You are on page 1of 10

HASIL KAJIAN

PERAYAAN TRADISI

Hari Raya Aidilfitri atau di dalam bahasa Arab 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah"

disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya

Puasa, Hari Raya Fitrah,Eid, Idul Fitri, Hari Lebaran bagi Indonesia Shemai Eid bagi

Bangladesh dan Ramazan Bayrami bagi negara Turki. Hari Raya Aidilfitri merupakan

perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada

Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi

menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat

puasa dengan tekun selama sebulan. Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan

Aidilfitri ialah kaum Melayu yang beragama Islam. Ia merupakan antara dua perayaan

terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)

ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini

menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di

Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga

waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat

mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan

sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama

sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada

melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan

puasa.
Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia balik

kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang

sememangnya bersih dari noda dan dosa.

LATAR BELAKANG

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera

menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi

secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua

hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban

atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri .

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.

Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu

adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat

puasa Ramadan dengan sempurna.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari

raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.Apabila saja diumumkan hari

raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat.Ini seperti memperbanyakkan solat

sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.


Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid

menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung

mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Perlu diingat Islam tidak pernah

mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja

perayaan.

Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari

raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih

muih terlalu banyak.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran Membelanjakan wang

ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa

kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini

berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu

disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya

seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit

raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.

Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan

harapan anak akan diberi duit raya ini Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan

prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu Misalnya,

dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang

perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah Wang zakat ini

adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir

dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa

pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang Kedatangan Syawal
sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam

sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat

fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat

fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam

juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini

akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid

sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara

terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri

bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah.

Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah

adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi

mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun,

dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah

juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di

dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan

rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi

Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur

haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu

sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai.

Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan

secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.

Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan

premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena

Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat

kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri

bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai ‘balik

kampung’.

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad SAW. Sabda baginda yang bermaksud "

Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-

pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat

manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku

akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu Ramadhan dibahagikan

kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya

dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan

bahagian ketiga pembebasan dari api neraka. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat

tarawih, witir dan solat sunat yang lain. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca Al
Quran, bertaubat dan lain-lain. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu

mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. Menggandakan amalan

sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan

dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya.

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.

Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya

Aidilfitri selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri,

umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan

menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan

berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan

melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira,

bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di

samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit

raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang

selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang

Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul

selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai

saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya

saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian

Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik

keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke
bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan

bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol

meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau

masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada

malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa

dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan

membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.

menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami.", dan juga

riwayat dari Saiyidina Umar r.a. menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka

Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang

bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga

sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke

bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan

kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di

Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di

bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan

Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-

baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin
meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon

Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad

Badawi.

Amalan sunat di bulan Syawal, membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat

Aidil Fitri, menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik. Mandi Sunat

Aidilfitri pada pagi harinya, menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid,keluar

menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.

Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid, mengumandangkan takbir, tahmid dan

tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.

Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya " Sesiapa

yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka

perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya

dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam

seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan

sunat dan fardhu seperti biasa.

KESAN PERAYAAN

Kekeluargaan

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesama

keluarga. Hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak bermaafan
dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya sanak-saudara

yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan

ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

Perpaduan

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum

dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing.Di

Hari perayaan tidak kira k aum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalan

rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpaduan dan

keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

Pelancongan

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung

kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana

mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak

langsung menyumbang sumber per laburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan Negara.

Keagamaan/Kepercayaan

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat

menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari

kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan

Ramadhan.

You might also like