You are on page 1of 35

Penghargaan

_______________________________________
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya saya

dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu

yang ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Goegrafi saya

iaitu Pn.Gucharan Kaur a/p Sohan Singh kerana telah memberi tunjuk ajar dan

bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Ucapan terima

kasih juga saya tujukan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa

Melawati,Pn. Che Aini bt Che Ismail yang telah membenarkan kami menjalankan

kajian ini sehingga selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik Noorul

Ameen Bin E Abdul Latiff dan ibu saya Puan Hasarabunisa Binti Abdul Jabbar yang

sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan

tugasan ini. Kepada rakan-rakan saya,Mohamed Zharif ,Ahmad Zulfadhli,Aqim

Shiddiq,dan banyak lagi.Terima Kasih atas atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan

yang telah anda kongsikan bersama.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Wangsa Melawati atas

kerjasama yang telah pihak tuan puan berikan.

- 3–
Pendahuluan

_______________________________________

Nama saya Mohamed Fazil Bin Noorul Ameen. Saya belajar di tingkatan 3 bestari

Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati,Wangsa Melawati,Kuala

Lumpur.Sebagai Memenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan

membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT). Saya telah

menjalankan KGT ini selama 7 minggu.

Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Di Wangasa Melawati,Kuala

Lumpur.Negara yang dibandingkan ialah Negara Singapura.Sebab pemilihan adalah

kerana terdapat pelbagai perbandingan dalam sistem pengangkutan antara Wangsa

Melawati dengan negara Singapura.Lebih –lebih lagi, negara Singapura adalah kampung

saya .Oleh yang demikian,akan memudahkan saya untuk mengkaji secara lebih dalam

bagi menghasilkan kerja khusus ini.

-4-
Objektif Kajian

_______________________________________
Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:

• Jenis – jenis sistem pengangkutan di Taman Wangsa Melawati

- Terdapat pelbagai jenis sistem pengangkutan di kawasan kajian yang telah

saya pilih

• Faktor – faktor yang mempengaruhi jaringan system pengangkutan di

Taman Wangsa Melawati.

- Saya akan memberitahu faktor yang mempengaruhi sistem jaringan di

Taman Wangsa Melawati.

• Kepentingan jaringan system pengangkutan di Taman Wangsa Melawati

dan dibandingkan dengan Negara Singapura.

- Saya akan memberitahu mengapakah jaringan sistem pengangkutan amat

penting di kawasan kajian

- 5–
Objektif Kajian

• Langkah – langkah penyelesaian yang dapat mengurangkan kesan

negatif perkembangan jaringan pengangkutan di Taman Wangsa

Melawati dan Negara Singapura.

- Saya akan memberitahu langkah – langakah untuk mengatasi kesan

negatif di kawasan kajian.

Melalui kajian ini saya bersyukur kerana berpeluang untuk

mengetahui dengan lebih mendalam mengenai jenis pengangkutan

di Taman Wangsa Melawati serta Singapura.

- 6–
Kawasan Kajian

Latar belakang….

Kawasan kajian saya ialah Taman Wangsa Melawati.Wangsa Melawati terletak dibawah

pentadbiran DBKL.Pada masa dahulu,kawasan ini adalah sebuah ladang getah yang

dimiliki oleh syarikat Howdhorden.Howdhorden adalah kepunyaan Datuk Lok

Yew.Kawasan ini mula dimajukan pada tahun 1993 oleh Syarikat Negara Properties.Ia

merupakan kawasan perumahan kos sederhana dan sederhana tinggi.Segala kemudahan

awam dan infrastruktur dijaga oleh DBKL.

Lokasi…

Lokasi kawasan ini adalah di timur laut Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur.Taman Wangsa Melawati terletak diantara Wangsa Maju dan Taman

Melawati,Taman Permata dan Klang Gate.Ia juga berada berhampiran dengan sempadan

negeri Selangor.

Koordinat geografi:latitud 3 °2’91” dan longitud 101° 7’44”.

-7-
Kawasan Kajian
Bentuk muka bumi….

Taman ini didiami sebanyak 20 000 orang penduduk.Taman ini mempunyai ketinggian

aras laut sebanyak 100 m.Bentuk muka bumi di kawasan ini adalah rata.Keluasan Taman

Wangsa Melawati ialah lebih kurang 6 km persegi.

Jarak….

Kawasan ini terletak kira –kira 10 km dari pusat Bandar Kuala Lumpur dan boleh

dihubungi dengan Jalan raya Tun Razak,atau Lebuh Raya MRR2(lingkaran tengah 2)ke

ipoh di Utara dan Seremban di Selatan.

Bandingannya – Negara Singapura….

Seterusnya,negara bandingan saya adalah Negara Singapura.

Singapura didirikan sebagai koloni perdagangan Inggris pada 1819. Bergabung dengan

Federasi Malaya pada 1963 namun berpisah 2 tahun kemudian dan menjadi negara

merdeka.

Kemudian menjadi salah satu negara makmur dunia dengan hubungan perdagangan

internsional yang kuat (pelabuhannya merupakan salah satu yang tersibuk di dunia dilihat

dari sudut tonase yang dijual) dan dengan PDB per kapita yang sama dengan negara maju

Eropa Barat. Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil, dan dijadikan kota di

Asia Selatan, terletak antara Malaysia dan Indonesia. Singapura memiliki jumlah daerah

-8-
Kawasan Kajian
daratan 692,7 km² dan 193 km garis pantainya. Terpisah dari Indonesia oleh Selat

Singapura dan dari Malaysia oleh Selat Johor.

[sunting] Dalam sekejap mata

Koordinat geografi: 1°18′ LU 103°51′ BT (kebanyakan peta tak akurat, sebab tak

menunjukkan Tuas Second Link 1997; [1] menunjukkannya, namun skala besarnya tidak)

zona perikanan eksklusif: dalam dan melampaui laut teritorial, sepetrti terdefinisi dalam

perjanjian dan praktek

laut teritorial: 3 mil laut (5,6 km)

Iklim: equatorial; panas, lembab, berhujan; tiada peristilahan musim hujan atau panas;

hujan angin ribut disertai petir dan guruh terjadi pada 40% seluruh hari ( 67 % hari di

bulan April)

Daerah: tanah rendah; plato pusat berlembah memuat wilayah penangkapan air dan

perlindungan alam

Perbedaan ketinggian:

titik terendah: Selat Singapura 0 m

titik tertinggi: Bukit Timah 164 m

-9-
Kawasan Kajian

SDA: ikan, pelabuhan air dalam Penggunaan tanah:

tanah yang bisa ditanami: 2%

panen tetap: 6%

padang rumput tetap: 0%

hutan: 5%

lainnya: 87% (perkiraan 1993)

Tanah teririgasi: Tiada

Bahaya alam: tiada Geografi - catatan: titik fokus untuk jalur laut Asia Tenggara.

- 10 -
Kaedah Kajian

_______________________________________
Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah :

a) Kaedah Pemerhatian

b)Bancian

c)Internet

a) Pemerhatian

- Selama menjalankan kajian ini, saya telah memerhatikan jenis-jenis pengangkutan yang

terdapat di Taman Wangsa Melawati.Saya telah menjalankan pemerhatian bersama rakan

saya tentang bentuk muka bumi

b) Bancian

-Saya dan ahli kumpulan telah menjalankan bancian terhadap penggunaan Lebuh Raya

Lingkaran Tengah 2 di Wangsa Melawati,pada hari khamis 21 April 2008 dari Pukul

4.00-6.00 petang.

c)Internet

- Saya telah melayari internet untuk mendapatkan isi – isi yang penting bagi menyiapkan

kerja khusus ini.

- 15 -
Dapatan Kajian

____________________________________
1. JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI

WANGSA MELAWATI

Terdapat tiga jenis sistem pengangkutan di Wangsa Melawati iaitu jalan

raya,lebuh raya,dan pengunaan LRT.Jalan raya yang terdapat di kawasan kajian

ialah seperti Jalan Wangsa Melawati 1 dan Jalan Wangsa Melawati 2,manakala

lebuh raya pula ialah Lingkaran Tengah 2.Terdapat juga LRT yang berdekatan

dengan kawasan ini iaitu stesen LRT Wangsa Maju.Terdapat juga semua jenis

pengangkutan darat di kawasan kajian.Termasuklah Lori,Bas,Kereta,Motsikal,dan

Van.Kami telah melakukan bancian di Wangsa Melawati pada 21 April 2008

pukul 4.00 – 6.00 petang.Sila lihat pada graf di muka surat seterusnya untuk

melihat hasil bancian.

- 16 -
Dapatan Kajian
Jumlah Pengguna Lebuh Raya Lingkaran Tengah Wangsa Melawati,pada

hari Isnin 21 April 2008 Pukul 4.00 – 6.00ptg

Bil Jenis Kenderaan Bilangan Kenderaan

Pengguna
1 Lori 312

2 Bas 37

3 Kereta 777

4 Motosikal 246

5 Van 121

1493

Jumlah

- 17 -
Dapatan Kajian

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM

PENGANGKUTAN DI WANGSA MELAWATI


2.1 Bentuk muka bumi

-Lebuhraya lingkaran Tengah II telah dibina diatas kawasan tanah pamah dan beralun

dengan tujuan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di pusat bandar Kuala

Lumpur.Saya berasa bersyukur kerana di kawasan saya mempunyai system pengangkutan

yang baik.

2.2 Keperluan pengguna

-Faktor yang menggalakan pembinaan LRT di Taman Wangsa Melawati adalah untuk

menghubungi kawasan perumahan yang lain atau ke pusat bandar.Selain itu juga

mengurangkan pengguna kenderaan di jalan raya dan mengurangkan kesesakan jalan

raya.Kita perlu menghargai kemudahan sistem pengangkutan kepada penduduk di Taman

Wangsa Melawati kerana hanya Kuala Lumpur sahaja terdapat LRT.Terdapat juga

perkhidmatan bas untuk perjalanan ke mana – mana tempat.Lebih – lebih

lagi,perkhidmatan bas seperti syarikat Rapid KL,hanya mengecaj RM1.00 bagi satu hari

untuk kemana sahaja.Hal yang demikian,akan menjimatkan duit para pengguna.

Gambar menunjukkan sistem LRT di Kuala Lumpur

- 18 -
Dapatan Kajian

3. KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN


Jaringan pengangkutan jalan raya dan LRT memainkan peranan penting penting

dalam mobility penduduk.LRT di Taman Wangsa Melawati memudahkan penduduk

berulang –alik ke tempat kerja seperti di Bandar raya Kuala Lumpur.Mereka dapat

menjimatkan masa kerana LRT memberikan perkhidmatan yang cepat.Lebih – lebih

lagi, kemudahan LRT akan menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.LRT juga

memberikan perjalanan yang cepat.Hal yang demikian akan menjimatkan masa

perjalanan. Stesen LRT yang paling terdekat di Taman Wangsa Melawati adalah

Stesen LRT Wangsa Maju.

Gambar menunjukkan Stesen LRT Wangsa Maju

- 19 -
Dapatan Kajian
Gambar menunjukkan keselesaan di dalam LRT

Perkhidmatan LRT juga adalah selesa kerana terdapat pendingin hawa serta

penumpang tidak perlu berebut – rebut dan berasak – asak. Dengan kata lain tiada

kesesakan sepanjang perjalanan.

Perkhidmatan yang sama juga dilakukan di negara Singapura.Perkhidmatan

tersebut dikenali sebagai MRT.MRT digunakan secara meluas di Singapura.Ia

memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada seluruh negara Singapura.Malah,MRT

memberikan perkhidmatan percuma untuk para pelajar.Ini akan memudahkan para pelajar

di Singapura untuk ke sekolah mereka tanpa sebarang bayaran.

- 20 -
Dapatan Kajian
Gambar menunjukkan MRT di Singapura

Terdapat juga perkhidnatan bas yang membolehkan para penduduk di Taman

Wangsa Melawati berhubung dengan seluruh Kuala Lumpur.Perkhidmatan bas amat

penting bagi pengguna yang tidak mempunyai kereta persendirian.Mereka akan

menggunakan sistem perkhidmatan ini untuk ke tempat kerja dan malah ada pelajar

yang menggunakannya untuk pergi ke sekolah.

Di Singapura ,perkhidmatan bas dijalankan juga.Terdapat pelbagai jenis bas yang

disediakan di negara tersebut.Antaranya adalah SBS Transit,SMRT Bus,dan Shuttle

Bus.SMRT Bus menyediakan perkhidmatan di seluruh Singapura.Syarikat bas

SMRT(syarikat yang sama dengan MRT),menyediakan perkhidmatan percuma untuk

para pelajar sekolah.Hal yang demikian amat penting untuk para pelajar yang ke sekolah

dengan menaiki bas.

- 21 -
Dapatan Kajian
Gambar menunjukkan Bas SBS Transit

Gambar menunjukkan Bas SMRT

Jaringan jalan raya pula meningkatkan tahap ketersampilan dari Taman Wangsa

Melawati ke kawasan sekitarnya.Tambahan pula Lebuhraya di sini boleh

menghubungkan kawasan ini ke utara dan selatan Semenanjung Malaysia melalui lebuh

raya Utara-Selatan.

- 22 -
Dapatan Kajian

Berdasarkan bancian yang di jalankan pada hari isnin 21 April 2008 Pukul 4.00 –

9.00 petang di dapati bilangan kenderaan yang lalu di Lingkaran Tengah 2 adalah

berjumlah 1493 buah.Kereta merupakan jenis kenderaan yang paling banyak

menggunakan lebuh raya ini iaitu 777 buah,manakala lori ialah 312 buah,diikuti

motosikal 246 buah,Van 121 buah dan akhirnya bas 37 buah.

Penduduk di kawasan ini amat bersyukur kerana berpeluang menikmati

keselesaan LRT, bas dan mempunyai jaringan jalan raya yang baik.

Gambar menunjukkan lingkaran tengah

- 23 -
Dapatan Kajian

Graf Jumlah Pengguna Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2

Wangsa Melawati pada hari khamis 21 April 2008 Pukul 4.00 –

6.00 petang

Lori
Bas
Kereta
Motosikal
Van

- 24 -
Dapatan Kajian

4. Kesan – kesan perkembangan Jaringan Sistem

Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di Wangsa Melawati

4.1 Kesan Positif

- Di kawasan Taman Wangsa Melawati dan bandar – bandar yang menggunakan

kereta api elektrik yang cekap telah berjaya mengurangkan pencemaran udara

- Di singapura,terdapat juga perkhidmatan “MRT” seperti yang dijalankan di Malaysia.Ini

membantu mengelakan penebangan hutan secara berlebih- lebihan hanya untuk membina

jalan raya. Ini dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan kesan pulau haba.Saya berasa

bangga kerana menetap di kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan LRT yang

mesra alam.

- LRT juga mewujudkan landskap yang menarik dan juga mengelakkan kesesakkan jalan

raya.Ini akan menjadi tumpuan kepada pelabur luar negara untuk melabur di negara

kita.Hal yang demikian,akan meningkatkan hasil ekonomi di negara kita.

- 25 -
Dapatan Kajian

4.2 Kesan Negatif

- Manakala kesan negatif perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar ialah

pencemaran udara.Ini disebabkan pelepasan asap kenderaan khususnya daripada

kenderaan berat yang mengandungi plumbum dan karbon dioksida.

- Pertambahan bilangan kenderaan turut menyunbang kepada berlakunya kesesakan

lalu lintas di kawasan kajian terutamanya ketika waktu puncak.Keadaan ini sama

dengan fenomena yang berlaku di Negara Singapura kerana kedudukannya yang

amat padat.

- Kemalangan jalan raya sering berlaku di Malaysia.Di lingkaran tengah banyak

berlaku kemalangan kerana jalan yang berbukit bukau yang menyebabkan

penglihatan yang kurang jelas.

Pencemaran
udara

Kesan
negatif
Kemalangan Kesesakkan
Jalan raya Jalan raya

- 26 -
Dapatan Kajian

5.Langkah – langkah penyelesaian

5.1 Pengunaan petrol tanpa plumbum

Malaysia telah menjalankan kempen penggunaan petrol tanpa plumbum untuk

mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.Begitu juga

kerajaan Singapura telah menggalakan penggunaan petrol tanpa plumbum untuk tujuan

sama.Terdapat juga kenderaan yang menggunakan catalytic converter untuk

mengelakkan pencemaran udara.Saya amat bersyukur kerana langkah tersebut dapat

mengurangkan tahap pencemaran udara dunia.

5.2 Menanam pokok – pokok di Taman Wangsa Melawati

Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara dan boleh menyerap gas

karbon dioksida dalam proses fotosintesis.Kita perlu menanam sebanyak pokok yang

mungkin dan tidak menebangnya untuk mengurangkan pencemaran udara.Usaha yang

sama juga dilakukan oleh kerajaan Singapura yang menganjurkan program “Green Earth”

iaitu setiap rumah wajib memiliki sekurang – kurangnya sebuah pokok di halaman

rumah..Saya amat berbangga kerana kawasan kajian saya masih lagi mempunyai kawasan

hijau walaupun pembangunannya pesat.

- 27 -
Dapatan Kajian

5.3 Mengurangkan kesesakan lalu lintas

Malaysia telah menggalakan pengunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti

LRT di taman ini sebagai satu langkah pro-aktif mengurangkan kesesakan jalan

raya.Jenis pengangkutan yang sama juga dilaksanakan oleh negara Singapura yang

dikenali sebagai “MRT”.Saya berbangga kerana Malaysia mampu menyediakan

pengangkutan bertaraf dunia.

5.4 Menggunakan Penggunaan NGV (Neutral Gas Vehicle)

Malaysia telah mengamalkan penggunaan NGV untuk semua teksi di

Malaysia.NGV tidak akan mencemarkan udara dan ia adalah mesra alam.Malah,harga

NGV adalah murah daripada harga petrol.Kegiatan yang sama telah dilakukan di negara

bandingan saya di Singapura atas alasan yang sama.

Gambar menunjukkan pengguna yang menggunakan NGV


- 28 -
Dapatan Kajian

5.5 Memandu dengan cermat

- Kita perlu memandu dengan lebih cermat untuk mengelakkan kejadian kemalangan.Kita harus

mematuhi peraturan dan mengikut had laju yang di tetapkan.Kebanyakkan kemalangan berlaku

kerana kecuaian pemandu dan membawa kenderaan melebihi had laju.

Kita perlulah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kita.Kita perlu

beusaha untuk mengurangkan kesemua kesan negatif yang didapati di jaringan

sistem pengangkutan.
- 29 -
Rumusan

_______________________________________

Melalui kajian ini,saya dapat mengetahui tenteng jenis – jenis sistem pengangkutan

,faktor –faktor yang mempengaruhi jaringan sisitem pengangkutan di Taman Wangsa

Melawati.Disamping itu,mengenalpasti kepentingan serta kesan – kesan perkrmbangan

jaringan sistem pengangkutan dan seterusnya langkah – langkah mengatasi masalah

sistem pengangkutan.Selepas menjalankan kajian ini,saya telah mengetahui secara lebih

mendalam terhadap kawasan kajian saya.Saya juga berasa bangga kerana menjadi

seorang rakyat Malaysia setelah menjalankan kajian ini.Melalui kajian ini saya merasa

bangga kerana dapat tinggal di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan sistem

pengangkutan.Saya juga mengetahui jaringan pengangkutan di singapura.Ini merupakan

pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.


- 30 -
Lampiran

_______________________________________

Peta kuala lumpur


- 31 -
Lampiran

Jumlah pengguna lebuh raya lingkaran tengah Wangsa


Melawati ,pada hari isnin 21 april 2008 pukul 4.00 – 6.00
petang
- 33 -
Lampiran

Bil Jenis kenderaan Kekerapan Jumlah


1 Lori 312

2 Bas 37

3 Kereta 777

4 Motosikal 246

5 Van 121
Kuala Lumpur Dari Google Earth

- 32 -
Kawasan Kajian
Peta Kuala Lumpur

- 11 -
Kawasan Kajian
Singapore dari google earth

- 13-
Kawasan Kajian
Peta Singapura

- 14 –
Lampiran
Wangsa Melawati Dari Google Earth

- 34 -
Lampiran
Peta Wangsa Melawati

- 35 -

Lampiran
Laluan LRT

- 36 -
Lampiran
Laluan MRT

- 37 -

You might also like