You are on page 1of 2

Panduan Menyediakan RPH Menggunakan Model ASSURE

Langkah-langkah ASSURE Huraian Analisis


A-Analyze learner (Analisis 1. Ciri-ciri Pelajar .
ciri-ciri pelajar) 2. Pengetahuan sedia ada.
3. Gaya belajar.

S- State objectives Bersesuaian dengan RPH


(Menyatakan objektif)

S- Select Methods, Media & 1. Menggunakan media yang sesuai..


Meterials (Memilih Kaedah, 2. Huraikan kenapa media ini digunakan.
Media & bahan) Contoh:
- Penggunaan Video :Terangkan mengapa kamu gunakan klip
video dan bukan media yang lain. Nyatakan apakah
kandungan klip video ini. Terangkan mengapa kamu gunakan
klip video ini. Terangkan bagaimana ia membantu proses
pengajaran
- Penggunaan MS Word: Terangkan mengapa paparkan guna
MS Word menggunakan LCD, mengapa tak guna petikan
secara bercetak.
- Penggunaan Audio: Apakah kandungan audio yang
diperdengarkan kepada pelajar. Mengapa audio digunakan
pada langkah. Apakah objektif pembelajaran dalam
mendengar audio? Adakah aktiviti selepas mendengar audio?
- Penggunaan Bahan 2D. Nyatakan mengapakah bahan 2D
digunakan? Apakah kandungan bahan 2D tersebut? Apakah
objektif pembelajaran akan dicapai dalam aktiviti ini? Adakah
ia akan menarik minat pelajar?
3. Nyatakan bagaimana media diperolehi (sama ada
dibuat sendiri, diedit atau diambil daripada sumber-
sumber tertentu).

U- Utilize Media & Materials 1. Semak media sebelum guna


(Menggunakan media & - Adakah bahan media yang telah dipilih di semak/di pratonton

PGSR_EDU3105 Nov-Dec 2009 abjuda@gmail.com Page 1


bahan) kepada orang lain terlebih dahulu sebelum digunakan dalam
kelas?- Utk memastikan sesuai dengan pelajar dan mencapai
objektif pembelajaran.
2. Sediakan bahan/persekitaran untuk penggunaan media
- Adakah bahan media yang telah dipilih di semak/di pratonton
kepada orang lain terlebih dahulu sebelum digunakan dalam
kelas?
3. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar (RPH
akan dirujuk) .
- Nyatakan juga teknik pengajaran yang dilaksanakan semasa
menggunakan media/bahan seperti simulasi, lakonan,
perbincangan, kajian lapangan, pembentangan dan
sebagainya.

R- Require Learner 1. Bagaimana pelajar dilibatkan dalam penggunaan media


Participation (Memerlukan (apa pelajar buat?)
Penyertaan Pelajar) - Nyatakan bagaimana media/bahan yang anda gunakan
mengekalkan penglibatan pelajar.
E- Evaluate & Revise Penilaian perlu dibincangkan dari aspek:
(Menilai & Mengulang kaji) 1. Pengajaran
2. Pembelajaran
- Apakah yang dilaksanakan bagi memastikan pencapaian
objektif dicapai atau tidak, dan tindakan susulan boleh
dilaksanakan.

PGSR_EDU3105 Nov-Dec 2009 abjuda@gmail.com Page 2

You might also like