You are on page 1of 30

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif dacaan menjalankan kajian kerja khusus sejarah ini dapat dibahagikan
kepada objektif am dan objektif khusus.

OBJEKTIF AM
Objektif amnya adalah untuk mengenl pasti sumber sejarah yang sahih dan benar
yang akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara betul,jelas dan
tepat.

OBJEKTIF KHUSUS
Objektif khususnya pula adalah bertujuan untuk mengkaji dengan lebih terperinci
tentang sambutan sesuatu perayaan ttradisi di Malaysia.Saya terlalu membuat kajian
tentang sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di negara kita.Dengan hal yang
demikian,saya lebih mengetahui tentang asal usul,tatacara sambutan,peralatan,amalan di
Malaysia serta aspek-aspek lain dengan lebih terperinci tentang sambutan Tahun Baru
Cina.Secara tidak langsung,pengetahuan yang telah saya peroleh tentang perayaan
ini,dapat menimbalkan semangat untuk mengenali dan mencintai warisan budaya
pelbagai kaum di Malaysia ini.Selain itu,semangat patriotik turut berpatik dalam jiwa
saya dan menimbalkan kesedaraan bahawa berlupa pentingnya generasi muda harus
mengetahui khocamah budaya yang menjadi warisan sesuatu di negara kita.Pemahaman
yang lebih mendalam akan mewujudkan sikap toleransi dan masyarakat Malaysia yang
bersotak pada sesuai dengan ‘Gagasan Satu Malaysia’,yang diseve oleh kerajaan
KAEDAH KAJIAN
Semasa menjalankan kajian kerja khusus sejarah tentang perayaan Tahun Baru
Cina.Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat perayaaan
Tahun Baru Cina.Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut.

PENYELIDIKAN DI PERPUSTAKAAN
Sebaik sahaja tajuk kerja khusus sejarah sejalah telah diberikan,setiap hujung
minggu,saya sering Perpustakaan Tun Abdul Razak,Ipoh untuk mendapatkan sumber –
sumber tentang perayaan Tahun Baru Cina daripada buku-buku dan majalah serta
akhbar.Selain itu bahan pusat sumber sekolah saya turut saya mantaatkan.

KAEDAH INTERNET
Kaedah kedua yang telah saya gunakan untuk mengepurnakan folio sejarah ini
ialah melayari lawan web untuk mendapatkan pelbagai maklumat tambahan dalam
bentuk nota gambar CD,VCD dan video yang berkaitan sambutan perayaan Tahun Baru
Cina sesetengah laman web sememangnya memuatkan maklumat yang sah dan ada yang
memuatkan maklumat orang perseorangan.Beberapa maklumat telah sayar baca dan muat
turun danbahan cetaknya telah dilampirkan dalam folio ini.

KAEDAH TEMU BUAT


Kaedah ketiga yang terlalu saya gunakan untuk menyiapkan kerja khusus ini ialah
mendapatkan maklumat tentang perayaan Tahun Baru Cina dengan menemubual orang
sumber yang berkenaan.Maklumat orang sumber ini terlalu saya lamparkan bersama folio
ini.Melalui orng sumber yang telah temubual,saya telah perden maklumat tentang cara
orang Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina.Beliau telah menceritakan cara-cara
perayaan Tahun Baru Cina disambut pada zaman dahulu dan zaman sekarang.Melalui
beliau,saya juga peroleh maklumat tentang maksud sesuatu perlakuan tindakan semasa
sambutan Perayaan Tahun Baru Cina.
KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah terakhir yang terlalu saya gunakan untuk menyiapkan kerja khusus ini
ialah kaedah pemerhatian saya telah memerhatikan cara orang Cina menyambut perayaan
Tahun Baru Cina sejak dahulu lagi.Saya pernah hadir ke majlis rumah terbuka dan
persempanyaan tokong,melalui perhatian,saya mendapat secara langsung tentang
sambutan perayaan ini.Kesemua maklumat ini terlalu saya lampirkan bersama folio ini .
Tahun Baru Cina kali ini merupakan tahun harimau. Ianya melambangkan keberanian,
kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah. Kebiasaannya
masyarakat cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk
mencipta dan merencana masa depan yang lebih cemerlang. Namun bagi semua rakyat
Malaysia ciri-ciri baik seperti berani, jujur, bersedia untuk bersaing dan berani
mempertahankan maruah ternyata bukanlah asing bagi kita yang mempunyai asas
kepercayaan dan tradisi masing-masing. Kita semua mahukan yang terbaik buat diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa
makmur, bebas dari rasuah dan jenayah. Yakinilah, kita pasti dapat mengharungi segala
rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya. Harapan
kita agar negara ini adil serta saksama menjamin hak semua rakyatnya tanpa mengira
kepercayaan dan ras.

Dengan kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai
kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua. Adalah diharapkan sambutan
Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat
Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja
KeADILan di semua peringkat.
Tahun Baru Cina

Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China

Juga dinamakan Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim


Bunga

Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia Timur

Jenis China, kebudayaan, agama Buddha

Keutamaan Hari pertama kalendar Cina (qamari)

Tarikh 2009 26 Januari

Tarikh 2010 14 Februari

Tarikh 2011 3 Februari

Perayaan sambutan Tahun Baru, perhimpunan


keluarga, jamuan sekeluarga.

Berkaitan Perayaan Tanglung yang mengakhiri


dengan perayaan ini

Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina.


Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai
sokongan perisian tertentu.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga
dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan
makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut,
dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima
wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh
orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga
atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas
hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan
perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai
kalendar qamari Cina.

Isi kandungan
1 Tarikh perayaan

 2 Sejarah
 3 Mitos
 4 Sambutan perayaan
o 4.1 Sebelum Tahun Baru
o 4.2 Hari pertama
o 4.3 Hari ke-2
o 4.4 Hari ke-3
o 4.5 Hari ke-5
o 4.6 Hari ke-7
o 4.7 Hari ke-9
o 4.8 Hari ke-15
 5 Hidangan Tahun Baru
o 5.1 Jamuan pertemuan semula
o 5.2 Intisari makanan
 6 Amalan Tahun Baru
o 6.1 Ang pau
o 6.2 Pasar Tahun Baru
o 6.3 Bunga api
 6.3.1 Larangan mercun
o 6.4 Pakaian
o 6.5 Shou Sui
o 6.6 Simbol
o 6.7 Bunga
o 6.8 Ikon dan hiasan
o 6.9 Balik kampung
o 6.10 Rumah terbuka
 7 Ucapan
o 7.1 Selamat Tahun Baru
o 7.2 Gong xi fa cai
o 7.3 Ucapan lain
 8 Pantang-larang sewaktu perayaan
o 8.1 Tuah baik
o 8.2 Nasib Malang ("Tuah buruk")
 9 Rujukan
 10 Pautan luar

Tarikh perayaan
Rencana utama: Astrologi Cina

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang
dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi
haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tarikh

Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010


Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambin
未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
g

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Sejarah
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12
ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah
diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari
dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut
catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja
pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada
221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-
duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu
Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos
Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang,
Yunnan, China.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia
dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun,
sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya
bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka
mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas.
Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián
(Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru",
membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan
sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang
muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah


mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau
nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan
rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan
pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu
keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena
jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan
ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang
pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan
semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.[3]

Hari pertama
Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.[4]

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga
Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga
mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina
Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi ibu bapa kandung mereka.[5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah
kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah
amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-
menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian
ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa
sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari
menziarahi kubur.[6]

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺子, jiǎozi)
dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun
hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula
pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan
yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan
kalendar qamari Cina.[7]

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya
diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura,
tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.[7][8]

Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja
Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila
tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa
syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi
lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié
(Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam
bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina
Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah
sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur
dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam
air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada
amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru


Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán
fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada
tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini
biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat
kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina
Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan
sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu
yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年年有余), yang bermakna "semoga ada
lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."[3][9]

Intisari makanan

Bahasa
Nama Huraian
Cina [*]

Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya


merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun
羅漢齋 Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat
Luohan (罗汉斋)
choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama
zhai luóhàn
hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya
zhāi
dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu
nyuk (扣肉) dan yong tau fu.

Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan


Ikan 魚 (鱼) yú perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina:
餘; pinyin: yú). Ramuan utama bagi yee sang.

魚生 (鱼
Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila
Yee sang 生)
disambung untuk menyambut tuah.[8]
yúshēng

Ladu 餃子 (饺 Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan
jiaozi 子) jiǎozi tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa


Limau 金橘 jīnjú; perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi
mandari atau masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk
n 柑 gān buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan
kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang


Kuih 年糕
dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian
bakul niángāo
tahun kian tinggi".[2]

Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat,


Mi
namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula- Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-


gula gula Cina berwarna merah atau hitam.

Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum,


Tikoy garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan
warna puding ini (putih atau perang).

[*]
: Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk
tradisionalnya) diikuti pinyin.

Amalan Tahun Baru


Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包,
pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市
atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun
Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada
kanak-kanak.[2]

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit.
Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap,
kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana
perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak
boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama
bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala
syiling coklat dimasukkan dalam angpau.[10]

Pasar Tahun Baru

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar
ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian
dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru
atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada
zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim
perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap
batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan
berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi
meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan,
mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh
jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek
penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.[11]

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun
baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun
adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau
menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka,
kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang
yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya
atas sebab-sebab keselamatan.
 Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun
Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-
undangnya tidak selalu dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun
masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai
mercun.

 Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,
kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga
mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun
Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya
dalam dan luar China.

 Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970


setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68
orang lain.[13] Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas
berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan
terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada
membakar mercun pada Februari 1972.[15] Bagaimanapun, pada tahun 2003,
kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan
menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru
Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan
Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh
lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak
boleh dijual secara komersial.

 Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari
Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

 Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam


ketika Tahun Baru Cina[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan
penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara
kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di
mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

 Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan
mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun
dibakar di Chatham Square, Chinatown.[17]

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan,
orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan
baru pada tahun baru.
Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga
berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan
tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya
percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[18]

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang
tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar
hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna
pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah
berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan
pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒
(dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào
melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.[19]

Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual
ketika pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud

Bunga plum melambangkan tuah

Kumkuat melambangkan kemakmuran

Narcissus melambangkan kemakmuran

Bunga kekwa melambangkan panjang umur

Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari bermaksud tahun yang elok


Ikon dan hiasan

Ikon Makna Ilustrasi

Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias


yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan
Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya
ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu
dengan pepatah Cina 年年有餘 (niánnián yǒuyú).[9]

Yuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo) melambangkan


Jongkong wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao
Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China
zaman silam.

Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza


daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih
Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya
Tanglung berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada
hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung,
dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-
bagai saiz dan bentuknya.

Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru.


Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina.
Perhiasan
Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul
Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina.


Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat
Tarian dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa
singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka
jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara
pembukaan perniagaan orang Cina.
Cai Shen (Cina Tradisional: 財神, Cina Ringkas: 财神)
merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar
Cai Shen
memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru
dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang
terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga
orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan
bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina
Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik
kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia
tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan
kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang
dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka
perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan
Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang
dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉祥話, Cina Ringkas: 吉
祥话, pinyin: jíxiáng hùa).

Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂; Tulisan Cina Ringkas: 新年
快乐; pinyin: xīnnián kuàilè; Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk; bahasa Hokkien
(POJ): Sin-nî khòai-lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat
ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara
Barat. Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好, Cina
Ringkas: 过年好) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru
antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong

"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财;
pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ):
Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah
dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai
bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara
pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut
legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat,
namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim
sejuk yang teruk)[20]; manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea
kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh
dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu
Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa
Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama
beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan
Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya
tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun
baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suìsuì píng'ān" (Cina
Tradisional: 歲歲平安, Cina Ringkas: 岁岁平安) diucapkan serta-merta, yang bermakna
"semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". 歲 (Suì, bermaksud "usia") sama
bunyi dengan 碎 ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-
main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, 年年有餘
(Niánnián yǒuyú), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata yú yang
juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan
juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.[2][9]

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila
bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di
Malaysia dan Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅


包拿來, Cina Ringkas: 恭喜发财,红包拿来, pinyin: Gōngxǐ fācái, hóngbāo nálái),
yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan


Tuah baik

 Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
 Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang
tahun.
 Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
 Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru
agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
 Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang
Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh
harapan untuk menambah kekayaan.
 Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang
yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina
kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan
"kasar" atau "sukar".
 Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang
menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu
juga sama bunyinya dengan "kaya".)
 Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya
dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong
hasil dalam bahasa Kantonis".
 Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
 Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar
tuah bagi tahun baru.
 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal
Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
 Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina
bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
 Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-
ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk
ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-
hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan
manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk
menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka
berjaya menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api
siang dan malam.

          Perayaan Tahun baru Cina adalah


menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina.Bersama-sama
dengan warna merah, tanglung, mercun dan
pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol
tradisi kemeriahan masyarakat
Cina.                            

                Perayaan yang bersamaan dengan


Elemen 1

Sumber
Internet
ELEMEN 3

PENEROPAN PATRIOTISME
Melalui kajian kerja khusus sejarah yang memokoskan tajuk ‘Perayaan Tradisi
Satu kaum di negara kita’modal insan yang bersifat patriotic dapat dibentuk.Hal ini
kerana ketika sejarah dijalankan,seseorang pelajar akan mengetahui dan mengenali
sejarah tenrang sesuatu perayaan tradisi masyarakat Malaysia.Perkara ini akan
mewujudkan perasaan menghargai tradisi budaya dan bangsa seta berbangga dengan
sejarah negara.Seterusnya,wujudkan perasaan untuk menjaga dan mempertahankan
khazanah warisan budaya bangsa.

Seperti kita setia maklum,Malaysia merupakan sebuah negara yang


unik.Masyaraknya bersatu dalam kepelbagaian bangsa,budaya,bahasa,agama dan adat
resam.Oleh itu,sudah tentulah sambutan sesuatu perayaan tradisi menggambarkan
kepelbahagian ciri-ciri yang tertentu seperti di atas.Apabila seseorang pelajar membuat
kajian tentang sambutan perayaan tradisi ,dia akan dapat menghayati ciri-ciri ini.Dia akan
berbangga sebagai rakyat.malaysia kerana wujud kesedaran dan perasaan bangga
dengan sejarah negara kita.

Penglibatan seorang pelajar dalam kajian kerja khusus sejarah ini akan
mewujudkan penghayatan seseorang untuk terus menghargai dan mengamalkan tradisi
dan budaya bangsa yang diwarisi selama ini supaya tidak bubus dalam arus
pemodenan.Apabila wujud keswedaran tentang budaya bangsa,seseorang pelajar akan
cuba menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Sesudah wujud tentang khazanah warisan budaya bangsa,barulah seseorang


individu akan menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara yang bergadai
nyawa dan negara.Akhirnya,kesedaranini akan membawa kepada pesanaan
menghormati raja dan pemimpin negara serta menghormati lambing-lambang negara
yang menjadi kebanggaan kita termasuk sambutan perayaan pelbagai kaum sama ada di
peringkat nasional mahupun tempatan.

Penglibatan seseorang pelajar tanpa mengira

You might also like