P. 1
Parti Politik & Jenisnya

Parti Politik & Jenisnya

|Views: 4,886|Likes:
Tugasan Parti Politik & Jenis-Jenisnya
Tugasan Parti Politik & Jenis-Jenisnya

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on May 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

SKSJ 2093 ANALISIS PILIHAN RAYA

Semester 2 Sesi 2009-2010

TAJUK KERTAS TUGASAN: KONSEP PARTI DAN JENIS-JENIS PARTI POLITIK

Disediakan untuk: Profesor Madya Dr. Muhammad Agus bin Yusoff

Disediakan oleh:

No. Matriks Nama No. HP

GB00754 Mohd Noh bin Md. Yunus 017-212 5390

GB00740 Azwan bin Tamin 013-280 5099

Pusat Kuliah : PBJJ UKM, Bangi

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

1.

PENGENALAN

Parti adalah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi, yang berusaha untuk memilih pemegang-pemegang jawatan kerajaan di bawah sesuatu label tertentu. Dari segi asal-usul politik, kebanyakan parti politik bermula dengan penubuhan dewan-dewan perwakilan setelah keruntuhan institusi istana dan gereja sepertimana yang berlaku di England. Bermula dengan penubuhan dewan perwakilan, penubuhan parti telah berkembang akibat ketidakmampuan dewan perwakilan menampung jumlah keahlian yang semakin bertambah. Maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin besar dan mampu menampung jumlah ahli yang lebih ramai. Di Malaysia, parti-parti politik dapat dibahagikan kepada dua yang utama iaitu parti pencadang (Barisan Nasional), yang menyokong penuh kerajaan dan juga parti pembangkang (Barisan Alternatif iaitu PAS, DAP dan keADILan).

Parti politik yang wujud dalam pelbagai bentuk seperti di atas adalah satu unsur warisan penjajahan Barat yang telah diterima oleh hampir semua negara. Selalunya “parti” merupakan sebuah badan parlimen sementara yang tidak mempunyai organisasi tempatan kerana dalam banyak keadaan ianya ditubuhkan atas keputusan kerajaan. Sungguhpun dalam sesetengah keadaan, peranan parti itu hanya untuk memberitahu pemimpin tanpa parti mengenai perasaan tidak puas hati yang mungkin terdapat di kalangan rakyat tetapi terdapat juga kes yang menunjukkan bahawa parti tersebut memainkan peranaan yang sama seperti parti politik yang terdapat di Eropah Barat dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun dengan beberapa pengecualian dapat

dinyatakan bahawa sesebuah negara baru itu menerima struktur rasmi kerajaan berparti walaupun negara tersebut tidak menerima organisasi, proses dan matlamat Barat.

m/s: 2

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

Pada masa ini masih terdapat negara yang tidak memerlukan atau menunjukkan keinginan untuk menerima kewujudan parti politik seperti Habsyah, Libya dan Arab Saudi. Kebanyakan negara yang masih diperintah oleh pemerintah tradisional tidak mempunyai parti pembangkang yang tersusun secara sah, di mana pemerintah tidak menyanjung tinggi prinsip penyertaan rakyat dalam kerajaan. Sebahagian negara lain pula pernah mempunyai bentuk pemerintahan berparti atau yang setaraf dengannya di masa lalu, tetapi sebahagian besar daripada pemerintahan berparti tersebut diperolehi sama ada melalui rampasan kuasa tentera seperti di Myanmar, Nigeria, Ghana dan Mali ataupun kerana diperintah oleh seorang pemerintah yang cukup kuat seperti di Brunei dan Singapura yang mana parti politik sebenarnya tidak memainkan peranan yang berkesan dalam menentukan dasar kerajaan.

2.

DEFINISI

Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.

Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia yang termaktub di bawah Artikel 21 “Universal Declaration of Human Rights” (UDHR) - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu, parti kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai mengamalkan totalitarianisme kerana mahu memonopolikan kerajaan dan menyekat perkembangan parti pembangkang. Jika politik didefinisikan dengan berbagai

pengertian, maka parti politik juga ada definisi-definisinya. Kewujudan parti politik

m/s: 3

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

adalah perlu. Segala buah fikiran , masalah dan reaksi rakyat terhadap pemerintah akan disalurkan melalui satu badan politik yang juga disebut sebagai parti politik untuk mewakili mereka. Badan ini berperanan sebagai penghubung antara pihak pemerintah dan golongan yang diperintah.

K.Ramananthan (1992:190) menyatakan bahawa secara umumnya, parti politik boleh didefinisikan sebagai kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya bergabung untuk menguasai teraju pemerintahan dan memerintah sesebuah negara. Definisi parti politik berdasarkan pada tujuh perkara. iaitu:

(1) Aktor atau watak dalam parti seperti pemimpin parti. (2) Tindakan atau aktiviti dalam parti. (3) Tujuan atau sebagai contoh parti untuk menguasai negara. (4) Lapangan, (5) Menyenaraikan fungsi-fungsi eksekutif. (6) Meringkaskan struktur-strukturnya. (7) Kegiatan yang dimainkan oleh parti.

Sigmund Neuman mendefinisikan parti politik sebagai ‘organisasi yang bersendi dengan organisasi politik, masyarakat perantaraan, begitu juga dengan sesiapa yang ada kaitan dengan kawalan kuasa, kerajaan dan sesiapa yang bertanding untuk mendapat lebih sokongan daripada kumpulan lain atau kumpulan yang menyimpang pandangannya daripada yang lain’. Dalam definisinya beliau menekankan organisasi di mana organisasi ini direka untuk menguasai kerajaan dan bertanding dengan kumpulan lain untuk mendapat sokongan. Carl Friedrich mengatakan bahawa parti politik ialah ‘satu

kumpulan manusia yang menjalankan satu ketetapan tentang keselamatan atau menetapkan pemimpin kerajaan dengan ketetapan yang lain untuk ahli-ahli politik dalam parti melalui kawalan, pandangan dan faedah yang memberikan kebaikan’. Joseph La Palombara dan Myron Weiner menekankan satu organisasi yang mementingkan

m/s: 4

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

kestabilan dan penekanan meneruskan kestabilan pirnpinan.

Roy Macridis pula

mengatakan parti politik sebagai alat untuk mendapatkan kuasa. Definisi Leon Epstein hampir sama dengan definisi Giovani Sartori. Kedua-dua mereka menekankan kumpulan politik yang ada pilihanraya. Definisi mereka terlalu simple dan tidak menyatakan bahawa parti itu dapat bergabung atau tidak.

Sementara itu,

Joseph Schumpeter yang dikenali sebagai antagonis dalam

kepentingan awam telah memberikan definisi mengenai parti politik yang dikatakan memerlukan kecekalan untuk mendapatkan kuasa bagi mendapat faedah politik;

A party is a group whose members propose to act in concert in the competitive struggle for power.... Party and machine politicians are simply the response to the fact that the electoral mass is incapable of action other than in a stampede, and they constitute an attempt to regulate political competition exactly similar to the corresponding practice of a trade association. (Schumpeter 1976:283)

Semua definisi ini berteraskan konsep demokrasi yang sering diutarakan dalam sistem politik Dunia Barat. Bagi al-Imam al-Mawdudi (1968:33), demokrasi Barat berasaskan pandangan majoriti tetapi dalam penggubalan undang-undang, hanya segelintir kecil daripada mereka yang terlibat. Mereka mewakilkan kedaulatan mereka kepada orang lain. Wakil-wakil inilah yang berkuasa memaksa rakyat dengan memisahkan nilai-nilai akhlak daripada corak kehidupan yang lain. Melalui pemisahan ini, wakil-wakil yang terpilih mudah menyelewengkan kuasa dan menipu rakyat. Namun kenyataan ini bukanlah bererti al-Mawdudi menolak system demokrasi secara total. Bagi beliau, sistem pemerintah Islam gabungan serta jalinan antara teokrasi dan demokrasi. Dalam kitabnya, “Political Theory of Islam”, beliau menegaskan bahawa prinsip sistem negara Islam ialah teokrasi (ketuhanan). Ini kerana teokrasi dapat menerima dan

m/s: 5

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

mengiktiraf “The Divine Commandments are the civil laws” dan Allah mempunyai kuasa mutlak ke atas negara dan kerajaan.

3.

JENIS-JENIS PARTI POLITIK

K.Ramananthan (1992:192) menyatakan jenis parti politik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Parti Elitist dan Parti Mass. Elitist adalah parti yang mempunyai ahli yang terhad. Parti disusun oleh ahli profesional yang bergiat semasa pilihanraya. Selepas pilihanraya parti ini dikendalikan oleh ‘skeleton staff’ - kakitangan dari golongan yang kecil. Penyertaan rakyat selepas pilihanraya dikurangkan. Parti elit adalah parti politik yang terdiri daripada ahli elit masyarakat, khususnya ahli parlimen, yang bersetuju untuk bekerjasama secara politik dalam semangat prinsip-prinsip dan tujuan tertentu. Edmund Burke pada tahun 1770 merupakan sarjana awal yang memperkenalkan konsep Elit Parti. Sementara itu, Maurice Deverger (1972) telah menyatakan ciri-ciri Elit Parti tersebut.

Bentuk pihak elite sebagai taksonomi ahli elite khususnya dalam situasi di mana seorang individu sebagai ahli politik yang dapat menggerakkan parti tersebut tanpa mengharapkan sokongan penduduk yang besar. Elite dalaman parti boleh terbentuk di parlimen dan kuasa politik yang berasal dari para individu anggotanya. Elite parti lebih praktikal tidak ada struktur tambahan-parlimen dan yang umumnya lebih fleksibel daripada pihak massa. Parti Elit dikatakan boleh bergerak dengan sendiri dan pihak oposisi yang lebih kuat membayangkan bahawa struktur mereka sering longgar dan bahawa dasar perjuangan mereka boleh dipertikaikan secara dalaman kerana sering berlaku perselisihan antara ahli. Duverger menyatakan, dalam parti elit "ahli Parlimen memainkan peranan utama".

m/s: 6

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

Pihak Elite berbeza dengan Parti Massa yang sebahagian besar terdiri daripada "massa" daripada orang awam. Pihak massa dilihat lebih demokratik, seperti desentralisasi parti liberal, atau lebih besar tetapi berpusat dan dikawal seperti Nazi atau parti komunis; ini kadang-kadang dikelaskan secara berasingan. Elite parti, walaupun asal mereka di elit, tidak perlu menjadi elitis dan mungkin mewakili ideologi apa pun. Sebagai contoh, ada elit parti yang menyokong ideologi pelbagai dan saling bertentangan sebagai liberalisme klasik, nasionalisme dan Premier / Elitisme. Sebuah contoh terkemuka sistem politik yang didasarkan pada parti elit adalah Caps Hats dan pihakpihak di Sweden selama Age of Liberty (1719-1772).

Sementara itu, Massa Parti adalah sebuah parti yang dianggotai oleh rakyat jelata. Parti ini, terutamanya di negeri komunis dan sosialis, bergerak aktif sepanjang tahun, menjalankan kegiatan seperti sukan, contohnya ialah parti keADILan di Malaysia. Biasanya menetapkan kader parti yang relatif adalah sejumlah kecil pengikut parti. Parti berasaskan massa, di sudut lain, menyatukan ratusan ribu pengikut, kadang-kadang jutaan. Tetapi jumlah ahli bukan satu-satunya kriteria daripada sebuah parti berasaskan massa. Faktor penting ialah bahawa seperti usaha pihak pemimpin untuk sentiasa berada bersama rakyat dan mengabdikan diri pada seruan kepada massa. Beliau cuba untuk menetapkan tidak hanya orang-orang yang berpengaruh atau terkenal atau orang-orang yang mewakili kumpulan-kumpulan berkepentingan khusus melainkan setiap warga negara yang bersedia untuk bergabung dengan parti.

4.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PARTI POLITIK

Setiap parti politik mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikan parti politik ialah:

(1)

Mendisiplinkan masyarakat. – dengan adanya parti politik, ahli di dalam sesebuah parti politik itu akan lebih berdisiplin kerana terikat dengan

m/s: 7

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

perlembagaan parti dan perlu mengikut prosedur tertentu untuk membuat sesuatu tindakan. (2) Dapat menjadi parti yang lebih baik - contohnya parti yang pada permulaan ditubuhkan tidak bagus, tetapi dengan sokongan rakyat ia akan menjadi lebih bagus pada masa akan datang. (3) Melahirkan bakal pemimpin negara. – parti politik bukan semata-mata untuk memperjuangkan ideologinya, malah turut melahirkan bakal pemimpin di mana mereka yang berkaliber dan berkarisma akan di dedahkan dengan dunia politik sebenar apabila diperlukan untuk memberi ucapan dan membuat sesuatu keputusan yang besar untuk kebaikan partinya. (4) Dapat mewujudkan sebuah kerajaan dan mentadbir negara dengan lebih berkesan. – kewujudan parti politik adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan pemerintah. Sekiranya ada parti yang menang di dalam pilihanraya umum maka, parti tersebut layak menjadi parti pemerintah bagi penggal tersebut. Segala ideologi, manifesto dan dasar parti tersebut akan menjadi dasar kerajaan dan ahli kepada parti tersebut sudah pasti akan mendapat manfaatnya begitu rakyat jelata. Pentadbiran parti politik juga akan berubah menjadi pentadbiran kerajaan di mana segala dasar mereka akan bertukar menjadi dasar negara. (5) Membantu memperjuangkan kehendak ahli dan masyarakat. – ini bermaksud sebuah parti politik yang mempunyai ideologi dan dasar yang baik sudah tentu mampu menarik ramai masyarakat untuk menyertainya dan akan memperjuangkan kehendak ahli di dalamnya. Jika sebuah parti itu tidak mempunyai ideologi dan dasar yang baik, pasti tidak akan mendapat sokongan rakyat. (6) Mampu mempengaruhi rakyat – sesebuah parti yang sudah begitu lama ditubuhkan akan mudah dikenali rakyat berbanding yang baru ditubuhkan, di dalam hal untuk mempromosikan lambang parti, sebuah parti yang

m/s: 8

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

sudah begitu teguh dan lama kewujudannya tidak mempunyai masalah, namun berbeza dengan sebuah parti yang baru. Mereka harus mempromosi dengan hebat agar rakyat yakin dan percaya dengan parti tersebut.

Di samping kebaikan parti terdapat juga keburukan parti. Keburukannya ialah:

(i).

Membuat masyarakat berpecah-belah. – jika dilihat, kemunculan parti politik yang baru bukan sahaja menunjukkan wujudnya amalan demokrasi malah akan menjurus kepada mobokrasi. Sekiranya sesuatu keputusan pilihanraya yang telah diumumkan mendapati parti A menang dan menewaskan parti B, sudah tentu ahli bagi parti B akan merasa marah dan akan berlakulah kekecohan dan dan ini boleh menyebabkan masyarakat berpecah-belah hanya kerana berbeza pandangan politiknya.

(ii).

Keperluan rakyat diketepikan – hal ini jelas dilihat di mana-maman Negara. Sekiranya parti yang memenangi pilihanraya umum mentadbir ngara, selalunya keutamaan akan diberikan kepada kepentingan ahli parti tersebut, dah lebih dasyat lagi ada juga menindas ahli sendiri demi menjaga sebahagian golongan di dalam parti tersebut. Keperluan rakyat jelata tidak akan diendahkan atau mungkin akan hanya melunaskan kehendak dan permintaan rakyat apabila menjelang pilihanraya umum akan datang untuk mendapat sokongan.

(iii). Wujud budaya menfitnah. – kewujudan beberapa parti politik di dalam negara bukan sahaja mewarnai kemeriahan politik negara, malah akan melihatkan kita wujud budaya fitnah menfitnah di antara parti-parti politik. Parti politik ini akan cuba membuat kenyataan provokasi yang mana boleh menimbulkan kemarahan ahli di dalam parti politik yang lain. Maka parti politik yang difitnah akan membalas pula dengan perkara yang sama. Maka berlakulah budaya fitnah menfitnah.

m/s: 9

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

(iv).

Wujud ketidakstabilan jika terdapat banyak parti dalam sesuatu negara.apabila wujud budaya fitnah menfitnah, berlaku lah ketidakstabilan politik Negara dan ini mampu menggugat ekonomi negara kerana pelabur asing enggan melabur di dalam negara. Berita palsu yang disampaikan oleh sesebuah parti akan menyebabkan keadaan ekonomi negara terjejas.

(v).

Sukar mendapat sokongan padu rakyat. – Jika sebuah parti yang bertanding di dalam pilihanraya umum tidak begitu dikenali rakyat, maka rakyat tidak akan mengundi parti tersebut.

5.

KESIMPULAN/PENUTUP

Daripada apa yang telah dibincangkan di atas, parti politik dapatlah disimpulkan sebagai satu organisasi untuk mencapai dan memegang kuasa menerusi pilihanraya. Perkataan parti digunakan untuk semua kumpulan organisasi yang mencari kuasa politik sama ada dengan pengundian secara demokrasi atau revolusi. Kewujudan parti politik menunjukkan amalan demokrasi itu masih diterima di dalam sesebuah negara. Namun begitu jika ianya tidak dikawal maka boleh berlakunya mobokrasi. Secara umumnya terdapat dua jenis parti politik iaitu Parti politik Elitis dan Parti politik Massa. Namun begitu, jika dibandingkan dengan Malaysia yang mempunyai berbilang kaum, Jenis parti politik ini boleh dikembangkan lagi kepada parti politik berdasarkan agama, bangsa dan berbilang bangsa. Parti politik yang berdasarkan agama boleh dirujuk kepada parti politik seperti Parti Islam Semalaysia (PAS) dan UMNO, MCA dan MIC. Manakala parti politik yang berdasarkan bangsa/kaum boleh merujuk kepada parti politik di Sabah dan Sarawak. Parti politik yang berdasarkan berbilang kaum adalah seperti DAP, PPP, GERAKAN,.

m/s: 10

Tugasan: SKSJ 2093 Analisis Pilihanraya Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Azwan bin Tamin GB00740

BIBLIOGRAFI

K.Ramananthan, C.B. 1992. Konsep Asas Politik. Cetak ulang. Kula Lumpur. Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka. Joseph Lapalombara and Jeffery Anderson.1992. Political Parties. Dlm. John Paynter, M. E. Hawkesworth, Maurice Kogan (pnyt.) Encyclopedia of government and politics, hlm. 393-394. Penerbit: Publisher Routledge. Al-Mawdudi.1968. Nazhoriyah al-Islam al-Siyasiyah, Dimasyq. Penerbit: Dar-al-Fikr. Maurice Deverger. 1972. Party Politics and Pressure Groups: A Comparative Introduction, Robert Wagoner (trans.). Penerbit: Nelson, London.

m/s: 11

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->