You are on page 1of 4

Sebagaimana yang kita ketahui, seperti dalam pengenalan apa itu Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), matlamat utamanya ialah pendidikan sekolah


rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak
mulia. Oleh hal yang demikian, peranan guru amat penting dalam menjayakan
prinsip – prinsip dan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai
matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (KBSR).

Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru


bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan
bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga
bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan .

Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan


pengajaran dan pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang
dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang
berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan individu guru.
Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid,
seperti bermula daripada aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang
berada dalam pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum
berada dalam pengetahuan dan pengalaman mereka. Setiap perkembangan
pelajaran diikuti pula oleh aktiviti murid secara terancang dan sebahagainnya
spontan. Pendekatan berasaskan spiral curriculum membolehkan murid
mengembangkan ilmu sedia ada dan memantapkan pengalaman tersedia. Mereka
akan mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkah demi langkah, fakta
demi fakta, yang keseluruhannya secara sistematik dan efektif. Guru menerajui
haluan perkembangan pengajaran dengan murid-murid mengayuh bersama menuju
ke destinasi yang diketahui bersama. Usaha dan kebersamaan sedemikian boleh
mempercepatkan perolehan kandungan pembelajaran dan seterusnya peningkatan
pencapaian. Penerangan disampaikan secara susunan tanpa memasukkan
terlampau banyak isi pelajaran dalam sesuatu masa berasaskan pendekatan teach
sequentially and globally.

Seseorang guru semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam


bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa
kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Seperti dalam matlamat FPK yang
menggalakkkan pembelajaran sepanjang hayat. Bukan setakat itu sahaja, guru
berperanan sebagai sumber rujukan kepada murid – murid. Oleh hal yang demikian,
tidak salah sekiranya seorang guru mempelbagaikan ilmu yang ada dengan pelbagai
pengetahuan lain melalui pembelajaran.

Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau


kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab
dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat,
keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan epistemologi disiplin
tersebut. Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu
berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai
ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang.
Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau
sentiasa menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan
kepada guru tersebut dan hilang minat. Lebih-lebih lagi jika guru sentiasa
menghalang murid-murid daripada bertanya perkara yang di luar kurikulum,
sedangkan berminat untuk mengetahui, berkemungkinan mereka kehilangan
kecenderungan untuk bertanya dan hilang minat untuk mempelajari subjek yang
diajar oleh guru berkenaan. Jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan
murid – murid berlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan
pembunuhan minat mereka untuk belajar.
Dokumen Standard Guru Malaysia baru sahaja dilancarkan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabah. Dokumen ini melengkapkan
lagi dokumen Tonggak Dua Belas Perkhidmatan dan juga Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006 – 2010). Secara langsung, Pelan Induk
Pembangunan Negara (PIPP 2006 – 2010) menetapkan perancangan untuk
meningkatkan pembangunan modal insan pelajar. Bagi tujuan tersebut, menjadi
tanggungjawab guru untuk menjayakan PIPP yang akan tamat pada tahun ini. Salah
satu elemen yang tersirat dalam semua teras PIPP adalah merangka suasana alam
sekolah bagi mewujudkan budaya kasih sayang di sekolah khususnya antara guru
dan pelajar.Seterusnya, sesuai dengan matlamat KBSR dan juga melalui Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mementingkan elemen emosi, guru juga
berperanan untuk mengawal emosi serta menunjukkan perasaan kasih sayang
antara pelajar dan guru. Untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dan
harmonis dari segi emosi, menjadi tanggungjawab seorang guru dan guru
berperanan memupuk sikap berkasih sayang antara satu sama lain. Jika para guru
di Malaysia dapat membina satu dunia kasih sayang di sekolah, maka akan semakin
ramailah pelajar yang ingin datang ke sekolah.

Selain itu juga, ia dapat mengajar pelajar supaya dapat menangani emosi
dalam kehidupan. Sebagai contoh, sekiranya seorang guru tidak dapat mengawal
emosi marah, emosi ini akan terbawa – bawa ke dalam kelas. Secara tidak
langsung, murid – murid akan menjadi mangsa kepada kemarahan kita. Apabila ini
berlaku, pelajar akan berasa takut kepada guru tersebut. Sekaligus, perasaan untuk
belajar juga akan berkurang dan berasa malas. Hal inilah yang menyebabkan pelajar
– pelajar tercicir dalam pelajaran. Oleh hal yang demikian, matlamat KBSR dan FPK
yang menginginkan individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara tidak dapat tercapai.

Menurut Albert Eistein pernah berkata bahawa makna kepada pendidikan


ialah sesuatu yang diingati oleh seseorang apabila beliau sudah terlupa tentang
semuanya tentang zaman persekolahannya dahulu. Maka apa yang masih
diamalkan atau digunakan sebagai penduan hidup itulah ilmu hasil didikan daripada
bekas – bekas gurunya. Beginilah betapa besarnya peranan guru dalam mencorak
kehidupan pelajar. Guru seharusnya menyuntik kata – kata perangsang kepada
pelajar untuk menggalakkan pelajar mempertingkatkan semangat untuk terus belajar
bersungguh – sungguh dan mencapai kejayaan untuk diri sendiri, keluarga, bangsa
dan negara.

Peranan guru yang seterusnya ialah dalam melahirkan individu yang


berakhlak mulia dalam kehidupan. Sebagai seorang guru, kita berperanan menjadi
contoh teladan yang terbaik kepada pelajar untuk dijadikan ikutan mereka. Setiap
perlakuan yang dilakukan oleh guru banyak memberi kesan kepada individu
terutamanya pelajar – pelajar sekolah. Selain itu juga, pengajaran tentang agama
juga perlu dititik beratkan supaya setiap individu mendapat pendedahan dan ilmu
tentang agama. Tidak lengkap diri seseorang individu sekiranya mereka tidak
berpegang kepada agama. Tanpa agama, hidup kita tidak mempunyai panduan
yang khusus. Penekanan kepada unsur rohani ini penting demi melahirkan individu
yang berakhlak mulia dan dapat memberi keseimbangan yang menyeluruh dan
bersepadu. Selain itu juga, dapat memupuk pelajar supaya mengamalkan sikap dan
perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan
hidup mereka untuk diri sendiri, bangsa, masyarakat dan Negara.

 Aktiviti jasmani adalah penting bagi seseorang untuk melahirkan individu


yang sihat dan cergas. Selain itu, aktiviti kokurikulum menjadi satu perkara wajib
bagi semua pelajar untuk terlibat dalam aktiviti ini di sekolah. Ini kerana, melalui
kokurikulum, sahsiah dan potensi diri pelajar dapat dicungkil dan dipertingkatkan.
Oleh itu, guru berperanan dalam membantu pelajar - pelajar supaya lebih aktif
dalam kokurikulum dan bukan sahaja mementingkan akademik semata – mata. Ini
kerana, melalui aktiviti kokurikulum, pelajar – pelajar dapat membina daya saing
contohnya apabila melalui pertandingan dan sebagainya. Guru juga berperanan
mengesan kelebihan pelajar – pelajar mereka supaya dapat mencungkil minat
supaya aktif dalam kokurikulum dan seterusnya dapat mengharumkan nama Negara
ke peringkat antarabangsa melalui sukan berprestej peringkat dunia seperti Sukan
Komanwel. Dengan cara ini, dapat memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

You might also like