You are on page 1of 6

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
banyak membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Penghargaan yang
khusus kami tujukan kepada guru bimbingan kami iaitu Puan Aziah bt Abdullah selaku guru
mata pelajaran sejarah saya yang telah banyak membantu dan membimbing saya dalam
memahami dengan lebih mendalam tentang kerja kersus yang diberikan ini. Penerangan
yang diberikan kepada saya banyak membantu dan memberi idea dalam menyiapkan kerja
kursus ini. Penghargaan juga diberikan kepada ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan terutama daripada segi semangat dan kewangan. Seterusnya,saya ingin
menujukan penghargaan ini kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu dan
memberi idea serta inspirasi .Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Segala budi
baik tuan-tuan dan puan-puan tidak mampu di balas. Terima kasih.

Kaedah
Kajian..

Kaedah-kaedah yang telah saya lakukan bagi melengkap kan kajian ini ialah:-
Saya telah melawat tempat kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ haji Mohd Redza
yang berhampiran dengan sekolah saya.Saya telah mengambil beberapa keping gambar di
sana.

Saya juga telah melayari internet di ‘Cyber Café’ yang terletak berhampiran dengan rumah
saya bagi memperoleh lebih banyak maklumat tentang tajuk kajian saya iaitu Permainan
Tradisional Gasing.

Selain itu, saya turut mendapatkan maklumat tentang permainan gasing ini melalui buku-
buku ilmiah yang terdapat perpustakaan di sekolah saya dan majalah – majalah serta
menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan permainan tradisional ini.

(hasil kajian)
Asal usul Gasing

Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak
mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional
juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri
mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan
hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi
permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak.
Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama
berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan
berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.

Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang
menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah
berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula
mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi
ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang.
Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu.
Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia
disebut "gah", yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah
dikatakan bermulanya permainan gasing.

Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga
telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik
memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan
dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan
dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.

Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata
bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang
berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang
sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk
mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu
cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran.
Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti
gasing yang terdapat pada hari ini.

(negeri yang mempopularkan)


dlm peta) sape nak emel aku..

Kaum Etnik Yang Terlibat Dalam Permainan Gasing

Kaum etnik yang terlibat dalam permainan tradisional gasing ini ialah masyarakat di Pantai
Timur Semenanjung Malysia terutama Kelantan dan Terangganu.Permainan tradisional
gasing ini biasanya dimain kan oleh kaum lelaki tetapi kadangkaa terdapat juga wanita yang
berminat dalam permainan tradisonal ini.kebanyakan yang bermain gasing adalah terdiri di
kalangan orang Melayu.Walaubagaimanapun bangsa lain juga turut digalakkan memain
permainan tradisional ini

Tujuan Permainan Tradisional Gasing Dimainkan….

Permainan Tradisonal Gasing di kalangan masyarakat lama bertindak sebagai memenuhi


masa lapang dan memenuhi keperluan riadah.Permainan gasing boleh dimainkan daripada
pelbagai peringkat umur.Kebiasaannya orang dewasa yang bermain gasing akan memajukan
seni permainan ini.

Permainan Tradisional Gasing juga merupakan medium terbaik untuk memperluaskan


kenalan dan rakan taulan.Permainan gasing juga dapat menarik perhatian perhatian orang
ramai untuk menonton serta melihat sendiri cara bermain permainan tradisional
ini.Permainan ini terus mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat serta
pelancong yang datang ke Malaysia..Permainan ini dapat membantu masyarakat mengenali
antara satu sama lain serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan semasa permainan
berlansung.

Permainan Tradisional Gasing juga dapat memupuk semangat kerjasama antara rakan-rakan
dengan diri sendiri.Selain itu, permainan ini juga dapat melatih diri supaya mematuhi
disiplin serta bertindak melakukan sesuatu dengan bijaksana dan betul.

Alatan Yang Digunakan Dalam Permainan Gasing…

Antara peralaan yang digunakan dalam permainan gasing ialah tali gasing, getah kecupu,
penyokong, lopak gasingbong dan gelanggang.tali gasing akan dibuat untuk digunakan
dalam permainan gasing.Tali halus berukuran antara 300 hingga 450 cm mengikut ukur lilit
gsing diperlukan.Bagi gasing kanak-kanak hanya sekitar 150cm.Tali tersebut diperbuat
daripada benang ataupun jud.Salah satu daripada hujung tali akan diikat pada sekeping
logamsebagai penahan tangan semasa menghayun gasingdan hujung satu lagi digam
sepaya tali tidak terurai.Setelah tali siap dilekatkan barulah gasing boleh
dimainkan.gelanggang-gelanggang adlah tempat bagi pertunjukan atau pertandingan
gasing.Ia boleh dibina dimana-mana sahaja asalkan di kawasan yang lapang.

Cara bermain gasing

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun
1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan
daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan
membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain
mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela
uri gasing.

Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari
kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang
kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang
pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan
cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan
memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada
lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri.
Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan
tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.
Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin
pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan
dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia
kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang
lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu
melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk
memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas
balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi
memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.
Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu
kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh
pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya
lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang
akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika
keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir,
mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat
biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia
untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali
pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan
kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya
pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas,
padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini
berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul
akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan
pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya
gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan
yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan
sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang.
Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing
hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah
dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan
sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari
sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan
gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan
dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.
Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas
dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan
dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan,
sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan
pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan
menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,
perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa
digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak,
pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian
gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya
pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk
menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak
berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai
dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula
diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak
serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah.
Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran,
kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam
latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan
pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan
mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala
dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat,
cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus
keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu,
labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga
merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan
pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak
dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing
lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai
untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan
kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan
dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan
terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah
pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa
gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok
digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak
diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia
akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah
tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan
mengurangkan keligatan.

RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara
Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di
negara yang tercinta ini. Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan
lebih mendalam tentang permainan tradisional.

Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih
menghormati dan menghayati permainan tradisional. Saya akan cuba untuk mengamalkan
tradisi permainan dan budaya bangsa yang menyeronokkan dan unik.
Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami permainan sesuatu
kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-
menghormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan
sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan
semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.

Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat
berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta
sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.

You might also like