You are on page 1of 80

ORGANISASI

&
PENTADBIRAN
CABANG & PBS
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
PERANAN & MATLAMAT
PALANG MERAH
&
BULAN SABIT MERAH
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH SEDUNIA
5 PERANAN UTAMA
• Bertindak sebagai khidmat bantuan (auxillary)
kepada pihak berkuasa awam.
• Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa
bencana alam.
• Mencegah penyakit-penyakit dan membaiki
tahap kesihatan.
• Melatih anggota-anggota Pertolongan Cemas &
Rawatan dan pembantu-pembantu lain.
DALAM MASA PEPERANGAN
• Membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera,
menjaga yang cedera / sakit dan menderita di
kalangan tentera.
MATLAMAT
PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH SEDUNIA

• Memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan


manusia di mana jua. Melindungi nyawa dan kesihatan.
• Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan
berterusan untuk membantu ahli-ahli Pergerakan.
• Menentukan penghormatan diberi kepada manusia,
terutamanya di waktu konflik bersenjata dan juga
kecemasan.
• Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan
kebajikan sosial. Menghayati perasaan perpaduan yang
menyeluruh kepada mereka yang memerlukan
perlindungan dan pertolongannya.
• Dalam mengejar matlamat ini, Pergerakan akan sentiasa
berpandukan kepada Prinsip-prinsip Asasnya.
PRINSIP-PRINSIP ASAS
PERGERAKAN
PALANG MERAH
DAN
BULAN SABIT MERAH
7 Prinsip-prinsip Asas Pergerakan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ini telah
diisytiharkan secara rasmi pada tahun 1965
semasa Persidangan Palang Merah Antarabangsa
ke-20 yang diadakan di Vienna, Austria.
Kemanusiaan
(Humanity)

Kesaksamaan Keberkecualian
(Impartiality) (Neutrality)

Kebebasan Perkhidmatan Sukarela


(Independence) (Voluntary Service)

Ketunggalan Kesejagatan
(Unity) (Universality)
SEJARAH RINGKAS
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
• Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia bermula apabila penubuhan
cawangan kepada Palang Merah British
di Borneo Utara (sekarang Sabah) pada
April 1948 dengan ibupejabatnya di
London.

• Selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 31


Ogos 1957, satu Akta Parlimen telah digubal dan
diluluskan pada tahun 1962 iaitu Act # 4, The
Federation of Malaya Red Cross Society
(Incorporation) Act 1962 dan dikuatkuasakan
pada 16 April 1962.

• Dengan itu Persatuan Palang Merah Persekutuan


Malaya ditubuhkan dengan rasminya dan
beribupejabat di Kuala Lumpur.
• Apabila Malaysia pula dibentuk pada September
1963 yang menggabungkan negeri-negeri
Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan
Singapura, Persatuan Palang Merah Persekutuan
Malaya bergabung pula dengan Persatuan Palang
Merah Sabah, Sarawak dan Singapura (yang
kemudian menarik diri) yang masih lagi menjadi
cawangan Palang Merah British. Satu lagi akta
digubal iaitu Act # 47, Malaysian Red Cross
Society (Incorporation) Act 1965.

• Melalui Akta ini maka tertubuhlah Persatuan


Palang Merah Malaysia.
• Pada tahun 1975, lambang palang merah telah
ditukar dengan lambang bulan sabit merah
melalui Act # 162, Malaysian Red Cross Society
(change of name) Act 1975.

• Akta ini dikuatkuasakan pada 4 September 1975,


dan dengan itu nama rasmi persatuan ialah
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).
Nama inilah yang kekal hingga hari ini.
• Pada tahun 1995, Act # 47, Malaysian Red Cross
Society (Incorporation) Act 1965 telah digantikan
dengan Act # 540, Malaysian Red Crescent
Society (Incorporation) Act 1965 (Revised 1995).

• Manakala pada tahun 2007, penjenamaan baru


PBSMM telah dilaksanakan. Maka imej Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia kini dikenali sebagai
Bulan Sabit Merah Malaysia.
• Act # 4, The Federation of Malaya Red Cross
Society (Incorporation) Act 1962
• diganti oleh
• Act # 47, Malaysian Red Cross Society
(Incorporation) Act 1965
• diganti oleh
• Act # 540, Malaysian Red Crescent Society
(Incorporation) Act 1965 (Revised 1995)

• Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change


of name) Act 1975
• Ketika ini hanya Akta ini yang masih
digunapakai:

– Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change of name)


Act 1975 / Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
(Pertukaran Nama) 1975
– Act # 540, Malaysian Red Crescent Society
(Incorporation) Act 1965 (Revised 1995) / Akta Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia (Pemerbadanan) 1965
(Disemak 1995)

• BSMM merupakan sebuah badan sokongan kepada


kerajaan dan bukan sebuah badan NGO.

• Satu lagi Akta yang berkaitan adalah Akta # 512,


Akta Konvensyen Geneva 1962 / Geneva
Conventions Act 1962 (Revised 1993).
LAMBANG
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Lambang
Palang Merah / Bulan Sabit Merah

• Ketika ini 3 lambang rasmi yang diterimapakai


iaitu Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal
Merah.
• Setakat tahun 2009, sebanyak 158 persatuan
kebangsaan menggunakan lambang Palang Merah,
35 menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan
1 negara iaitu Israel menggunakan lambang
Kristal Merah.
Kegunaan Lambang
Palang Merah / Bulan Sabit Merah

• Ada 2 kegunaan lambang ini.

• Kegunaan lambang yang asal adalah untuk


perlindungan, yang lebih terpakai semasa
peperangan.

• Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman


ialah untuk pengenalan, iaitu sesiapa yang
memakai lambang tersebut dikenali mempunyai
pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau
Bulan Sabit Merah.
Lambang
Bulan Sabit Merah Malaysia

• Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan


lambang Bulan Sabit Merah sebagaimana
mengikut Act # 162, Malaysian Red Cross Society
(change of name) Act 1975.
LAGU & IKRAR
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
LAGU
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara


Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lyrics : Tan Sri Dato’ Dol Ramli


Song : Dato’ Johari Salleh

"Lagu Bulan Sabit Merah" - was first played in a ceremony 1975 to commemorate the change of name
of the Society from the Malaysian Red Cross Society to the Malaysian Red Crescent Society.
IKRAR
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bahawa kami ahli PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA berikrar taat
setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong
dan Pemerintah-pemerintah di Negeri kami berdasarkan prinsip-prinsip Rukun
Negara.

Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-
undang PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA dan lain-lain undang-
undang serta arahan PERSATUAN walau di mana kami berada.

Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami kepada
mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan kepada
PRINSIP BULAN SABIT MERAH seperti berikut:

KEMANUSIAAN
SAKSAMA
BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
BERSATU
KESEJAGATAN
KEAHLIAN
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
KEAHLIAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

• Ahli Kehormat Seumur Hidup


• Ahli Seumur Hidup
• Ahli Biasa (18 tahun ke atas)
• Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam
• Ahli Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam
• Ahli Belia
• Ahli Belia (13 - 18 tahun)
• Ahli Belia Terbuka (13 - 17 tahun)
• Ahli Kanak-kanak (Link) (9 – 12 tahun)
LENCANA KECEKAPAN
&
PERSIJILAN
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
LENCANA KECEKAPAN

AHLI LINK AHLI BELIA

Lencana
Kepimpinan
PERSIJILAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

• SIJIL BSMM UNTUK SEKOLAH MENENGAH

• SIJIL ASAS BSMM

• SIJIL LANJUTAN BSMM

• SIJIL JURULATIH BSMM

• SIJIL JURULATIH KANAN BSMM


• SIJIL BSMM UNTUK SEKOLAH MENENGAH
• Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah (4 jam)
• Pertolongan Cemas Kemasyarakatan (17 jam)

• SIJIL ASAS BSMM


• Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah & Undang-undang Kemanusiaan
Antarabangsa (8 jam)
• Pertolongan Cemas Asas (20 jam)
• Bantuan Bencana & Operasi Menyelamat (10 jam)
• Pendidikan Kesihatan ATAU Rawatan Rumah (6 jam)

• SIJIL LANJUTAN BSMM


• Pertolongan Cemas Lanjutan (24 jam)
• Pengurusan & Pentadbiran (8 jam)
• SIJIL JURULATIH BSMM
• Lulus peperiksaan persijilan ASAS & LANJUTAN BSMM
• Kaedah Mengajar (Guru terlatih dikecualikan) (12 jam)

• SIJIL JURULATIH KANAN BSMM


• Menyempurnakan sekurang-kurangnya 30 jam pengajaran tiap-tiap tahap Asas &
Lanjutan
• Menyempurnakan tempoh 3 tahun sebagai Jurulatih
• Bantuan Hidup Asas (14 jam)
• Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (8 jam)
• Menyempurnakan tugas & tanggungjawab Persatuan dengan memuaskan &
diperakui oleh Pengerusi Cawangan
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERGERAKAN PALANG
MERAH DAN BULAN SABIT
MERAH
ANTARABANGSA
• Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang
berasingan iaitu:

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC)


Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah (IFRC)
Persatuan-persatuan kebangsaan
STRUKTUR DAN ORGANISASI
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Struktur Organisasi
• Penaung persatuan ialah Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong.

• Presiden persatuan dipegang oleh Yang Amat


Berhormat Perdana Menteri.

• Timbalan Presiden dipegang oleh Yang Amat


Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

• Naib Presiden dipegang oleh:


– YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
– YB Menteri Kesihatan
– YB Menteri Luar Negeri
– YB Menteri Belia dan Sukan
– YB Menteri Pelajaran
– YB Menteri Pendidikan Tinggi
CARTA ORGANISASI BSMM
MAJLIS KEBANGSAAN

LEMBAGA EKSEKUTIF SEKRETARIAT


KEBANGSAAN KEBANGSAAN

SEKRETARIAT
CAWANGAN CAWANGAN

SEKRETARIAT
CABANG CABANG

UNIT-UNIT
Pasukan Bantuan Sukarela
Pasukan Kumpulan Kebajikan
Belia
Kanak-kanak
Majlis Kebangsaan

• Majlis Kebangsaan merupakan badan yang


membuat polisi dan dasar BSMM.

• Dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan, Timbalan


Pengerusi Kebangsaan, 4 orang Naib Pengerusi
Kebangsaan, Bendahari Kehormat Kebangsaan, 8
orang ahli yang dipilih, 2 orang wakil setiap
Cawangan, wakil-wakil agensi kerajaan,
kementerian dan Setiausaha Agung.

• Majlis Kebangsaan bermesyuarat 3 bulan sekali.


Lembaga Eksekutif Kebangsaan
• Badan yang menjalankan polisi dan dasar yang
diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. Ia
melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti seharian BSMM.
Badan inilah yang menggerakkan Persatuan.

• Dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan, Timbalan


Pengerusi Kebangsaan, 4 orang Naib Pengerusi
Kebangsaan, Bendahari Kehormat Kebangsaan, 8
orang ahli yang dipilih, 5 orang wakil zon dan
Setiausaha Agung.

• Lembaga Eksekutif Kebangsaan (NEB)


bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
Pengerusi Kebangsaan
BSMM

YM Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman bin Tunku Sulaiman,


PSM, DIMP, ASDK, PJK
Jawatankuasa Kebangsaan:

1. Belia
2. Kewangan
3. Kutipan Derma
4. Latihan
5. Pembangunan Organisasi
6. Pentadbiran & Perjawatan
7. Perhubungan Antarabangsa
8. Perkhidmatan Ambulan & Pengurusan
Bencana
9. Perkhidmatan Masyarakat
10. Program Darah / HIV – AIDS &
Penyalahgunaan Dadah
11. Lembaga Tender
12. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
13. Pengurusan
Setiap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan
akan melantik pula ahli-ahli Jawatankuasa masing-masing.
• Kesemua jawatan dalam struktur organisasi
tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK)
Kuala Lumpur.

• Setiap negeri di Malaysia, Wilayah Persekutuan


Kuala Lumpur dan Labuan membentuk Cawangan
(Branch) kepada BSMM. Oleh itu terdapat 15
Cawangan kesemuanya. Setiap Cawangan
mempunyai struktur organisasi yang hampir
menyerupai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

• Setiap Cawangan pula terdiri daripada beberapa


Cabang (Chapter) di mana dahulu dikenali sebagai
Daerah dan Daerah Kecil. Daerah Kecil biasanya
merupakan suatu institusi seperti universiti,
maktab perguruan dan sebagainya. Daerah Kecil
kini telah dinaik taraf kepada Cabang. Setakat
tahun 2000, ada 119 Cabang di seluruh negara.
• Aktiviti di peringkat Cabang biasanya dijalankan
oleh unit-unit yang terdiri daripada bahagian
Pasukan Bantuan Sukarela atau PBS (Volunteer
Aid Detachment atau VAD), Pasukan Kumpulan
Kebajikan (Welfare Service Group atau WSG),
Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link).

• Ahli-ahli Belia (pelajar sekolah menengah) dan


Kanak-kanak (pelajar sekolah rendah) membentuk
lebih kurang 80% ahli-ahli BSMM keseluruhannya.

• Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-


masing. Bagi unit Belia, Pegawai Belianya ialah
guru penasihat BSMM yang dilantik oleh sekolah.
• Setiap unit yang berdaftar dengan IPK mempunyai
nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit
itu dari Cawangan mana dan dari bahagian apa.

• Contohnya Unit SL(VAD)150 menunjukkan unit


ini ialah dari Cawangan Selangor (SL), merupakan
unit Volunteer Aid Detachment atau Pasukan
Bantuan Sukarela (VAD), dan nombor 150
menunjukkan ia merupakan unit ke 150 yang
didaftarkan. Ini sebenarnya ialah nombor unit
bagi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
AJK BSMM CAWANGAN SELANGOR 2008-2010

• Pengerusi: Pn. Fatimah Sulaiman


• Timb. Pengerusi: En. C. Venukopalan
• Naib Pengerusi I: En. R. Kalaivanan
• Naib Pengerusi II: Prof. Madya Aminuddin Mohamad
• Pengarah: En. M. Somasunthraram
• Peg. Perubatan: Dr. Rabindranath Chakravathy
• Setiausaha Kehormat: En. N. Murugan
• Bendahari Kehormat: En. T. Sashi Kumar
• Pen. Pengarah Latihan: En. S. Muniandy
• Pen. Pengarah PBS: En. Azizul Amar Rahmat
• Pen. Pengarah Belia/Link: En. R. S. Moganan
• Penguasa Jururawat: En. K. Subramaniam
• Kuartermaster: En. Kanadason Kandasamy
• Peg. Seranta: En. Saravanan Murugesu
• PJKK Kebajikan: En. K. Subramaniam
• PJKK Reaksi Kecemasan: En. Dawood S. Hameed
• PJKK Derma Darah/HIV-AIDS: Dr. G. Varatharajoo
• PJKK Kutipan Derma: En. S. K. Sibananda
• PJKK UUKA: En. Abdul Rahim Mat Yassim
• AJK: En. Mohd Zahed Md Atan
• AJK: En. S. Karunagaran
CARTA ORGANISASI CABANG

Pengerusi

Naib Pengerusi I Penasihat Naib Pengerusi II

Pegawai Pegawai
Setiausaha Bendahari Pegawai Pegawai
Penjaga Penjaga Belia /
Kehormat Kehormat Perubatan Penjaga PBS
Latihan Link

PJKK Program
Pegawai PJKK Kutipan Penguasa PJKK Reaksi PJKK
Kuartermaster PJKK UUKA Darah, HIV /
Seranta Derma Jururawat Kecemasan Kebajikan
AIDS
CARTA ORGANISASI PBS
KOMANDAN

PENOLONG KOMANDAN

KUARTERMASTER

KETUA UTAMA SEKSYEN

KETUA KETUA
SEKSYEN SEKSYEN

PENOLONG PENOLONG PENOLONG PENOLONG PENOLONG PENOLONG


KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA KETUA
SEKSYEN SEKSYEN SEKSYEN SEKSYEN SEKSYEN SEKSYEN

4 x Ahli 4 x Ahli 4 x Ahli 4 x Ahli 4 x Ahli 4 x Ahli


PERJAWATAN
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

Penaung (SPB YDP


Agong)
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

Presiden
Penaung (DiRaja)
Pengerusi
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

Timb. Presiden
Naib Presiden
Timb. Pengerusi Penaung
Penasihat
Kehormat
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

Naib Pengerusi
Bendahari Pengerusi
Kehormat
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

Ahli NEB Penasihat


Setiausaha Agung Timb. Pengerusi
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

Naib Pengerusi
Pengarah Pengerusi
Pengarah
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

Pen. Pengarah
Latihan
Pen. Pengarah PBS
Pen. Pengarah
Penasihat
Ahli J/kuasa Belia
Naib Pengerusi 1
Ketua Bahagian Setiausaha
Naib Pengerusi 2
Kehormat
Bendahari
Kehormat
Peg. Perubatan
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

Peg. Penjaga
Latihan
Penguasa Peg. Penjaga PBS
Jururawat Peg. Penjaga Belia
Kuartermaster Peg. Penjaga Belia:
Peg. Tadbir
PJKK Kanak-kanak Penaung
Bahagian
Duta Muhibbah Setiausaha (Pengetua)
Peg. Tadbir Kehormat
Bahagian Peg. Perubatan
Bendahari
Kehormat
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

PBS:
Komandan
Kuartermaster
Peg. Pembantu
Belia:
Perkhidmatan Perubatan
Pemimpin Belia
Kecemasan (ESO) (MA/SRN)
Pen. Peg. Tadbir PJKK
Kanak-kanak:
Peg. Tadbir
Penaung (Guru
Besar)
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

PBS:
Pen. Komandan

Belia:
Pem. Perubatan Pen. Peg.
Ambulan (AMA) Pemimpin Belia

Kanak-kanak:
Peg. Pemimpin
Kanak-kanak
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

PBS:
Kuartermaster

Kanak-kanak:
Pen. Peg.
Pemimpin Kanak-
kanak
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

PBS / Belia:
Ketua Utama
Seksyen
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

PBS / Belia:
Ketua Seksyen
KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT

PBS / Belia:
Pen. Ketua
Seksyen
TUGAS-TUGAS
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
CABANG
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
PENGERUSI
• Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan
bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan,
pembangunan, pentadbiran dan kegiatan Cabang.
• Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat
Jawatankuasa Cabang.
• Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit
tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan.
• Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK
Cabang dalam perlaksanaan tugas mereka.
• Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan
dan dikemukakan ke Cawangan.
• Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan
perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi.
• Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan
Kerajaan dan BSMM.
NAIB PENGERUSI I
• Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa
ketiadaannya.
• Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan
jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik.
• Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan
Cabang.
• Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK
Cabang.

NAIB PENGERUSI II
• (Bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti
Naib Pengerusi I)
SETIAUSAHA KEHORMAT
• Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi
Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit.
• Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan
dengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di
peringkat Cabang.
• Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk
Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib
Pengerusi.
• Menyelaras semua kegiatan Cabang.
• Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan
Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan.
• Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk
bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod,
pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.
BENDAHARI KEHORMAT
• Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan
bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata
Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan
Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan.
• Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di
Cabang dan Unit.
• Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai
yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang.
• Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk
dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan
memajukan ke Cawangan.
• Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan
dan audit.
• Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang
seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat
dan lain-lain.
• Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan
sebelum 30 Mac setiap tahun.
PEGAWAI PERUBATAN
• Bertanggungjawab mengenai berbagai aspek perubatan dan
kesihatan dalam program-program Cabang.
• Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk
mengemaskinikan cara-cara latihan pertolongan cemas, rawatan
rumah, pemulihan pernafasan dan lain-lain perkara yang
bersangkutan di peringkat Cabang.

PENGUASA JURURAWAT
• Bertanggungjawab dalam segala aspek kegiatan rawatan dan
kejururawatan di Cabang.
• Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk
mengemaskini cara-cara rawatan.
PEGAWAI PENJAGA LATIHAN
• Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan
mengenai semua hal latihan di Cabang.
• Bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat
Jawatankuasa Latihan Cabang.
• Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Latihan Cawangan dalam
usaha menyelaras, merancang dan mengimplimentasi program
latihan untuk Cabang dan Unit.
• Bertanggungjawab dalam merancang dan mengadakan semua
program latihan untuk Cabang.
• Bertanggungjawab memajukan Laporan Latihan Cabang kepada
Penolong Pengarah Latihan Cawangan.
PEGAWAI PENJAGA PBS
• Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah PBS Cawangan,
Pengerusi / Naib Pegerusi Cabang dalam semua hal kebajikan am,
pengurusan dan kegiatan PBS di Cabang.
• Bekerjasama dengan Penolong Pengarah PBS dalam penubuhan dan
pembangunan PBS di Cabang.
• Bekerjasama dengan Pengerusi JKK Bantuan Bencana dalam
pengerahan dan memobilisasikan anggota PBS semasa bencana
alam peringkat Cabang.
• Bertanggungjawab menyediakan laporan aktiviti PBS peringkat
Cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah PBS dari
semasa ke semasa.
• Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan
pangkat Pasukan PBS, pertukaran pemimpin dan alamat melalui
Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang telah
diluluskan oleh J/kuasa Cabang.
• Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari
pasukan PBS yang mana di dalam bidang dan tugas beliau.
Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah
merujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah PBS.
• Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat Pegawai-
pegawai PBS.
• Bersama Pegawai Latihan menentukan pasukan PBS mendapat
latihan yang sewajarnya.
PEGAWAI PENJAGA BELIA / LINK
• Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Belia dalam semua
hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan unit-unit Belia /
Kanak-kanak di Cabang.
• Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Belia dalam penubuhan
dan pembangunan unit Belia / Kanak-kanak di Cabang.
• Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan aktiviti Belia /
Kanak-kanak peringkat Cabang dan memajukan kepada Penolong
Pengarah Belia dari semasa ke semasa.
• Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan
pangkat pasukan Belia, pertukaran pemimpin dan alamat melalui
Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang diluluskan
oleh J/kuasa Cabang.
• Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari
pasukan Belia / Kanak-kanak yang mana di dalam bidang dan
tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah dan keraguan
hendaklah dirujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong
Pengarah Belia.
• Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat Pegawai-
pegawai Belia dan Kanak-kanak.
• Bersama-sama Pegawai Latihan menentukan pasukan Belia dan
Kanak-kanak mendapat latihan yang sewajarnya.
PEGAWAI SERANTA
• Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang
dalam memberi informasi mengenai kegiatan Cabang.
• Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam
menerbitkan semua bahan berita, bahan bercetak atau elektronik
dan penerangan mengenai kegiatan Cabang.
• Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam
membangunkan satu sistem perhubungan antara berbagai J/kuasa
Cabang dengan Cawangan dan pasukan-pasukan.
KUARTERMASTER
• Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan
Kuartermaster Cawangan untuk semua aset (peralatan dan bekalan)
yang dipunyai oleh Cabang.
• Bertanggungjawab mengenai stor dan inventori Cabang dan
menyediakan laporan harta benda dan lain-lain yang berkaitan
kepada Cawangan dari semasa ke semasa melalui Setiausaha
Kehormat Cabang.
PENGERUSI JKK BANTUAN BENCANA
• Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan
Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan di dalam aktiviti
Bantuan Bencana.
• Bertanggungjawab dalam memberi arahan bergerak (movement
orders), arahan pentadbiran dan operasi dalam gerakan bantuan
bencana di peringkat Cabang dengan kerjasama Pengerusi JKK
Bantuan Bencana Cawangan.
• Bertanggungjawab mengendalikan Pusat Kawalan Bantuan Bencana
BSMM Cabang dan dengan kerjasama Pegawai Penjaga PBS / Belia
dalam pengerahan serta tenaga manusia dalam masa bencana.
• Bekerjasama dengan Kuartermaster dalam mengganti kembali
bekalan barang-barang bantuan bencana.
• Bertanggungjawab dalam merangka, membangunkan dan
kemaskinikan Rancangan Persediaan / Bantuan Bencana peringkat
Cabang dengan kerjasama Cawangan.
• Bertanggungjawab menyediakan laporan bencana / persediaan /
bantuan dari masa ke masa dan memajukan kepada Pengerusi JKK
Bantuan Bencana Cawangan melalui Setiausaha Kehormat Cabang.
• Mewakili Cabang di dalam Jawatankuasa Bantuan Bencana
Kerajaan di peringkat Cabang.
PENGERUSI JKK KUTIPAN DERMA
• Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Kutipan Derma
Cawangan dan Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam
merancang, melaksanakan dan menilai kegiatan kutipan derma
peringkat Cabang.
• Bertanggungjawab dalam program kutipan derma peringkat
Cabang.
• Berhubung dengan Cawangan dalam merangka projek kutipan
derma peringkat Cabang.
• Berhubung dengan Pegawai Penjaga Latihan / PBS / Belia untuk
keperluan ahli dan bantuan.
• Bertanggungjawab dalam menghantar semua laporan kegiatan yang
telah dijalankan mengikut kelulusan Cawangan dan perlembagaan
persatuan dan memajukan semua laporan berkaitan melalui
Setiausaha Kehormat Cabang.
PENGERUSI JKK ANTI DADAH
• Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Anti Dadah Cawangan
dan Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam merancang,
melaksanakan dan menilai kegiatan anti dadah peringkat Cabang.
• Berhubung dengan Jawatankuasa Program Anti Dadah peringkat
Cawangan untuk mengendalikan kempen anti dadah serta menarik
perhatian ahli terhadap penyalahgunaan dadah.
LAIN-LAIN JKK
• PENTADBIRAN
• ANUGERAH
• PROGRAM DARAH
• BANGUNAN
• PERKHIDMATAN MASYARAKAT
• KEBAJIKAN
• DISIPLIN
• UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
• HIV/AIDS
• HARI PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH
TUGAS-TUGAS
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
PASUKAN BANTUAN
SUKARELA
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
KOMANDAN
• Bertanggungjawab mempastikan disiplin, latihan, kecekapan,
pakaian seragam, rekod dan kewangan pasukan di dalam keadaan
baik.
• Menerima dan melaksana arahan yang diterima daripada Cabang /
Cawangan dari semasa ke semasa.
• Mengatur kursus dan latihan untuk ahli-ahli pasukan seperti mana
peruntukan Buku Panduan Latihan.
• Mengatur program aktiviti tahunan pasukan.
• Mengagihkan tugas rasmi BSMM di kalangan anggota pasukannya
dan mempastikan kehadiran anggota pasukannya dalam setiap
tugas yang telah diberikan.
• Bertanggungjawab menghantar laporan pasukan kepada Cabang
setiap tahun.

PENOLONG KOMANDAN
• Memikul tanggungjawab Komandan pasukan semasa ketiadaan
beliau.
• Membantu Komandan di dalam perlaksanaan tugasnya.
KUARTERMASTER
• Mengendalikan penerimaan peralatan-peralatan pasukan atau
peralatan yang dipinjam daripada Cabang / Cawangan / IPK atau
organisasi lain agar sentiasa terpelihara.
• Mengadakan rekod-rekod mengenai alatan serta aset pasukan dan
memastikan ianya boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.
• Mengetuai pasukan semasa ketiadaan Komandan dan Penolong
Komandan.

KETUA UTAMA SEKSYEN


• Melatih dan menjaga disiplin anggota seksyen di bawah jagaannya.
• Bertanggungjawab mengetuai dua orang Ketua Seksyen.
• Bertindak sebagai Setiausaha di dalam mesyuarat pasukannya.
• Mengetuai pasukan semasa ketiadaan semua pegawai atasan
pasukannya.
KETUA SEKSYEN
• Menjaga seksyen dan membantu Ketua Utama Seksyen di dalam
memantau disiplin anggota pasukan di bawah jagaannya.
• Bertanggungjawab mengetuai tiga orang Penolong Ketua Seksyen.
• Mengetuai pasukannya semasa ketiadaan semua pegawai atasan
dan Ketua Utama Seksyen pasukannya.

PENOLONG KETUA SEKSYEN


• Bertanggungjawab mengetuai empat orang anggota pasukan.
• Bertanggungjawab menjaga dan melatih anggota bawahannya.
Sekiranya pasukannya mempunyai bilangan anggota yang ramai,
beliau boleh memberi tunjuk ajar kepada sekurang-kurangnya 15
orang anggota pasukannya.
SEKIAN
TERIMA KASIH

DISUSUN OLEH WAHAB CHIK

KURSUS ORGANISASI, PENTADBIRAN DAN KEPIMPINAN


BSMM CABANG KUIS
14-16 MEI 2010
KEM SRI RAUDHAH, GOMBAK
SELANGOR

You might also like