PERTUKARAN PANJI-PANJI PASUKAN

Batalion Pertama Rejimen Renjer DiRaja telah dianugerahkan
dengan Panji-panji Rejimen pada 08 Oktober 1979 di Kem terendak
Melaka oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra selaku Kolonel
Yang DiPertua Rejimen Renjer DiRaja pada waktu itu. Pegawai yang telah
diberi penghormatan menerima Panji-panji tersebut ialah Leftenan Muda
Abd Aziz bin Hamzah (3000907).
Setelah 22 tahun Panji-panji ini kemudiannya telah ditukar kepada
Panji-panji yang baru pada 21 Jun 2001 di Stadium Larkin, Johor Bahru.
Majlis istiadat tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Syed Sirajuddin selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer
DiRaja. Pegawai yang telah diberi penghormatan menerima Panji-panji
baru tersebut ialah Leftenan Mohamad Fairus bin Md Salleh (3007042).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful