You are on page 1of 19

Masjid Dirar Peruntuh Keutuhan Ummah

IUD 102
USUL TAFSIR

MOHAMMAD HIDIR BIN BAHARUDIN


880424-05-5143

DSEMAK OLEH:
PROF. MADYA DR. MUSTAFFA ABDULLAH

DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN USULUDDIN


SEMESTER 1/TAHUN 2010
PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA

1
Ayat Al-Quran

Asas perbincangan kita bertitik tolak daripada ayat ini;

“Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk
menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk
memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang
telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah:
“Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya
mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) *107* Janganlah kamu bersembahyang
dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa
(masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya
masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bersih. *108* Maka apakah orang-orang yang mendirikan
masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-
orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh
bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk

2
kepada orang-orang yang zalim. *109* Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa
menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. *110* (Surah At-Taubah: 107, 108, 109, dan
110)

3
Asbabun Nuzul

Imam Jalaluddin As-Sayuti (w. 911 H)1 meriwayatkan beberapa asbabun nuzul berkenaan
ayat-ayat di atas dalam karya beliau yang bertajuk Lubaabun Nuqul Fi Asbabin Nuzul.

Pertama: Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa Abu Amir Ar-Rahib berkata kepada
sebahagian kaum Ansar yang sedang mendirikan masjid (Masjid Dirar): “Teruskan kerjamu
mendirikan masjid dan siapkan kekuatan dan senjata perangmu semampu tenagamu. Aku
akan berangkat ke Kaisar dan kembali membawa tentera-tentera Kaisar untuk mengusir
Muhammad dan sahabat-sahabatnya”. Ketika masjid itu siap didirikan, mereka datang
menghadap Rasulallah s.a.w. dan berkata: “Kami telah selesai mendirikan masjid kami dan
kami sangat mengharapkan agar tuan solat di masjid kami.”

Maka turunlah ayat 108, Surah At-Taubah, melarang Rasulallah s.a.w. daripada solat di
masjid itu. (Diriwayatkan oleh Ibn Marduwaih daripada Ali bin Abi Talhah daripada Ibn
Abbas)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa kaum munafik mendirikan masjid untuk
menandingi Masjid Quba‟ dengan harapan Abu Amir Ar-Rahib akan menjadi imam mereka
di masjid itu apabila dia berkunjung ke sana. Setelah masjid itu selesai didirikan, mereka
datang menghadap Rasulallah s.a.w. dan berkata: “Kami telah selesai mendirikan masjid
kami dan kami sangat mengharapkan agar tuan solat di masjid kami.”

Maka turunlah ayat 108, Surah At-Taubah, melarang Rasulallah s.a.w. daripada solat di
masjid itu. (Diriwayatkan oleh Al-Wahidi daripada Saad bin Abi Waqas)2

Imam Ibn Kathir (w.774 H)3 menceritakan:

“Dikisahkan bahawa sebab turunnya ayat-ayat ini ialah seorang Nasrani di Madinah bernama
Abu Amir Ar-Rahib daripada suku Khazraj. Dia mempunyai kedudukan erpandang dan

1
Abu al-Fadl 'Abd al-Rahman ibn Abi Bakr, Jalal al-Din al-Suyuti (Rejab 849 H-Jamadil Awal 911 H). Antara
kitab karangan beliau adalah Tafsir Jalalain, Al-Jami‟ Al-Kabir, Al-Jami‟Al-Saghir.
2
Imam Jalaluddin As-Sayuthi (Penyunting Norizan binti Mohammad), Asbabun Nuzul: Sejarah Turunnya Ayat-
Ayat Al-Quran, Victory Agencie, 2004
3
Al-Fida, 'Imad Ad-Din Isma'il bin 'Umar bin Kathir Al-Qurashi Al-Busrawi (701 H-774H). Antara kitab
karangan beliau adalah Tafsir Al-Quran Al-Azim, Bidayah Nihayah, Sirah Nabawiyyah.

4
terhormat serta disegani di kalangan kaumnya. Abu Amir Ar-Rahib merasa iri hati kepada
Rasulallah s.a.w. tatkala baginda s.a.w tiba di Madinah dan agama Islam tersebar luas, ramai
pula penganut dan pula Rasulallah s.a.w. menang dalam perang Badar. Masyarakat Madinah
berpaling daripadanya kepada Rasulallah s.a.w. Dia kemudiannya, melarikan diri dan
bersekutu dengan orang-orang Musyrikin Quraisy di Mekkah untuk memerangi Rasulallah
s.a.w. Dan terjadilah perang Uhud di mana Abu Amir Ar-Rahib bertambah iri hati sekali lagi
kerana gagal membunuh Rasulallah s.a.w.

Abu Amir Ar-Rahib melarikan diri ke Rom dan meminta bantuan Hercules untuk
menghadapi Rasulallah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Dia menulis surat kepada
beberapa orang munafik di Madinah memberitahu bahawa dia telah mendapat bantuan
Hercules untuk memerangi Rasulallah s.a.w. dan dia meminta disediakan baginya tempat
untuk menjadi markas melaksanakan rancangan jahat mereka. Maka didirikankan sebuah
masjid. Setelah masjid itu selesai didirikan, mereka datang menghadap Rasulallah s.a.w. dan
berkata: “Kami telah selesai mendirikan masjid kami dan kami sangat mengharapkan agar
tuan solat di masjid kami.”

Rasulallah s.a.w. yang bergegas untuk peperangan Tabuk menolak permintaan mereka
dengan bersabda:

‫ان على سفس ولكه اذا زجعىا ان شاء اهلل‬

“Sesungguhnya kami sekarang dalam keadaan musafir dan insya Allah sekembali, kami akan
penuhi pemintaan anda”

Selepas peperangan Tabuk dan baginda berhenti di Dhu Awan, turunlah malaikat Jibril
membawa wahyu Allah:4

4
Ibn Kathir, Terjemahan Singkat Tafsir Ibn Kathir (Diterjemahkan oleh H.Salim Bahreisy dan H.Said
Bahreisy), Victory Agencie, 2006)

5
“Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk
menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk
memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang
telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah:
“Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya
mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) *107* Janganlah kamu bersembahyang
dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa
(masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalamnya
masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bersih. *108*

Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh beberapa orang sahabat iaitu Malik bin Ad-Dakhsyim,
Maan bin Adi atau saudaranya „Asim bin Adi dengan kata Baginda s.a.w;

‫اوطلقوا اىل ٌرا املسجد الظامل أٌلً فاٌدموي و أحسقوي‬

“Berangkatlah kamu kepada masjid ini yang zalim ahlinya dan hancurkannya dan bakar
olehmu akannya”

Lalu mereka melakukan suruhan nabi tersebut sehinggakan masjid itu rata.

“Ibn Ishak (w. 150 H)5 telah menyebut tentang pembinaan masjid yang dibina oleh kaum
yang zalim dan bagaimana Rasulallah s.a.w. memerintahkan supaya masjid ini dirobohkan

5
Muḥammad ibn Isḥak ibn Yasaar ( 85 H-150 H)

6
sekembalinya baginda s.a.w. dari Tabuk, iaitu sebelum masuk ke Madinah. Segolongan orang
munafik telah membina sebuah masjid yang menyerupai reka bentuk masjid Quba‟. Mereka
berbuat demikian supaya Rasulallah s.a.w. bersembahyang di dalamnya. Ini akan
menyenangkan mereka melakukan kejahatan, kekufuran, dan keingkaran di dalamnya sesuka
hati mereka. Akan tetapi, Allah s.w.t. memelihara rasulNya daripada bersembahyang di
dalam masjid itu. Permintaan mereka ini diajukan sebelum pemergian Rasulallah s.a.w. ke
Tabuk. Setelah Rasulallah s.a.w. kembali dari Tabuk, baginda s.a.w. berhenti di Dhu Awan
(sebuah tempat yang terletak sejauh satu jam perjalanan dari Madinah). Ketika itu, turun
wahyu kepada Rasulallah s.a.w. menerangkan masjid itu.

Masjid tersebut dinamakan Al-Dhirar kerana orang munafik mahu menggugat keutuhan dan
pengaruh masjid Quba‟, mengkufurkan Allah dan tidak mahu beriman denganNya, memecah
belahkan jamaah dari masjid Quba‟ dan menjadi tempat intipan bagi orang yang telah
memerangi Allah dan rasulNya sebelum ini.”6

6
Ibn Kathir, Sejarah Tamadun Islam (Bidayah Nihayah), Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005

7
Tafsir Ayat

“Berkata Imam Abu Ja‟far (Tafsir At-Thabari, XIV/469) bahwa makna „dhiraran‟
(keburukan) ertinya keburukan terhadap jamaah kaum mukminin, cenderung kepada
kekufuran kerana memusuhi Rasulallah s.a.w., serta memecah-belah shaf jamaah kaum
beriman agar mereka ini salat di masjid mereka dan juga di masjid Nabi s.a.w., sehingga shaf
kaum muslimin menjadi berselisih lalu berpecah-belah, maka itu menguntungkan pimpinan
mereka iaitu Abu Amir Ar-Rahib yang memusuhi Rasulallah s.a.w. dan ingin
menghancurkannya, lalu setelah itu mereka masih berani bersumpah: Bahawa tujuan kami
melakukan ini (membina masjid) hanyalah untuk kebaikan semata.! Tetapi Allah menjadi
saksi bahawa mereka hanya berdusta belaka.”7

Berkata Imam Ibnu Kathir menambahkan: “ Menurut Ibn Ishak, orang yang membina masjid
Dirar seramai 12 oran, iaitu:

1. Khidzam ibnu Khalid (masjid Dirar dibina bersebelahan dengan rumahnya)


2. Tsa‟labah Ibn Hathib
3. Ma‟tab ibn Qusyair
4. Abu Habibah ibn Adz‟ar
5. Ubbad ibn Hanif (ia adalah masih saudara kandung dari Sahl Ibnu Hunaif sahabat
Rasulallah s.a.w.)
6. Jariyyah ibn „Amir
7. Mujma‟ dan Zaid (kedua-duanya anak Jariyyah)
8. Nabtal ibn Harith
9. Bakhraj
10. Bajad ibn Uthman
11. Wadi‟ah Ibnu Tsabit.”8

7
http://www.al-ikhwan.net/fenomena-masjid-dhirar-di-masa-nabi-saw-2025/
8
Ibn Kathir, Sejarah Tamadun Islam (Bidayah Nihayah), Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005

8
Antara tujuan orang-orang munafik membina masjid itu adalah sebagai tempat berkumpul
dan merancang strategi untuk memerangi Allah dan rasulNya. Allah s.a.w. menerangkan
perbuatan mereka:

“... serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak
dahulu.”

Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi;

“... Dan mereka sesungguhnya bersumpah (dengan berkata): ...”

Maksud ayat di atas, orang munafik yang membina masjid Dirar. Allah berfirman;

“ ... Kami tidak menghendaki selain kebaikan.”

Maksud ayat tersebut ialah, orang munafikin mahu membina masjid Dirar kononnya untuk
tujuan yang baik. Allah berfirman;

“... Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam
sumpahnya) ...” Kemudian Allah berfirman kepada rasulNya;

“Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya....”

Allah s.w.t. melarang Rasulallah s.a.w. mendirikan sembahyang di dalam masjid tersebut.
Allah s.w.t. memerintahkan baginda s.w.t. agar mendirikan solat di Madinah yang
diasaskannya berdasarkan takwa iaitu masjid Quba‟ semenjak awal wujudnya lagi. Terdapat

9
hadith-hadith baginda s.a.w. yang menerangkan keutamaan masjid Quba‟. Antaranya ialah
hadith sahih yang berbunyi:

‫صالة يف مسجد قباء كعمسة‬

“Solat di masjid Quba‟ adalah seperti melakukan ibadah umrah”

Kata Imam Ibn Kathir: “Masjid Rasulallah s.a.w. lebih utama daripada masjid Quba‟”9

“Al-Sayuti mencatat di dalam Al-Durr Al-Manthur beberapa riwayat yang menyatakan


bahawa Nabi Muhammad s.a.w bertanya penduduk Quba‟ tentang sebab pujian Allah kepada
mereka dalam ayat ini (ayat 108: Surah At-Taubah). Mereka menjawab bahawa mereka
beristinjak dengan air dan setengahnya pula beristinjak dengan batu diikuti dengan air. Beliau
menyebut bahawa Ibn Majah, Ibn Al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, Al-Darqutni, Al-Hakim dan
perawi-perawi lain yang meriwayatkan daripada Talhah bin Nafi‟ berkata: Abu Ayyub, Jabir
bin Abdillah dan Anas bin Malik telah menyatakan kepadaku bahawa, setelah diturunkan
ayat: ‫فيه رجال يحبىن أن يتطهروا‬ Rasulallah s.a.w. bersabda: Wahai golongan Ansar
sesungguhnya Allah s.w.t telah memuji keelokan kamu dalam bersuci. Apakah jenis bersuci
kamu ini? Mereka menjawab: Kami mengambil wuduk untuk mengerjakan sembahyang dan
mandi junub. Nabi s.a.w. bertanya lagi: Adakah lagi perbuatan lain selain daripada itu?
Mereka menjawab: Dalam kalangan kami apabila membuang air besar, dia lebih suka
beristinjak dengan air. Nabi s.a.w. bersabda: Itulah yang menyebabkan kamu dipuji.10

Fathi Yakin membawa perkataan Syeikh Khudari dalam kitabnya yang bertajuk Nurul Yaqin:

“Ikut serta menolong golongan Munafiq meneruskan cita-cita mereka membina masjid Dirar
ini ialah segelintir orang-orang Arab Madinah yang keliru dan tidak menerima dakwah
Muhammad s.a.w. Mereka menyembunyikan kekafiran kerana takut nyawa mereka tergugat.
Pemimpin kumpulan ini bernama „Abdullah bin Ubai bin Salul Al Khazraji. Sebelum
Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah beliau pernah dicalonkan untuk menjadi ketua
penduduk Madinah Sesungguhnya tidak diragukan lagi tentang bencana Munafik terhadap
orang Islam lebih besar daripada bencana yang mungkin diakibatkan oleh orang-orang kafir.
Orang-orang Munafik hidup bersama orang-orang Islam, mengetahui rahsia mereka dan
9
Ibn Kathir, Sejarah Tamadun Islam (Bidayah Nihayah), Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005
10
Dr. Mustaffa Abdullah, Rasyid Rida Pengaruhnya di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, 2009

10
membocorkan rahsia mereka kepada musuh sama ada golongan Yahudi atau golongan yang
lain sepertimana yang kerap berlaku. Meskipun prinsip-prinsip yang dipegang oleh
Rasulullah s.a.w terhadap mereka ialah menerima apa yang nyata dan meninggalkan segala
yang tersirat dalam hati kepada ketentuan Allah s.w.t. tetapi Rasulullah s.a.w tidak pula
mengamanahkan kepada mereka melakukan sesuatu apa pun. Contohnya Rasulullah s.a.w
sering meninggalkan Madinah dan sering pula mewakilkan kekuasaannya kepada beberapa
orang Ansar. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengangkat mana-mana orang yang diketahuinya
mempunyai ciri-ciri kemunafiqan, kerana Rasulullah Sallallahu‟alaihi Wasallam mengetahui
akibat yang mungkin berlaku jika sekiranya mereka diangkat menggantikan beliau semasa
beliau tidak ada. Mereka pasti akan mengambil kesempatan tersebut untuk merosakkan
orang-orang Islam. Ini satu pelajaran penting mesti difahami oleh ketua dan pemimpin Islam.
Rasulullah s.a.w mengajar mereka supaya dalam hal-hal yang penting tidak mempercayakan
perlaksanaannya kepada orang-orang yang mempunyai ciri-ciri kemunafikan atau
menonjolkan apa yang berlawanan dengan isi hatinya.”11

Kemudian Allah berfirman lagi;

“Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan
keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi
jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka
Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. *109*
Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati
mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. *110* (Surah At-Taubah: 109, dan 110)

11
Fathi Yakan, Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah,
http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdf

11
Imam Ibn Kathir berkata: “Tidaklah sama orang yang mendirikan bangunannya (masjid) atas
dasar takwa kepada Allah s.w.t. dan keredhaanNya dengan orang-orang yang mendirikan
masjid atas dasar kekafiran dan dengan tujuan memecah persatuan dan membawa
kemudharatan serta untuk tempat persediaan memerangi Allah s.w.t. dan rasulNya. Mereka
itu yang disebut sebagai mendirikan bangunannya di atas tepi jurang yang runtuh yang akan
membawa bersama mereka ke dalam api neraka Jahannam. Dan Allah s.w.t. tidak akan
memberi petunjuk bagi orang-orang yang zalim.”12

12
Ibn Kathir, Terjemahan Singkat Tafsir Ibn Kathir (Diterjemahkan oleh H.Salim Bahreisy dan H.Said
Bahreisy), Victory Agencie, 2006)

12
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Kategori: Sosial/Syariah
Tajuk: Masjid Dirar
Isu: Pengertian Masjid Dirar
Keputusan :

Setelah perbincangan Jawatankuasa Fatwa berpendapat;

Pengertian Masjid Dirar:

Dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir Masjid Dhirar ialah masjid yang didirikan
dengan tujuan memusuhi orang-orang Islam, dan memudharatkan perkembangan agama
Islam, memudharatkan umatnya, membahayakan Dakwah Islamiah sebagaimana Firman
Allah dalam Surah At-Taubah ayat 107.

Mereka yang menjadikan masjid untuk membahayakan, untuk menunjukan kekufuran,


untuk memecah-belahkan antara orang-orang Mukmin, untuk menjadi tempat mengintip
bagi mereka yang memusuhi Allah dan Rasulnya sebelum itu, mereka bersumpah kami
bertujuan baik sedangkan Allah mengingatkan mereka berdusta. Firman Allah ... ‫ال تقم فية ابدا‬
‫ الخ‬.

Ulasan Jawatankuasa:

Berdasarkan kepada huraian di atas maka mana-mana tempat ibadah yang didirikan dengan
maksud-maksud atau salah satu maksud itu adalah termasuk dalam hukum Masjid Dirar
dan bertentangan dengan matlamat ajaran Islam, supaya umat Islam berkenal mesra di
antara satu sama lain, berbaik-baik, bersatu padu dan saling bantu membantu. Oleh sebab
itu membina masjid baru di tempat yang telah sedia ada masjid dan pembinaan itu adalah
suatu amalan yang bercanggah dengan matlamat ajaran Islam, dan masjid itu adalah
termasuk di bawah hukum Masjid Dirar. Pembinaan masjid tidak dikira sebagai suatu
amalan kebajikan yang diterima di sisi Allah kecuali ianya dilakukan untuk keperluan para
ahli jemaah dan bukan bagi tujuan memecahbelahkan para jemaah.

13
Di dalam hal ini para Fuqaha‟ telah menyarankan pendapat-pendapat mereka di dalam
kitab-kitab Fekah tentang hukum berbilang Jumaat di dalam satu mukim atau satu Daerah,
dan mana-mana tempat yang memerlukan berbilang-bilang Jumaat adalah terlebih dahulu
diperlukan mendapat keizinan pemerintah (Ulul Amri) kerana pada dasarnya setiap daerah
atau mukim seboleh-bolehnya mestilah mempunyai satu tempat sahaja untuk didirikan
Jumaat.

Pendapat Jawatankuasa:

Atas konsep Dirar maka mana-mana masjid atau tempat ibadah yang difikirkan boleh
membawa berpecah-belah umat Islam serta fitnah adalah wajar dirobohkan sebagaimana
Rasulullah s.a.w merobohkan Masjid Dhirar yang telah didirikan bagi menyaingi Masjid
Qaba‟ di masa hayat baginda.13

13
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1981

14
Komentar

Orang-orang yang munafik memang ada di mana-mana dan dalam zaman apa pun sepanjang
sejarah tidak sunyi dan kewujudan mereka. Ini adalah kerana motif dan karenah kemunculan
golongan ini memang ada dan mungkin wujud bila-bila masa. Ada yang menjadi munafik
didorong oleh pertimbangan untuk merangkul kepentingan duniawi. Kadang-kadang ia
berselindung di sebalik taqwa dan agama untuk sampai kepada tujuannya. Ada yang menjadi
munafik dengan tujuan mencetuskan krisis, melaga-laga dan memecah-belahkan barisan umat
Islam. Ada yang berbuat demikian kerana niat jahatnya sendiri. Ada pula yang mendapat
arahan dan orang lain. Mereka pun meresapi jamaah untuk tujuan-tujuan tadi. Terdapat juga
golongan yang sifat munafik telah mendarah daging dalam dirinya hingga sukar untuk
melepaskan diri dari sifat ini. Ada yang menjadi munafik untuk berkuasa atau melepaskan
diri dan penindasan penguasa. Dengan sifat ini orang munafik cuba merangkul habuan dunia
yang fana, atau pangkat kebesaran yang tidak kekal. Ia malah sanggup menjual agamanya
dengan mendapat bayaran kesenangan dunia. Kadang-kadang sifat ini ditimbulkan oleh rasa
dendam, atau dengki atau kedua-duanya sekali. Manusia munafik mempunyai sifat-sifat dan
perwatakan tertentu. Sifat golongan munafik ini sebagaimana diberitahu Rasulullah s.a.w.
berakar umbi daripada tiga iaitu apabila dia berkata dia berdusta, apabila dia berjanji dia akan
mungkiri dan apabila dia berjanji dia akan khianati. Mereka juga;

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan
mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka
bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah
kecuali sedikit sekali.” (Surah An-Nisa‟: 142)

15
Allah s.w.t. menjanjikan kepada mereka;

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah
dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.”
(Surah An-Nisa‟: 145). Tujuan asal mereka sepertimana firman Allah s.w.t.:

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah
menyempurnakan cahayaNya, walau orang-orang kafir membencinya." (Surah As-Saff: 8)

Contoh lain untuk kejahatan golongan munafik ini adalah peristiwa Aishah r.a. difitnah atau
juga dikenali dengan „Hadith Al-Ifk‟. Peranan mereka ini membawa berita palsu tentang
Aishah r.a. Fathi Yakan menukilkan perkataan Sayyid Qutb:

“Sesiapa pun mesti akan merasa aneh walaupun hingga kini, terhadap peristiwa ini.
Bagaimana boleh berlaku dalam suatu kumpulan jemaah Muslimin boleh berleluasa tersebar
berita buruk dan cerita dusta seperti ini. Berita ini pasti meninggalkan kesan yang berat dalam
jamaah, menimbulkan luka yang dalam, di dalam jiwa yang paling suci dan paling tinggi‟.
Sesungguhnya kemelut yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. dan terutamanya yang diharungi
oleh jamaah Muslimin dan Islam ketika itu adalah kemelut yang paling hebat yang pernah
dihadapi oleh Baginda s.a.w. di mana Baginda s.a.w. dapat mengatasinya. Baginda dapat
terus melindungi kewibawaannya, membuktikan kelapangan dada dan kesabarannya.”14

Mengingatkan akan bahayanya golongan ini, Allah s.w.t menurunkan Surah Al-Munafiqun.

14
Fathi Yakan, Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah,
http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdf

16
Kesimpulan

Saya menukilkan kata-kata daripada Imam Ibn Kathir:

“Masjid tersebut dinamakan Al-Dirar kerana orang munafik mahu menggugat keutuhan dan
pengaruh masjid Quba‟, mengkufurkan Allah dan tidak mahu beriman denganNya, memecah
belahkan jamaah dari masjid Quba‟ dan menjadi tempat intipan bagi orang yang telah
memerangi Allah dan rasulNya sebelum ini.”

Tujuan didirikan masjid Dirar‟ dijelaskan seperti berikut;

 Pertama ialah mahu menggugat keutuhan dan pengaruh masjid Quba‟.


 Kedua ialah mengkufurkan Allah dan tidak mahu beriman denganNya
 Ketiga ialah memecah belahkan jamaah dari masjid Quba‟
 Keempat ialah menjadi tempat intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan
rasulNya sebelum ini.

Seharusnya setiap masjid itu didirikan atas dasar takwa kepada Allah. Penulis melihat
terdapat penyakit dalam masyarakat Islam hari ini dalam hal mendirikan masjid iaitu
mendirikan masjid adalah dengan tujuan bersaing dalam pembinaannya bukan pula dalam
mengimarahkannya. Bermaksud, siapa yang lebih besar binaan dan lebih tinggi menara
masjidnya, maka merekalah yang akan menang. Tidaklah elok jika masjid didirikan untuk
tujuan itu.

Sebesar mana pun binaan masjidnya atau setinggi mana pun tinggi menara masjidnya, andai
tidak dengan asas takwa, maka di kemudian hari, masjid itu akan menjadi lengang daripada
umat Islam yang mengimarahkannya.

Dalam satu data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pada
tahun 1993, terdapat 4841 buah masjid di seluruh Malaysia manakala surau pula berjumlah
10 364 buah Jurnal Pendidikan Islam, 1995).15 Dan kini, tahun 2010, jumlah itu tentunya
akan bertambah.

15
Dr. Zulkiple Abdul Ghani, Koleksi Kertas Kerja Pengurusan Masjid, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2002

17
Kekuatan umat Islam bergantung kepada kekuatan tauhid dalam dua pengertian, iaitu
„Tauhidullah‟ (mengesakan Allah) dan „Tauhidulummah‟ (menyatupadukan ummah).
Kekuatan yang pertama itu letaknya pada hati setiap individu-individu Muslim manakala
kekuatan yang kedua itu letaknya pada jemaah kaum Muslimin. Andai disatukan kedua
kekuatan ini, kaum Muslimin akan mencapai kemenangan seperti yang dijanjikan Allah
s..w.t.

Penutup menutup dengan doa;

18
Rujukan

1. Imam Jalaluddin As-Sayuthi (Penyunting Norizan binti Mohammad), Asbabun Nuzul:


Sejarah Turunnya Ayat-Ayat Al-Quran, Victory Agencie, 2004
2. Ibn Kathir, Terjemahan Singkat Tafsir Ibn Kathir (Diterjemahkan oleh H.Salim
Bahreisy dan H.Said Bahreisy), Victory Agencie, 2006
3. Ibn Kathir, Sejarah Tamadun Islam (Bidayah Nihayah), Dewan Bahasa Dan Pustaka,
2005
4. Dr. Mustaffa Abdullah, Rasyid Rida Pengaruhnya di Malaysia, Penerbit Universiti
Malaya, 2009
5. Fathi Yakan, Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah,
http://alambuku.tripod.com/pdf/Rintangan%20Perjuangan%20Pendakwah.pdf
6. Dr. Zulkiple Abdul Ghani, Koleksi Kertas Kerja Pengurusan Masjid, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, 2002
7. http://www.alquran-digital.com
8. http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Suyuti
9. http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Ishaq
10. http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Kathir
11. http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1981
12. http://www.al-ikhwan.net/fenomena-masjid-dhirar-di-masa-nabi-saw-2025/

19

You might also like