You are on page 1of 10

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?

forum_id=15&thread_id=7240

Amalan kitar semula merujuk kepada perbuatan mengguna semula bahan buangan untuk
lain-lain kegunaan. Misalnya, menggunakan plastik bungkus barang yang kita peroleh
dari kedai untuk membungkus sesuatu.

Atau, menggunakan balang-balang biskut Hari Raya untuk menyimpan benda-benda lain.
Boleh dikatakan hampir semua orang mengitar semula. Bezanya, sejauh mana
kesungguhan mereka dalam usaha ini. 

Dengan mengitar semula, kita sebenarnya menggunakan sesuatu barangan itu dengan
sepenuhnya. Amalan ini amat digalakkan oleh agama Islam kerana ia mengelakkan
pembaziran.

Saidatina Aishah pernah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. menjahit dan menampal
baju serta kasut Baginda (Riwayat Bukhari). 

Ini menunjukkan bahawa Baginda tidak terus membuang baju atau kasut yang koyak,
sebaliknya membaikinya agar jangka hayat barangan itu dapat dipanjangkan. Inilah
teladan penggunaan sumber secara penuh atau menyeluruh daripada junjungan kita,
Rasulullah s.a.w.

Saidina Abu Bakar pula dilaporkan pernah berpesan kepada keluarganya agar
membersihkan salah satu pakaian yang dimilikinya untuk dijadikan sebahagian daripada
kain kafan beliau. Bagi Abu Bakar, tidak perlu membeli kain kafan yang baru hanya
untuk dikebumikan bersama beliau bila kain baru itu akan memberi lebih banyak manfaat
kepada orang yang masih hidup. Kita lihat betapa sahabat Rasulullah ini juga
menunjukkan sikap tidak membazir dalam penggunaan sesuatu barang. Perbuatan inilah
yang perlu kita contohi sepanjang zaman. 

Selain penggunaan sumber yang cekap atau menyeluruh, kegiatan kitar semula ini, jika
diusahakan dengan bersungguh-sungguh, boleh menjana pendapatan untuk kita. 

Ada dua cara untuk menjana pendapatan daripada kegiatan kitar semula ini. 

Pertama, dengan menjadi “orang tengah” antara bahan buangan dengan industri
yang menggunakan bahan buangan tersebut sebagai bahan mentahnya. 

Contoh, pembeli dan penjual surat khabar lama. Kedua, kita boleh menjana pendapatan
melalui kegiatan kitar semula ini dengan menukar bentuk bahan buangan itu menjadi
sesuatu yang berharga.

Contoh yang boleh dilihat di negara kita ini ialah kraf tangan, khususnya bakul, yang
dibuat daripada surat khabar mahupun kertas majalah. Begitu juga, kita biasa melihat
bunga hiasan yang diperbuat daripada daun getah. Kedua-dua kerja tangan ini dihasilkan
daripada bahan buangan dengan menggunakan daya reka cipta dan kehalusan seni tangan
wanita. 

Barangan ini pula kemudiannya dijual dengan harga yang agak tinggi. Misalnya, sebuah
bakul daripada kertas itu dijual pada harga RM30 - RM50. 

Jika kita melayari Internet, banyak lagi contoh bagaimana wanita-wanita di luar negara
menukarkan bahan buangan menjadi barangan lain yang tinggi harganya. 

Misalnya, ada wanita yang membuat anting-anting dan perhiasan wanita daripada
‘key’ mesin taip dan komputer; ada wanita yang memotong beg plastik bungkusan
dan mengaitnya menjadi beg tangan yang cantik; ada juga wanita yang memberi nafas
baru kepada pakaian dengan menampal pakaian itu dengan kain atau denim yang
terpakai; ada juga yang membuat barang perhiasan wanita daripada beg plastik yang
dimampatkan; dan ada yang membuat beg tangan dan beg galas daripada perca kain atau
kain terbuang. 

Dengan daya reka cipta mereka, wanita-wanita ini berjaya memberi nilai tambah kepada
barang buangan dan menjadikannya barang berharga yang boleh menjana pendapatan
untuk mereka. Jelas bahawa aktiviti kitar semula boleh menjana pendapatan untuk
wanita.

Apa yang penting, wanita tersebut perlu memiliki pertamanya, rasa cintakan alam sekitar
dan mahu menyumbang kepada pengurangan jumlah sampah dengan mengitar semula
barang buangan yang ada. Keduanya, daya reka cipta untuk mengubah bahan buangan
menjadi sesuatu yang berharga. Seterusnya, kemahiran untuk mengubah bentuk bahan
buangan tersebut seperti kemahiran menjahit, mengait dan lain-lain.

Minat minat untuk menceburi bidang ini juga penting dan akhirnya pengetahuan untuk
memasarkan hasil kerja tangan mereka itu.

Menyedari kemampuan kegiatan kitar semula ini untuk menjana pendapatan bagi wanita,
IKIM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan
kerjasama Jabatan Alam Sekitar, akan menganjurkan Seminar “Penjanaan Pendapatan
Untuk Wanita Melalui Aktiviti Kitar Semula” pada 12 - 13 Jun 2007 ini. 

Seminar ini berhasrat membincangkan peranan wanita dalam pemuliharaan alam sekitar;
amalan kitar semula di kalangan wanita; peluang menjana pendapatan daripada kegiatan
kitar semula dan perkongsian pengalaman dengan mereka yang terlibat dalam penjanaan
pendapatan melalui kegiatan kitar semula.

Adalah diharapkan melalui seminar ini, kaum wanita akan lebih maklum mengenai
peluang yang terbuka untuk mereka melalui kegiatan kitar semula dan merebut peluang
tersebut.

Sekiranya ini berlaku, mereka bukan sahaja akan menjana pendapatan untuk diri dan
keluarga, tetapi juga akan menyumbang kepada alam sekitar dengan mengurangkan
jumlah bahan buangan yang ada di negara ini.

SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN ialah Fellow Kanan di Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM).

http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah
plastik, kertas, aluminium dan kaca.

     

Semua jenis kaca   Semua jenis barang yang   Semua jenis kertas sama   Beg-beg membeli belah
termasuklah botol minuman, diperbuat daripada ada yang berwarna plastik, beg plastik dari
bekas makanan, botol aluminium seperti tin-tin ataupun yang tidak supermarkat, botol
vitamin dan bekas kosmetik. minuman boleh dikitar berwarna, seperti minuman plastik, botol air
semula. suratkhabar lama, mineral dan bekas
Semua jenis kaca ini majalah lama, buku, makanan yang diperbuat
mestilah diletakkan di dalam Ia juga mestilah katalog, risalah, daripada plastik boleh
tong yang dimasukkan ke dalam kalendar, kad, sampul diproses untuk dikitar
berwarna COKLAT tong yang surat dan kotak boleh semula.
berwarna JINGGA
dikitar semula.
Semua jenis plastik ini
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke
mestilah dimasukkan ke dalam tong yang
dalam tong yang berwarnaJINGGA.
berwarna BIRU.

SETIAP HARI KITA MENGHASILKAN 15,000 TAN SAMPAH, TETAPI KITA SEMAKIN
KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA.
Kita biasanya tidak memirkirkan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi
kepadanya sebaik sahaja ia dipungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja.
Ia biasanya akan diangkut ke tapak pelupusan sampah.
Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan
jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul
rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu isu
keselamatan yang berkaitan.
Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang. Jadikan
amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.

APA ITU KITAR SEMULA?


Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan
yang pernah dianggap sebagai sampah.

KENAPA KITAR SEMULA? 


Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan
sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan
jumlah sampah ynag dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru
akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

- Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih 
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan
haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah
yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

- Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran


Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu
punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam
sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.
- Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha
menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah
cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda
kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

- Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita


Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda
Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk
kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri
pengeluaran yang lain.

- Kitar semula untuk menjimatkan tenaga


Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga
yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk
kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

- Kitar semula untuk menyelamatkan hutan


Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas
akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia
merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

Pemungutan Sampah 
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula dan yang
tidak boleh dikitar semula. Pemungut sampah akan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya.

Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula 


Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini adalah dengan hanya menghantar barangan yang
dikumpulkan untuk 
kitar semula ke pusat kitar semula yang terdapat di seluruh negara. Proses yang lain akan dijalankan oleh
pihak-pihak tertentu.

Di sinilah tempat di mana anda boleh membawa sejumlah besar barangan yang boleh dikitar semula. Selain
daripada pengumpulan barang-barang yang dikitar semula, terdapat juga pusat-pusat jualan yang dibuka
untuk membeli barangan terpakai, dan ini dikendalikan oleh beberapa NGO yang membantu
mempromosikan program kitar semula ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana setiap item dikitar semula, sila klik mana-mana tajuk di
bawah.
 Kertas
Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas
dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan
yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi
di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-
kertas tadi mengikut gred. (Klik pada laman gred
kertas) 
 Plastik 
Terlalu banyak plastik boleh dikitar semula.
Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-
botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan,
bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula 
 Kertas kadbod keras 
Barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli
biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar
  dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat
terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu
sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-
kotak tersebut daripada membuangnya begitu sahaja. 
 Kaca 
Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan
sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda 
boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun
gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain. 

 Pakaian 
Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau
didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat
menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan
kepada mereka yang memerlukanny

eperti mana yang pernah dikatakan sebelum ini, tabiat untuk kitar semula mengambil sedikit masa untuk
melakukannya. Mulakan dengan kuantiti yang kecil, mulakan dari rumah. Cara-caranya ialah…
 Asingkan sampah 
Perkara yang paling senang dilakukan ialah mengasingkan sampah. Letakkan bahan-bahan yang
boleh dikitar semula di dalam satu tong dan sampah lain dalam tong yang lain. Bahan yang boleh
dikitar semula seterusnya akan diasingkan mengikut kategori. Pastikan anda membersihkannya
terlebih dahulu sebelum dihantar ke pusat pengumpulan. 

 Gunakan Bahan-bahan lama 


Daripada anda membuang barang-baranag lama anda itu, lebig baik anda cuba untuk
menggunakannya semula yang mana yang masih boleh digunakan. Botol air mineral boleh
digunakan untuk menyimpan air masak, ataupun dipotong separuh untuk dijadikan pasu. Gunakan
langsir lama untuk dijadikan kain buruk/kain lap ataupun mendermakannya kepada badan
kebajikan. 
 Kurangkan… 
Berhenti daripada membeli item yang dibungkus dengan bahan yang tidak boleh dikitar semula.
Belian secara pukal bukan sahaja mengurangkan penggunaan pembungkusan malahan dapat
menjimatkan wang

 Bekas-bekas di dapur 
Kitars semula bekas-bekas yang terdapat di dapuradalah
satu idea yang baik. Basuh bekas-bekas tadi dengan
mengisi air panas (lebih kurang ¾) tambahkan sedikit
sabun pencuci pinggan mangkuk ke dalamnya, goncang-
goncangnya dan basuh sekali lagi. Kemudian lapkan
sehingga kering. 
 Bungkuskan 
Gunakan kreativiti anda untuk mereka corak daripada
surat khabar untuk dijadikan pembalut hadiah. Apabila
melancong ke luar negara, kumpulkan suratkhabar,
majalah, pembalut gula-gula ataupun apa-apa kertas
yang mempunyai corak yang boleh memberi idea
  kepada anda untuk mereka 
corak sendiri. 

Sediakan sampul surat yang besar untuk kumpulkan


bahan-bahan tadi. Corak-corak yang bergaya, yang juga
datangnya dari negara lain pasti akan nampak lebih
menarik apabila djadikan pembalut hadiah, penanda
buku ataupun kad kolaj. Surat-surat bersaiz besar dan
gambar-gambar menarik alam warna hitam dan putih
boleh dijadikan titik focus dan corak-corak yang lebih
menarik
 Guna semula botol 
Sediakan botol sendiri apabila anda membeli susu soya,
tbu atau makanan. Ini membantu mengurangkan
keperluan untuk bekas-bekas baru. Anda juga boleh
gunakan semula botol-botol air mineral / bekas-bekas
minuman untuk menyimpan air untuk diminum. 

Bekas aiskrim dan makanan-makanan lain boelh


digunakan untuk menyimpan kek, kunci-kunci,
permainan kecil dan lain-lain. Botol-botol alkohol yang
cantik dan berwarna-warni boleh dijadikan pasu bunga. 
 Kumpulkan keluarga anda untuk
sama-sama menjayakan program kitar
semula 
Cara terbaik untuk menjayakan program kitar semula ini
adalah dengan memastikan semua ahli keluarga kita
terlibat. Adik-adik kita, rakan serumah atau ibu bapa
kita sendiri boleh bekerjasama. Tidak lupa juga jiran-
jiran anda. Lebih ramai, lebih meriah. Tunjukkan kepada
mereka faedah-faedah yang diperolehi dari kitar semula
dan bagaimana ia dapat membantu alam sekitar. Jika
mereka tahu apakah kebaikan-kebaikan kitar semula
yang bakal diperolehi, pastinya mereka akan lebih
gembira untuk turut serta dalam program kitar semula
ini. 
 Bekas-bekas dan botol minuman boleh digunakan
semula dalam pelbagai cara di rumah kita mengikut
kreativiti kita sendiri. Bekas-bekas ini boleh digunakan
contohnya untuk: 
· Akar-akar yang bertumbuh 
· Menjaga pokok 
· Menyimpan alatulis 
· Aktiviti kraftangan 
 Bawalah beg sendiri dari rumah ketika membeli belah.
Ini dapat mengurangkan dan lama-kelamaan
menghapuskan keperluan terhadap beg plastik. 
 Bekas plastik yang menyimpan biskut yang sudah
kosong juga boleh dijadikan bekas untuk menyimpan
barang yang hendak disejukkan/dibekukan dan kertas
lilin. Boleh juga digunakan untuk menyimpan bekalan
makanan tengahari. 

 Gunakan kedua-dua belah bahagian kertas, samada


untuk dicetak semula melalui mesin mencetak ataupun
untuk kegunaan lain. Berjimat dan Kitar Semula plastik
kacang (jenis sterofoam yang dibungkus dan dihantar
melalui mel) dan gunakannya untuk menggantikan batu-
batu di dalam pasu bagi mengawal aliran air.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semul
a
Kitar semula
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Simbol kitar semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang


baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah
baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. [1][2] Kitar semula adalah
komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi
"Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil,


dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan
buanagn biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak
dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak
pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi
bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi
bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas
pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan
keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan
atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan
lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari
keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta,
atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan
mengitarraksa dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar
berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan
lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa
kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan
melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan
oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam
pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan
bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan
menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan,
dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.

You might also like