You are on page 1of 10

Jenis-jenis rumah Melayu

Rumah Perabung Panjang


• Merupakan sejenis reka bentuk rumah Melayu
yang tertua.
• Lebih dikenali sebagai rumah bumbung panjang.
• Mempunyai satu bumbung yang panjang dan
melintang.
• Di Kedah dan Perlis, bumbung jenis rumah ini
dibuat daripada daun nipah atau rumbia dan
untuk yang kaya pula atap genting digunakan
Rumah tiang dua belas
• Rumah jenis ini mempunyai dua belas tiang
yang diatur dalam tiga baris.
• Dibahagi kepada tiga bahagian kerana sangat
besar :
– Bangunan rumah ibu
– Rumah tengah
– Rumah dapur
• Selalunya dimiliki orang yang berada.
• Atap rumah diperbuat daripada genting import,
dinding, tingkap, dan pintu diukir dengan ukiran
yang cantik.
• Dinding rumah ini selalunya berbentuk dinding
kembang / lidah buaya. Atas tingkap pula dibuat
kerawang- kerawang dengan ukiran tebuk untuk
laluan udara.
• Biasanya tinggi 5-6 kaki .
Rumah perabung lima
• Reka bentuk rumah ini telah dipengaruh oleh
rekabentuk rumah Belanda.
• Mula berkembang di Melaka dan Johor dan
seterusnya merebak ke negeri-negeri di utara
Malaysia.
• Pada zaman perintahan Brirish dan Belanda.
Mereka banyak membina kediaman untuk
pengawai-pengawainya.
• Tukang- tukang Melayu yang membina rumah
ini kemudiannya membuat perubahan kepada
bentuk yang asal.
• Rumah jenis ini mempunyai lima perabung
dan perabung ini menjadi bumbung utama
kepada serambi dan ibu rumah.
• Bahagian dapur dibuat bumbung asing untuk
memberi ruang yang lebih luas kepada ibu
rumah dan serambi.
Rumah Melaka
• Dikenali sebagai rumah Malaysia.
• Rekabentuk rumah mempunyai ibu rumah,
rumah dapur, anjung dan serambi. Anjung rumah
itu juga dibina di bahagian hadapan.
• Bahagian serambi selari dengan bahagian ibu
rumah. Bumbung rumah selalunya tinggi dan
kadang- kadang mencuram.
• Atap pula; genting untuk yang berada, daun
rumbia dan atap ijuk untuk orang kebiasaan.
Rumah Minangkabau
• Mempunyai bentuk bumbung yang luar biasa,
iaitu berbentuk lentik seperti tanduk kerbau.
• Tetapi, corak ruang dan kedudukan tiang
rumah itu tidak jauh beza daripada rumah-
rumah Melatu lain. Rekabentuk rumah
Minangkabau banyak terdapat di Negeri
Sembilan.
Rumah Limas.
• Dikenali dengan panggilan Rumah Melayu Muar
kerana asalnya dari Muar.
• Mempunyai anjung di hadapan dan
bumbungnya agak rendah kalau dibandingkan
dengan rumah Melayu lain.
• Rumah ini tidak mempunyai pangkal serambi.
Bahagian lain hampir sama dengan rumah-
rumah Melayu lain. Kebanyakan terdapat di
Johor, Selangor dan Pahang.
Rumah bumbung Perak
• Merupakan rumah Melayu yang berasal
daripada rekabentuk rumah limas.
• Rekabentuk rumah bumbung terletak pada
bumbung yang selari memanjang, kedudukan
bumbung yang agak rendah jika dibandingkan
dengan rumah Melayu lain

You might also like