You are on page 1of 11

Tajuk : Tahap penguasaan pelajar Tingkatan Enam bagi mata pelajaran Pengajian Am dalam

bahagian kenegaraan

1. Pengenalan

1.1 Keperluan menjalankan kajian


Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar
Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara bagi
mata pelajaran Pengajian Am dalam bahagian Kenegaraan dengan melihat
sejauhmana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam tajuk
berkaitan Kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Kajian ini diharapkan
dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai
bahagian berkenaan. Selain itu, teknik dan strategi yang digunakan oleh guru akan
semakin berkesan dan dapat menarik minat pelajar supaya lebih cepat memahami
mata pelajaran Pengajian Am terutamanya bahagian kenegaraan.

1.2 Pernyataan masalah


Dalam pembelajaran Pengajian Am, kebanyakan pelajar masih lagi menghadapi
masalah dalam menguasai bahagian kenegaraan terutamanya subtopik kehakiman
dimana, pelajar sukar untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan perkembangan isu
semasa tentang Kenegaraan. Masalah lain yang dihadapi ialah kepada guru itu
sendiri dimana, terdapat guru yang tiada pengalaman untuk mengajar mata
pelajaran Pengajian Am menyebabkan mereka kurang pendedahan dan
pengetahuan dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, bahan bantu mengajar
yang biasa digunakan kurang membantu para pelajar untuk memahami bahagian
kenegaraan dengan baik dan berkesan.

1.3 Tujuan kajian


Kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian P&P
kepada pelajar dalam tajuk kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Selain
itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Selain itu untuk
meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan strategi yang diambil oleh guru
dalam penyampaian P&P untuk bahagian kenegaraan.

1.4 Soalan kajian


1.4.1 Sejauhmanakah keberkesanan penyampaian P&P kepada pelajar dalam tajuk
Kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am?
1.4.2 Apakah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk menguasai
tajuk kenegaraan?
1.4.3 Apakah teknik dan strategi yang sesuai dan berkesan yang diambil oleh guru
dalam penyampaian P&P untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam
bahagian Kenegaraan?

1.5 Hipotesis
1.5.1 Hipotesis kajian
1) Pelajar akan dapat menguasai bahagian Kenegaraan dengan lebih baik dan
berkesan disamping dapat mengingati fakta-fakta penting.
2) Guru akan dapat mencari kaedah-kaedah yang berkesan dan
mengadaptasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
membantu neningkatkan pengetahuan dan kefahamam tentang mata pelajaran
Pengajian Am terutamanya bahagian Kenegaraan.

1.5.2 Definisi istilah


1) Pelajar Tingkatan Enam
Tingkatan Enam merupakan satu peringkat yang menjadi laluan kepada
pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Mengikut
perangkaan, bilangan pelajar Tingkatan Enam meningkat setiap tahun (Majlis
Peperiksaan Malaysia, 2006). Pada tahun 2008, seramai 180,630 orang pelajar
lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2007 telah didaftarkan
memasuki Tingkatan Enam di 765 buah sekolah menengah harian dan teknik
di seluruh negara (Syuhada Choo, 2007). Tempoh pengajian di Tingkatan
Enam adalah selama dua tahun dan perlu melalui satu peperiksaan iaitu Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebelum diterima masuk ke mana-mana
universiti. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengajian pra-universiti atau
Tingkatan Enam semakin popular dalam kalangan pelajar pada masa kini.

2) Pengajian Am
Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh
setiap pelajar tingkatan enam tanpa mengira jurusan pengajian. Pencapaian
dalam mata pelajaran ini merupakan prasyarat penting untuk
dipertimbangkan memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) di Malaysia. Secara spesifiknya, Kertas 1 dalam mata pelajaran ini
lebih menjurus kepada komponen sastera manakala Kertas 2 pula lebih
berfokus kepada sains. Namun begitu, kebanyakan pelajar Tingkatan Enam
tidak memperoleh skor yang tinggi dalam Pengajian Am (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2007). Hal ini mungkin kerana Pengajian Am
memerlukan penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang seperti Matematik,
Sains, Geografi, Bahasa Melayu dan Sains Kemasyarakatan kerana ia
melibatkan fakta-fakta penting yang perlu diingat.

3) Kenegaraan
Pengetahuan tentang kenegaraan Malaysia meliputi sistem pentadbiran dan
perundangan Malaysia yang berasaskan perlembagaan negara. Kenegaraan
Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pentadbiran dan perundangan.
Dalam bahagian pentadbiran, isu yang dibincangkan meliputi sistem
pantadbiran kerajaan Malaysia yang dilihat secara menyeluruh yang
merangkumi struktur dan organisasi pentadbiran diperingkat persekutuan,
negeri dan daerah serta peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh
organisasi pentadbiran. Dalam bahagian perundangan membincangkan
tentang sejarah perundangan di Malaysia, Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri sebagai badan penggubal undang-undang dan sistem kehakiman
Malaysia.

1.5.3 Signifikan kajian


Kajian ini dibuat adalah kerana pencapaian pelajar tingkatan 6 dilihat semakin
merosot dalam mata pelajaran Pengajian Am terutamanya dalam bahagian
kenegaraan. Mata pelajaran pengajian Am merupakan subjek penting kerana
apabila pelajar gagal dalam subjek ini, pelajar tersebut tidak dapat
meneruskan pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi. Masalah yang
dihadapi juga adalah berkaitan dengan guru yang kurang berpengalaman dan
kepakaran dalam bidang kenegaraan menyebabkan kajian ini dijalankan bagi
meningkatkan lagi pengetahuan guru tersebut.

1.5.4 Rumusan
Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar
Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara bagi
mata pelajaran Pengajian Am dalam bahagian Kenegaraan dengan melihat
sejauhmana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam tajuk
berkaitan Kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Kajian ini
diharapkan dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk
menguasai bahagian berkenaan. Selain itu, teknik dan strategi yang digunakan
oleh guru akan semakin berkesan dan dapat menarik minat pelajar supaya
lebih cepat memahami mata palajaran Pengajian Am terutamanya bahagian
kenegaraan.

Selain itu, pencapaian pelajar tingkatan 6 dilihat semakin merosot dalam mata
pelajaran Pengajian Am terutamanya bahagian kenegaraan. Mata pelajaran
pengajian Am merupakan subjek penting kerana apabila pelajar gagal dalam
subjek ini, pelajar tersebut tidak dapat meneruskan pengajiannya di peringkat
yang lebih tinggi. Masalah yang dihadapi juga adalah berkaitan dengan guru
yang kurang berpengalaman dan kepakaran dalam bidang kenegaraan
menyebabkan kajian ini dijalankan bagi meningkatkan lagi pengetahuan guru
tersebut.

2. Kajian literatur
2.1 Pengenalan
Kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian P&P
kepada pelajar dalam tajuk kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Selain
itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Selain itu untuk
meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan strategi yang diambil oleh
guru dalam penyampaian P&P untuk bahagian kenegaraan.

2.2 Latar belakang kajian

Pengajian Am perupakan satu mata pelajaran wajib yang sangat penting kepada
pelajar Tingkatan Enam di semua sekolah. Tujuan mewujudkan mata pelajaran ini
adalah untuk adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan kefahaman,
kematangan berfikir, dan keberkesanan penyampaian dalam pelbagai bentuk
komunikasi pada tahap posmenengah dan prauniversiti. Kajian ini juga
menekankan kepada bahagian kenegaraan yang merangkumi sistem pentadbiran
dan perundangan di Malaysia yang berasaskan perlembagaan negara. Dalam
pentadbiran melihat kepada sistem pentadbiran kerajaan Malaysia secara
keseluruhan termasuk struktur dan organisasi diperingkat persekutuan, negeri dan
daerah, dan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh organisasi tersebut.
Dalam bidang perundangan pula termasuklah sejarah perundangan negara,
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan badan penggubal undang-undang, dan
sistem kehakiman di Malaysia.

Dalam format menjawab soalan Pengajian Am, soalan berbentuk aneka pilihan
diberikan sebanyak 60 soalan selama dua jam merangkumi semua bahagian dalam
mata pelajaran Pengjian Am bagi Kertas 1.
2.3 Kajian berkaitan
2.3.1 Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Hazimah Hj. Samin dan Dr.
Ramlee Mustapha (E-Pembelajaran: Sistem Kehakiman Di Malaysia,
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember
2005. Putrajaya), menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar lebih cepat
memahami tajuk berkaitan sistem kehakiman di Malaysia. Beliau telah
menggunakan perisian multimedia khusus untuk mata pelajaran pengajian
Am dalam tajuk Sistem kehakiman bagi membantu pelajar meningkatkan
pemahaman dalam tajuk berkenaan kerana beroeientasikan pembelajaran
kendiri dan belajar mengikut rentak mereka sendiri. Perisian ini juga boleh
digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi sistem kahakiman di Malaysia
dan dapat membantu guru-guru mata pelajaran Pengajian Am selain dapat
mempelbagaikan kaedah P&P disamping menjadikannya sebagai bahan
rujukan yang menarik bagi mendalami dan memahami keperluan
pengetahuan semasa yang berkaitan dengan mata pelajaran ini.

2.3.2 Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Ishak Habeb Abu Bakar dan
Dariah binti Jawatin (2007), dalam kajiannya yang bertajuk
‘Menggunakan kaedah kuiz bertulis dalam menguasai tajuk Badan
Pentadbiran Dalam subjek pengajian Am Kertas 1 bagi kelas 6 Atas 2 dan
6 Atas 4’. Kajian dijalankan dimana menggalakkan pelajar menggunakan
kaedah kuiz bagi memudahkan mereka untuk mengingati fakta dan
menarik minat mereka mempelajari tajuk itu. Hasil kajian menunjukkan
bahawa, kaedah ini lebih sistematik dan boleh membantu mereka untuk
memahami dan menguasai tajuk berkenaan tanpa perlu merujuk teks
sepanjang masa. Selain itu, didapati bahawa kebanyakan soalan adalah
berbentuk aplikasi dan pelajar hanya perlu memahami konsep dan fakta
untuk memudahkan mereka menjawab soalan dalam bahagian
pentadbiran. Para guru juga merasa lebih bersemangat untuk meneruskan
kaedah ini kerana dapat membantu pelajar lebih bersemangat untuk belajar
dan bersaing antara satu sama lain.
2.4 Rumusan
Pengajian Am perupakan satu mata pelajaran wajib yang sangat penting
kepada pelajar Tingkatan Enam di semua sekolah. Tujuan mewujudkan
mata pelajaran ini adalah untuk adalah untuk mengembangkan dan
meningkatkan kefahaman, kematangan berfikir, dan keberkesanan
penyampaian dalam pelbagai bentuk komunikasi pada tahap posmenengah
dan prauniversiti. Kajian ini juga menekankan kepada bahagian
kenegaraan yang merangkumi sistem pentadbiran dan perundangan di
Malaysia yang berasaskan perlembagaan negara.

3 Metodologi
3.1 Pengenalan
Kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian P&P
kepada pelajar dalam tajuk kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Selain
itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Selain itu untuk
meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan strategi yang diambil oleh
guru dalam penyampaian P&P untuk bahagian kenegaraan.

3.2 Reka bentuk kajian


Kajian ini dijalankan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut :
Peringkat pertama : Mengenalpasti isu dan masalah yang dikaji
Mengenalpasti isu dan masalah yang hendak dikaji iaitu, kajian tentang masalah
yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam dalam meningkatkan tahap penguasaan
mereka dalam mata pelajaran Pengajian Am terutamanya bagi bahagian
kenegaraan. Kajian juga melihat kepada strategi dan kaedah penyampaian P&P
yang digunakan oleh guru Pengajian Am dalam usaha mereka membantu
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
Peringkat kedua : Merancang dan pelaksanaan tindakan
Sebanyak 30 borang soal selidik akan diedarkan kepada seramai 30 orang pelajar
Tingkatan Enam untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan
guru-guru untuk mata pelajaran berkenaan. Kami akan menjalankan kaedah
pemerhatian di dalam kelas untuk memantau proses pembelajaran pelajar. Melalui
pemerhatian di dalam kelas kami dapat mengenalpasti dan melihat sendiri proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kami akan menemubual sesetengah pelajar Tingkatan Enam dan guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Pengajian Am untuk mengetahui permasalahan yang
dihadapi oleh pelajar dan guru-guru.
Kami juga akan menjalankan kaedah pemerhatian ke atas pelajar Tingkatan Enam
tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian akan dijalankan secara berperingkat-peringkat dimulai dengan mengedarkan
borang selidik yang telah dibuat.

Peringkat ketiga : Pemerhatian dan menganalisis data


Kami akan menganalisis data berdasarkan jawapan daripada soal selidik pelajar dan
guru. Ia akan dianalisis dalam bentuk jadual dan carta supaya dapat mengenal pasti
masalah dengan mudah.

Peringkat keempat : Refleksi dan penilaian


Hasil daripada kajian ini membuktikan bahawa pelajar dapat menguasai bahagian
kenegaraan ini dengan baik. Manakala guru dapat mengenal pasti dan menggunakan
strategi dan kaedah P&P yang berkesan bagi memastikan pelajar-pelajar dapat
memahami dengan mudah bahagian kenegaraan ini.

3.3 Partisipan
Sampel untuk kajian ini ialah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian
Am seramai dua orang dan sampel pelajar diambil daripada satu kelas seramai 30
orang pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela
Segara bagi mewakili populasi pelajar Tingkatan Enam di sekolah tersebut.
3.4 Instrumen
Kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah dengan menggunakan
kaedah temubual, soal selidik dan pemerhatian.

a. Kaedah temubual dijalankan dengan menemubual seramai lima orang


pelajar daripada pelajar di sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan dalam menjalankan kajian ini. Soalan temubual lebih
kepada pertanyaan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk
meningkatkan pemahaman tentang bahagian kenegaraan. Temubual juga
dibuat keatas guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am bagi
mendapatkan gambaran tentang kaedah penyampaian yang digunakan ketika
proses pembelajaran dijalankan.

b. Dalam kaedah soal selidik, sebanyak 30 borang soal selidik diagihkan


kepada 30 orang pelajar di dalam kelas tersebut untuk mendapatkan maklum
balas daripada mereka. Soalan yang diajukan merangkumi persoalan tentang
masalah yang dihadapi oleh pelajar, pencapaian semasa, cadangan dan
kaedah yang perlu digunakan oleh guru untuk membantu pelajar
maningkatkan pemahaman mereka.

c. Kaedah pemerhatian juga dijalankan dengan melihat sendiri proses


penyampaian P&P bagi mata pelajaran Pengajian Am yang dijalankan di
sekolah berkenaan. Pemerhatian ini menekankan kepada kaedah yang
digunakan oleh guru dalam penyampaian dan juga alat bantu mengajar yang
digunakan ketika di dalam kelas. Pada masa yang sama, pemerhatian
terhadap pelajar juga diambil kira untuk melihat reaksi dan penumpuan
mereka ketika proses pembelajaran berlangsung.
3.5 Prosedur pengumpulan data
Proses pengumpulan data adalah melalui borang soal selidik berkaitan
dengan permasalahan pelajar Tingkatan Enam dan kaedah serta
teknik yang digunakan untuk pengajaran guru di dalam kelas.

3.6 Prosedur analisis data


Data mentah utama dalam kajian ini adalah melalui set soal selidik yang dikutip
kembali selepas pelajar menjawab item-item yang dikemukakan. Data mentah-
mentah ini seterusnya diproses melalui microsoft excel.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KOD KURSUS & KUMPULAN


KPR 5063 (KUMPULAN R)

KURSUS
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK PROPOSAL:

“TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN ENAM BAGI MATA


PELAJARAN PENGAJIAN AM DALAM BAHAGIAN KENEGARAAN”

DISEDIAKAN OLEH:

1. NORAINI BINTI ZAINAL L20092004813


2. MALINA BINTI A.RASHID L20092004823
3. HASRYYATI BINTI HASBULLAH L20092004832

DISEMAK OLEH :
ENCIK ZULKIFLI BIN

You might also like