You are on page 1of 10

Saya, Gauthaman a/l Krishnasamy mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada guru mata pelajaran sejarah iaitu Pn Anita bte Mat serta guru-guru

lain yang banyak mendorong dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan

Kerja Kursus Sejarah.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu saya iaitu Pn

Kuppammah yang setiasa memberi dorongan serta sumbangan kewangan dalam

menyiapkan tugas ini.Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima

kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Jagdish Singh, Thurga, dan Melati kerana

kesungguhan mereka membantu saya menyiapkan tugas ini. Saya juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama responden iaitu Encik Harun untuk

menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak perpustakaan SMKPP dan

Perpustakaan Desa Pasir Panjang kerana memberi kemudahan kepada saya dan kawan-

kawan saya untuk meminjamkan bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tugas saya.
1) Saya dapat memahami lebih mendalam tentang permainan-permainan

tradisional yang ada di Malaysia seperti wau, gasing, guli, congkak, sepak

raga dan sebagainya.

2) Saya mendapat pengalaman baru semasa mencari sumber-sumber untuk

menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.

3) Saya juga memperoleh pengetahuan tentang alat-alat yang digunakan dan cara

dimainkan wau.

4) Melalui kajian ini, saya dapat tahu tentang asal-usul dan negeri yang

mempopularkan permainan wau.


1) Kaedah melayari laman web

 Saya telah mengumpul maklumat melalui internet tentang permainan

tradisional wau.

2) Kaedah menemu bual orang sumber

 Saya telah mengenal pasti orang sumber yang mempunyai pengalaman

dalam permainan tradisional wau. Beliau telah memberi maklumat yang

secukupnya.

3) Kaedah penyelidikan perpustakaan

 Saya telah pergi ke Perpustakaan Desa Pasir Panjang dan mendapat buku

ilmiah tentang wau yang banyak membantu saya menyiapkan folio ini.

Saya telah fotostat bahagian tertentu untuk dijadikan sumber rujukan.

4) Kaedah pemerhatian

 Saya telah menonton rancangan Majalah 3 dalam rangkaian TV3. Program

ini disiarkan pada pukul 9.00malam, pada hari 15 mac 2008.Rancangan ini

membantu saya dalam membuat kajiaa ini.


Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan

permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.

Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak

berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.

Permainan tradisional dapat memupuk semangat bekerjasama sesama ahli masyarakat

sama ada di antara ahli keluarga,jiran terdekat ,rakan dan sebagainya.Permainan

tradisional juga popular di kalangan bangsawan. Antara permainan tradisional yang

popular ialah congkak , wau, gasing, sepak raga ,guli, konda kondi dan sebagainya.

Untuk tujuan kajian ini saya telah memilih permainan tradisional wau. Permainan

tradisional yang saya pilih ini turut popular di kalangan berbilang kaum bersesuaian

dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.


Sejak berzaman-zaman, penduduk di negeri sebelah pantai barat semenanjung

dipercayai wau juga berfungsi untuk menakutkan roh jahat dan meramalkan keadaaan

cuaca pada keesokkan harinya. Untuk tujuan ini masyarakat pantai barat semenanjung

bermain permainan ini.

Tujuan wau dimainkan ialah sebagai untuk megisi masa lapang kepada pelbagai

peringkat umur atau golongan. Selain itu, permaianan wau juga dimainkan dalam

pelbagai jenis pertandingan sama ada bertaraf antarabangsa mahaupun bertaraf

kebangsaan. Pertandingan –pertandingan ini melihat pada kecantikannya, corak

ciptaanya, warnanya dan keasliannya.

Selain itu, tujuan dimainkan wau alah untuk membawa bekalan makanan kepada

mereka yang terperangkap di bukit – bukit atau gunung – gunung di negara China.
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai laying-layang di

negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Terdapat nama khas bagi wau mengikut

saiz dan bentuk seperti wau burung, wau pari, wau kotak, wau bayan, wau merak, wau

kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sawah, wau barat, dan sebagainya.

Wau yang paling digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Wau ini mempuyai bentuk

Bulan Sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekorya. Wau

tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit apabila diterbangkan.


Mengikut catatan, wau telah dihasilkan sejak dari tahun 711 Masihi oleh Sang Jaya.

Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu negara. Apabila sebuah

negara berjaya dalam peperangan, mereka akan meraikannya dengan cara menerbangkan

wau ke langit. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa wau berasal dari negara

China. Sejak 3000 tahun dahulu menggunakan wau untuk menghantar makanan kepada

penduduk yang terperangkap di bukit atau gunung semasa banjir.

Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan bahawa

pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai

anak. Suatu hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan dengan rasa

gembira, mereka telah menjaga bayi tersebut. Apabila bayi tersebut taleh dewasa, bayi

tersebut menjadi seorang gadis yang amat cantik. Pelbagai fitnah dan dilemparkan oleh

mereka yang mencemburui kejelitaan gadis tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, dia
telah dipukul dan dihalau keluar oleh petani suami isteri. Sejak itu, tanaman mereka tidak

menjadi subur dan setelah ditilik oleh ahli nujum, mencadangkan agar mereka

menerbangkan wau berbentuk bulan untuk mengembalikan semangat tersebut. Atas

cadangan ahli nujum, tanaman mereka kembali subur dan aktiviti mengembalikan

semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.

Di Malaysia menurut sejarah yang pernah dicerikan orang, permainan ini telah wujud

sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad Shah di Melaka , kira –kira dalam tahun 1500

Masihi. Meskipun permainan ini tidak beberapa kerap dimankan oleh masyarakat negeri

ini namum ia tetap wujud dan diiktiraf sebagai sesuatu jenis permainan rakyat Malaysia

yang dibanggakan.

Antara negeri di Malaysia yang mempopularkan permainan wau ialah Kelantan,

Terengganu, Perlis dan Kedah. Negeri-negeri ini juga dikaitkan dengan penanaman padi.

Wau juga dimainkan selepas musim menuai padi. Selain daripada membuat wau untuk

dimain, negeri-negeri ini juga membuat wau untuk dimain, negeri-negeri ini juga

membuat wau untuk hiasan dinding dan kraftangan. Kelantan dan Terngganu sehingga

kini masih terkenal dan mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik
Terdapat dua golongan yang kerap bermain wau pada zaman dahulu iaitu golongan

istana dan rakyat biasa. Biasanya golongan memainkan permainan wau pada masa lapang

untuk mengisikan masa lapang dengan baik. Biasanya kaum Melayu yang selalu bermain

wau. Hal ini kerana, mereka melahirkan generasi tradisional Melayu. Di samping itu,

orang Melayu juga cekap dan cepat membuat wau dan bertindak apabila menghadapi

cabaran atau masah terhadap wau. Namun begitu, terdapat juga segelintir kaum India dan

Cina yang bermain wau untuk mengisi masa lapang mereka. Permainan wau juga

merupakan permainan utama masyarakat petani dan nelayan. Permainan wau ini

dimainkan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut

untuk menangkap ikan.

You might also like