P. 1
Isu, Masalah dan Cabaran dalam Merancang Transformasi Kurikulum

Isu, Masalah dan Cabaran dalam Merancang Transformasi Kurikulum

|Views: 60,525|Likes:
Published by Kulanz Salleh
Penjelasan tentang Isu, Masalah dan Cabaran dalam Merancang Transformasi Kurikulum
Penjelasan tentang Isu, Masalah dan Cabaran dalam Merancang Transformasi Kurikulum

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Kulanz Salleh on May 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $4.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

08/20/2014

$4.99

USD

pdf

text

original

1

ISI KANDUNGAN


Perkara Muka Surat

HALAMAN TAJUK

1.0 PENGENALAN

2.0 KONSEP
2.1 Konsep Transformasi
2.2 Konsep Kurikulum

3.0 ISU-ISU BERHUBUNG TRANSFORMASI KURIKULUM

4.0 MASALAH-MASALAH DALAM MELAKSANAKAN
TRANSFORMASI KURIKULUM

5.0 CABARAN DALAM MELAKSANAKAN TRANFORMASI
KURIKULUM

6.0 RUMUSAN

BIBLIOGRAFI



2

3

4
4
5


6


9


13

18

19

2

TAJUK:

MERANCANG TRANSFORMASI KURIKULUM SEKOLAH SECARA
KRITIS DAN KREATIF: ISU, MASALAH DAN CABARAN





Dapatkan artikel lain yang berkaitan di: www.kulanzsalleh.com















3

1.0 PENGENALAN

Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi
pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum.
Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat
untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu
pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang
berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang
dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada
kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna kurikulum pendidikan
mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses
memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.

Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum
pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau
perubahan. Kini setelah memasuki alaf baru di abad ke-21, masyarakat
dunia telah melalui satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini
meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada
masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada
penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa;
konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada
ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada
perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).


4

2.0 KONSEP

2.1 Konsep Transformasi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "transformasi" bermaksud
perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang
lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi
yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah
berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih
sempurna. Justeru transformasi juga boleh disebut sebagai satu bentuk
perubahan.

Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan.
Mengikut Jaafar Muhamad (1999), dalam keadaan biasa perubahan
diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk
menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam
Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses
transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun
tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu
struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan manusia.
Keadaan yang sedia wujud digelar status quo. Status quo inilah yang akan
bertukar kepada bentuk situasi yang baru.

Mumtaz Begam dan rakan-rakan (2002) pula melihat perubahan
sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat
diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan
5

persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan ini mungkin berlaku dari
beberapa aspek seperti perubahan falsafah, arah haluan, gerak tuju dan
sistem.

2.2 Konsep Kurikulum
Istilah kurikulum masih menjadi kekeliruan di kalangan pengamal
pendidikan dan sering diertikan sebagai isi kandungan atau sukatan
pelajaran yang perlu diajar bukannya produk atau proses seperti yang
disarankan oleh Caswell & Campbell (1935 dalam Glatthorn, 1987).

Kurikulum juga ditakrifkan sebagai pelajaran yang formal dan
pelajaran yang tidak formal (Hargreaves dalam Hansen et al., 2002).
Pelajaran yang formal termasuklah (1) kurikulum yang yang dirancang
dan dihasratkan (matlamat dan rancangan yang ditetapkan oleh
kementerian), (2) kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara
bagaimana guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada
amalan, aktiviti dan susunan) dan (3) kurikulum yang tercapai atau yang
diterima, yakni apa yang pelajar sebenarnya capai melalui pengalaman
pendidikan (Martin & Kelly, 1998 dan Mayer, et el., 2000; Kelly, 1999).
Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum
terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila
pelajar belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia (Hargreaves dalam
Hansen et al., 2002). Apa yang pelajar terima merupakan hasil sampingan
(by-product) daripada perancangan dan amalan guru (Kelly, 1999). Justeru
6

itu, menurut Kelly, guru harus sedar dan bertanggungjawab terhadap apa
yang dipelajari oleh pelajar melalui kurikulum tersembunyi.

Ringkasnya, konsep kurikulum sekolah adalah sangat luas dan
merangkumi bukan setakat isi kandungan atau pun sukatan pelajaran
tetapi juga segala proses pembelajaran yang berlaku sama ada secara
formal atau tidak formal yang boleh memberi pelbagai pengalaman dan
impak kepada minda, emosi dan rohani pelajar di samping mempengaruhi
masa depan pelajar. Amalan pengajaran dan pembelajaran ini amat
mempengaruhi isi kandungan dan kemahiran yang akan disampaikan
kepada mahupun diterima oleh pelajar.


3.0 ISU-ISU BERHUBUNG TRANSFORMASI KURIKULUM

Tranformasi dalam kurikulum merupakan salah satu aspek penting
yang perlu diberi perhatian oleh pentadbir pendidikan. Walau
bagaimanapun, pengurus pendidikan adakalanya terpaksa berhadapan
dengan beberapa isu yang berhubungkait dengan proses transformasi
tersebut. Antaranya sistem pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat
menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat
kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di
Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan
melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan.
Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu
7

mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak
mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah
melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya,
Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah.
Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus dalaman EteMS
yang disertai guru selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain.
Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata
pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana
bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.

Situasi yang sama juga berlaku apabila program Kelas Intervensi
Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan. Guru mata pelajaran
bahasa Malaysia dan subjek teras lain terpaksa bertungkus lumus memberi
perhatian kepada pelajar yang terlibat dalam program berkenaan. Guru
juga terpaksa membahagikan masa antara mengajar murid kelas perdana
dan murid program KIA2M selain daripada terpaksa mengikuti kursus-
kursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan.
Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan
berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut,
akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan program Literacy and
Numeracy Screening (LINUS). Maka sekali lagi guru-guru terlibat terpaksa
pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu
program berbanding masa untuk melaksanakannya.
8

Transformasi dalam kurikulum juga turut melibatkan sikap dan
pemikiran guru. Persoalannya, sejauh manakah guru mempunyai pemikiran
dan sikap yang positif terhadap sebarang usaha inovasi yang dirancang dan
sejauh manakah dasar-dasar yang digubal dapat dihayati dan dilaksanakan
oleh pengamal pendidikan yakni guru dalam bilik darjah? Sebagai contoh,
Kurikulum Bersepadu Sekolah. Jika konsep dan objektifnya dapat dihayati,
mengapakah objektif KBSR untuk membasmi buta huruf itu tidak tercapai
selepas 10 tahun pelaksanaannya? Begitu juga dengan pedagogi bestari
yang diperkenalkan mulai tahun 2000 yang mengutarakan pelbagai kaedah
pengajaran berpusatkan murid seperti pembelajaran konstruktivisme,
kontekstual dan pembelajaran masteri.

Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha
transformasi ke atas program kurikulum atau kokurikulum yang hendak
dilaksanakan. Pelaksanaan P & P terancang di luar kelas sukar
terutamanya bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah dua sesi yang
menghadapi kekangan ruang. Begitu juga dengan pengurusan kokurikulum
yang memerlukan pelajar menghabiskan masa 180 minit untuk kelas bukan
aliran Sains dan 120 minit untuk kelas aliran Sains. Kekangan ruang dan
masa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan
memantapkan budaya ownership. Kekurangan guru juga amat ketara di
sekolah ekoran daripada kursus anjuran PPG atau JPN dan juga program
kokurikulum peringkat gabungan dan negeri yang diadakan secara
berterusan. Guru-guru terpaksa meninggalkan sekolah dan akibatnya P &
P terganggu. Semangat sepasukan sukar disemai kerana wujud rasa tidak
9

puas hati di kalangan guru yang asyik mengganti kelas mereka yang sering
berurusan rasmi di luar kawasan sekolah. Manakala guru-guru yang sering
keluar pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun membuat kelas
tambahan kerana kekangan tempat dan masa dan merasakan diri mereka
tidak dihargai oleh pemimpin sedangkan mereka telah memberi
sumbangan kepada organisasi.


4.0 MASALAH-MASALAH DALAM MELAKSANAKAN TRANSFORMASI
KURIKULUM

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan
generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya
mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan
pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad
ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan
merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan
mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat
hari ini (Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001).

Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang
pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira
budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Justeru
satu sistem pendidikan diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia,
iaitu sistem pendidikan berpusat. Namun sama ada disedari mahupun
10

tidak, kurikulum sekolah yang bersifat berpusat juga memperlihatkan
kelemahan dari segi pelaksanaan di kebanyakan sekolah. Misalnya,
kurikulum semakan baru yang dilaksanakan pada tahun 2003. Kursus
dalaman yang dianjurkan masih belum dapat menjamin penguasaan guru
ke atas isi kandungan yang perlu disampaikan. Begitu juga, penyebaran
maklumat melalui kursus yang berkaitan dengan kandungan pengajaran,
pedagogi dan latihan kemahiran membuat jadual spesifikasi ujian (JSU)
dan sebagainya sering tidak begitu berkesan. Ini berlaku mungkin kerana
pencairan maklumat.

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi
masalah dalam melakukan tranformasi pendidikan yang berkesan.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan
Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada
tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM
menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar,
khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan
pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan.
Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch)
dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di
mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”.
Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar.
Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek
11

berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar
mula dipertikaikan.

Kekurangan guru dan masalah guru bukan opsyen juga boleh
menimbulkan kesukaran memupuk budaya ownership kerana guru
menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen.
Kekurangan kemahiran guru dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum
juga ditambah dengan kurangnya sokongan pihak pengurus sekolah dari
segi bimbingan dan latihan akan menyukarkan semangat ownership
dipupuk di kalangan guru. Sejauh manakah guru-guru bukan opsyen dan
guru-guru penasihat ini diberikan latihan bagi membimbing mereka
mengurus kurikulum mahupun kokurikulum?

Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktor
yang menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan
pengajaran dan pembelajaran mestilah cukup, boleh digunakan,
berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Bahan
ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang
optimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran dan
pembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yang
menyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan akademik.
Menurut Rohana Man dalam laporannya iaitu Konferensi Antarabangsa
Pertama Pendidikan Guru 6-8 Mei 2002 yang lalu, guru yang cemerlang
ialah mereka yang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan
12

tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Amalan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi aspek penentu
keberkesanan kurikulum. Tenaga pengajar mestilah mengadakan
pengajaran dan pembelajaran yang terancang, menggunakan pelbagai
teknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan ke
atas amalan pengajaran dan pembelajaran. Rohana Man (2002) turut
melaporkan bahawa ciri-ciri guru yang cemerlang ialah mereka yang boleh
mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang
pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan.
Dengan wujudnya keadaan sedemikian, hasilnya proses pengajaran &
pembelajaran menjadi berkesan, dapat meningkatkan kecemerlangan
akademik pelajar dan guru akan menjadi cekap dalam penyelesaian
masalah.

Sokongan ibu bapa terhadap tranformasi kurikulum sekolah juga
sangat penting. Sejauh manakah ibu bapa menyokong program
kokurikulum sekolah? Sejauhmanakah mereka menawarkan kemahiran
dan kepakaran mereka untuk menjayakan aktiviti kurikulum di sekolah?
Begitu juga dengan anak-anak yang masih tidak dapat menguasai
kemahiran literasi asas, sejauhmanakah ibu bapa memikul tanggungjawab
dalam hal pembelajaran anak? Yang jelasnya, penglibatan pelajar dalam
program kurikulum masih lagi tidak menyeluruh. Bahkan ada ibu bapa
13

yang menganggap suatu transformasi yang dilakukan itu sebagai satu
‘seksaan’. Misalnya bantahan terhadap dasar PPSMI oleh Majlis
Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) melalui
perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac 2009
dan bantahan daripada Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).


5.0 CABARAN DALAM MELAKSANAKAN TRANFORMASI
KURIKULUM

Kejayaan pelaksanaan tranformasi kurikulum banyak bergantung
kepada bagaimana pemimpin sekolah melibatkan seluruh organisasi yang
terlibat dalam membuat keputusan, merancang, menilai dan melaksanakan
program-program kurikulum baru. Perkongsian ‘equal’ (equal partnership)
sebegini antara pentadbir dan organisasi di bawahnya akan menjadi satu
suara yang lebih jelas dan lebih diterima serta dihormati bagi
melaksanakan sebarang program kurikulum. (Hubbard, 2003). Keputusan
satu hala mahupun sesi latihan yang berbentuk ‘one-off’ tidak mungkin
dapat mewujudkan ‘ownership’ ke atas program dan teknologi yang
disampaikan. Justeru adalah menjadi cabaran pemimpin sekolah ialah
mewujudkan ownership di kalangan guru, pelajar dan ibu bapa ke atas
proses transformasi kurikulum dan produk yang dihasilkan dengan
menggunakan sumber secara optimum bagi memastikan peningkatan
kualiti yang berterusan.

14

Guru, pelajar dan ibu bapa hanya akan berjaya menghayati dan
mendapat manfaat daripada suatu transformasi apabila pandangan
mereka dihargai. Begitu juga, apabila suatu program yang dirancang itu
bersesuaian dengan keperluan organisasi secara keseluruhannya, maka
ownership akan terhasil (Bimes-Michalak dalam Lewis, 1995). Jadi adalah
menjadi cabaran kepada pihak pentadbir untuk mewujudkan ‘ownership’
yang dimaksudkan agar satu sistem kepercayaan dan tabiat yang
menggalakkan pekerja-pekerja berfikir dan bertindak sebagai ‘owners’ atau
pemilik dan melibatkan ciri-ciri rasa tanggungjawab bersama, komitmen,
keahlian bersama dan perkongsian bersama (Mackins, 1995).

Pemimpin pendidikan juga berhadapan dengan cabaran yang berkaitan
dengan jurang antara dasar dan realiti pelaksanaan; kekangan sumber
manusia dan prasarana; dan sikap serta komitmen pihak pengurusan, guru
dan komuniti. Sebagai contoh, selaras dengan perkembangan teknologi
semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication
Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana,
pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT
dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan
infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara
masalah tersebut adalah berkaitan dengan: Pembekalan komputer yang
tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; Perisian komputer
untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; Latihan dalam perkhidmatan untuk
15

guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah
menjadi cabaran kepada pemimpin pendidikan untuk memastikan sekolah
mendapat kemudahan yang dimaksudkan menjelang usaha menjadikan
setiap murid dan guru celik ICT.

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap
institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan
dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan
berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan.
Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan,
bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih
secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara
sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung
(disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010,
KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program
tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum
dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya
beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang
disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan
prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai
kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau
16

pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan
pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Menurut Cohan dan Manion (1981), kajian yang dibuat ke atas
pelajar sekolah menengah sukakan guru yang “cekap” (Noran Fauziah
Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob, 1993). Walaupun istilah ini terlalu umum,
namun dapat dijangkakan bahawa yang dimaksudkan dengan cekap itu
ialah kebolehan guru mengajar dengan berkesan kerana guru tersebut tahu
kandungan pelajaran, menggunakan kaedah mengajar yang sesuai, dapat
mengawal ketenteraman kelas, dan lain-lain kualiti yang dapat dinilai oleh
pelajar secara “cekap”. Apabila guru dapat memenuhi aspek-aspek yang
dinyatakan di atas, tentunya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
berkesan. Bagaimanapun berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Timbalan
Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, dalam sidang akhbar pada 2 Februari 2010 menyatakan,
Kementerian Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum
sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Menurut
menteri berkenaan, aspek penerokaan ilmu akan diberi penekanan dengan
lebih banyak tumpuan kepada pelajar dan bilik darjah, bukan lagi dominasi
oleh guru. Amat jelas yang transformasi ini berbeza dengan situasi bilik
darjah yang dinyatakan oleh Cohan dan Manion di atas. Justeru, adalah
menjadi cabaran kepada pentadbir pendidikan mewujudkan tranformasi
seperti yang diharapkan oleh Menteri Pelajaran.

17

Selain itu, layanan yang sama diberi kepada semua sekolah
walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan
kelemahan serta keupayaan yang berbeza. Sebagai contoh, pelaksanaan
Tawaran Baru (New Deals) atau juga dikenali sebagai Bai’ah yang
dilaksanakan oleh KPM sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama
Negara atau NKRA (National Key Result Areas) dalam usaha meningkatkan
keberkesanan sektor awam. Pelaksanaannya sangat mengharapkan
tranformasi dalam pengurusan pendidikan, khususnya di peringkat sekolah
bagi memastikan bidang pengurusan dan pencapaian kurikulum selaras
dengan matlamat yang diharapkan oleh KPM. Masalahnya, pencapaian atau
kedudukan (ranking) setiap sekolah di negara ini ditentukan menggunakan
standard atau piawaian yang sama, iaitu berdasarkan keputusan
peperiksaan awam dan juga gred purata sekolah (GPS) berdasarkan
markah penilaian SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia).
Persoalannya, mampukah sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman
yang serba kekurangan bersaing dengan sekolah bandar atau sekolah elit
yang mempunyai kemudahan infrastruktur dan pencapaian bidang
kurikulum yang berbeza? Apa yang pasti kekurangan prasarana,
kekurangan sumber pengajaran dan kekurangan kakitangan di sekolah-
sekolah luar bandar sudah pasti menyumbang kepada pengurangan
markah SKPM tersebut. Oleh demikian adalah menjadi cabaran kepada
pemimpin pendidikan di sekolah terbabit dalam berusaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan tersebut seterusnya mampu
melaksanakan sesuatu transformasi secara optimum.

18

6.0 RUMUSAN

Jelasnya, kecekapan pemimpin mengusahakan penglibatan
organisasi dalam proses transformasi kurikulum akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan
peperiksaan. Dalam keadaan transisi tersebut, kepimpinan guru besar atau
pengetua sebagai pempimpin utama kurikulum amat diperlukan bagi
memastikan kefahaman di kalangan staf dan sokongan organisasi dalaman
wujud.

Pengetahuan mengenai asas teori dan model perubahan juga penting
untuk dijadikan panduan. Ini penting supaya perubahan atau transformasi
yang dilaksanakan itu boleh meningkatkan pencapaian organisasi dan pada
masa yang sama ia boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan
sebarang halangan. Selain itu, pemimpin pendidikan juga perlu bersfat
lebih kreatif dalam memperkenalkan sesuatu perubahan. Menurut Leo Ann
Mean (1994), kreativiti membekalkan pandangan yang lain dan perspektif
yang baru terhadap pengurusan rutin. Dalam bidang pendidikan, pengurus
yang imaginatif, inovatif dan kreatif diperlukan untuk mengetuai institusi
pendidikan dalam zaman yang serba mencabar dan sentiasa mengalami
perubahan.




19

BIBLIOGRAFI

Abdul Razak Wahid, (2001). Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan.
Artikel Jurnal Institut Pengetua, Jilid 1, Bil.1, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Abdul Shukor Abdullah, (1994). Penilaian Semula Pengurusan Sekolah.
Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jilid 04, Bil.01. Genting Highlands:
Institut Aminuddin Baki.

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Sekolah. Bentong: PTS
Professional.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum, Tanjong Malim: Quatum Books.

Aini Hayati Mohamed, (2001). Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Fullan, M., (1982). The Meaning Of Educational Change. New York: Teacher
College Press.




20

Iliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam
Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam
Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial.

Kelly, A.V., (1999). The Curriculum: Theory & Practice. 4th Edition.
London: Paul Chapman Publishing Ltd.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusoff & Borhan Yusof. (2003).
Kepentingan dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Kepemimpinan dan Pengurusan
Kurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran
Malaysia.









TAJUK:

MERANCANG

TRANSFORMASI

KURIKULUM

SEKOLAH

SECARA

KRITIS DAN KREATIF: ISU, MASALAH DAN CABARAN

Dapatkan artikel lain yang berkaitan di: www.kulanzsalleh.com

2

1. Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara. masyarakat dunia telah melalui satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan.0 PENGENALAN Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. 3 . pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian manusia kepada kepada masyarakat berinformasi. Kini setelah memasuki alaf baru di abad ke-21. penggunaan teknologi penciptaan teknologi tinggi. 2002). ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa. konsep hierarki kepada konsep jaringan. dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan. Ini bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.

ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Mengikut Jaafar Muhamad (1999). Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu struktur organisasi. Sementara Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. "transformasi" bermaksud perubahan bentuk seperti sifat. dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. lebih baik atau lebih sempurna. Status quo inilah yang akan bertukar kepada bentuk situasi yang baru. berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain. Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Dalam erti kata yang lain.2. teknologi dan manusia. produk atau perkhidmatan.1 Konsep Transformasi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.0 KONSEP 2. Keadaan yang sedia wujud digelar status quo. Mumtaz Begam dan rakan-rakan (2002) pula melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan 4 . rupa dan keadaan. Justeru transformasi juga boleh disebut sebagai satu bentuk perubahan.

Apa yang pelajar terima merupakan hasil sampingan (by-product) daripada perancangan dan amalan guru (Kelly. 2000. aktiviti dan susunan) dan (3) kurikulum yang tercapai atau yang diterima.. yakni apa yang pelajar sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan (Martin & Kelly. (2) kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara bagaimana guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan. Justeru 5 .persekitaran sesuatu masyarakat. 1999). 2. Kurikulum juga ditakrifkan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal (Hargreaves dalam Hansen et al. 1999). pujian dan manusia (Hargreaves dalam Hansen et al.2 Konsep Kurikulum Istilah kurikulum masih menjadi kekeliruan di kalangan pengamal pendidikan dan sering diertikan sebagai isi kandungan atau sukatan pelajaran yang perlu diajar bukannya produk atau proses seperti yang disarankan oleh Caswell & Campbell (1935 dalam Glatthorn. Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila pelajar belajar mengenai kuasa. 1987). Kelly. arah haluan. 1998 dan Mayer. 2002). Pelajaran yang formal termasuklah dan dihasratkan (matlamat dan (1) kurikulum yang yang dirancang yang ditetapkan oleh rancangan kementerian). Perubahan ini mungkin berlaku dari beberapa aspek seperti perubahan falsafah.. et el.. gerak tuju dan sistem. 2002).

itu. konsep kurikulum sekolah adalah sangat luas dan merangkumi bukan setakat isi kandungan atau pun sukatan pelajaran tetapi juga segala proses pembelajaran yang berlaku sama ada secara formal atau tidak formal yang boleh memberi pelbagai pengalaman dan impak kepada minda. Dalam konteks pendidikan di Malaysia. Antaranya sistem pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. emosi dan rohani pelajar di samping mempengaruhi masa depan pelajar. menurut Kelly. 3. guru harus sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar melalui kurikulum tersembunyi. Amalan pengajaran dan pembelajaran ini amat mempengaruhi isi kandungan dan kemahiran yang akan disampaikan kepada mahupun diterima oleh pelajar. kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun. pengurus pendidikan adakalanya terpaksa berhadapan dengan beberapa isu yang berhubungkait dengan proses transformasi tersebut. Ringkasnya.0 ISU-ISU BERHUBUNG TRANSFORMASI KURIKULUM Tranformasi dalam kurikulum merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pentadbir pendidikan. Semua sekolah masih perlu 6 .

keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah. Apa yang jelas. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris. Guru juga terpaksa membahagikan masa antara mengajar murid kelas perdana dan murid program KIA2M selain daripada terpaksa mengikuti kursuskursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan. prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan. banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya. 7 . baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus dalaman EteMS yang disertai guru selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Bagaimanapun. Sebagai contohnya. Maka sekali lagi guru-guru terlibat terpaksa pula bermula dari awal. akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS).mengikuti satu sistem. Situasi yang sama juga berlaku apabila program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan. Guru mata pelajaran bahasa Malaysia dan subjek teras lain terpaksa bertungkus lumus memberi perhatian kepada pelajar yang terlibat dalam program berkenaan.

Semangat sepasukan sukar disemai kerana wujud rasa tidak 8 . Pelaksanaan P & P terancang di luar kelas sukar terutamanya bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah dua sesi yang menghadapi kekangan ruang.Transformasi dalam kurikulum juga turut melibatkan sikap dan pemikiran guru. Kurikulum Bersepadu Sekolah. Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha transformasi ke atas program kurikulum atau kokurikulum yang hendak dilaksanakan. Kekurangan guru juga amat ketara di sekolah ekoran daripada kursus anjuran PPG atau JPN dan juga program kokurikulum peringkat gabungan dan negeri yang diadakan secara berterusan. Guru-guru terpaksa meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu. Kekangan ruang dan masa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan budaya ownership. mengapakah objektif KBSR untuk membasmi buta huruf itu tidak tercapai selepas 10 tahun pelaksanaannya? Begitu juga dengan pedagogi bestari yang diperkenalkan mulai tahun 2000 yang mengutarakan pelbagai kaedah pengajaran berpusatkan murid seperti pembelajaran konstruktivisme. sejauh manakah guru mempunyai pemikiran dan sikap yang positif terhadap sebarang usaha inovasi yang dirancang dan sejauh manakah dasar-dasar yang digubal dapat dihayati dan dilaksanakan oleh pengamal pendidikan yakni guru dalam bilik darjah? Sebagai contoh. kontekstual dan pembelajaran masteri. Begitu juga dengan pengurusan kokurikulum yang memerlukan pelajar menghabiskan masa 180 minit untuk kelas bukan aliran Sains dan 120 minit untuk kelas aliran Sains. Persoalannya. Jika konsep dan objektifnya dapat dihayati.

2001). Manakala guru-guru yang sering keluar pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun membuat kelas tambahan kerana kekangan tempat dan masa dan merasakan diri mereka tidak dihargai oleh pemimpin sedangkan mereka telah memberi sumbangan kepada organisasi. memperkukuh.puas hati di kalangan guru yang asyik mengganti kelas mereka yang sering berurusan rasmi di luar kawasan sekolah. Namun sama ada disedari mahupun 9 . iaitu sistem pendidikan berpusat. dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini (Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM. kelas sosial. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya.0 MASALAH-MASALAH DALAM MELAKSANAKAN TRANSFORMASI KURIKULUM Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Justeru satu sistem pendidikan diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal. 4. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki. tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.

pedagogi dan latihan kemahiran membuat jadual spesifikasi ujian (JSU) dan sebagainya sering tidak begitu berkesan. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek 10 . Berdasarkan statistik Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia. penyebaran maklumat melalui kursus yang berkaitan dengan kandungan pengajaran. Ini berlaku mungkin kerana pencairan maklumat. khususnya di pedalaman dan pulau. Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi masalah dalam melakukan yang tranformasi dikeluarkan pendidikan oleh yang berkesan. kurikulum semakan baru yang dilaksanakan pada tahun 2003. pada tahun 2000 sebanyak 61. kurikulum sekolah yang bersifat berpusat juga memperlihatkan kelemahan dari segi pelaksanaan di kebanyakan sekolah. Misalnya. Begitu juga. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan.tidak.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Kursus dalaman yang dianjurkan masih belum dapat menjamin penguasaan guru ke atas isi kandungan yang perlu disampaikan.

guru yang cemerlang ialah mereka yang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan 11 . Kekurangan kemahiran guru dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum juga ditambah dengan kurangnya sokongan pihak pengurus sekolah dari segi bimbingan dan latihan akan menyukarkan semangat ownership dipupuk di kalangan guru. Menurut Rohana Man dalam laporannya iaitu Konferensi Antarabangsa Pertama Pendidikan Guru 6-8 Mei 2002 yang lalu. sekolah.berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang optimum dalam pengajaran mereka. Kekurangan guru dan masalah guru bukan opsyen juga boleh menimbulkan kesukaran memupuk budaya ownership kerana guru menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen. Sejauh manakah guru-guru bukan opsyen dan guru-guru penasihat ini diberikan latihan bagi membimbing mereka mengurus kurikulum mahupun kokurikulum? Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang dan kepada keberkesanan kurikulum mestilah cukup. Bahan pengajaran pembelajaran boleh digunakan. pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan akademik. berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik.

Sejauh manakah ibu bapa menyokong program kokurikulum sekolah? Sejauhmanakah mereka menawarkan kemahiran dan kepakaran mereka untuk menjayakan aktiviti kurikulum di sekolah? Begitu juga dengan anak-anak yang masih tidak dapat menguasai kemahiran literasi asas. Bahkan ada ibu bapa 12 .tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. hasilnya proses pengajaran & pembelajaran menjadi berkesan. penglibatan pelajar dalam program kurikulum masih lagi tidak menyeluruh. Tenaga pengajar mestilah mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang terancang. sejauhmanakah ibu bapa memikul tanggungjawab dalam hal pembelajaran anak? Yang jelasnya. dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan guru akan menjadi cekap dalam penyelesaian masalah. merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan. menggunakan pelbagai teknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran. Sokongan ibu bapa terhadap tranformasi kurikulum sekolah juga sangat penting. Dengan wujudnya keadaan sedemikian. Rohana Man (2002) turut melaporkan bahawa ciri-ciri guru yang cemerlang ialah mereka yang boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa. Amalan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi aspek penentu keberkesanan kurikulum.

Misalnya bantahan terhadap dasar PPSMI oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) melalui perhimpunan raksasa 100. 5. Keputusan satu hala mahupun sesi latihan yang berbentuk ‘one-off’ tidak mungkin dapat mewujudkan ‘ownership’ ke atas program dan teknologi yang disampaikan. merancang.0 CABARAN KURIKULUM DALAM MELAKSANAKAN TRANFORMASI Kejayaan pelaksanaan tranformasi kurikulum banyak bergantung kepada bagaimana pemimpin sekolah melibatkan seluruh organisasi yang terlibat dalam membuat keputusan. pelajar dan ibu bapa ke atas proses transformasi kurikulum dan produk yang dihasilkan dengan menggunakan sumber secara optimum bagi memastikan peningkatan kualiti yang berterusan. Justeru adalah menjadi cabaran pemimpin sekolah ialah mewujudkan ownership di kalangan guru. 13 .yang menganggap suatu transformasi yang dilakukan itu sebagai satu ‘seksaan’.000 orang di Istana Negara pada 7 Mac 2009 dan bantahan daripada Gabungan Penulis Nasional (GAPENA). (Hubbard. menilai dan melaksanakan program-program kurikulum baru. 2003). Perkongsian ‘equal’ (equal partnership) sebegini antara pentadbir dan organisasi di bawahnya akan menjadi satu suara yang lebih jelas dan lebih diterima serta dihormati bagi melaksanakan sebarang program kurikulum.

komitmen. Pemimpin pendidikan juga berhadapan dengan cabaran yang berkaitan dengan jurang antara dasar dan realiti pelaksanaan. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan: Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. maka ownership akan terhasil (Bimes-Michalak dalam Lewis. guru dan komuniti. pandangan Begitu juga. Sebagai contoh. 1995). Jadi adalah menjadi cabaran kepada pihak pentadbir untuk mewujudkan ‘ownership’ yang dimaksudkan agar satu sistem kepercayaan dan tabiat yang menggalakkan pekerja-pekerja berfikir dan bertindak sebagai ‘owners’ atau pemilik dan melibatkan ciri-ciri rasa tanggungjawab bersama.Guru. Latihan dalam perkhidmatan untuk 14 . selaras dengan perkembangan teknologi semasa. kekangan sumber manusia dan prasarana. keahlian bersama dan perkongsian bersama (Mackins. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana. pelajar dan ibu bapa hanya akan berjaya menghayati dan mendapat manfaat daripada suatu transformasi apabila mereka dihargai. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. pengisian dan latihan guru. apabila suatu program yang dirancang itu bersesuaian dengan keperluan organisasi secara keseluruhannya. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. dan sikap serta komitmen pihak pengurusan. Perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh. 1995).

KPM). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010. setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. dan Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. input pendidikan yang meliputi guru. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Sebagai contoh. bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau 15 . Justeru adalah menjadi cabaran kepada pemimpin pendidikan untuk memastikan sekolah mendapat kemudahan yang dimaksudkan menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan. Namun. Oleh itu. kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan. seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus. peruntukan kewangan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut.

namun dapat dijangkakan bahawa yang dimaksudkan dengan cekap itu ialah kebolehan guru mengajar dengan berkesan kerana guru tersebut tahu kandungan pelajaran. Bagaimanapun berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia. Apabila guru dapat memenuhi aspek-aspek yang dinyatakan di atas. aspek penerokaan ilmu akan diberi penekanan dengan lebih banyak tumpuan kepada pelajar dan bilik darjah. adalah menjadi cabaran kepada pentadbir pendidikan mewujudkan tranformasi seperti yang diharapkan oleh Menteri Pelajaran. bukan lagi dominasi oleh guru. Amat jelas yang transformasi ini berbeza dengan situasi bilik darjah yang dinyatakan oleh Cohan dan Manion di atas.pedalaman. kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan. tentunya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan. kajian yang dibuat ke atas pelajar sekolah menengah sukakan guru yang “cekap” (Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. Walaupun istilah ini terlalu umum. dan lain-lain kualiti yang dapat dinilai oleh pelajar secara “cekap”. menggunakan kaedah mengajar yang sesuai. 16 . 1993). dalam sidang akhbar pada 2 Februari 2010 menyatakan. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru. Selain itu. Menurut menteri berkenaan. Menurut Cohan dan Manion (1981). dapat mengawal ketenteraman kelas. Kementerian Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan.

kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza. Sebagai contoh. khususnya di peringkat sekolah bagi memastikan bidang pengurusan dan pencapaian kurikulum selaras dengan matlamat yang diharapkan oleh KPM. Masalahnya. Oleh demikian adalah menjadi cabaran kepada pemimpin pendidikan jurang di sekolah perbezaan terbabit dalam berusaha untuk mampu mengurangkan tersebut seterusnya melaksanakan sesuatu transformasi secara optimum. mampukah sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman yang serba kekurangan bersaing dengan sekolah bandar atau sekolah elit yang mempunyai yang kemudahan berbeza? Apa infrastruktur yang pasti dan pencapaian bidang kurikulum kekurangan prasarana. Persoalannya. kekurangan sumber pengajaran dan kekurangan kakitangan di sekolahsekolah luar bandar sudah pasti menyumbang kepada pengurangan markah SKPM tersebut. iaitu berdasarkan keputusan peperiksaan awam dan juga gred purata sekolah (GPS) berdasarkan markah penilaian SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia). pencapaian atau kedudukan (ranking) setiap sekolah di negara ini ditentukan menggunakan standard atau piawaian yang sama. pelaksanaan Tawaran Baru (New Deals) atau juga dikenali sebagai Bai’ah yang dilaksanakan oleh KPM sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (National Key Result Areas) dalam usaha meningkatkan keberkesanan sektor awam. layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan.Selain itu. 17 . Pelaksanaannya sangat mengharapkan tranformasi dalam pengurusan pendidikan.

kepimpinan guru besar atau pengetua sebagai pempimpin utama kurikulum amat diperlukan bagi memastikan kefahaman di kalangan staf dan sokongan organisasi dalaman wujud. 18 . pemimpin pendidikan juga perlu bersfat lebih kreatif dalam memperkenalkan sesuatu perubahan. Menurut Leo Ann Mean (1994). kreativiti membekalkan pandangan yang lain dan perspektif yang baru terhadap pengurusan rutin. kecekapan pemimpin mengusahakan penglibatan organisasi dalam proses transformasi kurikulum akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Pengetahuan mengenai asas teori dan model perubahan juga penting untuk dijadikan panduan. Ini penting supaya perubahan atau transformasi yang dilaksanakan itu boleh meningkatkan pencapaian organisasi dan pada masa yang sama ia boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan sebarang halangan. Selain itu. inovatif dan kreatif diperlukan untuk mengetuai institusi pendidikan dalam zaman yang serba mencabar dan sentiasa mengalami perubahan. Dalam bidang pendidikan.6. pengurus yang imaginatif.0 RUMUSAN Jelasnya. Dalam keadaan transisi tersebut.

(2005). Bentong: PTS Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. Bil. Bhd. Aini Hayati Mohamed. Abdul Shukor Abdullah. New York: Teacher College Press. M. (1994). Tanjong Malim: Quatum Books. Professional. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Mengurus Sekolah.01. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. Penilaian Semula Pengurusan Sekolah. Fullan. (2001). (2001). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Artikel Jurnal Institut Pengetua. Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Abdullah Sani Yahaya. Jilid 04.. (1982). Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan. Bil.1. Jurnal Pengurusan Pendidikan. 19 . Jilid 1.BIBLIOGRAFI Abdul Razak Wahid. (2003). The Meaning Of Educational Change.

(1999). The Curriculum: Theory & Practice. Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. 2001. Kurikulum Universiti Sekolah Malaysia Ke-21: Sekolah Pendidikan Pembangunan Sosial. Antara Cabaran Abad Sabah: dan Harapan Pemikiran Dalam Dalam dan Pengurusan Pendidikan. 4th Edition. London: Paul Chapman Publishing Ltd. (2003). Kelly. Mohd Sofian Omar Fauzee. (2002). Aminuddin Yusoff & Borhan Yusof. A. Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. 20 .. Kepentingan dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah.Iliyas Haji Hashim. Shah Pusat Perkembangan Kurikulum.V.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->