000 transistor.Chips ingatan yang dibuat
oleh IBM pula mempunyai muatan storan sebanyak 72000 butir data .Pada awal tahun
1980 an ,timbul pula komputer telapak tangan (hand held computers).Syarikat yang
mengeluarkan komputer ini termasuklah Hewlett-Packard,Radio Shack,Sharp Corp. dan
Sinclair.

Antara komputer yang terkenal ialah IBM 4300,Ibm 3033,Burroughs B6900,NCR


8600 dan Honeywell Series 60.Ciri penting bagi komputer bersiri atau disebut komputer
keluarga di mana periferal-periferal bersiri serta muatan ingatan sesuatu komputer ini
boleh ditambah dan disesuaikan menurut keperluan pengguna.Komputer berfamili ini
mempunyai keserasian kebanyakannya daripada perisian iaitu perisian komputer model
kecil tidak memerlukan apa-apa perubahan untuk digunakan oleh komputer model yang
lebih besar dalam siri yang sama.

©razalihasan:say thank to my email if you using this “razalihasan@gmail.com”

You might also like