You are on page 1of 55

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA
KAMPUS BAHASA MELAYU
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK
PISMP SEMESTER 1/2010
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU 3102
Lawrence Kohlberg
(25 Oktober 1927- 19 Januari 1987)
Lawrence Kohlberg
Dilahirkan :25 Oktober 1927 di Bronxville, New York.
Berasal dari sebuah keluarga kaya
Belajar di Akademi Philips, sebuah pusat pengajian yang
terkenal.
Mendaftar ke Universiti Chicago pada 1948. Dan ia
memperoleh gelaran sarjana dalam psikologi dalam waktu
hanya satu tahun
Sambungan…

Pada 1968, dalam usia 40 tahun, ia menjadi profesor


pendidikan dan psikologi sosial di Universiti Harvard
Kematian : 19 Januari 1987
Umur: 59 tahun
 Bunuh diri dengan menenggelamkan dirinya di Lautan
Atlantik akibat tekanan dan penderitaan penyakit yang
merebak pada masa itu.
Sambunga
n

Berpendapat penaakulan moral berkait rapat dengan


perkembangan kognitif walaupun ada masanya tahap
pemikiran seseorang tidak menjamin peningkatan tahap
penaakulan moral seseorang.
Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan
perkembangan individu.
Telah mencadangkan peringkat perkembangan moral
individu
CIRI-CIRI PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL
a) Peringkat-peringkat ini adalah bersifat hierarki.
 Apabila seseorang individu didapati berada di satu peringkat yang lebih
tinggi, ini bermakna bahawa ia telah pun melalui peringkat-peringkat moral
yang lebih rendah. Seseorang individu biasanya bertindak atau memilih
peringkat yang lebih tinggi dari peringkat semasanya.

b) Peringkat-peringkat itu adalah sistematik dan berstruktur.


 Merupakan sistem pemikiran yang berterusan. Cara seseorang menganalisa
dan menginterprestasikan data serta membuat keputusan mengenai masalah
moral dan peribadi merupakan perkara yang sangat penting dalam
perkembangan moral secara keseluruhannya.

c) Urutan dalam peringkat-peringkat itu adalah tidak berbalik.


 Ini bermakna dalam semua keadaan kecuali dalam keadaan trauma yang
serius, pergerakan dalam peringkat penaakulan moral selalunya adalah ke
depan dan tidak pernah mundur.
KAJIAN-KAJIAN KOHLBERG
Satu kajian yang dijalankan selama 20 tahun dalam
kalangan budak-budak lelaki dari latar belakang kelas
pertengahan dan golongan pekerja di Chicago.
Temubual awal bermula ketika subjek tersebut berumur di
antara 10-16 tahun,kemudian mereka ditemubual semula
selepas selang tiga tahun.
Sambunga
n

Satu kajian jangka panjang dengan budak-budak lelaki


dari kawasan bandar dan luar bandar di Turki, yang
berada dalam lingkungan umur yang sarna seperti di atas.
Beberapa kajian merentas budaya seperti di Kanada,
Britain, Yukata,Honduras dan India.
Sambunga
n

Berdasarkan kepada kajian-kajiannya, Kohlberg (1975)


mendakwa bahawa teori perkembangan moralnya itu adalah
sejagat dan merentas budaya. Beliau mengatakan:

“All individuals in all cultures use the same thirty basic


moral categories, concepts or principles, and all individuals
in all cultures go through the same order or sequence of
gross stage development, though they vary in rate and
terminal point of development”
Sambunga
n
Paling bawah dalam penaakulan moral.
Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman
yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.
ORIENTASI KEPATUHAN
DAN HUKUMAN
Obedience and punishment orientation

Pemikiran moral kanak-kanak – egosentrik


Mementingkan kesan fizikal
Mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman
ORIENTASI GANJARAN
PERIBADI
Self-interest orientation

Mematuhi peraturan atau sesuatu untuk mendapatkan


ganjaran, atau perkongsian untuk mendapatkan balasan.
Apa yang saya akan dapat sekiranya saya buat apa yang
disuruh?
Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak
sendiri.
Tahap pertengahan teori perkembangan moral.
Individu mula mengaplikasi peraturan mengikut
kebenaran dan persetujuan ibu bapa, guru dan komuniti.
ORIENTASI PERLAKUAN BAIK
Interpersonal accord and conformity
• Mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh
ibu bapa, guru atau orang sekeliling.
• Menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap
peraturan yang ditetapkan.
• Ingin dilihat sebagai ‘anak yang baik’ dan mengikut
arahan.
(the good boy-good girl attitude)
AKUR KEPADA SISTEM SOSIAL
DAN ETIKA PERATURAN
Authority and social-order
maintaining orientation
Percaya kepada keutuhan undang-undang.
Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk
menjaga kesejahteraan komuniti.
Mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-undang
masyarakat untuk mengelakkan hukuman atau denda.
Tahap penaakulan moral yang paling tinggi.
Individu sudah mula meneroka pilihan dan alternatif lain
dalam penaakulan moral.
Mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.
ETIKA KONTRAK SOSIAL DAN HAK
INDIVIDU
Social contract orientation
• Berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.
• Menilai undang-undang berdasarkan hak individu
• Menganggap undang-undang sebagai sesuatu yang
fleksibel dan mempunyai alternatif.
• Mematuhi undang-undang jika menepati hak-hak individu.
ETIKA PRINSIP SEJAGAT
Universal ethical principles
• Falsafah tentang moral seseorang.
• Mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan
menghormati maruah dan prinsip individu lain.
• Individu mempunyai kod-kod moral dan etika yang
tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat.
• Mungkin melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik
dengan kod etika peribadinya.
HEINZ MENCURI UBAT DI EROPAH
 Seorang wanita sedang tenat kerana menghidapi penyakit kanser. Ada sejenis
ubat yang menurut doktor dapat menyelamatkannya. Ubat itu adalah
seperti radium yang baru saja ditemui oleh seorang ahli farmasi di kota yang
sama. Kos pembuatan ubat tersebut mahal, dan ahli farmasi tersebut
menjualnya sepuluh kali ganda kos pembuatannya. Ia membayar $200 untuk
radium tersebut dan menjualnya $2000 untuk satu dos kecil ubat tersebut.
Suami wanita tersebut, Heinz telah berusaha meminjam wang dari kalangan
keluarga dan kenalan-kenalannya, tetapi ia cuma memperoleh $1000. Dia
memberitahu ahli farmasi tersebut bahawa isterinya sudah semakin tenat dan
memintanya untuk menjual ubat tersebut dengan lebih murah atau
membenarkannya membayar kemudian hari. Tetapi ahli farmasi itu
mengatakan: “Tidak, saya yang menemui ubat itu dan saya akan mencari wang
dari ubat itu.” Heinz menjadi putus asa dan menceroboh kedai ubat tersebut
untuk mencuri ubat demi isterinya.

Haruskah Heinz menceroboh kedai ubat itu untuk mencuri ubat bagi isterinya?
Mengapa dan mengapa tidak?
Heinz patut mencuri ubat tersebut kerana dia akan
berasa lebih gembira jika dapat menyelamatkan
isterinya walaupun akan dipenjarakan.
atau
Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana penjara adalah
tempat yang sangat teruk, dan berkemungkinan dia
akan merana kerana berada di penjara berbanding
kematian isterinya.
Heinz perlu mencuri ubat itu kerana isterinya
mengharapkannya; Heinz mahu menjadi suami yang
baik.
Atau
Heinz tidak patut mencuri ubat itu kerana mencuri
adalah tidak elok dan dia bukannya penjenayah; Heinz
telah berusaha segalanya tanpa melanggar undang-
undang, kita tidak boleh menyalahkannya
Heinz tidak boleh mencuri kerana dilarang dalam
undang-undang.
Atau
Heinz patut mencuri ubat itu dan menerima
hukuman atas kesalahan yang dilakukan; seperti
membayar harga ubat tersebut.
Penjenayah tidak boleh dilepaskan dari sebarang
hukuman; setiap tindakan ada akibat.
Heinz patut mencuri kerana semua orang ada hak untuk
memilih kehidupan, tanpa menghiraukan undang-
undang.

Atau

Heinz tidak patut mencuri kerana ahli farmasi itu


mempunyai hak terhadap ubat itu. Walaupun isterinya
sakit, tidak bermakna tindakannya untuk mencuri adalah
betul.
Heinz patut mencurinya kerana menyelamatkan
nyawa adalah lebih berasas dan baik berbanding hak
pemilikan seseorang.
atau
Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana mungkin ada
orang lain yang lebih memerlukannya; kehidupan
dan nyawa mereka juga bernilai.
KRITIKAN
Salah satu kritikan terhadap teori Kohlberg adalah
bahawa teori tersebut terlalu menekankan pada keadilan
dan mengabaikan norma yang lainnya.
Kesannya, teori itu tidak akan menilai secara adekuat
orang yang menggunakan aspek moral lainnya dalam
bertindak.
Carol Gilligan mempertikaikan bahawa teori Kohlberg
terlalu androsentrik. 

Teori Kohlberg dinyatakan berdasarkan penelitian


empirikal yang menggunakan hanya responden lelaki;
Gilligan menyatakan bahawa hal tersebut membuat tidak
adekuatnya teori itu dalam menggambarkan pandangan
seorang perempuan.
Walaupun penelitian secara umum telah menyatakan
bahawa tidak wujudnya perbezaan pola yang signifikan
antara jenis jantina, teori perkembangan moral dari
Gilligan tidak memusatkan perhatiannya pada norma
keadilan (value of justice). Ia mengembangkan teori
perkembangan moral alternatif berdasarkan norma
perhatian (ethics of caring).
Pengkritik seperti Christina Hoff Sommers pula
membangkang kajian Gilligan kerana ketiadaan bukti
untuk menyokong teori atau kesimpulannya.
Peringkat permulaan :kanak-kanak cuba memahami
konsep moral.
dibantu oleh orang dewasa(ibu bapa dsb) supaya
kanak-kanak dapat menunjukkan dan menaakul
perlakuan moral yang seimbang.
Tanggungjawab:
Ibu bapa = beri asuhan yang baik dan bimbing anak-
anak utk jd individu yang harmonis.
Kanak-kanak = mematuhi nilai-nilai baik yang diajar
oleh ibu bapa dan menjalin hubungan yg positif dgn
ibu bapa.
Martin Hoffman (Berk, 2003) menegaskan :
teknik menjarakkan kasih sayang/ kasih sayang dan
menggunakan kuasa akan membangkitkan ketegangan
emosi kanak-kanak. Menjarakkan kasih sayang boleh
menimbulkan keresahan kepada kanak-kanak dan
penggunaan kuasa akan membangkitkan rasa benci dan
permusuhan dengan ibu bapa.
Sekolah
Sekolah penyayang

Sekolah penyayang

Sekolah penyayang

Pembinaan modal insan

Kurikulum tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
Penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum melalui
Kurikulum persekolahan kebangsaan, KBSR dan KBSM
dalam setiap mata pelajaran.
Penerapan dilakukan secara implisit dalam strategi dan isi
kandungan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pembinaan Modal Insan
Antara agenda utama bagi mencapai hasrat membina
insan yang harmonis berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
Pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah seperti aktiviti
kokurikulum, bengkel kemahiran berfikir, kursus
motivasi, bulan moral dan nilai-nilai murni dan
sebagainya.
Sekolah Penyayang
Penerapan budaya sekolah penyayang.
Melayan semua murid secara sama rata.
Guru mengambil peranan sebagai pendidik dan ibu bapa
serta memberi teguran, bimbingan dan nasihat.
Iklim Sekolah
Mengamalkan sistem demokrasi yang mengambil kira
pandangan murid.
Memberi ruang kepada murid untuk membela diri dalam
salah laku.
Elakkan ugutan dan hukuman serta-merta dan amalkan
aktiviti perbincangan tentang akibat yang bakal diterima
apabila melakukan kesalahan.
Murid akan merasakan bahawa sekolah merupakan
tempat yang selamat sekiranya para guru tidak
mengamalkan budaya ugutan.
Khidmat Sukarela
Aktiviti sukarela memupuk murid-murid untuk bersikap
tidak mementingkan diri dan memberi kesedaran kepada
mereka.
Aktiviti-aktiviti sukarela adalah seperti program
pembimbing rakan sebaya, lawatan ke rumah kebajikan
dan membantu membersihkan kawasan sekolah.
Murid-murid yang terlibat biasanya mempunyai
kesedaran kendiri yang tinggi, bertanggungjawab dan
mempunyai kemahiran bersosial yang baik.
Implikasi
Perkembangan
Sosio Emosi
Terhadap
P&P
Sambunga
n

Implikasi Perkembangan
Sosio-Emosi Terhadap P & P
• Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang
dan akan hadapi.
– Contoh: bincang secara terbuka dengan pelajar tentang
masalah emosi seperti perasaan cemburu, prejudis dan lain-
lain.
• Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain.
– Minta pelajar terangkan perasaan atau pandangan orang lain
terhadap sesuatu isu.
– Buat simulasi atau main peranan agar pelajar dapat membawa
watak yang lain dari dirinya supaya pelajar dapat menilai
perasaan orang lain.
Sambungan

• Bantu pelajar membuat hubungkait antara nilai yang


dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat.
– Beri kesedaran kepada pelajar tentang ketidakselarasan antara
tingkahlaku mereka dengan nilai yang mereka sebut.
• Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pelajar saling mendengar antara satu sama lain.
– Dalam aktiviti, samada semasa pembentangan atau dalam
kumpulan, pelajar mendengar hujah yang dinyatakan oleh
rakan mereka.
– Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang
baik.
Sambungan
pastikan kelas menunjukkan kesedaran dan keprihatinan
terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai sejagat.
Bincang dan buat tindakan terhadap isu-isu semasa yang
melibatkan nilai-nilai moral dan emosi
Pastikan keadilan dan layanan samarata kepada semua
murid dalam kelas
Pastikan murid-murid dapat menbezakan antara undang-
undang yang menjaga keselamatan dengan undang-undang
yang melibatkan nilai-nilai moral.
Nama: Khalila Binti Mohd Ishak
No Kad Matrik: PISMP 74283907
Kelas: Pismp Ambilan Januari 2010

Nama: Farina Binti Che Zaki


No Kad Matrik: PISMP 72883893
Kelas: Pismp Ambilan Januari 2010
Nama: Fatehah Binti Zulkifli
No Kad Matrik: PISMP 73083895
Kelas: Pismp Ambilan Januari 2010

Nama: Ajeerah Binti Yahya


No Kad Matrik: PISMP 72183886
Kelas:Pismp Ambilan Januari 2010
RUJUKAN
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. (2009), Perkembangan Kanak-Kanak.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Lebar. (1994), Asas Psikologi Perkembangan. Kuala
Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
http://id.wikipedia.org/wiki/Lawrence_Kohlberg
http://asiahjapim.blogspot.com/2008/03/teori-teori-perkembangan-
moral.html
http://kuliahpsikologi.dekrizky.com/teori-piaget-tentang-perkembangan-
moral
http://suficinta.wordpress.com/2008/04/07/buah-fikir-kohlberg-bagi-
filsafat-moral/
http://images.google.com.my/images?hl=ms&source=hp&q=teori
%20moral%20lawrence%20kohlberg&oq=&um=1&ie=UTF-
8&sa=N&tab=wi

You might also like