You are on page 1of 7

Pendekatan Gabung Jalin Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh
Tengku Nor Akmaliana Bt Tengku Zainuddin
Norshahila Binti Abdul Kadir
Siti Faezah Binti Kadri

Abstrak
Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran (p&p)
adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana p&p yang kondusif bagi
menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan pelajar. Sebagai guru pelatih, ianya
menjadi cabaran dalam mengaplikasi dan mengintegrasikan ilmu-ilmu keguruan yang telah
dipelajari dalam konteks sebenar. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan
untuk meneroka proses pendekatan gabung jalin yang memberi tumpuan yang seimbang
antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi agar dapat
meningkatkan pencapaian dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses p&p untuk
subjek Matematik, Kemahiran Hidup, Perdagangan dan Ekonomi Asas. Kajian ini dilakukan
terhadap 57 orang pelajar yang terdiri daripada Program Pendidikan Khas Integrasi dan
aliran perdana. Bagi mata pelajaran Matematik dan Kemahiran Hidup, kajian dilakukan
dalam aliran pendidikan khas, manakala bagi matapelajaran Perdagangan dan Ekonomi
Asas dalam aliran perdana. Tinjauan awal telah dilakukan dalam mengenalpasti faktor-faktor
yang menjadi punca kepada kurangnya penglibatan pelajar di dalam P&P dan juga
kurangnya kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran membaca, melukis dan
sebagainya. Teknik pemerhatian, senarai semak dan temubual serta refleksi pengkaji
digunakan untuk pengumpulan dan penganalisisan data. Didapati pendekatan gabung jalin
amat sesuai digunakan oleh guru-guru pelatih semasa P&P dijalankan. Ia telah dapat
menarik minat pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas semasa proses P&P sekaligus
dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar dari semua aspek di dalam pembelajaran.

PENGENALAN
Dalam era globalisasi kini, zaman telah berubah dengan pesat sekali termasuk juga sistem
pendidikan. Pelbagai kaedah dan pendekatan baru yang diperkenalkan serta digunakan
agar strategi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Salah satu pendekatan yang
digalakkan untuk guru-guru gunakan ialah penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggabungjalinan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuan
memantapkan lagi penguasaan pembelajaran pelajar. Melalui pendekatan ini, pengajaran
sepatutnya mampu dikaitkan dengan kemahiran-kemahiran tambahan yang ditekankan di
dalam kurikulum.

Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan,
kemahiran fizikal dan kestabilan emosi. Ianya berbeza sama sekali dengan konsep
kesepaduan dan intergrasi yang masing-masing membawa maksud yang berbeza. Bagi
konsep kesepaduan, ianya bermaksud gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek
perkembangan fizikal pelajar. Manakala konsep integrasi pula membawa maksud
mencantumkan strategi-startegi yang terbaik, menarik, sesuai dan berkesan. Oleh yang
demikian,maksud sebenar penggabungjalinan ini ialah proses menggabungkan pelbagai
bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Antara
kemahiran-kemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar, melihat. bercakap.
membaca mengira, menulis dan melukis

Dengan pendekatan ini, suasana pembelajaran pelajar lebih bermakna berbanding


dengan pengajaran secara tradisi yang kebiasaanya guru sebagai penyalur maklumat dan
pelajar hanya duduk mendengar dan mencatat isi penting sahaja. Pengajaran guru yang
kebanyakkannya menggunakan kaedah tradisional tanpa menyisipkan beberapa kemahiran
dalam pembelajarannya akan menjadikan pelajar kurang berminat dalam sesuatu pelajaran
dan mengkategorikan sebagai matapelajaran yang sukar difahami dan membosankan.
Pengajaran tradisi kebiasaannya berpusatkan kepada guru semata dan tiadanya interaksi
dua hala antara pelajar dan guru mengakibatkan pelajar pasif di dalam kelas.

Selain daripada untuk menarik minat pelajar,pendekatan ini juga dilihat mampu
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam pembelajaran. Kemahiran yang
dimaksudkan termasuklah kemahiran bertutur, melukis, mengira dan sebagainya.
Pengajaran yang tidak menggabungkan pelbagai bidang kemahiran adalah sesuatu yang
tidak bermakna kerana ianya tidak akan memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan
perkembangan pelajar secara seimbang dan menyeluruh

PERMASALAHAN KAJIAN

Berdasar pemerhatian dan refleksi para pengkaji sebagai guru pelatih semasa di
peringkat awal mengajar di sekolah, didapati cara pengajaran yang agak konvensional kini
amat membosankan pelajar. Tuntutan untuk menghabiskan sukatan pelajaran untuk
mempersiapkan pelajar dengan peperiksaan di sekolah mahupun berpusat menyebabkan
guru terpaksa mengajar hanya menggunakan kaedah “chalk and talk” di dalam kelas dan
menumpukan pada subjek yang diajar semata-mata. Ia telah membuatkan pelajar pasif
dan bosan untuk belajar. Penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran juga dilihat
kurang diberi penekanan menjadikan pengajaran hanya tertumpu kepada matapelajaran
yang khusus sahaja. Oleh itu, pendekatan merentas kurikulum iaitu pendekatan gabung jalin
dilihat dapat menjadikan pengajaran lebih menarik dan merangsang idea serta minda
pelajar. Pembelajaran lebih bersifat interaksi dua hala dilihat dapat menarik minat pelajar
supaya dapat melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru satu kajian tindakan boleh dilaksanakan oleh guru pelatih yang masih baru, tetapi
perlu mengaplikasi dan mengintegrasikan ilmu teori dan praktikal semasa tujuh bulan dalam
konteks sebenar semasa latihan mengajar. Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Meneroka bagaimana proses penggabungjalinan dat menarik minat pelajar untuk


melibatkan diri secara aktif di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan
2. Meroka bagaimana proses penggabungjalinan dapat meningkatkan tahap kemahiran
pelajar dalam pembelajaran

KAJIAN KEPUSTAKAAN
Kajian kepustakaan ialah satu aspek yang sangat penting dalam penyelidikan. Ia penting
kerana membantu penyelidik memahami topik yang dikaji secara mendalam, aspek yang
dikaji, bagaimana ianya telah dikaji dan isu utama yang dikaji (Hart, 1998). Hasil daripada
kajian kepustakaan ini, kita akan dapat memahami teori utama dalam subjek kajian,
bagaimana teori diguna dan diperkembangkan serta kritikan utama yang diketengahkan.
Kajian ini merupakan kajian tindakan dalam pendidikan yang mengkaji pendekatan gabung
jalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dilakukan terhadap
kelas matapelajaran Ekonomi Asas, Perdagangan, Matematik dan Kemahiran Hidup. Bagi
kelas Kemahiran Hidup dan Matematik, respondennya adalah pelajar berkeperluan khas
manakala kelas Ekonomi Asas dan Perdagangan pula adalah pelajar aliran perdana.
Gabung jalin bermaksud tumpuan seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran
fizikal, kestabilan emosi, sosialisasi nilai, dan perhubungan positif. Penggabungjalinan juga
merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran, kecekapan melaksanakan aktiviti
membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel,
mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya serta mendengar, lisan, membaca dan
menulis secara bersepadu. Antara ciri-ciri gabungjalin adalah mengintegrasikan beberapa
kemahiran, penggunaan pendekatannya secara bersepadu dan menyeluruh, aktiviti dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan dengan menarik. Selain daripada itu,
ciri penggabungjalinan adalah memfokuskan kemahiran-kemahiran yang utama, organisasi
kemahiran yang fleksibel dan juga kemahiran diintergrasikan saling kukuh mengukuh antara
satu sama lain. Terdapat tiga jenis penggabungjalinan iaitu:
1) penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran yang
melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan,membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna
dan lain-lain. Kemahiran ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori kemahiran fokus dan
kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan suatu kemahiran utama yang hendak
disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Manakala
kemahiran sampingan ialah kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya
dengan kemahiran memfokus.
2) pengabungjalinan kemahiran daripada matapelajaran lain iaitu perlu wujud
penggabugjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi
meningkatkan kemahiran murid. Sebagai contoh, kemahiran mata pelajaran Matematik
digabungjalinkan dengan kemahiran matapelajaran Bahasa Melayu.
3) penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum ialah dengan cara melibatkan
kemahiran –kemahiran seperti kemahiran belajar untuk belajar kemahiran berfikir secara
kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan, dan
kemahiran generik.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) mengaplikasikan pendekatan bersepadu


dalam perlaksanaan kurikulum atau pengajaran. Dalam konteks bersepadu ini, pengajaran
sesuatu mata pelajaran adalah berpusatkan pelajar dan menekankan konsep gabungjalin
dan konsep penyerapan (Esah Sulaiman, 2003). Konsep gabungjalin dalam pengajaran
ialah dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran guru tidak sahaja mengajar idea, fakta dan
nila dalam mata pelajaran berkenaan tetapi juga mengajar idea, fakta dan nilai daripada
mata pelajaran lain yang didapati sesuai (Esah Sulaiman. 2003).Menurut Haminah bte
Suhaibo (1999), Gabung jalin unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan tentang sejarah
Negara mampu melahirkan pelajar yang berwatak dan berdaya saing.Manakala,menurut
Abu Bakar Sidek (1997) yang mengkaji mengenai pendidikan luar menyatakan bahawa
pendidikan luar boleh dianggap sebagai gabungjalin dan integrasi kedua-dua pendekatan
pendidikan, iaitu pendidikan primitif dan pendidikan moden untuk mewujudkan alam
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui domain: (1) kognitif; (2) psikomotor
dan (3) afektif.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin terdiri dari empat komponen, iaitu ; a) merancang
(planning), b) tindakan (acting), c) pemerhatian (observing), dan d) refleksi (reflecting). Tiga
guru pelatih menjadi peserta aktif kajian. Kajian ini dilakukan terhadap 57 orang pelajar
yang terdiri daripada 20 orang pelajar daripada Program Pendidikan Khas Integrasi dan 37
orang daripada pelajar aliran perdana. Kajian ini menggunakan integrasi beberapa
kemahiran dimana ianya dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Antara kemahiran
yang terlibat adalah membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis,
melabel, mengarang, becerita, berlakon dan sebagainya. Data kajian dikumpulkan
menggunakan kaedah iaitu pemerhatian, temubual bersama guru dan senarai semak.

Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin yang terdiri daripada satu kitaran, iaitu ; a)
merancang (planning), b) tindakan (acting), c) pemerhatian (observing), dan d) refleksi
(reflecting).
a) Merancang - Pendekatan dan strategi yang digunakan dalam kajian ini adalah
penggabungjalinan. Dalam kitaran ini, pengkaji merancang menggunakan pendekatan
gabungjalin berikutan daripada pemerhatian pengkaji mengenai masalah yang timbul
iaitu pelajar kurang melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran serta kurang
memberi penumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian
pengkaji merancang untuk mempelbagaikan pendekatan dengan merentas kurikulum
dalam pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran sekaligus dapat melibatkan mereka dalam aktiviti berkumpulan.

b) Bertindak – Pengkaji telah menyelitkan beberapa subjek dalam proses pengajaran


dan pembelajaran. Sebagai contoh dalam mata pelajaran kemahiran hidup, guru
menyelitkan unsur bahasa melayu, pendidikan seni dan matematik. Bagi
matapelajaran matematik, pengkaji menyelitkan unsur bahasa melayu, pendidikan
jasmani dan kesihatan, muzik dan pendidikan seni. Manakala bagi matapelajaran
ekonomi asas pula, pengkaji menyelitkan matematik dan juga unsur-unsur
perdagangan. Bagi matapelajaran perdagangan diselitkan beberapa elemen dalam
muzik, ekonomi dan bahasa melayu. Pada mulanya pengkaji menunjukkan video
sebagai set induksi. Ciri video itu sendiri yang mengandungi unsur bahasa Melayu,
muzik dan lain-lain sudah pasti menarik perhatian pelajar. Jika di awal pengajaran
mereka sudah tertarik, peratusan untuk mereka memberi tumpuan penuh terhadap
P&P adalah besar. Pendekatan ini bukan sahaja digunakan di awal pengajaran tetapi
dilakukan sepanjang proses P&P berjalan.

c) Pemerhatian – Pemerhatian akan dilakukan terhadap reaksi pelajar apabila unsur


pendekatan gabungjalin cuba diterapkan. Adakah kaedah ini membantu dalam
meningkatkan penglibatan pelajar dalam ketiga-tiga subjek secara aktif? Pemerhatian
ini dilihat ketika proses P&P dijalankan di mana pemerhatian dilakukan terhadap
tingkah laku dan penglibatan pelajar semasa P&P dijalankan. Di dapati pelajar
seronok dan menumpukan perhatian serta melibatkan diri secara aktif dengan
memberikan komen dan pendapat. Selain itu, kami mendapati pelajar tidak mengantuk
di dalam kelas. Selain itu pemerhatian turut dilakukan pada aktiviti individu pelajar
yang telah ditanda oleh guru. Cara jawapan diberikan dan kebolehan pelajar
menjawab soalan yang diberikan akan dijadikan sebagai kayu ukur setakat mana
pendekatan ini berkesan.

d) Refleksi – Refleksi pengkaji ditriangjulasikand data pemerhatian (c) dan temubual


yang dilaksanakan terhadap guru-guru matapelajaran dan guru pembimbing. Dalam
kajian ini, jenis temubual yang digunakan ialah temubual tidak berstruktur. Kaedah
temubual digunakan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana peningkatan para
pelajar dalam matapelajaran tertentu. Ia merangkumi kemahiran-kemahiran tertentu
seperti bertutur, mengira, mewarna, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya.
Dalam temubual ini, guru akan ditanya pandangan mereka berkaitan dengan
pendekatan yang digunakan? Adakah pendekatan ini membuatkan pelajar terlibat
secara aktif semasa proses P&P dijalankan dan perlukah pendekatan ini diterapkan
dalam semua matapelajaran?

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dari data pemerhatian, melalui penggabungjalinan di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran, di dapati bahawa pelajar seronok untuk belajar selain dapat mengikuti setiap
pengajaran tanpa rasa jemu. Pengajaran untuk ketiga-tiga matapelajaran ini, lebih berkesan
kepada pelajar berbanding hanya menggunakan kaedah „chalk and talk‟ yang
membosankan kerana pembelajaran hanya berpusatkan guru manakala pelajar pula hanya
mendengar. Pelajar lebih mudah memahami isi pengajaran selain pengajaran berpusatkan
pelajar manakala guru sebagai skafolding. Kaedah pembelajaran ini sesuai digunakan
kepada pelajar aliran perdana juga untuk pelajar berkeperluan khas. Di awal pemerhatian,
pelajar tidak memberikan respon yang baik apabila di ajar satu subjek semata-mata tanpa
menerapkan unsur-unsur yang lain. Namun, apabila penggabungjalinan diterapkan, pelajar
menunjukkan penglibatan yang agak meberangsangkan apabila mula melibatkan diri dalam
apa sahaja aktiviti yang guru lakukan.

Hasil daripada temubual yang dijalankan terhadap guru mendapati bahawa kesemua guru
bersetuju dengan pendekatan gabung jalin ini kerana ianya bukan sahaja dapat
meningkatkan tahap komunikasi pelajar,malah dapat juga meningkatkan kemahiran-
kemahiran tertentu. Mereka memperlihatkan perubahan yang positif samada di dalam kelas
semasa pembelajaran mahupun perubahan dalam perhubungan sosial. Pelajar dilihat
semakin mempunyai keyakinan untuk menjawab pertanyaan guru dan melibatkan diri secara
aktif semasa pembelajaran. Dari segi kemahiran pula, pelajar dilihat sedikit demi sedikit
dapat menguasai kemahiran membaca dan mengeja, kemahiran melukis serta bertindak
balas dengan muzik yang telah digunakan.

Sebelum pengkaji menerapkan pendekatan gabung jalin ini, satu senarai semak telah
disediakan bagi melihat dan mencatat segala hasil dari pendekatan yang digunakan. Hasil
yang diperolehi sangat positif di mana skala menunjukkan peningkatan penglibatan pelajar
secara aktif di dalam kelas dan tahap kemahiran pelajar meningkat sedikit demi sedikit. Bagi
bulan pertama penerapan pendekatan ini, dilihat secara keseluruhan pelajar masih belum
menunjukkkan sebarang peningkatan di mana hanya 10-15% sahaja yang memberi
komitmen semasa P & P dijalankan. Namun berbeza pada bulan ke dua dan ketiga di mana
peningkatan sedikit demi sedikit mula ketara dan berterusan. Pada bulan kedua
berdasarkan senarai semak didapati sebanyak 20-24% dan terus meningkat sebanyak 20%
pada bulan ketiga. Ini jelaslah menunjukkan bahawa ada peningkatan walaupun secara
berperingkat dan juga pendekatan gabung jalin yang berkonsepkan merentas kurikulum ini
secara tidak langsung mampu membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

Berdasarkan dapatan yang telah diperolehi, secara keseluruhannya pelajar telah mula untuk
bersuara berbanding sebelum ini hanya guru yang bersuara. Hasil temubual bersama guru
pula menyatakan perubahan positif dapat dilihat terhadap pelajar-pelajar di mana mereka
telah dapat menguasai beberapa kemahiran contohnya seperti kemahiran berkomunikasi.
Penerapan pendekatan gabung jalin terhadap pelajar aliran perdana dan juga berkeperluan
khas sememangnya pendekatan yang dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka
semasa proses P&P di dalam kelas. Melalui kajian ini, didapati objektif kajian telah tercapai
kerana pelajar telah dapat dan mampu menguasai pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga dapat menarik lebih minat pelajar
kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan memberi ruang dan peluang bagi
pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara seimbang dan menyeluruh.

Namun begitu, data dan keputusan yang di perolehi masih tidak cukup dan tidak kukuh
untuk digunapakai.Ini adalah kerana hasil yang digunapakai dalam kajian ini hanya
diperoleh dalam tempoh tidak sampai 3 bulan. Tempoh ini merupakan satu tempoh yang
singkat untuk melihat sejauh mana perubahan dan perkembangan pelajar secara
keseluruhan. Selain daripada itu juga, semua guru pelatih perlulah terlibat sama dalam
menerapkan pendekatan gabung jalin ini dalam P&P mereka. Sekiranya semua guru
menggunapakai pendekatan merentas kurikulum ini, sudah pasti hasil yang diperolehi juga
sangat-sangat memberangsangkan. Namun begitu, dalam mengaplikasikan pendekatan ini,
guru juga memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu dan penguasaan dalam semua
perkara. Ini bagi memudahkan mereka menyusun strategi pengajaran dan juga membuat
perancangan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
IMPLIKASI KAJIAN

Kajian ini dilihat dapat digunakan oleh guru sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang
telah diperoleh oleh pelajar-pelajar. Ini kerana kemahiran sampingan yang terdapat dalam
penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki
dalam objektif P&P. Pendekatan ini juga dapat menimbulkan kesedaran kepada para guru
untuk mempelbagaikan kaedah mengajar dan tidak hanya bertumpu kepada kaedah
syarahan semata-mata yang sememangnya membuatkan pelajar mudah bosan dan juga
hanya berpusatkan guru. Melalui kajian ini juga, pendekatan ini berkeupayaan menimbulkan
suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan terhadap pelajar. Pelajar
boleh melibatkan diri semasa P&P dijalankan dengan bergiat aktif contohnya menjawab
pertanyaan guru, membaca, melukis dan sebagainya. Ini dapat membuktikan bahawa
pelajar lebih mudah menumpukan perhatian sekiranya guru menggunakan bahan bantu
mengajar yang menarik dan merangsang minda pelajar. Pembelajaran yang
menyeronokkan adalah berpusatkan kepada pelajar.

Selain itu, pendekatan ini juga menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan
pelajar-pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu. Pelajar digalakkan untuk berfikir
dan memberikan pendapat semasa pengajaran yang berlangsung. Dengan ini, secara tidak
langsung ianya mendidik pelajar dalam kemahiran-kemahiran tertentu dan pelajar-pelajar
juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan
seharian mereka.

CADANGAN DAN RUMUSAN

Daripada kajian ini, telah dapat dikenalpasti beberapa kelemahan yang memerlukan
penambahbaikan. Antaranya adalah dari segi kekangan masa. Masa yang diperuntukkan
hanyalah 3 bulan dan adalah lebih releven sekiranya ianya dipanjangkan kepada semester
(6 bulan). Ini kerana, hasil dapatan daripada kajian yang panjang akan lebih jelas dan
mampu memperkukuhkan data-data yang diperolehi. Ini adalah kerana, pendekatan gabung
jalin adalah adalah pendekatan yang merentas kurikulum dan fokusnya adalah pada
kemahiran-kemahiran sampingan sahaja dan bukanlah kemahiran utama semasa
pengajaran dilakukan. Oleh yang demikian, hasil yang diperolehi agak lambat dan
memerlukan masa yang secukupnya.

Kelemahan yang kedua adalah dari segi penglibatan guru dalam menerapkan pendekatan
gabung jalin ini. Guru dilihat tidak mengaplikasikannya semasa pengajaran walaupun
kementerian telah menggalakkan pembelajaran merentas kurikulum. Adalah diseru agar
semua guru menerapkan pendekatan ini dalam pengajaran mereka agar para pelajar lebih
menonjol dalam semua kemahiran. Sekiranya hanya guru praktikal yang menerapkan
pendekatan ini, ianya terhad kepada matapelajaran tertentu sahaja dan ianya tidak dapat
dilakukan secara menyeluruh (semua matapelajaran)

Ketiga, dalam proses merancang untuk menerapkan pendekatan gabung jalin ini, kemahiran
utama perlulah digunakan di peringkat perkembangan pelajaran dan kemahiran sampingan
digunakan di semua peringkat pelajaran secara tersusun dan bersistematik. Guru juga
perlulah bijak untuk mengintegrasikan kemahiran-kemahiran dalam urutan yang sesuai.
Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal
dan bukanlah kemahiran yang tiada hubungkaitnya dengan topik .
RUJUKAN
Alis Bin Putih (2008). Kajian Tindakan Di Sekolah: Definisi, Proses dan Cabaran. Penerbitan
Pure Homey Enterprise.

R. Murray Thomas (2005). Teachers Doing Research: An Introductory Guidebook. Copyright


Perason Education. Inc.

Dr. Ee Ah Meng (2004). Education Studies III : Professioanalism Of Teachers. Penerbitan


Fajar
Bakti SDN.BHD.

J.Pine Gerald (2009).Teacher Action Research : Building Knowledge Democracies. SAGE


Publication.

Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Penerbitan UTM.

David Hopkins (2002). A Teacher‟s Guide To Classroom Research. New York, NY: The
McGraw-Hill Companies.

You might also like