Trademark Dan Token Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Huda Suhaily binti Adam, Farizan binti Ahmad

& Lina binti Mili Guru Pelatih DPLI UKM ABSTRAK Guru sering berhadapan dengan pelbagai ragam bermasalah tingkah laku pelajar bermasalah pembelajaran yang menunjukkan perlakuan agresif, pasif, perlakuan negatif sosial dan bermasalah emosi. Guru perlu membuat satu program pengurusan tingkah laku bagi mengubahsuai tingkah laku masalah terbabit. Oleh itu kajian tindakan ini dijalankan bagi mengembalikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dengan wujudnya komunikasi dua hala antara guru dan pelajar semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Trademark dan teknik ganjaran. Tiga guru pelatih merupakan pengkaji utama kajian dan dilakukan ke atas lima pelajar program Pendidikan Integrasi di sebuah sekolah di Melaka. Data kajian diperoleh melalu pemerhatian dan temubual serta refleksi pengkaji. Hasil daripada pengaplikasian trademark yang dijalankan sepanjang tempoh kajian, pelajar dilihat dapat memberikan kerjasama yang baik dan memberangsangkan. Penggunaan teknik ganjaran (token) juga dapat meningkatkan minat pelajar untuk terus melibatkan diri secara aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik ini perlu penambahbaikan sehingga mantap melalui beberapa kitaran kajian tindakan dalam konteks dan sampel pelajar yang berbeza oleh pengkaji sendiri dan juga guru-guru Pendidikan Khas yang lain. PENGENALAN Selama sebulan iaitu bulan pertama tempoh praktikal, pengkaji sebagai guru pelatih melakukan pemerhatian terhadap permasalahan yang berlaku di dalam kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mendapati 5 orangpelajar bermasalah pembelajaran dalam satu kelas khas ini mempunyai masalah dalam menumpukan perhatian atau fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian, pelajar akan berasa bosan dan kemudian mengganggu rakan-rakan mereka untuk belajar dan fokus terhadap isi pengajaran yang guru sampaikan. Ada kala nya terjadi pertikaman lidah dan pergaduhan apabila terdapat pelajar yang hilang fokus dan mengganggu rakan mereka untuk belajar. Berdasarkan refleksi awal dan pemerhatian para pengkaji semasa latihan mengajar di sekolah, didapati pelajar masalah pembelajaran seringkali tidak dapat menumpukan perhatian dalam tempoh yang lama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran telah dipelajari oleh pengkaji sebelum menjalani latihan mengajar di sekolah. Justeru, bagi mengatasi masalah penumpuan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar pendidikan khas ini, maka mereka memerlukan sesuatu pendekatan yang mampu memotivasikan diri mereka dalam memberikan perhatian. Sebagai guru pelatih, ilmu-ilmu yang telah dipelajari perlu dipraktiskan dalam konteks sebenar. Antara teknik yang dipelajari ialah ”Trademark” dan token yang dijangka mampu merangsang minat mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Penggunaan ”Trademark” dan teknik ganjaran (token) adalah sesuatu kombinasi yang baik sebagai peneguhan dalam mengubah tingkahlaku pelajar. Sebagai contoh, apabila guru mendapati pelajar semakin kurang memberi perhatian (tingkahlaku negatif), guru akan menyebut ”Trademark” untuk mengembalikan fokus mereka, seterusnya ganjaran token akan diberikan sebagai peneguhan kepada pelajar yang mampu mengekalkan tingkah laku positif (seperti menumpukan perhatian yang lama). Dengan itu, satu kajian tindakan dijalankan bagi mengembalikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dengan wujudnya komunikasi dua hala antara guru dan pelajar semasa 1

berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Trademark dan teknik ganjaran. Tujuan kajian ini boleh dicapai melalui dua objektif utama iaitu: 1. Meneroka penggunaan Trademark dan teknik ganjaran untuk menarik perhatian pelajar dalam menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Meneroka proses mengubah tingkah laku pelajar dengan cara meningkatkan tingkah laku positif (sebagai contoh menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan mengurangkan tingkah laku negatif (kurang menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung) KAJIAN PERPUSTAKAAN “Trademark” ialah simbol atau penunjuk yang digunakan oleh individu, sesuatu organisasi atau badan berdaftar untuk menunjukkan atau memberi pengenalan bahawa sesuatu produk atau servis itu berasal daripada sumber yang unik, dan untuk membezakan produk atau servis tersebut berasal daripada entiti tersebut (http://www.wikipedia.com). “Trademark” merupakan sejenis harta intelek dan biasanya adalah daripada elemen nama, perkataan, frasa, logo, simbol, rekaan, imej atau kombinasi elemen-elemen ini. Perkataan “trademark” juga digunakan secara tidak rasmi untuk mewakili sebarang perbezaan dimana individu terbabit telah dikenali seperti ciri-ciri artis yang terkenal. “Trademark” ini digunakan oleh para pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku apabila guru mendapati mana-mana pelajar kurang menumpukan tumpuan atau fokus serta menunjukkan tingkahlaku yang negatif. Penggunaan teknik ganjaran (token) merupakan sistem peneguhan yang simbolik (Kazdin,1977; Kazdin & Botzin,1972). Teknik ganjaran (token) dipanggil sistem ekonomi kerana ia berdasarkan sistem kewangan, yang mana wang merupakan bentuk token yang paling asas. Dalam dunia pekerjaan, apabila seseorang selesai melaksanakan tugasan, mereka akan menerima wang gaji sebagai balasan. Seterusnya wang itu akan digunakan untuk membeli rumah, makanan dan sebagainya iaitu sama prinsip yang digunakan dalam kaedah pemberian ganjaran (token). Pelajar akan menerima ganjaran (token) apabila berjaya menunjukkan tingkah laku yang telah ditetapkan, di mana mereka boleh menukar token itu dengan objek atau aktiviti yang telah dikenal pasti boleh dijadikan sebagai peneguhan. Kaedah peneguhan melalui pemberian ganjaran (token) telah digunakan dengan jayanya pada semua peringkat umur dan populasi termasuk pra-sekolah (Blanding, Richards, Bradley-Johnson, & Johnson,1994); pelajar yang bermasalah pada organ deria, termasuk bermasalah pendengaran (Buisson, Murdock, Reynolds, & Cronin, 1995); individu yang bermasalah mental (Corigan, 1995); dan pelajar pelbagai masalah tingkahlaku (Lucker & Molloy, 1995). Token boleh terdiri daripada markah yang dicatatkan pada papan markah. Token juga boleh dibuat dalam bentuk pelekat, bintang, guli, kertas berwarna, happy faces, reben, kain perca atau apa-apa sahaja objek yang kecil dan menarik. Ciri-ciri token yang berkesan ialah: 1. Token mestilah sesuatu yang pelajar boleh lihat, sentuh dan kira. 2. Token mestilah bukan benda yang terlalu kecil atau besar sehingga pelajar tidak dapat menyimpan, menjaga dan mengiranya. 3. Pelajar mestilah dapat menukar token dengan peneguhan yang sebenar seperti dalam bentuk hadiah. 4. Token yang dipilih mestilah sesuatu yang tidak dapat diperolehi dengan mudah oleh pelajar seperti dengan cara membeli sendiri atau mencuri. Jika hal ini berpotensi untuk berlaku, guru mesti menyimpan token tersebut. 5. Setiap pelajar mesti memahami bahawa setiap token boleh ditebus dengan pelbagai bentuk peneguhan. 2

6. Guru perlu menghormati keadaan pelajar yang berbeza-beza. Ada yang suka menyimpan token mereka dan ada juga yang akan menebus semua token yang mereka kumpul sekaligus. 7. Setiap pelajar seharusnya mempunyai peluang untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu token pada setiap waktu pengajaran dan pembelajaran dan tiada had maksimum untuk mengumpulkan token. Beberapa kebaikan menggunakan kaedah pemberian ganjaran: 1. Ganjaran(token) boleh diberikan kepada pelajar dengan memerlukan usaha yang minimum daripada pelajar iaitu sama ada untuk terus berada dalam tingkah laku negatif atau menunjukkan tingkahlaku positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh memberikan ganjaran dengan mudah kepada pelajar tetapi keberkesanan kaedah pemberian ganjaran itu boleh dilihat apabila token harus diterima oleh pelajar yang layak iaitu pelajar yang menunjukkan tingkahlaku positif dan mencapai tahap yang ditentukan oleh guru (Llyod, Eberhardt, & Drake, 1996). 2. Kaedah ganjaran memberi peluang kepada guru untuk memberikan satu peneguhan(token) kepada ramai pelajar yang mempunyai kecenderungan peneguhan yang berbeza-beza. Pelajar memahami bahawa pengumpulan ganjaran (token) pada suatu tempoh tertentu akan membolehkan mereka menebus mata ganjaran tersebut dengan barang atau aktiviti kegemaran yang patut mereka perolehi kemudiannya. 3. Ganjaran (token) boleh diberikan kepada pelajar tanpa mengganggu proses pembelajaran dan aktiviti lain (Llyod, Eberhardt, & Drake, 1996). “Trademark” dan teknik ganjaran (token) dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan kaedah yang dijalankan terhadap pelajar bermasalah pembelajaran. Ia berfokus kepada meningkatkan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di samping dapat mengubah tingkah laku pelajar yang mana terdapat kepelbagaian ragam pelajar di dalam kelas seperti perlakuan agresif, pasif , perlakuan negatif sosial dan bermasalah emosi. Penggunaan “trademark” akan dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan . “Trademark” yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk perkataan dan frasa yang kerap digunakan ketika perhimpunan di sekolah yang mana sampel kajian ini sudah menghafal “trademark” tersebut. METODOLOGI KAJIAN Sesuatu kajian perlu melibatkan kaedah dan prosedur yang teratur dan sistematik agar semua objekif kajian tercapai. Bahagian metodologi kajian ini akan menerangkan reka bentuk kajian dan proses kajian tindakan yang telah dilaksanakan oleh para pengkaji. Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Pengkaji melihat terlebih dahulu pemasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam kelas semasa sesi pembelajaran. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada peringkat ini pengkaji mula membuat perancangan mengenai tindakan yang akan di ambil untuk melaksanakan tindakan. Pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi 3

masalah yang dihadapinya dan seterusnya pengkaji akan melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya pengkaji akan memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Pelan perancangan yang di ambil ialah seperti memilih objek yang sesuai untuk dijadikan token, kriteria pemberian token misalnya pelajar berkelakuan baik semasa p & p, pelajar dapat menyiapkan tugasan dengan pantas dan betul dan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas. Proses menebus token yang diperolehi akan dijalankan setiap minggu dan pemilihan hadiah akan ditentukan sendiri oleh pengkaji. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaianpenyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian. Sepanjang tempoh kajian ini dijalankan, tiga orang pengkaji akan bertindak melaksanakan pelan perancangan yang mana kaedah pemberian ganjaran (token) ini melibatkan tiga mata pelajaran yang berbeza iaitu Sains, Matematik dan Multimedia. Pelajar akan menebus token yang dikumpulkan hasil daripada gabungan pemberian ganjaran darpada tiga orang pengkaji pada setiap minggu.

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Stringger (1999) Dalan kajian ini, tiga pengkaji yang merupakan guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di sebuah sekolah di Melaka. Kajian ini melibatkan lima pelajar masalah pembelajaran dari Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Dalam menjalankan kajian ini, para pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Ia akan ditriangulasi dengan refleksi pengkaji sendiri sebagai instrument utama kajian. Kaedah pemerhatian adalah satu kaedah mengumpul maklumat yang penting khususnya dalam kalangan manusia sebab sering kali manusia tidak mengotakan apa yang diperkatakan. Jadi maklumat yang diperoleh secara kaedah ini mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi dengan syarat peserta (sampel) yang menjadi fokus kajian tidak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan (Abdul Rahman, 2009). Pemerhatian boleh dikategorikan sebagai berstruktur dan tidak berstruktur (Smith dan Geoorey,1968). Dalam kajian ini, para pengkaji telah memilih untuk menggunakan pemerhatian berstruktur di mana sebelum dan 4

selepas menjalankan kajian tindakan para pengkaji telah menyediakan soalan-soalan sebagai garis panduan ketika menjalankan kajian tindakan ini dan menguji samada objektif objektif kajain tindakan tercapai atau tidak. Pemerhatian secara langsung telah dilakukan oleh tiga orang guru pelatih, para guru telah menggunakan video dalam merakamkan reaksi pelajar-pelajar sebelum dan selepas menggunakan “trademark” dan kaedah ganjaran (token) dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa disedari oleh para pelajar (sampel) yang mana kamera disorokkan oleh para guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui rakaman video, para guru akan melihat , menilai dan kemudian membuat refleksi perbezaan tingkahlaku yang telah ditunjukkan oleh pelajarpelajar. Guru akan membuat catatan anektodal semasa berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran pada ruangan penilaian kendiri dalam buku rancangan mengajar harian. Tujuannya untuk mengenalpasti sebarang perubahan sikap dan tingkah laku pelajar dalam proses pembelajaran. Rekod anektodal berguna dalam kajian tindakan kerana ia merupakan data perubahan tingkahlaku yand diperhatikan yang membolehkan pengkaji “melihat” kejadian itu dan memberi perspektif terhadapnya. Menurut Brandt (1972), catatan anektodal merupakan kaedah yang digunakan secara meluas untuk merekod tingkahlaku secara semulajadi seperti yang dilakukan oleh wartawan, doktor, novelis dan juga guru. Pemerhatian juga dilakukan dengan bantuan rakaman video supaya setiap perlakuan atau babak semasa penggunaan “trademark” dilaksanakan dapat dirakam dan diikuti dengan pemberian ganjaran (token) dapat digambarkan semula. Rakaman video dapat memberi data dalam situasi sebenar pelaksanaan “trademark” dan pemberian ganjaran (token) supaya semua keadaan yang berupa perlakuan guru dan kumpulan pelajar dapat dilihat semula untuk dinilai. Pemerhatian ini dibantu oleh seorang guru pengkaji lain semasa sesi pelaksanaan penggunaan “trademark” dan pemberian ganjaran (token) untuk menilai keberkesanan kaedah yang dijalankan. Gambar foto juga digunakan dalam kaedah pemerhatian. Pemerhatian dijalankan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi memantau perubahan sikap pelajar. Kaedah temubual dapat diklasifikasikan kepada dua, iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Kaedah temubual berstruktur telah dipilih oleh para pengkaji dalam kajian tindakan ini.Tujuan pemilihan temubual berstruktur dalam kajian ini ialah membolehkan para pengkaji mengariskan isi-isi penting yang ingin dikaji dan diutarakan kepada sampel kajian. Ianya juga dapat memudahkan para pengkaji dalam menganalisis dapatan kajian bagi tujuan penambahbaikan. Para pengkaji telah menggunakan teknik temubual bersemuka dengan sampel kajian. Temubual bersemuka adalah bentuk komunikasi yang mana penemubual (pengkaji) mengemukakan soalan-soalan dengan tujuan memperoleh maklumat daripada responden (sampel kajian) secara aktif (Abdul Rahman, 2009). Bagi kajian tindakan ini , setiap orang pelajar ditemubual oleh para pengkaji pada sebelum kajian tindakan dan di akhir kajian ini dilakukan. Para pengkaji telah menggunakan pendekatan yang dicadangkan oleh penulis Parson dan Brown (2002) di mana dalam menganalisis data kualitatif adalah lebih baik menggunakan pendekatan 3 peringkat iaitu Organisasi (organization), deskripsi (description) dan interpretasi (interpretation). Pada peringkat organisasi iaitu peringkat pertama, para pengkaji telah mengumpul kesemua data yang didapatkan melalui pemerhatian dan temubual. Jika tiada perancangan dalam menguruskan kesemua data ianya akan menjadi berselerak dan sukar diterjemahkan hasilnya, oleh itu para pengkaji telah kategorikan data-data kepada dua kategori iaitu “trademark” dan “ganjaran (token)”. Para pengkaji mengkategorikan data berdasarkan tujuan/objektif yang ingin dicapai melalui kajian tindakan ini. Pada peringkat deskripsi, melalui data yang dikumpul ,para pengkaji melakukan penilaian terhadap datadata tersebut berdasarkan tujuan/objektif kajian.pada peringkat ini, para pengkaji menghuraikan maksud yang terkandung melalui data-data yang diperolehi. Pada peringkat 5

yang terakhir ialah peringkat interpretasi. Pada peringkat ini, para pengkaji akan merumuskan hasil dapatan data. Melalui rumusan yang diperolehi, para pengkaji akan mendapati keputusan kajian tindakan yang dilakukan.

Organisasi (Organization)

Deskripsi (Description)

Interpretasi (Interpretation)

Rajah 2: Teknik Analisis Data Kualitatif DAPATAN DAN PERBINCANGAN Kajian tindakan yang dijalankan adalah menggunakan “trademark” dan teknik ganjaran (token) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. “Trademark” yang digunakan oleh para Peringkat peringkat menguruskan data kualitatif pengkaji adalah : Parson & Brown, 2002 Guru : Warga SERI Pelajar :Cemerlang Guru :Pelajar cemerlang … duduknya Pelajar :Tegak Guru :Badannya… Pelajar : Segak Guru :Fo… Pelajar :Kus Guru :Pro… Pelajar :Aktif Guru :Memandang guru… Pelajar :Satu keberkatan “Trademark” ini selalu digunakan ketika perhimpunan sekolah dan pelajar-pelajar pendikan khas sudah menghafal “trademark” ini. Hal ini memudahkan para pengkaji menggunakan di dalam bilik darjah. “Trademark” akan digunakan pada bila-bila masa ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Para pengkaji menggunakan “trademark” apabila mendapati mana-mana pelajar hilang tumpuan atau fokus terhadap isi pengajaran yang disampaikan. Para pengkaji maerasakan jika hanya menggunakan “trademark” semata-mata, pelajar akan berasa kurang bermotivasi terhadap apa yang mereka lakukan, oleh itu teknik ganjaran (token) dirasakan gabungan yang sesuai dalam membantu penggunaan “trademark” bagi mengubahkan tingkahlaku pelajar di dalam bilik darjah. Token akan diberikan sebagai peneguhan apabila pelajar menunjukkan tingkahlaku yang positif seperti menumpukan perhatian terhadap apa yang guru perkatakan, melakukan tugasan dengan lengkap dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para guru (pengkaji). Kajian tindakan ini telah dijalankan selama 3 bulan dan guru mendapati bahawa 5 pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran telah meningkatkan tingkahlaku positif mereka dan berasa seronok dengan penggunaan “trademark” dan teknik ganjaran (token) dalam proses pembelajaran mereka. Para pengkaji mendapati bahawa motivasi mereka juga semakin meningkat terhadap pelajaran. Cara pelaksanaan kajian ini ialah pada awal setiap minggu (hari Isnin) pengkaji akan memberitahu kepada pelajar apa tawaran hadiah yang telah disediakan pada minggu 6

tersebut. Manakala pada hujung setiap minggu (hari Jumaat) hadiah akan ditebus berdasarkan pengumpulan token. Setiap kali pelajar dapat menunjukkan tingkahlaku positif, pengkaji akan memberikan pine wood stick yang dipilih sebagai mewakili token dalam kajian ini. Pelajar akan mengumpul seberapa banyak token dan seterusnya nilai token akan ditebus dengan hadiah pada setiap hujung minggu. Pine wood stick yang diperolehi pelajar akan dilekat pada papan markah yang disediakan pengkaji mengikut ruangan nama masingmasing. Sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif, denda kan dikenakan dengan cara token akan dikurangkan daripada papan markah. Papan markah akan disimpan oleh pengkaji dan hanya dibawa dalam kelas ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Ini untuk mengelakkan pelajar mengubah nilai token yang terdapat pada papan markah. Papan markah yang dipaparkan akan membolehkan pelajar membuat perbandingan dengan rakan terhadap token yang berjaya mereka kumpul.

Guru mendapati (para pengkaji) bahawa pelajar-pelajar kelas ini perlu dijadikan sampel bagi kajian tindakan ini dalam mengubahkan tingkahlaku negatif kepada positif dengan meningkatkan tumpuan dan fokus pada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru (para pengkaji) berpendapat penggunaan “trademark” dan teknik ganjaran (token) adalah suatu gabungan yang sesuai dalam meningkatkan tumpuan dan fokus pelajar-pelajar dan sekaligus meningkatkan tingkahlaku positif dan mengurangkan tingkahlaku negatif mereka di dalam bilik darjah.

Pengkaji telah menentukan bentuk ganjaran yang boleh ditebus oleh pelajar. Token yang dikumpul oleh pelajar akan ditebus dalam bentuk hadiah (alat tulis, mug, bekas makanan dan minuman), tayangan video pendek kartun kegemaran (Upin&Ipin, Bugs Bunny, Mr.Bean) serta mendengar lagu kegemaran pelajar daripada senarai lagu yang terdapat dalam laptop pengkaji.

Berdasarkan pemerhatian terhadap aktiviti yang dijalankan pelajar lebih bersemangat dan aktif bersaing untuk menjawab soalan. secara sukarela. Ini sekaligus dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk mencuba menjawab soalan yang diberikan. Mereka juga menunjukkan perubahan positif bukan sahaja semasa pelaksanaan “trademark” dijalankan tetapi juga pada sesi pengajaran dan pembelajaran biasa. Sifat malu mencuba dan „tidak tahu‟ juga semakin berkurangan. Apabila guru menyebut “trademark”, pelajar-pelajar akan kembali bertenaga dan memberi tumpuan kepada proses pembelajaran. Mereka akan memberi fokus dan mengubah tingkahlaku negatif seperti berbual-bual, bermain-main atau mengantuk kepada tingkah laku yang lebih positif seperti berhenti bercakap-cakap dengan rakan disebelah, membetulkan postur badan kepada kedudukan yang lebih selesa dan memberi perhatian kepada kerja-kerja atau aktiviti yang sedang mereka lakukan samada semasa guru memberi penerangan atau semasa mereka dalam sesi membuat latihan pengukuhan. Berdasarkan kajian pemberian ganjaran (token), pelajar dapat mengekalkan tingkahlaku positif semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana mereka akan bersaing sesama sendiri untuk mengumpul mata ganjaran bagi membolehkan mereka menebus token (colour pine wood stick) yang diberikan oleh guru dengan hadiah yang telah disediakan. Sekaligus motivasi pelajar akan meningkat untuk mengubah tingkahlaku negatif kepada tingkahlaku positif. Pelajar akan cuba menyiapkan tugasan yang diberikan dengan kadar segera. Pelajar juga dapat mengurangkan sikap malu bertanya jika menghadapi masalah untuk menyelesaikan latihan yang diberikan kerana token hanya akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menyelesaikan latihan yang diberi dengan kadar cepat dan betul sahaja. 7

Hasil dari temubual yang dijalankan terhadap responden, didapati bahawa kebanyakan mereka menunjukkan respon yang baik terhadap penggunaan trademark dan kaedah ganjaran semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Ini kerana sebelum itu kebanyakkan guru mereka akan masuk ke dalam kelas tanpa mengaplikasikan sistem trademark ataupun ganjaran, mereka kelihatan kurang menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Begitu juga dengan kaedah ganjaran (token) yang dilaksanakan, pelajar kurang berminat untuk menlibatkan diri secara aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. pelajar kelihatan begitu bersemangat untuk mengumpulkan ganjaran dan ini di rasakan sebagai satu motivasi kepada mereka untuk terus bertindak aktif di dalam kelas. Namun selepas pelaksanaan kedua-dua kaedah ini, terdapat perubahan tingkah laku di kalangan pelajar-pelajar ini. Masalah hilangnya tumpuan di kalangan pelajar ini wujud kerana guru-guru hanya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran semata-mata tanpa adanya aktiviti yang boleh meransang minat mereka untuk terus melibatkan diri secara konsisten dan mewujudkan hubungan dua hala bersama guru. Berdasarkan hasil temubual yang dilakukan, responden kurang menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar dan akan mula mengantuk dan mula melakukan aktiviti seperti bercakap dengan rakan dan berkhayal apabila guru hanya menyampaikan isi pengajaran melalui teknik kuliah lebih-lebih lagi tiada interaksi dua hala antara guru dan pelajar. Selain itu juga pelajar juga memberikan respon bahawa mereka sukar untuk bertahan dalam menumpukan perhatian dalam jangka masa pembelajaran yang lama apatah lagi jika guru yang mengajar hanya menggunakan teknik syarahan semasa menyampaikan isi pelajaran. Menurut pelajar, mereka hanya dapat bertahan untuk waktu yang pertama pembelajaran sahaja dan pada waktu seterusnya mereka mula “tidak senang untuk duduk diam” kerana sudah mula berasa bosan dengan suasana pembelajaran. Dapatan daripada temubual berstruktur yang telah dijalankan, menunjukkan bahawa kaedah trademark dan ganjaran (token) semasa pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah merupakan faktor utama yang mempengaruhi minat dan secara tidak langsung boleh mengubah tingkah laku pelajar seperti dapat menumpukan perhatian di dalam kelas semasa guru mengajar dan sentiasa berusaha untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kelas untuk mengumpulkan seberapa banyak ganjaran yang disediakan oleh guru. Penglibatan aktif pelajar ini bukan semata-mata dalam sesi soal jawab yang dikendalikan oleh guru, malahan mereka juga dengan sukarela mengeluarkan pendapat mereka jika ada sesi perbincangan yang dikemukan. Ini menunjukkan perubahan positif pelajar dari bersikap pasif kepada sikap proaktif di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, guru harus bijak mewujudkan suasana pembelajaran dua hala dengan pelajar untuk member peluang kepada mereka sentiasa proaktif di dalam kelas. Hasil dapatan temubual dari pelaksanaan trademark pula, temubual bersama pelajar mendapati pelajar lebih bersemangat semasa berada di dalam kelas kerana sebelum bermulanya p & p, guru akan bersama-sama menyatakan trademark sebagai pembakar semangat memulakan pembelajaran. Pelajar akan sentiasa peka dengan setiap arahan pada trademark tersebut dan dengan ini secara tidak langsung dapat memupuk sifat sentiasa peka dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh guru-guru dan memotivasikan mereka secara amnya. Berdasarkan hasil dapatan kajian melalui instrumen pemerhatian berstruktur dan temubual berstruktur, para pengkaji mendapati penggunaan ”trademark” dan teknik ganjaran (token) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik perhatain pelajar-pelajar dalam menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Ini disebabkan apabila pengkaji (guru) mendapati pelajar-pelajar hilang tumpuan atau fokus terhadap apa yang ingin disampaikan, guru meminta pelajar-pelajar untuk menyebutkan ”trademark” untuk mengembalikan tumpuan atau fokus mereka terhadap proses 8

pembelajaran mereka. Selain itu, para pengkaji mendapati dengan meminta pelajar-pelajar meyebutkan ”trademark” pelajar-pelajar seakan disuntik semangat dan motivasi serta mengingatkan mereka tujuan mereka berada di sekolah dan cir-ciri pelajar yang cemerlang. Sebagai pelajar-pelajar yang mempunyai kekurangupayaan terutama dari segi akademik, pendekatan menyebutkan ”trademark” mampu membantu mereka mengembalikan tumpuan mereka ketika di dalam bilik darjah. Gabungan penggunaan ”trademark” dan teknik ganjaran (token) dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dilihat oleh para pengkaji juga mampu mengubah tingkahlaku pelajar-pelajar dalam meningkatkan tingkahlaku positif (seperti menumpukan perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, melibatkan diri secara aktif pada setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah dan menyiapkan tugasan yang guru berikan ) dan mengurangkan tingkahlaku negatif (seperti tidak dapat menumpukan perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, berasa bosan, tidak melibatkan diri dalam setiap aktiviti di dalam bilik darjah , tidak bermotivasi dalam menyiapkan tugasan yang guru berikan serta menganggu rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung). Ini dapat dilihat apabila pelajar-pelajar diberikan token apabila mereka menunjukkan tingkahlaku positif dan mengurangkan tingkahlaku negatif, pelajar-pelajar dilihat amat bermotivasi untuk mengubah tingkahlaku mereka yang diharapkan oleh para pengkaji menjadi sebati sebagai rutin dalam kehidupan harian mereka kelak. Oleh itu, secara keseluruhannya, para pengkaji mendapati bahawa hasil dapatan kajian tindakan yang dijalankan telah mencapai kedua-dua objektifnya. Daripada kajian tindakan yang dijalankan, terdapat beberapa implikasi positif yang telah dikenalpasti oleh para pengkaji . Penggunaan ”trademark” mampu menarik perhatian pelajar-pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlansung. Apabila tumpuan atau fokus pelajar-pelajar mampu dipertingkatkan, secara langsung perubahan tingkahlaku positif mampu dipertingkatkan. Sebagai contoh apabila pelajar memberi tumpuan atau fokus terhadap apa yang guru sampaikan , pelajar tersebut akan melibatkan diri secara aktif pada setiap aktiviti yang guru jalankan kerana pelajar tersebut mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap apa yang guru sampaikan. Penggunaan ganjaran token pula dilihat oleh para pengkaji mampu untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta sebagai pengukuhan terhadap penggunaan ”trademark”. Sebagai contoh apabila pelajar mampu menumpukan perhatian atau fokus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, maka pelajar tersebut bermotivasi dalam melibatkan diri dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh guru (pengkaji) dan ganjaran token mampu memberikan motivasi kepada pelajar dalam mengekalkan dan meningkatkan tingkahlaku tersebut. Tambahan lagi pada setiap awal minggu iaitu pada hari isnin, guru (pengkaji) akan menyatakan apakah ganjaran bagi pengumpul token yang terbanyak dapat memotivasikan pelajar-pelajar dalam berusaha menunjukkan tingkahlaku positif yang banyak untuk mengumpulkan token terbanyak bagi merebutkan hadiah ganjaran token yang dinantikan.

Implikasi-implikasi negatif juga dapat dilihat oleh para pengkaji sepanjang kajian tindakan ini dilakukan.Pengunaan ”trademark” yang terlalu memfokuskan kepada visi sekolah dilihat sukar untuk dihayati oleh pelajar-pelajar . Selain itu, penggunaan ganjaran token boleh menjadikan pelajar-pelajar terbiasa melakukan sesuatu kerana diberikan ganjaran. Ganjaran melihat tayangan cerita animasi kegemaran ramai seperti ”Upin dan Ipin” yang diberikan kepada pelajar yang berjaya mengumpulkan token terbanyak dilihat tidak terlalu ilmiah dan hanya menunjukkan beberapa nilai-nilai murni sahaja. Implikasi negatif yang seterusnya ialah ganjaran peralatan tulis yang diberikan kepada pengumpul token terbanyak memerlukan pengkaji mengeluarkan modal duit yang boleh dianggap meningkatkan kos pengajaran dan sepatutnya guru boleh menggunakan alternatif ganjaran yang lain. Pemberian hadiah (ganjaran) kepada semua pelajar berdasarkan kutipan token mereka boleh mengakibatkan pelajar kurang bermotivasi untuk mengumpulkan token terbanyak 9

sebagai pemenang pada minggu tersebut kerana merasakan bahawa jika mereka tidak berusaha mereka tetap memiliki hadiah. CADANGAN DAN PENUTUP Hasil daripada kajian tindakan yang dijalankan di sekolah ini, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan trademark dan pemberian ganjaran (token) dapat mengubah tingkahlaku negatif pelajar kepada tingkahlaku positif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah kuliah semata-mata tidak lagi sesuai dijalankan sepenuhnya kerana akan menjadikan pelajar lebih bosan dan kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran. Walaubagaimanapun, penambahbaikan boleh dilakukan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah penggunaan trademark dan pemberian ganjaran (token) yang digunakan. Antaranya mencipta trademark yang lebih spesifik untuk individu (berfokus kepada meningkatkankan motivasi diri pelajar itu sendiri) berbanding trademark yang umum (berfokus kepada sekolah). Untuk penambahbaikan pemberian ganjaran (token), bentuk hadiah yang boleh ditebus oleh pelajar boleh dipelbagaikan iaitu tidak terhad kepada alat tulis sahaja. Tempoh masa bagi mengumpul token untuk ditebus dengan ganjaran boleh disingkatkan. Contohnya, setiap kali pelajar berjaya menyiapkan tugasan dengan pantas dan betul, mereka akan diberi ganjaran secara terus pada waktu itu juga (ad hoc).Pemberian ganjaran berteraskan teknologi maklumat mestilah mempunyai unsur ilmiah seperti video game kangaroo yang membolehkan pelajar belajar meneka untuk mengeja sesuatu perkataan. Penambahbaikan lain ialah menyenaraikan tingkahlaku yang hendak diubah atau dicapai (target behaviors) untuk pelaksanaan penggunaan kaedah token. Contohnya seperti: i. Mematuhi arahan guru ii. Bercakap dalam nada suara yang terkawal iii. Mengangkat tangan sebelum mula bercakap atau memberi respon kepada persoalan guru iv. Menyiapkan tugasan yang diberi dengan cepat dan tepat Penggunaan ”Trademark” dan token didapati oleh para pengkaji juga mampu mengubah tingkahlaku para pelajar bermasalah pembelajaran seperti meningkatkan tingkahlaku positif dan mengurangkan tingkahlaku negatif (seperti kurang tumpuan, membuat bising, mengantuk , bermain dan sebagainya). Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan sekiranya guru bijak dalam mememanipulasikan suasana di dalam kelas dan situasi pelajar yang sentiasa menginginkan suasana pembelajaran yang kondusif. Guru yang berkesan adalah guru yang dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Guru perlu kreatif dalam memilih kaedah atau pendekatan yang dapat menarik minat pelajar untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat memabantu guru dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan. Minat dan tumpuan pelajar adalah salah satu faktor yang penting untuk menentukan sama ada objektif pengajaran tercapai ataupun tidak. Rasa minat yang ada dalam diri akan mendorong pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran tersebut kerana ia merasa mudah untuk memahami dan mengingat apa yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, pelaksanaan trademark seperti yang dijalankan di dalam kajian ini merupakan salah satu pendekatan yang baik untuk menarik minat pelajar untuk bergiat aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru walaupun ada kalanya subjek yang diikuti merupakan subjek yang membosankan. Pelaksanaan kajian ini diharap dapat digunapakai atau dipraktikkan oleh guru-guru bagi mewujudkan suasana PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN yang aktif dan bukan hanya menyampaikam isi pengajaran semata-mata, namun perihal untuk mengubah atau meningkatkan tingkah laku positif dan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga haruslah di ambil kira oleh guru. Semoga kajian ini dapat diteruskan bagi proses penambahbaikkan. 10

RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Majid Khan, (2009). Guru sebagai penyelidik. Pts Professional, Kuala Lumpur. Free wikipedia, (2001). What isTtrademark. Dicapai pada 15 April 2010 dari http://www.wikipedia.com Lee Soon Guan, (2007). Tuntas 3: Koleksi Laporan Kajian Tindakan 2007.Yusran Publishing House, Kedah Darul Aman. McKernan, J. Curriculum action research: A handbook methods and resources for reflective practitioner 2nd Edition (1991). London. Richard D. Parsons, Kimberlee S. Brown, 2002. Teacher as reflective practitioner and action researcher. West Chester University, United States. Thomas J.Z., Kristine J.M., (2001). Behavior Management Applications for Teachers. Merrill Prentice Hall. Columbus, Ohio.

11

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful