You are on page 1of 16

PERUBATAN TRADISIONAL

 
Perubatan cara trdisional adalah warisan turun temurun . Ia telah bermula
pada  nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan , keadaan atau cara  telah dilakukan dalam
usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesanan .Dalam masyarakat Malaysia
kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli
yang didapati  daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.
           Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu  perubatan yang
penting  kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan   taraf kesihatan negara
ini.Perubatan tradisional masih diperlukan  biarpun dunia perubatan  semakin canggih.Malahan
dalam beberapa  jenis penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan   daripada
perubatan moden.
       Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat  hariini  kerana beberapa
faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional   masih mengekang nilai hidup
sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan  dan pedalamaan .Sejak sekian
lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme  dan saki baki  kepercayaan
ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan  begitu kencang bertiup.
         Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit  bermula  daripada
lebihan kecairan ,racun  dan  pengaruh makhluk  halus.Kalau  hendak menyembuhkan penyakit
yang sebegitu rupa ,amalan perubatan tradisional diperlukan .Selain itu, perubatan moden masih
gagal mngubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib ,misalnya santau ,histeria atau
rasukan hantu.
           Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika
waktu,muntah darah atau menjerit-jerit .Penyakit –penyakit  ganjil juga boleh disembuh melalui
perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden.Kaedah
perubatan tradisional memang  berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini.Oleh sebab itulah
golongan seperti ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan seperti ini.
 
         Perubatan tradional  masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada
pelbagai penyakit yang berbahaya .Penyakit -penyakit seperti darah tinggi,lelah ,lumpuh ,patah
tulang  dan  penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf kebiasanya lebih serasi dengan
perubatan  tradisional  jika dibandingkan dengan perubatan moden.
         Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan  yang baik ,khasnya dalam
mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit
ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan
moden.Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal
menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin .
         Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat .Manakala di
kalangan masyarakat Cina, akupunktur dan ubat-an sinseh terkenal  sejak zaman berzaman
lagi.Kedua-dua  jenis perubatan ini mujarab bagi beberapa penyakit  seperti darah tinggi ,sakit
lelah dan lumpuh .Tambahan pula rawatan  akupunktur boleh menggantikan  ubat bius dalam
proses  pembedahan.
             Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan  tradisional .Lebih-lebih
lagi untuk mengubati penyakit-penyakit  ayng berbahaya .Dan perubatan tradisional semakin
mendapat sambutan memandangkan  kejayaan rawatan dan penemuan  khasiat ubatan  tradisional
yang mujarab .Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan  untuk
menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS ,penagihan dadah
,kencing manis dan penyakit mental.Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan
melalui rawatan perubatan moden.Untuk penyakit  hilang akal atau gila umpamanya ,terdapat
bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya.         
             Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh
rawatan tradisional ,bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan
moden.Dalam penagihan dadah pula,terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan
para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional .Semua ini membuktikan bahawa
perubatan tradisional masih diperlukan .
          Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum
mampu hendak  membiayai belanja dan kos perubatan moden.Bayaran perubatan tradisional lebih
mudah berbanding dengan perubatan moden.Maksudnya kian canggih dan moden alatan yang
digunakan dalam perubatan moden ,kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan  oleh
orang ramai.Contohnya kos sebanyak RM20,000 yang diperlukan untuk merawat sakit lemah
jantung dengan menggunakan laser.
        Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat ,tetapi dengan
kos yang tinggi itu,berapa orangkah yang mampu membiayainya ?Bagi rawatan tradisional
,bayarannya  murah kerana  perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin menolong dan bukan
semata-mata mengaut keuntungan .Maka ,bayaran biasanya mengikut keikhlasan dan kemampuan
pesakit  .Dari segi rawatan  pula ,perubatan tradisional tidak diperlukan alat-alat yang mungkin
berharga beribu-ribu ringgit ,tetapi perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan
ramuan tertentu sahaja.
            Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga  ubat-ubatan  tradisional
yang murah.bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh mengurangkan
tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian orang ramai kepada
perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi.
        Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk Di negara
ini.Perubatan  cara ini  bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja, malahan oleh
masyarakat lain seperti  India  dan Cina.Semua kaum  mempunyai sistem  rawatan tradisional
masing-masing.
          Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan  daripada Bomoh atau dukun
Melayu, sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan  daripada sinseh dan bomeh  Cina
.Ini membuktikan bahawa sistem rawatan tradional ini digunakan secara menyeluruh oleh
masyarakat dan tidak  terhad kepada sesuatu kaum sahaja.Hakikat  bahawa amalan ini ada
pada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan untuk  menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit.
      Selain itu sistem  rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini  masih diperlukan di
negara ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian
daripada kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal  di pedalaman dan masih tertinggal
dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek
moyang  sejak zaman-berzaman lagi.
          Dalam semua jenis penyakit,mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau
dukun untuk menyembuhkannya.Kepercayaan ini  telah dibuktikan benar melalui  pengalaman
sehari-harian mereka .Mereka berpegang kepada amalan dalam agama Islam bahawa tidak boleh
disembuhkan.             
       Kesimpulannya,kemajuan ilmu dan materialistik yang  kita  capai, Kita tidak seharusnya
menyebabkan kita melupkan  sistem  perubatan Tradisional.Jelaslah bahawa perubatan
tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk
kesejahteraan dan kehidupan manusia.Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam
dunia perubatan sekarang .Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan
dengan teknologi perubatan moden demi meninggikan
mutu perubatan di negara ini.
 
Rujukan
Introductiun . traditional medicine John L.Vancat 1970, Pretice Hall
Perubatan Tradisional dan Moden
20 August 2004

Dalam kehidupan moden, yang lama dianggap lapuk dan tidak lagi berguna. Maka
atas dasar itu, yang lama terus tersisih, tidak diperlukan malah enggan
mempedulikannya kerana kononnya mendakwa yang moden itu mempunyai prinsip
terbaik dan diterima umum.

Begitu halnya dengan sistem perubatan tradisional yang telah ditinggalkan zaman
kerana kebanyakan pengamal perubatan hari ini, malahan orang ramai sendiri lebih
memberikan tumpuan dan mengutamakan sistem perubatan alopati (moden) yang
dikatakan lebih berjaya berbanding dengan sistem perubatan tradisional.

Perubatan moden yang berasaskan kepada kepakaran pengamalnya di samping


penggunaan peralatan canggih, umpamanya jarum suntikan, ubat-ubatan secara
mekanikal, alatan pembedahan, teknologi komputer dan sebagainya yang dikatakan
dapat mengesan dan merawat sesuatu jenis penyakit yang dihadapi oleh pesakit
dengan pantas. Namun, tanpa kita sedari bahawa terdapat juga beberapa kelemahan
ketara sehinggakan sesetengah penyakit tidak dapat dirawat dengan sempurna,
pesakit mendapat kesan sampingan dan ada yang menemui maut berpunca dari
beberapa faktor tertentu.

Amat malang sekali, sistem perubatan tradisional tidak mempunyai ruang untuk
menyumbang jasa walaupun sebelum kehadiran sistem perubatan moden merampas
takhta dunia perubatan, sistem perubatan tradisional turut memainkan peranan
penting dalam menangani dan membendung masalah penyakit sehinggakan
penyakit-penyakit yang kronik dapat diubati dengan sempurna menyebabkan
pesakit-pesakit yang pernah menjadi mangsanya dapat hidup dengan sempurna.

Istilah sistem perubatan tradisional ialah sistem penjagaan kesihatan yang


diamalkan oleh orang-orang tua seperti bomoh, bidan, dukun, singseh, penyembuh
yang menggunakan ayurveda, sidha serta pengamal perubatan di kalangan orang-
orang asli.

Malaysia sebuah negara yang terdiri dari berbilang kaum turut melahirkan
pengamal-pengamal perubatan tradisional termasuk Melayu, Cina, India dan orang
asli. Kebanyakannya menggunakan sumber alam seperti tumbuh-tumbuhan yang
berasaskan kepada akar-akar kayu, buah, kuduk, badang dan daun sebagai ubat-
ubatan asli yang masih segar selain penggunaan tumbuh-tumbuhan herba dan ulam
dalam usaha untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang merupakan
beberapa konsep sepadu dalam dunia perubatan tradisional.

Amalan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan urutan refleksi yang


menggunakan kepakaran dalam ilmu saraf tradisi adalah gabungan yang mantap
sehingga pesakit dapat merasai kehebatan dan luar biasanya sistem perubatan
berkenaan.

Namun, apabila wujudnya sistem perubatan moden yang diasas dan ´dihebohkan´
oleh saintis dan pengamal perubatan Barat, sistem perubatan tradisional tidak lagi
diiktiraf dan pergerakannya terus dihalang oleh undang-undang kesihatan.
Sedangkan tanpa disedari umum, sistem perubatan tradisional adalah pengasas dan
pelopor asal dunia perubatan. Sebaliknya sistem perubatan moden yang sering
dibangga-banggakan oleh perubatan Barat dan segelintir masyarakat moden hari ini
adalah cedokan dan saduran dari perubatan tradisi masyarakat dahulu yang
kemudiannya disesuaikan menurut kehendak sistem perubatan hari ini.

Melalui sistem perubatan moden kebanyakan pesakit yang mengalami masalah


kesihatan yang teruk, rawatannya memerlukan pebelanjaan yang terlalu mahal. Jika
mangsanya ialah golongan yang berkemampuan, ia tidak menjadi masalah tetapi
bagaimana pula dengan golongan yang berpendapatan rendah?

Satu hal yang perlu diutarakan ialah, perubatan moden banyak menggunakan
kaedah rawatan menggunakan ubat-ubatan umpamanya dalam bentuk pil, kapsul
mahupun dalam bentuk cecair. Kesemuanya ubat-ubatan yang dihasilkan
mengandungi bahan-bahan kimia yang secara langsung atau tidak, boleh
menimbulkan kesan sampingan terhadap pesakit, menyebabkan alahan dan mungkin
boleh melumpuhkan sistem imun dalam tubuh manusia. Ini kerana, ubat-ubatan
yang berasaskan kepada bahan-bahan kimia akan lebih beracun jika berlakunya
kecuaian dan aspek penjagaanya yang tidak diberikan keutamaan.

Malah sesuatu yang mengerikan ialah apabila seseorang pesakit itu memerlukan
pembedahan. Konsep pembedahan yang cermat dan sentiasa berhati-hati mungkin
tidak akan menimbulkan sebarang masalah dan dapat menghadapi risiko yang bakal
wujud. Namun jika berlakunya kecuaian yang berpunca dari tidak menumpukan
kepada kerja dengan sepenuhnya atau bersikap sambil lewa, pesakit akan menjadi
mangsa. Keadaan ini menimbulkan kesukaran dan tentunya boleh menakutkan
orang ramai untuk mendapatkan khidmat perubatan berkenaan.

Di Malaysia, sistem perubatan tradisional lagaknya kurang mendapat tempat dalam


mewujudkan keseimbangan kesihatan yang sepatutnya diperolehi oleh setiap
pesakit. Keadaan ini bukan sahaja didorong oleh kekangan undang-undang
kesihatan tetap juga sikap di kalangan sesetengah pengamal perubatan moden itu
sendiri termasuk beberapa pandagan oleh penulis pro-perubatan moden dan iklan-
iklan yang disebarkan melalui risalah dan juga dalam media-media cetak elektronik.

Dalam dunia global hari ini yang sering berubah, sudah nampak beberapa negara
yang seolah-olah ingin kembali kepada sistem perubatan tradisional. Ini kerana
konsep perubatan moden yang kerap menemui kegagalan apabila khidmatnya untuk
merawat pesakit sering mengalami masalah. Telah ramai saintis moden yang
menyedari bahawa, rawatan secara tradisi menggunakan kaedah alam semula jadi
seperti tumbuh-tumbuhan, serangga dan hidupan kecil mampu menjadikannya
penawar dan pesakit yang malang dapat hidup lebih lama.

Contoh yang paling jelas ialah apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta
kumpulan pertubuhan kesihatan lain turut menyedari bahawa perubatan tradisional
memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan orang ramai pada masa lalu
dan untuk masa hadapan. WHO sendiri sedang giat menggalakkan perubatan
tradisional sebagai satu komponen sistem kesihatan negara yang penting.

Kebanyakan negara telah kembali kepada sistem perubatan tradisional kerana


konsep dan amalan yang wujud dalam rawatan tradisional tidak menyusahkan dan
tidak menakutan pesakit. Malah orang ramai menerimanya sebagai rawatan yang
terbaik sama ada boleh dilakukan sendiri dengan nasihat, tunjuk ajar atau dengan
bantuan pengamalnya. 

Di Singapura, hampir seorang bagi setiap lapan orang rakyatnya memilih untuk
rawatan tradisional berbanding perubatan Barat. Di China, sistem perubatan
tradisional diiktiraf secara rasmi dan disatukan ke dalam sistem penjagaan
kesihatan. Di Vietnam, kerajaan menggalakkan setiap keluarga menanam sekurang-
kurangnya 12 daripada 58 tanaman berubat di rumah masing-masing.

Tahun lalu, India menggandakan belanjawannya untuk menggalakkan amalan


perubatan tradisional seperti ayurveda, sidha, unani, naturopati, ubatan dari Tibet
dan homeopati. Kementerian Kesihatan juga telah meminta semua menteri untuk
mengenalpasti sistem perubatan tradisional untuk membiayai belanja perubatan
pekerja dalam sektor kerajaan.

Maka apabila dilihat kepada jasa dan sumbangan sistem perubatan tradisional
terhadap kemampuannya mengubati pelbagai jenis penyakit yang sukar dirawat oleh
sistem perubatan moden, maka apakah perubatan tradisional akan disia-siakan
begitu sahaja? Apakah tidak ada alternatif lain supaya sistem perubatan tradisional
diiktiraf dan dapat bergerak seiring dengan perubatan moden di samping dapat
berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing?

Dalam konteks ini, sudah tiba masanya sistem perubatan tradisional di negara ini
diberikan laluan sepenuhnya tanpa mendapat kekangan dan halangan dari
memberikan khidmat yang terbaik dan terus berkembang supaya tidak ditinggalkan
zaman. Biarlah masyarakat umum yang membuat pilihan dan menilai sendiri, sistem
perubatan mana yang dianggap terbaik yang dianggap ´mesra kesihatan´ atau
menakutkan malah membebankan mereka dalam urusan perbelanjaan rawatan.
Perubatan moden

Tulisan ini adalah bertujuan mendidik penguna-penguna kesihatan memahami hakikat sebenar
pilihan-pilihan perubatan yang ada. Agar mereka menjadi penguna yang bijak dan berilmu. Aspek
ini jarang dijelaskan kepada orang awam. Lantas mereka sangat mudah terpengaruh dengan
pelbagai dakwaan. Telitilah setiap dakwaan yang dilakukan dengan ilmu. Tanpa ilmu, anda akan
disesatkan.

Perubatan moden

Perubatan moden juga dikenali sebagai perubatan conventional, perubatan barat ataupun
alopathy. Apakah sebenarnya perubatan moden ini? Ini adalah satu tatacara mengenali penyakit,
merawat penyakit dan juga pencegahan penyakit. Tatacara ini diperolehi berdasarkan kajian
saintifik. Atau dengan kata lain ia adalah berasaskan evidence base. Maksudnya sebelum sesuatu
rawatan itu dijadikan sebahagian dari perubatan moden, ia mesti melalui kajian-kajian saintifik
yang biasanya memakan masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Ia mesti melalui kajian ke atas
haiwan dan manusia. Ia mesti melalui ujian keberkesanan. Ia mesti melalui ujian toksisiti yang
meliputi ujian penentuan dose toksik, kesan mutasi, kanser, kesan keatas bayi dalam kandungan
dan sebagainya. Jika selepas melalui kajian saintifik ini, terbukti ia memberi manafaat perubatan
tanpa kesan mudarat yang teruk, maka rawatan itu akan diterima sebagai perubatan moden. Ini
bermakna perubatan moden boleh berasal dari rawatan herba, rawatan homeopathi, rawatan
traditional, rawatan acupuncture, rawatan refleksilogi, atau apa-apa jua rawatan perubatan
traditional dan alternative selagi mana rawatan itu dibuktikan oleh kajian saintifik. Dalam sejarah,
banyak ubat-ubat traditional akhirnya menjadi ubat modern setelah melalui kajian. Syarikat-
syarikat ubat gergasi dunia sentiasa mencari-cari ubat-ubat baru dan mereka biasanya sangat
peka dengan perubatan traditional dan alternative ini. Mereka akan melakukan kajian dan
seterusnya jika ia berkesan ubat itu akan menjadi sebahagian dari perubatan modern.
Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan
mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan
ialahsains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun,
istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan
doktor bedah.

Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut.


Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan
penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains
perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala
jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang
dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat
penyakit.

Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat).
Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India),
dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian
kepada rawatan moden (Barat).

Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta


berbagai-bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains
kesihatan danbioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini
merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan
perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.
PERUBATAN MODEN DAN RITUAL TRADISI

KEPENTINGAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KELEMAHAN


PERUBATAN MODEN.

SAMUEL MANI RAJ a/l DHARMARAJ

PENGENALAN

Pada dasarnya tumbuh-tumbuhan dan beberapa keluaran alam


semulajadi yang lain turut menjadi sumber utama dalam sistem
perubatan tradisional. Selain daripada itu, tumbuh-tumbuhan
yang terdiri daripada pelbagai jenis genera dan spesies ini juga
menawarkan pelbagai bentuk asas untuk kegunaan manusia
seperti sumber makanan, tempat perlindungan dan pakaian.

Perhubungan antara rupa bentuk, warna atau bau sesuatu


tumbuhan atau sering dikaitkan dengan penyakit yang sering
diubati. Walau bagaimanapun tidak semestinya berhasil,
kekurangan dari segi kemudahan dan pengetahuan sains
generasi terdahulu membuat mereka menumpukan deria rasa,
bau dan ubat untuk mengembangkan sistem perubatan
tradisional. Oleh itu perkembangan sistem ini bergantung
terutamanya kepada permerhatian sistematik terhadap
perubahan fizikal seseorang termasuk perubahan suhu, bau,
denyutan nadi, bahan kumuhan dan rembesan serta tekanan
perasaan.

Kegunaan herba memang telah menjadi amalan setiap bangsa


yang terdiri daripada pelbagai kelompok kaum mewarisi amalan
yang tresendiri. Ini turut melibatkan pelbagai jenis amalan
perubatan termasuk penggunaan jampi mentera, kekuatan
rohaniah, pergantungan kepada mahluk halus dan sebagainya.
Ketika mengamalkan cara perubatan yang sedemikian, bahan-
bahan seperti sirih pinang, kemenyan dan kayu gaharu sering
menjadi dahan utama dalam perubatan tradisional.

Orang-orang dahulu mungkin memperolehi pengetahuan yang


berguna khasiatnya ketika membuat kesan tumbuhan tersebut
apabila dimakan oleh haiwan. Perkara ini sering menjadi
bantahan terhadap penggunaan tumbuhan herba sebagai bahan
ubat kerana ia didakwa tidak dapat memberi dos yang tepat
apabila digunakan.

Mereka berpendapat penggunanya tidak dapat memberi kesan


farmakologi seperti dihendaki. Tetapi para pengamal perubatan
tradisional berpendapat bahawa sebatian yang dihasilkan oleh
tubuh manusia hampir menyerupai dengan sebatian-sebatian
yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Dengan itu tubuh
manusia dapat bertindak balas terhadap sebatian tersebut
dengan kesan yang minimum dan para pengamal berpendapat
ubat-ubatan moden kurang berkesan.

Kepentingan Perubatan Tradisional

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), hampir 70 %


dari populasi dunia menggunakan ubat dari tumbuha-
tumbuhan terutamanya di negara-negara sedang membangun
dan mundur kerana ianya murah dan mudah didapati.Pengguna
di negara-negara maju menggunakan ubat ini sebagai alternatif
kepada rawatan moden.

Sebanyak 150,000 daripada 250,000 spesis tumbuhan yang


diketahi di dunia adalah berasal dari kawasan tropika. Di
samping itu, contohnya di Malaysia 1,230 daripadanya telah
lama digunakan di dalam rawatan tradisional. Kaum Melayu
misalnya menggunakan akar susun kelapa ( Tabernaemontana
divaricata ), akar melur (Jasminum sambac ), bunga raya
(hibisus rosa sinensis ) dan ubi memban
( marantha arundinacea ) untuk rawatan kanser. Kajian saintifik
menunjukkanTabernaemotana divaricata mengandungi unsur-
unsur anti-kanser.

Hutan torpika merupakan gudang semulajadi yang terbesar


untuk perubatan moden. Tumbuh-tumbuhan merupakan
sumber penghasilan analgesik, antibiotik enzim-enzim, hormon-
hormon eiuretik, kompaun-kompaun anti parasit, laksatif,

anti – koagulan dan pelbagai bahan lagi. Tumbuh – tumbuhan


juga menjadi " pelan induk " dan templat umtuk penghasilan
beberapa produk perubatan , contohnya stuktur kimia kokain
yang membawa sintesis prokain iaitu sejenis anaestetik.

Alkaloid tumbuh-tumbuhan mempunyai aplikasi perubatan


termasuklah dalam penghasilan kokain, kuinin, kafein, nikotin,
efedrin dan reserpin. Alkaloid yang paling terkenal ialah
vinkristin dan vinblasti. Alkaliod ini terhasil daripada sejenis
tropika iaitu ‘ Rosy periwinkle’. Ia memberi peluang tersebut 80
% kepada kanak-kanak yang menghidap pesakit leukimia.
Kedua-dua alkaloid ini digunakan secara meluas di dalam
rawatan kanser payu dara, kanser rahim dan testikular. ‘Rosy
periwinkle ‘ diketahui dari seorang bomoh asli di Madagaskar
serta Jamaica. ‘Physalis minima’ ( letup-letup ) digunakan untuk
rawatan sakit pinggang dan kanser. Kajian saintifik ini
menunjukkan tumbuhan ini mengandungi ekstrak alkoholnya
yang dapat merendahkan tekanan darah. Di samping itu
‘ Nepahenehes gracili’ ( periuk kera ) di dapati boleh digunakan
untuk rawatan selepas bersalin, sakit perut, cirit birit, batuk
dan demam. ‘ Melastoma malabarthrium’ ( senduduk ) pula
digunakan untuk rawatan buasir, keputihan dan cirit birit.
Kajian saintifik menunjukkan ia menghentikan pendarahan
dengan sifat anti agregasinya. Penemuan reserpin sebagai agen
anti hipertensif dalam Rauwolfia Volvitria dan vinblastin serta
vinkristin dari Cantraranthus Roseous sebagai agen anti kanser
adalah beberapa contoh yang baik.

Keracunan ubat-ubatan moden

Pengenalan

Ubat-ubatan moden merupakan salah satu kumpulan racun


yang berupaya menyebabkan akut (kesan keracunan yang
ditunjukkan secara mendadak ) sekiranya arahan penggunaan
tidak dipatuhi. Daripada statistik yang dikumpulkan oleh pusat-
pusat Kawalan Racun Amerika Syarikat pada tahun 1981,
sebanyak 29310 kes keracunan berpunca daripada ubat-ubatan
moden. Manakala statistik keracunan di Malaysia pula
menunjukkan sepanjang tahun 1988-1991, ia membabitkan
sejumlah 1745 kes. Ubat-ubat moden sering menyebabkan
keracunan adalah seperti ubat antidepkesi, ubat analgeik yang
mengurangkan kesakitan , ubat selsema, ubat tidur yang
mengandungi barbiturat, ubat sakit jantung, ubat penambah
mineral sepaerti zat besi, ubat batuk yang mengandungi bahan
narkotik dan ubat penenang

Ubat Antidepresi

Ubat Antidepresi digunakan untuk merawat depresi atau


kesugulan yang merupakan satu gangguan psikologi. Ini
termasuklah perubahan tingkah laku seperti bermuram, cepat
marah, gangguan tidur, hilang berat bahan dan kurang selera
makan. Rawatan kesugulan biasanya melibatkan kedua-kedua
rawatan kaunselling dan ubatan. Daripada segi rawatan ubat,
biasanya ubat antidepresi trisiklik seperti imipramin
digunakan .

Keracuan akibat pengambilan berlebihan ubat depressi trilisiklik


boleh mengganggu rangsangan sistem sarat dan ganggaan
denyutan jantung. Jika dos ubat impramin yang diambil
melebihi 500 mg, ia boleh menyebabkan mangsa menunjukkan
gejala seperti suhu badan menurun, sawan, tekan darah
menurun, pernafasan tertekan, penglihatan kabur, gangguan
denyutan jantung dan koma. Sebenarnya kes ini tiada penawar
selaian daripada menggunakan ‘Sirup Ipecac’ untuk
memuntahkan segala keracunannya didalam badannya.

Ubat Analgesik

Kumpulan ubat ini menahan atau meredakan kesakitan akibat


sakit kepala, sakit gigi, sakit perut, sakit sendi dan sebagainya.
Ubat analgesik hanya membantu mengurangkan rasa sakt yang
berkaitan. Sekiranya rasa sakit muncul semula atau pun tidak
hilang, maka pesakit cenderung untuk menambah atau
mengunakan semula dos ubat berulangkali sehingga
menhasilkan keracunan. Terdapat dua jenis ubat analgesik iaitu
jenis narkotik dan bukan narkotik.. Jenis narkotik merujuk
khususnya kepada dadah narkotik seperti morfin atau petidin,
satu lagi adalah seperti aspirin dan parsetamol.

Penggunaan ubat analgesik jenis narkotik sentiasa diawasi oleh


doctor tentang dosnya manakala bukan narkotik bebas
digunakan tanpa nasihat oleh doctor. Ubat ini boleh didapati di
farmasi-farmasi. Kebanyakkan ubat seperti analgesik sering
mengakibatkan keracunan yang terhasil akibat dari kumpulan
ini akan diterangkan dengan menggunakkan dua jenis ubat
yang popular iaitu parasetamol dan aspirin

Parasetamol

Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metaboit membahaya


ini bergabung dengan sejenis enzim, glutation di hati untuk
menjadi bentuk normal. Apabila ubat diambil secara berlebihan,
jumlah enzim glutation yang terhad menyebabkan metaboit
perantara tidak dapat dineutralkan.

Akibatnya metaboit tersebut bergabung dengan sel hati musnah.


Selain hati parasentamol juga menyebabkan kerosakan buah
pinggang melalui mekanisme yang sama. Sekiranya rawatan
diberikan sebelum kerosakan hati dan buah pinggang berlaku
akan menyebabkan lebih banyak enzim glutation dihasilkan
untuk bergabung dengan meteboit perantara.

Aspirin

Aspirin digunakan untuk meredakan sakit, mengurangkan


demam dan radang dibahagian sendi. Ia juga boleh meredakan
penyakit artritis dan melambatkan penbekuan darah. Untuk
merawat kesakitan aspirin digunakan dos sehingga 1gm setiap
empat jam dan maksimum empat dos sehari.

Penggunaan aspirin di kalangan kanak-kanak tidak digalakkan.


Ini kerana aspirin didapati mengakibatkan kesan sampingan
yang dikenali sebagai penyaki Reye, Suatu keadaan yang
membawa kepada kerosakan hati, otak dan akhirnya maut. Ia
mungkin boleh menyebabkan ulser da bahagian perut serta di
sistem penghadaman. Rasa mual dan muntah sering berlaku
sebagai kesan samping pada orang dewasa.
Memakan aspirin melebihi dos yang disyorkan iaitu 20-25gm
boleh menyebabkan kematian. Kesan keracunan pada peringkat
awal akan berasa muntah, lesu dsan sakit perut. Berlanjutan ia
akan mengganggu pendengaran, berpeluh, suhu badan akan
meningkat dan peringkat akhir mangsa tidak sedarkan diri dan
denyutan jantung akan berhenti.

Ubat Selsema

Ubat selsema mengandungi kumpulan ubat antihistamin. Ubat


ini meredakan selsema dengan cara mengurangkan kerengsaan
saluran pernafasan terutamanya akibat alahan, ubat ini juga
boleh mengurangkan pengeluaran lendir di tekak dan hidung,

Contohnya ubat antihistamin akan menyebabkan seseorang itu


mengantuk. Sekiranya berlebihan simptom-simpton keracunan
dapat dilihat pada mangsa tersebut iaitu penglihatan akan
menjadi kabur, mulut kering, rasa mual, suhu badan meningkat
dan sawan. Dalam merawat keracunan ubat antihistamin, tiada
penawar boleh digunakan. Rawatan hanya dapat ditumpukan
untuk mengeluarkan sebanyak boleh keracunan di dalam
badannya.

Ubat tidur yang mengandungi Barbiturat

Ubat tidur digunakan utuk mengatasi isomnia, iaitu kesulitan


untuk tidur secara berterusan. Ubat jenis ini, juga dikenali
sebagai sedatif hipnotik digunakn untuk membantu seseorang
tidur sebagai satu langkah jangka pendek. Terdapat dua jenis
utama ubat tidur iaitu kelas barbiturat seperti amiloarbital dan
kelas benzodiazepin seperti mtrazepam. Ubat ini boleh
menyebabkan seseorang itu ketagih. Ubat ini juga digunakan
untuk merawat sawan serta mnghasilkan kesan bius.

Keracunan barbiturat yang tidak serius boleh menyebabkan


mangsa kelihatan seperti orang mabuk alkohol dengan fikiran
keliru, percakapan kurang jelas dan pergerakan badan
terhoyang-hayang,. Keracunan yang lebih serius akibat
pengambilan lebih dari 2gm dos untuk amilobarbital dapat
dilihat apabila mangsa tidak sedarkan diri, suhu badan serta
tekanan darah menurun dan berakhir dengan kematian.
Ubat sakit jantung

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan dalam kumpulan ini


antaranya termasuklah ubat darah tinggi, antiangina, memulih
kegagalan jantung dan pengatur denyatan jantung (antimia).
Maklumat daripada segi keracunan akan ditunjukkan kepada
sejenis dadah sahaja iaitu digoksin yang digunakan untuk
kegagalan jantung. Dengan cara ini, jantung dapat berfungsi
denan lebih baik dan cekap apabila kadar denyutan jantung
kembali normal.

Kesan keracunan digoksin dapat dielakkan dengan dos yang


rendah iaitu 2mg untuk kanak-kanak atau 5mg pada orang
dewasa . Keracunan boleh berlaku apabila dos berlebihan iaitu
muntah-muntah, denyutan jantung tidak seragam dan
penglihatan bersinar-sinar. Dalam rawatan ini antiboti spesifik
digoksin boleh digunakan untuk menghilangkan kesan
keracunan.

Ubat penambah mineral (Zat Besi)

Salah satu ubat penambah mineral yang sering menyebabkan


keracunan ialah ubat zat besi. Biasanya ia diberikan kepada
kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu mengandung. Zat besi
yang diambil diperlukan dalam pembuatan sel darah merah dan
protein tertentu dalam badan serta pengecutan dan
pengenduran otot badan. Dalam keracunan zat ini akan
menyebabkan hakisan dinding saluran usus sehinggakan
dinding usus pecah dan berdarah. Disamping itu kesan lain
adalah seperti kesakitan bahagian abdomen, kadar nadi
menurun , cirit-birit dan koma. Penawarnya ialah deferioksamin
boleh digunakan. Ia akan bergabung debgan zat besi yang
berlebihan. Penawar ini diberikan secara berterusan sehingga
keracunan pulih.

Ubat Penenang

Ubat penenang digunakan mengurangkan rasa resah, tegang


dan kejang otot serta dapat menghasilkan rasa mengantuk dan
menghentikan serta mencegah sawan. Kumpulan ubat penenang
yang sering digunakan sekarang ialah kumpulan benzodiazepin
seperti klordiazepoksid (librium), diazepal (valium) lorazepam
(ativan) dan klorazepin (tranxene). Dalam keracunan ubat
benzodiazepin, kesan yang diperhatikan ialah kesan penindasan
sistem otak dan saraf pusat. Antara kesan keracunan yang
diperhatikan ialah percakapan tidak lancar, anak mata mengecil
terketar-ketar dan pernafasan terhenti. Dalam keracunan
kumpulan ubat ini penawar khusus ialah flumazenil yang boleh
digunakan bagi memulihkan kesan keracunan.

Ubat Batuk yang mengandungi Narkotik (Kodien)

Ubat batuk jenis narkotik merupakan ubat yang bertindak


keatas pusat batuk di otak supaya batuk dapat diredakan
secara langsung dan kekerapannya dikurangkan, salah satu
jenis ubat batuk dalam kategori ini ialah kodien yang dikelaskan
sebagai sejenis dadah berbahaya.

Selain menyebabkan ketagihan ubat jenis ini jika diambil


berlebihan akan menyebabkan mangsa kelihatan letih dengan
tanda anak mata mengecil, otot anggota lembik serta tekanan
darah dan kadar nadi menurun . Sekiranya kuantiti ubat
diambil tinggi, pernafasan menjadi perlahan sehingga terhenti
lantas menyebabkan kematian . Penawar adalah nalokson
untuk menghalang kesan keracunan. Penawar ini juga boleh
digunakan untuk lain-lain ubat yang sejenis kodein seperti opiat
dan apioid.

Kesimpulan

Walaupun perubatan tradiosinal boleh mengubati pelbagai


penyakit tetapi ia juga boleh membawa kemudaratan sekiranya
cara pengunaannya salah. Disamping itu terdapat setengah-
setengah tumbuhan membahaya kepada manusia iaitu
mengandungi racun. Contohnya Digitalis Purpurea dikenalpasti
mengandungi glikosida jantung yang boleh mendatangkan
kemudaratan bila digunakan dengan cara yang tidak teratur.
Comfrey (Symphytum Officinale) dengan foxglove (Digitalis
Purpurea) di dalam satu penyediaan herba telah menyebabkan
kes kemalangan di Amerika. Di negara kita antara beberapa
kejadian keracunan yang pernah dilaporkan berlaku
membabitkan tumbuh-tumbuhan seperti Datura Metel (pokok
kecubung atau terung pungak), Elteriouspermum blame ( buah
perah) dan Dioscorea daemona (ubi gadong). Antara bahan-
bahan yang pernah ditemui didalam penyediaan herba ialah
steroid, parasetamol, teofilina, asid salisilik dan klorfeniramina.
Maka kesimpulan kita dapat lihat ialah segala perubatan
mahupun tradisional atau moden harus digunakan dengan
betul dan teratur.

33 PERUBATAN MODEN
-Perkembangan perubatan moden
-Kesan penggunaan ubat-ubat moden
-Kemudahan perubatan di Malaysia

34 PERUBATAN TRADISIONAL
-Peranan dan pengaruh bomoh
-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional
-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional

You might also like