You are on page 1of 6

Permainan Matematik

Isi Kandungan
Topik
PRAKATA
1.0 PENGENALAN
2.0 DEFINISI
2.1Definisi Permainan
2.2Definisi Matematik.
2.3 Permainan Matematik.
3.0

Permainan Dalam Pembelajaran Matematik.


3.1
Catur Operasi.
3.1.1 Cara bermain Catur Operasi.
3.1.2 Objetif Permainan Catur Operasi.
3.1.3 Kesan Permainan Catur Operasi Terhadap Pembelajaran Pelajar.
3.2
3.2.1
3.2.2
3.2.3

4.0

Simpan Wang
Cara bermain permainan Simpan Wang.
Objektif Permainan Simpan Wang
Kesan Permainan Simpan Wang Terhadap Pembelajaran Pelajar.

Penutup.

Bibliografi

1.0

PENGENALAN

Matematik adalah salah satu subjek yang sangat penting dalam kokurikulum sekolah.
Gagalnya dalam matapelajaran matematik sama ada dalam UPSR, PMR atau SPM maka
gagalah statusnya dalam keputusan peperiksaan itu. Sebenarnya matematik bukan sahaja
penting dalam kokurikulum sekolah, tetapi ia penting dalam kehidupan seharian. Segala
teknologi yang kita kecapi pada hari ini tidak akan wujud tanpa adanya matematik.

Menurut Abdul Latif Samian, (1997) matematik mementingkan nombor, hubungan,


bentuk, geometrik dan aktiviti peniskalaan. Dalam skop pembelajaran, matematik merupakan
suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang berfikir secara mantik dan bersistem dalam
menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan. Ini bukan sesuatu yang mudah!
Menurut Sabri Ahmadi.et.al (2006), pendidikan matematik di sekolah yang tidak
menyeronokan adalah salah satu punca kegagalan pelajar dalam matapelajaran matematik.
Begitu juga dengan pendapat Mok Soon Sang (1994), salah satu penyebab kegagalan
penguasaan pembelajaran oleh pelajar ialah bahan pengajaran yang disediakan kurang
menarik minat pelajar. Dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Tay Lay Eng
(1993), menunjukan satu kajian kes mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai
pencapaian rendah dalam matapelajaran matematik adalah di kalangan mereka yang
menganggap matapelajaran matematik adalah suatu matapelajaran yang sukar dan
membosankan. (Johari Bin Hassan dan Norsuriani Binti Ab Aziz, 2011).
Dalam menarik minat murid dalam pembelajaran matematik, guru-guru perlu bijak
dan kreatif mencipta aktiviti pembelajaran. Terdapat banyak teori dan cadangan dikalangan
ahli-ahli pendidikan untuk meningkatkan minat dan pembelajaran matematik dikalangan
pelajar. Seperti dalam Jurnal Pendidikan Dasar, Kami (Turmudi, 2002) menyarankan
permainan digunakan sebagai suatu bentuk pendekatan dalam pembelajaran matematika.
Ernest (1986b) menjelaskan bahwa (1) permainan mampu menyediakan reinforcement dan
latihan keterampilan, (2) permainan dapat memotivasi, (3) permaianan membantu
pemerolehan dan pengembangan konsep matematika, serta (4) melalui permainan siswa dapat
mengembangkan strategi untuk pemecahan masalah. (Maulana 2010). Jelas disini
menunjukan bahawa permainan dapat menarik minat pelajar dalam matematik dan murid
boleh belajar matematik melalui permainan.

2.0

DEFINISI:

2.1

Definisi Permainan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) main bermaksud sesuatu yang

dilakukan untuk bersenang-senang atau bersuka-suka. Manakala bermain bermaksud berbuat


sesuatu untuk menyukakan atau menyenangkan hati. Mainan pula bermaksud benda yang
digunakan untuk bermain dan permainan adalah sesuatu yang digunakan untuk bermain ,

sesuatu untuk bermain-main sahaja atau mainan. Menurut Rini Mulyani (2006), dalam
tugasan akhirnya yang bertajuk, Permainan Edukatif Dalam Perkembangan Logik- Smart
Anak, menyatakan bahawa Soegeng Santoso (2002) mendifinisikan bermain sebagai suatu
kegiatan atau tingkah laku yang dilakukan anak secara sendirian atau berkelompok dengan
menggunakan alat atau tidak untuk mencapai tujuan tertentu.

2.2

Definisi Matematik.
Menurut Sharipah Ab.Rahman et.al. (2006), matematik membawa maksud kajian pola

dan hubungan, bahasa dan suatu cara berfikir. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pula
matematik adalah ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dgn
menggunakan

simbol.

Dalam

http://www.oocities.org/hypatia07/masha2/ilmiahmate.html,

laman
menyatakan

web
Descartes

mendefinisikan matematik sebagai kajian tentang pola.

2.3

Permainan Matematik.
Daripada definisi-definisi di atas, saya simpulkan permainan matematik adalah suatu

benda yang digunakan untuk menyenangkan hati sambil menguasai sesuatu kemahiran
terhadap nombor, pola, bentuk hubungan dan simbol. Objektif utama dalam permainan
matematik bukan lah untuk bergembira tetapi adalah untuk mengembangkan kognitif kanakkanak dengan kemahiran matematik. Memandangkan kanak-kanak suka bermain yang telah
menjadi satu naluri bagi mereka, maka ilmu-ilmu dan kemahiran matematik diserapkan
didalam permainan supaya mereka mempelajari secara tidak langsung. Kita sering dengar
kenyataan seperti, matematik itu susah, murid tidak minat dengan matematik, nombor adalah
membosankan. Oleh itu matlamat permainan matematik pula adalah untuk menarik minat
pelajar untuk melakukan aktiviti matematik yang kurang digemari mereka.

3.0

Permainan Dalam Pembelajaran Matematik.


Bagaimana permainan dapat digunakan dalam pembelajaran matematik, kita perlu

berbalik kepada teori konstruktivime. Perspektif konstruktivime adalah hasil daripada kajian

Piaget, Vygotsky, ahli psikologi Gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey,
Papert Dan Confrey. (Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd.Yusuf, 2006;143). Konstruktivime
mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka
pelajari. Dalam pendekatan konstruktivime amat menekankan peranan aktif pelajar semasa
proses pembelajaran.
Dengan pengetahuan sedia ada murid, dengan bahan iaitu alat mainan, murid akan
membina kefahaman terhadap bahan yang mereka guna (bahan yang mereka pelajari). Bagi
mengaplikasikan konstruktivime ini dalam matematik, bahan yang murid pelajari itu haruslah
ditukar dengan bahan matematik. Maka disinilah wujudnya permainan dalam pembelajaran
matematik. Dikukuhkan lagi oleh Mok Soon Sang, (1996) menyatakan bahawa salah satu
teorem pembelajaran matematik dalam teori Bruner adalah Teorem Pembinaan dan teorem
pembinaan menjelaskan bahawa cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari
konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti
yang konkrit.
Kaedah Bermain Sambil Belajar adalah salah satu permainan dalam pembelajaran. Ia
dijalankan secara santai tetapi masih dalam pengawasan guru. Kaedah bermain sambil
belajar dapat memberi kepuasan kepada murid secara sedar atau tidak. Ini kerana dalam
kaedah bermain sambil belajar, terdapat unsur-unsur santai, suka-suka, gelak ketawa, tiada
paksaan, tiada tekanan dan menghiburkan. Walau bagaimanapun dalam keseronokan mereka,
secara tidak sedar mereka telah melalui pembelajaran. Sebagai contoh kanak-kanak bermain
batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina kemahiran dalam
mengira mata yang diperolehi.
Dalam pedagogi pembelajaran matematik terdapat pelbagai jenis permainan dalam
seperti role-play, small-world play, play-trays, dramatic play dan construction
play. Perkara yang penting, guru haruslah bijak dalam memilih atau mencipta jenis
permainan agar ia bersesuaian dengan minat, tahap umur murid dan pembelajaran yang
hendak disampaikan dalam permainan tersebut. Dalam tugasan saya, saya mengutarakan dua
jenis mainan iaitu yang saya namakan Catur Operasi dan Simpan Wang.

4.0

Penutup.

Kita perlu faham bahawa, naluri kanak-kanak adalah bermain. Kaedah pengajaran guru yang
tidak serasi dengan tahap kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal
atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran, (Howard Gardner ,1983). Dunia sekarang
bukan lagi seperti zaman nenek moyang kita yang hanya belajar bersumberkan buku dan
pensel.
Permainan sambil belajar adalah contoh aktiviti yang seiring dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Dalam permainan kanak-kanak dapat mengembangkan aspek
rohani dan moral dengan mengikuti dan memahami setiap peraturan permainan. Sesetengah
permainan mereka juga perlu menunggu giliran di samping belajar bersabar. Setiap
permainan yang diceburi oleh kanak-kanak juga dapat menggalakkan kanak-kanak
meluahkan perasaan gembira dan keseronokan semasa bermain. Oleh yang demikian, proses
pembelajaran kanak-kanak akan lebih menyeronokkan disamping dapat belajar kemahirankemahiran yang ada dalam permainan contohnya mengira dan berfikir untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
Menurut Shulman (1986), guru-guru perlu menguasai 2 jenis ilmu pengetahuan iaitu
pengetahuan tentang kandungan topic/subjek yang diajar dan cara-cara penyampaian
pengetahuan yang mudah difahami murid (Murugiah s/o Velayutham dan Kao Thuan Keat,
2007;20). Oleh itu, sebagai seorang guru kita perlu melakukan pembaharuan dalam
pengajaran kita bagi menghasilkan warga yang berilmu terlebih-lebih lagi dalam bidang
matematik. Persepsi-persepsi negetif terhadap matematik perlu dihapuskan dari minda pelajar
kita kerana ia adalah virus yang akan menghancurkan dunia matematik. Semoga dengan
usaha kita sebagai guru akan menghasilkan tokoh matematik dikalangan rakyat Malaysia
pada suatu masa kelak.

Bibliografi
Abdul Latif Samian,(1992), Sejarah Matematik, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka

Abdul Latif Samian, (1997), Falsafah matematik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Chong Liep Kiong et.al, (2007), HBMT2203 Teaching Mathematics in Year Three, Kuala
Lumpur: Open Universiti Malaysia
Jas Laile Suzana Jaafar, (1996). Psikologi Perkembangan: Psikologi Kanak-Kanak Dan
Remaja, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Johari Bin Hassan dan Norsuriani Binti Ab Aziz, (2011), TESIS-Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah, Johor:
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007), Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan pustaka.
Laura E. Berk, (1994), Child Development, United States:Allyn Bacon
Maulana, (2010), Pembelajaran Matematika Sebagai Aktivitas Yang Banyak Permainan Dan
Penuh Kesenangan, Indonesia: PGSD UPI Kampus Sumedang
Mayke S. Tedjasaputra, (2001), Bermain, Mainan Dan Permainan, Indonesia: PT Gramedia
Widiasarana Indonesia(Garsindo)
Mok Soon Sang, (1993), Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Murugiah s/o Velayutham dan Kao Thuan Keat, (2007). HBMT2103 Teaching Mathematics
in Year Two, Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia
Noraini Idris, (2005), Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik, Kuala Lumpur: Utusan
Publications
Prof.Dr.Khadijah Rohani Mohd Yunus et.al, ( 2006), HBEF2103 Piskologi Pendidikan, Kuala
Lumpur: Open Universiti Malaysia
Rini Mulyani, (2006), Tesis - Permainan Edukatif Dalam Perkembangan Logik- Smart Anak,
Universiti Negeri Semarang
Rochdi Simon.et.al, (2007), Tesis - Model Permainan Di Sekolah Dasar Berdasarkan
Pendekatan Dap (Developmentally Appropiate Practice), Universiti Pendidikan Indonesia.
Sabri Ahmad. et.al, (2006), Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
Sharipah Ab. Rahman, (2006), HBMT1103 Introduction to Mathematics Education, Kuala
Lumpur: Open Universiti Malaysia

You might also like