You are on page 1of 1

Langkah2 menghargai warga tua

Warga tua merupakan orang yang sepatutnya kita hargai. Mereka pernah menaburkan
jasa dan budi yang tidak ternilai kepada keluarga dan masyarakat . Tanpa mereka,keluarga dan
masyarakat yang ada pada hari ini tidak akan wujud dan kita kemungkinan hidup dalam
keadaan yang tidak aman.Oleh yang demikian, kita haruslah menyayangi warga emas .

Antara cara untuk memghargai warga tua yang banyak berjasa kepada negara ialah
meraikan hari kelahiran mereka setiap tahun. Kita dapat menggembirakan mereka dengan cara
ini kerana mereka berasa diri disayangi dan dihargai oleh orang lain.Oleh demikian ,mereka
dapat menghindari dirinya daripada kemurungan dan kesedihan yang boleh mengakibatkan
mereka mempunyai pemikiran untuk membunuh diri ataupun menghidap penyakit
nanar.Contohnya, terdapat orang tua yang mengalami kemurungan dan menghidap penyakit
sakit jiwa.

Selain itu,kita harus menghargai mereka terutamanya, sempena Hari Ibu dan Hari
Bapa.Keluarga dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) boleh meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa
dengan member hadiah kepada warga tua.Hal ini bukan sahaja boleh menyebabkan mereka
dihormati ,malah ia juga boleh meningkat keprihatin masyarakat.Sebagai contoh,

Di samping itu ,kita juga boleh mengadakan program ibu atau bapa angkat.Program ini
boleh dijalankan melalui aktiviti persatuan di sekolah seperti kadet remaja ,persatuan bulan
sabit merah dan lain-lain.Melalui aktiviti seperti itu,pelajar dapat menerapkan nilai kasih sayang
dan menghormati orang-orang tua di samping membantu warga emas dalam aktiviti seharian
mereka.Contohnya, mereka dapat menjaga nenek atau datuk mereka dengan cara yang betul .

Seterusnya ,kerajaan harus menganjurkan aktiviti- aktiviti sempena sambutan perayaan


pelbagai kaum dam perayaan kebangsaan .

You might also like