You are on page 1of 4

THALUT DAN JALUT

Terima kasih tuan pengerusi majlis..yang dihormati barisan panel hakim yang bijak mengatur
markah..penjaga masa yang tidak pernah alpa dengan tugasnya..seterusnya guru-guru yang
dihormati dan sahabat-sahabat sekalian.
Assalamualaikum w.b.t
Senyuman pagi indah sinaran
Dihiasi bunga harum baunya
Kisah di semat dalam Al-Quran
Takut dan Jalut empunya ceritanya

PENDAHULUAN
Bertahun-tahun setelah Nabi Musa a.s wafat, Bani Israel mula melupakan ajaran baginda.
Mereka pun menjadi bangsa yang lemah dan berpecah-belah. Mereka memerlukan seorang
pemimpin yang dapat menyatukan mereka kembali. Pada masa itulah sejarah Thalut dan Jalut
bermula.
Gagahnya Jalut digeruni lawannya,
Berani bertempur itulah kekuatannya,
Namun kejamnya si Jalut durjana,
Mengusir rakyat dari tanahair mereka.
Dek kerana kejamnya Jalut itu, Nabi Samuel sering berdoa kepada Allah supaya dikurniakan
seorang Raja untuk kaum Bani Israel. Lalu turunlah ayat:


Maksud : Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu
(Surah Al-Baqarah:247)
Thalut bukan dari keturunan Nabi ataupun berdarah raja tetapi seorang pemuda yang gagah
dan bijaksana. Akhirnya Nabi Samuel memilih Thalut menjadi raja. Pemilihan Thalut yang pada
asalnya diragui tetapi semakin dipercayai kerana kebijaksanaanya.
Lihatlah kawan-kawan, betapa pemimpin yang adil akan sentiasa dikasihi oleh rakyat. Lihat
sahaja berita kematian Putera Johor, Tunku Abdul Jalil seorang raja yang berjiwa rakyat.
sehinggakan ramai yang berduka cita atas pemergian baginda.

TALUT DAN JALUT BERPERANG UNTUK MENDAPATKAN PETI TABUT


Kawan-kawan, kisah bermula apabila Talut dan Jalut berperang untuk mendapatkan peti Tabut
yang berisi kitab Taurat peninggalan Nabi Musa a.s
Dikala Jalut melebarkan kezalimannya,
Angkuh dan sombong dia yang berkuasa
Namun Jalut tidak kurang hebatnya
Membentuk tentera menentang si durjana.

Dalam pertempuran di padang pasir yang panas terik dan kehausan, tentera Talut diuji..
Firman Allah,



Maksud :Bahawasanya Allah menguji kamu dengan sebatang sungai. Sesiapa yang minum
airnya maka ia bukanlah daripadaKu, dan sesiapa yang tidak meminumnya sesungguhnya ia
adalah pengikutku kecuali mencedok minum dengan tangannya.
(Surah Al-Baqarah : 249)
Tetapi ramai yang meminum air tersebut. Alangkah sedihnya Raja Talut apabila seorang demi
seotang ahli tenteranya menarik diri dan yang tinggal hanyalah dalam kalangan mereka yang
sabar dan percaya dengan kekuasaan Allah.
Ha kawan,kawan sabar itu teras kejayaan. Contohilah perjuangan tentera al-Qassam di Palestin
yang bersabar ketika ditentang tentera Israel Laknatullah. Subhanallah..
PERANG ANTARA TALUT DAN JALUT SANGAT HEBAT.
Kawan,kawan,
Ketika bermulanya peperangan ini,dengan ahli pasukan Thalut yang agak sedikit, kelihatan
Jalut membawa baju besinya bersama pedangnya. Tampaknya ia mencabar seseorang untuk
berlawan dengannya. Raja Thalut menawarkan puterinya kepada sesiapa yang berjaya
menbunuh Jalut.Semua tentera Thalut merasa takut untuk menghadapinya.
Disaat2 tegang ini, munculah dari pasukan Thalut seorang pengembala kambing yang masih
remaja itulah Daud.....

Beriman Daud kepada Tuhan,


Susuknya kecil bukan kekalahan,
Tubuh dan senjata bukan ukuran,
Hakikat iman itulah kekuatan.
Firman Allah,


Maksud : Mereka telah dapat mengalahkan Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud turut
membunuh Jalut.
(Surah Al-Baqarah : 251)

Lihat kawan-kawan betapa beraninya Nabi Daud yang yakin bahawa keimanan adalah
segalanya walau hanya bersenjatakan lastik. Perjuangan tentera di Lahad Datu untuk
mempertahankan negara wajar kita contohi.

NABI DAUD DIKAHWINKAN DENGAN MIKYAL


Hadirin sekalian,
Raja Talut akhirnya mengahwinkan puterinya Mikyal bersama Daud.
Setelah akhirnya
Kehebatan Daud disanjung jelata,
Cemburunya Talut kepada si pemuda,
Hasutan syaitan itu asbabnya,
Merancang membunuh Daud perwira.
Puteri Mikyal nyata terkejut dengan perancangan ayahnya dek kerana iri hatinya kepada Daud.
Lalu dikhabarkan berita itu kepada suaminya. Daud melarikan diri dan dengan kekuasaan
Allah, baginda terselamat daripada dibunuh.
Firman Allah:


Maksud : Allah pelindung orang-orang yang beriman
(Surah Ali Imran :68)

Ya kawan-kawan, Allah itu sebaik-baik pemberi pertolongan. Lihat sahaja kisah bayi kecil yang
tidak mati dalam runtuhan walaupun telah lama tertimbus di dalam tanah. Sesungguhnya Allah
Taala itu Maha Berkehendak.Subhanallah.
PENUTUP
Dalam suatu masa Nabi Daud mempunyai peluang untuk mempertahankan diri dan membunuh
Thalut. Namun baginda tidak melakukannya, bahkan baginda sering berkali-kali menasihati
Thalut bahawa Allah yang mempunyai kuasa dan berkehendak. Akhirnya, Thalut menyedari
kesalahannya dan bertaubat kepada Allah.
Raja Thalut akhirnya menyerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Daud.
40 tahun Daud bertakhta,
Adil saksama penuh bertaqwa,
Disayangi semua rakyat jelata,
Nabi Sulaiman mengganti pula.

syair

Firman Allah:


Maksud : Wahai Daud sesungguhnya telah dijadikan kamu sebagai khalifah di muka bumi..

(Surah Sod : 25)


Akhiru kalam ya asdiqa, pemimpin yang baik akan disanjung sepertimana jasa mantan
Perdana Menteri,Tun Abdul Razak yang telah membangunkan negara sehingga terkenal di
mata dunia.
Sekian sudah cerita saya,
Kisah tauladan untuk semua,
Ambil pengajaran daripadanya,
Semoga Allah berkatinya.

Nasyid Ya Rabbi

Wabillahi taufiq wal hidayahwassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

You might also like