You are on page 1of 9

Tugasan 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JOHOR BAHRU
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU / PPG
AMBILAN JUN 2011

NAMA
NO K/P
NO MATRIK

KUMPULAN
KOD

PENGAJIAN MATEMATIK (PPG SEM 7) MTE4


WAJ 3073

MATAPELAJARAN
NAMA

SENI DALAM PENDIDIKAN

PENSYARAH
JABATAN
TARIKH HANTAR

JABATAN KAJIAN SOSIAL


10 / 08 / 2014

Tugasan Interaksi 1
SENI DALAM PENDIDIKAN

Tugasan 1
Terdapat 3 komponen seni yang terdiri daripada irama , warna dan ruang
membentuk keindahan estetik dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan irama
denyutan jantung, warna pakaian yang mempamerkan personaliti dan pergerakan
aktiviti seharian kita dapat mewujudkan keharmonian kepada kehidupan kita.
Memahami tiga komponen asas ini dapat memperkayakan proses
pembelajaran

yang dapat membantu kita meluahkan pengetahuan asas seni.

Sebagai contoh, irama pergerakan hidup kita dan warna- warni yang dikaitkan
dengan pelbagai pilihan yang boleh dibuat dalam kehidupan kita. Manusia saling
bersosial dan bergerak. Apabila diberi pengetahuan tentang irama, warna dan
ruang , mereka akan lebih memahami bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan nilai
estetika dan kreativiti serta mempunyai pelbagai pilihan.
Menurut Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni
membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Ini bermakna
matlamat Seni dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif
Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art
Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi
sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan
pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi
keperluan.

Tugasan 1
GAMBAR 1

Aktiviti : detik dan ekspresi diri


Ahli kumpulan bergerak seiring dengan alunan muzik di atas garisan
yang disediakan.
Aktiviti : irama panjang dan pendek
Apabila muzik dihentikan, setiap kumpulan menuju ke arah rumah
masing-masing dan dikehendaki berdiri di dalam rumah masingmasing dan tidak melebihi kawasan rumah mereka selama 5 saat.
Aktiviti : corak berulang
Helaian kertas berwarna perang dilipat semakin mengecil dan
permainan diulang sehingga ruang kertas menjadi lebih kecil.

Tugasan 1
GAMBAR 2

Aktiviti : detik dan ekspresi diri


Setiap kumpulan diminta membaling dadu bagi menentukan giliran
mereka memulakan permainan.
Aktiviti : irama panjang dan pendek
i)

Kumpulan pertama membentuk perkataan mereka berpandukan


tema yang diberi.

ii) Kumpulan kedua diberi masa selama dua minit untuk mereka
membentuk perkataan dengan menggunakan huruf-huruf yang
telah dicipta oleh kumpulan pertama.
iii) Kumpulan ketiga pula diberi masa selama dua minit untuk
mereka membentuk perkataan dengan menggunakan huruf-huruf
yang telah dicipta oleh kumpulan pertama dan kedua.
Aktiviti : corak berulang
Permainan diteruskan dengan mengulangi aktiviti (i), (ii) dan (iii)
berdasarkan tema berlainan seperti tema buah, nama tokoh, alat
tulis, tumbuh-tumbuhan, nama tempat dan lain-lain.

Tugasan 1
GAMBAR 3

Aktiviti : detik dan ekspresi diri


Setiap wakil kumpulan ditunjukkan gambar dan mereka dikehendaki
untuk melakonkan watak yang terdapat di dalam gambar.
Aktiviti : irama panjang dan pendek
Rakan-rakan yang lain diminta untuk meneka watak yang dilakonkan
dalam masa 5 saat.
Aktiviti : corak berulang
Permainan ini diteruskan dengan mengulang langkah di atas
sehingga masa yang diperuntukkan tamat.

Tugasan 1
GAMBAR 4

Aktiviti : detik dan ekspresi diri


Murid dikehendaki menggayakan pergerakan ombak menggunakan
tangan mereka dan kemudiannya menggunakan badan mereka.
Aktiviti : irama panjang dan pendek
Murid akan diperdengarkan dengan rakaman bunyi ombak yang
menghempas pantai. Kemudian murid akan menghuraikan
perbezaan bunyi ombak yang didengar.
Aktiviti : corak berulang
Murid akan menghasilkan corak lukisan ombak masing-masing pada
helaian kertas lukisan.

GAMBAR 5

Tugasan 1

Aktiviti : detik dan ekspresi diri


Murid akan berlakon menjadi seorang bayi yang baru dilahirkan.
Aktiviti : irama panjang dan pendek
Murid akan diperdengarkan dengan rakaman bunyi beberapa bayi
yang baru dilahirkan sedang menangis. Kemudian murid akan
menghuraikan perbezaan bunyi tangisan yang didengar.
Aktiviti : corak berulang
Murid

akan

melukis

corak

silinder

secara

berulang

yang

menggambarkan botol susu bayi tersebut.

Contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam


pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema ialah :

Tugasan 1
Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema : Persekitaran pokok.
Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah
dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan
dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.
Pergerakan :

(a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,


(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi,
rendah, berterbangan.

Muzik :

(a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang


(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah


dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam
kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari
aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu untuk mengesan
bahagian-bahagian pokok (Sains), mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan
dengan persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan melalui sapuan berus
dengan warna yang berbeza-beza (seni visual) dan melakukan pergerakan
lokomotor (pendidikan jasmani)

Bibliografi

Tugasan 1
Kenneth M.Lansing ( 1973 ), Art, Artist dan Art Education
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Program Pensiswazahan Guru (PPG), ModulSeni Dalam Pendidikan WAJ3107,
Institu Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Internet
Seni dalam pendidikan, laman web http://shydatulhushna.blogspot.com/ di ambil
pada 6 ogos 2014
Musics world, laman web
diambil pada 6 ogos 2014

http://tsfui.blogspot.com/2011_12_01_archive.html

You might also like