You are on page 1of 2

KOMUNIKASI DAN PENGARUH SOSIAL

Sebahagian besar daripada persepsi, sikap dan tingkah laku kita dipengaruhi oleh maklumat yang dikomunikasi kepada kita
melalui berbagai-bagai saluran. Kita juga dipengaruhi oleh maklumat yang sengaja dirancang untuk mengubah cara kita berfikir
dan bertindak. Perancangan maklumat yang sesuai untuk mempengaruhi kita adalah dikendalikan oleh ahli-ahli profesional yang
mahir dalam selok-belok komunikasi.

Di mana, subbidang komunikasi yang menumpukan pengajiannya terhadap selok-belok bagaimana mempengaruhi tingkah laku
sosial masyarakat ialah bidang pengiklanan, Perhubungan Awam dan Komunikasi Pembangunan. Komunikasi tersebut
berteraskan strategi pembujukan untuk mengubah cara khalayaknya berfikir dan bertindak mengikut cara yang dikehendakinya.

Di samping itu, cara kita berfikir dan membuat keputusan juga dipengaruhi oleh maklumat yang kita terima melalui beberapa
sumber komunikasi seperti media massa, selain radio dan televisyen juga dalam bentuk risalah, buku laporan, penyata
kewangan dan sebagainya. Begitu juga dengan keinginan kita untuk mencuba perkara-perkara baru seperti menggunakan
teknologi baru, melabur dalam saham dan sebagainya.

Pengiklanan

Merupakan satu kaedah komunikasi pembujukan yang diamalkan untuk tujuan mempengaruhi tingkah laku sosial sasaranya.
Pengiklanan biasanya digunakan untuk tujuan komersial iaitu menjual barangan pengguna. Ini menunjukkan keadaan hidup kita
pada hari ini bnayak dipengaruhi oleh iklan-iklan di media massa terutama tv, semakin meningkat. Adalah dianggarkan pada
tahun 1991, sektor perindustrian menjangkau pendapatan sebanyak RM 500 juta.

Terdapat beberapa cara untuk merancang kempen pengiklanan (Wright dan Warner, 1962):-

i) Analisis keadaan pasaran


ii) Menentukan objektif pengiklanan

iii) Menentukan belanjawan pengiklanan dan siapa yang mengawalnya.

iv) Pemilihan media pengiklanan

v) Pembentukan utusan atau kopi iklan

vi) Penyelarasan pengiklanan dengan kaedah pemasaran yang lain

vii) Menilai hasil pengiklanan.

Perhubungan Awam

Menurut  Cutlip dan rakan-rakan (1985), perhubungan awam adalah sebagai “satu fungsi pengurusan yang mengenal pasti,
mewujud dan mengkalkan hubungan bersama di antara organisasi dengan berbagai-bagai publiknya yang akan menentukan
kejayaan dan kegagalan organisasi itu”.

Perhubungan awam ialah satu usaha komunikasi yang terancang yang sentiasa meninjau pendapat publik dan mewujudkan
aktiviti komunikasi yang sesuai untuk menjalinkan kesecocokan hubungan di antara publik dan organisasi. sesebuah organisasi
memerlukan hubungan publik kerana dalam anlisis terakhir, publiknya yang akan menentukan kewujudannya. Dengan itu,
pengamal perhungan awam untuk sebuah organisasi perlulah sentiasa meninjau minat, keperluan, tindakan sikap publik
terhadfap organisasi dan menasihati pihak organisasi untuk membuat penyesuaian di tempat yang difikirkan perlu..

Oleh itu, bolehlah dikatakan  perhubungan awam adalah penting untuk sesebuah organisasi menentukan kewujudannya. Fungsi
pengamal perhubungan awam pula memestikan organisasi itu bersifat dinamik dan bersedia untuk berubah mengikut situasi
persekitaerannya. Untuk memastikan bahawa organisasi mendapat sokongan publiknya, aktiviti perhubungan awam perlu
dieujud secara berterusan. Banyak organisasi menganggap strategi perhubungan awam sebagai strategi penyelesaian masalah.

Komunikasi Pembangunan

Adalah satu fenomena komunikasi negara Dunia ketiga. Pada asasnya komunikasi pembangunan ingin memajukan masyarakat
luar bandar yang mempunyai kadar kenal huruf yang rendah, pendapatan yang rendah dan sebagainya. Untuk memahami
komunikasi pembangunan, terdapat dua takfifan:-

a) Quebral (1985), komunikasi pembangunan sebagai “satu selok-belok komunikasi di antara manusia yang digunakan
untuk mempercepatkan perubahan sesebuah negara dan juga rakyatnya daripada kemiskinan kepada satu keadaan
pertumbuhan ekonomi yang dinamik yang akan memungkinkan keadilan sosial yang lebih saksama dan juga
memenuhi sebahagian besar daripada potensi manusia”.

b) Rosario-Braid (1979), komunikasi pembangunan adalah “satu unsur proses pengurusan dalam keseluruhan
perancangan dan perlaksanaan program pembangunan. Dengan itu komunikasi pembangunan adalah satu usaha
mengenal pasti dan penggunaan kepakaran yang sesuai dalam proses pembangunan yang kelak akan membantu
meningkatkan pengelibatan orang ramai di peringkat akar umbi”.

Memandangkan pentinganya komunikasi pembangunan untuk membantu membaki taraf hidup golongan yang ‘tidak berada’
maka penilaian keberkesanan strategi komunikasi pembangunan janganlah diukur dari aspek komunikasi  sahaja. Komunikasi
ini hanya berjaya sekirannya golongan sasarannya telah mengalami perubahan dari keadaan yang sedia ada sekarang ini
kepada satu tahap kualiti hidup yang lebih baik.

You might also like