You are on page 1of 11

Nama permainan

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-
layang

di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa


lapang

bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman


sekitar

kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah

mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Wau ini,
namanya

berbeza-beza mengikut negara. Bagi rakyat Afrika (Vlieers), Belgium


(Plakwaaier),

China (Fung Jung), Belanda (Vlieger), Inggeris (Kite), Estonia (Lohe),


Perancis

(Cerfvolant), Jerman (Drachen), Indonesia (Layang-layang), Itali (Aquilone),


Jepun

(Tako), Korea (Youn), Malaysia (Wau / Layang-layang), Mexico (Papalote),

Norway (Drage), Portugis (Pipas), Filipina (Saranggola), Rusia (Letchij


zmeij),

Serbia (Zmaj), Singapura (Layang-layang), Sepanyol (Cometas), Sweden (Drake)

dan Thailand (Wau) tapi maknanya tetap sama iaitu layang-layang atau wau.
Selain

itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur
yang

diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang
pada busur

tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.


Latar belakang

• Asal-usul

Menurut suatu catatan, wau dipercayai mula dicipta oleh seorang yang bernama Sang

Jaya atau yang mempunyai gelaran Dewa Muda, Dewa Inu atau Masai Kelana Seri Panji.

Wau dipercayai dihasilkan antara tahun 711 hingga 839 Masihi. Terdapat beberapa

dakwaan tentang negara asal wau seperti dari Indonesia, selatan Thailand dan tidak

kurang pula yang mendakwa berasal dari Kelantan.

Pada awalnya wau dicipta sebagai lambing kebesaran sesebuah negara. Wau

digunakan sebagai panduan untuk menentukan sesuatu arah. Wau juga dikatakan
menjadi

lambing kejayaan bagi setiap serangan yang dilakukan oleh sebuah Negara ke atas
negara

lain. Selepas berjaya dalam sesuatu serangan, pesta menyambut kemenangan diadakan

dengan menaikkan wau. Lama kelamaan wau dijadikan salah satu permainan mengisi

masa lapang yang popular sehingga diadakan pertandingan pula.

Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa wau berasal dari negara China sejak

3000 tahun yang lalu. Penduduk China menggunakan wau untuk menghantar makanan

kepada penduduk yang terperangkap di bukit atau gunung semasa banjir.


Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan

bahawa pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bertani dan tidak

mempunyai anak. Suatu hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan

dengan rasa gembira, mereka telah menjaga bayi tersebut. Apabila telah besar, bayi

tersebut menjadi seorang gadis yang amat cantik. Pelbagai fitnah dan tohmahan

dilemparkan oleh mereka yang mencemburui kejelitaan gadis tersebut. Sehinggalah


pada

suatu hari, dia telah dipukul dan dihalau keluar oleh petani suami isteri.

Sejak itu, tanaman mereka tidak menjadi dan setelah ditilik oleh ahli nujum,
ahli

nujum mencadangkan agar mereka menerbangkan wau berbentuk bulan untuk

mengembalikan semangat tersebut. Atas cadangan ahli nujum, tanaman mereka kembali

subur dan aktiviti mengembalikan semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur

yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada
busur

tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Kini, wau merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu di beberapa buah

negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Biasanya wau dimainkan pada

musim kemarau setelah selesai menuai padi. Terdapat dua jenis wau iaitu wau naik
dan
wau cantik. Wau naik adalah untuk diterbangkan ke angkasa, manakala wau cantik

adalah untuk dijadikan hiasan.

• Negeri yang mempopularkan permainan ini

• Kaum / etnik yang terlibat

Dalam satu catatan menyatakan bahawa kaum/etnik yang terlibat dalam permainan wau

ialah kaum China.Ini kerana,permainan wau dikatakan berasal dari Negara China

seterusnya dipopularkan di Tanah Melayu.Permainan wau akhirnya tersebar meluas di

seluruh Negara Malaysia.Pada hari ini,permainan wau turut dimainkan oleh setiap
kaum

di Malaysia.Permainan ini turut terkenal di seluruh dunia dan menjadi permainan


pada

waktu lapang.

Tujuan dimainkan

Tujuan wau dimainkan ialah sebagai hiburan untuk mengisi masa lapang kepada
pelbagai

peringkat umur atau golangan. Selain itu, permainan wau juga dimainkan dalam
pelbagai

jenis pertandingan sama ada bertaraf antarabangsa mahupun bertaraf kebangsaan.

Pertandingan-pertandingan ini melihat pada kecantikannya, bentuknya, corak


ciptaannya,
warnanya dan keasliannya.

Di samping itu, Permainan wau bertujuan untuk mempamerkan keindahan sesuatu

wau itu. Kadangkala kaca yang telah ditumbukhancur dan dicampurkan dengan gam
kanji disapu kepada benang wau untuk tujuan "merasa", memutuskan benang wau pihak
l

lawan, kerana wau dari satu kampung berlawanan dengan wau di lain kampung yang

berhampiran.

Pada masa kini, wau telah diberi perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga

antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak wau telah dicipta dan diselaraskan dengan

peredaran kemodenan seperti wau yang berbentuk orang, kereta, kapal berangkai dan
ada

wau gergasi yang dimainkan dengan memggunakan dua utas tali. Pertunjukan wau telah

mendapat tempat di Malaysia,terutama ketika hari sambutan perayaan, pertandingan


wau

antarabangsa.

Alat-alat yang digunakan

Seperti permainan yang lain, wau juga memerlukan pelbagai peralatan untuk

menghasilkannya. Ini disebabkan penghasilan wau lebih sukar dan memerlukan

kemahiran yang tinggi berbanding alat permainan yang lain.

Antara alat-alat yang diperlukan ialah:


Buluh

Pisau raut

Kertas

Pensel

Pisau kecil

Gunting

Gam atau pelekat

Tali

Buluh

Buluh merupakan bahan asas yang digunakan membuat wau. Buluh boleh didapati

di dalam hutan yang lazimnya berhampiran kawasan kediaman pembuat wau.

Hanya buluh yang bermutu tinggi sahaja yang digunakan seperti buluh betung,

buluh minyak dan sebagainya. Buluh daripada spesies ini mempunyai ruas yang

panjang dan tahan lebih lama bergantung kepada pemilihannya. Semua ini

dilakukan mengikut kemahiran si pembuat wau.

Pisau raut

Pisau raut adalah pisau yang digunakan untuk meraut buluh. Pisau tersebut perlu

tajam supaya dapat meraut buluh dengan mudah. Namun harus diingat pisau yang

terlalu tajam akan menyebabkan rautan buluh tidak begitu baik. Justeru itu
penelitian dan kemahiran perlu ada semasa kerja-kerja meraut buluh dijalankan.

Kertas

Kertas merupakan bahan pelengkap dalam sesuatu wau. Kertas berwarna digunakan

untuk menghasilkan wau yang menarik. Kertas ini dibahagikan kepada pelbagai

warna sama ada merah, biru, hijau, kuning atau sebagainya. Semua ini bergantung

kepada bentuk, jenis atau pilihan si pembuat. Namun begitu pemilihan warna yang

sesuai dengan corak ukiran akan melambangkan kemahiran si penghasilnya.

Pensel

Pensel merupakan peralatan untuk melakar lukisan. Pensel digunakan untuk

menghasilkan pelbagai bentuk dan corak di atas kertas warna. Lazimnya pensil

yang bermata halus digunakan untuk memastikan corak yang dihasilkan juga halus

dan menarik. Lakaran ini memerlukan kemahiran dan daya imaginasi yang tinggi

supaya dapat menghasilkan corak yang menarik dan unik.

Pisau kecil

Pisau kecil juga memainkan peranan yang cukup penting untuk menghasilkan corak
yang

cukup menarik. Pisau kecil ini mempunyai mata yang cukup tajam untuk memotong atau

mengguris bentuk corak yang terdapat pada permukaan kertas. Pisau kecil akan dapat

mengguris corak dengan baik, di samping ketelitian si pembuat. Sekirannya tiada

kemahiran, corak yang dihasilkan juga tidak akan menarik dan kasar.
Gunting

Gunting digunakan untuk menggunting kertas yang telah dilakarkan gambar atau
corak.

Kertas digunting mengikut bentuk sesuatu wau. Kertas perlu digunting dengan cermat

mengikut saiz rangka wau supaya tidak berlebihan. Oleh itu mata gunting perlu
tajam

untuk memastikan kehalusan wau tersebut.

Gam atau pelekat

Gam atau pelekat adalah satu bahan yang digunakan untuk melekatkan kertas warna
yang

dicorak pada kertas asas. Kertas tersebut dilekatkan dengan baik supaya tidak
berkedut.

Oleh itu, gam digunakan perlu bermutu dan tidak berketul-ketul. Gam juga perlu
cair

supaya boleh diratakan dengan sempurna.

Selain itu, gam juga perlu kuat untuk melekatkan kertas pada bingkai wau.
Sekiranya

gam yang tidak kuat digunakan, ini sudah pasti akan merosakkan wau atau mudah

tertanggal apabila diterbangkan.

Tali

Tali adalah kelengkapan terakhir untuk membentuk wau. Tali yang digunakan adalah

benang kasar yang mempunyai ketahanan. Tali tersebut mampu menarik wau dengan

baik dan tidak mudah terputus. Ini penting disebabkan wau mudah melayang apabila
angin bertiup kencang.

Cara dimainkan

Bagi wau jenis terbang, kepuasan boleh dirasai apabila wau tersebut mampu
melakukan

penerbangan setinggi beratus-ratus meter. Sebelum diterbangkan, wau perlu


mempunyai

keseimbangan yang baik dan tidak berat sebelah. Inilah yang menentukan sama ada
wau

dapat terbang dengan baik atau tidak.

Setelah keseimbangan dipastikan, tugas selanjutnya ialah untuk menaikkan wau

supaya mampu terbang. Biasanya dua orang diperlukan untuk menaikkan wau. Seorang

akan memegang tali wau yang digelar juruanjung dan seorang lagi akan membawa wau

itu kira-kira 15 hingga 25 meter dari juruanjung dan digelar jurumain tali.

Sebaik sahaja terdapat angin yang sesuai, wau dilepaskan dan juruanjung akan

menarik wau sambil berlari-lari anak. Ketika itu wau akan naik kira-kira 20 meter.

Juruanjung akan terus menghulur tali supaya wau dapat dinaikkan lebih tinggi.
Lazimnya

boleh naik sehingga 600 meter.

Setelah melihat wau naik dengan baik, juruanjung akan menambat tali wau
pada

pangkal pokok atau terus memegang tali itu. Juruanjung akan meninggalkan tempat
itu
dan menikmati alunan bunyi busar yang dibawa oleh angin dari jauh. Oleh sebab
angin

adalah faktor penentu sama ada wau boleh naik atau tidak, ini bererti wau perlu

dimainkan pada musim yang berangin sahaja.

Selain itu, wau pernah dimainkan semasa menyambut Hari Kebangsaan. Wau juga

dipertandingkan dan terdapat beberapa pertandingan yang telah dijalankan. Salah


satu

daripadanya ialah dari segi cara penerbangan yang diukir mengikut sudut darjah wau
itu

terbang atau arah yang ditetapkan. Wau yang baik imbangannya mampu terbang

melawan angin dan menegak sehingga beberapa lama.

Terdapat juga pertandingan menjatuhkan wau lain. Setiap wau akan dipasang
dengan

tali besi tajam pada bahagian bawahnya supaya dapat memutuskan tali wau yang lain.

Wau yang bertali akan cuba menjatuhkan wau yang terbang di sekitarnya. Wau yang

dapat dijatuhkan dikira kalah.

Cara lain untuk pertandingan wau ialah melekatkan serbuk kaca pada tali
supaya

menjadi tajam. Apabila berlaku pergeselan antara tali wau pihak lawan, tali wau
akan

terputus dan jatuh. Bagaimanapun penggunaan serbuk kaca ini telah diharamkan
kerana

mendatangkan bahaya kepada pemain.

Kini terdapat wau yang dimainkan oleh kanak-kanak. Wau dimainkan ketika
diadakan sesuatu majlis atau pertunjukan khas.

Bagi permainan layang-layang pula hampir sama dengan permainan wau. Cuma

bezanya layang-layang boleh dinaikkan pada bila-bila masa sahaja tanpa memerlukan

musim berangin. Ini disebabkan layang-layang lebih mudah untuk diterbangkan.

Selain itu, layang-layang perlu dinaikkan secara individu. Layang-layang


mempunyai

saiz yang kecil dan tidak mempunyai rangka atau kertas warna yang menarik. Amat

jarang-jarang layang-layang dimainkan dalam sesuatu pesta atau pertunjukkan. Ini

disebabkan layang-layang hanya sesuai dimainkan oleh golongan kanak-kanak.

You might also like