COBRA BERBISA DI JENALIK

SEJARAH BATALION KESEMBILAN REJIMEN RENJER DIRAJA

1.

Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja pada asalnya dikenali sebagai

Batalion Infantri Ke 14 Askar Wataniah (14 RAW) atau Malaysian Territorial Army
(14 MTA) yang ditubuhkan pada 1 April 1971 di Tawau, Sabah. Keanggotaan
pasukan dari 14 MTA pada ketika itu kebanyakannya terdiri daripada anggotaanggota tempatan dari pasukan Pertahanan
Defence Corps” (LDC). Batalion ini

Tempatan Sabah atau “Local

ditubuhkan atas hasrat Kerajaan Negeri

Sabah pada masa itu yang menginginkan sebuah pasukan tentera yang terdiri
daripada anak-anak watan Negeri Sabah yang mempunyai pelbagai bilang kaum
dan suku.

"Nucleus" anggota pasukan ini asalnya terdiri daripada anggota

kerahan yang diambil dari setiap daerah di Negeri Sabah dan juga anggota tetap
mahupun anggota kerahan dari Semenanjung Malaysia.

Kem Taiping

1

2.

Pada masa itu, Kerajaan Negeri Sabah adalah di bawah pentadbiran Ketua

Menteri Tun Datu Mustaffa bin Datu Harun yang pada dasarnya telah memberi
kesanggupan untuk memberi bantuan kewangan bagi penyediaan kelengkapan
dan pentadbiran pasukan ini. Walaubagaimanapun, tindakan ini tidak dipersetujui
oleh Kerajaan Persekutuan kerana ini secara automatik akan menjadikannya
sebuah pasukan tentera yang khasnya berkhidmat untuk Negeri Sabah sahaja.
Oleh sebab itu Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan supaya ditubuhkan
pasukan tentera Wataniah yang terdiri daripada anak-anak tempatan Negeri
Sabah dan

perjawatan mahupun pentadbirannya adalah sama seperti yang

terdapat di dalam Pasukan Batalion Infantri yang lain. Kuasa penubuhan telah
diluluskan oleh kerajaan melalui surat KP/TD/ATOR/4669 bertarikh 13 Mac 1971
dengan nombor perjawatan FED (M) 3036/5/69 (AW). Pegawai Memerintah yang
pertama bagi batalion ini adalah Lt Kol Ismail bin Ghows KMN,PGB,ADK, BSK.

Kem Kukusan, Sabah

3.

Tanggal 1 Mac 1979 Batalion Infantri Ke 14 Askar Wataniah telah

dianugerahkan dengan gelaran yang baru iaitu Batalion Ke-9 Rejimen Renjer
sempena sambutan Hari Tentera Darat dalam satu perbarisan ulung di Kem Batu
Uban, Pulau Pinang. Hari penubuhan Batalion ini telah disambut pada 1 Mac
2

setiap tahun. Semua anggota kerahan Askar Wataniah yang mahu menjadi
anggota tetap telah diserapkan sebagai anggota Batalion Ke-9 Rejimen Renjer
dan bagi anggota yang enggan diserap serta yang telah lanjut usianya telah
dihantar ke pasukan Askar Wataniah yang lain. Bagi mereka yang berhasrat
untuk berhenti dibenarkan berbuat demikian. Kekurangan anggota pasukan ini
telah dipenuhi dengan panggilan anggota dari Rejimen Renjer yang lain. Pegawai
Memerintah

pasukan semasa penganugerahan ini dibuat adalah

Lt Kol

Harchand Singh KMN, ADK, PPT, KPK.

PERIHAL PENUBUHAN ASAL PLATUN COBRA

4.

Platun COBRA ditubuhkan pada bulan Disember 1990 di Kem Kukusan,

Tawau, Sabah. Keanggotaan platun ini adalah terdiri daripada anggota-anggota
yang baru menamatkan latihan asas Rekrut dan seterusnya diserapkan ke
pasukan, anggota ini mempunyai nombor tentera yang berpangkal 1080. Platun
ini ditubuhkan atas inisiatif Pegawai Memerintah ketika itu iaitu mendiang Lt Kol
Thavakumar al V.N Ganesan yang berkehendakkan satu platun elit dalam
pasukan selain daripada Platun UCIS yang sedia wujud pada masa itu. Sebagai
permulaan, platun ini telah diberi latihan intensif didalam pelbagai bidang
kepakaran seperti Semboyan, 81mm Mortar, Jerangkap Samar/Letupan, Ikhtiar
Hidup, perubatan dan memandu di samping latihan fizikal dan mental secara
intensif selama lebih kurang setahun. Masa yang agak lama terpaksa diambil
kerana platun ini juga terlibat di dalam pelbagai jenis latihan dan beberapa aktiviti
lain yang diadakan oleh pasukan.

3

5.

Pada peringkat awal penubuhannya, anggota platun telah ditempatkan di

sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘Survival Village’ selama tempoh dua bulan
untuk latihan praktikal pangkalan CIW. Pada peringkat ini, platun ini telah diajar
dengan pelajaran dan latihan ikhtiar hidup dan taktik-taktik yang diwajibkan bagi
tiap-tiap anggota Platun UCIS. Ketua Platun yang pertama platun ini ketika
ditubuhkan pada masa itu ialah Lt M Ali bin Sudir manakala Platun Sarjan yang
pertama ialah Sjn Halim bin Erwin. Pada tahun 1993, Platun UCIS pasukan telah
dibubarkan dan peranannya telah diambil alih oleh Platun COBRA sehingga kini.

4

PERISTIWA DI GRIK
6.

Daerah Grik mengandungi 3 buah Mukim dengan keluasan 1993 batu

persegi. Mukim yang terdapat di dalam daerah ini ialah Mukim Grik, Mukim
Kerunai dan Mukim Kenering. Pada amnya kawasannya adalah bertanah tinggi
dan berbukit bukau serta mempunyai hasil hutan yang kaya. Lebih 80 % daripada
kawasan ini masih lagi dilitupi oleh hutan belantara. Pekan Grik terletak di dalam
Mukim Grik. Pasukan Batalion 304 Infantri (AW) terletak lebih kurang 1.5 km dari
Pekan Grik.

7.

Pada 2 Julai 2000 lebih kurang jam 0200 suasana di Pos 2 Lebuh Raya

Timur Barat (LRTB) diselubungi suasana yang amat tenang.

Jelas kelihatan

pengawal sedang menjalankan tugas masing-masing berpandukan kepada tugas
dan arahan yang telah dinyatakan di dalam jadual tugas harian. Bagi anggota
yang sedang bertugas ia merupakan satu tugas yang perlu dilaksanakan dengan
penuh tanggungjawab manakala bagi anggota yang tidak bertugas pula ia adalah
masa untuk berehat sebelum untuk meneruskan tugas apabila gilirannya tiba.
Dalam suasana tenang dan damai itu tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki
beruniform tentera menaiki 3 buah kenderaan pacuan 4 roda ‘Pajero’ tentera.
Kumpulan itu telah dicabar oleh pengawal, namun kumpulan itu memperkenalkan
diri mereka sebagai pegawai dari KEMENTAH yang ingin membuat pemeriksaan
mengejut. Salah seorang pegawai yang berpangkat Lt Kol telah mengarahkan
Ketua Pengawal mengejutkan semua anggota yang sedang tidur. Seramai 14
anggota yang diketuai oleh 196668 Sjn Wahab bin Awang Kechik telah diberi
hukuman ‘forward roll’ dan ‘side roll’ beberapa kali diatas dasar tidak menjalankan
tugas dengan betul.

8.

Kumpulan yang membuat pemeriksaan mengejut itu terdiri daripada

seorang berpangkat Lt Kol, 2 Mejar, 3 Kapten, 2 Leftenan dan 6 anggota lain-lain
pangkat (LLP) dari Kor RAMD, KRD, RGK, KPTD dan RSD. Kesemuanya
berpakaian celoreng lengkap. Bertindak atas alasan kurang cekap melaksanakan

5

tugas, kumpulan itu telah bertindak mengambil senjata sebagai barang bukti
untuk dimaklumkan kepada Pegawai Memerintah. Senjata dan peralatan yang
telah diambil adalah terdiri daripada sebuah ‘radio set’ jenis PRM 4021 B, 17 laras
senjata jenis M 16, sebanyak 6,300 butir peluru jenis 5.56 mm, 14 kelopak M 16
dan sebanyak 4 ‘pouches’. Setelah mengambilnya ketua kumpulan yang
berpangkat

Lt Kol bernama 'Wahid' telah memaklumkan kepada Sjn Wahab

bahawa beliau akan memberitahu kejadian ini kepada Pegawai Memerintah lalu
terus meninggalkan Pos 2 dengan menggunakan 3 buah ‘Pajero’ tentera.

9.

Setelah meninggalkan Pos 2, kumpulan itu telah terus berlalu menuju ke

Kem Grik yang menempatkan Batalion Infantri 304 (AW). Setibanya di hadapan
Balai Pengawal pasukan tersebut, pada lebih kurang jam 0415 mereka telah
menghampiri pintu pagar kem. Salah seorang pegawai dari kumpulan tersebut
telah turun dari kenderaan dan mengarahkan pengawal pintu besar yang mana
pada ketika itu dikawal oleh 6038869 Pbt Rozi bin Noli untuk membuka pintu
pagar atas alasan untuk membuat pemeriksaan mengejut. Setelah pintu pagar
dibuka, ketiga-tiga ‘Pajero’ tentera terus masuk ke dalam kem dan membuat satu
pusingan menghala keluar kem. Pajero tentera pertama telah berhenti di Balai
Pengawal, Pajero tentera kedua berhenti di hadapan Pejabat Pegawai
Memerintah manakala Pajero yang ketiga berhenti di kawasan Stor Senjata.

10.

Disini mereka sekali lagi telah menggertak anggota pengawal yang sedang

bertugas untuk membuka tempat simpanan peluru sambil memarahi anggotaanggota pengawal tersebut dengan kata-kata 'terhegeh-hegeh' dan bersikap
sambil lewa di dalam menjalankan tugas. Pada masa yang sama beberapa orang
pegawai dari kumpulan tersebut yang berpangkat Kapten dan Leftenan
ditempatkan di hadapan tempat simpanan peluru. Pintu pertama dan kedua
tempat simpanan peluru telah dibuka dengan menggunakan kunci yang diambil
dari Balai Pengawal manakala pintu ketiga telah dipotong dengan menggunakan
pemotong besi yang dibawa sendiri oleh anggota kumpulan tersebut. Setelah
pintu dibuka, mereka telah mengambil peluru sebanyak 700 butir jenis 7.62 mm
6

‘link belt’, 4 butir Flare Para’, 36 butir ‘Flare Tripwire’, 60 butir bom 40 mm, 9,095
butir peluru jenis 5.56 mm, 1,750 butir peluru jenis 9 mm dan 105 butir dan peluru
jenis 7.62 mm ‘tracer’ sebanyak 105 butir.

11.

Di kawasan Balai Pengawal pula mereka telah merampas senjata

sebanyak 9 laras senjata jenis M 16, 6 buah kelopak M 16, “pouches’ serta
‘braces’ sebanyak 6 pasang, 6 bilah benet dan sejumlah 80 butir peluru jenis 5.56
mm. Di Stor Senjata Kompeni Markas pula mereka telah mengambil sebanyak 97
laras senjata M 16, 2 laras senjata Styer, 4 laras GPMG, 6 laras LMG HK IIAI, 5
laras M 203, 4 laras tambahan GPMG, 26 bilah benet M 16, 182 kelopak M 16, 4
set peralatan mencuci, 5

tripod GPMG dan 3 laras tambahan LMG HK IIAI.

Manakala di Kompeni Charlie sebanyak 2 tripod GPMG diambil dan Kompeni
Echo sebanyak 4 laras tambahan GPMG.

7

12.

Ketua

kumpulan

tersebut

yang

dikenali

sebagai

Lt

Kol

Wahid

memaklumkan kepada anggota di Balai Pengawal tersebut bahawa beliau akan
kembali semula pada jam 0630 untuk membuat ‘layout’ semua senjata di Padang
Kawad dan mengarahkan Penjaga Stor Senjata Kompeni Markas untuk
memaklumkan perkara tersebut kepada Pegawai Memerintah. Kemudian
kesemua kenderaan Pajero tentera keluar dari Kem Grik pada jam lebih kurang
0430.

13.

Pada jam 0500, Sarjan Bertugas Pasukan telah memaklumkan kejadian

tersebut kepada Penolong Pegawai Memerintah dan seterusnya memaklumkan
kepada Pegawai Memerintah. Setelah diberi penjelasan mengenai perkara
tersebut, Pegawai Memerintah terus bergegas ke kem dan telah mengambil
tindakan untuk mengisytiharkan Pelan Kilat dan mempertingkatkan kawalan di
semua Pos dan juga termasuk rondaan keselamatan. Perkara ini terus
dimaklumkan kepada Panglima 2 Briged dan Panglima 2 Divisyen. Pada 3 Julai
lebih kurang jam 1100, Panglima 2 Divisyen telah tiba di Kem Grik untuk
mengetahui keadaan yang sebenar dan seterusnya melancarkan operasi keatas
kumpulan tersebut. Setelah disiasat, beberapa andaian telah dibuat mengenai
kejadian tersebut dimana perompak terbabit berkemungkinan terdiri dari
kumpulan yang mempunyai niat jahat untuk menggunakan senjata-senjata
tersebut bagi tujuan merompak atau mungkin menjualkannya kepada kumpulankumpulan tertentu. Beberapa kemungkinan lain yang berkaitan juga telah
diandaikan bersangkutan dengan rompakan tersebut.

8

ATURGERAK 9 RRD
14.

Pada 021745H Jul 2000, Perintah Amaran telah diterima dari Markas

Atasan yang mengarahkan Pegawai Memerintah 9 RRD bersama dengan 2
Kompeni Repal untuk bergerak serta-merta ke Kem Grik. Pada jam 2100, 2
Kompeni telah bergerak dan dituruti lagi oleh satu batalion telah diarahkan untuk
bergerak ke Grik. Kumpulan terakhir bergerak menuju ke Grik pada 030100H Jul
2000. Semua anggota batalion berada di Kem Grik pada 030300H Jul 2000 dan
seterusnya telah bergerak untuk bermalam di Kem Kuala Rui.

Pegawai

Memerintah telah menerima arahan supaya batalion diaturgerakkan dan beliau
seterusnya menyampaikan perintahnya di Kem Kuala Rui. Platun COBRA yang
berkekuatan seramai 14 anggota telah diletakkan dibawah perintah Markas 2
Bgd. Secara amnya, rancangan operasi yang telah dilancarkan menggerakkan
sebanyak lima

(05) batalion untuk mengawasi kawasan-kawasan yang

disyaki dan mungkin dilalui oleh perompak ini. Bagi Pasukan 9 RRD arahan telah
diterima supaya diaturgerakkan untuk mengawasi kawasan Lebuh Raya Timur
Barat dari kawasan Kuala Rui ke Banding.

Anggota Platun COBRA yang terlibat didalam Ops Khas 304
15.

Pada keesokan pagi, lebih kurang jam 0730, Pegawai Memerintah telah

mengarahkan Platun COBRA untuk melapor ke Markas Taktikal

2 Bgd.

Memandangkan Platun COBRA pada masa ini tidak mempunyai Ketua Platun
9

kerana masih bercuti. Pegawai Memerintah telah melantik Sjn Ukoon ak Pungkok
untuk menjadi Ketua Platun berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini
memegang jawatan Ketua Seksyen Platun COBRA.
PERISIKAN

Penyampaian Perintah oleh Panglima 2 Bgd.

16.

Setibanya di Mk 2 Bgd, Panglima 2 Bgd telah menyampaikan taklimat

kepada Ketua Platun COBRA untuk diaturgerakan. Pada masa yang sama
laporan

Perisikan

telah

diterima

dan

diantara

perkembangan yang diterima adalah seperti berikut:

10

maklumat-maklumat

dan

a.

Seorang anggota dari unit 2 Skuadron Semboyan DiRaja yang

sedang bercuti hujung minggu di kawasan Kemajuan Tanah Ngor, Sauk
terdengar bunyi tembakan semburan di udara pada 3 Julai 2000 jam 1400
petang. Beliau telah melaporkan kejadian tersebut kepada Ketua Staf 2
Bgd setelah balik melapor ke pasukan setelah diarah berbuat demikian
selepas kejadian (rompakan senjata).

b.

Orang-orang

tempatan

kawasan

Kemajuan

Tanah

Ngor

mengesahkan mendengar bunyi tembakan semburan tersebut dan juga
telah melaporkan seorang anggota berpakaian 'Komando' memakai selipar
telah keluar membeli ayam di kampung Sauk.

c.

Pada 2 Julai 2000 jam 2000 di kawasan Kampung Jenalik Hulu

didapati 4 anggota tentera menaiki Pajero berhenti di sebuah kedai makan
untuk membeli makanan. Mereka bersenjatakan sepucuk

M 203 dan

sepucuk M 16.

d.

Pada 2 Jul 2000 penduduk kampung di Jenalik Hulu telah

mendengar bunyi tembakan semburan pendek mulai jam 1400 sehingga
jam 1900.

e.

Pada 03 Jul 2000 jam 0800, satu maklumat diterima daripada Pihak

Polis menyatakan seorang berbangsa Cina di Kampung Jenalik telah
memaklumkan bahawa beliau telah tidak dibenarkan memasuki kebun
kerana tentera sedang membuat latihan di kawasan tersebut.

f.

Pada 3 Jul 2000 jam 0920, maklumat diterima daripada Kapt

Suzana (Risik 5) bahawa anggota beliau yang sedang bercuti di Kampung
Tengah Sauk melaporkan mendengar bunyi tembakan ‘burst’.

g.

Seorang bekas anggota Bn 304

Inf (AW), Kpl Rahim telah

terserempak dengan pangkalan perompak di kawasan Kemajuan Tanah
Ngor pada pagi 3 Jul 2000. Beliau telah melaporkan kepada Polis dan
Ejutan Bn 304 Inf (AW). Ekoran itu, Kol Masood bin Zainal Abidin telah
11

berjumpa

sendiri

dengan

anggota

berkenaan

dan

mengesahkan

kedudukan pangkalan tersebut.

h.

Pada 031700H Jul 2000 kumpulan perompak telah menghubungi Bn

304 Inf (AW) melalui radio set yang dirompak dan memaklumkan tuntutan
mereka dan juga meminta Pegawai Memerintah Bn 304 Inf (AW) untuk
menghubungi kumpulan perompak ini semula melalui radio set pada jam
2300.

i.

Pada 3 Jul 2000, pihak Cawangan Khas Perak telah memaklumkan

terdapat 2 anggota mereka yang membuat ‘surveillance’ di kawasan
Kemajuan Tanah Ngor didapati tidak balik ke Balai Polis Sauk semenjak
0900 pagi.

PENJEJAKAN KUMPULAN PEROMPAK
17.

Maklumat terakhir yang diterima hasil tinjauan akhir pada 031650H Jul

2000 oleh Tim Pengawas Tentera bersama penduduk tempatan telah dapat
mengenal pasti kehadiran dan kedudukan sebenar kumpulan perompak di GR
259504. serentak dengan itu, Platun COBRA diaturgerakkan untuk mengepung
kedudukan perompak yang telah dikenal pasti bersama-sama pasukan/kumpulan
pengepung yang lain.

OPERASI KHAS 304

12

YAB Menteri Pertahanan bersama PTD berbincang dengan PMTD

18.

Rancangan Div.

Setelah mengenal pasti kedudukan kumpulan perompak

di sekitar Kawasan Kemajuan Tanah Ngor, Panglima 2 Div telah mengeluarkan
perintah Operasi Khas 304. Rancangan 2 Div adalah melaksanakan Operasi
dengan kerjasama polis untuk menawan perompak dan merampas semula
senjata dan peralatan dalam 4 fasa seperti berikut:

a.

Fasa Pertama.

bersama

dengan

Mengepung atau ‘inner cordon’ oleh pihak 21 KDO

Platun

COBRA

yang

telah

sedia

ditempatkan

berhampiran dengan kedudukan perompak dan pihak 2 RAMD bertindak
sebagai ‘outer cordon’ di jarak lebih kurang 1800 meter dari kedudukan
perompak.

b.

Fasa Kedua.

Cubaan mengadakan rundingan dengan pihak

perompak agar mereka semua menyerah diri.

c.

Fasa Ketiga. Sekiranya perompak berkenaan enggan menyerah diri,

pasukan keselamatan akan bertindak menyerang kubu perompak dan
seterusnya merampas kembali senjata dan peralatan yang telah dirompak.
13

d.

Fasa Keempat.

'Recovery' dan meneruskan usaha gerakan

mencari saki baki dan atur semula selepas fasa tiga dilaksanakan.
MISI KHAS
19.

Pada 3 Julai 2000, lebih kurang jam 1530 Platun COBRA telah digerakkan

ke Sekolah Kebangsaan Jenalik. Kumpulan ini tiba pada jam 1630 dan
seterusnya ditugaskan untuk memasang isyarat pendaratan helikopter di Sekolah
Azlan Shah untuk menunggu ketibaan kumpulan 'cordon' yang diterbangkan khas
iaitu skuadron dari pasukan elit Tentera Darat, 21 KDO. Setelah melaksanakan
tugas tersebut, pada malamnya Perintah Gerakan telah disampaikan oleh
Panglima 2 Bgd kepada kumpulan Platun COBRA dan Skuadron 21 KDO
“Yangkee”. Pelaksanaan tugas secara terperinci kumpulan pengepung telah
dipecahkan kepada 6 kumpulan, 5 kumpulan dari 21 KDO manakala 1 kumpulan
dari Platun COBRA.

14

Permulaan perjalanan ke tempat kepungan

20.

Pada waktu malam pergerakan Platun COBRA telah dibantu dengan

penggunaan alat canggih iaitu “Night Vision Gogle” (NVG) untuk diaturgerakkan
ke tempat yang dikenal pasti kedudukan kumpulan perompak. Platun COBRA
ketika ini diketuai oleh Kapt Raja Ahmad Shah bin Dato’ Haji Raja Brima Sulong
dari pasukan Batalion Infantri 304 (AW) dan Platun Sarjan adalah Sjn Ukoon ak
Pungkok manakala selebihnya ialah LKpl Pagok ak Bishop, LKpl Stephen ak
Along, LKpl Grunsin ak Banyah, LKpl Basir bin Ismail dan LKpl Nordin bin Ingang
selaku Ketua Seksyen dan Penolong Ketua Seksyen serta diikuti
orang anggota berpangkat Renjer.

15
Mengambil perlindungan setelah ditembak secara rambang.

seramai 9

Mengambil perlindungan setelah ditembak secara rambang

21.

Semasa dalam perjalanan, kebanyakannya anggota Platun COBRA

merasakan operasi yang sedang dijalankan ini merupakan operasi yang telah
biasa dilalui oleh anggota tentera namun terdapat segelintir daripada anggota
tersebut yang merasa gementar kerana apa yang pasti kedudukan musuh telah
diketahui dan pihak musuh juga mempunyai senjata dan peluru hidup yang
mencukupi untuk mempertahankan diri mereka dan ini menyebabkan situasi ini
sungguh
menggerunkan bagi anggota-anggota Platun COBRA ini. Ditambahkan lagi
dengan penggunaan senjata jenis General Purpose Machine Gun (GPMG) yang
cukup untuk merebahkan apa sahaja yang membujur lalu melintang patah dan
pelancar grened M 203 oleh pihak musuh.

16

Semak-samun yang perlu dilalui ke tempat kepungan

22.

Pergerakan dimulai dengan penuh berhati-hati dan perlahan dalam

keadaan waktu malam yang gelap namun misi tetap perlu dibereskan juga agar
segala perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar. Semasa di dalam
perjalanan memasuki kawasan kepungan, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan
dan letupan. Kesemua anggota mengambil perlindungan. Tembakan dan letupan
tersebut datang dari arah kedudukan perompak. Sebanyak 2 kali tembakan itu
telah dikenal pasti datangnya dari senjata jenis M 203. Ketua Platun
mengarahkan semua Ketua Seksyen untuk memeriksa kesemua anggota. Tiada
kecederaan yang telah dilaporkan. Ketua Platun telah mengarahkan agar
perjalanan dihentikan buat sementara waktu sehingga hari cerah bagi
membolehkan tinjauan rapat dilaksanakan.

17

23.

Pada 4 Julai 2000, jam 0700 Platun COBRA terus merapati kawasan yang

disyaki, Ketua Platun dan Sarjan Platun telah mengatur kedudukan anggotaanggota agar pengintipan dan tinjauan dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Pergerakan menuju dan mengepung kawasan tersebut dimulakan
secara berhati-hati dan amat teliti agar kehadiran tidak dapat dihidu. Namun lebih
kurang setengah jam kemudian ketika dalam usaha operasi meneruskan
pengepungan dibuat, kumpulan perompak telah melepaskan tembakan yang
bertubi-tubi dan kali ini senjata GPMG, M 203 dan senjata M 16 telah digunakan
untuk menembak kedudukan Platun Cobra. Walaupun

dihujani peluru namun

tiada tembakan balas dilakukan sehingga kumpulan perompak tersebut
menghalakan tembakan ke arah jalanraya utama selepas 10 minit. Semua
anggota mengambil perlindungan dan membiarkan masa meredakan tembakan
menggila yang dilakukan oleh kumpulan perompak tersebut.

18

24.

Selepas benar-benar pasti keadaan telah reda dan tiada tanda-tanda yang

perompak akan menembak semula barulah Ketua Platun COBRA memberi
arahan dengan menggunakan bahasa isyarat agar beliau dan Platun Sarjan
merapati

kehadapan

untuk

meninjau

kedudukan

agar

kepungan

akan

bersambungan dengan 21 KDO. Tanpa melengahkan masa lagi Sjn Ukoon ak
Pungkok

telah

mengarahkan

anak

buahnya

melaksanakan

diperintahkan itu.

Tempat Pl COBRA bermalam sebelum bergerak esok pagi.

19

tugas

yang

25.

Lebih kurang jam 0745, malang tidak berbau, sememangnya nasib tidak

dapat menyebelahi. Satu das tembakan telah kedengaran dari arah kumpulan
perompak itu menuju kearah Ketua Platun dan Platun Sarjan COBRA. Tiba-tiba
Sjn Ukoon merasai sesuatu yang tidak kena berlaku ke atas dirinya. Beliau
merasai tangan sebelah kirinya terasa panas dan kebas dan beliau juga
mendapati baju celoreng kirinya dibasahi dengan darah. Barulah beliau
menyedari

bahawa dirinya telah ditembak namun beliau tetap tabahkan hati

untuk meneruskan perjuangan yang belum berakhir ini. Selepas ditembak,
langkah perlindungan telah diambil dengan pantas dan mujur tembakan
seterusnya tidak mengena dan hanya melintasinya. Beliau terpaksa merapati
badan ke tanah dan berundur ke belakang untuk menghilangkan diri daripada
kawasan lunyai tembakan.

26.

Sepantas peluru juga Kapt Raja Ahmad memberi bantuan tembak balas

kearah perompak bagi membolehkan Sjn Ukoon mengambil perlindungan. Kapt
Raja Ahmad telah menghampiri Sjn Ukoon dan telah dimaklumkan akan
kecederaannya, Ketua Platun telah mengarahkan beliau berundur. Selepas
berundur lebih kurang 10 meter, LKpl Stephen telah datang untuk memberi
rawatan awal dan seterusnya mengiringi Sjn Ukoon keluar ke jalanraya.

20

27.

Kini suasana sudah bertukar, keadaan reda telah menjadi tegang. Ramai

daripada anggota Platun COBRA telah menunjukkan reaksi yang berbeza.
Anggota muda merasa gementar kerana inilah kali pertama mengalami perkara
begini dan tambahan pula dengan bunyi tembakan yang menyinga dari kawasan
perompak tersebut. Perasaan gentar mulai timbul

apabila mendapat berita

tentang kecederaan ke atas Sjn Ukoon. Perasaan bimbang mula menghantui diri
masing-masing malahan pada masa yang sama perasaan terkenangkan keluarga
dan keselamatan diri sendiri mula bermain dikotak pemikiran masing-masing.
Nyawa kini dalam pertaruhan hidup atau mati. Namun semangat perlu dikentalkan
semula, pertarungan bersenjata perlu diteruskan manakala perasaan marah terus
membakar semangat menyebabkan Platun COBRA tidak berundur walau seinci
pun. Semangat SIAN BANI MANANG telah meresapi tubuh anggota Platun
COBRA. Mereka tetap bertapak dan melaksanakan misi khas yang perlu
diselesaikan tanpa gagal.

21

Sjn Ukoon yang tercedera kena tembak di lengan kanan.

28.

Setibanya Sjn Ukoon di jalanraya utama GRIK – KUALA KANGSAR

berhadapan BUKIT JENALIK, Panglima 2 Bgd telah menunggu untuk bertemu
dengannya. Panglima 2 Bgd telah memberi nasihat dan kata-kata perangsang
kepada beliau agar jangan berputus asa kerana beliau telah melaksanakan tugas
dengan baik di samping maklumat yang terperinci telah dapat diperolehi oleh
Panglima 2 Bgd. Maklumat lengkap telah diterima. Kelibat anggota perompak
dapat dilihat bergerak di kawasan sekitar BUKIT JENALIK. Perancangan
seterusnya diperlukan bagi menumpaskan perompak yang telah mengejut
harimau yang sedang tidur. Setibanya ambulan, Sjn Ukoon telah dibawa ke
Sekolah Sauk seterusnya ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapat rawatan
yang rapi. Setelah semuanya selesai beliau telah dibawa ke Hospital Taiping.

29.

Jelas kesibukan aktiviti di BUKIT JENALIK telah memberi gambaran yang

agak

tegang

namun

agen-agen

perisikan

22

tetap

terus

berusaha

untuk

mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat. Kedudukan sebenar lebih tepat
telah diketahui apabila seorang penduduk tempatan yang hendak ke dusun
duriannya telah dihalang oleh kumpulan perompak terbabit. Hasil daripada
maklumat tersebut 2 orang anggota detektif Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah
bergegas ke kawasan kejadian tetapi telah ditangkap dan dijadikan tebusan.

Sjn Ukoon yang tercedera bersama Panglima 2 Bgd.

23

30.

Berbalik semula kepada Platun COBRA, setelah LKpl Stephen membawa

Sjn Ukoon keluar untuk mendapat rawatan, beliau telah kembali ke kawasan
operasinya. Sebagai pengganti kepada Sjn Ukoon, Ketua Platun telah melantik
Lkpl Basir bagi memangku jawatan itu. Dengan penuh semangat yang membara
beliau yakin akan dapat melaksanakan tugas yang mencabar dalam misi khas ini
dengan baik. Operasi diteruskan, Platun COBRA dan 21 KDO telah menyusup
masuk untuk mendekati kedudukan pertahanan kumpulan perompak sebagai
‘inner cordon’.

31.

Pada awal pagi 5 Jul 2000 jam lebih kurang 0700, perompak memulakan

tembakan ke arah Platun COBRA dari tempat persembunyian. Platun COBRA
telah membalas tembakan ke arah mereka bagi memaklumkan kepada kumpulan
tersebut secara tidak langsung bahawa kedudukan mereka sudahpun dikepung,
hanya takdir yang akan menentukan segalanya. Walaupun amaran telah diberi
namun kumpulan perompak terbabit jelas masih tidak mempedulikannya malahan
tembakan dan letupan masih dilakukan diselang-selikan sehingga kali terakhir
pada malam hari. Platun COBRA terus menapak dan tidak bergerak seinci pun
walaupun pada masa tersebut bermacam perkara dan andaian bermain di setiap
pemikiran anggota Platun COBRA. Pengepungan diteruskan, semangat waja
dipertingkatkan dan Platun COBRA terus merapati kawasan persembunyian
sehinggalah pada 6 Jul 2000 lebih kurang jam 1700 apabila anggota platun telah
diarahkan keluar kerana misi khas telah tamat. Masing-masing menarik nafas
lega dan merasakan tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan
tanahair telah dilaksanakan dengan baik demi kepentingan rakyat dan negara.

24

MENYERAH DIRI
32.

Semasa di dalam operasi pengepungan dilaksanakan, berbagai usaha

telah dilaksanakan bagi mempengaruhi kumpulan perompak supaya menyerah
diri. Semasa fasa kedua dimulakan, Ketua Kumpulan tersebut telah dikenal pasti,
abang kepada ketua kumpulan tersebut telah dihantar ke tempat persembunyian.
En Rahim bin Mohd Ghazali (abang ketua kumpulan) telah menyampaikan mesej
pasukan keselamatan agar menyerah diri namun tiada petanda atau persetujuan
yang kumpulan ini akan menyerah diri. Pada 6 Jul 2000 jam 0120 anggota
keluarga kumpulan perompak termasuk dua wanita serta dua kanak-kanan
dibawa ke markas operasi di Sekolah Agama Kampung Ngor kira-kira 1 km dari
Sekolah Kebangsaan Jenalik Hulu. Seorang daripada wanita itu adalah isteri
kepada ketua kumpulan tersebut. Pujuk rayu diteruskan tetapi tidak menunjukkan
sebarang hasil. Usaha diteruskan lagi di mana pada jam 0140 anggota keluarga
kumpulan perompak menaiki kereta perisai “Condor” bersama pegawai kanan
tentera. Kumpulan pemujuk membabitkan dua kereta perisai memasuki kawasan
berhampiran kumpulan perompak. Kenderaan itu berhenti di sebuah kawasan
untuk membolehkan mesej disampaikan melalui pembesar suara hingga ke
puncak bukit. Pada jam 0215, suara wanita yang dipercayai isteri salah seorang
anggota kumpulan itu kedengaran menangis. Pujukan wanita itu berterusan
selama 20 minit. Sepanjang tempoh itu, kedengaran suara kanak-kanak dan
sesekali perantara pihak tentera dan polis mengambil alih tugas memujuk
perompak . Pada jam 0315 sesi memujuk berakhir. Perantara menyampaikan

25

Lakonan semula menunjukkan keadaan di tempat sebenar, dimana Lt Jen Dato'
Seri Zaini telah bergelut dengan Mohd Amin.

mesej terakhir serta memberi ucapan salam sebelum menamatkan sesi itu. Pada
jam 0335, kereta perisai dibawa keluar dari kawasan perompak. Pemujukan
menampakkan hasil, pada jam 0530, dua anggota kumpulan itu yang bertugas
sebagai tukang masak menyerah diri.

33.

Usaha tetap diteruskan, pada 6 Jul jam 1130, anggota keluarga perompak

tersebut terus membuat rayuan. Pada jam 1400 perompak telah sedia untuk
menyerah diri. Ketua Platun bersama anggota Platun Cobra telah menyelinap
masuk ke kubu Ketua Penjenayah iaitu Mohd Amin bin Ghazali dan beliau sedia
berunding syarat penyerahan beramai-ramai kumpulan tersebut. Namun demikian
syarat penyerahan hanya boleh dipersetujui oleh Panglima-Panglima yang berada
di Markas Operasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenalik. Pada jam 1430 Ketua
Platun Cobra Kapt Raja Ahmad Shah telah dapat menyakinkan Mohd Amin untuk
menyerahkan sebuah Pajero, 5 laras M16, 2 ahli yang cedera dan

2 ahli yang

lain ke Markas Operasi sebagai permulaan. Setelah proses penyerahan dibuat
dan diserahkan kepada pihak PDRM, rundingan penyerahan Mohd Amin telah
disampaikan kepada PMTD. Pada jam 1520, Panglima Medan Tentera Darat Lt
Jen Dato’ Seri Zaini Mohd Said dengan kumpulan penyerang CRT 11 RGK telah
masuk ke kubu perompak dalam usaha untuk memujuk ketua kumpulan tersebut
Amin Ghazali untuk menyerah diri. Semasa proses perbincangan dan penyerahan
tersebut dijalankan, Mohd Amin telah mengacukan senjata kepada PMTD tetapi
beliau sempat menangkis laras senjata tersebut menyebabkan Amin tertembak
rakannya sendiri. Dengan pantas seperti ular COBRA pada masa itu semua
anggota Platun COBRA sempat memberikan perlindungan kepada

Panglima

Medan Tentera Darat. Pada jam 1645, semua 27 orang termasuk 15 anggota
kumpulan yang terbabit merompak senjata dibawa ke Balai Polis Kati dengan
menaiki van dan trak polis kecuali Amin yang dibawa menaiki kereta peronda
polis.

26

BUKIT JENALIK KEMBALI TENANG

34.

Setelah operasi tamat, masyarakat sekeliling berasa lega dan

ribuan

ucapan terima kasih diucapkan kepada pasukan keselamatan. Namun demikian
luka ke atas pasukan keselamatan tetap dirasai kerana telah kehilangan 2 nyawa
menyebabkan keluarga mereka menderita sepanjang hayat. Walaupun demikian
dengan sifat keprihatinan Kerajaan Malaysia, pasukan keselamatan memastikan
nasib balu dan keluarga mereka akan sentiasa terbela. Jasa-jasa Platun Cobra
tidak dilupakan begitu sahaja terutamanya 1040311 Sjn Ukoon ak Pungkok.
Selain daripada mendapat perhatian dan liputan yang meluas daripada mediamedia cetak dan elektronik, kejadian di Sauk amnya dan kemalangan yang telah
menimpa Sjn Ukoon khasnya turut mendapat perhatian daripada PemerintahPemerintah Tertinggi TD. Selain daripada Panglima 2 Bgd Brig Jen Yazam bin
Mohmood, Panglima Tentera Darat Jen Dato’ Seri Md Hashim bin Hussien turut
membuat kunjungan rasmi ke atas keluarga Sjn Ukoon pada 21 Jul 2000 yang
lepas.

27
PTD sempat melihat luka kesan tembakan pada bahagian bahu Sjn Ukoon.

35.

Semasa kunjungan tersebut PTD turut menyampaikan sumbangan dan

cenderahati di rumah Sjn Ukoon dan semasa majlis jamuan ringan diadakan di
perkarangan RKAT Guide Walk 9 RRD. Anggota Platun Cobra dan Sjn Ukoon
mengambil kesempatan untuk bergambar dengan PTD sebagai tanda kenangan.
Selain mendapat perhatian daripada Pemerintah Kanan TD, Sjn Ukoon turut
menerima kunjungan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia. Diatas jasa beliau, Sjn
Ukoon juga telah dianugerahakan pingat BAT pada bulan September 2000. Satu
majlis penyampaian sijil juga diadakan di peringkat pasukan bagi mengenang jasa
dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Sjn Ukoon dan anggota Platun
Cobra diatas penglibatan mereka di dalam Ops Khas 304. Ini merupakan satu
tradisi dalam ATM bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk
menebus maruah agama, bangsa dan negara.

36.

Yang jelas terbukti adalah Platun COBRA masih unggul dan berbisa.

28

PTD menyampaikan cenderahati kepada Sjn Ukoon sambil diperhatikan
oleh Pegawai Memerintah 9 RRD.

PTD serta Datin Seri sempat bergambar bersama keluarga Sjn Ukoon

29

Anggota Pl COBRA yang terlibat didalam Ops Khas 304 mengabadikan gambar kenangan
bersama dengan PTD dan Panglima 2 Bgd.
Duduk dari kiri: LKpl Sofee, LKpl Grunsin, LKpl Morris, LKpl Otto, Rjr Normino, LKpl
Mat Zain, LKpl Mohan, LKpl Pagok dan LKpl Shamsuri.
Berdiri dari kiri: LKpl Nordin, LKpl Stephen, Lt Kol Stephen (CO 9 RRD), Kol Roslan Abd
Rashid (Pengarah Infantri), Sjn Ukoon, Jen Dato' Seri Hashim (PTD), Brig Jen Yazam
(Panglima 2 Bgd), Kpl Basir dan LKpl Peter.

Syabas dan Tahniah !
‘Sian Bani Manang”

30

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful